ESP (Energizing Soy Protein)
Assalamualaikum…
Jom cuba resipi ESP yang sihat semasa dalam pantang.
Resipi 1
Bahan-bahan :
1/2 inci halia muda
6-7 biji kurma – dibuang biji
1 setengah cawan air
1 sudu besar ESP
Cara-caranya :
1) Tumbuk halia dan kurma sehingga sedikit lumat
2) campurkan dengan 1 cawan air dan reneh dalam periuk guna api perlahan. Biarkan suam sedikit.
3) Masukkan 1/2 cawan air masak dalam cawan dan campurkan ESP. Kacau dengan kuat sehigga larut.
4) Tapis air rebusan halia dan kurma tadi dan tambahkan dalam cawan yang mengandungi ESP.
5) Kacau sebati dan sedia untuk diminum.
Air rebusan halia dan kurma boleh dibuat banyak dan diminum sepanjang hari.
Resipi 2
Dalam pantang sebaiknya minum air panas supaya darah mengalir dengan lebih baik dan badan sentiasa panas. Tapi ESP tak boleh dicampur air panas. Ini kerana ia akan merosakkan kandungan proteinnya. Tapi masih boleh diminum suam-suam. Saya mulakan minum ESP 1 sudu besar sehari dulu. Bila rasa badan serasi dan bayi pun ok, bolehlah up kepada 2-3 kali sehari.
Apa kebaikan ESP yang saya dapat bila diambil dalam pantang?
- Memberikan tenaga dan rasa sihat
- Beri rasa kenyang berpanjangan
- Luka lebih cepat baik
- Strech mark dan kesan2 hitam pada badan kesan kehamilan mula hilang sedikit demi sedikit
- Susu badan menjadi lebih pekat dan meriah (dengan syarat, kerap susukan bayi/pam)
* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.
Berminat?
Hubungi :
Hanis Amin (Shaklee ID : 837662)
♥ FB Page : http://www.facebook.com/HanisHealthyLife
Assalamualaikum…
Pengambilan supplemen untuk penyusuan bukan sahaja untuk meningkatkan hasil penyusuan tetapi yang lebih penting adalah untuk kesihatan ibu & bayi itu sendiri. Tentunya itu antara sebab ibu-ibu memilih untuk menyusukan sendiri bayi.
Apakah kegunaan supplemen-supplemen ini untuk penyusuan?
Protein – Bayi memerlukan protein yang banyak untuk tumbesaran yang berkekalan dan sempurna. Sumber protein yang baik seperti protein soya dalam diet penyusuan anda amat penting untuk pengeluaran susu. Protein membantu dalamm membina dan mengekalkan sel-sel yang menghubungkan setiap bahagian tubuh. Mereka disarankan untuk mengambil sekurang-kurangnya 3 hidangan protein berkhasiat sehari.
Multivitamin – Multivitamin menyediakan vitamin dan mineral penting untuk para ibu yang mana ianya tidak diperolehi daripada diet harian. Kadar vitamin yang mencukupi membantu penghasilan susu yang banyak dan berkhasiat di samping menggalakkan kesihatan ibu dan bayi secara menyeluruh.
Vitamin C – Dalam satu kajian terhadap para ibu yang menyusui bayi dan mengambil vitamin C menunjukkan khasiat vitamin C tersebut tertumpu pada bayi. Oleh itu, menyusui bayi secara ekskusif dapat melindungi bayi anda dari kekurangan vitamin C. Vitamin C penting bagi menguatkan sistem imun dan membina kulit, gigi dan gusi yang sihat.
Vitamin B kompleks – Vitamin B kompleks merupakan vitamin yang diperlukan oleh anda dan bayi anda setiap hari bagi menyokong sistem saraf dan metabolisma yang sihat. Vitamin B mempunyai pelbagai fungsi termasuk pengeluaran hormon, pembentukan sel-sel darah merah, penghasilan tenaga untuk sel, dan mengekalkan saraf serta kulit yang sihat. Ibu yang menyusui bayi perlu mendapatkan vitamin B kompleks untuk memberikan khasiatnya kepada bayi mereka melalui susu ibu.
