Order sekarang!


atau SMS/WhatsApp/Telegram :

010-4289601 (Hanis)

Best selling!!
Dapatkan info terkini segera..

* Setiap testimoni yang tertulis dalam laman web ini adalah pengalaman dari pelanggan sendiri dan hasil dari setiap pelanggan mungkin berbeza antara satu sama lain. Namun ini tidak bermakna vitamin ini boleh mengubat atau menyembuhkan penyakit. Sila konsult dengan pengedar anda untuk lebih lanjut.

PERHATIAN : Konsultasi selepas pembelian produk dan jadual pengambilan adalah khas untuk pelanggan kami sahaja. Sila rujuk pengedar anda untuk jadual pengambilan & kosultasi selepas pembelian. Terima kasih.
Free Palestine, Pray 4 Syria
Tabung Kecemasan Gaza Aqsa Syarif di sini :
http://on.fb.me/1jlP2li
Akaun Maybank Islamic : 551575-004299
akaun Bank Islam : 1209-20100-34904
email : projects@aqsasyarif.org.my

Tabung Kasih Ummah Syria
Bank Islam Malaysia Berhad
120290 100 63512
(Pertubuhan IKRAM Malaysia)
email : i4syria315@gmail.com

Mom’s Talk

Assalamualaikum…

Tahun depan anak sulungku Muadz dah nak masuk darjah 1. Benda yang paling risau adalah untuk kejut bangun pagi. Sekarang ni pun kadang-kadang agak liat untuk bangun pagi. Dah bangun kadang termenung dalam tandas. Si kakak Zilal pun sama, ditambah lagi dengan manjanya. Rasa dulu ada baca tips cara kejut anak bangun pagi. Tapi biasalah manusia cepat lupa. Jadi tulis semula di sini untuk ingatkan diri sendiri.

Tak seronok sebenarnya bila bangun-bangun nak marah-marah. Tapi kadang sebenarnya mak ayah yang terbangun lambat. Bila kelam-kabut tak pasal-pasal anak jadi tempat kena marah. Jadi, sebelum nak amalkan tips ni, penting untuk mak ayah sendiri bangun awal supaya lebih bertenang untuk kejut anak-anak.

# PERSEDIAN SEBELUM TIDUR

  • Seeloknya makan malam lebih awal supaya anak-anak boleh tidur lebih awal. Makan malam yang lewat dan berat sebelum waktu tidur boleh menggangu tidur dan membuatkan anak anda lebih susah untuk bangun di pagi hari.
  • Sesetengah pertarungan untuk bangun awal pagi adalah berpunca daripada tidur pada lewat malam. Hadkan penggunaan gadjet mahupun televisyen yang boleh melekakan anak-anak sehingga berjaga ke larut malam.
  • Siapkan juga kelengkapan untuk esok pagi seperti kerja sekolah, alatulis, pakaian sekolah, beg sekolah dan sebagainya dengan lebih awal. Bila semua sudah sedia, urusan pada waktu pagi insya Allah akan berjalan dengan lebih lancar.

Alhamdulillah, yang ini rasanya semua ok. Kecuali kelengkapan sekolah, kadang tak sempat nak siapkan malam-malam sebab si kecik dah meragam.

# TIDUR DENGAN BAHAGIA

  • Berikan motivasi sebelum tidur. Cetuskan keghairahan dengan cerita-cerita persekolahan yang menaikkan semangat mereka untuk seronok pergi ke sekolah. Beri dorongan dengan menjelaskan bahawa guru-guru dan kawan-kawan pasti tertunggu-tunggu kehadiran mereka di sekolah esoknya. Dan guru-guru suka siapa yang datang awal pagi ke kelas.
  • Sebelum tidur, pesanlah untuk mereka baca doa sebelum tidur beserta surah Al-Muawwizat (3 Qul).
  • Elakkan konflik sebelum tidur. Jika ada, selesaikan dengan segera. Pujuk anak dan terus bermaaf-maafan. Berikan pelukan dan ciuman pada si manja sebelum mereka tidur. Pastikan mereka tidur dalam keadaan gembira dan mencium tangan ibuayah terlebih dahulu sebelum mereka lena dibuai mimpi.
  • Ketika mereka dalam zon separa sedar (tidur-tidur ayam), selitkan juga doa ibuayah dan programkan minda si manja untuk mereka mudah bangun awal untuk ke sekolah.
  • Pastikan anak-anak tidur dalam suasana aman, jauh dari gangguan dan kebisingan. Jika memasang rakaman bacaan Al Quran semasa anak-anak tidur, minimakan kelantangan bunyinya.

