Best selling!!
Dapatkan info terkini segera..
Laman web lain
* Setiap testimoni yang tertulis dalam laman web ini adalah pengalaman dari pelanggan sendiri dan hasil dari setiap pelanggan mungkin berbeza antara satu sama lain. Namun ini tidak bermakna vitamin ini boleh mengubat atau menyembuhkan penyakit. Sila konsult dengan pengedar anda untuk lebih lanjut.

PERHATIAN : Konsultasi selepas pembelian produk dan jadual pengambilan adalah khas untuk pelanggan kami sahaja. Sila rujuk pengedar anda untuk jadual pengambilan & kosultasi selepas pembelian. Terima kasih.
Dapatkan SET puasa hari ini!!

CaratoMax (Vit A)

Assalamualaikum..

TAHUKAH ANDA, Vitamin A adalah sejenis vitamin larut lemak yang hadir dalam 2 bentuk iaitu:

(1) RETINOIDS – berasal dari sumber haiwan.
(2) CAROTENOIDS (Pro-Vitamin A) – berasal dari sumber tumbuhan.

 

Mengapakah sumber Vitamin A dalam bentuk Beta Carotene lebih baik dari sumber terus Vitamin A?

Beta Carotene bukan sahaja antioksidan yang sangat baik, malah ia mempunyai pelbagai nutrien. Beta Carotene hanya akan ditukar kepada Vitamin A oleh badan, apabila badan memerlukannya. Maka, Beta Carotene merupakan bentuk penyimpanan Vitamin A yang tiada toksik.

Vitamin A biasa, apabila disimpan di dalam badan di dalam kuantiti yang tinggi akan menjadi sangat toksik! Sebaliknya, Beta Carotene sangat selamat di dalam badan kita walaupun di dalam kuantiti yang besar! Suplemen Beta Carotene yang baik perlu mengandungi lebih kurang 5000 IU Vitamin A - ini adalah dos yang disarankan!

Fungsi Vitamin A:

(1) Menghalang rabun malam.
(2) Memelihara sel di permukaan dalaman dan luaran badan.
(3) Menghasilkan sel istimewa yang mengeluarkan mukus.
(4) Memperhebatkan sistem imun dengan meningkatkan fungsi sel darah putih.

Beta Carotene turut mempunyai fungsi yang sama seperti Vitamin A kerana ia akan ditukarkan kepada Vitamin A apabila badan perlukannya. Kelebihannya, Beta Carotene juga merupakan anti-oksidan yang sangat kuat dan mempunyai fungsi lain kepada tubuh.

Dalam beberapa kajian, paras Beta Carotene yang tinggi di dalam badan telah menunjukkan perlindungan kepada pertumbuhan sel kanser di sekurang-kurangnya 10 lokasi badan kita. Kelenjar “thymus” bantu mematangkan sel melawan penyakit “T” di dalam sistem imun kita. Memandangkan Beta Carotene mempunyai peranan kepada kesihatan “thymus”, Beta Carotene di anggap sebagai menstimulasi imun!

Berapa banyakkah dos Beta Carotene yang dicadangkan?

Mengikut soal selidik, secara purata, biasanya penduduk di Amerika mengambil 2,500 IU Beta Carotene sehari. Pengambilan suplemen Beta Carotene menjadi pilihan sesetengah individu, kerana sukar untuk mendisiplinkan diri untuk mengambilnya dari sumber makanan setiap hari. Ini kerana, kebanyakan makanan yang mengandungi Beta-Carotene adalah tidak berapa enak.

Bahaya Kelebihan Vitamin A

Kebanyakan pengkaji menyarankan pengambilan 10,000 ke 25,000 IU Beta Carotene sehari. Ahli Fizik yang menjalankan kajian di Harvard mengambil 83,000 IU berselang hari.

Shaklee CarotoMax 

Di Shaklee, Vitamin A Shaklee adalah dari jenis caretonoids, atau pro-vitamin A yang akan ditukarkan menjadi vitamin A bila diperlukan. Dahulunya ia dikenali sebagai Beta Carotene. Setelah dipertingkatkan formula, Vitamin A Shaklee kini dikenali sebagai CarotoMax.

Terdiri daripada Enam Karotenoid Terbaik! 
CarotoMax1CAROTOMAX merupakan campuran luarbiasa yang menggabungkan alfa-karotena, astaxanthin, beta-karotena, lutein, likopena dan zeaxanthin yang memberikan faedah karotenoid yang lengkap. Bahkan, anda tidak akan dapat ketulenan dan keberkesanan karotenoid daripada makanan itu sahaja.

CAROTOMAX menawarkan karotenoid semulajadi yang berasal daripada buah-buahan pokok kelapa sawit dan alga dunaliellasalina untuk:

• Memelihara kesihatan yang baik. *
• Membantu mengekalkan tumbesaran, penglihatan dan pertumbuhan tisu. *
• Membantu dalam memelihara kesihatan kulit dan selaput lendir. *

Tiada perasa tiruan, pemanis, pewarna atau bahan pengawet tambahan.

Selain CarotoMax, Vitamin A juga boleh didapati dalam Shaklee Vita-Lea.

Sebotol hanya RM74(harga tidak termasuk pos)

sumber : http://www.genkimomma.net/2013/03/beta-carotene-provitamin-karotenoid.html

 

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.

