Order sekarang!


atau SMS/WhatsApp/Telegram :

010-4289601 (Hanis)

Best selling!!
Dapatkan info terkini segera..

* Setiap testimoni yang tertulis dalam laman web ini adalah pengalaman dari pelanggan sendiri dan hasil dari setiap pelanggan mungkin berbeza antara satu sama lain. Namun ini tidak bermakna vitamin ini boleh mengubat atau menyembuhkan penyakit. Sila konsult dengan pengedar anda untuk lebih lanjut.

PERHATIAN : Konsultasi selepas pembelian produk dan jadual pengambilan adalah khas untuk pelanggan kami sahaja. Sila rujuk pengedar anda untuk jadual pengambilan & kosultasi selepas pembelian. Terima kasih.
Free Palestine, Pray 4 Syria
Tabung Kecemasan Gaza Aqsa Syarif di sini :
http://on.fb.me/1jlP2li
Akaun Maybank Islamic : 551575-004299
akaun Bank Islam : 1209-20100-34904
email : projects@aqsasyarif.org.my

Tabung Kasih Ummah Syria
Bank Islam Malaysia Berhad
120290 100 63512
(Pertubuhan IKRAM Malaysia)
email : i4syria315@gmail.com

Health Information

Assalamualaikum…

Ramai yang mengadu bahwa warna urine berubah apabila mengambil vitamin Shaklee, terutama yang mengandungi B-Complex.

Riboflavin_solution

“Urin saya warna kuning macam B-Complex”

Sebenarnya adalah sangat normal apabila mengambil supplement yang mengandungi vitamin B, warna urin akan berubah menjadi kuning cerah. (Urin biasa berwarna kuning pucat). Ini adalah kerana vitamin B merupakan vitamin larut air, dan Riboflavin yang tidak diserap, disingkirkan melalui air kencing dan memberi warna kuning cerah kepada urin.

Namun, adalah bagus untuk mengenal warna kencing dan simptom yang datang bersamanya:

urine-chart

KUNING PUCAT – warna urin normal

KUNING CERAH – warna urin akibat pengambilan vitamin B complex

KUNING GELAP – dehidrasi atau akiibat pengambilan vitamin B complex

KECOKLATAN – pengambilan ubat-ubatan atau mempunyai masalah dengan organ hati

OREN – dehidrasi atau kesan pengambilan Carotomax

KERUH – jangkitan saluran kencing/kencing kotor (UTI)

KEMERAH-MERAHAN – jangkitan pada buah pinggang atau penyakit berkaitan

KEBIRU-BIRUAN – kesan pengambilan ubat-ubatan atau sejenis penyakit yang dinamakan Blue Diaper Syndrome

Sekiranya warna urin adalah kuning cerah, maka tidak ada apa yang perlu dirisaukan. Sebaliknya jika kuning yang gelap, ia menandakan tubuh menghadapi kekurangan air (dehidrasi) dan perlu minum lebih banyak air.

Ia merupakan satu petanda bagus iaitu tubuh kita bertindakbalas dengan baik terhadap vitamin B tersebut.

Namun sekiranya warna tersebut bertukar menjadi pelik (rujuk di atas), sila lah berjumpa doktor dengan kadar segera.
sumber :  http://vitaminsemulajadi.com/warna-urin-dan-vitamin-shaklee/

Q: Adakah Shaklee ini Halal?

A: Halal. Boleh rujuk artikel Halal di http://healthy.babykawaiistore.com/category/halal/

Q: Mengapa urin/susu saya bertukar jadi kekuningan/kuning kehijauan selepas mengambil vitamin?

A: Ianya adalah kesan pengambilan B complex, vitamin ini adalah vitamin larut air.

Q: Saya mengalami pening selepas mengambil vitamin ini, mengapa? Adakah tidak serasi?

A: Pengambilan vitamin memerlukan pengambilan air yang TIDAK kurang dari 2 liter. Ini supaya vitamin dapat disalurkan ke seluruh tubuh dengan lancar. Rasa pening berlaku biasanya berpunca dari kurang minum air. Satu lagi adalah kerana, jika individu itu adalah pertama kali mengambil supplement, maka tubuh memerlukan 1-3 hari untuk menyesuaikan diri dengan zat yang diterima. Keserasian memerlukan sedikit masa. Anda juga mungkin mengalami krisis pemulihan

Q: Saya selesa dengan vitamin Shaklee setelah mencubanya. Boleh saya beli full pack dengan best price?

A: Boleh dan ianya lebih menjimatkan.

Q: Saya seorang yang kurang minum air kerana malas nak ke tandas, bolehkah saya mengambil supplement ini sebab mempunyai masalah buasir.

A: Tidak saya galakkan mereka yang kurang minum air mengambil supplement, ini kerana ia tidak dapat disalurkan dengan baik ke seluruh tubuh.

 Q: Bolehkah saya membeli sendiri vitamin di mana-mana sales branch?

A: Boleh, boleh gunakan ID Shaklee 837662 untuk dapatkan harga istimewa.

Q: Adakah vitamin Shaklee selamat diambil oleh ibu yang mengandung?

A: Ya boleh kerana ia adalah vitamin. Setiap ibu mengandung akan dibekalkan oleh doktor vitamin demi memastikan si ibu dan anak sihat dan selamat semasa proses kelahiran.

Q: Adakah vitamin ini membantu saya cepat sembuh dari penyakit yang saya lalui?

