Order sekarang!


atau SMS/WhatsApp/Telegram :

010-4289601 (Hanis)

Best selling!!
Dapatkan info terkini segera..

* Setiap testimoni yang tertulis dalam laman web ini adalah pengalaman dari pelanggan sendiri dan hasil dari setiap pelanggan mungkin berbeza antara satu sama lain. Namun ini tidak bermakna vitamin ini boleh mengubat atau menyembuhkan penyakit. Sila konsult dengan pengedar anda untuk lebih lanjut.

PERHATIAN : Konsultasi selepas pembelian produk dan jadual pengambilan adalah khas untuk pelanggan kami sahaja. Sila rujuk pengedar anda untuk jadual pengambilan & kosultasi selepas pembelian. Terima kasih.
Free Palestine, Pray 4 Syria
Tabung Kecemasan Gaza Aqsa Syarif di sini :
http://on.fb.me/1jlP2li
Akaun Maybank Islamic : 551575-004299
akaun Bank Islam : 1209-20100-34904
email : projects@aqsasyarif.org.my

Tabung Kasih Ummah Syria
Bank Islam Malaysia Berhad
120290 100 63512
(Pertubuhan IKRAM Malaysia)
email : i4syria315@gmail.com

Mitos

3 PERBEZAAN UBAT DAN SUPPLEMENT YANG RAMAI ORANG SALAH FAHAM!!

Ramai yang salah faham antara supplemen dan ubat-ubatan.

“Saya sihat, saya tak perlu supplemen.”

“Berapa lama supplemen ini boleh sembuhkan sakit saya?”

dan pelbagai lagi persoalan yang menunjukkan masyarakat kita keliru perbezaan ubat dan supplement. Jadi, mari saya kongsikan hari..

 

PERBEZAAN #1
=============
UBAT :
Perlu diambil SEMASA SAKIT untuk MERAWAT penyakit. 
SUPPLEMENT :
Boleh diambil bila-bila masa terutamanya SEBELUM SAKIT untuk MENCEGAH sebarang penyakit. 
Sebenarnya, supplement adalah MAKANAN TAMBAHAN, sama macam makanan seharian yang kita perlu makan setiap hari. Tapi ia BUKAN PENGGANTI MAKANAN yer.. Bezanya, supplement telah di ubahsuai dalam bentuk pil atau serbuk untuk memudahkan kita makan dan tahu jumlah pengambilan setiap hari.Jadi supplement diperlukan untuk memelihara kesihatan kita dan mencegah penyakit. Ia bukanlah ubat yang kita perlu makan semasa sakit saja.
Tapi tak bermakna kita tak akan jatuh sakit. Sakit tu kafarah dosa jika kita bersabar kan. Tapi bila ambil supplemen, insyaAllah sakit lebih ringan dan lebih cepat sembuh.
PERBEZAAN #2
=============
UBAT :
Diperbuat daripada DADAH dan BAHAN KIMIA, boleh berikan KESAN SAMPINGAN BURUK untuk jangka masa pendek dan panjang. Overdose juga boleh membawa MAUT!!
SUPPLEMENT :
Diperbuat daripada BAHAN SEMULAJADI seperti makanan seharian kita. 
TAPI AWAS!! Ada juga supplement di pasaran yang ditambah dengan bahan-bahan kimia seperti Steroid dan hormon perangsang. Jadi wajib berhati-hati dengan jenis supplement yang anda ambil. Pastikan supplement yang kita ambil dijamin SELAMAT, BERKESAN dan SEMULAJADI. 
Hmm..Mungkin ada yang kata “Lambatnya sakit nak baik, sampai 1-2 minggu. Kalau makan ubat doctor, 2-3 hari je dah baik.”.
Tapi tahukah anda?Kebanyakan pesakit buah pinggang yang terpaksa menjalani DIALISIS, adalah terdiri daripada pesakit DARAH TINGGI, KENCING MANIS, KOLESTEROL yang bertahun-tahun bergantung kepada ubat hospital berasaskan DADAH, atau yang sering makan PARACETAMOL (contoh untuk MIGRAIN, SENGGUGUT).
Puncanya?

BUAH PINGGANG TERBEBAN DENGAN BAHAN ASING yang masuk ke dalam badan pesakit setiap hari dan tertinggal di dalamnya. Memang kebanyakan pesakit dialisis adalah di kalangan mereka yang dah bertahun-tahun bergantung kepada ubat hospital yang diperbuat daripada dadah. Kalau tak percaya, anda boleh refer kepada pusat-pusat dialisis yer.
PERBEZAAN #3
=============
UBAT : Merawat KESAN penyakit atau tanda-tanda sakit. 
 
