Order sekarang!


atau SMS/WhatsApp/Telegram :

010-4289601 (Hanis)

Best selling!!
Dapatkan info terkini segera..

* Setiap testimoni yang tertulis dalam laman web ini adalah pengalaman dari pelanggan sendiri dan hasil dari setiap pelanggan mungkin berbeza antara satu sama lain. Namun ini tidak bermakna vitamin ini boleh mengubat atau menyembuhkan penyakit. Sila konsult dengan pengedar anda untuk lebih lanjut.

PERHATIAN : Konsultasi selepas pembelian produk dan jadual pengambilan adalah khas untuk pelanggan kami sahaja. Sila rujuk pengedar anda untuk jadual pengambilan & kosultasi selepas pembelian. Terima kasih.
Free Palestine, Pray 4 Syria
Tabung HUMANITARIAN CARE MALAYSIA BERHAD :
Maybank Islamic : 5515 7500 4299
Bank Islam : 1209 2010 0349 04
CIMB : 8602 135 592
Website: www.mycare.org.my

Mitos Penyusuan Susu Ibu

Ibu-ibu yang menyusukan anak tentu pernah dengar beberapa kata-kata yang agak kurang enak dari mereka yang lebih berusia atau orang sekeliling. kadang-kadang kata-kata itu tidak benar dan hanya sekadar mitos dan kadang kala ia membuatkan ibu kurang bersemangat untuk teruskan penyusuan susu ibu. Jadi jom kita lihat antara mitos-mitos yang terkenal di kalangan masyarakat kita.