# KEJUTKAN DENGAN KASIH-SAYANG

  • Beri salam kepada anak yang sedang tidur. Gunakan nada suara yang lembut, bukan suara yang tinggi seperti, “Assalamualaikum anak soleh. Bangun sayang, anak ibu ni suka bangun awal”.
  • Gerakkan mereka dengan sopan, bukan agresif. Sentuh hujung ibu jari kaki mereka dan goyangkan perlahan-perlahan. Jangan direntap ibu jari kaki mereka, kelak mereka menyimpan dendam.
  • Elakkan mengetuk pintu bilik mereka dengan keterlaluan sehingga menyebabkan anak bangun dalam keadaan terkejut dan ketakutan.
  • Kejut anak secara berperingkat. Jangan terus disimbah air ke atas mereka. Kejut, biarkan sekejap kemudian kejut sekali lagi. Jangan terlalu memaksa.
  • Panggil nama mereka dengan lembut dan teruskan menggoyang kakinya. Jika masih belum sedar, kuatkan sedikit suara dan goyang badannya.Teruskan memanggil namanya dan panggillah panggilan yang baik. Kejutkannya sambil memujinya : “Bangun sayang, anak umi yang baik, anak umi yang soleh, anak umi yang rajin. Anak ummi ni senang bangun. Ummi kejut, terus bangun.”
  • Sebaik saja anak bangun, terus berikan anak anda ganjaran ciuman dan pelukan supaya timbul rasa gembira pada diri mereka untuk bangun tidur. Usap kepalanya sambil bercakap dengan lembut agar si manja terus mandi, solat subuh dan bersegera ke sekolah untuk menjadi anak yang bijak pandai.
  • Berilah ganjaran dari sudut pujian dan galakan apabila si manja memberikan kerjasama yang baik untuk bangun tidur di awal pagi sebelum ke sekolah. Hargailah setiap perkembangan mereka, teruskan mendorong dan berdoa.

Dari sudut segi psikologi, jika seorang anak itu dikejut dengan herdikan atau pukulan, maka minda separa sedar akan diaktifkan sedikit demi sedikit untuk membenci dan berdendam dengan orang yang membangunkan itu. Seandainya rutin setiap dinihari kita mengejutkan anak-anak dengan cara yang kurang beradab, maka sebenarnya kita telah menyalakan api kebencian yang bahaya dalam minda separa sedar anak itu. Oleh itu, elakkanlah perbuatan yang DILARANG sewaktu mengejutkan anak bangun dari tidur seperti :

  1. DILARANG meninggikan suara.
  2. DILARANG menggunakan kata-kata kesat atau makian.
  3. DILARANG menepuk dengan pukulan kasar atau kuat.
  4. DILARANG menyimbah air.
  5. DILARANG membebel berterusan tanpa henti.

Semoga ummi dan ayah diberi kekuatan untuk lebih sabar dalam mengejutkan anak-anak bangun tidur.

Sumber : http://www.excelqhalif.com/2015/01/19/teknik-taktik-kejut-anak-bangun-pagi/

Shopping dapat duit!

Siapa yang nak shopping tapi dapat duit? Ada ke yang tak nak? Biasa shopping mestilah keluarkan duit kan. Ni boleh dapat duit pulak. Lagi-lagi yang suka online shopping.

