Order sekarang!


atau SMS/WhatsApp/Telegram :

010-4289601 (Hanis)

Best selling!!
Dapatkan info terkini segera..

* Setiap testimoni yang tertulis dalam laman web ini adalah pengalaman dari pelanggan sendiri dan hasil dari setiap pelanggan mungkin berbeza antara satu sama lain. Namun ini tidak bermakna vitamin ini boleh mengubat atau menyembuhkan penyakit. Sila konsult dengan pengedar anda untuk lebih lanjut.

PERHATIAN : Konsultasi selepas pembelian produk dan jadual pengambilan adalah khas untuk pelanggan kami sahaja. Sila rujuk pengedar anda untuk jadual pengambilan & kosultasi selepas pembelian. Terima kasih.
Free Palestine, Pray 4 Syria
Tabung HUMANITARIAN CARE MALAYSIA BERHAD :
Maybank Islamic : 5515 7500 4299
Bank Islam : 1209 2010 0349 04
CIMB : 8602 135 592
Website: www.mycare.org.my

BF Info

Assalamualaikum..

Adakah makanan yang tidak boleh diambil oleh ibu menyusu?

Adakah pantang larang dalam pemakanan ibu menyusu?

pemakanan ibu menyusu

SERINGKASNYA, NO – TAK ADA APA
Makanlah apa yang ibu suka makan. Malah, jika anda makan makanan favourite dengan rasa gembira dan mengekalkan mood itu hingga waktu menyusu atau memerah, besar kemungkinan milk production anda akan turut meningkatkan secara semulajadi. Ini kerana, mood dan emosi mempengaruhi production ibu.

Tentunya susu anda susu yang berkualiti walau apapun yang anda makan, kerana susu dihasilkan bukan melalui diet anda. Tetapi ini bukanlah bermaksud ibu2 boleh makan apa sahaja makanan bergula, berkanji dan makanan yang “sedap tetapi tidak sihat”. Ini kerana makanan berkanji, bergula akan menghasilkan “empty calories” Dan dalam masa yang sama, kelenjar mamari (kelenjar utk menghasilkan susu) akan menggunakan semua vitamin, mineral dan protein dari kalori “kosong” tadi utk keperluan penghasilan susu. Anda akan hanya merasa letih dan “used up” tetapi berat tidak akan berkurangan dek penggunaan kalori tadi. Malah akan bertambah berat

Seorang ibu akan menghasilkan 600-1000 ml (20-35 oz) dalam masa 24 jam ~ bergantung kepada umur, saiz dan permintaan dari bayi. Dan setiap 1000 ml susu yang terhasil akan memerlukan 1000 kalori untuk tenaga dalam susu dan tenaga ini digunakan untuk menghasilkan susu. Ini belum dihitung kalori yang diperlukan utk tenaga oleh tubuh si ibu. Dan ingat ya, bukan semuanya di dapati dari diet si ibu, sesetengahnya di dapati dari simpanan lemak di dalam badan ibu semasa mengandung. :-)

Saya ingin tekankan sekali lagi bahawa amaun makanan dan apa jenis makanan yang di ambil oleh ibu tidak sesekali akan mempengaruhi kuantiti mahupun kualiti susu yang dihasilkan. Dalam erti kata lain “minum air banyak untuk hasilkan susu banyak atau harus makan banyak untuk banyakkan susu”. Tidak sesekali dan tiada kaitan. :-)

Semasa menyusu, badan ibu memerlukan lebih protein dan kalsium. Dengan mengambil makanan yang sihat dan baik adalah “hadiah” buat diri sendiri sebenarnya. :-) Mengambil makanan mengikut piramid makanan membantu anda mengetahui jenis2 makanan yang perlu di ambil dalam setiap hidangan.

Susu ibu walau bagaimanapun, tetap yang terbaik, bernutrisi dengan tahap imun yang tinggi walaupun anda tidak mengamalkan pemakanan yang sempurna. Apalagi jika anda mengamalkan pemakanan yang sempurna. Pengambilan vitamin dan supplemen adalah sokongan kepada pemakanan yang tidak seimbang dan membantu kesihatan ibu dan menyumbang pada peningkatan taraf hidup secara keseluruhan.

Walau bagaimanapun, pengambilan vitamin sendiri akan meningkatkan kepekatan darah si ibu maka sebab itu la si ibu perlu mengamalkan pengambilan air kosong yang seimbang dan tidak kurang 3L sehari jika amalkan vitamin.

ALAHAN DAN BAYI
Dalam sedap-sedap ibu makan tu, kena juga perhatikan sama ada anak yang disusui ada  mengalami alergic terhadap makanan tersebut. Selalunya tidak. Namun, kalau dah setiap kali makan, memang anak tunjukkan tanda alahan seperti naik ruam, cirit birit dan sebagainya, jadi kenalah hindarkan makanan tersebut. Ikan yang biasanya mengadungi kandungan merkuri tinggi juga harus dielakkan sama ada ibu menyusu atau mengandung lagi. Samalah juga dengan makanan-makanan yang sejuk atau berangin. Ada sesetengah bayi akan cepat kembung selepas menyusu jika ibunya makan makanan berangin.

Protein mampu disalurkan pada bayi melalui susu ibu. Jadi, jika anak alah pada protein lembu, ibu pun perlu pantang protein lembu. Juga kekacang jika memang ada sejarah keluarga yang alah. Untuk mengetahui, boleh test sendiri dengan kadar yang sedikit atau jumpalah doktor. Pastikan anda catat keadaan anak supaya senang nak beritahu doktor dan elakkan makanan tersebut.

ADA KESAN TAK KALAU IBU MENYUSU AMBIL SUPPLEMEN?
Yang PASTI khasiat dan kecergasan dari pemakanan vitamin akan dapat dinikmati oleh ibu.

Vitamin B Complex dan Vitamin C adalah jenis larut air. Jadi, ia boleh meningkatkan kuantiti susu sehingga satu tahap. Namun, lepas tu, kalau kita up pun Vitamin C tu, tak adalah kuantiti susu akan turut bertambah. Kekerapan menyusu dengan betul dan efektif yang akan membantu meningkatkan pengeluaran susu ibu.

Vitamin larut lemak iaitu Vitamin E & A perlu dikawal dan mengikut sukatan yang betul. Ini kerana ia memberi kesan pada susu manusia dan boleh memudaratkan bayi jika berlebihan.

Kalau ibu tu tak ambil daging sebab vegeterian, sebaiknya tambah vitamin B 12 dalam diet.

