Order sekarang!


atau SMS/WhatsApp/Telegram :

010-4289601 (Hanis)

Best selling!!
Dapatkan info terkini segera..

* Setiap testimoni yang tertulis dalam laman web ini adalah pengalaman dari pelanggan sendiri dan hasil dari setiap pelanggan mungkin berbeza antara satu sama lain. Namun ini tidak bermakna vitamin ini boleh mengubat atau menyembuhkan penyakit. Sila konsult dengan pengedar anda untuk lebih lanjut.

PERHATIAN : Konsultasi selepas pembelian produk dan jadual pengambilan adalah khas untuk pelanggan kami sahaja. Sila rujuk pengedar anda untuk jadual pengambilan & kosultasi selepas pembelian. Terima kasih.
Free Palestine, Pray 4 Syria
Tabung Kecemasan Gaza Aqsa Syarif di sini :
http://on.fb.me/1jlP2li
Akaun Maybank Islamic : 551575-004299
akaun Bank Islam : 1209-20100-34904
email : projects@aqsasyarif.org.my

Tabung Kasih Ummah Syria
Bank Islam Malaysia Berhad
120290 100 63512
(Pertubuhan IKRAM Malaysia)
email : i4syria315@gmail.com

Author Archive

Keguguran rambut

Assalamualaikum…

Pagi tadi, semasa memandu sempat mendengar topik kesihatan di warna pagi ikim.fm yang bertajuk keguguran rambut. DJ Luq & Pian berbual bicara dengan Dr Rasool Shaik Mohammed (Pengarah Perubatan Klinik Menara). Rasa menarik sangat topik ni. Biasalah mak-mak ni lepas bersalin mula la rambut pun mula gugur kan. Jadi nak tau la juga. Saya kongsikan antara point yang saya dapat tangkap ya.

keguguran rambut

Keguguran rambut ni boleh bermula sejak dari zaman remaja lagi. Disebabkan oleh punca-punca yang akan saya kongsikan di bawah. Tapi kalau kanak-kanak mengalami keguguran rambut, biasanya adalah disebabkan kekurangan nutrisi. Jadi doktor biasa akan cadangkan pengambilan nutrisi secukupnya dan beri supplemen. Masalah keguguran rambut juga lebih banyak dikalangan lelaki berbanding perempuan.

 

Punca keguguran rambut

  1. Keturunan
    • Orang yang bapa atau atuknya jenis mudah gugur rambut dan cepat botak, mungkin akan alami benda yang sama
  2. Hormon
    • Perubahan hormon pada badan juga boleh menyebabkan rambut gugur. Contoh, semasa remaja meningkat dewasa, ibu yang baru lepas bersalin (biasanya bila bayi 3-4 bulan).
  3. Kesihatan
    • jika ada jangkitan atau penyakit atas kepala seperti eczema, jangkitan kulat
  4. Stress
    • Gangguan emosi yang berlaku boleh menyebabkan tekanan yang mengakibatkan keguguran rambut berlaku.
  5. Pengambilan ubat/rawatan penyakit
    • Sesetengah ubat atau rawatan menyebabkan rambut gugur. Contohnya kimoterapi.
  6. Kekurangan protein
    • Protein sangat penting untuk penghasilan rambut yang sihat dan kuatkan akar rambut.
  7. Tekanan pada akar rambut
    • Contohnya seperti suka tarik rambut, ikat rambut terlampau kuat, sihat rambut dengan kuat atau guna sikat yang tak sesuai

Rawatan/cara mengatasi keguguran rambut

Bila berjumpa doktor biasanya doktor akan periksa dulu dengan ujian darah dan lain-lain untuk tahu punca masalah. Jika disebabkan penyakit seperti thyroid atau eczema, doktor akan rawat sakit tersebut terlebih dahulu. Selain tu, rawatan yang boleh dibuat:

  • Tanam rambut
  • Ubat kurangkan keguguran rambut
  • Ubat menggalakkan pertumbuhan rambut
  • Menggalakkan pesakit ambil lebih protein

Rawatan keguguran rambut dengan Shaklee

Eh, shaklee pun ada produk yang boleh bantu rawat keguguran rambut? Kalau dah doktor sebut protein, dah tentulah produk HOT Shaklee iaitu ESP. ESP ni sumber protein dari soya yang mengandungi 9 asid amino perlu oleh badan.

esp-new

Selain dari tu Collagen Powder pun membantu tau. Sebabnya kolagen juga adalah sejenis protein yang diperlukan oleh badan. Semakin meningkat usia, tahap kolagen dalam badan berkurangan.

collagen1

Pengamalan sendiri

Patutlah masa lepas bersalin anak kedua rambut kurang gugur berbanding selepas bersalin anak pertama. Menurut Dr Rasool, lepas bersalin dalam 3-4 bulan ibu memang akan mengalami keguguran rambut tapi takkan sampai botak. Biasanya ia akan berhenti sendiri bergantung pada orang, ada yang ambil masa 6 bulan, ada juga yang sampai 2 tahun tau.

Selepas bersalin anak pertama memang rambut banyak sangat gugur. Sampaikan bila ikat rambut boleh nampak kulit kepala disebabkan rambut dah jadi semakin jarang. Memang risau sangat masa tu. Tapi sebab utama ambil ESP masa tu bukan sebab rambut. Tapi sebab nak bantu penghasilan susu dan bantu beri tenaga semasa puasa. Sedar tak sedar, rambut dah tak senipis dulu. Lepas bersalin anak kedua pun kurang masalah keguguran rambut. Tak seteruk dulu. Semakin lama belajar tentang nutrisi, baru tahu protein ni sangat penting untuk penghasilan sel2 badan, bukan sahaja sel rambut tapi juga sel kulit, sel salur darah dan juga sel2 lain dalam badan.

Oh ya, bagi yang nak tengok temubual penuh topik kesihatan ni, boleh klik link di bawah ya.

https://www.facebook.com/ikimfm/videos/1445083032168424/

Yang nak cuba produk Shaklee, boleh hubungi saya.