SUPPLEMENT : Merawat PUNCA penyakit. Mengandungi NUTRISI yang diperlukan sel badan setiap hari. 
UBAT berasaskan dadah kebanyakannya cuma menutup dan mengubati kesakitan. Sedar tak? Takde penyakit yang berpunca daripada kekurangan apa-apa ubat dalam badan.
Contohnya bila kita sakit kepala ambil Paracetamol. Sakit kepala tu bukan berpunca daripada kekurangan Paracetamol dalam sistem badan kita kan? Tapi cuma untuk hilangkan kesakitan je. Jangan gatal nak ambil ubat bila tak sakit yer, nanti dapat penyakit lain pulak jadinya. Hehe..
Tapi berbeza dengan supplement, ia mengandungi segala protein, vitamin, minerals yang PERLU ADA UNTUK SEL-SEL DALAM BADAN BERFUNGSI DENGAN BAIK.
Kalau badan kurang vitamin, kita boleh sakit atau kurang sihat dari segi fizikal dan emosi.
Contohnya kalau kita selalu demam selesema, ia kemungkinan besar disebabkan badan kita kurang VITAMIN C. So kita rawat lah daripada PUNCA penyakit tu, iaitu makan supplement VITAMIN C untuk menampung kekurangan tu. InsyaAllah, ia dapat mengelakkan sakit yang sama berulang kembali.
Dan sekali diingatkan yer, supplement ni BUKAN PENGGANTI MAKANAN. Tapi ia adalah PELENGKAP makanan kita setiap hari. Sebab itu supplement sebaiknya di makan bersama makanan seharian supaya ia lebih mudah diserap dan lebih berkesan.
Ia bertindak perlahan-lahan dalam jangka masa panjang untuk mengisi lompong-lompong nutrient yang kurang dalam badan kita.
SAMPAI BILA KENA MAKAN SUPPLEMENT NI??!!
Sebenarnya, ia terpulanglah kepada apa yang kita makan setiap hari.Kalau kita boleh pastikan setiap hari makanan yang kita masak atau beli tu cukup keperluan vitamin, minerals yang diperlukan macam dalam Piramid Makanan di bawah, mungkin kita tak perlukan supplement.
perbezaan ubat dan supplement
Amacam, cukup tak portion makanan kita setiap hari macam yang disarankan? Kalau kita kerap makan Fast Food dan Processed Food, biasanya memang tak cukuplah macam ni kan…Huhu..
Sebenarnya, selain makanan, banyak lagi faktor lain yang boleh merosakkan badan kita. Contohnya persekitaran yang dipenuhi pencemaran udara, asap rokok sekunder, radiasi, gaya hidup yang sibuk dan stress berpanjangan.
So supplement sebenarnya membantu juga untuk mengatasi masalah disebabkan faktor-faktor di atas tu untuk jangka masa panjang. Sebelum kita TERPAKSA makan macam-macam ubat dadah lepas dah kena penyakit, tak salah kita amalkan supplement untuk pastikan badan kita cukup vitamin dan minerals. Betul ke betul? winking
Kita tengok contoh Tun Mahathir Mohamad. Kalau anda nak tahu, beliau adalah pengamal suppplement sejak muda lagi. Sekarang Tun dah pun berumur hampir 90 tahun. Cuba bandingkan diri beliau (dari segi fizikal dan pemikiran) dengan atuk kita yang sebaya yang tak mengamalkan supplement. Hmm..nampak jelas perbezaannya?
ADAKAH SUPPLEMENT BOLEH BERI KESAN KEPADA KESIHATAN?
Jawapannya YA, kalau supplement yang anda ambil tu diperbuat daripada bahan SINTETIK atau bahan kimia. Boleh lihat beza supplemen sintetik dan semulajadi di sini ya.
Jadi harapnya penerangan ni dapat memberi penjelasan perbezaan ubat dan supplement ya.

Kami ialah PENGEDAR SAH SHAKLEE anda di Bandar Saujana Putra! Sila SMS/ WhatsApp ke +6010-4289601 (Hanis) untuk self pick-up di Bandar Saujana Putra.