Anda suka shopping di Lazada, Groupon, Zalora, Tesco Online, AirasiaGo, Agoda dan macam-macam lagi? Haa…sekarang ni boleh shopping sambil dapat duit di SHOPBACK.my. Best kan? Saya pun rugi dapat tau lambat. Baru je lepas beli barang kat lazada. Rupanya baru tau boleh shopping dapat duit bila buat pembelian melalui website shopback ni.

shopping dapat duit

Nak redeem, cuma klik redeem dalam akaun cashback dan yang bestnya duit cashback akan terus masuk ke akaun bank kita. Promosi sama sahaja seperti di web asal, cuma bila nak beli kita login ke cashback.my dulu supaya dia dapat track pembelian kita.

Jom shopping!!

Your Shaklee Independent Distributor
Hanis Amin
♥ SMS | WhatssApp : 010-4289601
♥ Shaklee ID : 837662
♥ FB Page : http://www.facebook.com/HanisHealthyLife
♥ Email : hanisamin@gmail.com

**Nak daftar sebagai ahli Shaklee? Hanya dengan SATU KLIK.

 

Minggu Penyusuan Susu Ibu

Bermula dari 1 Ogos sehingga 7 Ogos, diisytiharkan sebagai Minggu Penyusuan Susu Ibu Sedunia atau World Breastfeeding Week (WBW). Tahniah buat ibu-ibu yang berjaya menyusukan bayi. Hanya ibu-ibu menyusu yang memahami kesukaran untuk menyusukan bayi. Jadi, minggu penyusuan susu ibu ini adalah untuk memberi sokongan dan semangat kepada ibu-ibu yang menyusukan bayi supaya teruskan menyusu walaupun pelbagai cabaran terpaksa dihadapi. Selain itu, kempen ini untuk memberi kesedaran kepada para ibu dan bapa bahawa pentingnya bayi disusukan dengan susu ibu terutama sekali sebaik sahaja dilahirkan sehingga 6 bulan pertama tanpa diberikan tamabahan air masak atau sebarang makanan dan diteruskan sehingga 2 tahun (sumber).

Selain tu, semakin banyak hospital-hospital yang menjadi rakan bayi dan membantu penyusuan susu ibu. Sehingga kini, kesemua 127 hospital kerajaan di bawah Kementerian Kesihatan telah diiktiraf sebagai Hospital Rakan Bayi (sumber). Jadi, marilah kita sama-sama bantu memberikan ilmu yang betul tentang susu ibu.

Minggu penyusuan susu ibu

Saya bertemu ramai ibu yang  tidak dapat menyusukan bayi dengan alasan :

1. susu takde / susu tak cukup
2. puting tenggelam jadi bayi tak dapat menyusu
3. bayi tak pandai isap susu badan
4. puting sakit bila menyusu jadi tak mahu teruskan

dan pelbagai alasan lain. Cabaran-cabaran di atas sebenarnya boleh diatasi cuma mungkin ibu-ibu tersebut kurang maklumat dan ada salah faham terhadap penyusuan susu ibu. Apatah lagi, sekarang ni kita dimomokkan dengan susu formula yang pelbagai jenis yang kononnya dilengkapi dengan pelbagai nutrisi.

Ada juga ibu yang merasakan beri susu formula lebih mudah. Memang benar. Bagi susu formula, kita tak perlu

1. pam dan simpan susu
2. pastikan susu ibu sentiasa cukup
3. bayi melekat dengan kita sebab sesiapa pun boleh bagi susu pada bayi dan bila besar sikit boleh pegang botol susu sendiri

Tapi….Susu Ibu inilah SUSU TERBAIK TAU! Satu-satunya benda yang ibu boleh berikan dari dalam badannya ke dalam badan anak sendiri selepas dilahirkan. Semua ibu pun insyaAllah boleh buat. Tak perlu melalui apa-apa pembedahan pun. Nampak tak kuatnya ikatan ibu dan anak tu?

Jika ada ibu yang tak boleh menyusukan bayi (bukan tak nak ye) atas sebab kesihatan, jangan sedih. Allah tahu apa yang terbaik.

