Best selling!!
Dapatkan info terkini segera..
Laman web lain
* Setiap testimoni yang tertulis dalam laman web ini adalah pengalaman dari pelanggan sendiri dan hasil dari setiap pelanggan mungkin berbeza antara satu sama lain. Namun ini tidak bermakna vitamin ini boleh mengubat atau menyembuhkan penyakit. Sila konsult dengan pengedar anda untuk lebih lanjut.

PERHATIAN : Konsultasi selepas pembelian produk dan jadual pengambilan adalah khas untuk pelanggan kami sahaja. Sila rujuk pengedar anda untuk jadual pengambilan & kosultasi selepas pembelian. Terima kasih.
Free Palestine, Pray 4 Syria
Tabung Kecemasan Gaza Aqsa Syarif di sini :
http://on.fb.me/1jlP2li
Akaun Maybank Islamic : 551575-004299
akaun Bank Islam : 1209-20100-34904
email : projects@aqsasyarif.org.my

Tabung Kasih Ummah Syria
Bank Islam Malaysia Berhad
120290 100 63512
(Pertubuhan IKRAM Malaysia)
email : i4syria315@gmail.com

Air

Kenapa supplemen Shaklee tak berkesan pun?

Assalamualaikum…

Ada juga yang dah cuba supplemen Shaklee tapi mengadu tak berkesan atau takde perbezaan. Memang Shaklee tak berkesan sekiranya berlaku perkara-perkara di bawah ni.

1. Tak sabar

Shaklee bukannya ubat magik, ambil sehari dua kemudian mengadu tak berkesan. Shaklee adalah supplemen, dalam erti kata lain makanan tambahan untuk membantu. Biasanya untuk kesan optimum, adalah pengambilan berterusan dan istiqamah selama 3 bulan. Namun, ada orang yang cepat, mungkin kerana badannya kurang toksik atau kurang ambil produk-produk lain sebelum ini yang mengganggu penyerapan.

Kalau nak kurus, janganlah expect baru makan seminggu dah kurus melidi. Ataupun ambil alfalfa 3 hari susu dari 1 0z jadi 30 oz.

Read the rest of this entry »

Assalamualaikum…

Sempena promosi Meal Shakes bulan ni, saya nak cerita tentang keistimewaan produk Shaklee yang satu ni.

Meal Shakes Shaklee

Kenapa ia berbeza dengan multivitamin yang lain?

  1. Ianya dalam bentuk serbuk – mudah di hadam oleh kanak-kanak mahupun orang dewasa
  2. Ia turut dilengkapi fiber dan protein
  3. Rasa Vanillanya yang lazat, mudah diterima semua orang.
  4. Ia diperbuat dari bahan semulajadi – buah-buahan, sayur-sayuran, kacang soya, lactalbumin(sejenis susu) dan lain-lain.
  5. Lactalbumin adalah bahan yang terbaik dan mengandungi protein yang sangat berkualiti dan mudah diserap ke dalam tubuh dari peringkat bayi hingga dewasa. Ia mengandungi pelbagai nutrisi seperti immunoglobulin, lactoferrin, bacteriolysin dan sebagainya.
  6. Ia boleh dijadikan makanan segera sekiranya tak sempat bersarapan di waktu pagi.

Meal Shakes Shaklee

Read the rest of this entry »

Assalamualaikum…

Jom cuba resipi ESP yang sihat semasa dalam pantang.

Resipi 1

Bahan-bahan :
1/2 inci halia muda
6-7 biji kurma – dibuang biji
1 setengah cawan air
1 sudu besar ESP

Cara-caranya :
1) Tumbuk halia dan kurma sehingga sedikit lumat
2) campurkan dengan 1 cawan air dan reneh dalam periuk guna api perlahan. Biarkan suam sedikit.
3) Masukkan 1/2 cawan air masak dalam cawan dan campurkan ESP. Kacau dengan kuat sehigga larut.
4) Tapis air rebusan halia dan kurma tadi dan tambahkan dalam cawan yang mengandungi ESP.
5) Kacau sebati dan sedia untuk diminum.