Your Shaklee Independent Distributor
Hanis Amin
♥ SMS | WhatssApp : 010-4289601
♥ Shaklee ID : 837662
♥ FB Page : http://www.facebook.com/HanisHealthyLife
♥ Email : hanisamin@gmail.com

**Nak daftar sebagai ahli Shaklee? Hanya dengan SATU KLIK.

Adakah maltodextrin tidak baik untuk kesihatan?

Assalamualaikum..

Pernah dengar perkataan maltodextrin? Cuba cek label makanan di rumah sama ada makanan atau minuman, kebanyakannya memang mengandungi maltodextrin.

maltodextrin tidak baik untuk kesihatan

Apa itu maltodextrin?

Maltodextrin adalah serbuk putih sering digunakan dalam makanan yang diproses sebagai pemekat atau pengisi kerana ia agak murah, dan juga dalam farmaseutikal sebagai agen mengikat. Ia juga terkandung dalam buah-buahan dalam tin, makanan ringan, bijirin, pencuci mulut, puding segera, sos, dan kuah salad. Oleh kerana ia mengandungi kurang kalori daripada gula, ia juga ada di dalam pengganti gula.

Maltodextrin biasanya digunakan dalam jumlah yang kecil dan tidak mempunyai kesan penambahan dari segi jumlah protein, lemak, karbohidrat, atau serat kepada makanan. Walaupun maltodekstrin diproses dan ia bukan perkara yang sihat untuk dimasukkan ke dalam badan kita, sekurang-kurangnya kita tahu ia diperbuat daripada makanan sebenar, bukan bahan kimia jahat. (sumber)

 

Oklah, pening baca banyak-banyak. Dalam bahasa ringkasnya maltodextrin dari makanan seperti jagung, kentang, gandum. Tapi yang penting kena tau sumber tu dari GMO atau non-gmo. Ia cara semulajadi untuk ikat bahan-bahan dalam makanan untuk bergabung. Dan juga sebagai perisa semula jadi. (sumber, page 8)

Maltodextrin ni bagus ke tak bagus?

Read the rest of this entry »

Benarkah ESP penyebab cyst?

Assalamualaikum.. Banyak betul isu hangat tentang Shaklee kebelakangan ni. Baru-baru ini saya dapat soalan dari gambar di bawah, dan ada yang bertanya betul ke ESP penyebab cyst? Bagaimana pula dengan GLA Complex? ESP penyebab cyst   Makanan apa pun, bila disuntik hormon atau diberi baja/makanan yang mempercepatkan pembesaran memang membahayakan. Ini kerana ia ‘dipaksa’ membesar sebelum waktunya. Sebab tu sekarang semakin banyak penyakit pelik-pelik yang muncul. Terlampau banyak makanan segera dan diproses. Bahan mentah pula dah tak berapa asli, diberi macam2 untuk mempercepatkan tumbesaran.

Berbalik kepada persoalan, adakah ESP penyebab cyst? Atau adakah ESP membantu tumbesaran cyst?

Allah jadikan setiap benda itu ada kebaikannya. Bukan salah soya yang Allah ciptakan tu, tapi mungkin salah semasa pemprosesan. Sangat penting untuk memilih soya yang ditanam secara semula jadi tanpa bahan kimia dan pemprosesan yang selamat. Untuk lebih lanjut, boleh baca

Penting pilih soya yang dibasuh dengan air

Ciri-ciri keistimewaa ESP :

Read the rest of this entry »

Eksperimen : Vita lea merosakkan buah pinggang?

Assalamualaikum..

Baru-baru ini saya dapat kiriman gambar di bawah dari seorang rakan. Gambar tersebut yang dilakukan oleh salah seorang pengedar syarikat U membandingkan produk U dengan produk-produk lain. Hasilnya epal produk U kekal cantik manakala 2 lagi produk menghitamkan epal. Jadi, adakah benar vita-lea merosakkan buah pinggang?

Vita lea merosakkan buah pinggang

 

Adakah bahan dalam setiap produk itu sama? Adakah setiap produk mempunyai fungsi yang sama untuk dibandingkan?

Jom, kita ikuti pula hasil eksperimen rakan saya Puan Yana dari Vitamin Kita.

Puan Yana menggunakan 4 jenis produk Shaklee iaitu Garlic, Vitamin C Chew, SR Vitamin C dan Vita lea. Satu lagi cawan tidak diletakkan apa-apa, hanya air dan epal. Tak perlu dibandingkan dengan produk lain, yang mungkin kita tak pasti tentang kandungannya. Tapi kami yakin dengan Shaklee dan lebih tahu tentang produk Shaklee. Jadi, jom kita lihat hasilnya. (Gambar dan hasil eksperimen diambil dengan kebenaran Pn Yana)

Apa yang terjadi selepas 7 jam?

