Assalamualaikum…
Ramai antara kita terutama mereka yang terdedah dengan matahari secara langsung tanpa apa-apa krim perlindungan mudah mendapati wajah mereka ditumbuhi jeragat. Tidak kurang ibu-ibu yang mendapat jeragat selepas proses kelahiran. Ini biasanya berkaitan dengan perubahan hormon.
Apakah perkara yang dapat kita lakukan untuk mengurangkan ianya dari terus merebak dan hilang?
Melalui penjagaan kulit wajah.
Pastikan kita membasuh muka kita minima 2 kali sehari. Cucilah dengan pembersih wajah yang sesuai dengan keadaan kulit kita. Elakkan menggunakan pencuci yang menyebabkan kulit wajah mencari kering. Pastikan memakai toner dan pelembap. Jika memang terdedah dengan matahari pastikan memakai krim pelindung kulit yang mempunyai SPF yang tinggi.
Melalui pemakanan harian.
Banyakkan mengambil sayur dan buah-buahan segar setiap hari. Ini membantu kulit mendapatkan vitamin C dari sumber yang segar walau sedikit. Minumlah air kosong sekurang-kurangnya 2-3 liter sehari. Ia bagus untuk kelancaran darah dan penyingkiran toksin dari tubuh.
Melalui supplement.
Antara supplement yang membantu mengurangkan jeragat dari terus merebak ialah
Energizing Soy Protein- ini kerana ia memastikan sel kita sentiasa sihat dan berganti setiap 21 hari.
Vitamin B dan C - dua vitamin ini sangat penting untuk pembinaan kolagen.
Vitamin A dan E - sebagai antioksidan yang penting selain anti penuaan dan membantu pengawalan pertumbuhan abnormal sel.
GLA - ia membantu keseimbangan hormon dalam badan kita.
Bagi yang kurang berkemampuan, kami juga ada menyediakan set bajet untuk penjagaan kulit yang terdiri dari ESP dan GLA. Usaha yang istiqamah akan berhasil.
Bagaimana nak dapatkan kesan yang betul?
Amalkan pengambilan supplement yang konsisten selama 90-120 sehingga mendapatkan ton kulit yang sekata, insyaALLAH kesannya ialah kepuasan kerana kecantikan itu adalah milik setiap insan.
sumber : http://www.anakkuwiraku.com/2012/05/kulit-sihat-dan-cantik-mahu.html
Berminat?
Hubungi saya di hanisamin@gmail.com atau SMS ke 010-4289601 (Hanis) untuk konsultasi mahupun maklumat lanjut.
Assalamualaikum…
Sebagai wanita, kita terdedah kepada pelbagai masalah kesihatan dalam pelbagai peringkat kehidupan. Di antaranya ialah:
- keremajaan/ senggugut ketika haid
- pra-kehamilan
- sepanjang kehamilan
- pra-menopos/ osteoporosis
- menopos
- selepas menopos
Oleh itu, Shaklee menawarkan produk yang hebat untuk memenuhi keperluan wanita pada semua peringkat kehidupan dari remaja hingga ke warga emas – GLA Complex, Omega Guard dan Ostematrix
Jom hadiahkan buat wanita yang anda sayangi – ibu, rakan, guru dan juga isteri tersayang!
Berminat?
Hubungi saya di hanisamin@gmail.com atau SMS/WhatsApp ke 010-4289601 (Hanis) untuk konsultasi mahupun maklumat lanjut.
Assalamualaikum..
Jom kita baca sikit tips-tips kesihatan untuk ibu hamil dari Babycenter
Oleh sebab kini anda adalah bakal ibu, ia penting untuk mencuba dan menambahkan pengambilan vitamin dan mineral tertentu (seperti asid folik dan zat besi). Jika diet anda tidak begitu baik pada mulanya, membuat perubahan diet anda dengan mengambil hidangan yang berkhasiat dan seimbang adalah lebih penting. Hadkan makanan ringan sebab ia hanya membekalkan kalori kosong iaitu kalori dengan sedikit atau tiada nutrien.