 

Berminat?
Hubungi saya sekarang!!
Your Shaklee Independent Distributor
Hanis Amin
♥ SMS | WhatssApp : 010-4289601
♥ Shaklee ID : 837662
♥ FB Page : http://www.facebook.com/HanisHealthyLife
♥ Email : hanisamin@gmail.com

Assalamualaikum…

 

Ramai antara kita terutama mereka yang terdedah dengan matahari secara langsung tanpa apa-apa krim perlindungan mudah mendapati wajah mereka ditumbuhi jeragat. Tidak kurang ibu-ibu yang mendapat jeragat selepas proses kelahiran. Ini biasanya berkaitan dengan perubahan hormon.

Apakah perkara yang dapat kita lakukan untuk mengurangkan ianya dari terus merebak dan hilang?

Melalui penjagaan kulit wajah.
Pastikan kita membasuh muka kita minima 2 kali sehari. Cucilah dengan pembersih wajah yang sesuai dengan keadaan kulit kita. Elakkan menggunakan pencuci yang menyebabkan kulit wajah mencari kering. Pastikan memakai toner dan pelembap. Jika memang terdedah dengan matahari pastikan memakai krim pelindung kulit yang mempunyai SPF yang tinggi.

Melalui pemakanan harian.
Banyakkan mengambil sayur dan buah-buahan segar setiap hari. Ini membantu kulit mendapatkan vitamin C dari sumber yang segar walau sedikit. Minumlah air kosong sekurang-kurangnya 2-3 liter sehari. Ia bagus untuk kelancaran darah dan penyingkiran toksin dari tubuh.

Melalui supplement
Antara supplement yang membantu mengurangkan jeragat dari terus merebak ialah
Energizing Soy Protein- ini kerana ia memastikan sel kita sentiasa sihat dan berganti setiap 21 hari.
Vitamin B dan C - dua vitamin ini sangat penting untuk pembinaan kolagen.
Vitamin A dan E - sebagai antioksidan yang penting selain anti penuaan dan membantu pengawalan pertumbuhan abnormal sel.
GLA - ia membantu keseimbangan hormon dalam badan kita.

Bagi yang kurang berkemampuan, kami juga ada menyediakan set bajet untuk penjagaan kulit yang terdiri dari ESP dan GLA. Usaha yang istiqamah akan berhasil. 

Bagaimana nak dapatkan kesan yang betul?
Amalkan pengambilan supplement yang konsisten selama 90-120 sehingga mendapatkan ton kulit yang sekata, insyaALLAH kesannya ialah kepuasan kerana kecantikan itu adalah milik setiap insan.

 

sumber : http://www.anakkuwiraku.com/2012/05/kulit-sihat-dan-cantik-mahu.html

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.

 

Berminat?

 

Hubungi saya di hanisamin@gmail.com atau SMS ke 010-4289601 (Hanis) untuk konsultasi mahupun maklumat lanjut.

Assalamualaikum..

Sekarang ni produk tentang antioksidan. Apa itu antioksidan?

Antioksidan adalah sebuah molekul yang mampu memperlambat atau mencegah oksidasi molekul lainnya. Oksidasi adalah sebuah reaksi kimia yang mentransfer elektron dari zat ke oksidator.

Reaksi oksidasi dapat menghasilkan radikal bebas, yang memulai reaksi berantai yang merusak sel. Antioksidan menghentikan reaksi berantai ini dengan menghilangkan zat antara radikal bebas, dan menghambat reaksi oksidasi lainnya dengan yang dioksidasi sendiri.

Antioksidan terdapat pada kebanyakan makanan terutamanya sayur-sayuran dan buah-buahan seperti lobak, tomato, bayam brokoli dan kentang. Malah sayuran hijau adalah antara sumber yang kata dengan antioksidan.

Namun, keadaan persekitan yang kurang baik seperti radiasi ultra-ungu, pencemaran, asap rokok dan juga kebiasaan mengambil makanan ringan membuatkan sistem pertahanan badan lemah untuk menghadapi jumlah radikal bebas yang terlampau banyak.

Apakah Vitamin antioksidan?

Vitamin A (beta-karotena)
Perlu untuk kesihatan kulit, penglihatan dan sistem imun, beta-karotena melindungi daripada penyakit degeneratif termasuk kanser.

Sumber yang baik retinol dari produk tenusu keju, mentega danmarjerin, kuning telur, ikan berminyak. Beta-karotena daripada buah-buahan dan sayur-sayuran jingga dan kuning seperti, lobak merah, mangga, aprikot, kentang manis, lada dan sayur-sayuran berdaun.

Kekurangan vitamin A  menyebabkan jangkitan meningkat danpenglihatan malam yang lemah.

Vitamin C (asid askorbik)
Diperlukan untuk pengeluaran kolagen, asas gusi sihat, gigi,tulang dan kulit. Sifat antioksidan dapat melindungi terhadap penyakit jantung dan kanser.

Dijumpai dalam buah-buahan terutamanya buah-buahan sitrus, sayur-sayuran, tomato, brokoli, selada air, lada, buah beri, dan masam.

Kekurangan vitamin C dalam diet boleh menyebabkan penyembuhan luka yang lemah, lemah penahanan terhadap jangkitan, gusi berdarah dan sakit sendi.

Vitamin E (Tochopherol)
Sebagai antioksidan ini mencegah kerosakan radikal bebas dan menggalakkan sel-sel yang kuat.

Sumber yang baik adalah minyak sayuran (bunga matahari,jagung dan zaitun), wheatgerm, kacang, biji benih, bayam dan avocado.

Kekurangan jarang berlaku tetapi gejala-gejala seperti anemia dan kerosakan saraf boleh dilihat pada mereka yang tidak dapat untuk menyerap lemak.