Rujukan ini adalah dari www.kellymom.com

KOMPOSISI SUSU IBU
Jadi, memanglah pengambilan supplemen akan mempengaruhi komposisi susu ibu walaupun hanya minor. Namun, susu ibu tetap yang terbaik berbanding susu formula tidak kira ibu mengambil supplemen atau tidak dan tidak kira  ibu mengambil pemakanan yang seimbang atau tidak.

VITAMINS

The amount and types of vitamins in breast milk is directly related to the mother’s vitamin intake.  This is why it is essential that she gets adequate nutrition, including vitamins.  Fat-soluble vitamins, including vitamins A, D, E, and K, are all vital to the infant’s health.  Water-soluble vitamins such as vitamin C, riboflavin, niacin, and panthothenic acid are also essential.  Because of the need for these vitamins, many healthcare providers and lactation consultants will have nursing mothers continue on prenatal vitamins.

Rujukan ini adalah dari http://www.americanpregnancy.org

Jadi, jangan jadikan alasan untuk tidak menyusukan anak kita kerana kita tak sunggup berjauhan dengan makanan kegemaran kita atau tak mampu beli supplemen. Anda tetap dapat menikmati makanan kegemaran anda dan menyusukan bayi dengan gembira.

Supplemen pula membantu supaya kita boleh fokus, mengawal stress dan cergas sepanjang masa.  Jadi, tak adalah alasan tak nak pumping. Jangan cari alasan tapi carilah punca dan jalan penyelesaian pada setiap masalah kita.

sumber : MamaQaireen, Sarakids

Saya memilih untuk mengambil supplemen Shaklee. Anda bagaimana?

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.

 

Berminat?

 

Hubungi saya di hanisamin@gmail.com atau SMS ke 010-4289601 (Hanis) untuk konsultasi mahupun maklumat lanjut.

Assalamualaikum..

Adakah ada ibu yang tak cukup menghasilkan susu dan ada bayi yang tak cukup susu?

Ramai ibu yang baru melahirkan anak risau tentang anak kecilnya yang tidak cukup susu. Ada antara kawan-kawan yang tidak yakin susu ibu dapat memenuhi kantung perut dan mengenyangkan bayi mereka.

Ramai juga antara mereka tidak tahu, bahawa saiz perut si kecil yang baru lahir tidak lebih dari sebesar guli kecil ataupun sebiji kacang kuda (5-7ml).

Bayi tak cukup susu

Kurangnya kesedaran tentang saiz perut bayi baru lahir, maka ramai ibu yang tidak yakin untuk menyusukan anak mereka kerana menyangka susu yang mereka hasilkan tidak sebanyak susu formula dalam botol kecil yang mereka buat.

Menurut Puan Rita Rahayu, seorang pakar laktasi bertauliah, bayi kecil yang baru lahir tidak memerlukan kuantiti susu yang terlalu banyak kerana saiz perutnya yang sangat kecil.

Mengetahui tentang itu, ‘badan ibu’ hanya menghasilkan antara 20-30 ml yang sebenarnya sangat banyak untuk seorang bayi. Ye la, cuba bayangkan saiz perut si kecil yang hanya 5-7ml kapasitinya dan kuantiti kolostrum yang 4 – 5 kali ganda banyaknya. Bukankah lebih dari cukup?

Jadi, soal susu tidak cukup untuk bayi baru lahir seharusnya tidak timbul. Badan ibu secara semulajadinya mengetahui apa yang diperlukan oleh bayinya. Kuantiti susu ibu yang diminum oleh anak secara susuan terus tidak semestinya sama dengan kuantiti susu yang diperah.

Jadi, jika anda mahu menyusukan anak secara eksklusif, tambahkan pengetahuan dengan menghadiri kursus penyusuan yang banyak dianjurkan oleh badan-badan swasta dan juga hospital kerajaan.

Lengkapkan diri dengan maklumat penyusuan dengan sebaiknya supaya azam untuk menyusukan anak secara eksklusif tidak terbantut di tengah jalan dek kekurangan ilmu. Ibu-ibu perlu ingat, menyusukan anak di waktu zaman sebegini perlu dilakukan dengan ilmu penuh di dada.

Ramai juga ibu yang merasakan susu tak cukup kerana bayi asyik terjaga dan tidak tidur lama. Susu ibu mudah dihadamkan oleh bayi, oleh itu bayi akan lebih kerap menyusu dalam masa sejam setengah atau 2 jam sekali. Berikan susu sekurag-kurangnya 8-10 kali sehari untuk bayi anda.

 

Selamat Menyusukan Anak Anda. Tiada yang lebih baik dari susu ibu…

 

sumber : http://www.iluvislam.com/keluarga/ibu-bapa/1471-saiz-perut-bayi.html

 

 

Assalamualaikum..

Ramai ibu-ibu yang mula berhenti atau kurangkan pam apabila hasil pam mula merudum. Ada juga yang mahu mengambil pelbagai produk penambah susu dan bila ada susu baru nak mula pam.

Sebenarnya semakin kerap kita pam semakin banyak susu yang akan terhasil ya ibu-ibu. Manakala semakin kurang kita pam, semakin kurang la pula hasilnya walau ambil sebanyak mana  pun produk penambah susu. Bila susu mula merudum, cepat-cepatla buat power pumping supaya hasil penyusuan meningkat…

Apa itu Power Pumping?

Merupakan teknik mengepam yg boleh membantu meningkatkan penghasilan susu. Ia melibatkan teknik dan setup mengepam yg biasa tapi dlm cara yg lebih unik. Ideanya adalah utk meniru bayi menyusu secara x langsung meningkatkan bekalan susu ibu.

Siapa yang perlukan Power Pumping?

1. Ibu yang ingin menyusukan anak angkat – teknik ini digunakan untuk rangsang penghasilan susu
2. Ibu yg ingin relaktasi/ menyusukan semula si anak setelah berhenti menyusukan
3. Ibu yg kekurangan susu, berusaha untuk memperbanyakan semula susu – akibat drpd perubahan hormon, period, kurang mengepam etc.

Macam mana nak buat Power Pumping?

Untuk Single pump – pam kanan dulu 10 minit, kendian pam kiri plak 10 minit, tukar plak ke kanan 10 minit dan seterusnya, bertukar2 setiap 10 minit berterusan selama sejam.

Untuk Double Pump – Pam kedua2 belah serentak selama 10 minit, rehat/ stop pam 10 minit, sambung lagi pam 10 minit, rehat 10 minit dan seterusnya selama 1 jam.

Disarankan buat power pumping ni sekali sehari, seelok2 nya waktu tengah malam ke subuh, sbb hormon susu sgt tinggi waktu ni.

