Order sekarang!


atau SMS/WhatsApp/Telegram :

010-4289601 (Hanis)

Best selling!!
Dapatkan info terkini segera..

* Setiap testimoni yang tertulis dalam laman web ini adalah pengalaman dari pelanggan sendiri dan hasil dari setiap pelanggan mungkin berbeza antara satu sama lain. Namun ini tidak bermakna vitamin ini boleh mengubat atau menyembuhkan penyakit. Sila konsult dengan pengedar anda untuk lebih lanjut.

PERHATIAN : Konsultasi selepas pembelian produk dan jadual pengambilan adalah khas untuk pelanggan kami sahaja. Sila rujuk pengedar anda untuk jadual pengambilan & kosultasi selepas pembelian. Terima kasih.
Free Palestine, Pray 4 Syria
Tabung Kecemasan Gaza Aqsa Syarif di sini :
http://on.fb.me/1jlP2li
Akaun Maybank Islamic : 551575-004299
akaun Bank Islam : 1209-20100-34904
email : projects@aqsasyarif.org.my

Tabung Kasih Ummah Syria
Bank Islam Malaysia Berhad
120290 100 63512
(Pertubuhan IKRAM Malaysia)
email : i4syria315@gmail.com

Doa

Assalamualaikum…

Malam tadi kita dikejutkan dengan 2 berita besar iaitu

Kehilangan pesawatMH370 akhirnya diketahui berakhir di lautan hindi. Lautan dalam yang penuh cabaran dan tanpa tepian.

Kita juga dikejutkan dengan berita 529 ahli Ikhwanul Muslimin, yang berusaha menegakkan al-haq di bumi mesir dijatuhkan hukuman gantung sampai mati.

image

Kehilangan MH370 membuatkan kita bersatu, bersedih hati, mmebuat bacaan yasiin dan solat hajat. Hukuman gantung 529 umat Islam ini juga harus diberi perhatian kerana SEMUA mereka adalah orang Islam yang berusaha menegakkan al-haq.

image

Marilah kita sama-sama berdoa. Semoga 2 peristiwa besar ini membuatkan lebih ramai umat Islam mendekatka  diri dengan Allah dan meningkatkan amalan.

Assalamualaikum..

Hari ni saya nak kongsikan surah-surah amalan yang elok diamalkan semasa hamil. Tetapi sebaik-baiknya cubalah khatamkan 1 al-Quran tu. Kalau dalam bulan Ramadhan yang sebulan kita boleh cuba khatam al-Quran apatah lagi semasa hamil 9 bulan. Boleh khatam 9 kali sepatutnya kan.  big grin  Dan lebih baik sambil membaca kita baca sekali maksudnya supaya lebih melekat di hati. Sesungguhnya Al-Quran itu diturunkan untuk difahami dan diamalkan.  happy

Selain tu boleh amalkan doa di bawah

Ya Allah, peliharalah anakku ini selama ia berada di dalam perutku, dan sihatkanlah dia, Engkau yang menyembuhkan, tidak ada penyembuhan selain penyembuhanMu, Penyembuhan yang tidak meninggalkan penyakit. Ya Allah, rupakanlah atau bentukkanlah dia yang ada diperutku dengan rupa yang baik dan tetapkanlah di dalam hatinya iman kepada Engkau dan kepada RasulMu. Ya Allah, keluarkanlah dia dari perutku dengan mudah dan selamat. Ya Allah jadikanlah dia sihat yang sempurna berakal dan pandai, alim dan beramal. Ya Allah, panjangkanlah umurnya, sihatkanlah badannya, baikkanlah akhlaknya, fasihkanlah lisannya, baguskanlah suaranya untuk membaca Al-Quran dan hadis dengan berkat Nabi Muhammad S.A.W, dan segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam.

Jom perbaiki diri supaya kita dapat lahirkan umat yang lebih baik dan menjadi hamba-Nya yang bertaqwa.

Assalamualaikum..