Badan anda akan menjadi lebih efisyen apabila anda hamil dan ia dapat menggunakan tenaga yang didapati dari makanan yang anda ambil dengan lebih baik. Secara amnya, wanita tidak perlu kalori tambahan pada enam bulan pertama kehamilan dan hanya sebanyak 200 kalori tambahan setiap hari untuk tiga bulan terakhir.
Dua ratus kalori bersamaan dengan:
- dua keping roti gandum penuh dan marjerin/mentega;
- segulung kuih popia (tidak digoreng);
- tosai kosong (tanpa kuah atau kari);
- sekeping keju dengan roti.
Selera makan anda adalah petunjuk terbaik untuk mengetahui berapa banyak makanan yang anda perlu ambil. Anda akan dapati selera anda turun naik semasa kehamilan anda:
- Pada beberapa minggu pertama, selera makan anda akan berkurangan secara dramatik dan anda tidak mahu makan hidangan penuh, terutamanya jika anda mengalami loya atau mabuk.
- Semasa pertengahan kehamilan anda, selera makan anda adalah sama dengan sebelum anda hamil atau bertambah sedikit.
- Pada waktu akhir kehamilan, selera makan anda akan bertambah tetapi jika anda mengalami pedih hulu hati atau satu perasaan kekenyangan selepas makan anda mungkin boleh makan dengan kerap tetapi dengan jumlah sedikit.
Perkara yang perlu diingat ialah makan apabila anda berasa lapar. Jangan risau mengenai perubahan selera makan anda asalkan anda mengikuti nasihat yang diberikan mengenai jenis makanan yang perlu anda ambil dan berat badan anda bertambah pada kadar yang betul, yang akan diawasi oleh pakar obstretik anda.
Semasa kehamilan, anda perlu ELAKKAN daripada mengambil:
- Makanan laut mentah seperti tiram atau sushi.
- Kerang yang terdapat dalam laksa dan kway teow goreng sepatutnya direbus terlebih dahulu sebelum dimasukkan ke dalam makanan tersebut, tetapi anda perlu memberitahu penjual untuk tidak memasukkannya dalam laksa itu sebab anda tidak tahu sama ada ia dimasak dengan betul atau tidak.
- Bahan makanan stimbot yang tidak dimasak sepenuhnya. Pastikan supnya dididihkan setiap kali bahan baru ditambah terutamanya kerang-kerangan, daging dan telur.
- Keju dengan kulit ari yang putih dan “bercendawan” seperti Brie dan Camembert, dan keju berjaring biru seperti Stilton. Semua keju ini mungkin mengandungi listeria iaitu bakteria yang boleh membahayakan bayi anda.
- Pate, daging kurang masak, ayam itik dan telur (masaklah semua daging sehingga tidak terdapat bahagian merah jambu dan masaklah telur sehingga ia keras). Semua ini adalah sumber bakteria yang boleh membahayakan bayi anda.
- Hati dan produk hati (pate, sosej hati) perlu dielakkan sebab mungkin semua itu mengandungi bentuk retinol vitamin A dalam jumlah yang tinggi dan ini tidak baik untuk bayi anda yang sedang membesar.
- Sesetengah wanita disarankan supaya mengelakkan daripada mengambil kekacang dan makanan yang mengandungi kekacang. Jika anda, suami anda atau mana-mana anak-anak anda yang lain (jika ada) mempunyai sejarah alahan seperti demam alergi, asma atau ekzema, mengelakkankekacang semasa kehamilan dan penyusuan boleh mengurangkan peluang bayi anda untuk mendapat alahan kekacang yang serius.
- Ramai wanita memilih untuk mengelakkan atau mengurangkan minuman beralkohol semasa kehamilan. Minum alkohol terlalu banyak akan menyebabkan kecacatan fizikal, kehilangan upaya belajar dan masalah emosi dalam kanak-kanak, jadi ramai pakar mencadangkan supaya anda jangan mengambil alkohol langsung semasa anda hamil.