Vitamin ACE Shaklee
CarotoMax ialah Vitamin A shaklee dalam bentuk Beta-Carotena. Ia hanya akan ditukar jadi vitamin A bila diperlukan sahaja. Ia terdiri daripada ENAM daripada karotenoid penting yang dipilih daripada gabungan tumbuhan fitokimia. Anda tidak akan mendapat perlindungan gabungan ini daripada sumber makanan sahaja.
Vitamin C Shaklee bersifat sustained release iaitu pelepasan perlahan-lahan iaitu 100mg setiap jam. Ia juga mengandungi Bio-flavonoid C complex yang membantu meningkatkan penyerapan Vitamin C menghalang daripada dirosakkan oleh pengoksidaan dalam badan
Vita-E complex mengandungi vitamin E (d-alfa tokoferol) asli dari minyak sayuran. Ia juga mengandungi selenium yang melengkapi fungsi vitamin E. Vitamin E juga dikenali sebagai ‘vitamin cinta’ kerana ia boleh membantu dalam perhubungan suami isteri.
p/s – pengambilan vitamin A dan vitamin E tidak mengganggu penyusuan susu ibu walaupun ia bersifat larut lemak. Ini kerana Vitamin A shaklee hanya akan ditukarkan jadi vit A apabila diperlukan. Vitamin Shaklee bersumber dari bahan asli, jadi ia tidak merbahaya.
* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.

 

Berminat?

 

Hubungi saya di hanisamin@gmail.com atau SMS ke 010-4289601 (Hanis) untuk konsultasi mahupun maklumat lanjut.

 

 

Assalamualaikum..

Saya jarang bercerita tentang Vitamin A Shaklee ni kan. Vitamin A Shaklee juga dikenali sebagai CarotoMax (sebelum nie dipanggil Beta Carotene).

Oh ya, Shaklee CarotoMax ini telah pun diperbaharui dengan formula lebih baik.

Jom ambil peluang dan cuba CarotoMax sekarang!

CarotoMax
Terdiri daripada Enam Karotenoid Terbaik

CAROTOMAX merupakan campuran luarbiasa yang menggabungkan alfa-karotena, astaxanthin, beta-karotena, lutein, likopena dan zeaxanthin yang memberikan faedah karotenoid yang lengkap.  Bahkan, anda tidak akan dapat ketulenan dan keberkesanan karotenoid daripada makanan itu sahaja.

CAROTOMAX menawarkan karotenoid semulajadi yang berasal daripada buah-buahan pokok kelapa sawit dan alga dunaliellasalina untuk:

•    Memelihara kesihatan yang baik. *
•    Membantu mengekalkan tumbesaran, penglihatan dan
pertumbuhan tisu. *
•    Membantu dalam memelihara kesihatan kulit dan selaput
lendir. *

Tiada perasa tiruan, pemanis, pewarna atau bahan pengawet tambahan.

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.sumber : Shaklee Malaysia

 

Berminat?

 

Hubungi saya di hanisamin@gmail.com atau SMS ke 010-4289601 (Hanis) untuk konsultasi mahupun maklumat lanjut.

Assalamualaikum..

Hari ni nak share sket testimonial dari seorang sahabat yang mempunyai masalah penglihatan. Alhamdulillah, dengan ambil vitamin A atau lebih dikenali CarotoMax penglihatan menjadi sedikit jelas. Jom ikuti sharingnya..

Saya seorang yang rabun jauh dengan power spek beratus-ratus la jugak. pendek kata kalau tak bercermin mata tuh, memang sume nampak blur. kalau ada orang berada berdekatan sekitar 3,4 meter tuh, kompem tak nampak bijik mata dia. nampak bulat hitam je sekitar mata cam mata panda tuh. hehe~

Pertengahan february yang lalu, saja la saya mencuba carotomax sementelah mengikut review, ianya baik untuk kesihatan mata. apa yang saya baca dari buku dan internet, vitamin ni tak boleh menyembuhkan rabun tapi apa salahnya saya ambil supplement kan? kalau tak bertambah baik pon, at least maintain dengan power sekarang. memanglah teknologi perubatan skang ni dah canggih manggih, boleh buat operation mata lasik bagai tapi saya penakut bab-bab operation nih. masuk ER masa form 4 dulu kena jahit kat kening kes dicium bola hoki pon, dah seram sejuk sampai tukang jahit ingat saya dah pengsan even tak dibius. padahal terkaku sebab ketakutan nampak benang biru yang dia dok tarik-tarik kat kening bawah cahaya lampu! haha~

alhamdulillah selepas dua minggu consume carotomax ni, penglihatan agak baik daripada biasa. kalau sebelum ni, saya langsung tak nampak bunga pada langsir dalam bilik kalau berbaring atas katil. warna bunga dan tanah lebih kurang sama. yang membezakannya cuma bunga tu bunga timbul. tapi selepas ber-carotomax, saya boleh nampak bunga tersebut. siap pi bangun pegi kat langsir sebab tak caya. hehe~ memang sangat teruja lah nak ngabihkan botol yang pertama sebabnya selain daripada jarak penglihatan tanpa cermin mata bertambah baik, jeragat di muka pon semakin berkurangan. \(^-^)/

Masa balek ke kampung last week,

“mak rasa mata makin elok la. sebelum ni, kalau tengok lampu nampak pecah-pecah je. lepas makan vitamin A ni (carotomax), takde pecah-pecah dah.

alhamdulillah. seronok dengar my mum dah jatuh chenta ngan carotomax. siap nak belikan untuk dua orang adik saya yang speckie itu happy

keratan dari blog Che Lin

Apakah kebaikan Vitamin A atau CarotoMax ni?