 

Hamil dan melahirkan zuriat adalah saat-saat paling berharga buat wanita.  Ia menandakan pusingan kehidupan sebagai seorang wanita telah pun lengkap. Bagaimanapun, tidak semua wanita melalui pengalaman mudah untuk mengandung dan melahirkan anak. Ada sesetengahnya memerlukan bantuan atau melakukan teknik-teknik tertentu sebelum terjadinya kehamilan.


Kepada anda yang menghadapi kesukaran untuk hamil, barangkali anda boleh mencuba TIPS berikut:

1. Mula mengambil asid folik. Anda mengurangkan kemungkinan melahirkan bayi yang mengalami kecacatan tiub neural 50% sehingga 70%, sekiranya mula mengambil 0.4mg asid folik, sekurang-kurangnya 2 atau 3 bulan sebelum mengandung. (Shaklee Vita-lea dan Shaklee B complex mengandungi Asid Folik yang mencukupi)

2. Cuba menjadikan sesi melakukan hubungan seks adalah saat yang ditunggu-tunggu dan menyeronokkan. Gunakan bilik lain selain dari bilik tidur.

3. Jangan terus bangun dan pergi ke bilik air selepas melakukan hubungan kelamin. Berbaring sekurang-kurangnya 5 minit bagi meningkatkan jumlah sperma yang berjaya berenang ke telur.

4. Ingatlah, menghasilkan zuriat ibarat anda bermain dengan nombor. Walaupun semuanya kelihatan ‘sempurna’, anda sebenarnya hanya mempunyai 25% ke 30% untuk hamil bagi setiap kitaran kesuburan.

5. Adakah anda peminat minuman berkafein? Hentikannnya atau bertukarlah kepada minuman tanpa kafein. Pengambilan lebih daripada 3 cawan minuman berkafein sehari boleh menghalang perkembangan bayi dan menyumbang kepada masalah kesuburan.

6. Silalah bertukar kepada pekerjaan lain sekiranya anda atau pasangan bekerja di tempat yang menyebabkan anda dan pasangan terdedah kepada bahan-bahan yang berbahaya. Ada sesetengah bahan memberi kesan kepada kualiti sperma dan perkembangan embrio.

7. Berjumpa doktor untuk mengetahui rekod perubatan anda dan berbincang mengenai rancangan untuk hamil.

8. Pastikan kawasan di sekitar vagina adalah ‘mesra sperma’. Elakkan penggunaan penyembur vagina atau tampon yang berbau wangi (menyebabkan ketidakseimbangan pH di sekitar vagina) dan bahan pencuci buatan atau minyak sayuran (boleh membunuh sperma).

9. Minta suami anda untuk mandi air sejuk 30 minit sebelum melakukan hubungan intim. Air sejuk akan merangsang pengaliran darah dan meningkatkan kadar pergerakan sperma.

10. Sebaik sahaja selesai mengadakan hubungan kelamin, letakkan bantal di bawah punggung dan tunggu selama 30 minit. Mengapa biarkan graviti menghalang? Berikan sedikit ransangan kepada ‘mereka’ untuk berenang.

Setelah kita berusaha, meminta lah kepada NYA. Antara himpunan doa yang boleh diamalkan:

Ada pun doa-doa yang bisa dibaca bagi seorang muslim agar diberikan kehamilan dan keturunan, diantaranya : Doa Nabi Zakaria alaihi as Salam :

Surah 37, Ayat 100

by: Kumpulan DOA-2 NABI

Suplemen yang disarankan bagi meningkatkan kesuburan suami & isteri:

1) Zinc Complex – Zinc memberi kesan terhadap berbagai hormon termasuklah hormone sex, hormone thyroid, kemandulan bagi lelaki dan perempuan, prostate, thyroid yang tidak aktif . Kekurangan zinc juga dikatakan antara sebab kemandulan – Istilah yang di gunakan adalah “Below the level of technical sterility” bermaksud di bawah paras kesuburan. Ia mempengaruhi bilangan sperm (sperm count) dan pergerakannya (sperm motility). So, zinc ni mmg penting untuk kesuburan.

2) Vita-lea – untuk memastikan keperluan 12 vitamin dan 7 galian dipenuhi. Rata2 pengambilan makanan seharian kita tidak dapat memenuhi keperluan ini atas banyak sebab dan kekangan.Dan uniknya Vitalea @ multivitamin shaklee kerana ianya mengandungi iron formula yang sangat penting bagi tubuh.