A: Vitamin bukan dalam kumpulan ubat. Ianya sekadar makanan tambahan yang mengisi ruang kekosongan dalam tubuh. Seterusnya ia membantu badan meningkatkan sistem imun dan secara langsung membantu tubuh melawan penyakit. Sekiranya penyakit yang kronik atau berlarutan, maka memerlukan masa dan perlu mengambil antioksidan seperti ACE, Nutriferon ataupun Vivix untuk membantu meninggikan daya ketahanan tubuh. Tidak lupa doa serta tawakal pada Yang Esa.

Q: Mengapakah saya mudah rasa lapar setelah mengambil vitamin?

A: Pengambilan B complex dan multivitamin boleh membuatkan seseorang itu mudah merasa lapar. Ini kerana B complex berfungsi membakar glukos untuk menghasilkan tenaga. Rasa lapar itu adalah salah satu tanda bahawa tubuh memerlukan gula untuk ditukarkan kepada makanan.

Makanan yang dimakan akan ditukar segera kepada tenaga, itu sebabnya mengapa mereka yang mengambil B complex akan sentiasa rasa bertenaga. Walau bagaimanapun ada sesetengah individu tidak dapat mengawal nafsu makan. Ini yang boleh menyebabkan ketidakseimbangan berat badan dengan ketinggian seseorang.

 

Berminat?

Hubungi saya sekarang!!
Your Shaklee Independent Distributor
Hanis Amin
♥ SMS | WhatssApp : 010-4289601
♥ Shaklee ID : 837662
♥ FB Page : http://www.facebook.com/HanisHealthyLife
♥ Email : hanisamin@gmail.com

Assalamualaikum…

Adakah anda perlukan supplemen?

20 Sebab Kenapa Perlu Ambil Supplemen / Vitamin

supplement

  1. Tidak mengikut piramid makanan atau makanan seimbang.
  2. Masalah Penghadaman. Penghadaman yang tak efisien boleh membataskan penyerapan vitamin oleh tubuh. Contohnya jika mengunyah makanan dengan kurang sempurna atau terlalu cepat. Ini menghasilkan saiz partikel makanan yang lebih besar dari normal iaitu terlalu besar bagi tindakan lengkap oleh enzim-enzim penghadaman. Mereka yang menggunakan gigi palsu juga boleh menjejaskan penyerapan vitamin akibat pengunyahan kurang efisien.
  3. Kopi, Teh Panas & Rempah. Tabiat meminum air yang terlalu panas atau pengambilan terlalu banyak kopi, teh, jeruk dan rempah boleh menyebabkan inflamasi atau keradangan pada lapisan saluran pencernaan. Ini mengakibatkan kurangnya rembesan cecair penghadaman serta penyerapan vitamin dan mineral menjadi kurang.
  4. Pengambilan alkohol yang berlebihan boleh menyebabkan kerosakan pada hati dan pankreas iaitu organ yang penting dalam proses penghadaman dan metabolisma. Pengambilan alkohol yang kerap dan banyak menyebabkan badan memerlukan lebih banyak Vitamin B terutamanya thiamine, niacin, pyridoxine, asid folik, Vitamin B12, Vitamin A, Vitamin C, zink, magnesium dan juga kalsium.
  5. Amalan merokok boleh menyebabkan iritasi pada saluran penghadaman dan meningkatkan keperluan badan terhadap Vitamin C yang juga penting dalam fungsi sistem imun.
  6. Julap / ubat sembelit / ubat kurus. Penggunaan julap secara berlebihan boleh mengakibatkan kurangnya penyerapan vitamin dan mineral daripada makanan. Paraffin dan lain-lain minyak mineral meningkatkan kehilangan vitamin larut lemak seperti Vitamin A, D, E dan K. Penggunaan julap yang banyak juga boleh menyebabkan kehilangan mineral seperti potassium, sodium dan magnesium.
  7. Fad Diet. Diet ganjil yang tidak mengandungi semua kumpulan makanan berkemungkinan kurang mengandungi vitamin. Paling popular, diet kurang lemak, jika diamalkan secara ekstrem boleh mengakibatkan kekurangan Vitamin A, D, E dan K. Diet vegetarian yang tidak mengambil daging dan sumber haiwan lain pula perlu dirancang dengan baik supaya tidak kekurangan Vitamin B12 yang boleh mengakibatkan anemia.
  8. Makanan Terlebih Masak. Memasak terlalu lama atau memanaskan semula daging dan sayuran boleh memusnahkan Vitamin B, C dan E.
  9. Makanan Diproses (dalam tin). Pemprosesan makanan yang bertujuan meningkatkan jangkamasa penyimpanan boleh menyebabkan kandungan nutrien berkurangan atau hilang sama sekali.
  10. Makanan segera yang tinggi kandungan karbohidrat, gula dan garam meningkatkan keperluan badan terhadap Vitamin B bagi memproses makanan tersebut.
  11. Antibiotik. Sesetengah antibiotik walaupun berguna bagi menghapuskan kuman yang menyebabkan jangkitan boleh menghapuskan sekali bakteria-bakteria baik dalam perut dan usus.
  12. Alahan Makanan. Mereka yang alah terhadap gluten atau laktosa boleh mengalami kekurangan sumber nutrisi diet yang penting seperti thiamine, riboflavin dan kalsium.
  13. Kehilangan Nutrien Tanaman. Sumber makanan daripada tanaman seperti sayuran dan buah-buahan boleh kekurangan nutrien akibat pengurusan tanah yang lemah.
  14. Kemalangan dan Penyakit. Luka terbakar menyebabkan kehilangan protein, vitamin dan mineral. Pembedahan pula meningkatkan keperluan terhadap zink, Vitamin E dan nutrien yang terbabit dalam proses pembaikan sel.
  15. Tekanan atau Stress. Tekanan fizikal, emosi dan pencemaran boleh meningkatkan keperluan tubuh terhadap Vitamin B2, B5, B6 dan Vitamin C.
  16. Sindrom pra haid. Penyelidikan sains telah membuktikan bahawa 60% wanita yang mengalami masalah sindrom pra haid boleh mendapat manfaat dengan pengambilan suplemen Vitamin B6.
  17. Remaja. Proses tumbesaran yang pesat dari segi fizikal, emosi dan biokimia sewaktu usia remaja menyebabkan golongan remaja terutama perempuan memerlukan lebih banyak nutrien berbanding orang dewasa.
  18. Wanita Hamil. Kehamilan menyebabkan keperluan nutrien lebih banyak bagi memastikan proses tumbesaran yang sihat bagi ibu dan juga bayi.
  19. Pil Perancang. Pil perancang boleh mengurangkan penyerapan asid folik dan meningkatkan keperluan tubuh terhadap Vitamin B6, Vitamin C, zink dan juga riboflavin.
  20. Warga Emas. Peningkatan usia sering dikaitkan dengan pengambilan vitamin dan mineral khususnya zat besi dan kalsium yang berkurangan.