- Anda juga mungkin mahu mengurangkan pengambilan kafein. Ini mungkin mudah bagi wanita yang tiada selera dengan kafein semasa trimester pertama mereka tetapi ini tidak bermakna ia berlaku pada semua orang. Kenapa kafein merupakan satu masalah? Kajian telah menunjukkan kaitan mengambil lebih daripada 300mg kafein dalam satu hari dengan peningkatan risiko keguguran dan berat kelahiran yang rendah dan satu kajian telah menunjukkan kaitan pengambilan kafein dalam tahap rendah dengan keguguran. Untuk keselamatan, anda boleh ambil tidak lebih daripada tiga cawan kopi segera, tiga cawan kopi keras, enam cawan teh atau lapan tin kola sehari. Anda juga mungkin mahu lebih berhati-hati dan mengurangkan lagi pengambilan kafein atau bertukar ke minuman panas dan kola tanpa kafein.
Ambil vitamin-mineral tambahan antenatal yang sesuai
Dalam sebuah dunia yang ideal – bebas dari mabuk hamil atau makanan yang tidak disukai – diet seimbang adalah apa yang wanita hamil perlukan. Tetapi dalam dunia nyata, vitamin-mineral tambahan antenatal adalah satu jaminan untuk membantu anda memenuhi keperluan nutrien anda. Tanya kepada doktor anda sama ada anda perlu mengambil vitamin tambahan atau tidak.
Asid folik adalah satu tambahan yang penting untuk diambil sebelum anda hamil – dan pada tiga bulan pertama atau lebih semasa kehamilan. Kekurangan vitamin B ini telah dikaitkan dengan kecacatan tiub saraf pada bayi seperti spina bifida. Positive Parenting, program pendidikan pakar yang ditubuhkan oleh Persatuan Pediatrik Malaysia menekankan bahawa asid folik tambahan perlu diambil untuk mencegah kecacatan kelahiran. Anda boleh dapatkan preskripsi daripada doktor anda.
Sesetengah pakar mencadangkan supaya anda mengambil makanan tambahan yang mengandungi 10 mcg Vitamin D setiap hari. Jika anda orang Asia dan anda memakai pakaian tertutup anda mungkin lebih berisiko untuk mengalami kekurangan Vitamin D. Berjumpalah dengan doktor anda untuk nasihat.
Semasa kehamilan, sesetengah wanita perlu mengambil zat besi tambahan. Tahap zat besi akan diperiksa berkala semasa kehamilan anda dan doktor anda akan menasihatkan anda mengenai keperluan anda.
Jika anda adalah seorang vegetarian yang ketat, mempunyai penyakit seperti diabetis, diabetis kehamilan, praeklampsia atau anemia atau jika anda mempunyai sejarah berat kelahiran yang rendah, berbincanglah dengan doktor anda mengenaimakanan tambahan khas yang anda perlukan.
Walau bagaimanapun, ada beberapa supplemen yang tidak sesuai diambil oleh ibu mengandung seperti dalam entry ini.
Kami menyediakan set lengkap untuk keperluan ibu hamil yang terdiri dari
Set J /Eu four Pack (Untuk 1st trimester)
Vita-lea with Iron Formula
B complex
Vitamin C
Ostematrix
Set J2 (Untuk 2nd&3rd trimester)
Vita-lea with Iron Formula
B complex
Vitamin C
Ostematrix
OmegaGuard
Maklumat lanjut tentang set J DI SINI.
Ramai yang dah mencuba dan rasai perbezaannya. Anda bagaimana?
Berminat?
Hubungi saya di hanisamin@gmail.com atau SMS/WhatsApp ke 010-4289601 (Hanis) untuk konsultasi mahupun maklumat lanjut.
Assalamualaikum..
Apa faedah menjadi ahli Shaklee?
1. Cash
2. Car [ bonus kereta]
3. Convention [ percutian]
Bonus tunai akan dibayar apabila pengedar mencapai minima syarat belian 150 uv @ point iaitu lebih kurang RM470 pembelian dalam satu-satu bulan. Bonus dibayar berdasarkan point belian. Banyak belian maka banyak bonus yang diperolehi.
Bonus kepimpinan dibayar sekiranya kita mempunyai sebuah organisasi dan telah melahirkan pemimpin yang efektif.
Namun adilnya Shaklee ialah, walaupun kita mempunyai organisasi yang besar namun sekiranya kita tidak membuat sebarang jualan, maka tiada sebarang bonus yang diberikan.