Read the rest of this entry »

Assalamualaikum..

 

Dah beberapa lama dari sebelum saya menjadi distributor Shaklee sehingga sekarang, saya sering mencari-cari kalau-kalau ada kesan buruk supplemen Shaklee. Risau la juga kan untuk kesan jangka panjang mahupun pendek. Hasil pencarian saya sama ada dalam web di Malaysia mahupun luar negara, saya BELUM menjumpai sebarang kesan buruk. Yang ada saya jumpa, hanya pihak-pihak yang kurang berpuas hati kerana produk Shaklee tiada di pasaran meluas dan menggunakan sistem MLM.

Tapi berbalik semula kepada niat Dr Shaklee yang menjadikan produk Shaklee ini dipasarkan melalui sistem MLM adalah untuk mendidik(educate) pengguna dan distributor(tentunya!). Bukan sekadar ambil tanpa ilmu. Tetapi ia perlu diambil dengan ilmu. Kenapa perlu supplemen ini, apa kesan kekurangan vitamin itu dan sebagainya.  Bukan ambil hanya sekadar ikut-ikutan.

shaklee quote

Jika beli produk di farmasi, siapa yang akan memantau anda? Siapa yang boleh anda refer semula? Mungkin agak sukar kan.

Shaklee juga dah lebih 50 tahun di US dan lebih 20 tahun di Malaysia. Ada yang dari kecil dah mula ambil kerana ibunya beli dan sehingga dewasa masih kekal dengan Shaklee. Pada pemikiran saya, kalau produk ini tak bagus dan datangkan kesan buruk tentu ianya tidak bertahan lama. Dan tentu kesannya dah dapat dilihat dalam masa 50 tahun ini.

Ada juga yang komen produk MLM ni mahal. Betul ke mahal?

Produk Shaklee boleh digunakan satu hingga 6 bulan. Mungkin masa nak keluarkan pertama kali tu terasa mahal tapi berbaloi sebab tahan lama. Contohnya multivitamin Shaklee iaitu Vita lea. Sebotol hanya RM88.75 untuk harga pasaran dan ada 120 biji. Jadi sebiji hanya lebih kurang 74 sen. Ada produk di farmasi dengan harga lebih murah tapi sebotol mungkin 30 atau 60 biji sahaja. Dan menggunakan vitamin sintetik.

Alhamdulillah sehingga ke hari ini, saya masih meyakini produk Shaklee kerana produknya yang berkesan. Malah turut membantu ramai ibu-ibu terutamanya menjana pendapatan tambahan.

shaklee-selamat-edit

 

Jom cuba dan rasai perbezaannya!

 

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.

 

Your Shaklee Independent Distributor
Hanis Amin
♥ SMS | WhatssApp : 010-4289601
♥ Shaklee ID : 837662
♥ FB Page : http://www.facebook.com/HanisHealthyLife
♥ Email : hanisamin@gmail.com

Assalamualaikum..

Saya takutlah nak makan B Complex sebab asyik lapar je lepas makan B Complex.

Eh, B Complex ni menggemukkan kan. Takutlah nak makan.

Pernah dengar kata-kata di atas?

Ya, memang benar. B Complex yang tidak lengkap akan menaikkan selera makan yang berlebihan. Setiap kumpulan B ini mempunyai fungsi yang tertentu. Bila diambil lengkap 8 kumpulan ini, akan saling melengkapkan  keperluan B dalam tubuh kita.

Kekurangan vitamin B1 untuk akan menyebabkan glukos dan karbohidrat hanya tersimpan dalam badan. Apabila ia berterusan, ia akan menjadi salah satu punca berat badan bertambah, kegemukkan dan hilang bentuk tubuh badan yang asal.
B6 sangat penting dan diperlukan untuk penukaran glikogen (tenaga yang tersimpan) kepada glukos (gula dalam darah).

B Complex yang lengkap mengandungi 8 kumpulan vitamin B. Jom kita tengok fungsinya satu persatu
1) B1 – Thiamin
Thiamin membantu untuk menukar glukosa kepada tenaga dan mempunyai peranan dalam fungsi saraf.

2) B2 – Riboflavin
Riboflavin terlibat terutamanya dalam pengeluaran tenaga dan membantu visi dan kesihatan kulit.

