Order sekarang!


atau SMS/WhatsApp/Telegram :

010-4289601 (Hanis)

Best selling!!
Dapatkan info terkini segera..

* Setiap testimoni yang tertulis dalam laman web ini adalah pengalaman dari pelanggan sendiri dan hasil dari setiap pelanggan mungkin berbeza antara satu sama lain. Namun ini tidak bermakna vitamin ini boleh mengubat atau menyembuhkan penyakit. Sila konsult dengan pengedar anda untuk lebih lanjut.

PERHATIAN : Konsultasi selepas pembelian produk dan jadual pengambilan adalah khas untuk pelanggan kami sahaja. Sila rujuk pengedar anda untuk jadual pengambilan & kosultasi selepas pembelian. Terima kasih.
Free Palestine, Pray 4 Syria
Tabung Kecemasan Gaza Aqsa Syarif di sini :
http://on.fb.me/1jlP2li
Akaun Maybank Islamic : 551575-004299
akaun Bank Islam : 1209-20100-34904
email : projects@aqsasyarif.org.my

Tabung Kasih Ummah Syria
Bank Islam Malaysia Berhad
120290 100 63512
(Pertubuhan IKRAM Malaysia)
email : i4syria315@gmail.com

Search Results

Assalamualaikum..

Masalah anemia (low Hb) ketika hamil terjadi apabila seseorang ibu itu mempunyai paras hemoglobin yang rendah ketika mengandung, terutama di trimester pertama (3 bulan pertama).

Fenomena ini berlaku apabila jumlah sel darah merah yang sepatutnya tidak mencukupi. Kekurangan ini akan menyebabkan pengurangan hemoglobin – pembawa oksigen kepada sel. Si ibu biasanya akan kelihatan pucat dan tidak bermaya.

anemia-low-haemoglobin

Apabila anemia melampau berlaku (iron deficiency anemia), rawatan biasanya merangkumi dos terapi 200mg zat besi setiap hari, bergantung kepada kekerapan anemia tersebut. Rawatan yang bersesuaian akan diberikan oleh doktor sekiranya anda disahkan anemik!

Untuk mencegah kekurangan zat besi (iron deficiency), sekurang-kurangnya 30mg suplemen zat besi (iron supplement as ferrous fumarate) disarankan tatkala hamil. Suplemen ini akan diberikan oleh doktor, diperolehi dari suplemen harian atau diet harian (sumber makanan semulajadi) anda.
Pengambilan suplemen 2 biji Shaklee Vita-Lea Iron Formula sangat-sangat membantu menangani masalah anemia (low Hb) ketika hamil ini.

TIPS pengambilan Iron suplement:
(1) Pengambilan sumber Vitamin-C bersama-sama dengan Iron supplement akan membantu penyerapan zat besi pada tahap optimum!
(2) Elakkan mengambil sumber kalsium bersama-sama dengan sumber zat besi, kerana kalsium akan mengganggu penyerapan zat besi sepenuhnya.
(3) Sumber asid folat (folic acid) juga membantu mengekalkan paras hemoglobin yang normal di dalam badan. Di Shaklee, sumber asid folat boleh di dapati dari Shaklee Vita-Lea & Shaklee B-Complex.

set-kehamilan

p/s: Buat ibu-ibu mengandung, jom cuba set Shaklee Eu-Four Pack kami? (^_-)

Credit to http://www.genkimomma.net/2011/12/tips-atasi-anemia-ketika-hamil.html

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.

 

Berminat?
Hubungi saya sekarang!!
Your Shaklee Independent Distributor
Hanis Amin
♥ SMS | WhatssApp : 010-4289601
♥ Shaklee ID : 837662
♥ FB Page : http://www.facebook.com/HanisHealthyLife
♥ Email : hanisamin@gmail.com

Penyakit kulit Impetigo

Assalamualaikum…

Mungkin ramai yang tak pernah dengar tentang penyakit kulit impetigo ni. Saya pun baru tahu lepas Zilal kena jangkitan kulit ni menyebabkan kulit muka melepuh dan macam luka. Memang terkejut. Jadi, saya kongsikan bersama info tentang impetigo. Nanti saya kongsikan pengalaman saya merawat Zilal pula ya.

Apa itu Impetigo?

Impetigo seringkali menyerang bayi dan anak-anak. Impetigo merupakan penyakit kulit yang menular ditandai dengan luka merah pada bagian wajah, sekitar hidung ataupun mulut dan juga badan. Ia dimulai dengan kulit menggelembung dan melepuh berisi cairan. Impetigo bukan merupakan penyakit yang membahayakan  akan tetapi Impetigo akan mengganggu kesihatan anak lebih serius apabila dibiarkan. (sumber)

Bagaimana terjadinya impetigo?