  1. Tiada susu terhasil di awal kelahiran
    Sebaik sahaja bayi dilahirkan dan uri dikeluarkan dari rahim ibu, badan akan mula memproses susu. Pada 3 hari pertama kelahiran, badan menghasilkan kolostrum iaitu cairan kuning pekat yang sangat penting untuk bayi. Selepas 3 hari baru susu matang yang berwarna susu putih akan terhasil. Walau bagaimanapun, sangat penting untuk beri bayi hisap payudara pada jam awal kelahiran kerana ia akan meransang hormon untuk menghasilkan susu ibu.Perut bayi juga sangat kecil di awal kelahiran. Ia tidak memerlukan susu yang banyak. Jadi, jangan risau dan berikan sahaja bayi menghisap susu anda.
  2. kolostrum adalah nanah/susu kotor yang perlu dibuang
    Kolostrum berwarna kekuningan dan agak pekat yang juga dipanggil cairan emas. Ini kerana ia hanya hadir pada 3 atau 4 hari-hari pertama hayat seorang bayi dan hanya sekali itu sahaja dalam tempoh 6 bulan atau 2 tahun tempoh penyusuannya. Ia tidak akan berulang! Kolostrum mengandungi antibodi yang melindungi sistem pencernaan bayi. Kolostrum adalah makanan pertama yang paling penting dan baik untuk bayi.
  3. Jumlah susu bergantung pada saiz payudara
    Saiz payudara tidak menentukan jumlah susu yang terhasil. Saiz payudara berbeza mungkin kerana sel lemak yang terkumpul di sekitar payudara. Yang membezakan ini adalah jumlah tisu kelenjar susu dalam payudara. Rata-rata wanita dewasa mempunyai 15 – 20 lobules (rujuk gambar di bawah) tisu kelenjar susu yang mengelilingi nipple. Penghasilan susu ini sebenarnya diransang oleh hormon dan kekerapan sesi penyusuan (demand & supply). Maksudnya, lagi banyak baby menyusu maka lagi banyaklah susu terhasil. Jadi, nak susu banyak kerapkan penyusuan dan bukan menyalahkan saiz payudara.Namun, dalam sesetengah kes yang mana payudara tidak berubah bentuk dan saiz semasa hamil, dan masih lembut selepas kelahiran bayi, wanita tersebut berkemungkinan mengalami insufficient glandular tissue (IGT). Ibu menghadapi IGT ini tidak mempunyai kelenjar susu yang mencukupi dalam payudara mereka untuk menghasilkan susu secukupnya untuk bayi. Jadi, berjumpalah dengan pakar laktasi atau doktor untuk nasihat dan tindakan selanjutnya. (Sumber)
  4. Saya memang takde/kurang susu
    Setiap ibu yang sihat dan tiada masalah kesihatan sebenarnya mampu menghasilkan susu ibu. Walau bagaimanapun, ada beberapa keadaan yang menyebabkan ibu kurang/tiada susu seperti berikut:
    – Anemia
    – Ketidakseimbangan hormon tiroid
    – Hypopituitarism
    – Polycystic Ovarian Syndrome (PCOS)
    – Gestational ovarian theca lutein cyst (keadaan ni sangat jarang berlaku)
    – Menghidap kencing manis & bergantung pada insulin
    – Tak cukup tisu glandular (IGT)
    – Pernah jalani pembedahan payudara
    – Plasenta tak keluar lagi/tak keluar habis
    – Obesiti.
    – Tekanan semasa melahirkan, kehilangan darah etc.
    – Pengambilan drug Pitocin semasa proses kelahiran
    – Penggunaan pil perancang yang mengandungi estrogen dan progestron.
    – Edema disebabkan oleh IV.
    – Pengambilan ubat-ubatan tertentu.
    – Pengambilan herba/jamu yang mengandungi sifat anti-laktogenik.Klik sumber untuk baca kisah ibu yang tiada susu ini.
  5. Payudara kanan makanan, kiri minuman. Jadi kena bagi kanan 5 min dan kiri 5 min.
    Susu ibu terdiri dari foremilk (susu cair/susu awal) untuk menghilangkan dahaga dan hindmilk (susu pekat/susu akhir) untuk menghilangkan lapar. Jadi, penting untuk susukan bayi pada satu-satu payudara sehingga bayi kenyang bagi mendapatkan kedua-dua elemen ini. Sebelah lagi anda boleh pam keluar untuk disimpan. Sebaiknya beri bayi menyusu pada kedua-dua belah payudara. Anda juga boleh gilir seperti sesi 1 bayi menyusu belah kanan, belah kiri pam. Sesi 2 bayi menyusu belah kiri, belah kanan pam.
  6. Kena beri air masak selepas beri susu ibu
    Bayi bawah 6 bulan tak boleh diberikan air masak dan hanya diberikan susu ibu sahaja. Ini kerana air masak boleh mengganggu sistem penghadaman bayi dan mengganggu perjalanan penyusuan susu ibu. Susu ibu sudah mengandungi air yang mencukupi untuk bayi. Jadi tak perlu lagi beri air masak.
  7. Berat bayi tidak meningkat kerana susu saya kurang berkualiti
    Susu ibu adalah susu yang terbaik sekali untuk bayi anda, tidak dapat dibandingkan dengan mana-mana susu sekalipun. Ibu yang tak cukup makan sekalipun masih mampu memberikan susu ibu yang terbaik buat anak, cuma ibu yang akan keletihan dan kekeringan, tapi susu ibu tetap yang terbaik. Anak kurang berat badan mungkin kerana bayi tidak mendapat hindmilk secukupnya kerana sesi penyusuan yang terlampau singkat atau lekapan/cara penyusuan yang tidak betul atau mungkin bayi mengalami masalah tongue-tie dan tidak dapat menyusu dengan baik.
  8. Bayi menangis kerana lapar atau tak cukup susu
    Menangis adalah satu-satunya cara bayi untuk berkomunikasi. Bayi menangis tidak semestinya sebab lapar sebaliknya ada banyak lagi sebab lain seperti mengantuk, tidak selesa, lampin basah, kembung perut, sakit ataupun ingin dipeluk. Jadi, cuba pastikan semua keperluan bayi sudah dipenuhi untuk memastikan bayi berada dalam keadaan yang selesa dan tenang.
  9. Saya akan pam apabila payudara terasa penuh
    Haaa….ni konsep yang salah. Jangan tunggu sehingga payudara penuh. Sebaliknya sediakan jadual pam yang konsisten. Pam setiap 3 jam untuk pastikan demand sentiasa ada. Bila ada demand baru susu akan terhasil dengan lebih banyak. Bila pam apabila terasa penuh sahaja, badan dapat signal susu kurang diperlukan. Jadi makin lama, makin sikit susu yang terhasil.
  10. Saya mengalami bengkak susu, jadi saya perlu berhentikan penyusuan susu ibu
    Cara terbaik untuk kurangkan bengkak susu adalah dengan menyusukan bayi secara terus. Mulut bayi adalah pam yang terbaik sekali dan mampu membantu mengeluarkan susu yang tersumbat. Ibu juga boleh tuam payudara dengan kain suam dan sejuk berselang-seli. Walau bagaimanapun sekiranya anda mengalami bengkak berterusan sehingga menyebabkan mastitis, sila dapatkan nasihat dari doktor dengan segera.
  11. Bayi susu ibu kurang ‘Berdikari’ dan asyik nak berkepit je
    Ibu adalah orang pertama yang bayi kenali, mengandungkannya 9 bulan, menyusukannya secara eksklusif 10-12 kali sehari, memang tidak dinafikan bayi akan rapat dengan ibunya. Tetapi jangka masa “melekat” dengan ibu sebenarnya amatlah singkat, mungkin 6 bulan sahaja, 2 tahun atau mungkin lebih sehingga 3 tahun atau 5 tahun. Bandingkan jangka hayatnya sehingga 70 tahun. 5 tahun daripada 70 tahun adalah amat singkat. Malah sebenarnya bayi yang menyusu ibu lebih berdikari, lebih rasa selamat, kurang menangis dan lebih berkeyakinan kerana dia telah merasa puas didakap, dibelai dan dimanja sewaktu tempoh dia menyusu dengan ibunya.
  12. Ibu menyusu perlu makan lebih banyak
    Menyusukan anak memerlukan tenaga dan kalori yang banyak bagi seorang ibu. Oleh itu, ibu akan kerap rasa lapar dan ingin makan. Walau bagaimanapun, berhati-hatilah. Ambil pemakanan seimbang dan makanan yang sihat. Ambil amount makanan seperti biasa dan ambil snack di sela masa makan jika perlu. Jika perlukan snack, ambil snek yang berkhasiat dan kurangkan pengambilan makanan ringan. Pastikan juga ibu minum air masak secukupnya.