3) B3 – Niacin
Niacin adalah penting untuk badan untuk menukar karbohidrat, lemak dan alkohol ke dalam tenaga. Ia membantu mengekalkan kesihatan kulit dan menyokong sistem saraf dan penghadaman. Tidak seperti vitamin B yang lain, niasin sangat stabil dalam haba dan sedikit hilang dalam masakan.

4) B6 – Pyridoxine
Pyridoxine diperlukan untuk protein dan metabolisme karbohidrat, pembentukan sel-sel darah merah dan bahan kimia otak tertentu. Ia mempengaruhi proses otak dan pembangunan, fungsi imun dan aktiviti hormon steroid.

5) Folic acid (B9)
Folat diperlukan untuk membentuk sel-sel darah merah yang membawa oksigen ke seluruh tubuh. Ia membantu perkembangan sistem saraf janin, dan juga sintesis DNA dan pertumbuhan sel. Wanita mengandung memerlukan makanan yang kaya dengan folat.

Jika merancang untuk hamil, anda perlu mengambil makanan tambahan atau makan makanan yang diperkayakan (vitamin ditambah kepada makanan diproses). Ini adalah penting untuk mengurangkan risiko seperti spina bifida pada bayi. Asid folik adalah bentuk sintetik folat dan digunakan secara meluas dalam makanan tambahan dan makanan yang diperkayakan.

6) B12 – Cobalamin
Vitamin B12 membantu untuk menghasilkan dan mengekalkan myelin sel-sel saraf sekitar, keupayaan mental, pembentukan sel darah merah dan pemecahan sesetengah asid lemak dan asid amino untuk menghasilkan tenaga. Vitamin B12 mempunyai hubungan yang rapat dengan folat, kerana kedua-dua bergantung kepada lain untuk berfungsi dengan baik.

7) Biotin (B7)
Vitamin ini diperlukan untuk metabolisme tenaga, sintesis lemak, asid amino metabolisme dan sintesis glikogen.

8) pantothenic acid (B5)
Asid Pantothenic diperlukan untuk diuraikan oleh karbohidrat, protein, lemak dan alkohol serta mengeluarkan sel-sel darah merah dan hormon steroid.

(sumber)

Shaklee B complex

BCom1

B Complex Shaklee menawarkan vitamin B yang lengkap, mengandungi 8 jenis vitamin B bagi membantu memelihara kesihatan yang baik.

•    B1, B2, B3, B6, biotin dan asid pantotenik membantu badan menukarkan protein, lemak dan karbohidrat kepada tenaga.*

•    Asid folik dan B12 membantu dalam pembentukan sel-sel darah merah di dalam tubuh.  Jumlah asid folik yang
mencukupi dalam diet harian membantu mencegah kecacatan tiub neural bagi wanita yang merancang kehamilan sebelum konsepsi dan semasa 12 minggu tempoh kehamilan bagi dos harian sebanyak 400 mcg.

*Tiada perasa tiruan, pemanis, pewarna atau bahan pengawet tambahan.

 

 

TIPS:

B-complex Shaklee perlu diambil SELEPAS MAKAN kerana pengambilan B-complex akan meningkatkan metabolisme badan membawa kepada rasa lapar. Maka jika diambil SEBELUM MAKAN, anda berkemungkinan akan makan lebih banyak lagi..

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.

 

Berminat?
Hubungi saya sekarang!!
Your Shaklee Independent Distributor
Hanis Amin
♥ SMS | WhatssApp : 010-4289601
♥ Shaklee ID : 837662
♥ FB Page : http://www.facebook.com/HanisHealthyLife
♥ Email : hanisamin@gmail.com

Assalamualaikum..

Ada yang berkongsikan dengan saya blog Dr Zubaidi yang ditulis pada tahun 2012 tentang bahaya Alfalfa. Antara perenggan yang menarik perhatian ramai seperti di bawah

FDA-editFDA2-edit

 

Jadi, benarkah Alfalfa merbahaya? Anda pasti? Dah ulang baca beberapa kali?

Tidak mengapa, biar saya jelaskan. Oh ya, terima kasih GenkiMomma yang bantu memberi penjelasan berikut :

“Penggunaan Alfalfa secara berpanjangan dalam KUANTITI YG BESAR juga MUNGKIN TIDAK SELAMAT bagi wanita yg hamil dan menyususkan anak”

Dari pemahaman saya, 

(1) “Dalam KUANTITI YG BESAR” – kami hanya cadangkan pengambilan 2-6 biji sehari kepada ibu menyusu, walaupun recommended dose pada botol tertera 10 biji. Anda ambil berapa biji? Saya yakin tak lebih 10 biji kan? Jadi, sudah pastilah TIDAK OVERDOSE.