Kalsium – 40% daripada susu ibu adalah kalsium. Kalsium diperlukan untuk membina tulang yang sihat dan pertumbuhan gigi pada bayi. Wanita yang menyusui bayi disarankan mengambil sebanyak 1300mg kalsium setiap hari.
Alfalfa – Alfalfa mengandungi banyak nutrien penting dan pelbagai vitamin seperti vitamin K, A, B1, B6, C, E, kalsium, zink dan zat besi. Semua bahan-bahan tersebut penting untuk pertumbuhan dan perkembangan yang sihat. Alfalfa juga digunakan secara tradisional untuk meningkatkan pengeluaran bekalan susu ibu.
Asid Lemak Omega 3 – Pengambilan dan tambahan Asid Lemak Omega-3 dalam tempoh penyusuan susu ibu dapat menggalakkan pengembangan otak dan mata anak. Ia telah dibuktikan secara saintifik bahawa neuron lebih mudah berubung apabila kandungan Omega 3 lebih banyak di dalam otak. Tambahan pula, tidak ramai kanak-kanak yang diberi susu ibu mempunyai masalah fungsi otak seperti gangguan hiperaktif dan masalah tumpuan(ADHD) atau autisme.
sumber : Majalah Shaklee Today
* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.
Berminat?
Hubungi :
Hanis Amin (Shaklee ID : 837662)
♥ FB Page : http://www.facebook.com/hanisaminstore
Assalamualaikum…
MUSTAHIL untuk mendapat berat badan ideal? Sekadar angan-angan kosong bagi IBU MENYUSU?
Ramai yang kata dengan menyusu badan ibu akan lebih mudah menurunkan berat badan, atau, mendapat berat badan ideal (pre-pregnancy weight) kerana kalori yang dibakar sewaktu proses penyusuan tersebut.
- Jangan skip waktu makan utama(breakfast, lunch, dinner) terutama sarapan pagi.
- Ambil healthy snack(snek sihat) di antara waktu makan utama seperti buah-buahan.
- Banyakkan pengambilan air masak di antara waktu makan terutama bila terasa sedikit lapar. Pengambila segelas air masak 30 minit sebelum makan juga membantu anda untuk tidak makan terlalu banyak.
- Lakukan senaman ringan setiap hari. seminggu sekali/berkala. Paling minima, gunakan tangga sebagai alternatif kepada lif.
- Kerapkan penyusuan/mengepam susu untuk menggalakkan penghasilan susu ibu dengan lebih banyak disamping membakar 200-500 kalori sehari.
Apa kata mereka yang dah mencuba?
* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.
Dapatkan promosi istimewa Alfalfa bulan ini!!
Berminat?
Hubungi saya di hanisamin@gmail.com atau SMS ke 010-4289601 (Hanis) untuk konsultasi mahupun maklumat lanjut.
Assalamualaikum..
2 hari lepas, saya ada sharekan persediaan penyusuan ketika hamil. Hari ni saya nak sharekan tips dan soal jawab dalam majalah PAMA
S : Kini saya hamil anak kedua. Saya berazam mahu menyusukannya selama yang boleh. Apa panduan untuk saya ikuti sepanjang hamil, awal kelahiran dan selepas tempoh enam bulan melahirkan?
Nadia, Setapak, Kuala Lumpur
J : Penyusuan susu ibu adalah proses yang perlu dipelajari oleh ibu dan bayi juga. Persediaan penyusuan susu ibu yang paling penting ialah mendapatkan sebanyak mungkin ilmu sepanjang kehamilan ini. Berikut adalah panduan yang dapat membantu anda dalam menyusukan bayi.
1. Hadiri kelas persediaan penyusuan susu ibu atau kelas antenatal yang menyentuh tentang isu penyusuan susu ibu secara menyeluruh.
2. Mulakan penyusuan susu ibu sejurus selepas bayi dilahirkan, sebaik-baiknya dalam tempoh 1 jam. Kolostrum yang ada dalam beberapa hari pertama kaya dengan protein dan bahan lain yang dapat menghalang jangkitan kepada bayi.
3. Cuba posisi yang berlainan ketika menyusu. Elakkan bersandar kepada bayi. Sebaliknya, duduk dan halakan bayi ke paras payu dara. Gunakan bantal untuk sokongan. Pastikan juga bayi melekap dengan baik.
