Order sekarang!


atau SMS/WhatsApp/Telegram :

010-4289601 (Hanis)

Best selling!!
Dapatkan info terkini segera..

* Setiap testimoni yang tertulis dalam laman web ini adalah pengalaman dari pelanggan sendiri dan hasil dari setiap pelanggan mungkin berbeza antara satu sama lain. Namun ini tidak bermakna vitamin ini boleh mengubat atau menyembuhkan penyakit. Sila konsult dengan pengedar anda untuk lebih lanjut.

PERHATIAN : Konsultasi selepas pembelian produk dan jadual pengambilan adalah khas untuk pelanggan kami sahaja. Sila rujuk pengedar anda untuk jadual pengambilan & kosultasi selepas pembelian. Terima kasih.
Free Palestine, Pray 4 Syria
Tabung Kecemasan Gaza Aqsa Syarif di sini :
http://on.fb.me/1jlP2li
Akaun Maybank Islamic : 551575-004299
akaun Bank Islam : 1209-20100-34904
email : projects@aqsasyarif.org.my

Tabung Kasih Ummah Syria
Bank Islam Malaysia Berhad
120290 100 63512
(Pertubuhan IKRAM Malaysia)
email : i4syria315@gmail.com

BF Info

Minggu Penyusuan Susu Ibu

Bermula dari 1 Ogos sehingga 7 Ogos, diisytiharkan sebagai Minggu Penyusuan Susu Ibu Sedunia atau World Breastfeeding Week (WBW). Tahniah buat ibu-ibu yang berjaya menyusukan bayi. Hanya ibu-ibu menyusu yang memahami kesukaran untuk menyusukan bayi. Jadi, minggu penyusuan susu ibu ini adalah untuk memberi sokongan dan semangat kepada ibu-ibu yang menyusukan bayi supaya teruskan menyusu walaupun pelbagai cabaran terpaksa dihadapi. Selain itu, kempen ini untuk memberi kesedaran kepada para ibu dan bapa bahawa pentingnya bayi disusukan dengan susu ibu terutama sekali sebaik sahaja dilahirkan sehingga 6 bulan pertama tanpa diberikan tamabahan air masak atau sebarang makanan dan diteruskan sehingga 2 tahun (sumber).

Selain tu, semakin banyak hospital-hospital yang menjadi rakan bayi dan membantu penyusuan susu ibu. Sehingga kini, kesemua 127 hospital kerajaan di bawah Kementerian Kesihatan telah diiktiraf sebagai Hospital Rakan Bayi (sumber). Jadi, marilah kita sama-sama bantu memberikan ilmu yang betul tentang susu ibu.

Minggu penyusuan susu ibu

Saya bertemu ramai ibu yang  tidak dapat menyusukan bayi dengan alasan :

1. susu takde / susu tak cukup
2. puting tenggelam jadi bayi tak dapat menyusu
3. bayi tak pandai isap susu badan
4. puting sakit bila menyusu jadi tak mahu teruskan

dan pelbagai alasan lain. Cabaran-cabaran di atas sebenarnya boleh diatasi cuma mungkin ibu-ibu tersebut kurang maklumat dan ada salah faham terhadap penyusuan susu ibu. Apatah lagi, sekarang ni kita dimomokkan dengan susu formula yang pelbagai jenis yang kononnya dilengkapi dengan pelbagai nutrisi.

Ada juga ibu yang merasakan beri susu formula lebih mudah. Memang benar. Bagi susu formula, kita tak perlu

1. pam dan simpan susu
2. pastikan susu ibu sentiasa cukup
3. bayi melekat dengan kita sebab sesiapa pun boleh bagi susu pada bayi dan bila besar sikit boleh pegang botol susu sendiri

Tapi….Susu Ibu inilah SUSU TERBAIK TAU! Satu-satunya benda yang ibu boleh berikan dari dalam badannya ke dalam badan anak sendiri selepas dilahirkan. Semua ibu pun insyaAllah boleh buat. Tak perlu melalui apa-apa pembedahan pun. Nampak tak kuatnya ikatan ibu dan anak tu?

Jika ada ibu yang tak boleh menyusukan bayi (bukan tak nak ye) atas sebab kesihatan, jangan sedih. Allah tahu apa yang terbaik.

Jika ada ibu yang tak dapat susukan anak pertama (mungkin sebab salah faham/kurang ilmu), jangan sedih.  Jom kita sama-sama tambah ilmu dan usaha untuk susukan anak seterusnya.

Kami ialah PENGEDAR SAH SHAKLEE anda di Bandar Saujana Putra! Sila SMS/ WhatsApp ke +6010-4289601 (Hanis) untuk self pick-up di Bandar Saujana Putra.

Your Shaklee Independent Distributor
Hanis Amin
♥ SMS | WhatssApp : 010-4289601
♥ Shaklee ID : 837662
♥ FB Page : http://www.facebook.com/HanisHealthyLife
♥ Email : hanisamin@gmail.com

**Nak daftar sebagai ahli Shaklee? Hanya dengan SATU KLIK.

Ramadhan dan Penyusuan

Assalamualaikum..

Dalam bulan Ramadhan ni, ramai ibu-ibu menyusu yang mula risau sama ada untuk teruskan berpuasa atau tidak, sama ada akan menjejaskan penyusuan dan kesihatan mahupun tidak. Memang benar ada rukhsah untuk ibu menyusu, namun perlu diingatkan supaya kita tidak terlampau meremeh-remeh hukum Allah.

Jom lihat apa yang dikongsikan di laman web IKIM

Ramadhan dan Penyusuan Ibu

Saya ambil beberapa isi penting.