Berapa lama masa diambil untuk dapat hasilnya?

Kalian jgn igt sekali buat terus susu jadi banyak yer. Power pumping perlukan masa sekurang2nya 1 minggu! Walaupun pada hari pertama hasil pam setitik dua atau ‘pam angin’ semata2, teruskan misi sehingga dpt hasil yg dikehendaki. Jangan putus asa, usaha, doa dan tawakal, insyallah dipermudahkan olehNYA…amin.

 

Selamat mencuba!!

 

Berminat?

 

Hubungi :

Hanis Amin (Shaklee ID : 837662)

♥ SMS | WhatsApp : 010-4289601
♥ Email : hanisamin@gmail.com
♥ FB Page : http://www.facebook.com/hanisaminstore

Assalamualaikum..

Kebelakangan ni ramai yang mengadu tak cukup susu semasa berpantang ataupun baru 2 minggu bersalin tapi susu tak cukup. Bagaimana ini berlaku?

1. Sebab utama yang saya dapat kenal pasti adalah KURANG PENGETAHUAN PENYUSUAN

Ramai ibu kurang membaca ilmu penyusuan dan beranggapan susu akan mencurah2 sebaik sahaja bayi lahir. Untuk 2-3 hari pertama hanya kolostrum yang akan keluar dan ibu-ibu perlu meransang pengeluaran susu dengan kerapkan menyusu bayi. Pada hari ketiga baru susu akan keluar banyak sedikit tapi bukanlah terus mencurah2 sampai basah baju ye. Untuk seminggu/2 minggu pertama kalau pam pun mungkin dapat dalam 1-3oz sahaja(bergantung pada orang). Jadi penting untuk kerapkan penyusuan. Untuk 2 minggu pertama fokuskan pada direct feeding terlebih dahulu. Susukan bayi sekurang-kurangnya sejam- 2 jam sekali mengikut demand bayi.

2. KURANG MINUM AIR
Ramai yang masih terpengaruh dengan mitos lama bahawa berpantang tak boleh minum air. Akibatnya? Susu akan kurang kerana ibu sendiri kekurangan air. Pastikan minum sekurang-kurangnya 2-3 liter air masak. Walau bagaimanapun, minum air dengan banyak sekaligus mungkin akan menyebabkan ibu kerap ke tandas daan menyebabkan luka bersalin lambat sembuh. Jadi? Bagaimana caranya?

Minum sedikit-sedikit tetapi kerap supaya air dapat menyerap masuk ke dalam badan ibu dan tidak terus dibuang. Sebaiknya minum air panas dalam cawan. Bila anda minum air panas, anda akan hirup sedikit demi sedikit dan mengelakkan meneguk dengan banyak. Selain itu, minum air panas juga membantu mengembangkan salur darah dan dapat menghasilkan susu lebih cepat.

3. Cara lekapan yang kurang tepat

Cara lekapan atau posisi penyusuan yang kurang tepat menyebabkan kesukaran bayi untuk menyusu dan menyebabkan sebenarnya bayi tidak dapat menghisap dengan baik untuk meransang penghasilan susu. Selain itu, ia juga akan menyebabkan puting melecet dan luka.  Sekiranya puting terasa pedih, sapukan susu ibu pada puting selepas sesi penyusuan dan biarkan kering sekejap sebelum ditutup.

4. Kurang pengambilan makanan berkhasiat

Pastikan ibu-ibu mengambil makanan berkhasiat, berzat dan bernutrisi. Pelbagaikan menu berpantang anda dengan ikan yang boleh dimakan serta daging, ayam dan sayuran yang sesuai. Dapatkan tips pemakanan & resipi dalam pantang di sini.

Paling mudah ambil supplemen supaya anda mendapat nutrisi selengkapnya. Cuba juga ambil makanan penggalak susu seperti kurma, lobak putih, susu, peria dan sebagainya. Lain orang mungkin lain penggalak susunya.

(sumber asal)

Apakah Supplemen yang sesuai untuk ibu berpantang?

Ramai yang dah mencuba Euphoria Set C (Vita lea, B com, Vit C dan Zinc) + Ostematrix dan berpuas hati dengan hasilnya.

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.
* Setiap testimoni yang tertulis dalam laman web ini adalah pengalaman dari pelanggan sendiri dan hasil dari setiap pelanggan mungkin berbeza antara satu sama lain. Sila konsult dengan pengedar anda untuk lebih lanjut.

 

Berminat?

 

Hubungi saya di hanisamin@gmail.com atau SMS ke 010-4289601 (Hanis) untuk maklumat lanjut.

Like FB kami : Hanis Amin Shaklee Store untuk maklumat terkini dan INFO PERCUMA

Assalamualaikum..

2 hari lepas, saya ada sharekan persediaan penyusuan ketika hamil. Hari ni saya nak sharekan tips dan soal jawab dalam majalah PAMA

S : Kini saya hamil anak kedua. Saya berazam mahu menyusukannya selama yang boleh. Apa panduan untuk saya ikuti sepanjang hamil, awal kelahiran dan selepas tempoh enam bulan melahirkan?

Nadia, Setapak, Kuala Lumpur

J : Penyusuan susu ibu adalah proses yang perlu dipelajari oleh ibu dan bayi juga. Persediaan penyusuan susu ibu yang paling penting ialah mendapatkan sebanyak mungkin ilmu sepanjang kehamilan ini. Berikut adalah panduan yang dapat membantu anda dalam menyusukan bayi.
1. Hadiri kelas persediaan penyusuan susu ibu atau kelas antenatal yang menyentuh tentang isu penyusuan susu ibu secara menyeluruh.
2. Mulakan penyusuan susu ibu sejurus selepas bayi dilahirkan, sebaik-baiknya dalam tempoh 1 jam. Kolostrum yang ada dalam beberapa hari pertama kaya dengan protein dan bahan lain yang dapat menghalang jangkitan kepada bayi.
3. Cuba posisi yang berlainan ketika menyusu. Elakkan bersandar kepada bayi. Sebaliknya, duduk dan halakan bayi ke paras payu dara. Gunakan bantal untuk sokongan. Pastikan juga bayi melekap dengan baik.
4. Menyusu mengikut permintaan berdasarkan isyarat kelaparan bayi (baby’s cues) tanpa sekatan. Perhatikan isyarat itu: Mulut bayi buka tutup (mouthing), rooting, meletakkan tangan di mulut dan menangis. Apa-apa pun, jangan tunggu sehingga dia menangis. Adalah penting untuk bayi disusukan mengikut permintaannya.
5. Pastikan payu dara dikosongkan sebaik mungkin setiap kali sesi penyusuan untuk memastikan proses penghasilan susu berjalan lancar. Lebih kerap payu dara dikosongkan (dengan efektif), lebih banyak susu akan dihasilkan!
6. Dapatkan penilaian teknik penyusuan anda daripada pihak profesional terlatih dalam tempoh 24 jam hingga 48 jam pertama selepas kelahiran. Sebaik-baiknya dapatkan panduan daripada perunding laktasi.
7. Susukan bayi sehingga dia puas. Kandungan lemak dalam susu ibu meningkat sewaktu sesi penghisapan. Biarkan bayi selesaikan penyusuan sebelum menawarkan payu dara yang sebelah lagi.
8. Elakkan puting kosong(pacifier).
9. Menyusu secara eksklusif sepanjang enam bulan pertama. Penyusuan susu ibu ideal untuk pertumbuhan dan perkembangan bayi anda.
10. Jangan beri suplemen (air, air glukos, susu formula, makanan bayi dan lain-lain) kepada bayi.
11. Pemakanan memainkan peranan penting dalam kesejahteraan dan kesihatan ANDA. Apabila anda sihat, bayi pun sihat juga. Diet yang berasaskan empat kumpulan asas adalah disarankan. Walau bagaimanapun, makanan yang anda ambil tidak akan memberi kesan kepada susu tetapi pada tahap kesihatan. Jadi, jaga diri anda.
12. Jika berkerjaya, pastikan anda membuatkan persediaan yang perlu.