Seorang downline boleh mendapat bonus lebih besar dari uplinenya sekiranya downline itu bekerja lebih keras dari uplinenya.
Jadi, tiada istilah orang di atas akan sentiasa berada di atas kalau tidak berusaha ya.
Adakah Shaklee memberikan sebuah kereta untuk CAR BONUS?
Sebenarnya Car Bonus yang dimaksudkan ialah bayaran tunai untuk membayar duit bulanan kereta sekiranya kita membeli kereta. Namun sekiranya kita tidak membeli apa2 kereta maka duit itu boleh digunakan untuk kegunaan lain. Bagaimana nak dapat bonus kereta ini? Bonus ini boleh diperolehi apabila kita layak dan telah melengkapi syarat jualan yang ditetapkan. [ Sila refer upline anda untuk lebih lanjut].
Bagaimanakah yang dimaksudkan dengan PERCUTIAN PERCUMA?
Bagi mereka yang serius berbiz dan memastikan mereka layak mendapat pangkat minima Supervisor serta efektif setiap bulan, Shaklee akan memberikan point untuk percutian pula.
Percutian ada untuk dalam negara dan luar negara.
Sebagai contoh percutian percuma yang ditawarkan untuk tahun 2012 ialah Pulau Langkawi (dalam negara), manakala untuk luar negara pula ialah Umrah / London Paris.
Penginapan, pengangkutan dan makan disediakan dengan baik sekali.
[ Sila refer upline untuk mengetahui lebih lanjut]
Mahu menyertai kami ? Sebuah keluarga Shaklee yang dinamakan Euphoria. Kami memberikan panduan serta tunjuk ajar secara online dan offline. Kami menekankan konsep sejahtera dan harmoni. Usaha adalah sebahagian yang dituntut apabila kita mahu mengubah nasib diri dan keluarga.
Anda boleh baca info lanjut mengenai keahlian Shaklee di sini!
Boleh emailkan kepada saya sekiranya anda ingin menyertai kami.
sumber : http://www.rahsiavitamin.com/2012/05/faedah-3c-buat-ahli-shaklee.html
Berminat?
Hubungi saya di hanisamin@gmail.com atau SMS/WhatsApp ke 010-4289601 (Hanis) untuk konsultasi mahupun maklumat lanjut.
Assalamualaikum…
Hari ni saya nak memperkenalkan, Biz Partner kami. Untuk mendapatkan produk Shaklee dan konsultasi yang berterusan, anda juga boleh menghubungi mana-mana wakil biz partner kami (Shaklee Independent Distributor) yang berdekatan dengan anda seperti berikut:
1) Hanis Amin
No tel : 010-4289601 (SMS/WhatsApp)
Kawasan : Bandar Saujana Putra
2) Norlili Omar
NO tel : 012-9017887
Kawasan : Kuala Terengganu
3) Norhedayah Razali
No Tel : 017-3540926
Kawasan : Cyberjaya, Kota Damansara
4) Liyana Gopog Abdullah
No Tel : 019-3592336
Kawasan : Sungai Buloh
5) Noor Syaheedah Zakaria
No Tel : 013-3853085
Kawasan : Kuala Lumpur
6) Laili Syahidah
No Tel : 012-6258447
Kawasan : Pulau Pinang
Berminat ingin meyertai kami dan bersama-sama menjana pendapatan dengan bisnes Shaklee secara separuh masa atau pun sepenuh masa?
Kami akan memberikan panduan & training dari semasa ke semasa walau di mana sahaja anda berada. Kini segalanya di hujung jari. Dengan kerajinan, usaha, semangat & doa yang berterusan, anda juga boleh berjaya!
Sekiranya anda berminat untuk menyertai Hanis Amin Biz Partner, sila hubungi hanisamin@gmail.com untuk maklumat lanjut. Kami akan berikan panduan untuk anda. Ini bukan skim cepat kaya, yang mana anda hanya goyang kaki dan dapat duit ya! Tetapi dengan usaha dan kesungguhan yang tinggi, tidak mustahil untuk anda memiliki bonus yang anda idamkan.