1. Dalam Islam, setiap ibu yang menyusukan ataupun hamil dibolehkan berbuka puasa sebagai satu bentuk keringanan yang ditawarkan. Tetapi perlu ada sebab mengapa diberikan pilihan untuk berbuka kerana ia mempengaruhi cara penggantian hari berpuasa yang ditinggalkan.

2. Dengan kajian- kajian yang dilakukan oleh ramai penyelidik, berpuasa tidak mendatangkan kemudaratan terhadap ibu- ibu yang menyusukan anak. Dengan itu, kaum ibu tidak perlu risau akan kekurangan penghasilan susu dan kesannya terhadap bayi selagi mana mereka istiqamah dalam mengamalkan pemakanan yang seimbang dan sihat semasa di bulan Ramadhan.

Read the rest of this entry »

Cabaran Penyusuan – Milk Blister

Assalamualaikum…

Dalam penyusuan memang pelbagai cabaran yang akan dihadapi oleh ibu-ibu. Salah satunya Milk Blister.

Apa itu Milk Blister? (turut dikenali sebagai Nipple Bleb)
Secara ringkasnya, ia adalah baki susu yang tertinggal dan diselaputi epidermis. Kalau check di nipple akan ada benda putih.  Ini pula dari Kellymom

A milk blister, or blocked nipple pore, is also called a bleb or nipple blister, or simply milk under the skin.” It occurs when a tiny bit of skin overgrows a milk duct opening and milk backs up behind it. A milk blister usually shows up as a painful white, clear or yellow dot on the nipple or areola (see photo), and the pain tends to be focused at that spot and just behind it. If you compress the breast so that milk is forced down the ducts, the blister will typically bulge outward. Milk blisters can be persistent and very painful during feeding, and may remain for several days or weeks and then spontaneously heal when the skin peels away from the affected area.

Atau bahasa mudahnya macam ada susu tersumbat. Bila dipicit susu tak keluar dan akan rasa agak sakit.

Antara punca Milk Blister :

  1. Susu keluar secara berlebihan
  2. Tekanan ke atas kawasan tersebut
  3. Cara lekapan bayi yang tidak betul

Sekiranya dibiarkan berterusan, mungkin akan menyebabkan bengkak susu dan mastitis.

Antara cadangan cara mengatasinya :

1. Tuam payudara dan kawasan yang sakit dengan tuala suam panas sebelum dan selepas menyusukan bayi.

2. Gosok/Berus lembut puting payudara dengan kain yang diletakkan minyak zaitun

3.  Guna jarum yang bersih dan telah disterilize untuk ‘cungkil’ milk blister tersebut

4. Lebihkan pam/menyusu sebelah yang tersumbat untuk menggalakkan milk blister keluar.

5. Supplemen Lecithin dipercayai membantu dan menghalang masalah berulang

6. Urut payudara, aerola dan puting dan minyak yang mengandungi ekstrak biji anggur

sumber : http://kellymom.com/bf/concerns/mother/nipplebleb/

Anda ada masalah milk blister?

Jom cuba Shaklee Lecithin!

cabaran penyusuan - milk blister

kredit to http://sihatdengansaya.blogspot.com/

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.

Kami ialah PENGEDAR SAH SHAKLEE anda di Bandar Saujana Putra! Sila SMS/ WhatsApp ke +6010-4289601 (Hanis) untuk self pick-up di Bandar Saujana Putra.

Your Shaklee Independent Distributor
Hanis Amin
♥ SMS | WhatssApp : 010-4289601
♥ Shaklee ID : 837662
♥ FB Page : http://www.facebook.com/HanisHealthyLife
♥ Email : hanisamin@gmail.com

Teknik penyusuan untuk ibu baru..

Assalamualaikum..

Alhamdulillah Jumaat lepas dan semalam, saya sempat ziarah 2 orang sahabat saya yang baru melahirkan bayi. Kedua-duanya ada beberapa masalah penyusuan tetapi bersemangat kuat untuk menyusukan bayi sepenuhnya. Memang pelbagai masalah boleh dihadapi terutama sekali untuk ibu yang baru pertama kali menyusukan bayi.

Teringat pengalaman sendiri dulu. Walaupun dah pergi kelas penyusuan, baca pelbagai ilmu dan info tetapi teori tak sama dengan praktikal. Bila bayi lahir, baru saya tau, cara pegang bayi untuk menyusu tak sama dengan dukung bayi biasa. Memang terasa sangat kekok, tak tau macam mana nak pegang. Baby (Muadz) pula tak berapa pandai menyusu dan hospital pula bukan rakan bayi. Awal2 dah bawa lari baby dan kata ibu perlu berehat. Jadi saya memang menghadapi masalah di awal2 penyusuan Muadz. Bila cuba latch on terasa macam tak betul. Dan saya pandai pegang guna tangan kanan sahaja, bila pegang tangan kiri jadi kekok dan rasa macam bayi nak jatuh.

Alhamdulillah, ada juga yang cuba membantu. Lama-kelamaan, alhamdulillah semakin biasa dan semakin pandai.

Jadi, hari ini saya nak share video tips-tips penting ini untuk ibu baru.