3) B Complex – paling penting untuk elak kemurungan (anti-stress) & menstabilkan hormon. Uniknya vitamin b shaklee kerana ianya turut mengandungi Folic acid dan Biotin yang sangat penting untuk pembentukan darah dan kestabilan hormon.

4) Vit E – membantu meningkatkan hormon seks baik lelaki mahupun wanita..Uniknya vitamin E shaklee kerana turut mengandungi silenium manakala vitamin E kebanyakkan di pasaran adalah dijual berasingan dengan silenium. Ia juga sangat bagus untuk jantung tetapi waktu yang sama ia boleh meningkatkan pengeluaran hormon seks testosteron.

5) GLA Complex – membantu mengatasi masalah haid tidak teratur dan membantu menghasilkan cecair serviks yang subur & berkualiti.

6) Alfalfa Complex – membantu mengatasi rasa “sakit ketika bersama”, membantu atasi masalah keputihan, haid yang tidak teratur, senggugut dan membantu dalam hubungan suami isteri (bertindak seperti kacip fatimah).

Namun harus diingat, soal rezeki ini semuanya dari Allah. Kita sebagai manusia harus berusaha, berdoa dan bertawakal kepadaNya. InshaAllah..

 

sumber: celikvitamin.com

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.

 

Berminat?

 

Hubungi saya di hanisamin@gmail.com atau SMS ke 010-4289601 (Hanis) untuk konsultasi mahupun maklumat lanjut.

Assalamualaikum..

Ahlan wasahlan Ya Ramadhan!

1. Berdoalah agar Allah swt. memberikan kesempatan kepada kita untuk bertemu dengan bulan Ramadan dalam keadaan sehat wal afiat. Dengan keadaan sehat, kita bisa melaksanakan ibadah secara maksimal di bulan itu, baik puasa, shalat, tilawah, dan dzikir. Dari Anas bin Malik r.a. berkata, bahwa Rasulullah saw. apabila masuk bulan Rajab selalu berdoa,

Allahuma bariklana fii rajab wa sya’ban, wa balighna ramadan.”
Maksud: ya Allah, berkahilah kami pada bulan Rajab dan Sya’ban; dan sampaikan kami ke bulan Ramadan. (HR. Ahmad dan Tabrani)

Para salafush-shalih selalu memohon kepada Allah agar diberikan karunia bulan Ramadan; dan berdoa agar Allah menerima amal mereka. Bila telah masuk awal Ramadhan, mereka berdoa kepada Allah,

Allahu akbar, allahuma ahillahu alaina bil amni wal iman was salamah wal islam wat taufik lima tuhibbuhu wa tardha.”
Maksud : ya Allah, karuniakan kepada kami pada bulan ini keamanan, keimanan, keselamatan, dan keislaman; dan berikan kepada kami taufik agar mampu melakukan amalan yang engkau cintai dan ridhai.

2. Bersyukurlah dan puji Allah atas karunia Ramadan yang kembali diberikan kepada kita. Al-Imam Nawawi dalam kitab Adzkar-nya berkata, ”Dianjurkan bagi setiap orang yang mendapatkan kebaikan dan diangkat dari dirinya keburukan untuk bersujud kepada Allah sebagai tanda syukur; dan memuji Allah dengan pujian yang sesuai dengan keagungannya.” Dan di antara nikmat terbesar yang diberikan Allah kepada seorang hamba adalah ketika dia diberikan kemampuan untuk melakukan ibadah dan ketaatan. Maka, ketika Ramadan telah tiba dan kita dalam kondisi sehat wal afiat, kita harus bersyukur dengan memuji Allah sebagai bentuk syukur.

3. Bergembiralah dengan kedatangan bulan Ramadan. Rasulullah saw. selalu memberikan kabar gembira kepada para shahabat setiap kali datang bulan Ramadan,

“Telah datang kepada kalian bulan Ramadan, bulan yang penuh berkah. Allah telah mewajibkan kepada kalian untuk berpuasa. Pada bulan itu Allah membuka pintu-pintu surga dan menutup pintu-pintu neraka.” (HR. Ahmad).