Adakah anda mempunyai salah satu sebab di atas?

Buatlah keputusan yang bijak dalam hidup anda…

Berminat?

Hubungi saya sekarang!!
Your Shaklee Independent Distributor
Hanis Amin
♥ SMS | WhatssApp : 010-4289601
♥ Shaklee ID : 837662
♥ FB Page : http://www.facebook.com/HanisHealthyLife
♥ Email : hanisamin@gmail.com

Assalamualaikum…

 

Kita tahu bahawa terdapat nutrien yang hilang semasa proses memasak. Tahukah anda bahawa nutrien juga boleh hilang semasa proses memakan. Bioavailability setiap nutrisi bergantung kepada apa yang kita makan, dan diet secara keseluruhan.

Kita ambil contoh Zinc. Zinc Complex Shaklee mengandungi 15mg Zinc (mengikut USRDA), namun persoalannya adalah kesemua zinc ni diserap oleh tubuh kita?

Zinc disarankan diambil semasa perut kosong (sebelum makan), ada sebabnya.

Ini kerana, dalam proses pencernaan yang normal, zinc akan dimusnahkan, dikeluarkan, dan mengikat dirinya dengan bahan lain.

Roti dan bijirin mengandungi phytates yang mengikat dirinya dengan zinc sekaligus mengganggu penyerapan. Dan apabila ia diambil dengan susu (bayangkan sarapan pagi dengan roti dan susu), aktiviti ini menjadi bertambah aktif. Justeru, bioavailability zinc telah menurun. Dan ketahuilah bahawa pengambilan zinc bersama-sama roti dan susu (selepas memakan makanan tersebut) boleh menurunkan potensi zinc sehingga 1mg untuk setiap 15mg!

NOTA : Pengambilan zinc Complex Shaklee pada hari2 pertama mungkin mendatangkan rasa loya. Jangan risau, insya-Allah akan OK tak lama lepas tu.

credit to Vitamin Shoppe

Rujukan:

D Oberleas, Proc West. Hemisphere of Nutrition Congress IV, American Medical Association, 1973
C C Pfeiffer, Mental and Elemental Nutrients : A Physician Guide to Healthcare, 1975

Assalamualaikum..

“Semua supplemen sama jer! Beli je kat mana-mana farmasi!” ujar salah seorang rakan saya.

Anda pasti?

Tunggu dulu!

Sebelum anda memilih supplemen yang bakal masuk ke tubuh anda, sila kenali supplemen anda. Tak kenal maka tak cinta, kan?

Salah satu ciri penting yang anda perlu tahu apakah bahan ‘excipients’ yang digunakan dalam supplemen anda.

Pernah dengar perkataan ‘Excipients’?
Excipients atau nama lainnya ‘fillers’ dan ‘binders’ merupakan bahan tambahan yang digunakan dalam pembuatan supplemen.

‘Fillers’ berfungsi sebagai ‘pengisi’ ruang kosong antara bahan aktif suplemen, justeru memberikan bentuk yang sesuai, senang dipegang dan mudah ditelan.
‘Binders’ merupakan ‘pengikat’ antara bahan aktif supplemen, memberikan kekuatan kepada supplemen itu sendiri supaya ianya tidak mudah pecah ketika proses ‘handling’ dan ‘shipping’.

Apa pentingnya kita mengetahui jenis ‘excipients’ dalam supplemen yang kita makan?
‘Fillers’ dan ‘binders’ dalam sesetengah supplemen menggunakan bahan kimia bukan semulajadi yang sukar terurai dalam tubuh. Jika anda memilih supplemen, pastikan label anda. Supplemen yang bagus selalunya menggunakan ‘excipients’ seperti berikut, dan mereka tidak akan ragu-ragu untuk ‘declare’ secara terperinci bahan expedients yang digunakan.