Nak tengok video boleh klik di http://www.youtube.com/watch?v=WTioJEOT2HU

Tips penting :

  1. Jangan tunggu sehingga bayi menangis
  2. Duduk selesa dan letak bantal di atas peha dan di belakang badan
  3. Seluruh badan bayi perlu menghadap payudara, bukan hanya pusingkan kepala
  4. Biar bayi buka mulut dengan luas supaya bayi masukkan aerola, bukan sekadar puting ke dalam mulut
  5. Bawa bayi ke payudara, bukan payudara ke bayi. Pastikan postur badan betul dan selesa untuk elak kesakitan jangka panjang
  6. Bayi mungkin akan minum 5-50 minit setiap kali dan setiap setengah hingga sejam di awal kelahiran

Satu lagi yang penting adalah cara latch on yang betul. Jom lihat video ini

http://www.youtube.com/watch?v=6Hdhiii573A

Semoga bermanfaat buat ibu-ibu baru mahupun yang lama..

Kami ialah PENGEDAR SAH SHAKLEE anda di Bandar Saujana Putra! Sila SMS/ WhatsApp ke +6010-4289601 (Hanis) untuk self pick-up di Bandar Saujana Putra.

Your Shaklee Independent Distributor
Hanis Amin
♥ SMS | WhatssApp : 010-4289601
♥ Shaklee ID : 837662
♥ FB Page : http://www.facebook.com/HanisHealthyLife
♥ Email : hanisamin@gmail.com

Assalamualaikum…

Anda berniat menyusukan anak sehingga 2 tahun, tapi malangnya baru habis pantang susu pun mulai kering?

Dah cuba pelbagai Milk Booster tetapi masih tidak berhasil?

Ketahui rahsianya!!!

Rahsia Banyak Susu Terbongkar!!

Rahsia #1 (Rahsia Utama)

Pastikan pengambilan makanan waktu utama(sarapan, makan tengah hari, makan malam) adalah lengkap dan seimbang. Makanan inilah yang diperlukan oleh ibu untuk menghasilkan susu. Ada ibu-ibu yang sangat takut untuk mengambil makanan berat kerana risau gemuk, maka golongan ini akan kurang makan atau makan sekadarnya. Mereka yang mengambilan makanan harian tanpa mengambil kira zat yang diambil, kemudian mereka mula bertanya, Mengapa berat badan anak saya tidak naik ya??

Rahsia #2

Banyakkan minum air terutama air masak. Ianya tidak boleh dipandang remeh. Susu itu sendiri dalam bentuk cecair maka air sangat penting. Air sangat penting untuk menyahkan segala toksin dalam badan. Maka si ibu yang sihat akan menghasilkan susu yang berkualiti.

Rahsia #3

Pengambilan supplemen atau makanan tambahan sangat penting. Ya, sangat penting! Mengapa?

Kerana ia membantu agar tubuh menjalankan fungsinya dengan baik. Pengambilan supplemen membantu metabolisma badan yang seimbang.

Contohnya : Pengambilan B complex membantu sistem tubuh badan berada dalam keadaan tenang dan rehat. Susu ibu akan lebih mudah terhasil apabila ibu berada dalam keadaan tenang berbanding runsing dan keletihan. B complex juga berfungsi sebagai pemecah gula dalam sistem tubuh maka ia sangat penting untuk memastikan seseorang itu tidak gemuk dan tidak menghidap penyakit kencing manis.

Pengambilan Omega Guard pula membantu agar lemak yang diambil dari pemakanan seharian tidak mendatangkan mudarat. Ia membantu memecahkan lemak dalam tubuh dan sekaligus membantu membekalkan DHA dalam susu ibu.

Rahsia #4

Makan dengan gembira. Pernah dengar situasi seperti ini

“Bila saya minum air longan saya merasakan payudara saya bengkak dan hasil perahan lebih banyak. Seronoknya! Saya yakin dengan minum air logan setiap hari susu saya akan bertambah banyak. ” Maka ibu ini pun kongsikan tips ini dan ibu-ibu yang mengalami masalah susu merudum terus mencari air longan dengan segera. Namun pastinya ada yang merasakan ada perubahan, namun ada juga ibu-ibu yang tidak merasakan perubahan. Mengapa?

Hakikatnya ibu tersebut mendapat hasil yang lumayan kerana mereka menikmati makanan tersebut dengan sangat gembira. Apabila kita makan dengan rasa gembira, maka badan kita akan menghasilkan hormon yang memberikan ketenangan dalam tubuh kita seterusnya melonjakkan penghasilan susu dengan lebih baik.

Rahsia #5

Kerap pam susu secara konsisten. Ada ibu yang bila lihat susu sedikit mula culas dan malas untuk pam susu dan mengharapkan susu tersebut menjadi banyak dengan pelbagai milk booster. Ada ibu yang mula berhenti pam kerana sus keluar hanya 1-2 titik sahaja. Apabila kita teruskan pam dengan konsisten, otak akan menerima signal bahawa lebih banyak susu yang diperlukan, maka lama-kelamaan badan akan menghasilkan susu lebih banyak. Berbanding dengan mereka yang terus berhenti pam, badan akan menerima signal bahawa susu tidak diperlukan lagi. Maka walau sebanyak mana pun milk booster yang diambil, susu tetap tidak kembali banyak.

 

Maka dapat saya simpulkan bahawa pemakanan sangat penting dalam memperbanyakkan susu. Ada ibu yang mengadu dah ambil semua supplemen yang dicadangkan, namun hasil tetap kurang. Bila ditanya pemakanan tengah hari, dijawab saya memang tak makan tengah hari. Bolehkah sebatang tebu menghasilkan sejug air tebu? Walau secanggih mana pun mesin yang digunakan tentunya tidak dapat menghasilkan satu jug air tebu. 

Makanlah dengan penuh gembira tetapi berpada-pada dan jangan lupa untuk pam juga ya. Ada juga ibu bila ditanya jadual pam, menjawab saya tak pam sebab takde susu. tunggu bengkak baru saya pam. Aduhai teman-temanku sayang, bagaimana otak nak memberi arahan pada badan untuk menghasilkan susu kalau tiada permintaan?