  • memperbaiki kesihatan retina mata dan dapat mengurangkan masalah rabun
  • Kesihatan tulang
  • kesihatan tisu kulit – menjadikan kulit lebih licin
  • pembentukan sel darah putih dan sel darah merah
  • pembentukan membran mukus
  • mengekalkan sistem imunisasi badan yang sihat
  • sebagai anti-oksida yang baik
Walau bagamanapun, Vitamin A TIDAK BOLEH diambil secara berlebihan. Ini adalah kerana ia vitamin larut lemak dan jika diambil berlebihan akan tersimpan di dalam organ-organ dalaman kita terutama hati. Walau bagaimanapun, Shaklee CarotoMax berbentuk pre-kursor, iaitu ia hanya akan diaktifkan apabila perlu sahaja.
Vitamin A juga tidak boleh diambil oleh ibu mengandung terutama semasa trimester kehamilan. ia boleh menyebabkan risiko kecacatan pada bayi dalam kandungan termasuk kecacatan jantung dan sistem saraf.
* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.

 

Berminat?

 

Hubungi saya di hanisamin@gmail.com atau SMS ke 010-4289601 (Hanis) untuk konsultasi mahupun maklumat lanjut.

Assalamualaikum..

Saya nak kongsikan pandangan & jawapan Mommy Lyna tentang artikel seorang doktor mengenai supplemen untuk ibu menyusu. Saya pun ada buat tambahan juga. (Nak juga tambah tongue )

Mari kita Mulakan…

***********START*************

Pertama: Kandungan kalsium dlm breastmilk tidak berubah walaupun seorang ibu tidak mengambil sebarang calcium supplement dan tidak mengambil sumber makanan yg mengandungi banyak kalsium. Badan ini terlalu bijak dijadikan oleh Tuhan utk menghasilkan kalsium sendiri dlm susu ibu utk bekalan si bayi. Terdapat bbrp kajian juga telah membuktikan bahawa penganbilan supplement kalsium oleh ibu menyusu langsung tidak menaikkan level kalsium dlm susu ibu.

Mommy Lyna: Fakta di bawah saya ambil dari : http://kellymom.com/herbal/natural-treatments.html#calcium.

Kedua: Yang message saya suruh beli vitamin Bco utk naikkan kualiti susu ibu…maaf, saya berpegang kpd evidence-based, bukan pengalaman based. Vit B adalah vitamin larut air, maka mudah juga di serap kedalam susu ibu. Oleh itu, anda yg makan vit B akan mengalami perubahan warna susu ibu iaitu kekuningan dan nampak pekat, tapi sebenarnya yg masuk ke dalam susu ibu tu adalah vit B, malah sisa degradasinya juga.

Mommy Lyna: Riboflavin; salah satu elemen dalam B Complex, memberikan warna kepada susu ibu dan juga urin. Ia tidak menjadikan susu ibu lebih berkualiti; namun sokongan vitamin B tambahan memberikan ibu perasaan tenang dan mood yang baik, menambahkan rasa cinta pada anak tersayang, lalu mengaktifkan hormon oxytocin yang mengeluarkan susu dari badan. Pernah kan bila dalam keadaan stress, kita pam susu pun taknak keluar…  Soal susu pekat juga bergantung kepada pelbagai situasi seperti cuaca, waktu mengepam etc (Klik sini kalau nak tahu detail pasal keunikan susu ibu).

Ketiga: Kajian juga membuktikan bahawa kualiti susu ibu yg tidak berbeza dgn ibu yg di negara maju, negara membangun, dan negara mundur dan miskin, maknanya antara ibu terlebih makan, makan ikut suka hati, atau memang tak cukup makan. Atas dasar ini jugalah terhasilnya Carta Pertumbuhan Kanak2 WHO (WHO growth chart) yg membuktikan anak2 yg disusui susu ibu dari pelbagai benua menghasilkan carta perkembangan yg sama, tidak ada beza. So, di manakah basis anda yg cuba msg saya itu mengatakan sbg susu yg terhasil dr ibu yg mengambil supplement yg anda jual akan mempunyai tahap perkembangan yg baik disebabkan supplement yg diambil diserap ke dalam susu ibu seterusnya disalurkan kpd bayi?

Mommy Lyna: Terlalu banyak milk booster dipasaran dan sebab yg Dr X ckp ni la saya kureng dengannya sehingga membuatkan saya terpaksa mengambil vitamin untuk ibu yg menyusu bagi membantu proses penyusuan. Jika anda amati statement saya ni pasti dpt bau perbezaan keperluan vitamin untuk ibu menyusu vs pemakanan untuk susu ibu. Ibu yang sihat & bertenaga membuatkan bayi juga lebih gumbira. Akibatnya, perkembangan positif.

Keempat: Sebelum kita terpengaruh dgn penjual supplement’s promotion, mari kita lihat diri kita, pertama tengok perut, ada lipatan spare tyre tak walaupun halus? Kedua, buat carta makanan harian anda, kaji apa yg anda makan dan berjumpa dgn pakar pemakanan, bukan penjual supplement….tentu anda dapati sebenarnya anda dah terlebih zat! Saya cabar anda berjumpa saya dan saya boleh quote nilai zat dlm mknn harian anda.