(2) “Penggunaan Alfalfa secara berpanjangan” – kebanyakan pengguna hanya ambil Alfalfa dengan PENUH KONSISTEN sepanjang menyusukan anak sahaja. Selepas wean-off, ada yang ambil setakat 1-2 biji untuk maitain wellness, dan ramai juga yang tak ambil langsung. Jadi, tidak berlaku “SECARA BERPANJANGAN” di situ.

(3) Dr hanya menulis sebaris ayat tentang penyusuan di situ. Tiada kupasan lanjut tentang efek sebenar dalam penyusuan jika Alfalfa di ambil SECARA BERPANJANGAN dalam KUANTITI YG BESAR. Jadi tiada apa lagi yang boleh saya cerahkan dalam ayat ini. Kenyataan “MUNGKIN TIDAK SELAMAT” di sini tidak bererti Alfalfa tidak selamat. Ia hanya “MUNGKIN“.

(4) Dr ada menyatakan bahawa, “FDA mengatakan Alfalfa yg dihasilkan dari biji benih Alfalfa BERKEMUNGKINAN TIDAK SELAMAT”. 

Untuk pengetahuan SEMUA, kebanyakan alfalfa yang didapati di supermarket adalah alfalfa sprout (biji cambah). Alfalfa lain mungkin ditanam dengan kaedah yang tak mementingkan teknologi hijau. 

TETAPI, Alfalfa Shaklee diperbuat dari daun alfalfa bermutu tinggi yang ditanam di California, USA – ditanam tanpa pertisid, racun kulat, bacteriosides, hormon sintetik dan bahan kimia. 100% natural!

 

Masih ragu-ragu? Terpulang pada anda untuk membuat pilihan. happy

Bagi yang ingin mencuba, promosi Alfalfa masih berlansung sepanjang Januari 2014.

Berminat?

SMS/WhatsApp : 010-4289601

email : hanisamin@gmail.com  

Assalamualaikum..

Ramai yang salah faham tentang supplemen, malah tak boleh dengar perkataan supplemen. Ini kerana mereka tidak memahami hakikat supplemen sebenarnya. Apa kata kita tambah sedikit lagi pengetahuan tentang supplemen dari Mommy Lyna..

1. Membandingkan suplemen vitamin dengan makanan

Makanan adalah makanan, suplemen adalah suplemen iaitu makanan tambahan. Pengambilan suplemen tidak bermakna anda tak perlu makan, atau boleh makan makanan rapu. Suplemen adalah MAKANAN TAMBAHAN untuk menambah baik pemakanan sihat anda.

Walau anda mengambil vitamin dari A sampai Z pun, anda harus makanan makanan sihat.

2. Tidak mengetahui hakikat suplemen yang sebenar

Suplemen, makanan tambahan, merujuk kepada semua makanan kesihatan yang BUKAN makanan utama. Suplemen bukan tertakluk kepada vitamin dalam bentuk pil sahaja, malah semua sekali termasuk jamu, minuman tenaga dan sebagainya.

Suplemen yang berbahaya boleh jadi suplemen dari bahan sintetik, atau ‘suplemen’ dari bahan2 yang tidak diketahui sumbernya.

3. Keperluan suplemen bukan pilihan

Kita boleh makan sayur dan buah berkilo-kilo setiap hari. Tapi tahukah anda khasiat buat hari ini tidak sama dengan 30 tahun lepas, di mana tanah pertanian mengalami kekurangan sumber galian. Tambahan pula proses pemetikan yang mengurangkan khasiat buah-buahan dan sayur itu sendiri.

Tahukah anda buah-buah dipetik semasa belum masak? Tahukah anda bahawa buah yang belum masak tidak mempunyai nilai nutrien yang optimum?

Seperti seorang bayi pramatang, dia perlukan pelbagai support kerana tubuhnya masih belum mampu untuk bekerja dengan sendiri. Begitu juga dengan buah-buahan yang kita makan.