Air rebusan halia dan kurma boleh dibuat banyak dan diminum sepanjang hari.

Resipi 2

Dalam pantang sebaiknya minum air panas supaya darah mengalir dengan lebih baik dan badan sentiasa panas. Tapi ESP tak boleh dicampur air panas. Ini kerana ia akan merosakkan kandungan proteinnya. Tapi masih  boleh diminum suam-suam. Saya mulakan minum ESP 1 sudu besar sehari dulu. Bila rasa badan serasi dan bayi pun ok, bolehlah up kepada 2-3 kali sehari.

Apa kebaikan ESP yang saya dapat bila diambil dalam pantang?

  • Memberikan tenaga dan rasa sihat
  • Beri rasa kenyang berpanjangan
  • Luka lebih cepat baik
  • Strech mark dan kesan2 hitam pada badan kesan kehamilan mula hilang sedikit demi sedikit
  • Susu badan menjadi lebih pekat dan meriah (dengan syarat, kerap susukan bayi/pam)
ESP boleh diambil dari hamil sehinggalah menyusukan. Kalau tak menyusukan pun boleh ambil untuk kesihatan kulit, berat badan dan menyeluruh.
Jom cuba ESP hari ini!!

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.

Berminat?

 

Hubungi :

Hanis Amin (Shaklee ID : 837662)

♥ SMS | WhatsApp : 010-4289601
♥ Email : hanisamin@gmail.com
♥ FB Page : http://www.facebook.com/HanisHealthyLife

Resepi minuman berbuka puasa – dengan Mighty 3 Gem

Assalamualaikum…

Ramadhan dah pun hampir sampai ke penghujungnya. Semoga kita manfaatkan 10 malam terakhir ini dengan memperbanyakkan lagi ibadah dan amal. Hari ni nak kongsi satu resipi minuman menarik.. Saya namakan resipi sesegar Ramadhan, resepi minuman berbuka puasa kegemaran sekeluarga. Suka hati je letak nama. Sebabnya walaupun anda terlepas bangun sahur, insyaAllah dapat bertahan dan terus segar.

 

Minuman Sesegar Ramadhan

 Bahan-bahannya : 

5 biji kurma ( dibuang biji dan kulit) – nak lebih pekat letak lebih pun boleh

1 kotak kecil susu dutch lady

1 sudu besar ESP

1 sudu besar Performance Drink

1/2 sudu Meal Shakes (jika ada)

 

 

Cara-caranya : 

1) Campurkan kurma dengan susu dan panaskan susu dalam periuk dengan api perlahan (jangan sampai mendidih)

2) Tutup api dan biarkan sejuk.

3) Blender bersama ESP, PD dan Meal Shakes.

4) Tambahkan ais untuk lebih enak.

5) Siap untuk diminum

Sangat sedap berkrim, macam minum shake kat kedai tu. Kalau minum dengan straw lagi sedap. Kalau nak buat utk berbuka dan sahur sekali cuma gandakan jumlah tu. Boleh juga diambil seisi keluarga.

Setakat hari ni 2 kali terlepas sahur. Bangun2 dah pukul 6 pagi. Tapi alhamdulillah, sepanjang hari masih boleh buat kerja rumah dan tak rasa lapar. Cuma muka pucat sket sebab kurang air.

Jom cuba!!

 

Apa kebaikan mighty 3 gem ni?

Energizing Soy Protein (ESP) - Bantu kekal bertenaga sepanjang hari. Pengambilan makanan berprotein tinggi di waktu sahur boleh membantu mengurangkan
rasa lapar lebih lama kerana, kadar pencernaan & penyerapan protein adalah lebih lama berbanding makanan tinggi karbohidrat. Malah, sumber protein yang baik juga akan bantu menyerap kolesterol, mencantikkan kulit serta menganjalkan payudara. Tidakkah anda mahu tampil jelita di pagi AidilFitri nanti?