Penyebab dari impetigo adalah bakteri Staphylococcus (Staph) dan Streptococcus (Strep) yang masuk ke dalam tubuh anak melalui kulit yang terluka atau pada anak dengan kulit sehat. Penularan penyakit ini boleh terjadi secara langsung melalui sentuhan kulit dengan kulit atau melalui barang-barang perantara, seperti baju, alat permainan atau peralatan makan yang telah terkontaminasi bakteri. Ia dipengaruhi oleh beberapa faktor seperti: Kebersihan, Musim panas dengan banyak debu dan Keadaan dimana anak kurang gizi dan anemia. (sumber)

Jenis impetigo

1. Impetigo Contagiosa (Impetigo Kontangiosa krustosa)

IMPETIGO-CONTAGIOSA

Impetigo jenis ini ditandai dengan keropeng/luka berwarna merah pada wajah dan seringkali nampak pada bagian mulut dan hidung. Sebahagian besar terdapat pada anak usia 2-5 tahun, kerana sistem imun anak yang belum berkembang sempurna. Impetigo krustosa merupakan infeksi kulit bakteri yang paling sering dijumpai pada anak, terutama anak yang tinggal di iklim panas dan lembab.

Gejala impetigo contagiosa :

  • Gejala timbul 1-3 hari setelah infeksi. Kelainan kulit diawali oleh kemerahan mendatar pada kulit yang dengan cepat berubah menjadi benjolan seperti jerawat yang berisi cairan atau nanah berukuran kurang lebih 2 cm.
  • Munculnya bercak merah menyerupai luka yang tidak terasa sakit, namun gatal.
  • Benjolan kecil ini dapat pecah, mengeluarkan isi nanah atau cairan, kemudian mengering dan meninggalkan keropeng tebal berwarna kuning seperti madu.
  • Jika keropeng ini dikelupas, terdapat luka dangkal yang merah dan basah di bawahnya.
  • Terdapat beberapa benjolan seperti ini yang berkumpul di suatu tempat atau bergabung satu sama lain menjadi besar.
  • Bekas berwarna kemerahan ini dapat sembuh tanpa bekas dalam jangka waktu beberapa hari atau minggu.

2. Bullous Impetigo (Impetigo Bulosa)

impetigo-bulosa 1

Infeksi impetigo bulosa biasanya muncul di bagian tengah tubuh antara pinggang dan leher atau lengan. Jenis ini banyak menyerang anak di bawah 2 tahun.

Gejala Bollous Impetigo :

  • Kulit yang melepuh dan berisi cairan berukuran 1-2 sentimeter yang terasa sakit dan membuat kulit di sekitarnya gatal.
  • Kulit melepuh yang dalam waktu singkat dapat menyebar ini kemudian pecah dalam beberapa hari.
  • Pecahan kulit yang melepuh kemudian meninggalkan kerak berwarna kuning.
  • Setelah sembuh, kerak kuning tersebut hilang tanpa meninggalkan bekas sama sekali.

(sumber)

Ubat Impetigo

Biasanya doktor akan bagi antibiotik jenis minum dan juga antibiotik jenis sapu untuk mematikan bakteria ini. Doktor juga akan membekalkan ubat gatal dan ubat demam (utk tahan sakit) jika perlu. Biasanya impetigo boleh sembuh sendiri dalam masa 3 minggu tetapi tujuan antibiotik untuk mempercepatkan proses penyembuhan. Sekiranya setelah seminggu masih belum sembuh, dinasihatkan untuk bertemu doktor semula kerana mungkin ia adalah jangkitan kulit yang lain. Rupa impetigo sangat menyerupai herpes tetapi herpes adalah disebabkan virus, bukan bakteria. Dinasihatkan untuk anak-anak tidak ke sekolah, tadika atau taska kerana dikhuatiri menjangkiti kanak-kanak lain.

 

Kami ialah PENGEDAR SAH SHAKLEE anda di Bandar Saujana Putra! Sila SMS/ WhatsApp ke +6010-4289601 (Hanis) untuk self pick-up di Bandar Saujana Putra.

Your Shaklee Independent Distributor
Hanis Amin
♥ SMS | WhatssApp : 010-4289601
♥ Shaklee ID : 837662
♥ FB Page : http://www.facebook.com/HanisHealthyLife
♥ Email : hanisamin@gmail.com

Kenali penyakit dari kuku

Adakah anda tahu bahawa kuku anda boleh mendedahkan kesihatan anda secara keseluruhannya? Sebuah sentuhan tompokan putih, ada yang sedikit kemerahan, atau riak atau gundukan mungkin merupakan tanda penyakit di dalam tubuh anda. Permasalahan dalam hati, paru-paru, dan jantung boleh muncul dalam kuku anda. Terus membaca supaya anda dapat kenali penyakit dari kuku anda.

1. .Kuku yang pucat (Pale Nails)

Kenali penyakit dari kuku 1

Kuku yang sangat pucat kadang-kadang dikaitkan dengan penuaan. Tapi mereka juga boleh merupakan tanda penyakit serius seperti:

2. Kuku putih (White Nails)

Kenali penyakit dari kuku 2

Jika kuku sebahagian besar putih dengan pinggiran lebih gelap, ini dapat menunjukkan masalah hati, seperti hepatitis. Dalam gambar ini, anda boleh melihat jari-jari juga kuning, tanda lain dari masalah hati.

Read the rest of this entry »

Eksperimen : Vita lea merosakkan buah pinggang?