  • Dicalcium phosphate – ‘Filler’ semulajadi, juga sumber kalsium & fosfat
  • Cellulose – ‘Binder’ semulajadi daripada serat tumbuhan
  • Alginic Acid/sodium alginate – ‘Binder’ semulajadi daripada rumpai laut
  • Gam acacia/gam arab – gam semulajadi dari tumbuhan
  • Kalsium atau magnesium stearate – pelincir semulajadi daripada sumber haiwan
  • Silica – pelincir semulajadi
  • Zein – Protien jagung, digunakan sebagai lapisan luar tablet
  • Brazil wax – penyalut luar tablet semulajadi dari pokok palma

Sebagai contoh, di dalam Zinc Complex Shaklee menggunakan Dicalcium Phosphate sebagai ‘filler’ dan ‘binder’ serta membekalkan sumber kalsium dan fosfat dari sumber semulajadi. Shaklee hanya menggunakan amaun ‘excipients’ seminima mungkin untuk mendapatkan kesan teknikal yang diharapkan. Excipients yang digunakan hanyalah daripada sumber semulajadi, dan selalu diuji secara klinikal supaya kualiti dan ketulenannya selalu konsisten dengan standart yang telah ditetapkan.

Awas jika ‘excipients’ dalam supplemen anda menggunakan bahan kimia dan bahan sukar terurai. Excipients seperti ini mampu menjadikan tablet lebih kuat dan tetapi sukar diuraikan dalam tubuh. Anda pasti tidak ingin jadi seperti gambar di bawah kan?

Supplemen yang tidak hancur dan sukar diurai akan termendak dalam tubuh anda dan mungkin menyebabkan masalah kesihatan yang lain.

kredit kepada SinergiVitamin

Artikel asal dari sini dan sini.

*Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.

Berminat?

Hubungi saya sekarang!!
Your Shaklee Independent Distributor
Hanis Amin
♥ SMS | WhatssApp : 010-4289601
♥ Shaklee ID : 837662
♥ FB Page : http://www.facebook.com/HanisHealthyLife
♥ Email : hanisamin@gmail.com

Assalamulaikum..

Pengambilan diet yang seimbang memang penting. Tapi baik ke kalau kita ambik vitamin tambahan dalam bentuk tablet/cecair? Bukankah lebih baik kalau kita dapat nutrisi dari pemakanan yang sihat dan seimbang.

Banyak kajian yang menyokong bahawa pengambilan vitamin supplement ini baik untuk kesihatan memandangkan adalah amat sukar untuk kita memenuhi keperluan vitamin dan mineral harian hanya melalui diet pemakanan disebabkan oleh habit pemakanan yang tak sihat dan juga kerana kandungan nutrisi yang berkurangan dalam makanan pada masa ini dan tidak lagi sebanyak nutrisi yang dibekalkan oleh makanan yang sama pada jumlah yang sama 50 tahun dulu. Oleh itu, WHO menyarankan pengambilan vitamin dan mineral tambahan bagi mengisi kekurangan daripada diet. (Purata rakyat Malaysia yang makan 5 hidangan sayur dan buah setiap hari adalah kurang dari 5%!)

Walau pun banyak vitamin dan supplement tambahan pada hari ini dipasarkan dengan cara seolah olah ianya adalah satu ubat. Sebenarnya kaedah pemasaran yang seperti ini adalah satu kesalahan mengikut undang undang. Bukan nak kata statement tu salah. Sebab pada masa ini, kebanyakan dari kita sakit kerana masalah kekurangan nutrisi.

CONTOH 1

Masalah lebihan gula dalam darah (diabetes) adalah gabungan kekurangan beberapa jenis vitamin seperti B complex, protein, kromium etc. Vitamin B complex adalah vitamin larut air yang perlu sentiasa di top up. Pada zaman dulu, tok nenek kita makan beras yang tidak menjalani proses refining yang kaya dengan serat dan vitamin B. Vitamin B inilah yang membantu proses menukarkan glukos menjadi tenaga. Pada hari ini, ramai orang makan nasi putih yang kurang atau hamper tiada vitamin B. Makan banyak pulak tu! Dalam jangkamasa panjang, menyebabkan kekurangan yang kronik dan badan akan menghadapi masalah untuk menukarkan glukos menjadi tenaga.

CONTOH 2

Kaki yang selalu lenguh dan kejang. Bila makan calcium tablet elok pulak. Maksudnya kurang kalsium la tu tongue Dasar minum susu pun celam celop.

So walau pun supplement ni tak berfungsi macam ubat makan makan terus baik, tapi sebenarnya ia membantu memulihkan fungsi badan kita bagi yang ada masalah kesihatanlah. Kalau tak ada just untuk maintain kesihatan ke tahap yang optima.

Beza ubat dan supplement

Ubat akan betulkan symptom, kalau kita sakit kepala dia akan hilangkan sakit kepala. Tapi kalau punca sakit kepala tu sebab angin dalam perut, angin tu tetap takkan baik. Kalau kencing manis, ia akan control gula dalam darah dengan tambah jumlah insulin yang dihasilkan, tapi kena sentiasa makan ubat sebab ia tak baiki masalah insulin resistance badan orang tu.

Supplement akan bagi nutrisi pada tubuh supaya badan kita dapat menjalankan fungsi normal tubuh dengan baik. Proses ni akan ambil masa tetapi ia akan baiki root cause tersebut. Baiknya adalah supplement biasanya tiada kesan sampingan macam ubat.

Jadi, anda perlu faham betapa pentingnya tubuh kita dapat nutrisi lengkap dan seimbang dan masalah kita adalah makanan yang kita makan setiap hari tak dapat membekalkan nutrisi yang mencukupi untuk badan kita menjalankan fungsi dengan normal. Di samping sedikit sebanyak sebab kenapa supplement itu perlu.