Performance Drink - Bantu mengelakkan dehidrasi, dan dalam masa yang sama mengawal paras cecair di dalam badan sepanjang berpuasa. Setelah berbuka pula, Performance Drink bantu anda untuk menambah semula tenaga. Pasti anda akan kekal ceria sepanjang puasa jika diamalkan sebelum tidur & sewaktu sahur. Rasa Oren yang menyegarkan!

Shaklee Meal Shakes - Multivitamin & multimineral, yang dilengkapi dengan sedikit protein & fiber. Sesuai bagi anda yang berasa sukar untuk menelan pelbagai jenis vitamin/ suplemen di sepanjang bulan Ramadhan ini. Fiber membantu sistem penghadaman berfungsi dengan baik, serta membuatkan anda berasa kurang lapar lebih lama. Hanya bancuhkan dengan segelas susu rendah lemak, dan anda boleh kongsikan khasiatnya seisi keluarga!

credit to GenkiMomma

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.

order

Berminat?

Hubungi saya di hanisamin@gmail.com atau SMS/WhatsApp ke 010-4289601 (Hanis) untuk konsultasi mahupun maklumat lanjut.

Assalamualaikum…

Alhamdulillah, semakin hari semakin ramai yang mencuba alfalfa dan lecithin untuk mengurangkan berat badan. Ia juga boleh diambil oleh ibu menyusu untuk membantu mengurangkan berat badan. Walau bagaimanapun, perlu diketahui bahawa pengambilan vitamin ini perlu disertakan dengan air masak yang banyak. Bukan bermakna minum air masak secara banyak sekaligus ya. Boleh cuba amalkan tips minum air masak dengan banyak di sini.

 

 

 

 

 

 

 

 

Bagaimana kita nak tahu kita masih kurang air dengan pengambilan vitamin vitamin ini? Sekiranya anda mengambil salah satu dari vitamin ini iaitu Alfalfa ataupun Lecithin atau kedua duanya sekali, maka anda perlu pastikan antara tanda-tanda kekurangan air ialah

 

  • badan kita ditumbuhi ruam,
  • tekak mudah rasa haus,
  • kulit wajah ditumbuhi jerawat halus,
  • kulit menjadi kering dan gatal,
  • kulit bibir kering,
  • ulser mulut
  • mudah rasa nak demam.
  • sembelit
Maka apa yang dapat saya kongsikan ialah, pengambilan dua vitamin ini tidak digalakkan sama sekali diambil pada kuantiti yang banyak secara sekaligus kecuali anda memang pengamal tegar air kosong. Ini kerana air kosong membantu melancarkan penyerapan vitamin dan perjalanan darah itu sendiri.
Pemakanan pun perlu dijaga ya. Jika masih tidak memberikan kesan. mungkin anda perlu detox badan terlebih dahulu dengan herb-lax untuk memudahkan penyerapan vitamin.
Sekiranya anda ingin mengamalkan dua vitamin ini, dapatkan nasihat dari pengedar yang benar-benar arif tentang cara pengambilannya supaya anda akan dapat menikmati kesihatan yang sebenar seperti yang anda idamkan.
* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.

 

Berminat?

 

Hubungi saya di hanisamin@gmail.com atau SMS ke 010-4289601 (Hanis) untuk konsultasi mahupun maklumat lanjut.


Assalamualaikum..

Alhamdulillah, dah beberapa bulan menggunakan Get Clean Water Pitcher dan memang sangat berpuas hati.

Waterpitcher

Bagaimana saya boleh sangat yakin dengan kebersihan air tapisan Water Pitcher ni?

Bulan lepas secara tidak sengaja suami saya tertinggal beg yang mengandungi botol air di kelas dan dia minta kawannya simpankan begnya. Selepas 2 minggu, dia dapatkan semula begnya dan didapati air dalam botol tetap bersih dan jernih dan kawannya tak usik pun air dalam tu.