Salafush-shalih sangat memperhatikan bulan Ramadan. Mereka sangat gembira dengan kedatangannya. Tidak ada kegembiraan yang paling besar selain kedatangan bulan Ramadan karena bulan itu bulan penuh kebaikan dan turunnya rahmat.

4. Rancanglah agenda kegiatan untuk mendapatkan manfaat sebesar mungkin dari bulan Ramadan. Ramadhan sangat singkat. Karena itu, isi setiap detiknya dengan amalan yang berharga, yang bisa membersihkan diri, dan mendekatkan diri kepada Allah.

5. Bertekadlah mengisi waktu-waktu Ramadan dengan ketaatan. Barangsiapa jujur kepada Allah, maka Allah akan membantunya dalam melaksanakan agenda-agendanya dan memudahnya melaksanakan aktifitas-aktifitas kebaikan.

“Tetapi jikalau mereka benar terhadap Allah, niscaya yang demikian itu lebih baik bagi mereka.” [Q.S. Muhamad (47): 21]

6. Pelajarilah hukum-hukum semua amalan ibadah di bulan Ramadan. Wajib bagi setiap mukmin beribadah dengan dilandasi ilmu. Kita wajib mengetahui ilmu dan hukum berpuasa sebelum Ramadan datang agar puasa kita benar dan diterima oleh Allah.

“Tanyakanlah kepada orang-orang yang berilmu, jika kamu tiada mengetahui,” begitu kata Allah di Al-Qur’an surah Al-Anbiyaa’ ayat 7.

7. Sambut Ramadan dengan tekad meninggalkan dosa dan kebiasaan buruk. Bertaubatlah secara benar dari segala dosa dan kesalahan. Ramadan adalah bulan taubat.

“Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, hai orang-orang yang beriman, supaya kamu beruntung.” [Q.S. An-Nur (24): 31]

8. Siapkan jiwa dan ruhiyah kita dengan bacaan yang mendukung proses tadzkiyatun-nafs. Hadiri majelis ilmu yang membahas tentang keutamaan, hukum, dan hikmah puasa. Sehingga secara mental kita siap untuk melaksanakan ketaatan pada bulan Ramadan.

9. Siapkan diri untuk berdakwah di bulan Ramadhan dengan:

· buat catatan kecil untuk kultum tarawih serta ba’da sholat subuh dan zhuhur.

· membagikan buku saku atau selebaran yang berisi nasihat dan keutamaan puasa.

10. Sambutlah Ramadan dengan membuka lembaran baru yang bersih. Kepada Allah, dengan taubatan nashuha. Kepada Rasulullah saw., dengan melanjutkan risalah dakwahnya dan menjalankan sunnah-sunnahnya. Kepada orang tua, istri-anak, dan karib kerabat, dengan mempererat hubungan silaturrahmi. Kepada masyarakat, dengan menjadi orang yang paling bermanfaat bagi mereka. Sebab, manusia yang paling baik adalah yang paling bermanfaat bagi orang lain.

sumber

Salam Ramadhan!

Semoga Ramadhan kali ini lebih baik dari Ramadhan sebelumnya. Ya Allah, berkatilah amalan kami.

Assalamualaikum..

InsyaAllah hari ni nak share doa untuk pesakit diabetes yang dikongsi oleh GenkiMomma. Untuk pesakit diabetes amalkan ayat al-Quran di bawah ya.

Untuk pesakit diabetes, amalkan membaca ayat di atas 41 kali setiap hari. Walau bagaimanapun, ayat di atas sebagai salah satu usaha, yang berkuasa menyembuhkan tetap Allah. Bukanlah ayat tersebut yang berkuasa menyembuhkan.

Al-Quran ni mukjizat yang paling besar dan sangat unik. Apa yang kita nak semua boleh dapat. Nak ubat dapat, nak halau syaitan pun boleh, nak kaji sains boleh, nak dapat ilmu boleh, nak dapat pahala boleh dan macam-macam lagilah.

Tapi jangan lupa makan ubat yang doktor bagi juga ya. Ubat tu pun usaha juga.