sumber : http://pama.karangkraf.com/s-j/persediaan-ketika-hamil-1.14396

Amalkan pemakanan sihat sejak dari hamil, berpantang dan menyusukan.

Kami menyediakan set yang sesuai digunakan sejak dari hamil sehingga menyusukan.

Set Eu-Four Pack Plus

Vita-lea Iron formula : Dilengkapi dengan 12 vitamin, 7 galian dan zat besi. Mempunyai patented Sistem Penyerapan Bioaktif utk memastikan peningkatan penyerapan asid folid kritikal. Membantu meningkatkan Hb ke paras normal semasa hamil bagi ibu yang mempunyai darah rendah.
B complex : lengkap dengan 8 kumpulan B termasuk asid folik yang diperlukan oleh tubuh badan demi membantu tubuh badan bertenaga, otak lebih fokus, emosi lebih stabil. Sangat penting dalam membantu memetabolismekan karbohidrat, lemak & protein, Anti stress ,menukarkan makanan(glukos) kepada tenaga dan membantu ibu2 berfikiran positif sentiasa. Vitamin B juga dapat melahirkan wajah ibu yang cantik berseri dan tidak kusam.
Vitamin C : membantu meningkatkan sistem imunisasi badan. Penambilan bersama Vita-lea Iron Formula meningkatkan kadar penyerapan iron dalam tubuh
Ostematrix : kandungan kalsium yang mencukupi di dalam diet anda, lebih-lebih lagi semasa tempoh kehamilan akan dapat memastikan bayi yang bakal dilahirkan mempunyai tulang dan gigi yang sihat tanpa menggugat kandungan kalsiaum yang sedia ada di dalam tubuh anda. Kalsium juga membantu untuk menghalang kekejangan otot yang dialami dalam tempoh kehamilan dan kontraksi yang berlaku disaat melahirkan.
Pengambilan Kalsium turut membantu dalam pelawasan dan juga penyusuan susu ibu. Jika perasan ada sesetengah ibu yang apabila melalui menstrual (period) susunya akan merundum…ini disebabkan kekurangan kalsium yang kritikal di saat badan mengeluarkan darah kotor yang perlu disingkirkan.

ESP @ Energizing Soy Protein :
Kompisis vitamin utama dalam susu ibu ialah protein. Protein adalah makanan sel. Sel tak kenal nasi lemak, air soya atau tempe tetapi sel hanya perlukan protein iaitu khasiat dari makanan yang diambil. Protein berfungsi mengekalkan pertumbuhan normal dan pemeliharaan tisu. Mengawal atur keseimbangan bendalir dalam badan.Pembinaan hormon, enzim dan antibodi memerlukan protein. Selain itu protein dikatakan membantu mengawal keseimbangan asid bes untuk mengangkut nutrien dan sumber tenaga.

Protein sangat sensitif. Ianya wujud pada suhu badan kita dan mudah terhapus pada suhu yang tinggi. So apabila kita memasak sumber protein seperti ikan goreng pada suhu yang tinggi, hakikatnya banyak protein yang telah musnah semasa proses memasak itu sendiri.

Semoga berjaya!!

 

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.

 

Berminat?

 

Hubungi saya di hanisamin@gmail.com atau SMS ke 010-4289601 (Hanis) untuk konsultasi mahupun maklumat lanjut.

 

Assalamualaikum…

Ramai ibu yang bercita-cita ingin menyusukan bayi namun kurang persediaan dari segi fizikal, emosi dan ilmu. Sebaiknya persiapkan diri sejak dari mengandung. Tapi INGAT! Kita perlu bersedia bukan mengadakan susu lagi ya.

 

Jom kita lihat apa yang perlu dipersiapkan :

PERSEDIAAN ILMU

  1. Cari sebanyak mungkin ilmu tentang penyusuan. Paling penting faham konsep asas penyusuan iaitu semakin kerap payudara dikosongkan semakin banyak susu yang akan terhasil.
  2. Fahami konsep bahawa diawal kelahiran hanya kolostrum yang akan terhasil dan selepas itu, susu akan meningkat sedikit demi sedikit. Bukan terus tiba-tiba jadi banyak ya. Teruskan kekerapan menyusu.
  3. Hadiri kelas penyusuan susu ibu supaya boleh mendapat pelbagai info lengkap dan boleh bertanya secara direct.
  4. Ketahui masalah-masalah penyusuan pada awal kelahiran dan cara mengatasinya.
    Masalah puting pendek – Sama ada pendek atau panjang puting sepatutnya tidak menjadi masalah kerana puting serta bahagian areola perlu masuk dalam mulut bayi ketika proses penyusuan. Ini adalah sama seperti masalah puting tenggelam.
    Susu tidak keluar – Sentiasa yakin dan percaya bahawa susu itu ada, satu jam pertama kelahiran bayi adalah paling penting. Letakkan bayi pada payudara dan susukan sekerap mungkin. Rangsangan dari bayi penting untuk memastikan susu keluar. Jangan risau susu anda terlalu sedikit untuk bayi kerana pada awal kelahiran perut bayi adalah dikatakan hanya sebesar kacang, ia tidak memerlukan susu yang banyak untuk mengenyangkannya.
    Ketahui posisi yang sesuai untuk menyusukan sekiranya terpaksa bersalin dengan kaedah csect. Dapatkan bantal khas untuk menyusukan bayi sekiranya mempunyai lebihan budget. Bagaimana pun, bantal yang biasa juga sudah memadai.
    Puting sakit ketika menyusukan bayi – Sekiranya anda terasa sakit ketika menyusukan bayi, ia bermakna posisi penyusuan dan teknik pelekapan adalah salah kerana proses menyusukan bayi bukan satu proses yang menyakitkan.  (sumber)
  5. Pilih hospital breastfeeding friendly.
  6. Dapatkan no telefon Peer Counselor (PC) atau Lactation Counselor (LC) supaya mudah berbincang sekiranya ada masalah penyusuan.
  7. Sediakan peralatan untuk penyusuan seperti pam, bekas simpan susu dan lain-lain.