Assalamualaikum..

Baru-baru ini saya dapat kiriman gambar di bawah dari seorang rakan. Gambar tersebut yang dilakukan oleh salah seorang pengedar syarikat U membandingkan produk U dengan produk-produk lain. Hasilnya epal produk U kekal cantik manakala 2 lagi produk menghitamkan epal. Jadi, adakah benar vita-lea merosakkan buah pinggang?

Vita lea merosakkan buah pinggang

 

Adakah bahan dalam setiap produk itu sama? Adakah setiap produk mempunyai fungsi yang sama untuk dibandingkan?

Jom, kita ikuti pula hasil eksperimen rakan saya Puan Yana dari Vitamin Kita.

Puan Yana menggunakan 4 jenis produk Shaklee iaitu Garlic, Vitamin C Chew, SR Vitamin C dan Vita lea. Satu lagi cawan tidak diletakkan apa-apa, hanya air dan epal. Tak perlu dibandingkan dengan produk lain, yang mungkin kita tak pasti tentang kandungannya. Tapi kami yakin dengan Shaklee dan lebih tahu tentang produk Shaklee. Jadi, jom kita lihat hasilnya. (Gambar dan hasil eksperimen diambil dengan kebenaran Pn Yana)

Apa yang terjadi selepas 7 jam?

Read the rest of this entry »

Assalamualaikum..

Ramai wanita hamil malas untuk mengambil asid folik. Asid folik amat penting untuk ibu yang hamil dan yang bakal untuk hamil.

Bagi ibu yang hamil amat penting untuk pembentukan janin. Manakala bagi yang merancang untuk hamil pula penting untuk pembentukan sel darah merah dan sebagai persediaan untuk hamil.

48018_453854084693431_616281278_n

Kekurangan asid folik

* Kurang pengambilan asid folik ketika hamil menyebabkan terjadinya spina bifida, kecacatan pada tulang belakang yang menjadikannya kelihatan menonjol.

* Ia juga boleh menyebabkan masalah pembentukan tempurung kepala yang tidak sempurna dan bibir sumbing

 

Kami mencadangkan pengambilan supplemen lengkap untuk ibu hamil iaitu

Slide1

ESP – Sumber protein untuk memastikan sel-sel bayi berkembang dengan sihat, mengurangkan rekahan kulit, membantu menghasilkan kulit yang lebih sihat berseri

Vitamin C – Membina saluran darah yang sihat, meransang penyerapan zat besi dan asid folik, membantu penghasilan kolagen untuk membentuk kulit dan tulang bayi, meningkatkan sistem imunisasi

Vita-lea – multivitamin dan multimineral lengkap dengan zat besi untuk mencegah kekurangan nutrisi. Zat besi mencegah anemia dan darah rendah. Mengandungi asid folik yang penting untuk perkembangan bayi.

B Complex – Mengurangkan tekanan (stres), meningkatkan fungsi saraf, mencegah kecacatan tiub neural, mengurangkan risiko kencing manis, mengurangkan risiko pra-matang

Ostematrix – kalisum-magnesium yang turut dilengkapi vitamin D dan mineral lain utk membantu penyerapan kalsium.  Penting untuk bina dan hasilkan tulang yang kuat.

Omega Guard – mengandungi 70% asid lemak omega-3 (EPA & DHA). Penting untuk perkembangan otak bayi dan penglihatan awal bayi.

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.

 

Berminat?
Hubungi saya sekarang!!
Your Shaklee Independent Distributor
Hanis Amin
♥ SMS | WhatssApp : 010-4289601
♥ Shaklee ID : 837662
♥ FB Page : http://www.facebook.com/HanisHealthyLife
♥ Email : hanisamin@gmail.com

Assalamualaikum..

Alhamdulillah, dah masuk ke bulan Februari. Menarik produk promosi bulan ini iaitu Shaklee Vita lea Iron Formula.

promotion-banner

Istimewanya produk ini :

  • multivitamin dan multimineral, yang mengandungi 23 jenis vitamin mineral yang lengkap untuk keperluan harian.
  • Dilengkapi dengan zat besi yang amat diperlukan terutama oleh ibu yang menyusukan anak & mereka yang mengalami anemia.
  • Lebih 340 ujian kualiti dibuat setiap kali proses penghasilan untuk memastikan ketulenan dan potensi produk
  • 2 biji Vita lea setiap hari menyamai 40 jenis hidangan lauk pauk
  • Sistem Penyerapan Bioaktif untuk membantu penyerapan asid folik
  • Vitamin semulajadi TANPA pewarna, perisa dan bahan pengawet

[UJI VITAMIN ANDA]

Cuba anda ambil sebiji multivitamin yang sedang anda amalkan. Genggam selama 5 minit, jika anda dapati tangan anda melekit serta warnanya melekat dengan tangan anda, maka saya sarankan anda memilih vitamin yang lebih baik.

Vitamin yang sintetik biasanya mengandungi silika gel, pewarna, perasa dan pengawet tambahan. Bahan-bahan ini boleh memudaratkan kesihatan kerana tubuh kita hanya perlukan yang asli.