4. Menyusu mengikut permintaan berdasarkan isyarat kelaparan bayi (baby’s cues) tanpa sekatan. Perhatikan isyarat itu: Mulut bayi buka tutup (mouthing), rooting, meletakkan tangan di mulut dan menangis. Apa-apa pun, jangan tunggu sehingga dia menangis. Adalah penting untuk bayi disusukan mengikut permintaannya.
5. Pastikan payu dara dikosongkan sebaik mungkin setiap kali sesi penyusuan untuk memastikan proses penghasilan susu berjalan lancar. Lebih kerap payu dara dikosongkan (dengan efektif), lebih banyak susu akan dihasilkan!
6. Dapatkan penilaian teknik penyusuan anda daripada pihak profesional terlatih dalam tempoh 24 jam hingga 48 jam pertama selepas kelahiran. Sebaik-baiknya dapatkan panduan daripada perunding laktasi.
7. Susukan bayi sehingga dia puas. Kandungan lemak dalam susu ibu meningkat sewaktu sesi penghisapan. Biarkan bayi selesaikan penyusuan sebelum menawarkan payu dara yang sebelah lagi.
8. Elakkan puting kosong(pacifier).
9. Menyusu secara eksklusif sepanjang enam bulan pertama. Penyusuan susu ibu ideal untuk pertumbuhan dan perkembangan bayi anda.
10. Jangan beri suplemen (air, air glukos, susu formula, makanan bayi dan lain-lain) kepada bayi.
11. Pemakanan memainkan peranan penting dalam kesejahteraan dan kesihatan ANDA. Apabila anda sihat, bayi pun sihat juga. Diet yang berasaskan empat kumpulan asas adalah disarankan. Walau bagaimanapun, makanan yang anda ambil tidak akan memberi kesan kepada susu tetapi pada tahap kesihatan. Jadi, jaga diri anda.
12. Jika berkerjaya, pastikan anda membuatkan persediaan yang perlu.
sumber : http://pama.karangkraf.com/s-j/persediaan-ketika-hamil-1.14396
Amalkan pemakanan sihat sejak dari hamil, berpantang dan menyusukan.
Kami menyediakan set yang sesuai digunakan sejak dari hamil sehingga menyusukan.
ESP @ Energizing Soy Protein :
Kompisis vitamin utama dalam susu ibu ialah protein. Protein adalah makanan sel. Sel tak kenal nasi lemak, air soya atau tempe tetapi sel hanya perlukan protein iaitu khasiat dari makanan yang diambil. Protein berfungsi mengekalkan pertumbuhan normal dan pemeliharaan tisu. Mengawal atur keseimbangan bendalir dalam badan.Pembinaan hormon, enzim dan antibodi memerlukan protein. Selain itu protein dikatakan membantu mengawal keseimbangan asid bes untuk mengangkut nutrien dan sumber tenaga.
Protein sangat sensitif. Ianya wujud pada suhu badan kita dan mudah terhapus pada suhu yang tinggi. So apabila kita memasak sumber protein seperti ikan goreng pada suhu yang tinggi, hakikatnya banyak protein yang telah musnah semasa proses memasak itu sendiri.
Semoga berjaya!!
Berminat?
Hubungi saya di hanisamin@gmail.com atau SMS ke 010-4289601 (Hanis) untuk konsultasi mahupun maklumat lanjut.
Assalamualaikum..
Jom baca artikel keluaran iSihat Ogos 2012 di bawah ni. Nak lebih jelas, boleh klik untuk besarkan ya.
Jadi, ibu-ibu perlu ingat untuk jaga juga pemakanan supaya di kecil mendapat khasiat yang terbaik. Bila ibu makan makanan yang berkhasiat, si kecil pun bertambah sihat, insyaAllah.
Apa yang kami cadangkan supaya anda dan bayi dapat khasiat sepenuhnya?
Apa kepentingan setiap supplemen ini pula?
Vitalea@ Multivitamin dengan formula zat besi : untuk memastikan keperluan 12 vitamin dan 7 galian dipenuhi. Rata2 pengambilan makanan seharian kita tidak dapat memenuhi keperluan ini atas banyak sebab dan kekangan.Dan uniknya Vitalea @ multivitamin shaklee kerana ianya mengandungi iron formula yang sangat penting bagi tubuh.