Oh, sebagai usaha lain boleh cuba supplemen Shaklee. Kami mencadangkan pengambilan Fiber Plan Unflavored, B-Complex dan Zinc untuk permulaan.

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.
Berminat?
Hubungi saya di hanisamin@gmail.com atau SMS ke 010-4289601 (Hanis) untuk konsultasi mahupun maklumat lanjut.


Assalamualaikum…

Kadang-kala kita terlampau sibuk mencari-cari benda untuk memperbanyakkan susu sampai terlupa kepada Yang Memberi Rezeki. Sedangkan kepada Dialah yang layak kita minta. Walau macam mana pun kita usaha tetapi kalau Allah tak izinkan maka tentunya tiada rezeki di situ.

Jadi, di samping memahami dan mengamalkan konsep asas penyusuan (kerap kosongkan payudara dan minum air masak 3L sehari) dan mengambil makanan penambah susu (sama ada makanan semula jadi seperti kurma atau supplemen), apa kata kita check juga hubungan kita dengan Allah.

Mungkin kerana hubungan kita dengan Allah (hablum minallah) dan hubungan kita sesama manusia (hablum minannaas) yang tak berapa cantik menyebabkan Allah menguji kita dengan pelbagai ujian dan teguran. Apa kata kita cuba check amalan kita seharian dan tambahkan amalan di bawah untuk membantu membanyakkan lagi rezeki anak kita.

  1. Amalkan doa di bawah
    “Ya ALLAH…permudahkanlah segala urusan kehidupanku, banyakkanlah susuku untuk bayiku, dan permudahkanlah perjalananku untuk menyusukan anakku agar menuruti segala yang telah Engkau syariatkan…AMIN…”
  2. Surah al-Hujurat ; al-Kautsar juga baik diamalkan bermula sejak mengandung lagi. Niatkan dalam hati semoga ALLAH swt murahkan rezeki kita, anak kita dan banyakkan susu kite. Bagaimana pun jangan kita lupa juga bahawa rezeki itu semuanya datang dari Allah. Sebaiknya dibaca dan difahamkan juga tafsiran ayatnya
  3. amalkan surah al-Baqarah ayat 60. Sambil dibaca letakkan tangan pada breast, and doa dalam hati semoga Allah murahkan rezeki anak kita dan supaya kita mampu memberikan susu yg cukup pd anak kita hingga sekurang-kurangnye umurnya 2 tahun

    Dan (ingatlah) ketika Nabi Musa memohon supaya diberi air untuk kaumnya, maka Kami berfirman: “Pukullah batu itu dengan tongkatmu”, (ia pun memukulnya), lalu terpancutlah dari batu itu dua belas mata air sesungguhnya tiap-tiap satu puak (di antara mereka) telah mengetahui tempat minumnya masing-masing. (Dan Kami berfirman): “Makanlah dan minumlah kamu dari rezeki Allah itu, dan janganlah kamu merebakkan bencana kerosakan di muka bumi”.
  4. Amalkanlah berzikir dgn kalimah YA MATIN (Maha Sempurna KekuatanNya) 70 kali setiap hari. Waktu yg paling bagus adalah pada waktu malam dan subuh. Anda juga boleh bacakan zikir tersebut dan hembuskan ke dalam segelas air lalu diminum.

Amalkan juga ambil wudhu dan maafkan setiap orang sebelum kita tidur supaya hati sentiasa tenang dan menyebabkan susu lebih mudah untuk mengalir keluar. Perasaan ibu turut mempengaruhi elemen pada bayi tau. Jika menyusu dalam keadaan marah, bayi pun akan menjadi cepat marah. Jadi sentiasalah tenangkan diri dan berfikiran positif supaya elemen-elemen positif dapat dialirkan pada bayi.

 

sumber : iffa, Hanis Amin blog

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.
Hubungi saya di hanisamin@gmail.com atau SMS ke 010-4289601 (Hanis) untuk konsultasi mahupun maklumat lanjut.


Assalamualaikum..

Selamat Tahun Baru semua. Alhamdulillah, kita masih dipanjangkan usia menghadapi tahun 2011. Tentunya semua orang berlumba-lumba memikirkan azam tahun baru kan.