Hakikatnya pewarna, pengawet dan perasa tambahan ini tidak diperlukan oleh badan dan jika diambil secara berterusan dikhuatiri boleh memudaratkan kesihatan.

Kesihatan itu sangat mahal. Maka amalkan pengambilan supplement dengan ilmu dan bukan kerana trend semata-mata.

Jom baca 10 sebab anda perlu ambil multivitamin!

 

Siapa yang memerlukan VitaLea?

  • Wanita yang ingin hamil
  • Ibu mengandung yang selalu kena anemia
  • Ibu menyusu, terutama yang bayinya dah berumur 6 bulan ke atas. Kajian mendapati kandungan zat besi di dalam susu ibu akan berkurangan selepas 6 bulan.
  • Individu dewasa yang berminat untuk mendapatkan kesihatan dan kecergasan jangkamasa panjang
  • Sesiapa yang pemakanan hariannya sentiasa tidak optimum
  • Sesiapa yang ingin menambah sokongan fungsi daya tahan penyakit
  • Individu yang mengalami tekanan (stress)

PERHATIAN

  • Produk ini mengandungi alfalfa (Medicago sativa). Individu yang menghidap lupus eritematosus sistemik perlu meminta khidmat rundingan pakar sebelum mengambil produk ini.
  • Zat Besi (Vitalea) tidak boleh diambil bersama-sama dengan (serentak) kalsium (Ostematrix) dan kacang soya (Soy Protein) kerana ia boleh mengganggu penyerapan zat besi.

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.

 

Berminat?
Hubungi saya sekarang!!
Your Shaklee Independent Distributor
Hanis Amin
♥ SMS | WhatssApp : 010-4289601
♥ Shaklee ID : 837662
♥ FB Page : http://www.facebook.com/HanisHealthyLife
♥ Email : hanisamin@gmail.com

Assalamualaikum..

Ada ibu-ibu yang anaknya menghidap G6PD dan risau untuk ambil supplemen bagi menambah kesihatan diri dan bayi. Ramai ibu yang dah mula sedar kepentingan supplemen tetapi risau tak sesuai kerana anaknya menghidap G6PD deficiency.

APA ITU G6PD Deficiency?

G6PD ialah singkatan nama enzim Glucose-6-Phosphate Dehydrogenase yang terdapat di dalam sel darah merah. Ia bertindak dalam melindungi sel darah merah daripada pecah (hemolisis) bila terdedah kepada ubat-ubat tertentu, makanan atau jangkitan.
Kekurangan enzim ini boleh memusnahkan sel darah merah apabila terdedah kepada jangkitan, ubat-ubatan tertentu ataupun melalui makanan. (sumber)

 

G6PD adalah amat kritikal kepada fungsi normal sel sel darah merah.Oleh itu kekurangan G6PD boleh menyebabkan satu keadaan yang dipanggil anemia.
Pencetus – pencetus ini boleh mneyebabkan hasil sampingan yang tidak diundang terkumpul di dalam tubuh dan merosakan sel sel darah merah.Biasanya enzim G6PD di dalam tubuh melindungi sel – sel darah merah daripada dirosakkan oleh hasil sampingan ini tetapi bagi seseorang individu yang mempunyai.Akibatnya individu tersebut mula menunjukkan simptom simptom anemia yang mana termasuklah

  • kulit pucat
  • keletihan teruk
  • Pernafasan yang rancak
  • Degupan jantung yang rancak
  • Demam kuning
  • Limpa membesar
  • Air kencing yang berwarna gelap

Ramai yang mengalami kekurangan G6PD tidak menunjukkan simptom simptom sehinggalah semua sel – sel darah merah dirosakkan oleh salah satu pencetus iaitu

  • Sesetengah makanan (kekacang yang bukan sahaja amat merbahaya untuk DIMAKAN tetapi boleh bertindak sebagai satu pencetus apabila ia disentuh
  • Sesetengah perubatan
  • Bakteria Jangkitan

Berita baiknya pula adalah di dalam kebanyakkan kes , menelak daripada pencetus tersebut cara bagi menghilangkan simptom simptom ini biasanya akan hilang dalam beberapa minggu.
kekurangan G6PD jarang menyebabkan anemia yang kronik (berterusan)

.Makanan yang perlu dielakkan jika anak anda mengalami G6PD

  • kacang FAVA-favisme – kacang buncis-kacang parang
  • mentega kacang tanah
  • bluberi juga produk produk berasaskannya
  • peria
  • herba cina
  • asid eskorbik tiruan
  • pewarna makanan tiruan
  • pengawet makanan tiruan
  • makanan segera cina dan korea

Oleh kerana G6PD Deficiency tidak dibenarkan mengambil makanan berasaskan HERBA DAN SOYA maka Set penyusuan yang sesuai adalahVitalea+Bcomplex+Vitamin C+Ostematrix 

(sumber)

 

SET PENYUSUAN EU FOUR PACK

eu four pack

VITA LEA- MULTIVITAMIN

  • Multivitamin menyediakan vitamin dan mineral penting untuk para ibu yang mana ianya tidak diperolehi daripada diet harian.
  • Vita Lea adalah multivitamin dan multimineral, yang mengandungi 23 jenis vitamin mineral yang lengkap untuk keperluan harian.
  • Membekalkan tubuh ibu dengan nutrient yang perlu agar ibu sentiasa sihat, cergas dan bertenaga. Dilengkapi dengan zat besi yang amat diperlukan oleh ibu yang menyusukan anak.
  • Kadar vitamin yang mencukupi membantu penghasilan susu yang banyak dan berkhasiat di samping menggalakkan kesihatan ibu dan bayi secara menyeluruh.