Your Shaklee Independent Distributor
Hanis Amin
♥ SMS | WhatssApp : 010-4289601
♥ Shaklee ID : 837662
♥ FB Page : http://www.facebook.com/HanisHealthyLife
♥ Email : hanisamin@gmail.com

**Nak daftar sebagai ahli Shaklee? Hanya dengan SATU KLIK.

Shaklee Landmark Study

Assalamualaikum…

Ahad lepas saya ke satu kelas shaklee untuk belajar tentang Landmark Study. Shaklee bawakan khas Dr Bruce Daggy iaitu Naib Presiden, Penyelidikan & Pembangunan dan Ketua Pegawai Sains Shaklee, ke Malaysia untuk bercerita tentang Landmark Study ni. Tak taulah berapa umur Dr Daggy ni tapi nampak sihat dan muda je.

Dr Daggy ada Ph.D. dalam Nutritional Biochemistry dari Cornell University dan B.A. dalam Biology dari University of Virginia. Dia telah mengarang 80 penerbitan dan abstrak dan juga telah mempunyai 13 paten produk.

Ambil peluang bergambar bersama Dr Daggy

Ambil peluang bergambar bersama Dr Daggy

Apa itu Landmark Study?

Landmark Study ni satu kajian yang dijalankan oleh pihak ketiga (dalam kes Shaklee ni Universiti of California) untuk menguji taraf kesihatan mereka yang ambil Supplemen Shaklee vs mereka yang tidak mengambil sebarang supplemen vs mereka yang ambil supplemen jenama lain. Kajian ini telah dijalankan oleh Dr Glady Block yang mengusulkan kepada Shaklee untuk menguji keberkesanan dan keselematan pengambilan suplemen secara menyeluruh bagi tempoh waktu yang panjang.

Bila kita baca tentang sesuatu kajian, penting untuk tahu siapa yang buat kajian dan di mana. Sebabnya bila ia dibuat oleh sesuatu universiti walaupun kajian ini ditaja oleh syarikat tertentu tetapi universiti ada hak untuk meluluskan atau publish kajian tersebut sama ada resultnya baik untuk syarikat tersebut ataupun tidak. Dan nak lulus tu pun bukan mudah. Kalau siapa yang ada PhD tentu tahu, selain buat kajian kena present paper di beberapa tempat lepas tu ada viva lagi. Jadi, bila keputusan Landmark study ni bagus untuk Shaklee dah tentulah Shaklee pun berbangga untuk menggunakannya sebagai bukti bahawa supplemen Shaklee ni bagus. Dan sebagai pengedar dan juga mengguna, saya pun bertambah yakin dengan supplemen Shaklee ni.

landmark

Bagaimana Landmark Study dijalankan?

Ia telah dijalankan selama 3 tahun (2004-2007) ke atas 3 kumpulan iaitu:

  1. Golongan yang ambil supplemen Shaklee
  2. Golongan yang ambil multivitamin dari syarikat lain
  3. Golongan yang tidak mengambil sebarang supplemen

(sumber)

Mengapa Landmark Study ni penting?

  • Kajian dibuat ke atas pengguna Shaklee yang telah ambil Shaklee dalam tempoh 20-43 tahun (hampir kesemua ambil multivitamin)
  • Kajian ini menunjukkan :
    • Tahap nutrisi
    • Tahap risiko terhadap penyakit
    • Taraf penyakit yang lazim
    • Taraf kesihatan menyeluruh

ke atas kumpulan sasaran.

Hasil Landmark Study?

Haa…ni yang best nak tau kan. Apa hasil dia..

landmark-study4

Kajian menunjukkan, pengamal shaklee tiada masalah buah pinggang. Darah pengamal shaklee mengandungi vitamin yang paling banyak, kerana vitamin Shaklee mudah di serap, berbanding vitamin lain. Walau bagaimanapun, kajian ini tidak menunjukkan makan suplemmen bukannya satu BULLETPROOF kepada penyakit kronik, cumanya risiko penyakit seperti diabetes dapat dikurangkan.(sumber)

Saya sangat yakin dengan produk Shaklee dan bersemangat nak kongsikan dengan semua supaya kawan-kawan saya juga punya taraf kesihatan yang lebih baik.

p/s – oh ya, hari tu ada tanya nutritionist Shaklee, katanya mereka mengalu-alukan jika ada universiti tempatan nak buat kajian tentang Shaklee. Boleh tulis surat kepada pihak Shaklee. Cuma mungkin perlu ke Shaklee US sbb produk dibuat di sana.

 

Your Shaklee Independent Distributor
Hanis Amin
♥ SMS | WhatssApp : 010-4289601
♥ Shaklee ID : 837662
♥ FB Page : http://www.facebook.com/HanisHealthyLife
♥ Email : hanisamin@gmail.com

**Nak daftar sebagai ahli Shaklee? Hanya dengan SATU KLIK.

Assalamualaikum…

Pernah dengar Bell’s Palsy? Jujurnya saya tak pernah dengar pun Bell’s Palsy ni. Tiba-tiba ada kawan tanya testimoni Vivix untuk Bell’s Palsy. Saya fikirkan mungkin ada orang yang minta dan bertanya kepadanya. Jadi saya google dan kongsi hasil carian kepadanya.

Selepas beberapa hari, baru saya tahu bahawa dia sendiri sebenarnya yang mengalami Bell’s Palsy. Terkejut sangat rasa. Terus google info tentang penyakit Bell’s Palsy ni.

Apa itu Bell’s Palsy?