Walau apapun azam tahun baru anda, pastikan anda tidak sekadar menanamnya sahaja ya. Tetapi ia perlu dibaja, disiram dan dijaga dengan baik supaya azam itu tercapai. Jangan sampai tiba akhir tahun kita menyesal kerana azam yang tidak tercapai.

Bila dikaitkan dengan tumbuhan teringat pula pada firman Allah

Tidakkah kamu perhatikan bagaimana Allah telah membuat perumpamaan kalimat yang baik* seperti pohon yang baik, akarnya teguh dan cabangnya (menjulang) ke langit, pohon itu memberikan buahnya pada setiap musim dengan seizin Tuhannya. Allah membuat perumpamaan-perumpamaan itu untuk manusia supaya mereka selalu ingat. Dan perumpamaan kalimat yang buruk** seperti pohon yang buruk, yang telah dicabut dengan akar-akarnya dari permukaan bumi; tidak dapat tetap (tegak) sedikitpun. Allah meneguhkan (iman) orang-orang yang beriman dengan ucapan yang teguh*** itu dalam kehidupan di dunia dan di akhirat; dan Allah menyesatkan orang-orang yang zalim dan memperbuat apa yang Dia kehendaki.
(Surah Ibrahim : 24-27)

* Termasuk dalam kalimat yang baik ialah kalimat tauhid, segala ucapan yang menyeru kepada kebajikan dan mencegah dari kemungkaran serta perbuatan yang baik. Kalimat tauhid seperti laa ilaa ha illallaah.
** Termasuk dalam kalimat yang buruk ialah kalimat kufur, syirik, segala perkataan yang tidak benar dan perbuatan yang tidak baik.
*** Yang dimaksud ucapan-ucapan yang teguh di sini ialah kalimatun thayyibah yang disebut dalam ayat 24 di atas.

Jadi, untuk dapatkan pokok yang baik dah tentulah kena baja, siram dan jaga dengan baik. Kalau tidak, ia hanya akan jadi angan-angan sahaja.

Akhir kata, Selamat Tahun Baru dan selamat melaksanakan azam.

Assalamualaikum..

Hari ni saya nak kongsikan tips asas untuk membanyakkan susu. Walaupun dah ambil supplement tapi masih ada yang mempunyai masalah susu kurang. Jadi, boleh cuba check sama ada asasnya dah dibuat ke belum ye. Mari kita muhasabah diri.

  1. Susukan bayi dengan kerap dan perah dengan konsisten

Susu ibu terhasil berdasarkan konsep SUPPLY BY DEMAND. semakin banyak demand semakin banyak susu ibu yang terhasil. Jadi, semakin banyak kali bayi disusukan, otak mendapat signal bahawa lebih banyak susu yang diperlukan. Maka, insyaAllah susu pun bertambah banyak.

Satu lagi, pastikan B sentiasa dikosongkan pada setiap kali sesi penyusuan/perahan. Walaupun bayi adalah pam yang terbaik di dunia tetapi kadang-kala bayi tidak minum sehingga kosong atau mungkin mengosongkan sebelah sahaja payudara, jadi ibu masih perlu mengepam keluar susu supaya otak dapat menerima signal yang betul. Susu yang diperah boleh dijadikan stok sekiranya berlaku kurang susu di suatu hari ini.

Elakkan menunggu sehingga bengkak susu, baru perah. Hasilnya memang lumayan, namun untuk jangka masa panjang susu akan makin lama makin berkurangan. Tentunya ibu-ibu mahu menyusukan anak sekurang-kurangnya sehingga 2 tahun, bukan?

Untuk ibu yang bekerja, perah/pam sekurang-kurangnya 3 jam sekali. Perah pada masa yang sama setiap hari supaya otak dapat menerima dan menghantar signal yang betul. ibu akan dapati pada masa yang sama setiap hari B akan penuh dengan susu dan sekiranya lewat pam akan mengalami bengkak susu.