 

B COMPLEX

  • B Complex mengandungi semua jenis vitamin B termasuk yang famous, asid folik.
  • Seorang ibu menyusu memerlukan vitamin B untuk metabolisma, menukarkan makanan kepada tenaga, mengurangkan stess dan menghasilkan susu.
  • Bukan saja ibu hamil, ibu menyusu juga perlukan asid folik.
  • Vitamin B kompleks merupakan vitamin yang diperlukan oleh anda dan bayi anda setiap hari bagi menyokong sistem saraf dan metabolisma yang sihat.
  • Vitamin B mempunyai pelbagai fungsi termasuk pengeluaran hormon, pembentukan sel-sel darah merah, penghasilan tenaga untuk sel, dan mengekalkan saraf serta kulit yang sihat.
  • Ibu yang menyusui bayi perlu mendapatkan vitamin B kompleks untuk memberikan khasiatnya kepada bayi mereka melalui susu ibu.

 

VITA C

  • Vitamin C penting bagi menguatkan sistem imun dan membina kulit, gigi dan gusi yang sihat.
  • Menyusui bayi secara ekskusif dapat melindungi bayi anda dari kekurangan vitamin C
  • Keunikan vitamin C Shaklee ialah, ia Sustained Released iaitu dilepaskan secara perlahan-lahan. Vitamin C tidak dapat bertahan lama dalam badan kita, jadi badan kita perlukan vitamin sebegini untuk memenuhi keperluan harian.

OSTEMATRIK

  • Membantu mengekalkan tekanan darah yang normal
  • Membantu dalam pengecutan otot dan pelancaran saraf
  • Menolong mengurangkan simptom-simptom senggugut seperti perut kembung, kekejangan, retensi air, mudah radang dan kemurungan, sakit-sakit badan serta lenguh-lenguh badan.
  • Memberi sumber kalsium yang mencukupi kepada ibu-ibu dan juga anak yang disusui..
  • Kalsium, magnesium dan vitamin D juga membantu membanyakkan susu secara tidak langsung.

Diharap dengan perkongsian ini dapat membantu ibi-ibu yang menyusui anak G6PD untuk mendapatkan makanan tambahan yang sesuai untuk mereka. Sila beritahu pengedar Shaklee bahawa anda mempunyai anak G6PD agar tidak berlaku kesilapan dalam memilih makanan tambahan.

 

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.

Berminat?

Hubungi saya sekarang!!
Your Shaklee Independent Distributor
Hanis Amin
♥ SMS | WhatssApp : 010-4289601
♥ Shaklee ID : 837662
♥ FB Page : http://www.facebook.com/HanisHealthyLife
♥ Email : hanisamin@gmail.com

 

Assalamualaikum…

Adakah anda perlukan supplemen?