Kalau anda sekadar nak mendaftar keahlian Shaklee untuk kegunaan sendiri dan keluarga pun boleh. Mana tahu, suatu hari nanti anda terbuka hati untuk memulakan bisnes pula. Sekurang-kurangnya, boleh dijadikan back-up plan di tengah-tengah bulan!
Berminat?
Hubungi saya di hanisamin@gmail.com atau SMS ke 010-4289601 (Hanis) untuk konsultasi mahupun maklumat lanjut.
Assalamualaikum..
- Protein
- Multivitamin yang lengkap dengan zat besi
- Vitamin B-Complex yang lengkap dengan folic acid
- Vitamin C
- Kalsium
- Omega
- Protein : untuk bina sel. Sel terbina dari protien. Tanpa protien, pembinaan dan perkembangan sel boleh terbantut.
- Multivitamin dengan zat besi : demi memastikan sel mendapat semua vitamin penting dalam membentuk membentuk organ. Zat besi penting untuk pembinaan darah dan pembesaran janin.
- B-Complex : penting untuk pembinaan sel darah, sarah dan beberapa organ penting termasuk tengkorak kepala.
- Vitamin C : pembentukan kolagen dan membantu sistem antibodi.
- Kalsium : pembinaan sel darah merah serta tulang bayi.
- Omega : membantu pembentukan sel otak. Pengambilan hanya dibenarkan selepas bulan ke-4 kehamilan (trimester ke-2).
Berminat?
Hubungi saya di hanisamin@gmail.com atau SMS ke 010-4289601 (Hanis) untuk konsultasi mahupun maklumat lanjut.
Assalamualaikum..
Ibu-ibu tentunya susah hati apabila anak tak mahu makan dan asyik sibuk bermain sahaja kan. Hari ini saya nak kogsikan sedikit tips untuk membantu anak-anak suka makan.
- Jangan paksa anak makan. Ianya hanya akan memburukkan lagi keadaan. Malah anak mugkin akan terus membenci dan merasakan ia satu penyiksaan.
- Offer makanan bila anak-anak dalam keadaan lapar dan tenang. Jangan tunggu sehingga terlalu lapar.
- Jadikan aktiviti makan sesuatu yang menggembirakan.
- Campurkan makanan baru dengan makanan kesukaan anak-anak untuk memperkenalkan sesuatu yang baru.
- Makan bersama-sama. Anak-anak akan mencontohi ibu bapa.
- Ajak anak bermain sambil makan. (Bila Muadz mula bosan makan, saya akan buat2 nasi tu jadi kapal terbang dan masuk ke dalam mulut dia. Kadang2 dia tak buka mulut, bila 2-3 kali baru buka.)
- Hidangkan makanan anak-anak dengan cara yang menarik. buat corak atau hiaskan dengan comel.
- Elakkan minum air sambil minum. Sebaiknya tunggu sehingga habis makan sebelum minum.
- Kurangkan makan snek, makanan ringan atau makanan berhampiran dengan waktu makan.
- Biar anak-anak membantu menyediakan hidangan makanan. contohnya, bawakan pinggan ke meja, letakkan sudu dalam mangkuk. kalau ada anak yang besar sikit boleh tolong potong2.
- Ajak anak membeli barangan dapur bersama. Tunjukkan bahan2 yang digunakan untuk masak.
- Sekali- sekala ajak anak-anak makan bersama rakan sebaya atau saudara sebaya. Anak lebih suka makan beramai-ramai.
- Biarkan anak-anak makan sendiri walaupun bersepah dan tumpah. sebaiknya alas tenpat duduknya terlebih dahulu.
- Tanya pendapat anak menu yang diingini.
- Biar anak-anak kunyah sehingga habis sebelum memberikan makan lagi.
Berminat?
Hubungi saya di hanisamin@gmail.com atau SMS ke 010-4289601 (Hanis) untuk konsultasi mahupun maklumat lanjut.
Assalamualaikum..
Alhamdulillah, dah ramai yang mencuba Shaklee dan berpuas hati dengannya. Shaklee lengkap boleh digunakan untuk kegunaan dari ibu hamil sehinggalah meenyusukan. Oh, bukan itu sahaja, malah turut sesuai untuk seisi keluarga sama ada kanak2 mahupun orang dewasa. Jom kita baca komen ibu2 ini..