Mommy Lyna: Kita patut makan ikut carta pemakanan tp itu juga tak menjamin ketiadaan spare tyre, hehe. Ada orang kata nk buang spare tyre kena pakai korset, huhu. Walaupun saya lebih pentingkan senaman, tak salah langsung nak pakai korset sebab keperluan, preference & gaya hidup manusia ni tak sama. Banyak je doktor boroi :P

Hanis Amin : Kebanyakan kita tak mampu pun nak sediakan makanan seperti piramid makanan tu. mesti ada je lompong-lompong. Jadi, daripada biarkan je piramid makanan tu tak stabil yang akan merosakkan diri di kemudian hari, lebih baik kita cuba isi dengan pengambilan makanan tambahan. :)

 

Keempat: sedarkah anda yg anda boleh sakit disebabkan terlebih vitamin dan garam galian? Kaji kandungan kalcium anda..calcium carbonate? Mahukah anda mengalami batu karang di kemudian hari? Adakah anda menjalankan senaman/exercise (bukan termasuk kerja rumah seharian ya) sebanyak minimum 3 kali seminggu selama minimum 30minit berpeluh setiap sesi? Kalau tak, berhati2 dgn calcium supplement anda kerana anda terdedah kpd risiko batu karang juga osteoporosis juga. Kalsium yg diambil dr tak kira sumber apa pun memerlukan aktiviti kecergasan di atas utk diserap dan disimpan kukuh dlm tulang….kalau tak, tulang anda akan menjadi umpama simen yg rapuh kelak. Sedarlah segera.

Mommy Lyna: That’s why saya sarankan OSTEMATRIX, kalsium Shaklee yang lengkap untuk pembinaan tulang yang kukuh! Terdiri calcium citrate, magnesium, vitamin D, boron dan segala macam mineral untuk pembinaan matriks tulang, bukan sekadar bina tulang. Best kan? Boleh baca tentang kalsium Shaklee (Ostematrix) di sini.  Ada jgk cerita tentang simen.

Great minds think alike gitu! Hahak…

Kelima: Jgn cuba kelirukan ibu2 tentang kandungan kalsium dlm susu ibu dgn susu formula. Ya, memang betul kandungan kalsium dlm susu ibu lebih rendah dr yg terkandung dlm susu formula, TAPI telah dibuktikan bahawa penyerapan dan penerimaan kalsium dlm susu ibu oleh bayi adalah 2 hingga 3 kali lebih tinggi n mudah berbanding penyerapan kalsium dlm susu lembu, oleh itu susu ibu tetap tak dapat ditandingi. Namun kajian juga telah membuktikan bahawa penambahan pengambilan suplement kalsium oleh ibu menyusu langsung tidak akan menambah kandungan kalsium dlm susu ibu yg dihasilkan krn Tuhan maha bijaksana dlm menentukan apa level terbaik utk seorang bayi.

Mommy Lyna: Kita bebas memilih sama ada nk kalsium cukup2 je ke (yg kita pun tak tahu cukup tu berapa mg, huhu) atau standby yang lebih baik (kalsium dgn citrate, magnesium etc) sbb kita semua ada keperluan, kehendak & kemampuan berbeza2. Bak kata Dr, Allah Maha Bijaksana, kita hanya mampu berusaha.

Keenam: Tahukah anda sesetengah vitamin tidak ditapis oleh payudara seterusnya disalurkan berlebihan melalui susu ibu? Sama juga spt mengandung, sesetengah vitamin tidak ditapis oleh uri dan disalurkan kpd bayi? Jaga2 dgn vitamin A dan E. Kesan negative serius boleh berlaku jika berlebihan dos (hanya recommend supplement A dan E kpd yg mmg pasti tidak dapat mengambilnya dlm diet seharian). Oleh itu, kaji diet harian anda dahulu.

Mommy Lyna: Vitamin A Shaklee adalah jenis beta karotena atau pro-vitamin A, hanya ditukarkan kepada vitamin A apabila diperlukan. Kalau tak perlu, ia akan dibuang oleh tubuh kita. Selamat kan? Ia boleh berfungsi sebegitu simply becos diperbuat daripada bahan semulajadi. Vitamin E Shaklee pula mengandungi selenium untuk melengkapkan fungsinya.

Hanis Amin : sebab tu penting untuk dapatkan supplemen dari bahan semulajadi. supaya tidak tertipu dan mengakibatkan kesan negatif pula di kemudian hari.

 

Ketujuh: Vitamin supplement boleh menambah pengeluaran susu? Kalau betul boleh, mengapa anda yg claim pernyataan ini masih menyarankan ibu2 memahami dan meneruskan konsep supply and demand utk memastikan kelancaran pengeluaran susu ibu? Dan mengapa sebenarnya ramai ibu yg mengambil vitamin/supplement yg dicadangkan dan mengikut aturan ambilan tertentu yg disarankan oleh penjual telah memenuhi inbox message saya samada di FB mahupun di email dgn kecewanya terhadap “usaha” membeli supplements seperti ini? INGAT! Konsep sebenar supply n demand adalah jawapan sebenar. Kpd yg bermasalah penurunan pengeluaran susu badan, saya sarankan anda berjumpa dgn konsultan/kaunselor laktasi yg betul untuk dibantu dan sama2 mengkaji punca permasalahan susu merudum (bukan konsultasi melalui email/FB/telefon dlm hal ini) krn approach yg diberikan sgt terperinci mengikut masalah individu.

Mommy Lyna: Kalaupun betul boleh tambah pengeluaran susu, kalau tak pam or direct feeding cemana susu tu nk kuar? huhu. Ada saya kongsikan konsep penyusuan ibu di sini; termasuklah “supply-demand”, “milk booster” & di awal kelahiran.

Hanis Amin : betul, konsep asas penyusuan supply-demand. kenapa ramai je ibu-ibu yang masih mencari makanan penambah susu seperti kurma, air longan, malah ada juga yang ambil pil milk booster yang terdapat banyak di pasaran tetapi masih terus pam dengan kerap? kerana itu memang asas penyusuan! supplemen cuma membantu menyihatkan dan menyegarkan ibu, jadi ibu boleh berasa tenang dan terhasillah susu yang lebih banyak. bila kita berada dalam keadaan tenang, susu lebih mudah keluar.