20 Sebab Kenapa Perlu Ambil Supplemen / Vitamin

supplement

  1. Tidak mengikut piramid makanan atau makanan seimbang.
  2. Masalah Penghadaman. Penghadaman yang tak efisien boleh membataskan penyerapan vitamin oleh tubuh. Contohnya jika mengunyah makanan dengan kurang sempurna atau terlalu cepat. Ini menghasilkan saiz partikel makanan yang lebih besar dari normal iaitu terlalu besar bagi tindakan lengkap oleh enzim-enzim penghadaman. Mereka yang menggunakan gigi palsu juga boleh menjejaskan penyerapan vitamin akibat pengunyahan kurang efisien.
  3. Kopi, Teh Panas & Rempah. Tabiat meminum air yang terlalu panas atau pengambilan terlalu banyak kopi, teh, jeruk dan rempah boleh menyebabkan inflamasi atau keradangan pada lapisan saluran pencernaan. Ini mengakibatkan kurangnya rembesan cecair penghadaman serta penyerapan vitamin dan mineral menjadi kurang.
  4. Pengambilan alkohol yang berlebihan boleh menyebabkan kerosakan pada hati dan pankreas iaitu organ yang penting dalam proses penghadaman dan metabolisma. Pengambilan alkohol yang kerap dan banyak menyebabkan badan memerlukan lebih banyak Vitamin B terutamanya thiamine, niacin, pyridoxine, asid folik, Vitamin B12, Vitamin A, Vitamin C, zink, magnesium dan juga kalsium.
  5. Amalan merokok boleh menyebabkan iritasi pada saluran penghadaman dan meningkatkan keperluan badan terhadap Vitamin C yang juga penting dalam fungsi sistem imun.
  6. Julap / ubat sembelit / ubat kurus. Penggunaan julap secara berlebihan boleh mengakibatkan kurangnya penyerapan vitamin dan mineral daripada makanan. Paraffin dan lain-lain minyak mineral meningkatkan kehilangan vitamin larut lemak seperti Vitamin A, D, E dan K. Penggunaan julap yang banyak juga boleh menyebabkan kehilangan mineral seperti potassium, sodium dan magnesium.
  7. Fad Diet. Diet ganjil yang tidak mengandungi semua kumpulan makanan berkemungkinan kurang mengandungi vitamin. Paling popular, diet kurang lemak, jika diamalkan secara ekstrem boleh mengakibatkan kekurangan Vitamin A, D, E dan K. Diet vegetarian yang tidak mengambil daging dan sumber haiwan lain pula perlu dirancang dengan baik supaya tidak kekurangan Vitamin B12 yang boleh mengakibatkan anemia.
  8. Makanan Terlebih Masak. Memasak terlalu lama atau memanaskan semula daging dan sayuran boleh memusnahkan Vitamin B, C dan E.
  9. Makanan Diproses (dalam tin). Pemprosesan makanan yang bertujuan meningkatkan jangkamasa penyimpanan boleh menyebabkan kandungan nutrien berkurangan atau hilang sama sekali.
  10. Makanan segera yang tinggi kandungan karbohidrat, gula dan garam meningkatkan keperluan badan terhadap Vitamin B bagi memproses makanan tersebut.
  11. Antibiotik. Sesetengah antibiotik walaupun berguna bagi menghapuskan kuman yang menyebabkan jangkitan boleh menghapuskan sekali bakteria-bakteria baik dalam perut dan usus.
  12. Alahan Makanan. Mereka yang alah terhadap gluten atau laktosa boleh mengalami kekurangan sumber nutrisi diet yang penting seperti thiamine, riboflavin dan kalsium.
  13. Kehilangan Nutrien Tanaman. Sumber makanan daripada tanaman seperti sayuran dan buah-buahan boleh kekurangan nutrien akibat pengurusan tanah yang lemah.
  14. Kemalangan dan Penyakit. Luka terbakar menyebabkan kehilangan protein, vitamin dan mineral. Pembedahan pula meningkatkan keperluan terhadap zink, Vitamin E dan nutrien yang terbabit dalam proses pembaikan sel.
  15. Tekanan atau Stress. Tekanan fizikal, emosi dan pencemaran boleh meningkatkan keperluan tubuh terhadap Vitamin B2, B5, B6 dan Vitamin C.
  16. Sindrom pra haid. Penyelidikan sains telah membuktikan bahawa 60% wanita yang mengalami masalah sindrom pra haid boleh mendapat manfaat dengan pengambilan suplemen Vitamin B6.
  17. Remaja. Proses tumbesaran yang pesat dari segi fizikal, emosi dan biokimia sewaktu usia remaja menyebabkan golongan remaja terutama perempuan memerlukan lebih banyak nutrien berbanding orang dewasa.
  18. Wanita Hamil. Kehamilan menyebabkan keperluan nutrien lebih banyak bagi memastikan proses tumbesaran yang sihat bagi ibu dan juga bayi.
  19. Pil Perancang. Pil perancang boleh mengurangkan penyerapan asid folik dan meningkatkan keperluan tubuh terhadap Vitamin B6, Vitamin C, zink dan juga riboflavin.
  20. Warga Emas. Peningkatan usia sering dikaitkan dengan pengambilan vitamin dan mineral khususnya zat besi dan kalsium yang berkurangan.

Adakah anda mempunyai salah satu sebab di atas?

Buatlah keputusan yang bijak dalam hidup anda…

Berminat?

Hubungi saya sekarang!!
Your Shaklee Independent Distributor
Hanis Amin
♥ SMS | WhatssApp : 010-4289601
♥ Shaklee ID : 837662
♥ FB Page : http://www.facebook.com/HanisHealthyLife
♥ Email : hanisamin@gmail.com

Assalamualaikum..

Biasa bila si ibu mula hamil, doktor akan mula membekalkan supplemen. Namun, masih ada yang ragu-ragu terhadap pengambilan supplemen semasa hamil walaupun telah dibekalkan oleh klinik. Ini kerana terdapat banyak mitos yang menghantui ibu-ibu seperti

“Vitamin semasa mengandung membuatkan anak besar”

“Vitamin semasa mengandung menggemukkan”

Jom ikuti kisah ini dari Kak N :

“Saya taknak makan vitamin masa mengandung takut baby gemuk la” kata Sue pada kawan sepejabatnya Asmi.

” Bukan bagus ke kalau baby membesar dan sihat?” tanya Asmi.

” Memang bagus tapi Sue tak nak kena operate” balas Sue.

Masa yang ditunggu makin hampir…namun tanpa di duga, Sue terpaksa melahirkan anaknya secara pembedahan kerana komplikasi yang dihadapinya. Paling menyayat hati suami dan ibu bapa Sue ialah anak yang dilahirkan cukup bulan itu hanyalah 1.7kg dan terlalu kecil. Doktor kata bayi Sue tak mendapat cukup khasiat sepanjang dalam kandungan. Waktu itu Sue rasa menyesal kerana tak menjaga pemakanan dan mengamalkan vitamin yang disarankan Doktor.