Jadi, jika anda berhajat untuk menyusukan anak sepenuhnya untuk 2 tahun, tutup telinga bila dengar mitos-mitos ini dan kuatkan semangat untuk berikan anak susu ibu.

Semoga berjaya!

 

Your Shaklee Independent Distributor
Hanis Amin

Cara order produk Shaklee:
WhatsApp kami di 010-4289601
Email kami di hanisamin@gmail.com
Daftar keahlian Shaklee di “Join Now sekarang & nikmati penjimatan hingga 20%.

Leave a Reply

CommentLuv badge

Translator
Translator Plugin
Ayat seribu dinar
Ahlan wasahlan…
Assalamualaikum & selamat sejahtera

Selamat datang ke Hanis Healthy Life. Hanis Amin adalah pengedar Shaklee yang sah, yang juga pengguna kepada produk Shaklee.

Untuk sebarang pertanyaan, hubungi kami di
email : hanisamin@gmail.com
sms/WhatsApp : +6010-4289601

Terima kasih.

Hazu Enterprise (SA0175455-W)

Set Istimewa untuk anda!

Breastfeeding Set
(Set Penyusuan)

Testimonial : KLIK SINI

==========================

Confinement Set
(Set Berpantang)

Testimonial : KLIK SINI

==========================

Skin Care Set
(Set Penjagaan Kulit)

Testimonial : KLIK SINI

==========================

Healthy Weight Set
(Set Berat Badan Sihat)

Testimonial : KLIK SINI

==========================

Baby & Children Health
(Kesihatan Bayi & Kanak-kanak)

Informasi


Sertai kami di Facebook!


Ada pertanyaan atau komen?