4. Semua penyakit bermula dari perut

Hakikatnya, kita bukan saja makan makanan kurang berkhasiat (makan rapu, fastfood) tapi kurang nutrisi dibandingkan zaman datuk nenek kita dulu. Makanan kita sudah tidak mampu untuk ‘cover’ radikal bebas yang terhasil dalam setiap tindakbalas sel, ditambah pula ia semakin rancak dengan pencemaran yang kita sedut setiap hari.

Jadi kita perlu makan antioksidan bagi mengurangkan gejala ini.

5. Suplemen vitamin bukan ubat

Ubat kita makan semasa sakit, vitamin kita makan semasa sihat. Suplemen vitamin adalah pencegahan untuk pelbagai penyakit. Bila dah sakit, makanlah vitamin apa pun, anda takkan sembuh dengan cepat, sebab vitamin tindakannya perlahan..


6. Vitamin Sintetik vs Vitamin Semulajadi

Adakah semua vitamin sama? Tidak. Badan kita memerlukan sumber makanan untuk ia bertindakbalas dan mengambil kebaikan darinya. Pengambilan vitamin sintetik ( bukan dari sumber makanan) memberi kesan tidak elok kepada tubuh dalam jangkamasa yang lama.

Oleh itu pilihlah vitamin semulajadi, yang dibuat dari bahan-bahan makanan agar tubuh kita dapat menggunakannya dengan optimum dan tidak mendatangkan mudarat di masa depan.

Tanya diri anda, adakah anda sudah bijak menilai suplemen vitamin?

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.
Berminat?
Hubungi saya di hanisamin@gmail.com atau SMS ke 010-4289601 (Hanis) untuk konsultasi mahupun maklumat lanjut.

Assalamualaikum…

Lagi cerita tentang Gout…

Ada yang mengatakan pesakit Gout tak boleh ambil vitamin C. Betul ke?

Sebenarnya, kajian menunjukkan pengambilan 1500mg Vitamin C dari supplemen dan pemakanan, mengurangkan 45% risiko gout. Walau bagaimanapun, pengambilan Vitamin C yang terlampau banyak mungkin akan mengakibatkan beberapa masalah.

1. Vitamin C adalah uricosuric semulajadi, yang bermaksud bahawa ia membantu buah pinggang menyingkirkan asid urik. Walau bagaimanapun, ia akan menyebabkan peningkatan asid urik dalam buah pinggang dan air kencing yang boleh meningkatkan risiko batu karang.

2. Vitamin C juga adalah asid askorbik. Pengambilan Vitamin C yang berlebihan boleh menyebabkan air kencing menjadi lebih berasid yang ketara boleh meningkatkan risiko batu karang.

Ia boleh dikurangkan dengan pengambilan air masak yang mencukupi. Walau bagaimanapun, saya cadangkan ambil 500mg-1000mg sehari sahaja. Pesakit gout yang hendak mengambil lebih dari 1000mg sehari disarankan berbincang dengan doktor terlebih dahulu.

Apa keistimewaan Vitamin C Shaklee?

  • Pelepasan perlahan-lahan – 100mg setiap jam selama 5 jam (sustained release)
  • Bio-flavonoid C complex- meningkatkan penyerapan Vitamin C menghalang daripada dirosakkan oleh pengoksidaan dalam badan
  • Sumber terbaik – Rose hip
  • 1 biji mengandungi mengandungi 500mg vitamin C seperti mengambil 7.5 biji oren segar

 

sumber : http://www.beatinggout.com/2009/03/vitamin-c-and-gout/

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.

 

Hubungi saya di hanisamin@gmail.com atau SMS ke 010-4289601 (Hanis) untuk konsultasi mahupun maklumat lanjut.

Assalamualaikum..

Sejak Shaklee semakin banyak mendapat hati dikalangan rakyat malaysia terutama golongan ibu-ibu, banyak betul mitos tentang supplemen yang keluar. Baru-baru ini, kami dikejutkan dengan berita di bawah pula.

Jom baca tulisan Kak N dari AnakkuWiraku.

Masih saya ingat satu video yang pernah saya tonton…dalam video tersebut dinyatakan bermula 2011 seterusnya manusia lebih banyak hidup dalam tekanan, maka pengambilan supplement adalah salah satu cara yang disarankan untuk mengatasinya selain memastikan keperluan rohani dipertingkatkan.

Maka bagi mereka yang oppurtunist, pastinya mengambil ini satu peluang perniagaan dengan menghasilkan supplement mereka sendiri. Maka sampai satu peringkat kita dapati lambakan supplement dalam pasaran sehingga membuatkan manusia keliru untuk memilihnya.