Kalau air masak biasa tentu dah berkeladak bawahnya dan berwarna sedikit keruh kan. Maaf saya tidak dapat menyediakan gambar sebelum dan selepas. Terlupa nak ambil gambar.

Apa kata anda cuba sendiri dan rasai perbezaannya?

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.

 

Berminat?

 

Hubungi saya di hanisamin@gmail.com atau SMS ke 010-4289601 (Hanis) untuk konsultasi mahupun maklumat lanjut.

 

 

Susu merudum di bulan puasa?

Assalamualaikum…

Bulan puasa itu biasanya disambut dengan penuh rasa seronok kerana kelebihan bulan Ramadhan itu sendiri. Namun tidak kurang yang berasa gundah gulana sepanjang bulan Ramadhan iaitu ibu2 yang mengandung dan menyusukan anak. Golongan ini khuatir sekiranya kesihatan ibu dan anak terganggu dan bagi yang menyusu pula, penghasilan menunjukkan tanda semakin terjejas dan susu merudum di bulan puasa.

Benarkah puasa itu akan menyebabkan penghasilan susu terjejas?
Hakikatnya TIDAk jika si ibu mengambil langkah yang berjaga-jaga pada peringkat awal lagi.

Ibu menerima banyak email dan mesej dari customer sehingga kenalan2 baru yang bertanyakan mengapa penghasilan dan pengeluaran susu mereka terganggu pada bulan puasa.

Antara mesej tersebut berbunyi :

“Saya pump konsisten setiap hari sama seperti sebelum bulan puasa namun mengapa susu saya masih down? Kini makin hari makin merosot, sedih la….”

Memang benar perkara ini boleh terjadi apabila si ibu tidak monitor pengambilan air sepanjang selepas iftar sehinggalah waktu imsak keesokkannya. Ramai antara kita mudah leka, terutama selepas kenyang dengan makanan dan sedikit minuman, golongan ini hanya akan minum beberapa gelas sebelum tidur dan mungkin segelas waktu bersahur.

Jika kita adalah golongan yang alert, tentu kita sedari bahawa antara waktu iftar sehinggalah waktu imsak keesokkannya, kita mempunyai hampir sebelas jam. Jika kita menyediakan langkah awal iaitu minum air dengan secukupnya, insyaAllah susu tidak akan terjejas sebenarnya terutama apabila si ibu itu memastikan sesi perahan yang konsisten.

Memang tidak dinafikan adakala kita leka sebab dah terbiasa sepanjang hari tidak minum maka adakala terbawa-bawa sehingga malam. Namun jika si ibu itu seorang yang really concern dengan penyusuan anaknya, insyaAllah si ibu akan memastikan minum air secukupnya sepanjang malam.

Banyakkan 3 liter itu sebenarnya? Secara jujur tidak banyak jika kita minum sedikit tetapi istiqamah iaitu berterusan. Bagaimana nak menjayakannya?

Cara yang paling mudah ialah…

1. Sediakan air di dalam 2 botol sukatan 1.5l.

2. Letakkan botol tersebut di tempat yang mudah dilihat agar sentiasa menjadi peringatan.

3. Pastikan selepas bayi menyusu atau selepas ke tandas, minum air 1-2 gelas agar menggantikan air yang keluar tadi.

4. Pastikan air yang disediakan di dalam 2 botol tadi akan habis sehingga sebelum masuknya waktu Imsak.

InsyaAllah untuk minum 3L air tidak akan menjadi satu masalah kepada si ibu atau sesiapa jua pengamal tegar vitamin sepanjang bulan puasa ini. Pengambilan Performance Drink adalah sebagai satu langkah demi memastikan badan tidak dehydrate atau jika kita tidak dapat melengkapkan keperluan 3 liter air tadi.

Sesungguhnya bila kita mempunyai indicator atau dengan nama lainnya penyukat…kita akan dapat tahu dengan mudah adakah keperluan air oleh badan dipenuhi atau tidak. Namun apa yang terjadi hari ini, ramai ibu2 yang menyusu anak merungut apabila hasil perahan mula menunjukkan tanda berkurang, tetapi hakikatnya mereka ini tidak mengamalkan konsep istiqamah dalam kehidupan seharian mereka.