Hakikatnya, supplemen sekadar membantu melengkapkan zat-zat yang kurang dalam badan dan memastikan susu ibu berkualiti serta membantu membakar lemak-lemak tepu dalam badan. Saya yakin ibu-ibu menyusu yang mengamalkan supplemen akan mendapati tubuh mereka lebih mudah kembali ke bentuk asal serta mendapat kulit yang cantik. Hanya dengan mengamalkan rahsia-rahsia ini.

Selamat mencuba!

kredit to AnakkuWiraku

Berminat?

Hubungi saya sekarang!!
Your Shaklee Independent Distributor
Hanis Amin
♥ SMS | WhatssApp : 010-4289601
♥ Shaklee ID : 837662
♥ FB Page : http://www.facebook.com/HanisHealthyLife
♥ Email : hanisamin@gmail.com

Assalamualaikum..

Ada ibu-ibu yang salah faham dengan konsep semakin kerap payudara dikosongkan, semakin banyak susu terhasil. Ada yang menyangka bila kerap pam, susu akan terus terhasil dengan banyak walaupun baru hari kedua atau ketiga bersalin. Ada yang pam dulu susu hingga, kemudian baru susukan bayi kerana mahupun susu perahan yang lebih banyak. Hasilnya si kecil tak puas minum dan mengamuk. Ibu pula beranggapan susu tak cukup untuk bayi.

Ada pula yang susukan bayi kemudian pam tapi dapat hasil sikit dan menyangka susunya tidak cukup. Pam dengan kerap adalah untuk meransang penghasilan susu dengan lebih banyak. Apabila ibu kerap mengosongkan payudara, maka otak akan mendapat signal bahawa lebih banyak susu yang akan terhasil. Jadi sebaiknya pam semasa atau selepas penyusuan untuk meransang penghasilan susu. tendum pumping  Semasa dalam pantang, tumpukan perhatian kepada penyusuan direct kepada bayi dengan lebih kerap. Walaupun hanya dapat 1oz sahaja setiap sesi di awal kelahiran, jangan risau. Teruskan pam. InsyaAllah ia akan bertambah sedikit demi sedikit. Jangan berputus asa ya. Walau sebanyak mana milk booster atau makanan peransang susu yang anda ambil, jika asas utama ini tidak diambil berat lama kelamaan susu akan berkurangan juga.

Jadi fahami dulu konsep asas penyusuan dan bagaimana badan menghasilkan susu dengan lebih banyak ya.

Happy motherhood and happy breastfeeding..

Your Shaklee Independent Distributor
Hanis Amin
♥ SMS | WhatssApp : 010-4289601
♥ Shaklee ID : 837662
♥ FB Page : http://www.facebook.com/HanisHealthyLife
♥ Email : hanisamin@gmail.com

Cara atasi susu tersumbat (Clogged Duct)

Assalamualaikum..

Sesetengah ibu mungkin mengalami duktus susu tersumbat (clogged duct atau plugged duct), malah ada yang pernah melaluinya berulang kali. Namun, ada juga ibu-ibu yang tidak pernah mengalaminya. Terdapat banyak sebab mengapa ini boleh berlaku tetapi rawatan adalah biasanya sama. Anda perlu banyak berehat dan melebihkan penyusuan / pam di sebelah terjejas. Pencegahan adalah kunci! Pastikan anda kosongkan susu payudara anda secara konsisten setiap hari, mengurangkan stress (jika boleh) dan mempunyai diet yang sihat dan kurang lemak.

Apa itu duktus tersumbat?

 

Atasi susu tersumbat

Terdapat dua jenis duktus tersumbat. Jika anda mengalami benjolan bengkak di buah dada anda yang berasa sakit, lazimya disertai radang kemerahan yang bertompok pada kulit berdekatan benjol itu, ini dikatakan “duktus susu tersumbat”. Malah, duktus ini sebenarnya tidak tersumbat tetapi tisu di sekitar duktus susu itu radang dan menekan duktus tersebut. Duktus tersumbat sebenarnya adalah mastitis di peringkat awal.

Duktus yang betul-betul tersumbat jarang berlaku dan selalunya berlaku dalam beberapa minggu atau bulan selepas ibu mula menyusukan. Biasanya benjolan itu sakit dan kadang-kala terdapat juga tompok merah.

Sesetengah wanita akan mengesan satu tompok putih kecil pada hujung puting mereka, iaitu tanda saluran tersumbat dan sel kulit tumbuh di atasnya. Ini sebenarnya ialah lecur yang mudah dirawat. Jika anda menghidapinya, anda boleh merawatnya dengan mencucuk hujungnya dengan jarum yang steril. Lakukan ini selepas bayi anda telah menyusu iaitu apabila kulit anda lebih lembut.

Apa punca duktus tersumbat?

“Duktus tersumbat” (deskripsi yang lebih tepat ialah radang duktus) selalunya disebabkan oleh buah dada yang tidak “diperah” dengan efektif oleh bayi semasa dia menyusu. Jika buah dada tidak disalirkan dengan betul, susu akan terus “mengundur” disebabkan penhasilan lebih cepat daripada saliran. Susu ini akan dipaksa mengalir ke tisu sekitar yang akan menyebabkan keradangan, tisu jadi merah, panas dan sakit.