PERSEDIAAN FIZIKAL

  1. Bersihkan puting susu setiap kali mandi. Gunakan tuala bersih dan air suam. Elakkan sabun bahagian puting.
  2. Tarik dan urut puting perlahan2 semasa mandi.
  3. Sapu minyak zaitun pada puting.
  4. Dapatkan tukang urut selepas bersalin yang tahu mengurut payudara untuk melancarkan peredaran darah bagi tujuan penyusuan.
  5. Makan makanan berkhasiat dan bernutrisi sejak hamil sehingga dalam proses penyusuan.
PERSEDIAAN EMOSI
  1. Sentiasa berfikiran positif bahawa susu anda cukup untuk keperluan anak dan anak dapat menyusu dengan baik.
  2. Kongsi keinginan anda untuk menyusu sepenuhnya dengan suami & ahli keluarga.
  3. Sertai komuniti / forum penyusuan susu ibu supaya dapat support dari rakan-rakan lain.
  4. Banyakkan berdoa supaya dipermudahkan perjalanan penyusuan anak anda.
  5. Elakkan membanding-bandingkan jumlah susu perahan kerana setiap anak mempunyai keperluan berbeza mengikut jantina, usia, berat dan lain-lain.
  6. Setkan niat, azam dan tujuan untuk menyusukan bayi.
Selamat menempuh pengalaman penyusuan.
Tak perlu berlumba-lumba nak dapatkan stok susu yang terlalu banyak. Yang penting anda tahu, anak anda cukup keperluan penyusuannya, sihat, mendapat nutrisi sepenuhnya dan dapat meneruskan penyusuan sehingga usia 2 tahun.

Berminat?

 

Hubungi saya di hanisamin@gmail.com atau SMS ke 010-4289601 (Hanis) untuk konsultasi mahupun maklumat lanjut.

Assalamualaikum…

Seringkali ada ibu mengadu susu tiada selepas melahirkan anak. Bayi asyik menangis kerana tak dapat menyusu. Lebih-lebih lagi untuk ibu yang baru pertama kali melahirkan anak dan mengalami puting tenggelam. Benarkah pengambilan MILK BOOSTER diperlukan kerana TIADA SUSU?

Kolostrum

Kolostrum

Di awal-awal kelahiran hanya sedikit susu yang agak likat dan pekat serta berwarna kuning yang juga dikenali sebagai kolostrum yang akan keluar. Kolostrum ini hanya akan keluar dalam kuantiti yang sedikit namun ianya cukup bagi memenuhi keperluan bayi yang baru lahir dalam 24 jam. Perut bayi yang baru lahir hanya sebenar kacang pea, kecil sahaja kan. Jadi, kesiankanlah bayi anda yang terpaksa menelan susu formula yang diberikan hanya kerana ibu tiada maklumat tentang penyusuan susu ibu.

Saiz perut bayi

Saiz perut bayi

Untuk yang menjadi ibu pertama kali, anda mungkin rasa kekok dan tak reti cara memegang bayi anda hingga menyebabkan bayi anda tidak selesa untuk menyusu. Bercerita tentang pengalaman sendiri, walaupun saya suka dukung bayi dan suka bayi, rupanya cara dukung/pegang bayi semasa menyusu sangat berbeza. Malah, saya telah pun ikuti kelas penyusuan sebelum bersalin tapi bila bayi di tangan, saya masih terasa kekok, apatah lagi keadaan puting yang pendek dan bayi tidak pandai untuk melekap. Memang bayi kerap menangis. Saya pun jadi frust juga seketika.

Jadi, sangat penting untuk anda ke HOSPITAL RAKAN BAYI supaya dapat membantu. Ataupun hubungi ibu atau rakan2 yang menyusukan bayi sepenuhnya.

Bukan saya tidak mahu jualkan set B pada anda, tapi bagi saya sebaik lepas melahirkan ibu perlu lebih memberi perhatian kepada kesihatan ibu sendiri supaya apabila ibu sihat dan bertenaga tanpa stress, susu pun lebih mudah terhasil. Malah, di awal kelahiran ini juga penting untuk kerap menyusukan bayi SEKURANG-KURANGNYA 2 JAM sekali. Kalau anak tidur, cuba kejutkan. Fokus lebih kepada anda dan bayi. Jadi lebih sesuai kalau ambil Set C, malah boleh juga tambah ESP dan Ostematrix untuk bantu penyusuan juga. 

Selepas sebulan, anda bolehlah merancang untuk membuat stok susu untuk ibu bekerja.

Jadi, ibu-ibu yang saya kasihi sekalian, semasa hamil perbanyakkan ilmu tentang keibu bapaan, kelahiran, penyusuan dan sebagainya. Walaupun barang2 keperluan bayi tu penting, tetapi ilmu tu jangan dilupakan…

Apa kata pembeli set berpantang (Set C)?

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.

 

Berminat?

 

Hubungi saya di hanisamin@gmail.com atau SMS ke 010-4289601 (Hanis) untuk konsultasi mahupun maklumat lanjut.

Assalamualaikum..

Selain cuba usaha ke arah menjayakan penyusuan susu ibu, kita perlu juga tahu perkara-perkara yang boleh menghalang kejayaan tu sendiri. Jadi, insyaAllah saya kongsikan entry dari Kak N.