B complex : lengkap dengan 8 kumpulan B termasuk asid folik yang diperlukan oleh tubuh badan demi membantu tubuh badan bertenaga, otak lebih fokus, emosi lebih stabil.Sangat penting dalam membantu memetabolismekan karbohidrat, lemak & protein, Anti stress ,menukarkan makanan(glukos) kepada tenaga dan membantu ibu2 berfikiran positif sentiasa. Vitamin B juga dapat melahirkan wajah ibu yang cantik berseri dan tidak kusam.
Vitamin C : membantu meningkatkan sistem imunisasi badan. Penambilan bersama Vita-lea Iron Formula meningkatkan kadar penyerapan iron dalam tubuh
Alfalfa : raja segala tumbuhan, membantu meningkatkan imunisasi, mengandungi kalsium dan bagi ibu-ibu yang menyusu ia sangat membantu MEMPERCEPATKAN PENGHASILAN SUSU IBU. Merupakan supplement penting utk boost penghasilan susu kerana mempunyai 1001 khasiat. Turut membantu dalam memekatkan susu dan menjadikan susu ibu lebih lemak berkrim. Namun pengambilan dan keberkesanan pada setiap ibu adalah berbeza. Ada yang hanya mengambil 2 biji sehari telah mempercepatkan proses penghasilan susu sehingga mengalami bengkak susu namun tidak kurang juga yang memerlukan 4 atau 6 biji sehari bagi membantu badan stimulate untuk menghasilkan susu dengan lebih cepat.Turut membantu perkumuhan (lebih lawas)dan membuang angin dalam badan…secara automatik kesan baik pd bby..susah nak kena kembung.
Kalsium@ Ostematrix :
Kalsium penting untuk bina darah, bina tulang, gigi dan saraf dalam tubuh manusia. Bagi ibu yang menyusu, pengambilan kalsium tidak boleh dipandang remeh. Bagi ibu-ibu yang tidak menjaga dan mementingkan pengambilan kalsium dalam diet harian, maka kalsium untuk penghasilan susu ibu akan diserap dari yang sedia dalam tubuh ibu.
Jika perkara ini berlarutan dan si ibu tidak menggantikan semula kalsium ini maka si ibu tadi akan mengalami risiko osteoporosis, rasa sengal kaki dan tulang belakang, mudah letih dan lesu serta muka menampakkan garisan tua.
Sebab itu pengambilan sumber kalsium tidak boleh dipandang ringan sama sekali. Jika perasan ada sesetengah ibu yang apabila melalui menstrual (period) susunya akan merundum…ini disebabkan kekurangan kalsium yang kritikal di saat badan mengeluarkan darah kotor yang perlu disingkirkan.
ESP @ Energizing Soy Protein :
Kompisis vitamin utama dalam susu ibu ialah protein. Protein adalah makanan sel. Sel tak kenal nasi lemak, air soya atau tempe tetapi sel hanya perlukan protein iaitu khasiat dari makanan yang diambil. Protein berfungsi mengekalkan pertumbuhan normal dan pemeliharaan tisu. Mengawal atur keseimbangan bendalir dalam badan.Pembinaan hormon, enzim dan antibodi memerlukan protein. Selain itu protein dikatakan membantu mengawal keseimbangan asid bes untuk mengangkut nutrien dan sumber tenaga.
Protein sangat sensitif. Ianya wujud pada suhu badan kita dan mudah terhapus pada suhu yang tinggi. So apabila kita memasak sumber protein seperti ikan goreng pada suhu yang tinggi, hakikatnya banyak protein yang telah musnah semasa proses memasak itu sendiri.
Setiap pembelian akan disertakan dengan jadual pengambilan dan konsultasi berterusan KHAS untuk pelanggan HANIS AMIN SHAKLEE STORE SAHAJA untuk mendapatkan hasil yang optimum.
Berminat?
Hubungi saya di hanisamin@gmail.com atau SMS ke 010-4289601 (Hanis) untuk konsultasi mahupun maklumat lanjut.
Assalamualaikum…
Kebelakangan ni semakin ramai ingin cuba kurangkan berat badan dengan supplemen Shaklee.