Kelapan: Adakah bermakna pengambilan pelbagai supplement itu salah? TIDAK SAMA SEKALI. Kita bebas mengambil apa2 supplement, namun jika anda seorang terpelajar, anda boleh membuat kajian betul dahulu tentang menu diet harian anda sebelum decide utk menambah vitamin dlm senarai keperluan harian anda. Pernahkah anda dengar tentang detoksifikasi? Ia terdiri dari diet khas pelbagai vitamin dan mineral yg diambil dlm bbrp hari shj. Anda boleh mencuba, tapi menu diet terbaik dihasilkan dari sumber smulajadi dan itulah yg telah dibuktikan. Anda boleh mengambil vitamin dan supplemen utk kesihatan anda, tetapi utk mengaitkan dgn keperluan khas ibu menyusu/menggalak pengeluaran air susu adalah sangat TIDAK BERETIKA sekiranya anda adalah seorang yg memperjuangkan penyusuan susu ibu.

Mommy Lyna: Hakikatnya, hampir semua orang yang menjalankan gaya hidup seharian yg mencabar (terutamanya suri rumah) perlukan vitamin untuk kekal bertenaga. Personalization yg dibuat; seperti vitamin utk ibu menyusu, memang dah tailor-made untuk memenuhi keperluan masing-masing sebab tak semua org mampu beli, makan & telan banyak2 vitamin (esp org laki). Takkan lah penjualan MPV dianggap tak beretika jika dikaitkan dengan keperluan sekeluarga?

Kesembilan: pukul berapa anda keluar rumah untuk bekerja dan pulang kerumah kemudiannya? Bila matahari belum terbit dan bila matahari dah terbenam? Pernah anda bersenam atau beriadah di taman pada waktu pagi di setiap hujung minggu atau hanya duduk buat kerja2 rumah di kala cuti? Kalau mcmtu, lupakan utk dapat vitamin D, sebab yg terbaik adalah dari sumber matahari. Takut matahari sebab UV lantas anda mengambil vitamin E? Tahukah anda matahari pagi adalah yg baik, bukan yg terik atas kepala, sekadar pengambilan vit E tidak menghentikan or melambatkan proses penuaan jika anda tidak memakai sunblock yg sesuai. Kenapa saya sentuh vit D? Sebab ia penting membantu penyerapan kalsium dari usus. Oleh itu, jgn takut matahari pagi. Kan senang dgn rutin harian dan diet yg neutral.

Mommy Lyna: Kan bagus kalau ambil vitamin E, pakai sun block elak UV & amek matahari pagi2. Why choose when can have all? Hmm… That’s why dalam Ostematrix, dilengkapi dengan Vitamin D kerana dari kajian pakar dalam bidang nutriceutical kebanyakan penduduk dunia terutama di negara yang berada di garisan sartan dan garisan jadi kurang vitamin D dari cahaya matahari.  Kita di khatulistiwa mungkin tak mengalami kerana negara kita matahari tegak sepanjang tahun, tapi better be safe la kan. Lebih baik ambil supplement kalsium yang dah lengkap dengan vitamin D dan mineral lain.

Hanis Amin : Mungkin ada yang bekerja berpeluang untuk mendapatkan vitamin D secara direct dari matahari. Bagaimana dengan ibu keluar bekerja di awal pagi dan pulang lewat petang? Adakah perlu keluar dari pejabat sekejap dan berjemur di bawah matahari? Walau bagaimanapun, memang lebih baik jika kita dapat vitamin D direct dari matahari dalam masa yang sama vitamin D dari supplemen. :)

Kesepuluh: Supplements boleh mengelak diabetes? Ramai pesakit dah buat, tapi tetap dpt diabetes. Kenapa? Sebab senaman dan pemakanan mengikut sukatan piramid tidak diamalkan. Anda tahukah piramid makanan? Semua boleh tunjuk piramid tu, tapi bila saya tengok post2 makanan di FB masing2, fuhhh..semua jadi piramid terbalik. Cara terbaik memahami piramid makanan, jumpa pakar pemakanan berdekatan anda, bincang ikut kesesuaian xtvt harian anda walaupun anda tak sakit. That day bila waktu SGM yg saya bincang, rata2 participants pelik n terkejut bila saya bgtau sukatan makanan yg sepatutnya mengikut hidangan setiap jenis makanan.

Mommy Lyna: Vitamin bukan ubat & takde nye tak payah makan nasi or bersenam sebab dah makan vitamin. Blur jap… Sapa la yg bg nasehat macam gitu ke Dr X. 

Hanis Amin : sebab tu namanya makanan tambahan bukan makanan utama.

——

JOM AMALKAN CARA HIDUP SIHAT!

Bukan bermakna, bila anda ambil supplemen anda tak perlu amalkan cara hidup sihat ye. Walaupun anda ambil supplemen tetapi jika setiap hari asyik makan-tidur, makan pula asyik fast food setiap hari, macam mana nak sihat.
Supplemen ini cuma makanan tambahan, untuk membantu melengkapkan pemakanan serta memastikan kita kekal sihat. Perlu atau tidak? Mahu atau tidak? Pilihan di tangan anda.

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.

 

Berminat?

 

Hubungi saya di hanisamin@gmail.com atau SMS ke 010-4289601 (Hanis) untuk konsultasi mahupun maklumat lanjut.