1. Tidak mengepam atas alasan Breast tidak bengkak.
Breast hanya akan cepat bengkak apabila pengambilan makanan yang tinggi kandungan protein seperti ESP dan alfalfa. Sesi mengepam yang konsisten akan membantu memberi signal kepada otak bahawa badan perlu menghasilkan lebih banyak susu kerana sentiasa ada permintaan.
Ramai ibu2 yang baru dalam penyusuan susuibu masih kurang faham bagaimana susuibu dihasilkan. Rata2 yang menjawab mengapa tidak mencuba beri susu badan…alasannya susu tiada. Susuibu akan terhasil bila ada signal melalui hisapan terus (direct feeding) atau perahan (mengepam) yang berterusan. Breast tidak bengkak adalah kerana pemakanan si ibu yang tidak seimbang. Pemakanan yang tinggi kandungan protein membantu susu cepat terhasil dan breast akan cepat bengkak. Ini kerana kandungan utama dalam susuibu adalah protein. Protein sangat perlu untuk pertumbuhan dan pembesaran anak. Jika tak percaya cuba makan telur dengan banyak atau menu yang tinggi protien seperti ayam dan daging. Namun kelemahan yang bakal kita tanggung ialah lemak dari sumber makanan itu boleh menyumbangkan kepada masalah kegemukkan dan kolestrol apabila diambil dalam jumlah yang banyak. Sebab kekangan inilah ibu memilih mengambil supplement seperti ESP dan alfalfa as a booster.

2. Pengambilan minuman bergas dan ber ais.
Secara perlahan2 amalan ini akan mengganggu penghasilan susuibu. Walaupun mungkin tidak berlaku kepada semua ibu namun yang ibu pasti amalan ini akan menyebabkan si ibu mudah mendapat sakit urat disebabkan pengambilan ini yang berterusan.
Semua kita sedia maklum bahawa minuman berkabornat mengandungi gula yang tinggi, maka kalori dari itu juga tinggi. Untuk seketika ianya mungkin bagus untuk membuatkan si ibu rasa banyak susu yang terhasil namun minuman berkabornat tidak bagus diambil untuk jangka panjang. Ini kerana kandungan gas itu boleh mengganggu sistem penghadaman dan usus kita. Bila si ibu sakit maka pastinya penghasilan susuibu itu sendiri akan terganggu.
Bagaimana pula dengan pengambilan ais? Bagaimana ia dikaitkan dengan penyusuan? Orite, part ini ibu belajar dengan bidan. So ibu terima dengan lojik akal. Masa dalam pantang lagi, bidan pesan jangan minum ais tau, nanti susu susah nak keluar. Kenapa agaknya? Sebab urat akan mengecut maka pengaliran susu akan terganggu. Tidak kurang juga  ramai ibu2 yang selalu mengadu sengal kaki atau sakit2 badan.Sebab tu kita disarankan minum air suam atau air panas, urat akan mengembang secara langsung pengaliran darah akan lebih lancar.

Air berais akan membekukan makanan berminyak yang baru kita makan. Ia akan melambatkan proses pencernaan kita. Bila lemak-lemak ini terbentuk di dalam usus, ia akan menyempitkan banyak saluran dan lama kelamaan ia akan menyebabkan lemak berkumpul dan kita semakin gemuk dan menuju ke arah mendapat berbagai penyakit.
3. Pengambilan minuman berkafien.
Kafein menggangu kelancaran saraf dalam jangka panjang. Walaupun ada yang membuat kenyataan, buah kopi mengandungi antioksida yang tinggi…namun kita tidak makan buah kopi ratah begitu sahaja…ianya diproses dan telah kita maklum kopi itu mengandungi kafein yang lebih tinggi berbanding teh.
Tiada kopi tanpa kafein samalah keadaannya dengan tiada susu tanpa lemak. Sebab itu statement yang biasa kita jumpa ialah kopi rendah kafein atau susu rendah lemak.
Tahukah kalian kafein boleh memusnahkan vitamin B dan C yang sedia ada dalam badan kita? Sebab itu ibu2 yang suka minum kopi tak kiralah kononnya rendah kafien tetapi inilah puncanya ibu itu cepat letih dan senang sakit. Sebab vitamin B dan C yang sedia ada termusnah akibat kafien tadi. Memang banyak faktor lain yang memusnahkan vitamin B dan C sebagai contoh bila kita terlalu terdedah dengan matahari, namun ianya boleh dikurangkan dengan pengambilan payung atau pemakaian topi. Tetapi kemusnahan vitamin ini melalui kafien dapat dikurangkan dengan pengambilan minuman kopi itu sendiri.
Ada pihak yang claim kopi sangat bagus untuk tenaga, ya tapi untuk jangkamasa sekejap sahaja dan ianya adalah silent killer untuk jangka panjang. Lagi banyak kopi yang kita minum maka lagi tinggi risiko untuk sakit sendi , urat , cepat letih dan boleh menggangu emosi apabila badan kita terlalu kurang vitamin B.

Bagi ibu yang menyusu Vitamin B sangat membantu agar lebih bertenaga dan mempunyai mood yang baik , hati yang tenang dan gembira.

4. Pengambilan supplement khas untuk diet.
Apabila si ibu mengambil supplement untuk diet seperti menjadikan minum berfiber menggantikan makanan sarapan pagi maka secara langsung si ibu telah mengurangkan zat asli dalam badannya. Walaupun jaminan selamat namun yang paling perlu kita fahami ialah, susuibu itu sangat kaya dengan nutrisi melalui pengambilan makanan si ibu. Maka apabila makanan yang sepatutnya dimakan itu digantikan segalanya dengan pengambilan suplement semata2 maka khasiat sebenar akan berkurang dan secara langsung memberi kesan kepada penghasilan susuibu pada masa akan datang.Supplement sepatutnya diambil hanya untuk mengisi ruang kekosongan zat dalam badan dan BUKAN menggantikan pengambilan makanan  harian yang sebenar. Bagi ibu2 yang mengamalkan supplement diet pasti dapat melihat hasil perahan susuibu cair berbanding dengan mereka yang mengambil supplement sebagai tambahan kepada makanan harian mereka yang mendapat hasil susuibu sangat pekat dan lebih enak, pastinya!
Selain itu, dikhuatiri kandungan dalam pemakanan diet itu boleh mengganggu sistem usus anak. Sebab apa yang ibu makan akan disalurkan kepada anak melalui susuibu.