Apa yang anda perlukan?
Basic course : Detox + Fat Emulsifier + Protein
Detox Product : Herb-lax / Alfalfa
Fat Emulsifier/Pemecah Lemak : Lecithin /OmegaGuard
Protein : Cinch Shake / ESP
Kenapa perlu detox?
Detox penting untuk mengeluarkan toksin berlebihan dalam badan. Mungkin ada yang pernah berdiet tapi tak nampak kesannya. Puncanya mungkin masalah detox. Bila toksin terlampau banyak, badan akan sukar untuk serap nutrient yang diambil samada daripada supplement atau diet harian.
HerbLax TIDAK DIGALAKKAN untuk IBU MENYUSU jika diambil harian. Cara pemakanan perlu diubahsuai untuk BF mommy dalam 2 kali seminggu sahaja. Begitu juga bagi mereka yang jenis mudah lawas.
Diet yang berjaya bukan bermakna “SAYA TURUN BERAT 10KG DALAM SEBULAN”. Itu sebenarnya diet paling tak berjaya. Saya boleh jamin yang orang tu akan rebound balik.
Kenapa Lecithin/Omega perlukan Detox Product?
Lecithin/Omega fungsinya semata-mata untuk memecahkan lemak berlebihan dalam badan dan perlukan medium pengangkutan untuk bawa keluar daripada badan. Oleh itu, perlu ambil lecithin/omega dengan combination produk di atas.
Kepentingan Protein?
Protein penting untuk pelihara OTOT dalam badan. Ada orang yang berat badan turun tapi badan flabby ( menggeleber). Orang yang macam ni, yang turun tu bukan berat tapi die kehilangan otot. Otot penting untuk tingkatkan metabolisme badan bagi pembakaran lemak. Sebab tu kalau tengok penerangan tentang Cinch Shake, antara point yang ditekankan adalah pemeliharaan otot semasa diet.
Untuk Ibu menyusu, disarankan pengambilan ESP ( Energizing Soy Protein) daripada Cinch Shake sebab kalori cinch sangat rendah dan dikhuatiri membantutkan pertumbuhan anak-anak.
Jadi, perlukah saya ambil kesemua produk?
TERBAIK adalah ambil semua walau bagaimanapun kami faham yang ada alami masalah bajet. Untuk mereka ini, boleh mulakan samada dengan herb-lax+lecithin atau alfalfa+lecithin atau alfalfa+omega dulu ataupun gabungan HerbLax+lecithin/Omega+Alfalfa. Selepas berat badan mula turun, boleh tambah protein.
Tips diet
(1) Sila ambil ukuran badan seiring dengan timbang berat badan. Diet ni tak semestinya akan turun berat badan dulu sebab ada individu yang badan shape on dulu baru die turun berat badan.
(2) Kena konsisten dan jangan ingat boleh turun berat badan dalam sehari..Letak target jangka pendek 3 BULAN.
(3) Stagnant period = normal untuk long term diet. Cuma continue diet seperti biasa sebab badan sedang shape on semasa stagnant period.
(4) WAJIB ambil SARAPAN. Kita tidur lebih kurang dalam 6-8 jam dan sepanjang tempoh tu perut jadi berasid. Paling kurang bangun pagi tu, alas dengan segelas air untuk neutralkan asid tu. SARAPAN ni jadi penanda aras untuk tenaga sepanjang hari yea.
(5) JANGAN SKIP MEAL..Kalau jenis nak mengunyah je, makan banyak kali tapi kuantiti sedikit. Dinner kalau tak mahu makan berat, ambil light meal walaupun sekadar biskut atau buah-buahan. Ini untuk elakkan badan bertukar kepada “starving mood”
(6) Ambil NASI sekurang-kurangnya sekali sehari. Saya tak setuju dengan diet tanpa nasi sebab badan kita perlukan karbohidrat. Nasi adalah lebih baik daripada roti, mee dan pasta.
(7) AIR KOSONG. Pengambilan air masak sangat penting. Setiap 25kg badan kita perlu ambil bersamaan 1LITER air.
(8) Portion plate jaga : Separuh pinggan nasi +1/4 Sayur+1/4 lauk../Kalau lapar, tambah lauk n sayur..Bukan tambah nasi yea..