KAJIAN 1

Hasil kajian terbaru menunjukkan bahawa wanita yang berumur 55 tahun ke 69 tahun yang mengambil supplement mengalami risiko kematian yang lebih tinggi, terutamanya mereka yang mengambil iron supplement pada kadar melebihi 50mg setiap hari. Hasil dari pembacaan, memang patut pun hasil kajian ni menunjukkan keburukan vitamin supplement sebab asasnya wanita yang dah menopause cuma memerlukan 8mg iron setiap hari (RDA). Dan tak perlu ambil supplement pun, jumlah ini boleh diperolehi secara mudah melalui makanan yang dimakan. Iron supplement biasanya penting bagi wanita yang masih haid (perlu untuk ganti balik darah yang keluar sebab haid) dan wanita yang mengandung. Lebihan sebanyak 6 kali ganda (megadoses) ni menyebabkan lebihan iron tu membebaskan free radicals yang berbahaya pada tubuh. Kebanyakan kita tau betapa pentingnya makan antioksidan dan bahayanya free radicals pada tubuh. Lebihan inilah yang menyumbang kepada premature death di kalangan wanita wanita ini.

KAJIAN 2

Satu lagi kajian yang di publish di JAMA (Journal of the American Association) berkenaan dengan vitamin E menyebabkan peningkatan 17% penghidap kanser prostate bagi yang mengambil vitamin E berbanding mereka yang ambil placebo. Ini berlawanan dengan kajian asal yang mengatakan bahawa vitamin E dan selenium membantu mengurangkan risiko kanser prostate. Tetapi vitamin E yang digunakan dalam kajian ini adalah alpha-tocopherol. Sedangkan sebenarnya vitamin E adalah satu keluarga yang ada alpha, beta, delta dan gamma. Dikatakan bahawa, adalah lebih significant sekiranya kajian yang dilakukan menggunakan keseluruhan ahli keluarga vitamin E. Jadi, result ni questionable jugak la.

Berdasarkan kajian ni, kita boleh buat beberapa kesimpulan tentang pengambilan vitamin tambahan ni.

  1. Pengambil vitamin tambahan adalah tambahan kepada pengamalan diet yang seimbang dan cara hidup yang sihat. Bukan sebagai sumber nutrisi utama.
  2. Perlu tahu keperluan tubuh sendiri kerana tiada orang yang kenal tubuh dan habit kita melainkan diri kita sendiri.
    Kalau masa period sakit kejang sana kejang sini, sebulan sekali kena selsema, mesti ada something wrong dengan badan kita. Kekurangan vitamin dan mineral boleh menyebabkan immune system kita menurun.Even kalau lepas makan mengantuk, bangun pagi sakit kaki, gosok gigi gusi berdarah, bibir kerap mengelupas..mesti ada sikit something wrong pada badan. Sakit macam kencing manis, darah tinggi, sakit jantung bukan macam accident. Kena terus sakit. Ia adalah disebabkan kekurangan certain nutrisi dan unhealthy lifestyle dalam satu jangka masa yang lama. Even macam osteoporosis pun. Umumnya seseorang memerlukan 600mg calcium untuk maintain body function yang normal. Tapi bagi wanita advisable ambik 1000mg. Kalau pregnant atau lactating ambik up to 1200mg (not only from supplementation la ok) Tulang kita Cuma akan membentuk sampai umur 30. Lepas tu dia akan menyusut atau maintain. Kalau umur 30 pun kepadatan tulang da -1, memang cari bala la bila da menaupose nak kena tulang rapuh pulak. Check tulang boleh buat kat farmasi. Tanya je.
  3. Kalau tengah nak menurunkan berat badan ke kawal makan ke, memang confirm nak kena ambik supplement. To fill in the gap sebab makan pun da kurang, nutrisi pun dapat kurang.
  4. Sebelum makan vitamin supplement, kena tau yang ada sesetengah vitamin tambahan yang beri reaksi pada ubat yang kita tengah ambil.
    Tanya orang yang tahu. Ada sesetengah jenis vitamin bagus ambil kalau kita ambik ubat. Contohnya bagi yang kolestrol tinggi (makan statin – eg lovastatin). Statin akan deplete CoQ10 dalam tubuh. So ambik additional CoQ10 melalui supplement adalah sangat digalakkan. Ada kajian kata, ramai orang yang tinggi kolestrol mati bukan sebab sakit jantung sebab sakit tu sendiri, tapi sebab makan statin, CoQ10 kurang dan jantung pun susah nak berfungsi dengan optimal. Orang ambik warfarin (Coumadin, jantoven) pun kena consult dulu sebelum ambik apa apa supplement. Ada jugak supplement yang menyebabkan kadar serapan vitamin lain berkurang. Contohnya kalau nak makan iron supplement, asingkan dari makan calcium tablet. Iron mengurangkan kadar serapan calcium. So better ambik asing-asing. (Perhatian terutamanya bagi yang tengah pregnant..ambik obimin ke iron folic ke waktu pagi, malam baru makan calcium..atau at least bezakan dua jam)
  5. Bukan semua vitamin sama. Ada yang sintetik, ada yang dari natural source. Dapatkan supplement semulajadi kerana kualitinya memang berbeza. Lagi satu, the form is different dan ini menyebabkan kadar serapan yang berbeza. Syntetic form of vitamin E dl-alpha-tocopherol tidak dapat diserap oleh tubuh berbanding natural form vitamin E d-alpha-tocopherol. Ada yang kata, mengambil vitamin ibarat menghasilkan expensive urine sebab vitamin tu tak diserap tapi terus keluar melalui air kencing. Jadi,  beli high quality vitamin sebab ia lebih selamat dan effective.
  6. Guna dengan betul. Kena tahu (kalau tak tahu tanya) berapa dos yang selamat diambil dan berapa banyak keperluan tubuh kita. Jangan main ambil je. Lepas tu bila jadi apa-apa kata orang jual menipu la apa la. Haihh..