Bell’s palsy adalah satu penyakit kelumpuhan muka idiopatik (tidak diketahui punca) akibat disfungsi saraf tengkorak VII (saraf muka) yang mengakibatkan ketidakupayaan mengawal otot muka pada bahagian yang terjejas. Bell’s Palsy ni bukan strok tau. Pesakit strok biasanya bukan sahaja lumpuh di bahagian muka tetapi juga tangan dan beberapa bahagian badan yang lain disebabkan masalah pada otak. Manakala penyakit Bell’s Palsy hanya menyebabkan lumpuh pada bahagian muka disebabkan oleh masalah pada saraf dan bukan berpunca dari tekanan darah tinggi atau kencing manis.

bells-palsy-1

Vivix bantu perokok tegar berhenti merokok

Simptom dan Tanda Penyakit Bell’s Palsy

Bell’s palsy dikenalpasti melalui bentuk muka seakan jatuh sebelah. Kegagalan saraf VII berfungsi menyebabkan mata pesakit tidak boleh dikerdip dan tutup, senyuman dan pergerakan bibir terganggu, lidah mengeras, kening juga seperti berkerut dan terangkat, air liur meleleh dan hidung seakan terjatuh pada bahagian yang terjejas.

Sesetengah pesakit boleh merasai kelainan pada wajahnya beberapa hari sebelum diserang Bell’s palsy seperti rasa kebas, sakit bahagian telinga dan rasa kelainan pada lidah.

Bell’s palsy menyerang secara random di kalangan mereka yang berusia, wanita selepas bersalin atau ketika kedatangan haid, remaja dan mereka yang mengalami stres.

bells-palsy-2

Rawatan Penyakit Bell’s Palsy

Doktor biasanya akan memberi pesakit ubat makan steroid (kortikosteroid) dengan dos yang tinggi pada peringkat awal serangan selama dua minggu. Ia akan berkurangan sehinggalah pesakit menunjukkan peningkatan. Bagi masalah yang dikenalpasti berpunca daripada radang, doktor akan memberi antiviral berserta steroid.

Rawatan fisioterapi kadangkala diberi kepada pesakit bagi membantu menguatkan otot terjejas dan sebagai stimulasi kepada saraf yang terlibat. Jenis-jenis fisioterapi yang biasa diberi kata beliau adalah urutan muka, senaman otot muka dan stimulasi elektrik. Bagi masalah Bell’s palsy yang berlanjutan, pembedahan memperbetulkan saraf muka mungkin membantu.

Vivix bantu kawal kencing manis

Vivix Rawatan Alternatif Bell’s Palsy

Berbalik kepada kawan saya tadi, selepas membaca testimoni pesakit Bell’s Palsy yang sembuh setelah 90 hari mengambil Vivix, akhirnya dia membuat keputusan untuk membeli Vivix. Mujur dia ada keahlian Shaklee, jadi dapatlah membeli dengan harga ahli. (Eh, kalau tak ahli pun, beli 2 botol Vivix automatik dapat keahlian PERCUMA tau!)

Saya benar-benar berharap semoga dia cepat sembuh dan semoga Vivix dapat membantu menyihatkan badannya.

 

Sumber : Utusan, GenkiMomma

Assalamualaikum…

Tahun depan anak sulungku Muadz dah nak masuk darjah 1. Benda yang paling risau adalah untuk kejut bangun pagi. Sekarang ni pun kadang-kadang agak liat untuk bangun pagi. Dah bangun kadang termenung dalam tandas. Si kakak Zilal pun sama, ditambah lagi dengan manjanya. Rasa dulu ada baca tips cara kejut anak bangun pagi. Tapi biasalah manusia cepat lupa. Jadi tulis semula di sini untuk ingatkan diri sendiri.

Tak seronok sebenarnya bila bangun-bangun nak marah-marah. Tapi kadang sebenarnya mak ayah yang terbangun lambat. Bila kelam-kabut tak pasal-pasal anak jadi tempat kena marah. Jadi, sebelum nak amalkan tips ni, penting untuk mak ayah sendiri bangun awal supaya lebih bertenang untuk kejut anak-anak.

# PERSEDIAN SEBELUM TIDUR

  • Seeloknya makan malam lebih awal supaya anak-anak boleh tidur lebih awal. Makan malam yang lewat dan berat sebelum waktu tidur boleh menggangu tidur dan membuatkan anak anda lebih susah untuk bangun di pagi hari.
  • Sesetengah pertarungan untuk bangun awal pagi adalah berpunca daripada tidur pada lewat malam. Hadkan penggunaan gadjet mahupun televisyen yang boleh melekakan anak-anak sehingga berjaga ke larut malam.
  • Siapkan juga kelengkapan untuk esok pagi seperti kerja sekolah, alatulis, pakaian sekolah, beg sekolah dan sebagainya dengan lebih awal. Bila semua sudah sedia, urusan pada waktu pagi insya Allah akan berjalan dengan lebih lancar.

Alhamdulillah, yang ini rasanya semua ok. Kecuali kelengkapan sekolah, kadang tak sempat nak siapkan malam-malam sebab si kecik dah meragam.

# TIDUR DENGAN BAHAGIA

  • Berikan motivasi sebelum tidur. Cetuskan keghairahan dengan cerita-cerita persekolahan yang menaikkan semangat mereka untuk seronok pergi ke sekolah. Beri dorongan dengan menjelaskan bahawa guru-guru dan kawan-kawan pasti tertunggu-tunggu kehadiran mereka di sekolah esoknya. Dan guru-guru suka siapa yang datang awal pagi ke kelas.
  • Sebelum tidur, pesanlah untuk mereka baca doa sebelum tidur beserta surah Al-Muawwizat (3 Qul).
  • Elakkan konflik sebelum tidur. Jika ada, selesaikan dengan segera. Pujuk anak dan terus bermaaf-maafan. Berikan pelukan dan ciuman pada si manja sebelum mereka tidur. Pastikan mereka tidur dalam keadaan gembira dan mencium tangan ibuayah terlebih dahulu sebelum mereka lena dibuai mimpi.
  • Ketika mereka dalam zon separa sedar (tidur-tidur ayam), selitkan juga doa ibuayah dan programkan minda si manja untuk mereka mudah bangun awal untuk ke sekolah.
  • Pastikan anak-anak tidur dalam suasana aman, jauh dari gangguan dan kebisingan. Jika memasang rakaman bacaan Al Quran semasa anak-anak tidur, minimakan kelantangan bunyinya.