Perasaan seakan-akan selesema mungkin mengiringi mastitis dan ianya bukanlah tanda jangkitan (walaupun mastitis boleh menjadi jangkitan, selalunya ia adalah keradangan). Perasaan seakan-akan selesema ini adalah tanda bahawa badan anda menyangkakan susu itu sebagai protin asing dan sistem imuniti anda bertindak melawannya.

Antara punca keradangan saluran susu :

  • Stress berlebihan
  • Tidak konsisten dalam mengosongkan payudara(sama ada melalui direct feed atau pam)
  • Pakaian dalam (bra) yang tidak sesuai
  • Pelekapan yang tidak betul semasa menyusu
  • Pengambilan diet tinggi lemak

Apa yang anda boleh lakukan?

  • Penting untuk terus menyusukan bayi anda walaupun ianya menyakitkan. Menyusulah sekerap mungkin dan elakkan masa yang panjang di antara penyusuan.
  • Mempelbagaikan posisi penyusuan boleh membantu bayi anda melekap dengan lebih baik.
  • Mengambil panadol boleh membantu melegakan keradangan dan kesakitan.
  • Menggunakan pam buah dada(breastpump) selepas setiap penyusuan boleh membantu mengeluarkan susu.
  • Mengurut buah dada anda sebelum dan selepas penyusuan.
  • Meletakkan kain flanel yang hangat (atau sejuk) di buah dada, bermandikan air panas dan urutan lembut juga boleh membantu.

Jika simptom anda tidak menyusut (selalunya selepas 24 jam) atau jika anda mula berasa sakit dan seakan-akan mendapat selesema, hubungilah doktor anda. Anda mungkin menghidapi mastitis dan anda memerlukan antibiotik jika anda mendapat jangkitan.

Lecithin telah disyorkan untuk mengelakkan kejadian saluran duktus tersumbat supaya tidak berulang. Dos yang biasa disyorkan  adalah 3600-4800 mg lecithin setiap hari, atau 1 kapsul (1200 miligram) 3-4 kali sehari supaya tidak berulang. Selepas seminggu atau dua, ibu boleh mengurangkan dos sekiranya keradangan berkurangan. Jika tiada sekatan dalam tempoh 2 minggu lagi dia boleh mengurangkan lagi demi satu. Ibu boleh terus mengambilan lecithin supaya tidak berulang lagi.

Lecithin adalah tambahan makanan yang sangat biasa, dan didapati secara semulajadi dalam banyak makanan lain. Tiada indikasi yang mengatakan ia tidak boleh diambil oleh ibu-ibu menyusu. Sebab megapa dan bagaimana lecithin boleh membantu menyelesaikan dan mencegah duktus tersumbat masih tidak jelas.

“It may do this by decreasing the viscosity (stickiness) of the milk by increasing the percentage of polyunsaturated fatty acids in the milk.” ~Dr. Jack Newman

Lecithin adalah pengemulsi  : molekul phospholipid (seperti lesitin) mengandungi unsur-unsur hidrofobik dan hydrophilic, bahagian hidrofobik mempunyai tarikan kepada lemak dan minyak, dan bahagian hidrofilik mempunyai tarikan kepada air.

Sumber :
Kellymom
babycenter
Milk in Mamas

Shaklee Lecithin

Kolina merupakan satu komponen asetilkolina neurotransmiter yang terlibat dalam penghantaran mesej ke otak dan sistem saraf.  Soya lecithin merupakan sumber utama kolina.

Lecithin Shaklee diperolehi secara semulajadi  daripada kacang soya. Setiap kapsul gel lembut mengandungi 518mg lecithin.

Lecithin juga membantu ibu-ibu menyusu untuk mengurangkan berat badan dengan memecahkan lemak-lemak dalam badan.
Tiada perasa tiruan, pemanis, pewarna atau bahan pengawet tambahan.

 

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.

Kami ialah PENGEDAR SAH SHAKLEE anda di Bandar Saujana Putra! Sila SMS/ WhatsApp ke +6010-4289601 (Hanis) untuk self pick-up di Bandar Saujana Putra.

Your Shaklee Independent Distributor
Hanis Amin
♥ SMS | WhatssApp : 010-4289601
♥ Shaklee ID : 837662
♥ FB Page : http://www.facebook.com/HanisHealthyLife
♥ Email : hanisamin@gmail.com

Assalamualaikum

Susu merudum ketika haid?

Sesetengah wanita mengalami penurunan dalam penghasilan susu ibu sejak dari ovulasi (pertengahan kitaran) sehingga hari pertama atau dua tempoh haid datang. Tahap kalsium dalam darah wanita secara beransur-ansur berkurangan sepanjang tempoh masa ini, dan bagi sesetengah wanita penurunan kalsium dalam darah menyebabkan penurunan dalam bekalan susu. Bagi wanita yang mempunyai masalah ini, kalsium-magnesium tambahan boleh membantu. Amalan ini juga telah dilaporkan akan mengelakkan kekejangan rahim dan beberapa ketidakselesaan prahaid(PMS).