Sekalilagi ibu nyatakan kejayaan penyusuan dengan pengambilan supplement memerlukan si ibu commit dengan 3 perkara ini:

1. Memastikan sesi perahan yang konsisten setiap 2-3 jam sekurang-kurangnya. Walaupun breast tidak menunjukkan tanda bengkak atau berat dengan susu, si ibu perlu teruskan perahan agar susu akan terus terhasil.

2. Minum air sebanyak 3 liter. Minum sedikit tetapi istiqamah, insyaAllah 3 liter itu sedikit sebenarnya.
Ibu dan anak2 (terutama abah ke offshore) kami cuba minum 19 liter untuk 4 hari. Air sangat bagus untuk kesihatan luar dan dalaman tubuh kita.

3. DOA yang berterusan. Doa yang ibu maksudkan bukan sekadar niat menyusu dan tadah tangan semata-mata. Sebagai muslim kita perlu mendirikan solat kerana ia tiang agama, ada pendapat mendapati si ibu yang tidak menjaga solat akan sedikit lemah semangat untuk meneruskan perjuangan penyusuan. Wallah hu alam

Semoga panduan bagaimana untuk memastikan puasa tidak menggangu penghasilan susu memberi manfaat kepada ibu2 yang sedang menyusukan anaknya.

Baca juga tips minum air masak semasa puasa.

sumber

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.

Kami ialah PENGEDAR SAH SHAKLEE anda di Bandar Saujana Putra! Sila SMS/ WhatsApp ke +6010-4289601 (Hanis) untuk self pick-up di Bandar Saujana Putra.

Your Shaklee Independent Distributor
Hanis Amin
♥ SMS | WhatssApp : 010-4289601
♥ Shaklee ID : 837662
♥ FB Page : http://www.facebook.com/HanisHealthyLife
♥ Email : hanisamin@gmail.com

Assalamualaikum…

Bila masuk bulan Ramadhan ramai yang risau tak dapat minum air 3 liter sehari dan tak dapat istiqamah pengambilan supplemen. Jadi, saya kongsikan sedikit tips supaya kalau tak dapat 3 liter pun paling kurang dapatla dalam 2 liter air sehari.

 

  1. Sediakan sebotol air masak sebagai indicator yang ada tulis berapa liter boleh muat. Lebih senang beli yang 1 liter atau 1.5 liter. Tak payah ulang-alik isi banyak kali.
  2. Setiap kali ambil supplemen, ambil bersama 2 gelas air. Satu gelas lebih kurang 200ml~250ml. Jadi kalau ambil 3 kali iaitu selepas berbuka, sebelum tidur dan selepas sahur, paling kurang akan minum 600ml air kan.
  3. Bawa sebotol air masak semasa pergi solat terawikh. Setiap kali lepas 2 rakaat boleh minum air sikit-sikit.
  4. Letak sebotol air masak di tepi katil. Kalau terjaga tengah malam boleh minum sikit. Atau bila bangun je sebelum nak masak nasi untuk sahur minum sikit air.

Tak susah sebenarnya, cuma bila kita tak biasa, itu yang menyebabkan kita rasa susah. Tapi kalau tak bermula dari sekarang, bila lagi? oh ye, dengan pengambilan air yang banyak juga membuatkan kita dapat mengawal nafsu makan. Jadi, takde la makan overload kan.

Salah satu kebaikan puasa adalah dapat merehatkan perut tapi kalau berbuka kita makan sebanyak-banyaknya maka, makin tersiksalah perut. Silap-silap lebih tersiksa dari bulan tak puasa.

Akhirnya, puasa adalah tarbiyyah dari Allah untuk mendidik kita supaya bertaqwa.

Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu berpuasa agar kamu BERTAQWA. (Surah al-Baqarah:183)

Jadi masa bulan ni, kita lebih mudah melatih diri untuk lebih mendekati Allah kerana syaitan dah dirantai. Dan semoga dengan latihan sebulan ni, kita dapat berjuang berhabis-habisan untuk menentang syaitan untuk 11 bulan berikutnya.

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.
Berminat?
Hubungi saya di hanisamin@gmail.com atau SMS ke 010-4289601 (Hanis) untuk konsultasi mahupun maklumat lanjut.


Assalamualaikum

Pejam celik, pejam celik lagi beberapa hari saja lagi kita akan menghadapi. Semoga Ramadhan kali ini disambut dengan penuh kesyukuran dan kegembiraan. Untuk ibu-ibu menyusu, jom kita semak semula apa yang patut dilakukan ketika berpuasa supaya dapat berpuasa dalam masa yang sama terus menyusukan bayi.

Mula-mula kena faham konsep penyusuan.

Semasa baby menyusu, saraf2 di permukaan payudara akan memberi rangsangan ke Hipotalamus (kelenjar pd otak) untuk menghasilkan hormon Prolaktin & Oksitosin.
Dalam breast kite, Prolaktin akan perintah sel2 dlm breast menghasilkan ASI.
Manakala Oksitosin plak akan menyebabkan otot2 breast mengecut & memancutkan ASI keluar dr nipple. Sikit @ banyak susu yg dihasilkan/dikeluarkan adalah bergantung pd hisapan baby.
Makin kerap baby bf, makin byk ASI dikeluarkan/dihasilkan.
Inilah yg dinamakan SUPPLY AND DEMAND. Jadi, walaupun puasa, jangan skip pam ya. Untuk pastikan kekal bertenaga,

  1. Disiplin makan 3x sehari
    Ibu yg bf memerlukan tambahan kalori kira2 700 kalori sehari, 500 kal diambil dr makanan ibu & 200 kal diambil dr lemak dlm tubuh ibu (sbb itu ibu bf bantu turunkan berat badan). Jadi, kena pastikan tetap makan 3 kali sehari w/pun bulan puasa iaitu sahur, berbuka & sebelum masuk tidur. Makan sikit2 tapi kerap, selagi buka mata tu mengunyah je la x henti2. Tapi jangan makan sampai overload pula ya.

 

  1. Wajib makan kurma 3-7 biji setiap kali sahur
    Kurma mengandungi glukosa yg mampu berikan tenaga segera kepada badan. Ia kaya dengan protein, serat, gula, vitamin A & C serta zat mineral seperti besi, kalsium, sodium dan potassium. Kandungan protein di dalam sebiji kurma adalah kira-kira 1.8 hingga 2.0%, serat 2.0 hingga 4.0% manakala kandungan gulanya adalah 50 hingga 57%. Lgpun makan kurma kan sunat, dpt pahala & amat sesuai untuk ibu menyusu sbb ibu menyusu perlukan extra kalori!

 

  1. Pengambilan pemakanan seimbang & Supplement
    50% karbohidrat, 30% protein, 10-20% lemak. cth ambil nasi/mee masa sahur & berbuka, roti/biskut/kuih muih sebelum tidur. Jangan lupa ambil multivitamin khas tuk ibu menyusu spt New Obimin, Calsium magnesium (cal-mag) yg bole dibeli kat farmasi. Vit B sgt bagus memberi tenaga untuk tubuh badan kite, otak lebih fokus & emosi lebih stabil. Cal-mag penting menggantikan kalsium dlm badan ibu yg digunakan untuk penghasilan susu. Ia juga elok diambil semasa period, aku kalu period mmg susu akan merudum, sbbnye kekurangan kalsium dlm darah apabila darah kotor disngkirkan dr tubuh badan. Tidak lupa juga pil alfalfa yg bantu percepatkan penghasilan susu & memekatkan susu ~ pesakit SLE x bole makan alfalfaApa kata cuba ambil Set 3M kami, lengkap dengan mulltivitamin, b complex, vitamin C, alfalfa, calsium-magnesium dan juga protein.