# KEJUTKAN DENGAN KASIH-SAYANG

  • Beri salam kepada anak yang sedang tidur. Gunakan nada suara yang lembut, bukan suara yang tinggi seperti, “Assalamualaikum anak soleh. Bangun sayang, anak ibu ni suka bangun awal”.
  • Gerakkan mereka dengan sopan, bukan agresif. Sentuh hujung ibu jari kaki mereka dan goyangkan perlahan-perlahan. Jangan direntap ibu jari kaki mereka, kelak mereka menyimpan dendam.
  • Elakkan mengetuk pintu bilik mereka dengan keterlaluan sehingga menyebabkan anak bangun dalam keadaan terkejut dan ketakutan.
  • Kejut anak secara berperingkat. Jangan terus disimbah air ke atas mereka. Kejut, biarkan sekejap kemudian kejut sekali lagi. Jangan terlalu memaksa.
  • Panggil nama mereka dengan lembut dan teruskan menggoyang kakinya. Jika masih belum sedar, kuatkan sedikit suara dan goyang badannya.Teruskan memanggil namanya dan panggillah panggilan yang baik. Kejutkannya sambil memujinya : “Bangun sayang, anak umi yang baik, anak umi yang soleh, anak umi yang rajin. Anak ummi ni senang bangun. Ummi kejut, terus bangun.”
  • Sebaik saja anak bangun, terus berikan anak anda ganjaran ciuman dan pelukan supaya timbul rasa gembira pada diri mereka untuk bangun tidur. Usap kepalanya sambil bercakap dengan lembut agar si manja terus mandi, solat subuh dan bersegera ke sekolah untuk menjadi anak yang bijak pandai.
  • Berilah ganjaran dari sudut pujian dan galakan apabila si manja memberikan kerjasama yang baik untuk bangun tidur di awal pagi sebelum ke sekolah. Hargailah setiap perkembangan mereka, teruskan mendorong dan berdoa.

Dari sudut segi psikologi, jika seorang anak itu dikejut dengan herdikan atau pukulan, maka minda separa sedar akan diaktifkan sedikit demi sedikit untuk membenci dan berdendam dengan orang yang membangunkan itu. Seandainya rutin setiap dinihari kita mengejutkan anak-anak dengan cara yang kurang beradab, maka sebenarnya kita telah menyalakan api kebencian yang bahaya dalam minda separa sedar anak itu. Oleh itu, elakkanlah perbuatan yang DILARANG sewaktu mengejutkan anak bangun dari tidur seperti :

  1. DILARANG meninggikan suara.
  2. DILARANG menggunakan kata-kata kesat atau makian.
  3. DILARANG menepuk dengan pukulan kasar atau kuat.
  4. DILARANG menyimbah air.
  5. DILARANG membebel berterusan tanpa henti.

Semoga ummi dan ayah diberi kekuatan untuk lebih sabar dalam mengejutkan anak-anak bangun tidur.

Sumber : http://www.excelqhalif.com/2015/01/19/teknik-taktik-kejut-anak-bangun-pagi/

Shopping dapat duit!

Siapa yang nak shopping tapi dapat duit? Ada ke yang tak nak? Biasa shopping mestilah keluarkan duit kan. Ni boleh dapat duit pulak. Lagi-lagi yang suka online shopping.

Anda suka shopping di Lazada, Groupon, Zalora, Tesco Online, AirasiaGo, Agoda dan macam-macam lagi? Haa…sekarang ni boleh shopping sambil dapat duit di SHOPBACK.my. Best kan? Saya pun rugi dapat tau lambat. Baru je lepas beli barang kat lazada. Rupanya baru tau boleh shopping dapat duit bila buat pembelian melalui website shopback ni.

shopping dapat duit

Nak redeem, cuma klik redeem dalam akaun cashback dan yang bestnya duit cashback akan terus masuk ke akaun bank kita. Promosi sama sahaja seperti di web asal, cuma bila nak beli kita login ke cashback.my dulu supaya dia dapat track pembelian kita.

Jom shopping!!

Your Shaklee Independent Distributor
Hanis Amin
♥ SMS | WhatssApp : 010-4289601
♥ Shaklee ID : 837662
♥ FB Page : http://www.facebook.com/HanisHealthyLife
♥ Email : hanisamin@gmail.com

**Nak daftar sebagai ahli Shaklee? Hanya dengan SATU KLIK.

 

Promosi bulan Ogos 2016

Saya seronok sangat dengan promosi bulan Ogods 2016 ni. Sebab apa? sebab produk kegemaran saya ada promosi!! Boleh la beli dengan harga diskaun. Jimat sikit.Kesihatan memang sangat penting, tapi kalau dapat berjimat lagi bagus kan.

Eh, produk apa yang best sangat masa promosi bulan Ogos 2016 ni?

Promosi bulan ogos 2016

Promosi bulan ogos 2016

Haa..inilah dia OSTEMATRIX. Kenapa saya suka ostematrix? Boleh baca di Bahagian 1 dan bahagian 2 ni.

Ostematrix ni memang sesuai sangat dengan wanita tau terutama ibu hamil dan menyusu. Sebab masa tu badan perlukan banyak kalsium-magnesium. Siapa yang perlu ambil Ostematrix?

  • Wanita hamil
  • Wanita menyusukan bayi
  • Wanita yang sering alami senggugut
  • Lelaki/wanita yang kerap sakit belakang
  • Lelaki/wanita yang sukar tidur lena
  • Mereka yang tak minum susu dan tak makan sayur

oh ye, selain tu, ada satu lagi produk yang juga dapat diskaun sepanjang bulan ni

Promosi bulan ogos 2016

Vita-lea for children ni sesuai untuk kanak-kanak. Kunyah2 aje. Bagi memenuhi nutrisi si manja.

Jangan lupa, Promosi Set Kesihatan Wanita masih berlangsung tau. Dari Julai hingga September. Jangan lepaskan peluang.

 

Kami ialah PENGEDAR SAH SHAKLEE anda di Bandar Saujana Putra! Sila SMS/ WhatsApp ke +6010-4289601 (Hanis) untuk self pick-up di Bandar Saujana Putra.