(9) Snack between meal tu boleh sahaja tapi ambillah buah-buahan / dried fruits..senang cakap benda berkhasiat la
(10) Ambil buah SEBELUM makan bukan sebagai dessert..
Sila dapatkan jadual pengambilan dan konsultasi dengan pengedar anda untuk kesan yang lebih baik. Kami hanya akan memberikan konsultasi dan jadual pengambilan KHAS untuk pelanggan kami sahaja.
Berminat?
Hubungi saya di hanisamin@gmail.com atau SMS ke 010-4289601 (Hanis) untuk konsultasi mahupun maklumat lanjut.
Assalamualaikum..
Jom baca artikel di bawah. Artikel diambil dari majalah iSihat Ogos 2012. Siapa yang berkesempatan boleh cuba cari ya.
Antara 10 kesilapan diet paling besar :
- Skip hidangan. Jangan skip mana-mana hidangan. Lagi-lagi sarapan pagi. Rugi! Sarapan tu penting untuk mencetus metabolism harian anda. Jangan tunggu sampai di ofis baru nak makan. Makan sarapan first thing in the morning.
- Cuma makan 3 hidangan sehari. 3 Hidangan TAK cukup untuk 1) mengawal nafsu makan dan 2) tingkatkan metabolism. Paling kurang makanlah 5x sehari. Ini tak kira samada anda ingin kurang, maintain or tambah berat badan. Makan malam pun boleh as long as you budget dalam keperluan kalori seharian anda. Makan dengan sikit tetapi kerap ya. Bukan makan 5x tapi sepinggan penuh.
- Makan tak cukup. Jangan jangan jangan tak makan. Nanti metabolism anda jatuh dan anda bukan sahaja melapar diri dan rugi pembakaran kalori. Kalau DCR anda 2,000 kalori sehari, paling kurang makan dalam 1,200 kalori. Yang penting makan kerap untuk kawal nafsu.
- Elak nasi. Nasi adalah sumber karbohidrat yang baik. YES memang boleh menggemukkan kalau berlebihan tapi oats, buah atau roti pun boleh menggemukkan kalau berlebih kan. Nak makan nasi, jangan lebih segenggam tangan untuk satu hidangan.
- Ikut diet membuta. Ramai yang suka ikut trend-trend diet terkini seperti blood type diet, aktins, high protein dan lain-lain. Bagi saya, tiada masalah mencuba tapi jangan ikut membuta. Pastikan anda faham dan mempersoalkan fakta sains di sebalik setiap diet. Macam dalam agama juga. Kita tidak ikut membuta, setiap seruan ada hikmahnya.
- Harapkan makanan tambahan. Tiada masalah mana-mana makanan suplemen atau makanan tambahan TAPI jangan bergantung kepada produk-produk tersebut untuk menjadi pembela kesihatan anda. Pastikan diet keseluruhan baik, kehidupan yang cergas (tak semestinya bersenam) dan gabungkan dengan makanan tambahan. Barulah berkesan.
- Tak tahu keperluan kalori diri. Macamana nak kawal makanan kalau anda tidak tahu keperluan kalori seharian (DCR) anda. Nilai DCR seseorang adalah unik dan bukan angka anggaran or average. Pastikan anda kenalpasti DCR anda.
- Elak makanan tempatan. Tiada masalah makan makanan kita selagi ia selari dengan keperluan kalori anda. Makanan barat seperti pizza, pasta, sandwich, meatballs pun boleh menggemukkan.
- Terlalu fokus kepada satu perkara. Ada yang ingat makan oats semata-mata boleh kurus. Atau minum air kosong sahaja. Diet yang baik bukanlah bergantung kepada satu atau dua makanan/minuman. Ia merangkumi kesemua pilihan harian dan jangka masa panjang.
- Diet jangka masa pendek. Bila dengar perkataan diet, ramai anggap ia sebagai suatu program 12 minggu atau short-term tapi tu SALAH. Diet sepatutnya menjadi amalan sepanjang masa. Definisi “diet” pun adalah “amalkan pemakanan”. Jadi pastikan anda amalkan diet anda bukanlah untuk short-term tetapi sepanjang hayat.
Jadi, bagaimana cara nak kurus dengan betul?