 

sumber : http://ourkizuna.blogspot.com/2012/07/vitamin-supplement-baik-atau-tidak.htmlhttp://ourkizuna.blogspot.com/2012/07/vitamin-supplement-baik-atau-buruk.html

Alhamdulillah, sebab tu saya suka sangat ambil shaklee yang tentunya dari sumber semulajadi. dulu saya pun ada ambil supplemen jenama lain, tapi macam tak rasa perubahan. YES, SHAKLEE MAKES DIFFERENT.

ini lagi kata2 penulis.

Jom check, adakah pemakanan kita dah cukup berkhasiat? Adakah supplemen yang diambil supplem semulajadi?

Your Shaklee Independent Distributor
Hanis Amin
♥ SMS | WhatssApp : 010-4289601
♥ Shaklee ID : 837662
♥ FB Page : http://www.facebook.com/HanisHealthyLife
♥ Email : hanisamin@gmail.com

Assalamualaikum…

Ramai ibu yang bercita-cita ingin menyusukan bayi namun kurang persediaan dari segi fizikal, emosi dan ilmu. Sebaiknya persiapkan diri sejak dari mengandung. Tapi INGAT! Kita perlu bersedia bukan mengadakan susu lagi ya.

 

Jom kita lihat apa yang perlu dipersiapkan :

PERSEDIAAN ILMU

  1. Cari sebanyak mungkin ilmu tentang penyusuan. Paling penting faham konsep asas penyusuan iaitu semakin kerap payudara dikosongkan semakin banyak susu yang akan terhasil.
  2. Fahami konsep bahawa diawal kelahiran hanya kolostrum yang akan terhasil dan selepas itu, susu akan meningkat sedikit demi sedikit. Bukan terus tiba-tiba jadi banyak ya. Teruskan kekerapan menyusu.
  3. Hadiri kelas penyusuan susu ibu supaya boleh mendapat pelbagai info lengkap dan boleh bertanya secara direct.
  4. Ketahui masalah-masalah penyusuan pada awal kelahiran dan cara mengatasinya.
    Masalah puting pendek – Sama ada pendek atau panjang puting sepatutnya tidak menjadi masalah kerana puting serta bahagian areola perlu masuk dalam mulut bayi ketika proses penyusuan. Ini adalah sama seperti masalah puting tenggelam.
    Susu tidak keluar – Sentiasa yakin dan percaya bahawa susu itu ada, satu jam pertama kelahiran bayi adalah paling penting. Letakkan bayi pada payudara dan susukan sekerap mungkin. Rangsangan dari bayi penting untuk memastikan susu keluar. Jangan risau susu anda terlalu sedikit untuk bayi kerana pada awal kelahiran perut bayi adalah dikatakan hanya sebesar kacang, ia tidak memerlukan susu yang banyak untuk mengenyangkannya.
    Ketahui posisi yang sesuai untuk menyusukan sekiranya terpaksa bersalin dengan kaedah csect. Dapatkan bantal khas untuk menyusukan bayi sekiranya mempunyai lebihan budget. Bagaimana pun, bantal yang biasa juga sudah memadai.
    Puting sakit ketika menyusukan bayi – Sekiranya anda terasa sakit ketika menyusukan bayi, ia bermakna posisi penyusuan dan teknik pelekapan adalah salah kerana proses menyusukan bayi bukan satu proses yang menyakitkan.  (sumber)
  5. Pilih hospital breastfeeding friendly.
  6. Dapatkan no telefon Peer Counselor (PC) atau Lactation Counselor (LC) supaya mudah berbincang sekiranya ada masalah penyusuan.
  7. Sediakan peralatan untuk penyusuan seperti pam, bekas simpan susu dan lain-lain.

PERSEDIAAN FIZIKAL

  1. Bersihkan puting susu setiap kali mandi. Gunakan tuala bersih dan air suam. Elakkan sabun bahagian puting.
  2. Tarik dan urut puting perlahan2 semasa mandi.
  3. Sapu minyak zaitun pada puting.
  4. Dapatkan tukang urut selepas bersalin yang tahu mengurut payudara untuk melancarkan peredaran darah bagi tujuan penyusuan.
  5. Makan makanan berkhasiat dan bernutrisi sejak hamil sehingga dalam proses penyusuan.
PERSEDIAAN EMOSI
  1. Sentiasa berfikiran positif bahawa susu anda cukup untuk keperluan anak dan anak dapat menyusu dengan baik.
  2. Kongsi keinginan anda untuk menyusu sepenuhnya dengan suami & ahli keluarga.
  3. Sertai komuniti / forum penyusuan susu ibu supaya dapat support dari rakan-rakan lain.
  4. Banyakkan berdoa supaya dipermudahkan perjalanan penyusuan anak anda.
  5. Elakkan membanding-bandingkan jumlah susu perahan kerana setiap anak mempunyai keperluan berbeza mengikut jantina, usia, berat dan lain-lain.
  6. Setkan niat, azam dan tujuan untuk menyusukan bayi.
Selamat menempuh pengalaman penyusuan.
Tak perlu berlumba-lumba nak dapatkan stok susu yang terlalu banyak. Yang penting anda tahu, anak anda cukup keperluan penyusuannya, sihat, mendapat nutrisi sepenuhnya dan dapat meneruskan penyusuan sehingga usia 2 tahun.

Berminat?

 

Hubungi saya di hanisamin@gmail.com atau SMS ke 010-4289601 (Hanis) untuk konsultasi mahupun maklumat lanjut.