Your Shaklee Independent Distributor
Hanis Amin
♥ SMS | WhatssApp : 010-4289601
♥ Shaklee ID : 837662
♥ FB Page : http://www.facebook.com/HanisHealthyLife
♥ Email : hanisamin@gmail.com

**Nak daftar sebagai ahli Shaklee? Hanya dengan SATU KLIK.

Minggu Penyusuan Susu Ibu

Bermula dari 1 Ogos sehingga 7 Ogos, diisytiharkan sebagai Minggu Penyusuan Susu Ibu Sedunia atau World Breastfeeding Week (WBW). Tahniah buat ibu-ibu yang berjaya menyusukan bayi. Hanya ibu-ibu menyusu yang memahami kesukaran untuk menyusukan bayi. Jadi, minggu penyusuan susu ibu ini adalah untuk memberi sokongan dan semangat kepada ibu-ibu yang menyusukan bayi supaya teruskan menyusu walaupun pelbagai cabaran terpaksa dihadapi. Selain itu, kempen ini untuk memberi kesedaran kepada para ibu dan bapa bahawa pentingnya bayi disusukan dengan susu ibu terutama sekali sebaik sahaja dilahirkan sehingga 6 bulan pertama tanpa diberikan tamabahan air masak atau sebarang makanan dan diteruskan sehingga 2 tahun (sumber).

Selain tu, semakin banyak hospital-hospital yang menjadi rakan bayi dan membantu penyusuan susu ibu. Sehingga kini, kesemua 127 hospital kerajaan di bawah Kementerian Kesihatan telah diiktiraf sebagai Hospital Rakan Bayi (sumber). Jadi, marilah kita sama-sama bantu memberikan ilmu yang betul tentang susu ibu.

Minggu penyusuan susu ibu

Saya bertemu ramai ibu yang  tidak dapat menyusukan bayi dengan alasan :

1. susu takde / susu tak cukup
2. puting tenggelam jadi bayi tak dapat menyusu
3. bayi tak pandai isap susu badan
4. puting sakit bila menyusu jadi tak mahu teruskan

dan pelbagai alasan lain. Cabaran-cabaran di atas sebenarnya boleh diatasi cuma mungkin ibu-ibu tersebut kurang maklumat dan ada salah faham terhadap penyusuan susu ibu. Apatah lagi, sekarang ni kita dimomokkan dengan susu formula yang pelbagai jenis yang kononnya dilengkapi dengan pelbagai nutrisi.

Ada juga ibu yang merasakan beri susu formula lebih mudah. Memang benar. Bagi susu formula, kita tak perlu

1. pam dan simpan susu
2. pastikan susu ibu sentiasa cukup
3. bayi melekat dengan kita sebab sesiapa pun boleh bagi susu pada bayi dan bila besar sikit boleh pegang botol susu sendiri

Tapi….Susu Ibu inilah SUSU TERBAIK TAU! Satu-satunya benda yang ibu boleh berikan dari dalam badannya ke dalam badan anak sendiri selepas dilahirkan. Semua ibu pun insyaAllah boleh buat. Tak perlu melalui apa-apa pembedahan pun. Nampak tak kuatnya ikatan ibu dan anak tu?

Jika ada ibu yang tak boleh menyusukan bayi (bukan tak nak ye) atas sebab kesihatan, jangan sedih. Allah tahu apa yang terbaik.

Jika ada ibu yang tak dapat susukan anak pertama (mungkin sebab salah faham/kurang ilmu), jangan sedih.  Jom kita sama-sama tambah ilmu dan usaha untuk susukan anak seterusnya.

Kami ialah PENGEDAR SAH SHAKLEE anda di Bandar Saujana Putra! Sila SMS/ WhatsApp ke +6010-4289601 (Hanis) untuk self pick-up di Bandar Saujana Putra.

Your Shaklee Independent Distributor
Hanis Amin
♥ SMS | WhatssApp : 010-4289601
♥ Shaklee ID : 837662
♥ FB Page : http://www.facebook.com/HanisHealthyLife
♥ Email : hanisamin@gmail.com

**Nak daftar sebagai ahli Shaklee? Hanya dengan SATU KLIK.

Cara bagi bayi makan dengan betul

Hari tu ada janji nak bagi tips cara bagi bayi makan dengan betul seperti yang diajar oleh pakar di Hospital Shah Alam kan. Ok, so inilah dia. Tips ni untuk bayi yang baru nak belajar makan, dalam umur 6-8 bulan macam tu. Cara bagi bayi makan dengan betul ni supaya anak tak tersedak dan trauma masa makan. Sebab banyak kes yang hadapi masalah anak tak nak makan kan. Bukan mereka tak nak makan, kadang mungkin cara kita yang tak betul.

Masa bawa Zubair tu, pakar tu tengok je dulu. Kemudian, baru dia kata ‘mari saya cuba, sambil bagi tips-tips ni,. Alhamdulillah habis sebekas makanan dia. Sebelum ni tak pernah habis.

So ni Tips Cara Bagi Bayi Makan dengan Betul

1. Makan dalam keadaan baring dan kepala ditinggikan.

Pergerakan lidah bayi dan cara dia menelan lebih mudah dengan baring, sebab masa minum susu dah biasa baring kan. Jadi, bila bagi dalam keadaan duduk, bayi mungkin agak sukar untuk menggerakkan lidah untuk menelan. Jadi, bagi dalam keadaan baring tapi jangan lupa tinggikan kepala, sama juga macam ketika minum susu. Sehinggalah bayi dah pandai duduk sendiri.