5. Merungut setiap masa
Jangan sesekali merungut atau rasa kecewa dengan hasil perahan tetapi sebaliknya sentiasa bersyukur agar Allah menambahkan nikmat seperti janjiNya iaitu Allah akan menambahkan nikmat kepada sesiapa sahaja yang bersyukur.
Allah sentiasa menyayangi ibu2 yang menyusukan anaknya kerana dah itu yang disarankan…maka sesiapa yang beramal baik pasti mendapat perhatian Allah. Susu berkurang adalah salah satu tanda si ibu kurang berdamping denganNya. Lumrah manusia akan mencari Tuhan apabila dalam kesusahan. Jika susu selalu banyak , manusia mudah alpa dan lama kelamaan akan lahir sifat riak. Ibu sendiri pernah melalui kemerunduman susu tapi sebab bila selalu muhasabah diri maka kita akan pulang ke pangkal jalan. Namun ibu percaya, ibu2 yang sentiasa beramal soleh, mengaji dan mempunyai ruang waktu untukNya, maka nikmat itu sentiasa berkekalan. Zaman sekarang dah terbalik…si ibu punya banyak masa ber FB tetapi tiada masa untuk duduk mengaji. Kita mengadu dengan manusia melalui FB susu merundum walhal mengadu dengan Allah adalah tempat terbaik kerana dengan izinNya susu itu mengalir, maka dengan izinNya jua susu akan banyak.

 

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.

 

Berminat?

 

Hubungi saya di hanisamin@gmail.com atau SMS ke 010-4289601 (Hanis) untuk konsultasi mahupun maklumat lanjut.

Assalamualaikum…

Sebagai ibu bapa, kita mempunyai cara masing-masing untuk membesarkan anak, dan pilihan di tangan kita untuk memberikan yang terbaik untuk anak. Tak semestinya jika anda tidak memberikan bayi anda yang berumur 12 bulan ke bawah makan telur atau madu, contohnya, maka anda perlu memandang rendah atau mengherdik ibu bapa lain yang memberikan telur atau madu kepada bayi mereka. Begitu juga sebaliknya.

Tiada yang betul atau salah dalam membesarkan mereka. Setiap ibu bapa pasti tahu apa yang terbaik untuk anak mereka.

Bila bercakap tentang pembesaran anak, kita tidak lari dari topik nutrisi untuk anak-anak. Namun, perkara asas kepada nutrisi anak-anak pastinya makanan awal mereka sejak bayi iaitu SUSU. Dan, untuk susu pula, ibu bapa juga mempunyai pilihan sama ada untuk menyusukan bayi dengan susu ibu, mahupun susu formula.

Mari kita lihat perbandingan ringkas Kebaikan Susu Ibu berbanding Kebaikan Susu Formula.

Kebaikan Susu Ibu:

(1) Makanan awal terbaik!
(2) Sistem imun yang lebih kuat; perlindungan daripada jangkitan, alergi, asma, kencing manis, obesiti dan lain-lain penyakit.
(3) Bayi yang lebih cerdik!
(4) Lebih mudah untuk di hadamkan.
(5) Ianya PERCUMA!
(6) Mudah – Sentiasa tersedia segar pada suhu yang bertepatan.
(7) Rasa susu ibu berubah mengikut apa yang si ibu makan. Jadi, bantu memperkenalkan pelbagai rasa makanan kepada bayi (melalui susu).
(8) Kepekatan susu ibu juga berubah mengikut cuaca dan suhu sekeliling. Waktu tengahari yang apanas misalnya, susu ibu akan lebih cair agar bayi dapat hilangkan dahaganya terlebih dahulu sebelum mendapat susu akhir yang lebih pekat dan mengenyangkan. Pada waktu malam dan awal pagi yang sejuk misalnya, susu ibu akan lebih pekat berkrim untuk berikan lebih tenaga dan lemak yang bersesuaian untuk bayi.
(9) Menguatkan ikatan emosi di antara si ibu & anak.
(10) Kebaikan untuk IBU – membina keyakinan, membakar kalori, bantu mengecutkan uterus, serta mengurangkan risiko terhadap kanser payudara, uterus & ovari.

Kebaikan Susu Formula:

(1) Mudah – Sesiapa sahaja boleh berikan susu kepada bayi, tak semestinya ibu sahaja. Tak perlu kosongkan/ pam payudara pada waktu tertentu. Tak perlu cari ruang privasi untuk memberi susu.
(2) Kurang frekuensi penyusuan kerana penghadaman susu yang perlahan. Bayi akan tidur lebih lama.
(3) Ibu tak perlu risau untuk kawal pemakanan sendiri – boleh makan apa jua, atau tak makan langsusng (diet) kerana tak perlu risau tentang penghasilan susu badan.

Walaupun kebaikan Susu Ibu kelihatan lebih banyak berbanding Susu Formula, penyusuan susu ibu ini tidaklah semudah A-B-C, ya (namun, tidaklah menyusahkan sehingga memudaratkan si ibu). Anda silap jika anda rasa tak perlu baca apa-apa, dan apabila tiba masanya nanti (bila bayi dah lahir), secara semulajadi anda akan pandai menyusu bayi/ susu akan banyak melimpah ruah! Emm, fitrah semulajadi?

Jadi, mari kita lihat apa pula Cabaran Susu Badan berbanding Susu Formula.

Cabaran Menyusu Badan:

(1) Sakit di payudara pada peringkat awal kerana masih tidak pandai untuk menyusukan (latch-on pain). Namun, masalah ini boleh di atasi dengan mendapatkan pertolongan daripada yang pakar. Banyakkan pembacaan, tingkatkan pengetahuan.
(2) Lebih frekuensi penyusuan kerana susu ibu sangat mudah di hadam. Anda akan dapati bayi anda tidur tidak lama seperti bayi yang minum susu formula.
(3) Lebih komitmen buat si ibu – perlu kerap menyusu/ pam payudara untuk buat stok susu perahan. Namun, akan menjadi lebih mudah dengan praktis yang berterusan & pengurusan masa yang efektif.
(4) Ibu perlu hadkan pengambilan kafein.
(5) Kondisi kesihatan/ perubatan si ibu.

Cabaran Memberi Susu Formula:

(1) Perlu cari susu formula yang benar-benar serasi dengan bayi.
(2) Keselamatan produk tersebut.
(3) Susu formula yang berjenama agak mahal, terutama susu untuk bayi dari 1 hari ke 6 bulan. Ada yang 1kg = RM100!
(4) Kurang antibodi.
(5) Kesesuaian dengan keperluan bayi seiring dengan pembesaran bayi. Perlu tukar jenis-jenis susu apabila bayi telah capai umur tertentu.
(6) Kebarangkalian untuk kolik dan sembelit adalah lebih tinggi.

Sekarang anda dah tahu kebaikan di antara Susu Ibu dan Susu Formula, serta cabaran masing-masing, mungkin anda boleh jadikan panduan ini untuk membuat keputusan dalam memilih makanan awal yang mana untuk anak anda, bergantung kepada tahap keselesaan dan cara hidup anda.