 

  1. Bykkan pengambilan cecair
    2 liter sehari sgt perlu. Jadi bykkan minum air masak bermula waktu berbuka sehingga sahur & menjelang imsak. Letak botol air masak tepi katil, senang nak minum bila2 suka w/pun time tido. Tambahkan dgn minuman lain spt jus buah2an, minuman panas lain seperti horlick, milo, cereal & susu.
    Minum susu boleh mengurangkan anemia bg ibu menyusu/hamil serta memberi tenaga kpd ibu ketika berpuasa. Elakkan minum berais/ sejuk terutama waktu sahur/berbuka, sbb air sejuk bole wat kite cepat rase dahaga.
    Ambil minuman hangat sbb ia turut membantu melancarkan pengeluaran ASI. Minuman wajib aku ketika sahur susu annum+horlick+oat & susu segar tiap kali sebelum tidur & menjelang imsak. Dengan pengambilan supplemen sebaiknya minum 3 liter air sehari.Tambah pengambilan PD supaya badan kurang dehidrated dan lebih bertenaga.

 

  1. Tenang, rileks & percaya pd diri
    Yakin boleh meneruskan penyusuan, jgn risau ASI berkurangan/ x cukup untuk anak, sbb rasa risau itu akan menghalang kerja hormon Oksitosin mengeluarkan ASI, seolah2 susu ibu yg kurang. Fikiran yg tenang, badan yg relaks melancarkan pengeluaran susu.

 

  1. Elakkan melakukan aktiviti berat & lasak
    Apa2 saja aktiviti yg buat ibu lekas penat ~ kut kalu nak jogging ke, wall climbing ke tunggu ler lepas raya nnt yerk

 

  1. Kerap serta rajin menyusui & memerah
    Prinsip utama, makin kerap baby menyusu, makin byk susu terhasil. Jika kite kerap bf anak, susu ibu tetap ada tuk anak. Begitu juga bg ibu yg bekerja. Mengepam semasa bekerja dilakukan seperti biasa w/pun berpuasa. Rujuk balik prinsip DEMAND AND SUPPLY. Maknanya, semakin byk susu dikeluar/ semakin kerap breast dikosongkan maka semakin byk susu ibu yg akan dihasilkan. So, jika ibu stop pumping semasa bulan puasa atau kurang menyusukan anak atas sbb bimbang takut letih & kekeringan susu, maka susu ibu akan berkurangan sikit demi sikit. Kurangnye pengeluaran susu bukanlah disbbkan ibu berpuasa tapi sbb kurang stimulation samada direct bf atau pumping.

Berpuasa tetap wajib bg ibu mengandung dan menyusukan anak, tp kelonggaran diberi untuk tidak berpuasa berdasarkan keadaan ibu & baby, dan menggantikannya dgn berpuasa di lain waktu atau membayar fidyah atau memberi makan fakir miskin

Yakin pd diri, puasa atau tidak, ibu telah memberikan yg terbaik buat si anak. Ketahuilah ketika anak menyusu, si anak juga belajar mengembangkan naluri, merasakan kasih sayang & ikatan batin dgn si ibu, di mana ia adlah hak eksklusif yg x dpt dicari ganti!

sumber : Nurul Dhia

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.
Berminat?
Hubungi saya di hanisamin@gmail.com atau SMS ke 010-4289601 (Hanis) untuk konsultasi mahupun maklumat lanjut.


Assalamualaikum…

Kebanyakan kita agak liat nak minum air masak walaupun tahu banyak khasiat dan kepentingannya. Kalau boleh, mesti nak air tu bergula juga. Tubuh kita terdiri dari 70% air. Jadi pengambilan air yang banyak perlu untuk sistem badan kita.

Kita disarankan supaya mengambil sekurang-kurangnya 2 liter atau 8 gelas air sehari. Dengan pengambilan makanan tambahan, lebih air diperlukan untuk melarutkan supplemen tersebut ke dalam badan.