Tidak perlu pergi jauh, memadai kita melangkah masuk satu farmasi….dan kita mula bertanya, saya perlukan vitamin C…pasti kita ditunjukkan dengan pelbagai jenama vitamin C. Bagi penjual yang pentingkan keuntungan, pasti mengesyorkan vitamin c yang mahal yang kononnya setanding dengan kualiti. Namun tidak dijelaskan mengapa dengan lebih lanjut. Sedangkan vitamin c yang bagus adalah jenis pelepasan masa kerana ia adalah vitamin larut air.

Pernahkah anda terlintas….Apakah sebenarnya vitamin yang selamat di ambil?

Sebagai pengamal tegar supplement selama 12 tahun , saya memilih Shaklee kerana :

  • Dr Forest C Shaklee adalah orang pertama yang menghasilkan Vitalized Mineral yang kini digelar VITAMIN.
  • Vitamin Shaklee adalah asli, tiada pewarna, pengawet malah perasa tambahan.
  • Vitamin Shaklee tiada silika gel dengan ini membantu penyerapan dengan lebih baik.

UJI Vitamin anda. 

Cuba anda ambil sebiji multivitamin yang sedang anda amalkan….genggam selama 5 minit, jika anda dapati tangan anda melekit serta warnanya melekat dengan tangan anda, maka saya sarankan anda memilih vitamin yang lebih baik.

Vitamin yang sintetik biasanya mengandungi silika gel, pewarna, perasa dan pengawet tambahan….bahan-bahan ini boleh memudaratkan kesihatan kerana tubuh kita hanya perlukan yang asli.

Hakikatnya pewarna, pengawet dan perasa tambahan ini tidak diperlukan oleh badan dan jika diambil secara berterusan dikhuatiri boleh memudaratkan kesihatan.

Kesihatan itu sangat mahal…maka amalkan pengambilan supplement dengan ilmu dan  bukan kerana trend semata-mata.

Keunikkan Shaklee

1. ENERGIZING SOY PROTEIN
· Sumber terbaik daripada kacang soya
· Mengandungi protin lengkap (9 essential amino asid)
· Protin mental
· Kolesterol “0” serta rendah lemak
· PER(Protein Efficiency Ratio) yang tinggi – 2:5
2. VITA-LEA
· Mengandungi 12 vitamin dan 7 Galian pada kadar yang seimbang
· Larutan yang cepat (17 minutes disintegration time)
· Folic Acid dan Biotin 100%
· 2 biji membekalkan 600 mg calcium
· Diuji oleh 48 saintis selama 198 jam bagi setiap ‘batch’3. VITA -C 500 mg SUSTAINED RELEASE
· Pelepasan perlahan-lahan – 100mg setiap jam selama 5 jam
· Bio-flavonoid C complex
· Sumber terbaik – Rose hip
· 1 bij mengandungi vitamin C seperti mengambil 7.5 biji oren segar

4. B-COMPLEX
· Sumber terbaik – Torula dan Brewers Yeast
· Mengandungi 8 jenis vitamin B
· 100% Folic Acid dan 100% Biotin
· Tidak mengandungi pewarna tiruan

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.

 

Berminat?

 

Hubungi saya di hanisamin@gmail.com atau SMS ke 010-4289601 (Hanis) untuk konsultasi mahupun maklumat lanjut.


Translator
Translator Plugin
Ayat seribu dinar
Ahlan wasahlan…
Assalamualaikum & selamat sejahtera

Selamat datang ke Hanis Healthy Life. Hanis Amin adalah pengedar Shaklee yang sah, yang juga pengguna kepada produk Shaklee.

Untuk sebarang pertanyaan, hubungi kami di
email : hanisamin@gmail.com
sms/WhatsApp : +6010-4289601

Terima kasih.

Hazu Enterprise (SA0175455-W)

Set Istimewa untuk anda!

Breastfeeding Set
(Set Penyusuan)

Testimonial : KLIK SINI

==========================

Confinement Set
(Set Berpantang)

Testimonial : KLIK SINI

==========================

Skin Care Set
(Set Penjagaan Kulit)

Testimonial : KLIK SINI

==========================

Healthy Weight Set
(Set Berat Badan Sihat)

Testimonial : KLIK SINI

==========================

Baby & Children Health
(Kesihatan Bayi & Kanak-kanak)

Informasi


Sertai kami di Facebook!


Ada pertanyaan atau komen?