Dos kalsium tambahan yang disyorkan adalah antara 500 mg calcium/250 mg magnesium dan 1500 mg calcium/750 mg magnesium (dos yang lebih tinggi adalah umumnya lebih berkesan). Dos kalsium yang tinggi ini tidak boleh diambil secara solo, tetapi sebagai kombinasi kalsium dan magnesium. Jika tidak kalsium tidak dapat diserap ke dalam badan dengan baik. Jumlah pengambilan makanan tambahan(supplemen) bergantung kepada komposisi diet anda – lebih banyak pemakanan protein haiwan, lebih kalsium-magnesium yang diperlukan. Jika anda adalah seorang vegetarian, dos yang lebih rendah lebih baik.

sumber

SHAKLEE OSTEMATRIX Ostematrix kalsium-magnesium

Lebih daripada Sekadar Kalsium
OsteMatrixTM membekalkan nutrien-nutrien harian termasuk kalsium yang dapat membantu dalam pembentukan dan penjagaan tulang dan gigi.  Ia juga mengandungi magnesium, vitamin D dan mineral zink, tembaga dan manganese untuk membantu dalam memelihara kesihatan yang baik.  Kaplet yang bersaiz kecil dan disalut licin ini juga mudah ditelan. Tiada perasa tiruan, pemanis, pewarna atau bahan pengawet tambahan. Pengambilan yang disyorkan ialah sebanyak 4 biji sehari, di mana akan membekalkan 1000 mg kalsium/400 mg magnesium. Ini bermakna, setiap sebiji pil Cal-Mag Shaklee boleh membekalkan 250 mg kalsium/ 100 mg magnesium.

“Kenapa Shaklee tak buat sebiji ‘gedabak’ terus macam Vita-Lea? Leceh laa nak kena makan 4 biji pulak.”

Inilah keunikan Shaklee. Anda boleh tentukan berapa jumlah kalsium-magnesium dan Vitamin D yang anda perlukan setiap hari. Andaikan, anda dah minum segelas susu penuh tinggi kalsium pada waktu pagi, tak perlulah anda makan sampai 4 biji. Anda kira sendiri, dan dapatkan baki jumlah kalsium & vitamin D harian yang anda perlukan melalui OsteMatrix. Kalau buat sebiji besar terus nanti, takkan anda mahu kerat 4 pula kan? Tak hygiene & accurate nanti. Maka, sebab itulah OsteMatrix didatangkan dalam sebiji pil yang comel, yang lengkap dengan khasiat Kalsium-Magnesium-Vitamin D dan banyak lagi yang mudah untuk anda ambil.

*Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.

Berminat?

Hubungi saya sekarang!!
Your Shaklee Independent Distributor
Hanis Amin
♥ SMS | WhatssApp : 010-4289601
♥ Shaklee ID : 837662
♥ FB Page : http://www.facebook.com/HanisHealthyLife
♥ Email : hanisamin@gmail.com

Assalamualaikum..

 

Seringkali ibu-ibu merungut kenapa susu mereka cair?Atau anda pernah dengar susu belah kanan nasi, susu belah kiri air? Sebenarnya ini merujuk kepada foremilk dan hindmilk…

Apakah foremilk dan hindmilk?

foremilk dan hindmilk

Setiap production susu ibu mengandungi 2 peringakat iaitu foremilk (susu awal) dan hindmilk (susu akhir) yang mana kedua-duanya adalah penting dan diperlukan oleh setiap bayi.

1. Foremilk

Susu awal yang dihasilkan dan diterima bayi atau dalam kata lain susu yang mula mula keluar. Ia selalunya kelihatan kebiruan seperti air biasa dan agak cair. Foremilk mengandungi lebih banyak air, kurang lemak dan karbohidrat yang dapat menghilangkan dahaga bagi bayi.

2. Hindmilk
Selepas beberapa minit penyusuan, bayi akan mendapat susu akhir dimana ianya kelihatan agak pekat, lebih berkrim dan disukai ramai  . Selain itu, hindmilk mengandungi kalori yang tinggi, kaya dengan lemak, dan ia amat penting untuk tumbesaran bayi. Hindmilk boleh diibaratkan seperti makanan yang lengkap dan sempurna untuk bayi dan membantu bayi menambah berat badan. Apa yang saya tahu, kebaikan untuk ibu pula, jika ibu mengalami puting luka (sore nipple), ianya dapat sembuh dengan cepat kerana susu ini lebih moisturized serta dapat melegakan kesakitan pada nipple. (sumber)

Mana satu yang lebih penting antara foremilk (susu awal) dan hindmilk (susu akhir) ni?

Jawapannya kedua-duanya sangat penting. Foremilk, seperti saya tulis di atas sana, mengandungi protein, vitamin, karbohidrat dan juga laktosa yang penting untuk perkembangan otak bayi serta tenaganya. Foremilk jugalah yang menghilangkan haus bayi kita kerana kandungan air yang tinggi (oleh sebab itu bayi menyusu badan tak perlu air masak ya.. dalam susu dah cukup airnya). Manakala hindmilk pula mengandungi lemak yang penting untuk tumbesaran dan mengenyangkan bayi kita. Kalau bayi tak dapat cukup foremilk, bayi boleh dehydrate (kurang air dalam badan), kurang hindmilk pula, bayi tak kenyang dan tumbesaran tak berapa bagus.

Sebab itu amat penting untuk menyusukan anak sehingga payudara berasa ringan, yakni sehingga anak mendapat hindmilk. Dengan ini bayi akan merasa kenyang dan mendapat semua kebaikan foremilk.

Amatlah PENTING bagi seorang ibu untuk kerap mengosongkan payudaranya (dengan cara mengepam atau menyusukan secara direct feeding) kerana menurut teori, semakin ‘sedikit’ susu yang berada dalam payudara, semakin banyak hindmilk; maknanya ia semakin pekat (tidak hairan sesetengah ibu mendapati susu lebih pekat di bulan puasa atau semasa berpuasa). Ibu-ibu yang membiarkan payudaranya bengkak dan tunggu “susu penuh” akan mendapati susunya lebih kelihatan cair apabila dipam, dan ketidakseimbangan antara foremilk dan hindmilk = foremilk lebih banyak. Bila foremilk lebih banyak, bayi akan mendapat banyak ‘susu cair’ dan ini menyebabkan bayi tidak berasa kenyang (macam kita minum air semata, makan tidak).