Assalamualaikum..

Ada yang mendengar berita di Radio Sinar? Dalam berita tersebut ada kenyataan, “Pengambilan Vit E tingkatkan risiko kanser prostat sebanyak 17%”. Tentunya ramai terutamanya para suami mula risau dengan kenyataan di atas kan.

Sebenarnya, Memang ada kebenaran pada kata-kata itu dan saya tidak menafikannya. Ini kerana ada bermacam jenis vitamin E dalam pasaran. Jadi, kita perlu tahu apa ciri-ciri Vitamin E yang selamat diambil, bukan sahaja untuk jangka masa pendek tetapi yang lebih penting untuk jangka masa panjang.

Jom baca hasil tulisan Dr Bruce Miller. Buku ini telah pun dialih bahasa ke bahasa melayu untuk memudahkan pembacaan.

PALING PENTING PERLU TAHU KEPENTINGAN LABEL PADA BOTOL

* Sila klik pada gambar untuk baca dengan lebih jelas.

Bagaimana pula dengan Vitamin E Shaklee?

Vitamin E Shaklee terdiri daripada Vitamin E d-alpha tocopherol concentrate and d-alpha tocopheryl acetate selain lengkap dengan Selenium [as selenium yeast].

Vitamin E sahaja tidak sempurna tanpa selenium. Pengambilan vitamin E perlulah lengkap dengan selenium untuk mendapat kesan pengambilan yang optimum manakala tanpa selenium ia boleh bertindak sebagai toksik dalam jangka panjang kerana ia tidak dapat melaksanakan fungsinya dengan baik.
Sekiranya anda pengamal vitamin E selain jenama Shaklee, pastikan juga anda membeli vitamin selenium supaya vitamin E anda dapat berfungsi dengan lebih baik.
Sama seperti Vitamin A, kita tidak boleh mengambil Vitamin A berlebihan kerana ia boleh mengakibatkan toksik kepada badan melainkan kita mengambil vitamin Pro-Vitamin  A seperti Beta Carotene yang mana ia hanya akan ditukar kepada vitamin A bila diperlukan saja.

Makanlah vitamin E bersumber semulajadi dan ini boleh dilihat pada label botol vitamin anda sama ada ia ‘d’ atau ‘l’. Bagi yang bertulis pada label dengan ‘d’ ini bermakna ia adalah sumber asli. Manakala ‘l’ adalah sumber tiruan atau sumber kimia.

Mengapa perlu memilih sumber asli? Supaya lebih mudah diserap oleh badan berbanding sumber tiruan atau sumber kimia kerana jika tidak dapat diserap oleh badan , ini akan menyebabkan toksik kemudan hari dan penyebab kepada wujudnya abnormal sel dalam badan.

Mungkin anda merasakan vitamin E Shaklee mahal berbanding vitamin E di luar sana [ dalam pasaran] tetapi kita perlu tahu nilai yang kita bayar. Vitamin E Shaklee adalah bersumberkan asli dan lengkap dengan selenium.

Adakah kerana hendak jimat hari ini anda menanggung risiko yang besar kemudian hari?

Renung -renungkan……

Jangan lupa cuba belek vitamin E yang ada di rumah anda!

sumber

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.

 

Berminat?

 

Hubungi saya di hanisamin@gmail.com atau SMS ke 010-4289601 (Hanis) untuk konsultasi mahupun maklumat lanjut.


Assalamualaikum…

Vitamin mengandungi banyak sifat yang sangat bermanfaat bagi tubuh manusia. Jika anda ingin menggunakan vitamin untuk merawat wajah anda, cari vitamin A, B Complex, C, E, dan K. Walau bagaimanapun, sebelum mendapatkan vitamin-vitamin tersebut ada beberapa perkara yang perlu anda periksa.

  1. Dapatkan pemeriksaan dengan doktor atau doktor kulit. Ini penting terutamanya sekiranya anda mengandung atau mempunyai penyakait-penyakit tertentu. Ini kerana pengambilan makanan tambahan (vitamin) mungkin akan bertindak balas dengan tubuh anda.
  2. Fahami fungsi vitamin.

Vitamin A membantu memperkuat jaringan pelindung kulit dan membantu membuat kulit lebih elastik dan lebih muda. Ini juga sangat penting untuk pemeliharaan dan perbaikan sel kulit, dan mencegah jerawat.

Penemuan terbaru menunjukkan bahawa Vitamin C mengelakkan kesan matahari dan mengurangkan kerosakan yang diakibatkan oleh radikal bebas (kesan sampingan dari asap, sinar matahari, dan polusi). Radikal bebas mengurangkan kolagen dan elastin, iaitu serat dalam tubuh kita yang membentuk struktur kulit. Vitamin C juga penting untuk penyembuhan luka dan mengandungi kolagen.

Seperti Vitamin A dan C, vitamin E juga memiliki sifat antioksidan. Ini dapat membantu mengurangkan kerosakan kulit disebabkan sinaran matahari.

Biotin, suatu jenis vitamin B yang penting membentuk dasar kulit, rambut, dan sel-sel kuku. Kekurangannya menyebabkan hilangnya dermatitis dan rambut. Niasin(B3), bentuk lain dari Vitamin B, membantu dalam mempertahankan kelembaban untuk menjaga kulit tetap terhidrasi dan sehat.

Vitamin K, yang bertanggung jawab untuk pembekuan darah, juga telah baru-baru ini ditemukan untuk mengurangkan lingkaran hitam di bawah mata dan kedutan.