Muadz yang tembam @ 6 bulan. 100% susu ibu

Jika anda tanya pada kami, sudah pasti kami 100% galakkan anda untuk menyusukan bayi anda – 6 bulan pertama dengan susu ibu sahaja, dan diteruskan penyusuan susu ibu beserta makanan pejal sehingga bayi anda berusia 2 tahun.

Boleh juga cuba:
(1) Shaklee BreastFeeding Set
(2) Shaklee Tripple M Set

dan boleh juga baca Testimonial pengguna set menyusu ni.

 

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.

 

Berminat?

 

Hubungi saya di hanisamin@gmail.com atau SMS ke 010-4289601 (Hanis) untuk konsultasi mahupun maklumat lanjut.


Assalamualaikum…

Jom tambah ilmu tentang susu ibu.

Contoh : Masalah seorang ibu.
“saya masih dalam pantang, tapi susu saya tak banyak..anak pula asyik nak mengempeng je..hampir setiap jam nak susu, siang malam pagi petang. Bila saya bagi susu formula waktu malam, baru dia tidur lena”

Persoalannye..adakah betul tindakan ibu tersebut??
SOALAN :
1. KENAPA BAYI ASYIK NAK MENGEMPENG?
2. KENAPA BILA BAGI SUSU FORMULA BARU TIDUR LENA?
3. KENAPA SUSU SIKIT?

JAWAPAN :
1. Adalah biasa bagi bayi yang baru lahir kerap menghisap susu. Kadar purata bagi bayi baru lahir, terutama yang masih dalam pantang atau 3 bulan pertama ialah setiap 2 jam sekali. Muadz dulu tak sampai 2 jam sekali nak isap susu biasanya dalam sejam setengah nak menangis. Kadang tu..tiap2 jam..

2. Ini terjadi kerana, susu ibu sangat mudah hadam dan ia akan membuat bayi cepat lapar dan tidak akan menyebabkan masalah sembelit dan lain – lain penyakit. Susu formula tidak mudah hadam..ia memerlukan masa yang lama untuk dihadam dalam perut bayi.

3. Susu dihasilkan daripada hormon dan otak memainkan peranan penting dalam penghasilan susu tersebut. Bila ibu tersebut kurang menyusukan bayi, maka otak akan menghantar isyarat dan mengatakan bahawa tiada permintaan.

Selain itu cuba perhatikan juga.

Kencing dan najis bayi
Secara logiknya, kalau intake ada, sure output pun ada kan. So kalau bayi anda ada kencing dan berak..tentunya dia cukup minum dan susu anda cukup untuk anak anda. Lagi pun bayi baru lahir, sikit je dia minum.

pembuangan air kencing: 6-8 kali dalam tempoh 24jam
pembuangan air besar : 3-8 kali dalam tempoh 24jam (semakin berkurang bila usia meningkat) tidak cair, tidak berketul dan berwarna kuning keemasan

Periksa teknik lekapan (latching)
Pelekapan tidak sempurna menyebabkan bayi tidak mendapat susu yang secukupnya. Dan ini menyebabkan payudara tidak dikosongkan dengan efektif.. apabila payudara tidak dikosongkan, maka hormon FIL (feedback inhibitor of Lactation) akan bertindak dan menyebabkan kurang susu.

Pertumbuhan bayi dan fizikal bayi.
Berat bayi bertambah dari minggu ke minggu dan meningkat bulan ke bulan, biasanya selepas lahir bayi akan hilang berat badan sebanyak 7% dan mula bertambah semula apabila mencecah usia 6-10 hari. So jangan risau. Qaireen dulu pun macam tu juga.
Berat bayi akan bertambah 100-200g setiap minggu dalam 6 bulan pertama, 85-140g antara 6 bulan – 1 tahun. Berat bayi berganda pada usia 6 bulan, dan 3x ganda pada usia 1tahun.

Kalau bayi anda sihat, ceria, muka tidak pucat, kulit bersih dan sihat, InsyaAllah, susu anda cukup untuk anak anda.
Cuma mungkin ada beberapa ketika bayi anda secara tiba – tiba menangis, tiba – tiba kuat menyusu dari biasa dan kelihatan tidak selesa..itu juga normal. Mungkin bayi anda mengalami Growth Spurt.
Paling penting ibu kena bertenang dan jangan stress. Lagi satu, biasanya kalau berpantang dengan orang tua..mereka sering menyuruh anda memberi bayi air masak kan?? Tolong jangan beri apa – apa sahaja air! melainkan susu ibu. Susu ibu mengandungi 80% air, so bayi anda tidak akan sembelit. Susu ibu juga mengandungi fore milk dan hind milk.

Jika bayi kelihatan meragam dan tidak puas hati, dia mungkin tidak menerima susu yang kaya dan berkrim dihujung penyusuan. Susu ini dipanggil ‘susu akhir’. Cara terbaik untuk memperbetulkan masalah ini ialah dengan memberikan susu dengan sebelah payudara sahaja setiap kali menyusu. Cara ini dapat memastikan yang bayi menerima semua peringkat susu ibu berikut:

susu pertama (foremilk)

kelihatan seperti air biasa bertujuan untuk menghilangkan dahaga.
susu pertengahan
mengandungi lebih khasiat protein.
susu akhir (hind milk)

kelihatan lebih pekat dan berkrim kerana kaya dengan khasiat lemak. Bayi memerlukan susu ini untuk membolehkan berat badannya meningkat. Cara ini baik untuk membantu bayi yang kurang berat badan menambah berat badannya.

sumber

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.

 

Berminat?

 

Hubungi saya di hanisamin@gmail.com atau SMS ke 010-4289601 (Hanis) untuk konsultasi mahupun maklumat lanjut.


Translator
Translator Plugin
Ayat seribu dinar
Ahlan wasahlan…
Assalamualaikum & selamat sejahtera

Selamat datang ke Hanis Healthy Life. Hanis Amin adalah pengedar Shaklee yang sah, yang juga pengguna kepada produk Shaklee.

Untuk sebarang pertanyaan, hubungi kami di
email : hanisamin@gmail.com
sms/WhatsApp : +6010-4289601

Terima kasih.

Hazu Enterprise (SA0175455-W)

Set Istimewa untuk anda!

Breastfeeding Set
(Set Penyusuan)

Testimonial : KLIK SINI

==========================

Confinement Set
(Set Berpantang)

Testimonial : KLIK SINI

==========================

Skin Care Set
(Set Penjagaan Kulit)

Testimonial : KLIK SINI

==========================

Healthy Weight Set
(Set Berat Badan Sihat)

Testimonial : KLIK SINI

==========================

Baby & Children Health
(Kesihatan Bayi & Kanak-kanak)

Informasi


Sertai kami di Facebook!


Ada pertanyaan atau komen?