Assalamualaikum…

Pernah dengar pengambilan vitamin membahayakan? Bukankah vitamin dan nutrien sangat diperlukan oleh badan. Bagaimana pula ia boleh membahayakan?

 

Haaa…dalam penghasilan supplemen ada 3 kategori iaitu sintetik, organik dan semulajadi. Untuk lebih mudah faham, jom rujuk table di bawah.

Dah dapat gambaran?

Mengapa penting untuk ambil vitamin semulajadi?

  1. enzim tidak alami perubahan melampau dalam pemprosesan oleh haba yang tinggi dan pelarut kimia yang keras
  2. tidak menggunakan Pengisi dan Pengikat yang keras yang menghalang penyerapan nutrien
  3. penyediaan bahan mentah dai sumber semulajadi yang berkualiti
  4. imbangan semulajadi dikekalkan sebaik mungkin
  5. semulajadi adalah bio-kedapatan dan disimpan dalam tisu badan lebih lama berbanding sintentik
  6. semulajadi lebih mudah ditukarkan oleh badan bagi menjalankan kepelbagaian fungsinya

MENGAPA ELAKKAN SINTENTIK?

  1. tidak digunakan sepenuhnya oleh tubuh – struktur sistem enzim kita adalah untuk semulajadi, bukannya makmal
  2. percubaan untuk memadankan enzim tubuh kita dengan vitamin sintentik adalah seumpama memadankan tangan kanan anda ke sarung tangan kiri
  3. semulajadi lebih aktif dari segi biologi berbanding sintetik – 42% lebih berkesan dari sintentik. Anda dapat setengah jumlah yang anda fikir anda perolehi.
sumber : BeautyDaisy
Jadi, buatlah pilihan terbaik. Jadilah pengguna yang bijak!!
* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.

 

Berminat?

 

Hubungi saya di hanisamin@gmail.com atau SMS ke 010-4289601 (Hanis) untuk konsultasi mahupun maklumat lanjut.

Assalamualaikum..

Kita biasa degar tentang penyakit 3 serangkai ni kan terutama kepada golongan berusia. Kalau ada kencing manis biasanya didatangkan sekali pakej dengan darah tinggi dan sakit jantung.

Tahukah anda bahawa kencing manis sebenarnya tak menjadikan seseorang menghidap darah tinggi dan sakit jantung, sebaliknya ia adalah kesan sampingan daripada ubat kencing manis.

Ini kerana ubat adalah jenis drug (dadah) yang bukan komponen tubuh. Ia mengurangkan simptom sesuatu penyakit tapi mempunyai kesan sampingan.

Antaranya ubat jenis metformin yang digunakan untuk meningkatkan fungsi insulin sekaligus menurunkan paras gula. Namun kesan sampingan ubat ini adalah ia menjadikan tubuh kehilangan/kekurangan vitamin B dan antioksidan serta perlindungan kardiovaskular semulajadi tubuh iitu Co-Q10.

Kehilangan antioksidan dan pelindung kardiovaskular menjadikan seseorang pesakit diabetes terdedah kepada sakit jantung. Begitu juga ubat jenis Sulfonylures yang memberi kesan sama.

Pesakit kencing manis yang mengambil ubat jenis Thiazolidinediones terdedah kepada masalah yang lebih besar, iaitu masalah jantung.

Diabetes atau kencing manis adalah penyakit berkaitan diet yang agak popular. Malah zaman sekarang budak2 muda pun dah kena diabetes. Jadi untuk mencegahnya ialah dengan mengamalkan cara hidup sihat, pemakanan seimbang, aktiviti yang menyihatkan dan sebagainya.

Untuk pesakit diabetes pula bagaimana? Ya, jika baru kena diabetes sebaiknya bermulalah dengan penukaran cara hidup terlebih dahulu sebelum mengambil ubat.

Pengambilan vitamin? Ya, tentu terutama bagi mereka yang mengambil ubat kencing manis kerana ia merosakkan vitamin dalam badan.

Vitamin untk diabetes:

B COMPLEX

VITA-C

VITALEA

VITA – E (antikoksida)

Bulan ini(Jun 2012) ada tawaran istimewa untuk Vitamin E, jadi jom dapatkan sekarang sebelum tawara berakhir!

PERHATIAN : Sekiranya doktor telah pun memberikan ubat, sila teruskan pengambilan ubat dan jangan berhenti sehingga diminta berbuat demikian. Walau bagaimanapun, pengambilan supplemen mungkin dapat membantu menangani masalah yang timbul akibat kesan sampingan ubat.

 

sumber

 

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.

 

Berminat?

Hubungi saya di hanisamin@gmail.com atau SMS/WhatsApp ke 010-4289601 (Hanis) untuk konsultasi mahupun maklumat lanjut.

Assalamualaikum..

Bagi mengurangkan berat badan, penting untuk kita kawal kalori dalam badan. Bila kalori berlebihan, maka ia akan tersimpan sebagai lemak. Jadi, sambil ambil supplemen sebagai membantu, jangan lupa untuk kawal pengambilan kalori juga ya..

Kaedah pengiraan kalori makanan
Daily Energy Requirement = berat(kg) * 30 kalori
contoh: berat seseorang 45kg.  Kiraannya ialah 45kg * 30 = 1350 kalori setiap harikalau kita hendak mengurangkan 1 kg dalam masa seminggu maka kita perlulah mengurangkan 1kg dari kiraan kalori.
contohnya 45kg – 1kg = 44 kg
pengambilan kalori yang perlu diambil ialah 44 *30 = 1320 kalori setiap hari.baki 30 kalori lagi (1350-1320 kalori) kita akan tolak dari lemak-lemak yang terkumpul dalam badan kita.