  1. Tentukan mana yang anda perlukan.

Vitamin A, C, dan E biasanya terdapat dalam banyak produk krim wajah. Vitamin C dan E paling baik bila diterapkan secara langsung pada kulit, sedangkan Vitamin A berfungsi dengan baik apabila dimakan.

Vitamin A boleh didapati dari buah-buahan dan sayuran yang kaya akan beta-karoten. Sifat antioksidannya membuang keluar racun dan radikal bebas dari tubuh. (Shaklee menamakan vitamin A sebagai CaratoMax)

Anda juga boleh mendapatkan Vitamin C dari buah jeruk dan jus dan dengan mengambil 500-100 mg supplemen Vitamin C sehari-hari. Jika Anda ingin menggunakan krim topikal, mencari satu yang mengandung asam L-askorbat, suatu bentuk vitamin C yang dapat menembus lapisan kulit.

Mengambil 400 unit vitamin E sehari-hari tidak hanya dapat mengurangkan kerosakan kulit dari sinaran matahari, tetapi juga dapat mengurangkan produksi sel penyebab kanser. Krim wajah dengan Vitamin E dapat melembabkan dan melembutkan kulit.

Untuk Vitamin B, cari krim yang menngandungi vitamin B Niasin dan lainnya untuk membantu meringankan dan meratakan warna kulit, dan memperbaiki kering, kulit yang teriritasi.

Vitamin K bila digunakan dalam kombinasi dengan Vitamin A, C, dan E dalam krim akan memiliki penyembuhan lebih kuat atau efek bergizi.

  1. Baca label dan pastikan kandungan vitamin.

Pastikan Anda membaca label dengan hati-hati dan mengerti arahan, isi, dan manfaat kesihatan suplemen vitamin atau krim wajah yang akan Anda gunakan.

sumber

Kami juga mempunyai Set D yang mengandungi B complex, vitamib C dan vitamin E khas untuk penjagaan kulit yang lebih sihat dan segar.

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.

 

Berminat?

 

Hubungi saya di hanisamin@gmail.com atau SMS ke 010-4289601 (Hanis) untuk konsultasi mahupun maklumat lanjut.

Product Name : Shaklee Carotomax
Servings per Container : 30 Capsules.
Serving Size : 1 Capsule per day.

Perlindungan Sel-Sel dari Dalam*
Setiap hari, sel-sel di dalam badan anda diserang oleh berjuta-juta radikal bebas yang boleh menyebabkan kerosakan DNA. Apakah yang boleh membantu? Jawapannya ialah Anti oksida. Anti oksida merupakan nutrisi yang boleh melindungi sel-sel ini daripada radikal bebas, meningkatkan kesihatan sel secara menyeluruh dan menyediakan perlindungan untuk menentang kerosakan sel-sel.

Perlindungan Menyeluruh dan Berkesan
Perlindungan antioksida dapat ditingkatkan dengan pengambilan CarotoMax Shaklee. Shaklee mengambil perlindungan anti oksida yang terdapat pada buah-buahan, sayur-sayuran dan tanaman lain melalui cara pengasingan, penyaluran dan pembentukkan kerotin secara semulajadi. *CAROTOMAX menyalurkan lima daripada karotenoid penting yang dipilih daripada gabungan tumbuhan fitokimia. Anda tidak akan mendapat perlindungan gabungan ini daripada sumber makanan sahaja.

5 jenis karotenoid yang paling berkhasiat

  • Purata pengambilan karotenoid, lutein, lycopena dan beta-karotena adalah 8 mg setiap hari manakala CarotoMax pula dapat membekalkan lebih 13 mg daripada karotenoid yang paling berkhasiat.
  • Membantu mengekalkan kesihatan badan secara umumnya dalam jangkamasa panjang serta kesihatan mata, jantung, kulit, paru-paru, prostat dan serviks secara khasnya.
  • Menguatkan sistem imun*
  • Biasanya disimpan dalam organ-organ tubuh kerana ia bersifat larut dalam lemak.
  • Mengandungi ekstrak yang unik daripada tomato, ekstrak biji benih anggur, ekstrak brocoli bertunas, minyak jagung, minyak palma dan marigold.

Dalam CarotoMax mengandungi karotenoid menyamai dengan

  • Beta Karotena Sama dengan 102 porsi Pisang
  • Lycopena sama dengan 714 porsi Aprikot
  • Lutein dan Zeaxanthin sama dengan 285 porsi pink grapefruitAlpha karoten sama dengan 89 porsi Raspberi
  • Alpha karoten sama dengan 89 porsi Raspberi

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.

 

sumber : Shaklee Malaysia

Translator
Translator by Yellingnews
Ayat seribu dinar
Ahlan wasahlan…
Assalamualaikum & selamat sejahtera

Selamat datang ke Hanis Healthy Life. Hanis Amin adalah pengedar Shaklee yang sah, yang juga pengguna kepada produk Shaklee.

Untuk sebarang pertanyaan, hubungi kami di
email : hanisamin@gmail.com
sms/WhatsApp : +6010-4289601

Terima kasih.

Hazu Enterprise (SA0175455-W)

Set Istimewa untuk anda!

Breastfeeding Set
(Set Penyusuan)

Testimonial : KLIK SINI

==========================

Confinement Set
(Set Berpantang)

Testimonial : KLIK SINI

==========================

Skin Care Set
(Set Penjagaan Kulit)

Testimonial : KLIK SINI

==========================

Healthy Weight Set
(Set Berat Badan Sihat)

Testimonial : KLIK SINI

==========================

Baby & Children Health
(Kesihatan Bayi & Kanak-kanak)

Informasi


Sertai kami di Facebook!


Ada pertanyaan atau komen?