Mudahkan, boleh teruskan ambil vitamin sampai bila-bila.
Berminat?
Hubungi saya di hanisamin@gmail.com atau SMS ke 010-4289601 (Hanis) untuk konsultasi mahupun maklumat lanjut.
Assalamualaikum..
Selama ini mungkin ada yang beranggapan yang Mealshake hanyalah untuk kanak-kanak sahaja. Walaupun Shaklee juga meletakkan Mealshake di bawah kategori Children Health, namun sebenarnya orang dewasa juga boleh mengambilnya.
Benarkah Meal Shakes dapat membantu ibu mengandung yang mengalami morning sickness? Jom ikuti apa kata Puan S, customer Pn Tuty.
“Salam. Nk bg testi mealshake ni.HIDE NAMA I ek.Actually bli mealshake ni sbb nk jaga kulit muka.pregy this time kulit mmg bmyk gile + jerawat. Tp yg plik fr day 1 mkn mealshake wit air kosong early mrng B4 bfast i dh tsgt2 kurg muntah. Fyi I klu pregnn mmg tsangat trk muntah dr bgn tido hingga nk tdo mlm. Kire all day n nite sickness. Mmg rasa plik gile. After day 4 je today br prcaya n bg testi. Syukur alhmdilah sgt2. Cume mlm kdang2 munth la gak tp sgt kurg. Plus asyik lapar pas mkn mealshake. Hope x gemuk. Cume niat asal utk kulit blum nmpk lg kesan +ve nye. tq tuty intro mealshake kat i. Ni yg tgoda nk bpntg dgn shaklee nnt.”
Ini kerana Meal Shakes dilengkapi dengan multivitamin serta protein yang dapat menampung lubang-lubang nutrisi yang lopong. Sangat sesuailah untuk ibu hamil yang mengalamimorning sickness yang teruk atau mungkin boleh panggil ”all day n nite sickness”. Insya Allah tidak gemuk dengan pengambilan Mealshake ini kerana protein yang terdapat di dalam Mealshake akan memberikan keanjalan pada kulit badan di mana ianya membantu penurunan berat badan selepas bersalin.
Nak cuba Meal Shakes? Ada tawaran menarik khas untuk bulan ini (April 2012)
Berminat?
Hubungi saya di hanisamin@gmail.com atau SMS ke 010-4289601 (Hanis) untuk konsultasi mahupun maklumat lanjut.
Assalamualaikum..
Hamil dan melahirkan zuriat adalah saat-saat paling berharga buat wanita. Ia menandakan pusingan kehidupan sebagai seorang wanita telah pun lengkap. Bagaimanapun, tidak semua wanita melalui pengalaman mudah untuk mengandung dan melahirkan anak. Ada sesetengahnya memerlukan bantuan atau melakukan teknik-teknik tertentu sebelum terjadinya kehamilan.

Kepada anda yang menghadapi kesukaran untuk hamil, barangkali anda boleh mencuba TIPS berikut:
1. Mula mengambil asid folik. Anda mengurangkan kemungkinan melahirkan bayi yang mengalami kecacatan tiub neural 50% sehingga 70%, sekiranya mula mengambil 0.4mg asid folik, sekurang-kurangnya 2 atau 3 bulan sebelum mengandung. (Shaklee Vita-lea dan Shaklee B complex mengandungi Asid Folik yang mencukupi)
2. Cuba menjadikan sesi melakukan hubungan seks adalah saat yang ditunggu-tunggu dan menyeronokkan. Gunakan bilik lain selain dari bilik tidur.
3. Jangan terus bangun dan pergi ke bilik air selepas melakukan hubungan kelamin. Berbaring sekurang-kurangnya 5 minit bagi meningkatkan jumlah sperma yang berjaya berenang ke telur.
4. Ingatlah, menghasilkan zuriat ibarat anda bermain dengan nombor. Walaupun semuanya kelihatan ‘sempurna’, anda sebenarnya hanya mempunyai 25% ke 30% untuk hamil bagi setiap kitaran kesuburan.