  1. Minum banyak air

Manusia perlu minum sekurang-kurangnya 2 liter air sehari untuk memenuhi keperluan tubuh dan melancarkan peredaran darah. Tetapi untuk ibu yang menyusu, air yang diperlukan adalah sekurang-kurangnya 3 liter sehari. ini kerana air yang keluar bukan sahaja melalui sistem perkumuhan tetapi juga dari penyusuan.

Banyakkan, 3 liter sehari. boleh muntah air dibuatnya. sedikit tips untuk memastikan ibu minum air yang mencukupi. Sediakan bekas air yang besar iaitu 1 atau 1.5 liter sebagai indicator untuk memudahkan ibu tahu berapa banyak air yang telah diminum untuk sehari. Setiap kali lepas buang air atau menyusu, minum sekurang-kurangnya secawan air.

Untuk mengelakkan ke tandas terlalu kerap, minum dengan sedikit tetapi kerap. ini memudahkan badan menyerap air dan meng’optimum’kan fungsi air dalam tubuh. minum juga air semasa sedang menyusu.

Sediakan sebotol air masak di tepi katil. sekiranya ibu bangun malam, boleh la melegakan tekak sedikit.

pengambilan vitamin juga menyebabkan darah pekat, oleh itu, air diperlukan untuk melarutkan vitamin ke seluruh tubuh.

  1. Doa

Senjata utama orang Islam adalah doa. Walau pun telah pelbagai usaha yang dilakukan tetapi jika Allah kata tiada rezeki untuk kita tentu rezeki itu tidak datang. Jadi, janganlah sombong dengan Allah. Banyakkan berdoa, berzikir dan mengingati Allah.

Allah itu Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Lagi banyak kita berdoa, lagi suka Allah mendengarnya. Mintalah dengan Allah, kerana hanya Dia yang berkuasa memenuhi permintaan setiap manusia.

Dan Tuhanmu berfirman: “Berdoalah kepada-Ku, niscaya akan Kuperkenankan bagimu. Sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah-Ku akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina dina.”
(Surah Al-Mu’min:60)

Di dalam satu hadith qudsi, Allah SWt berfirman: “Sesungguhnya apa-apa yang akan Aku lakukan terhadap hambaKu adalah mengikut sangkaan hambaKu terhadap-Ku, dan Aku bersamanya apabila dia mengingatiKu. Jika dia mengingatiKu di dalam hatinya maka Aku mengingati dia di dalam hati-Ku, dan jika dia mengingati-Ku dalam perhimpunan maka Aku ingati dia dalam perhimpunan yang lebih baik (yakni jemaah para malaikat). Apabila hamba-Ku mendekati-Ku sejengkal, maka Aku dekati dia sehasta. Apabila dia mendekati Aku sehasta, maka Aku dekati dia sedepa. Dan apabila dia datang mendekati Aku dengan berjalan, maka Aku dekati dia dengan berlari” (Hadith Riwayat Imam Ahmad, Bukhari, Muslim dan lain-lain)

sumber : Better You Better World
edited by : Hanis Amin

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.

Berminat?

Hubungi saya di hanisamin@gmail.com atau SMS ke 010-4289601 (Hanis) untuk konsultasi mahupun maklumat lanjut.


Translator
Translator Plugin
Ayat seribu dinar
Ahlan wasahlan…
Assalamualaikum & selamat sejahtera

Selamat datang ke Hanis Healthy Life. Hanis Amin adalah pengedar Shaklee yang sah, yang juga pengguna kepada produk Shaklee.

Untuk sebarang pertanyaan, hubungi kami di
email : hanisamin@gmail.com
sms/WhatsApp : +6010-4289601

Terima kasih.

Hazu Enterprise (SA0175455-W)

Set Istimewa untuk anda!

Breastfeeding Set
(Set Penyusuan)

Testimonial : KLIK SINI

==========================

Confinement Set
(Set Berpantang)

Testimonial : KLIK SINI

==========================

Skin Care Set
(Set Penjagaan Kulit)

Testimonial : KLIK SINI

==========================

Healthy Weight Set
(Set Berat Badan Sihat)

Testimonial : KLIK SINI

==========================

Baby & Children Health
(Kesihatan Bayi & Kanak-kanak)

Informasi


Sertai kami di Facebook!


Ada pertanyaan atau komen?