Persamaan cara turunkan berat badan yang betul:
Pelihara otot + bakar lemak ——————-> turun berat.
Jadi, cara menurunkan berat badan yang terbaik ialah dengan PROTEIN. Hah, kenapa protein?
- Peningkatan asid amino (leucine) membantu menurunkan kadar gula dalam darah
- Protein membina sel-sel otot untuk pembakaran kalori
- Asid amino membantu dalam sintesis protein oleh otot
- Membantu tubuh untuk memeliharan jisim otot, pada masa yang sama membakar lemak
Produk Shaklee untuk tujuan ini yang boleh diambil ialah CINCH SHAKE MIX dan/atau ENERGIZING SOY PROTEIN.
Ibu yang menyusukan anak tidak dinasihatkan ambil Cinch Shake Mix kerana ia kurang kalori. Ibu menyusu memerlukan kalori untuk tujuan penyusuan. Jadi ibu menyusu boleh ambil Energizing Soy Protein.
Berminat?
Hubungi saya di hanisamin@gmail.com atau SMS ke 010-4289601 (Hanis) untuk konsultasi mahupun maklumat lanjut.
Assalamualaikum…
Masih ingat produk HOT kami iaitu Energizing Soy Protein(ESP)?
ESP bukan sahaja boleh diambil oleh ibu menyusu ataupun untuk kesihatan kulit tetapi sebenarnya boleh diambil oleh sesiapa sahaja. Ini kerana Protein adalah struktur asas manusia, jadi sangat penting untuk mendapatkan sumber protein yang baik untuk tubuh badan kita.
Hari ini saya ingin kongsikan pengalaman ibu-ibu yang mengambil ESP semasa hamil.
Selain mengambil ESP, mereka juga ambil Set kehamilan kami yang mengandungi :
Vita-lea Iron formula : Dilengkapi dengan 12 vitamin, 7 galian dan zat besi. Mempunyai patented Sistem Penyerapan Bioaktif utk memastikan peningkatan penyerapan asid folid kritikal. Mengandungi iron formula yang membantu meningkatkan Hb ke paras normal semasa hamil bagi ibu yang mempunyai darah rendah.
Berminat?
Hubungi saya di hanisamin@gmail.com atau SMS/WhatsApp ke 010-4289601 (Hanis) untuk konsultasi mahupun maklumat lanjut.
Assalamualaikum..
Tahukah anda, komposisi utama susu ibu terdiri dari protein, kalsium dan vitamin-vitamin lain. Dengan protein dan kalsium serta mineral yang mencukupi anak membesar dengan sangat hebat terutama pada seawal usia 0-6 bulan ditambah pula metabolisme bayi masih rendah pada ketika itu. Namun pada selepas usia itu, protein masih memainkan peranan penting kerana protein perlu untuk meneruskan pertumbuhan si anak tadi sehingga dia berhenti menyusu susu ibu.
Walau bagaimanapun, pengambilan protein yang berkualiti sangat penting. Sebab itu ramai yag mencuba Shaklee ESP kerana mengandungi 7 ciri di bawah :
2. Saya kerap minum air soya dari kotak mahupun soya panas yang dijual di gerai2…tidakkah ia sudah memadai?
3. Benarkah soya meningkatkan pengeluaran susuibu?
Berminat?
Hubungi saya di hanisamin@gmail.com atau SMS ke 010-4289601 (Hanis) untuk konsultasi mahupun maklumat lanjut.
Assalamualaikum..
Hari ni saya nak kongsikan satu testimonial dari seorang pengguna yang telah pun menggunakan set penyusuan yang kami tawarkan.
Customer ni consume Set B + ESP dan tentunya perlu disertai dengan asas penyusuan iaitu kerap kosongkan payudara.
Pengambilan ESP juga sesuai semasa bulan puasa supaya lebih bertenaga terutama kepada ibu-ibu menyusu dan juga mereka yang ada gastrik.
Berminat?
Hubungi saya di hanisamin@gmail.com atau SMS/WhatsApp ke 010-4289601 (Hanis) untuk konsultasi mahupun maklumat lanjut.




Revolusi Terbaru dari Shaklee






