Nak riba boleh, nak letak di bouncer atas baringkan di bawah pun boleh

Nak riba boleh, nak letak di bouncer atas baringkan di bawah pun boleh

2. Jangan bagi terlalu sedikit

Jika bagi terlalu sedikit, bayi tak dapat kenal apa yang disuap tu makanan dan tidak belajar untuk mengunyah. Bayi ni ada kelebihan telan apa sahaja tanpa kunyah. Sebab tu bila fasa dia dah pandai kutip tu kena hati-hati. Kalau benda kecik-kecik tu dia akan terus masuk mulut dan telan je. Tak dapat nak beza benda yang boleh dimakan atau tidak. Semasa suap, masukkan kesemua bahagian hadapan sudu bayi (yang melengkung tu) bukan hanya hujung sudu. Tapi jangan pula letak banyak sangat, tercekik pula bayi tu.

Guna sudu khas untuk bayi, senang boleh masuk semua

Guna sudu khas untuk bayi, senang boleh masuk semua

3. Jangan asyik lap mulut bayi

Haa..ni ibu-ibu selalu buat kan? Elakkan dari asyik lap mulut bayi sama ada dengan sudu atau tisu atau kain. Kalau comot sikit-sikit biar je. Ini untuk elakkan bayi confuse. Nanti bayi tak tau bila sudu datang nak buka mulut untuk makan atau ibu nak bersihkan mulut je? Sekarang ni tengah makan lagi, atau dah habis masa makan? Kalau terkeluar banyak sangat dari mulut, boleh bersihkan tapi semasa bayi tengah mengunyah sebaik sahaja makanan masuk. Dan jangan buat dengan kerap.

 

4. Jangan tolak bibir bayi

Elakkan dari tolak bibir bayi untuk nak bagi dia makan. Biar dia buka mulut sendiri. Bila kita asyik tolak-tolak dan paksa dia makan, bayi akan rasa proses makan tu sesuatu yang tak seronok. Dan setiap kali proses makan, dia tak mahu makan. Boleh ransang dengan kenakan hujung sudu pada bibir atas bayi. Atau ibu juga boleh ajar dengan sama-sama buka mulut. Yang ni memang ramai yang buat kan? Sambil suap anak, kita pun buka mulut luas-luas dan kunyah sekali.  happy

Biar bayi buka mulut sendiri

Biar bayi buka mulut sendiri

5. Kurangkan trauma

Trauma apa? Trauma ni kalau ada tersedak ke nak tercekik ke, tu semua akan menyebabkan bayi trauma. Masa beri air pun sama, kurangkan trauma dia. Supaya bayi rasa makan ni seronok. ada pelbagai rasa dan warna!

6. Bersabar & terus latih

Peringkat permulaan bayi tak biasa lagi dengan makanan. Mungkin masa suapan pertama dia akan buat muka dan dah tak mahu makan. Tak apa, kita cuba lagi esoknya. Masa tempoh 6-12 bulan, tempoh bayi baru nak kenal makanan. Dari makan makanan yang halus, cair & lembut ke makanan keras, dari makan sekali sehari ke 3 atau 4 kali sehari, dari makan sesuap ke bersuap-suap, dari makan 1 bahan makanan ke makanan yang dicampur 2-3 bahan. Jadi, JANGAN PAKSA ya.

Harapnya entry ni dapat membantu ibu-ibu yang nak bagi bayi mereka makan.

Kami ialah PENGEDAR SAH SHAKLEE anda di Bandar Saujana Putra! Sila SMS/ WhatsApp ke +6010-4289601 (Hanis) untuk self pick-up di Bandar Saujana Putra.

Your Shaklee Independent Distributor
Hanis Amin
♥ SMS | WhatssApp : 010-4289601
♥ Shaklee ID : 837662
♥ FB Page : http://www.facebook.com/HanisHealthyLife
♥ Email : hanisamin@gmail.com

**Nak daftar sebagai ahli Shaklee? Hanya dengan SATU KLIK.

Supplemen untuk wanita

Wanita dan supplemen memang tak dapat dipisahkan. Wanita sering mengalami ‘kehilangan’ nutrisi dalam melalui tempoh kedatangan haid, mengandung, bersalin, menyusu dan menopous.

Sejak dari zaman dulu wanita sering ambil jamu dan akar kayu sebagai supplemen untuk kesihatan dan kecantikan dalaman dan luaran. Dengan peredaran masa dan kajian terperinci, kita didedahkan dengan apa sebenarnya nutrisi yang perlu dan penting untuk wanita.

Sebagai menghargai wanita, sepanjang bulan Julai hingga September 2016, Shaklee memberikan tawaran istimewa supplemen untuk wanita.


Haa…ini dia 4 set istimewa supplemen untuk wanita.

1. Gorgeous Set

Khas untuk wanita muda sama ada yang sudah berkahwin ataupun belum, yang bekerja ataupun suri rumah. Membantu menstabilkan hormon dan memberikan tenaga. Dan juga bonus, dapat kulit yang lebih cantik, sihat dan bersih.

Set ini mengandungi 4 produk iaitu ESP, Vita-lea, Sustained release Vita-C dan GLA complex dengan harga hanya RM447.85

2. Prenatal Set

Seperti namanya, set ini khas untuk ibu hamil yang mementingkan kesihatan diri dan juga bayi dalam kandungan. Biasa kalau ibu hamil mesti doktor akan bagi supplemen kan? Sebab semasa hamil ni sangat banyak nutrisi diperlukan dan lebih banyak kehilangan nutrisi berlaku buat si ibu. Pengambilan pemakanan seharian sahaja mungkin tidak mencukupi. Lebih-lebih lagi ada ibu yang tak boleh makan kerana mual, kurang selera dan kerap muntah. Set ini juga membantu ibu-ibu lebih bertenaga dan kurangkan strech mark!

Set ini mengandungi 6 produk iaitu ESP, Vita-lea, B complex, Vita-C, Ostematrix dan Omega Guard dengan harga RM616.92.

3. Postnatal Set

Seperti juga namanya, set ini sesuai untuk ibu selepas melahirkan sama ada dalam pantang atau terus sehingga sesi penyusuan bayi 2 tahun. Ibu menyusu memerlukan lebih banyak nutrisi untuk ibu dan bayi. Proses penyusuan memang meletihkan dan menggunakan banyak tenaga dan nutrisi ibu. Jadi, jangan lupa ambil supplemen. Dengan pengambilan set ini, ibu-ibu juga dapat bonus iaitu penghasilan susu yang lebih banyak selari dengan kekerapan susu dikeluarkan sama ada melalui pam atau penyusuan direct.