Tanda2 anda mengalami ketidakseimbangan foremilk-hindmilk:

1.Bayi selalu meragam
2.Bayi kembung
3.Najis bayi menjadi kehijauan
4.Bayi tak kenyang
5.Berat badan bayi tidak meningkat seperti yang sepatutnya
6.Bayi kerap sangat berak

Jadi, kalau ibu dapati bayi ada benda2 di atas, kemungkinan penyebabnya ialah:

1.Susu ibu yang tidak seimbang antara foremilk dan hindmilk – foremilk lebih banyak.
2.Ibu cepat sangat menukar payudara semasa menyusu, tak sempat baby nak dapat hindmilk.
3.Susu ibu terlalu banyak (oversupply) hingga bayi tak sempat dapat hindmilk sebab dah ‘muak’.
4.Bayi yang hisap sikit, tertidur – tak sempat dapat hindmilk.

Jadi, apa yang ibu boleh buat?

1. Susukan bayi dengan sebelah payudara saja. Yang lagi sebelah lagi pam.
2. Ibu yang mengalami milk oversupply boleh mengepam secara rutin dan menyusukan bayi di antaranya.
3. Mengepam sedikit sebelum menyusukan bayi supaya bayi mendapat hindmilk.
4. Mengepam secara konsisten agar lebih kerap payudara dikosongkan- mengurangkan tindakbalas osmosis yang menjadikan susu lebih cair.
5. Mengambil makanan yang tinggi protein dan serat.

sumber

Jadi, untuk membolehkan bayi mendapat khasiat seimbang, ibu-ibu boleh menyusukan bayi sekurang-kurangnya 15 – 20 minit bagi sebelah breast sebelum menukarkan ke sebelah lagi breast. Sebaik-baiknya teruskan sehingga breast terasa kosong. Jika breast di sebelah (yang bayi tidak menyusu) teras berat dan penuh, ibu boleh mengepam sambil menyusu untuk membuat stok EBM.

Semakin kerap breast diransang, semakin banyak susu diproducekan

p/s – Mungkin orang dulu kerap susukan belah kanan dulu, kemudian bila diperah keluar tengok yang belah kanan lebih pekat, yang kiri cair je. Mungkin tu sebab keluar teori kanan nasi, kiri air. Ini sekadar pandangan saya. Kerana zaman sekarang tak macam dulu, sekarang dah ada banyak teknologi dan kajian-kajian yang dibuat oleh pakar dimana ianya telah terbukti benar
Your Shaklee Independent Distributor
Hanis Amin
♥ SMS | WhatssApp : 010-4289601
♥ Shaklee ID : 837662
♥ FB page : http://www.facebook.com/HanisHealthyLife
♥ Email : hanisamin@gmail.com

 

Assalamualaikum..

Adakah makanan yang tidak boleh diambil oleh ibu menyusu?

Adakah pantang larang dalam pemakanan ibu menyusu?

pemakanan ibu menyusu

SERINGKASNYA, NO – TAK ADA APA
Makanlah apa yang ibu suka makan. Malah, jika anda makan makanan favourite dengan rasa gembira dan mengekalkan mood itu hingga waktu menyusu atau memerah, besar kemungkinan milk production anda akan turut meningkatkan secara semulajadi. Ini kerana, mood dan emosi mempengaruhi production ibu.

Tentunya susu anda susu yang berkualiti walau apapun yang anda makan, kerana susu dihasilkan bukan melalui diet anda. Tetapi ini bukanlah bermaksud ibu2 boleh makan apa sahaja makanan bergula, berkanji dan makanan yang “sedap tetapi tidak sihat”. Ini kerana makanan berkanji, bergula akan menghasilkan “empty calories” Dan dalam masa yang sama, kelenjar mamari (kelenjar utk menghasilkan susu) akan menggunakan semua vitamin, mineral dan protein dari kalori “kosong” tadi utk keperluan penghasilan susu. Anda akan hanya merasa letih dan “used up” tetapi berat tidak akan berkurangan dek penggunaan kalori tadi. Malah akan bertambah berat

Seorang ibu akan menghasilkan 600-1000 ml (20-35 oz) dalam masa 24 jam ~ bergantung kepada umur, saiz dan permintaan dari bayi. Dan setiap 1000 ml susu yang terhasil akan memerlukan 1000 kalori untuk tenaga dalam susu dan tenaga ini digunakan untuk menghasilkan susu. Ini belum dihitung kalori yang diperlukan utk tenaga oleh tubuh si ibu. Dan ingat ya, bukan semuanya di dapati dari diet si ibu, sesetengahnya di dapati dari simpanan lemak di dalam badan ibu semasa mengandung. :-)

Saya ingin tekankan sekali lagi bahawa amaun makanan dan apa jenis makanan yang di ambil oleh ibu tidak sesekali akan mempengaruhi kuantiti mahupun kualiti susu yang dihasilkan. Dalam erti kata lain “minum air banyak untuk hasilkan susu banyak atau harus makan banyak untuk banyakkan susu”. Tidak sesekali dan tiada kaitan. :-)

Semasa menyusu, badan ibu memerlukan lebih protein dan kalsium. Dengan mengambil makanan yang sihat dan baik adalah “hadiah” buat diri sendiri sebenarnya. :-) Mengambil makanan mengikut piramid makanan membantu anda mengetahui jenis2 makanan yang perlu di ambil dalam setiap hidangan.