5. Adakah anda peminat minuman berkafein? Hentikannnya atau bertukarlah kepada minuman tanpa kafein. Pengambilan lebih daripada 3 cawan minuman berkafein sehari boleh menghalang perkembangan bayi dan menyumbang kepada masalah kesuburan.
6. Silalah bertukar kepada pekerjaan lain sekiranya anda atau pasangan bekerja di tempat yang menyebabkan anda dan pasangan terdedah kepada bahan-bahan yang berbahaya. Ada sesetengah bahan memberi kesan kepada kualiti sperma dan perkembangan embrio.
7. Berjumpa doktor untuk mengetahui rekod perubatan anda dan berbincang mengenai rancangan untuk hamil.
8. Pastikan kawasan di sekitar vagina adalah ‘mesra sperma’. Elakkan penggunaan penyembur vagina atau tampon yang berbau wangi (menyebabkan ketidakseimbangan pH di sekitar vagina) dan bahan pencuci buatan atau minyak sayuran (boleh membunuh sperma).
9. Minta suami anda untuk mandi air sejuk 30 minit sebelum melakukan hubungan intim. Air sejuk akan merangsang pengaliran darah dan meningkatkan kadar pergerakan sperma.
10. Sebaik sahaja selesai mengadakan hubungan kelamin, letakkan bantal di bawah punggung dan tunggu selama 30 minit. Mengapa biarkan graviti menghalang? Berikan sedikit ransangan kepada ‘mereka’ untuk berenang.
Setelah kita berusaha, meminta lah kepada NYA. Antara himpunan doa yang boleh diamalkan:
Suplemen yang disarankan bagi meningkatkan kesuburan suami & isteri:
1) Zinc Complex - Zinc memberi kesan terhadap berbagai hormon termasuklah hormone sex, hormone thyroid, kemandulan bagi lelaki dan perempuan, prostate, thyroid yang tidak aktif . Kekurangan zinc juga dikatakan antara sebab kemandulan – Istilah yang di gunakan adalah “Below the level of technical sterility” bermaksud di bawah paras kesuburan. Ia mempengaruhi bilangan sperm (sperm count) dan pergerakannya (sperm motility). So, zinc ni mmg penting untuk kesuburan.
2) Vita-lea - untuk memastikan keperluan 12 vitamin dan 7 galian dipenuhi. Rata2 pengambilan makanan seharian kita tidak dapat memenuhi keperluan ini atas banyak sebab dan kekangan.Dan uniknya Vitalea @ multivitamin shaklee kerana ianya mengandungi iron formula yang sangat penting bagi tubuh.
3) B Complex – paling penting untuk elak kemurungan (anti-stress) & menstabilkan hormon. Uniknya vitamin b shaklee kerana ianya turut mengandungi Folic acid dan Biotin yang sangat penting untuk pembentukan darah dan kestabilan hormon.
4) Vit E - membantu meningkatkan hormon seks baik lelaki mahupun wanita..Uniknya vitamin E shaklee kerana turut mengandungi silenium manakala vitamin E kebanyakkan di pasaran adalah dijual berasingan dengan silenium. Ia juga sangat bagus untuk jantung tetapi waktu yang sama ia boleh meningkatkan pengeluaran hormon seks testosteron.
5) GLA Complex - membantu mengatasi masalah haid tidak teratur dan membantu menghasilkan cecair serviks yang subur & berkualiti.
6) Alfalfa Complex - membantu mengatasi rasa “sakit ketika bersama”, membantu atasi masalah keputihan, haid yang tidak teratur, senggugut dan membantu dalam hubungan suami isteri (bertindak seperti kacip fatimah).
Namun harus diingat, soal rezeki ini semuanya dari Allah. Kita sebagai manusia harus berusaha, berdoa dan bertawakal kepadaNya. InshaAllah..
sumber: celikvitamin.com
Berminat?
Hubungi saya di hanisamin@gmail.com atau SMS ke 010-4289601 (Hanis) untuk konsultasi mahupun maklumat lanjut.



GLA Complex Shaklee merupakan kombinasi minyak borage yang mengandungi asid gamma linolenik (GLA), asid linolenik (LA), minyak bunga matahari dan vitamin E. 

