Doktor meminta bayi Sue dimasukkan dalam incubator dan dipantau selama beberapa hari.

Pernah mendengar kisah sebegini? Ini adalah kisah benar . Pengalaman kisah ini mengajar saya bahawa, kelahiran anak itu sudah tertulis sama ada ia lahir normal atau pembedahan. Namun sebagai ibu, kita seharusnya cuba beri dan bekalkan yang terbaik buat si manja.

(sumber)

Apa sebenarnya fungsi dan kepentingan supplemen ni semasa hamil?

Untuk set kehamilan bersama Shaklee kami cadangkan Vita lea Iron Formula, B complex, Vita C (chewable vita C 100mg), Ostematrix dan Omega Guard. Jom tengok satu persatu.

<

 Vita lea Iron Formula

 

Antara vitamin dan mineral penting dalam Vita lea ialah :

Vitamin A

  • Mengelakkan rabun malam
  • Membina sel otak
  • Mengelakkan kelesuan

*Umum mengetahui bahawa Vitamin A boleh menjadi toksik jika diambil berlebihan. Oleh itu vitamin A diambil dalam bentuk multivitamin, dan jika perlu hanya ambil dalam bentuk pro-vitamin A.

Vitamin E

  • Menjaga saraf dan otot
  • Mengelakkan keguguran
  • Sebagai antioksidan

*Shaklee Vita-E Shaklee tidak disarankan kepada ibu hamil kerana dosnya yang tinggi

Vitamin K

  • penting untuk pembekuan darah
  • mengurangkan risiso pendarahan
Zat Besi
  • Membantu masalah anemia dan mudah pitam
  • komponen utama dalam sel darah merah yang menghantar oksigen ke seluruh badan untuk memastikan kelangsungan hidup
  • menghasilkan lebih banyak darah bagi menyokong keperluan khasiat pemakanan diri sendiri dan juga tumbesaran bayi

 

B complex

B Complex sepatutnya mengandungi kesemua 8 jenis vitamin B termasuklah asid folik. Namun biasanya kita selalu dengar tentang asid folik sahaja. Apakah kepentingan vitamin-vitamin B yang lain?

Vitamin B1 (thiamine)

  • membina jaringan fungsi saraf, otot dan otak.
  • menukarkan glukosa dan protein dalam makanan kepada tenaga
  • mengelakkan diabetes

Vitamin B2 (riboflavin)

  • menjaga kekuatan myelin iaitu saraf yang menyambungkan maklumat
  • menguatkan fungsi otak

Vitamin B3 (niasin)

  • memberi tenaga, mengelakkan kelesuan
  • mengurangkan perasaan stress dan tertekan
  • memberi ketenangan

Vitamin B5 (pathotenic acid)

  • mengelakkan kekejangan otot

Vitamin B6 (pyriodoxine)

  • membantu mengelakkan komplikasi semasa hamil seperti kelahiran pramatang dan pre-eklampsia
  • memberi tenaga
  • menghilangkan rasa lesu

Vitamin B9 (folic acid)

  • penting dalam sintesis DNA dan pembahagian sel di awal kehamilan
  • mengurangkan risiko spina bifida pada bayi
  • menjaga fungsi saraf
  • mengelakkan kurang darah

Vitamin B12 (cyanocobalamin)

  • mencegah anemia
  • menjaga kesihatan kulit
  • mencegah kelesuan

Chewable Vita-C 100mg

  • Membantu menyerap zat besi
  • Membantu dalam sintesis protein
  • Mencegah komplikasi semasa hamil seperti kelahiran yang kurang berat badan, anemia, etc.
  • Mencegah selesema

Ostematrix

Vitamin D

  • penting dalam penyerapan kalsium
  • mengelakkan penyakit reput tulang kepada ibu dan anak yang dikandung
  • mengelakkan kekejangan otot

Kalsium

  • Ibu hamil memerlukan 1000-1300mg kalsium setiap hari
  • penting untuk pembekuan darah
  • menstabilkan transmisi impuls saraf
  • untuk merehatkan otot sewaktu berlakunya kontraksi
  • kalsium yang tidak mencukupi meningkatkan risiko praeklampsia iaitu gejala tekanan darah tinggi
  • mengelakkan masalah kekejangan
Magnesium
  • membantu menggabungkan kalsium ke dalam tulang dan menguatkannya
  • Kekurangan magnesium dapat mengakibatkan kejang betis dan perut, keguguran dan melahirkan pra-matang

Produk Shaklee dengan vitamin D : Ostematrix – Calcium, Magnesium & Vitamin D

Omega Guard

  • membantu pembentukan otak bayi
  • mengandungi DHA dan EPA yang penting untuk perkembangan otak dan mata bayi
  • mengawal paras kolesterol untuk ibu
  • mengurangkan simptom kuat pelupa

sumber :

– http://mamabusyra.blogspot.com/2012/01/kenapa-ibu-mengandung-sangat-perlu.html
– http://vitaminsemulajadi.com/supplement-dan-vitamin-semasa-hamil/

 

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.