Susu ibu walau bagaimanapun, tetap yang terbaik, bernutrisi dengan tahap imun yang tinggi walaupun anda tidak mengamalkan pemakanan yang sempurna. Apalagi jika anda mengamalkan pemakanan yang sempurna. Pengambilan vitamin dan supplemen adalah sokongan kepada pemakanan yang tidak seimbang dan membantu kesihatan ibu dan menyumbang pada peningkatan taraf hidup secara keseluruhan.

Walau bagaimanapun, pengambilan vitamin sendiri akan meningkatkan kepekatan darah si ibu maka sebab itu la si ibu perlu mengamalkan pengambilan air kosong yang seimbang dan tidak kurang 3L sehari jika amalkan vitamin.

ALAHAN DAN BAYI
Dalam sedap-sedap ibu makan tu, kena juga perhatikan sama ada anak yang disusui ada  mengalami alergic terhadap makanan tersebut. Selalunya tidak. Namun, kalau dah setiap kali makan, memang anak tunjukkan tanda alahan seperti naik ruam, cirit birit dan sebagainya, jadi kenalah hindarkan makanan tersebut. Ikan yang biasanya mengadungi kandungan merkuri tinggi juga harus dielakkan sama ada ibu menyusu atau mengandung lagi. Samalah juga dengan makanan-makanan yang sejuk atau berangin. Ada sesetengah bayi akan cepat kembung selepas menyusu jika ibunya makan makanan berangin.

Protein mampu disalurkan pada bayi melalui susu ibu. Jadi, jika anak alah pada protein lembu, ibu pun perlu pantang protein lembu. Juga kekacang jika memang ada sejarah keluarga yang alah. Untuk mengetahui, boleh test sendiri dengan kadar yang sedikit atau jumpalah doktor. Pastikan anda catat keadaan anak supaya senang nak beritahu doktor dan elakkan makanan tersebut.

ADA KESAN TAK KALAU IBU MENYUSU AMBIL SUPPLEMEN?
Yang PASTI khasiat dan kecergasan dari pemakanan vitamin akan dapat dinikmati oleh ibu.

Vitamin B Complex dan Vitamin C adalah jenis larut air. Jadi, ia boleh meningkatkan kuantiti susu sehingga satu tahap. Namun, lepas tu, kalau kita up pun Vitamin C tu, tak adalah kuantiti susu akan turut bertambah. Kekerapan menyusu dengan betul dan efektif yang akan membantu meningkatkan pengeluaran susu ibu.

Vitamin larut lemak iaitu Vitamin E & A perlu dikawal dan mengikut sukatan yang betul. Ini kerana ia memberi kesan pada susu manusia dan boleh memudaratkan bayi jika berlebihan.

Kalau ibu tu tak ambil daging sebab vegeterian, sebaiknya tambah vitamin B 12 dalam diet.

Rujukan ini adalah dari www.kellymom.com

KOMPOSISI SUSU IBU
Jadi, memanglah pengambilan supplemen akan mempengaruhi komposisi susu ibu walaupun hanya minor. Namun, susu ibu tetap yang terbaik berbanding susu formula tidak kira ibu mengambil supplemen atau tidak dan tidak kira  ibu mengambil pemakanan yang seimbang atau tidak.

VITAMINS

The amount and types of vitamins in breast milk is directly related to the mother’s vitamin intake.  This is why it is essential that she gets adequate nutrition, including vitamins.  Fat-soluble vitamins, including vitamins A, D, E, and K, are all vital to the infant’s health.  Water-soluble vitamins such as vitamin C, riboflavin, niacin, and panthothenic acid are also essential.  Because of the need for these vitamins, many healthcare providers and lactation consultants will have nursing mothers continue on prenatal vitamins.

Rujukan ini adalah dari http://www.americanpregnancy.org

Jadi, jangan jadikan alasan untuk tidak menyusukan anak kita kerana kita tak sunggup berjauhan dengan makanan kegemaran kita atau tak mampu beli supplemen. Anda tetap dapat menikmati makanan kegemaran anda dan menyusukan bayi dengan gembira.

Supplemen pula membantu supaya kita boleh fokus, mengawal stress dan cergas sepanjang masa.  Jadi, tak adalah alasan tak nak pumping. Jangan cari alasan tapi carilah punca dan jalan penyelesaian pada setiap masalah kita.

sumber : MamaQaireen, Sarakids

Saya memilih untuk mengambil supplemen Shaklee. Anda bagaimana?

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.

 

Berminat?

 

Hubungi saya di hanisamin@gmail.com atau SMS ke 010-4289601 (Hanis) untuk konsultasi mahupun maklumat lanjut.

Translator
Translator Plugin
Ayat seribu dinar
Ahlan wasahlan…
Assalamualaikum & selamat sejahtera

Selamat datang ke Hanis Healthy Life. Hanis Amin adalah pengedar Shaklee yang sah, yang juga pengguna kepada produk Shaklee.

Untuk sebarang pertanyaan, hubungi kami di
email : hanisamin@gmail.com
sms/WhatsApp : +6010-4289601

Terima kasih.

Hazu Enterprise (SA0175455-W)

Set Istimewa untuk anda!

Breastfeeding Set
(Set Penyusuan)

Testimonial : KLIK SINI

==========================

Confinement Set
(Set Berpantang)

Testimonial : KLIK SINI

==========================

Skin Care Set
(Set Penjagaan Kulit)

Testimonial : KLIK SINI

==========================

Healthy Weight Set
(Set Berat Badan Sihat)

Testimonial : KLIK SINI

==========================

Baby & Children Health
(Kesihatan Bayi & Kanak-kanak)

Informasi


Sertai kami di Facebook!


Ada pertanyaan atau komen?