Set ini mengandungi 6 produk iaitu ESP, Vita-lea, Vita-C, Ostematrix, Omega Guard dan Alfalfa dengan harga RM616.92.

4. Amazing Golden Set

Set ini sesuai untuk wanita-wanita senior yang lebih berusia sama ada yang sudah menopous mahupun belum. Set ini membantu untuk mencegah dari penyakit-penyakit merbahaya, membantu kesihatan sendi dan juga ingatan. Set ini juga membantu memberikan tenaga setanding dengan wanita muda.

Set ini mengandungi 6 produk iaitu Vivix, ESP, Vita-lea, Ostematrix, Omega Guard dan GLA complex dengan harga RM1062.12. Extra bonus untuk set ini, anda layak menjadi ahli Shaklee secara PERCUMA dan layak dapat cash rebat pada bulan berikutnya.

Dengan pembelian set-set istimewa ini juga, anda layak membeli Eco-friendly Jute Bag dengan harga hanya RM12.72 (50% diskaun). Beg ni mudah dibawa berjalan. Nak bawa shopping utk isi barang shopping pun boleh(jimat plastik) atau letak barang semasa pulang ke kampung.

Haa…apalagi, jomlah beli.

P/S – kalau nak dapat harga ahli, boleh daftar ahli dan terus dapat harga ahli. Lagi jimat!!

Kami ialah PENGEDAR SAH SHAKLEE anda di Bandar Saujana Putra! Sila SMS/ WhatsApp ke +6010-4289601 (Hanis) untuk self pick-up di Bandar Saujana Putra.

Your Shaklee Independent Distributor
Hanis Amin
♥ SMS | WhatssApp : 010-4289601
♥ Shaklee ID : 837662
♥ FB Page : http://www.facebook.com/HanisHealthyLife
♥ Email : hanisamin@gmail.com

**Nak daftar sebagai ahli Shaklee? Hanya dengan SATU KLIK.

Pengalaman anak ada tongue tie

Assalamualaikum…

Dah lama nak kongsi pengalaman anak ada tongue tie ni tapi asyik tak sempat. Ops..sebelum tu, ini sekadar perkongsian pengalaman anak ada tongue tie yang terjadi pada diri sendiri. Bukan untuk dijadikan rujukan perubatan sebab kes mungkin berbeza setiap anak.

Hmm..nak start dari mana ya. Kisahnya, si kecil no 3 ni sejak lepas lahir agak sukar nak menyusu. Dari kat hospital dia macam susah nak latch on. Ingatkan anak no 3 dah expert tentang breastfeed tapi tak tau kenapa macam sukar.

Bila tengok nampak cara latch on tak betul. Bila betulkan dia stop. Dia isap 2-3 kalo kemudian stop. Mujur juga dia bukan jenis kuat meragam. Bila stop dia tidur. Biasalah baby suka tidurkan.

Masa pantang mmg rasa dia minum sikit. Ingatkan baby boy menyusu banyak, tapi mungkin dia ni berbeza. Tapi takde fikir apa-apa dan sentiasa kerap susukan dia dengan agak paksa juga la. tongue  Biasakan akan pegang B utk mudahkan dia menyusu dan bagi sebelah puting timbul sbb nampak dia lebih mudah menyusu kat situ.

Sampailah dia 5 bulan, dia dah suka keluarkan lidah. Mmg dia minum 3-4 kali, stop, minum lagi 3-4 kali sedut, stop. Kemudian pandang sekeliling atau tidur  tak expect apa2 sbb dia kurang meragam. Sampai suatu hari, makcik dia (kakak saya) cakap, kenapa lidah dia macam ada garis kat tengah. Saya pun tengok, ‘eh bukan mmg macam tu ke?’

Balik tu saya cuba check. Teringat pernah dengar isu tongue tie. Saya pun search tentang tongue tie. http://tonguetie.net/ salah satu web yang banyak info tentang tongue tie

Gambar dari google

Tongue tie ni macam ada satu tali bawah lidah dan menghalang lidah untuk dikeluarkan sepenuhnya. Jadi bila lidah dikeluarkan, tengah dia jadi lekuk bergaris dan hujung lidah akan jadi bentuk love. Sekiranya severe, akan mengganggu penyusuan susu ibu. Biasa orang melayu panggil lidah pendek.

Perbezaan lidah biasa dan tongue tie

Masa check-up 6 bulan, beritahu nurse KK dia macam ada tongue tie. Tapi nurse blur, kemudian dia tanya nak jumpa doktor ke? Saya jawab je nak. Lepas tu dia garu-garu kepala tak tau nak tulis apa. Huhuhu. Sebelum masuk bilik doktor, saya google siap2 image tongue tie, kot la doc pun tak tau tongue tie tu apa. Nasib baik doc tu tau. Dia check dan sahkan betul ada. Dia refer ke hospital shah alam.

First time nak ke klinik pakar di hospital shah alam. Blur la juga. Berulang-alik dari tempat daftar, naik atas. Barulah dapat ke paeds dental sama tempat dengan pakar bedah mulut.

Doktor tu check, katanya kena tunggu specialist sebab doc tu yang biasa handle kes tongue tie. Jadi, mereka bagi tarikh appointment lain.

Zubair masih dalam kategori moderate

Akhirnya, jumpa doktor yang dijanjikan. Doktor tengok katanya still moderate. Boleh nak buat sebab katanya senang je. Tapi dia tak nak buat tanpa sebab. Dia check buku check-up bulanan, katanya masih ada peningkatan berat badan walaupun sikit. Doktor minta refer speech teraphy untuk check sama ada cara dia menyusu ok atau tidak dan ada possibility utk speech delay atau tidak. Kemudian, dia bagi satu lagi tarikh utk tengok kenaikan berat badan baby lepas baby check-up 8 bulan di KK.