PANDUAN MENGIRA KALORI MAKANAN

Kategori:Kuih Muih
1. Kasuiberkelapa parut (sekeping) = 160 kalori
2. Kuih lapis (sekeping) = 130 kalori
3. Bingka ubi (sekeping) = 220 kalori
4. Cekodok Pisang (sebiji sederhana) = 180 kalori
5. Popia goreng (satu) = 130 kalori
6. Popia basah (satu) = 95 kalori
7. Pisang goreng (sekeping) = 170 kalori
8. Kek biasa tanpa krim (sepotong) = 87 kalori
9. Karipap (sebiji) = 130 kalori
10. Sandwich sardin (sekeping) = 70 kalori
11. Bubur kacang (semangkuk) = 100 kalori

Kategori: Lauk Pauk
1. Ikan kembong kari berkuah (seekor) = 85 kalori
2. Ikan tenggiri goreng bercili (sepotong) = 142 kalori
3. Ikan kembong goreng (seekor) = 140 kalori
4. Ikan senangin masam manis berkuah (sepotong) = 210 kalori
5. Daging lembu kari berkuah (2 kotak mancis) = 130 kalori
6. Ayam kari berkuah (sepotong) = 250 kalori
7. Ayam goreng (sepotong) = 255 kalori
8. Ayam tandoori (sepotong) = 220 kalori
9. Sambal udang (setengah cawan) = 70 kalori
10. Sambal sotong (setengah cawan) = 55 kalori
11. Telor goreng (sebiji) = 110 kalori
12. Taukua goreng (sekeping) = 110 kalori
13. Kacang panggang dalam tin (2 sudu makan) = 40 kalori

Kategori: Makanan Rutin
1. Nasi putih (satu setengah cawan) = 260 kalori
2. Nasi lemak bersambal (sepinggan) = 400 kalori
3. Nasi goreng bertelur (sepinggan) = 635 kalori
4. Nasi briyani berayam (sepinggan) = 880 kalori
5. Nasi minyak kosong (sepinggan) = 445 kalori
6. Nasi ayam kosong (sepinggan) = 300 kalori
7. Mee goreng kosong (sepinggan) = 660 kalori
8. Mee sup (semangkuk) = 380 kalori
9. Mee hoon goreng (sepinggan) = 550 kalori
10. Roti putih (2 keping) = 156 kalori
11. Roti canai kosong tanpa kuah (sekeping) = 200 kalori
12. Capati tanpa kuah (sekeping) = 180 kalori
13. Pau ayam (sebiji) = 203 kalori
14. Emping jagung kosong (secawan) =160 kalori

Kategori: Makanan Segera
1. Peha ayam goreng (satu) = 130 kalori
2. Nugget ayam (satu) = 60 kalori
3. Kentang lecek (satu tub kecil) = 90 kalori
4. Sayur kobis hancur (satu tub) = 75 kalori
5. Burger keju (satu) = 425 kalori
6. Kentang goreng (satu kantung kecil) = 405 kalori
7. Sate ayam (secucuk) = 35 kalori
8. Pizza berkeju (sepotong) = 240 kalori

Kategori: Buah-buahan
1. Tembikai (sepotong) = 20 kalori
2. Betik (sepotong) = 45 kalori
3. Pisang emas (2 biji) = 76 kalori
4. Durian (5 ulas) = 64 kalori
5. Limau (sebiji) = 42 kalori
6. Jambu batu (sebiji) = 110 kalori
7. Nenas (sepotong) = 59 kalori
8. Epal (sebiji) = 63 kalori
9. Ciku (sebiji) = 44 kalori
10. Mangga (sebiji) = 103 kalori

kategori: Minuman
minuman berkabonat 1 tin 285g – 120 kal
minuman kotak 250g – 105 kal
susu tepung penuh krim 1 sudu makan – 33 kal
susu tepungtanpa lemak 1 sudu makan – 25 kal
aiskrim 2 skop- 390 kal
susu pekat manis 1 sudu makan – 71 kal
yogurt rendah lemak 1 cawan – 90 kal
mentega 2 sudu teh – 75 kal
keju chedar 1 keping -58 kal

sumber : http://puspanita.motour.gov.my/tips-kesihatan/155-tips-pengiraan-kalori-makanan-.html

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.

 

Berminat?

 

Hubungi saya di hanisamin@gmail.com atau SMS ke 010-4289601 (Hanis) untuk konsultasi mahupun maklumat lanjut.

Translator
Translator Plugin
Ayat seribu dinar
Ahlan wasahlan…
Assalamualaikum & selamat sejahtera

Selamat datang ke Hanis Healthy Life. Hanis Amin adalah pengedar Shaklee yang sah, yang juga pengguna kepada produk Shaklee.

Untuk sebarang pertanyaan, hubungi kami di
email : hanisamin@gmail.com
sms/WhatsApp : +6010-4289601

Terima kasih.

Hazu Enterprise (SA0175455-W)

Set Istimewa untuk anda!

Breastfeeding Set
(Set Penyusuan)

Testimonial : KLIK SINI

==========================

Confinement Set
(Set Berpantang)

Testimonial : KLIK SINI

==========================

Skin Care Set
(Set Penjagaan Kulit)

Testimonial : KLIK SINI

==========================

Healthy Weight Set
(Set Berat Badan Sihat)

Testimonial : KLIK SINI

==========================

Baby & Children Health
(Kesihatan Bayi & Kanak-kanak)

Informasi


Sertai kami di Facebook!


Ada pertanyaan atau komen?