Berminat?

Hubungi saya sekarang!!
Your Shaklee Independent Distributor
Hanis Amin
♥ SMS | WhatssApp : 010-4289601
♥ Shaklee ID : 837662
♥ FB Page : http://www.facebook.com/HanisHealthyLife
♥ Email : hanisamin@gmail.com

Assalamualaikum..

 

Apa itu Anemia?

Kurang darah ialah keadaan di mana kepekatan darah merah adalah kurang daripada biasa. Dalam istilah perubatan, seorang yang mengidap kurang darah mempunyai kepekatan darah merah kurang dari 9 gm peratus hemoglobin. Hemoglobin merupakan pengakut oksigen dan zat makanan ke seluruh badan. Oleh itu, apabila anda mengalami anemia, tisu seluruh badan menjadi hipoksia (kurang kandungan oksigen) dan kurang tenaga.

 

Punca kurang darah:

Ada beberapa sebab yang boleh menyebabkan berlakunya keadaan itu. Antaranya ialah :-

  • Kurang memakan makanan mengandungi zat besi
  • Kurang pengambilan asid folik(batu proses penghasilan darah merah) & Vitamin C(batu peyerapan zat besi dalam badan)
  • Ibu yang kerap bersalin
  • Mengalami kehilangan darah yang terlalu banyak seperti haid, kemalangan dan lain2
  • Jangkitan cacing
  • Pendarahan dari faraj atau buasir
  • Lain-lain penyakit seperti jangkitan saluran kencing, penyakit limpa, demam malaria dan penyakit barah.

 

ANEMIA BOLEH MEMBAWA MAUT!

Ibu hamil dan menyusukan anak memerlukan zat besi yang cukup untuk proses kehamilan dan penyusuan yang baik, lebih-lebih lagi bagi ibu hamil yang mengalami pendarahan, dan ibu menyusu yang sudah kedatangan haid.

Tanda2 kekurangan zat besi:

– Badan letih dan lesu
– Kulit kelihatan pucat
– Sering hilang fokus
– Semput
– Sakit kepala da pening
– Jantung berdebar dengan cepat
– Sering lupa
– Tersangat kurus
– Loya
Anemia sangat bahaya kerana boleh menyebabkan kesan kepada ibu dan bayi dalam kandungan.

Kepada ibu :

  • Keguguran
  • Bersalin Awal
  • Kematian janin dalam kandungan
  • Tumpah darah semasa & selepas bersalin

Kepada Janin :

  • Kurang berat ketika lahir (kurang 2.5kg)
  • Lahir tidak cukup bula
  • Lemas semasa lahir
  • Pertumbuhan bayi terbantut

 

Tahap anemia

< 6.9 Sangat Teruk
6.9-8.0 Teruk
8.0-9.5 Sederhana
9.5-10.5 Ringan

Bagi ibu-ibu hamil, perkara ini jangan diambil remeh. Pengambilan 2 biji Shaklee Vita-lea Iron Formula dapat membantu menangani masalah anemia semasa hamil.

 

Tips tingkatkan HB semasa hamil

1)      Ambil 2 biji Shaklee Vita-lea Iron Formula setiap hari

2)     Pengambilan zat besi bersama Vitamin C akan dapat membantu penyerapan zat besi dengan lebih optimum!

3)     Elakkan ambil zat besi bersama kalsium/susu. Ini kerana kalsium mengganggu penyerapan zat besi yang maksimum.

4)     Pengambilan asid folik akan membantu mengekalkan paras hemoglobin yang normal dalam badan.

Buat ibu-ibu hamil, jom dapatkan set kehamilan kami yang lengkap untuk keperluan anda.

sumber : RahsiaVitamin, MamaCery, VitaminSemulajadi

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.

 

Berminat?

 

Hubungi saya di hanisamin@gmail.com atau SMS ke 010-4289601 (Hanis) untuk konsultasi mahupun maklumat lanjut.

Translator
Translator Plugin
Ayat seribu dinar
Ahlan wasahlan…
Assalamualaikum & selamat sejahtera

Selamat datang ke Hanis Healthy Life. Hanis Amin adalah pengedar Shaklee yang sah, yang juga pengguna kepada produk Shaklee.

Untuk sebarang pertanyaan, hubungi kami di
email : hanisamin@gmail.com
sms/WhatsApp : +6010-4289601

Terima kasih.

Hazu Enterprise (SA0175455-W)

Set Istimewa untuk anda!

Breastfeeding Set
(Set Penyusuan)

Testimonial : KLIK SINI

==========================

Confinement Set
(Set Berpantang)

Testimonial : KLIK SINI

==========================

Skin Care Set
(Set Penjagaan Kulit)

Testimonial : KLIK SINI

==========================

Healthy Weight Set
(Set Berat Badan Sihat)

Testimonial : KLIK SINI

==========================

Baby & Children Health
(Kesihatan Bayi & Kanak-kanak)

Informasi


Sertai kami di Facebook!


Ada pertanyaan atau komen?