Fuh, penat pula menaip. Bila nak habis ni.

Ok sambung cerita. Jumpa pakar speech teraphy kat hospital shah alam juga cuma department lain. Baru tau speech teraphy ni bukan untuk speech delay je. Tapi juga untuk tengok sama ada dalam mulut kita ni berfungsi dengan betul ke tidak. Pergerakan lidah, mulut, tekak dan lain2.

Masa appointment dengan pakar percakapan ni, zubair belum makan betul2 lagi. Jadi tak bawa makanan dia. Cuma doktor pesan, jangan bagi dia minum dalam masa terdekat sebab takut dia tak nak minum depan doktor. Bila lama tak minum laju la dia nak minum. Dalam seminit lebih dia minum, dia tersedak dan terus stop. Tak nak menyusu.

Doc tanya selalu ke dia tersedak. Saya kata kadang ada juga. Lepas tersedak dia terus tak nak menyusu macam ni la. Doktor kata kalau ikut cara dia isap tu ok. Sedut, sedut, telan. Sedut, sedut, telan. Doktor bagi appointment sekali lagi untuk tengok cara dia makan pula. Doktor minta bawa makanan dia. Disebabkan malas nak ulang-alik banyak kali, request dengan doktor untuk ambil tarikh yang samaa untuk jumpa pakar bedah mulut sekali nanti lepas baby 8 bulan.

Dah 8 bulan, tengok lidah zubair macam dah tak berapa nampak pula garisan dan bentuk love tu. Agaknya sebab lidah dia dah memanjang kot. Berat, naik 300g utk 2 bulan. Tiba masa utk ke hospital shah alam.

Mula-mula ke speech teraphy. Suapkan zubair makan. Mula-mula dia tengok, kemudian dia ajar cara bagi makanan yang betul pada bayi. Nanti saya tulis pada next entry tips2 yng diberi ya. Komen dia everything nampak normal. Ada budak yang tongue tie ada masalah percakapan tapi ada juga yang tak. Bila tengok zubair punya masalah pun moderate, so rasanya insyaAllah tiada masalah.

Next ke pakar bedah mulut, inform dia result KK dan result speech theraphy. Tanya juga dia boleh hilang ke tongue tie ni. Dia kata tak hilang, ada lagi tu tapi mungkin lidah dia dah panjang sket tak berapa nampak.

Bahagian paeds dental ni ada ruangan mainan. Doktor pun check kat sini je sambil main. Nak bagi budak tak takut doktor gigi kot.

Doktor buat keputusan tak buat apa-apa tapi kena datang check setahun sekali sampai Zubair boleh bercakap. Kalau takde masalah dengan percakapan, alhamdulilah. Dalam masa yang sama, doktor warning suruh jaga gigi baby juga sebab dia nak tengok gigi elok. big grin

Antara tanda-tanda tongue-tie :

  • Bayi sukar menyusu. Sukar untuk latch-on dan sukar menghisap. Bayi mungkin akan meragam bila tak cukup kenyang walaupun menyusu 2 jam kerana cara hisapan yang tak betul.
  • Berat badan bayi tidak meningkat. Atau peningkatan yang sedikit.
  • Puting melecet atau sakit bila bayi menyusu.
  • Bayi sering tersedak bila menyusu atau susu keluar dari celah mulut.

Kesan tongue-tie sekiranya tidak dirawat (bergantung kepada tahap keseriusan) :

  • Ibu cenderung memberikan susu formula kerana kesukaran penyusuan susu ibu dan merasakan susu ibu tidak mencukupi.
  • Lambat memulakan percakapan.
  • Pelat ketika bercakap kerana tidak dapat menyebut beberapa huruf dengan betul seperti R dan L.
  • Kesukaran membersihkan gigi kerana lidah tak sampai ke semua gigi. Mungkin menyebabkan gigi cepat rosak.

Jadi, buat ibu-ibu kalau anak ada masalah, refer juga pada yang pakar ye. Google untuk dapat maklumat asas, lepas tu boleh tanya doktor untuk maklumat lanjut. Tanya depan-depan senang doktor check terus. Saya tanya semua kesan-kesan di atas tapi kata doktor kes Zubair tak serius, jadi insyaAllah ok. Makin lama Zubair pun dah makin pandai menyusu lama. Cuma kalau ada gangguan, cepatlah dia berpaling arah.

Kami ialah PENGEDAR SAH SHAKLEE anda di Bandar Saujana Putra! Sila SMS/ WhatsApp ke +6010-4289601 (Hanis) untuk self pick-up di Bandar Saujana Putra.

Your Shaklee Independent Distributor
Hanis Amin
♥ SMS | WhatssApp : 010-4289601
♥ Shaklee ID : 837662
♥ FB Page : http://www.facebook.com/HanisHealthyLife
♥ Email : hanisamin@gmail.com

**Nak daftar sebagai ahli Shaklee? Hanya dengan SATU KLIK.

Translator
Translator Plugin
Ayat seribu dinar
Ahlan wasahlan…
Assalamualaikum & selamat sejahtera

Selamat datang ke Hanis Healthy Life. Hanis Amin adalah pengedar Shaklee yang sah, yang juga pengguna kepada produk Shaklee.

Untuk sebarang pertanyaan, hubungi kami di
email : hanisamin@gmail.com
sms/WhatsApp : +6010-4289601

Terima kasih.

Hazu Enterprise (SA0175455-W)

Set Istimewa untuk anda!

Breastfeeding Set
(Set Penyusuan)

Testimonial : KLIK SINI

==========================

Confinement Set
(Set Berpantang)

Testimonial : KLIK SINI

==========================

Skin Care Set
(Set Penjagaan Kulit)

Testimonial : KLIK SINI

==========================

Healthy Weight Set
(Set Berat Badan Sihat)

Testimonial : KLIK SINI

==========================

Baby & Children Health
(Kesihatan Bayi & Kanak-kanak)

Informasi


Sertai kami di Facebook!


Ada pertanyaan atau komen?