Sering-kali tedengar keluhan seperti :

“Malas nak minum air banyak, nanti asyik pergi tandas”
“Nanti perut kembung dengan air masak aje.”

Tahukah anda, dengan pengambilan air yang betul, anda dapat memastikan penggunaan air yang optimum di dalam badan?

InsyaAllah, hari ini saya kongsikan cara pengambilan air supaya penggunaan air dalam badan digunakan secara optimum.

  1. Minum segelas air masak (250ml) sebaik bangun tidur. Minum air masak di pagi hari dikatakan dapat menyegarkan dan menjadikan wajah kelihatan muda.
  2. Minum segelas air masak sejam sebelum tidur.
  3. Ambil makanan tambahan/supplemen bersama 2 gelas air.
  4. Minum setengah gelas/segelas air masak setengah jam sebelum makan. Ia akan turut membantu anda mengurangkan berat badan dan mengelakkan makan berlebihan.
  5. Minum segelas air sebaik sahaja selepas ke tandas/menyusukan bayi atau mengepam.
  6. Letakkan sebotol air masak di tepi katil, supaya apabila anda terjaga di waktu malam boleh minum air masak.
  7. Minum air masak suam panas supaya kita akan menghirup air sedikit demi sedikit.
  8. Check pengambilan air secara detail seperti berapa gelas sehari atau berapa liter sehari. Kadang-kala kita merasakan dah cukup banyak minum air tetapi sebenarnya belum pun sampai 2 liter.
  9. Pastikan air masak sentiasa ada berdekatan dengan anda. Jadi bila-bila sahaja anda boleh minum.
  10. Minum air bila-bila masa bila rasa haus & lapar tetapi belum sampai waktu makan.

Tips yang ke-7 juga sesuai digunakan semasa dalam pantang kerana orang tua-tua selalu tak galakkan minum air masak banyak kerana akan kerap ke tandas. bila kerap ke tandas maka jahitan akan lambat baik. Jadi hirup air masak panas sedikit demi sedikit. Dengan itu, anda akan kurang ke tandas.

Nah, mudah kan. Kalau ikut tips ni, sehari dah boleh minum lebih dari 3 liter air agaknya. Bila minum air masak banyak, kuranglah sikit rasa nak makan makanan tak berkhasiat kan. Maka, kita pun akan jadi lebih sihat dan bertenaga.

p/s- saya suka minum 2-3 teguk air bila nak ke tandas. Alang-alang membuang biar banyak sket. tongue tapi sebenarnya takde la air tu terus keluar pun. Badan kita kan banyak filter. lepas ke tandas, minum air lagi. big grin

Selamat mencuba!

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.
Berminat?
Hubungi saya di hanisamin@gmail.com atau SMS ke 010-4289601 (Hanis) untuk konsultasi mahupun maklumat lanjut.

Translator
Translator by Yellingnews
Ayat seribu dinar
Ahlan wasahlan…
Assalamualaikum & selamat sejahtera

Selamat datang ke Hanis Healthy Life. Hanis Amin adalah pengedar Shaklee yang sah, yang juga pengguna kepada produk Shaklee.

Untuk sebarang pertanyaan, hubungi kami di
email : hanisamin@gmail.com
sms/WhatsApp : +6010-4289601

Terima kasih.

Hazu Enterprise (SA0175455-W)

Set Istimewa untuk anda!

Breastfeeding Set
(Set Penyusuan)

Testimonial : KLIK SINI

==========================

Confinement Set
(Set Berpantang)

Testimonial : KLIK SINI

==========================

Skin Care Set
(Set Penjagaan Kulit)

Testimonial : KLIK SINI

==========================

Healthy Weight Set
(Set Berat Badan Sihat)

Testimonial : KLIK SINI

==========================

Baby & Children Health
(Kesihatan Bayi & Kanak-kanak)

Informasi


Sertai kami di Facebook!


Ada pertanyaan atau komen?