Jika ada ibu yang tak dapat susukan anak pertama (mungkin sebab salah faham/kurang ilmu), jangan sedih.  Jom kita sama-sama tambah ilmu dan usaha untuk susukan anak seterusnya.

Kami ialah PENGEDAR SAH SHAKLEE anda di Bandar Saujana Putra! Sila SMS/ WhatsApp ke +6010-4289601 (Hanis) untuk self pick-up di Bandar Saujana Putra.

Your Shaklee Independent Distributor
Hanis Amin
♥ SMS | WhatssApp : 010-4289601
♥ Shaklee ID : 837662
♥ FB Page : http://www.facebook.com/HanisHealthyLife
♥ Email : hanisamin@gmail.com

**Nak daftar sebagai ahli Shaklee? Hanya dengan SATU KLIK.

Cara bagi bayi makan dengan betul

Hari tu ada janji nak bagi tips cara bagi bayi makan dengan betul seperti yang diajar oleh pakar di Hospital Shah Alam kan. Ok, so inilah dia. Tips ni untuk bayi yang baru nak belajar makan, dalam umur 6-8 bulan macam tu. Cara bagi bayi makan dengan betul ni supaya anak tak tersedak dan trauma masa makan. Sebab banyak kes yang hadapi masalah anak tak nak makan kan. Bukan mereka tak nak makan, kadang mungkin cara kita yang tak betul.

Masa bawa Zubair tu, pakar tu tengok je dulu. Kemudian, baru dia kata ‘mari saya cuba, sambil bagi tips-tips ni,. Alhamdulillah habis sebekas makanan dia. Sebelum ni tak pernah habis.

So ni Tips Cara Bagi Bayi Makan dengan Betul

1. Makan dalam keadaan baring dan kepala ditinggikan.

Pergerakan lidah bayi dan cara dia menelan lebih mudah dengan baring, sebab masa minum susu dah biasa baring kan. Jadi, bila bagi dalam keadaan duduk, bayi mungkin agak sukar untuk menggerakkan lidah untuk menelan. Jadi, bagi dalam keadaan baring tapi jangan lupa tinggikan kepala, sama juga macam ketika minum susu. Sehinggalah bayi dah pandai duduk sendiri.

Nak riba boleh, nak letak di bouncer atas baringkan di bawah pun boleh

Nak riba boleh, nak letak di bouncer atas baringkan di bawah pun boleh

2. Jangan bagi terlalu sedikit

Jika bagi terlalu sedikit, bayi tak dapat kenal apa yang disuap tu makanan dan tidak belajar untuk mengunyah. Bayi ni ada kelebihan telan apa sahaja tanpa kunyah. Sebab tu bila fasa dia dah pandai kutip tu kena hati-hati. Kalau benda kecik-kecik tu dia akan terus masuk mulut dan telan je. Tak dapat nak beza benda yang boleh dimakan atau tidak. Semasa suap, masukkan kesemua bahagian hadapan sudu bayi (yang melengkung tu) bukan hanya hujung sudu. Tapi jangan pula letak banyak sangat, tercekik pula bayi tu.

Guna sudu khas untuk bayi, senang boleh masuk semua

Guna sudu khas untuk bayi, senang boleh masuk semua

3. Jangan asyik lap mulut bayi

Haa..ni ibu-ibu selalu buat kan? Elakkan dari asyik lap mulut bayi sama ada dengan sudu atau tisu atau kain. Kalau comot sikit-sikit biar je. Ini untuk elakkan bayi confuse. Nanti bayi tak tau bila sudu datang nak buka mulut untuk makan atau ibu nak bersihkan mulut je? Sekarang ni tengah makan lagi, atau dah habis masa makan? Kalau terkeluar banyak sangat dari mulut, boleh bersihkan tapi semasa bayi tengah mengunyah sebaik sahaja makanan masuk. Dan jangan buat dengan kerap.

 

4. Jangan tolak bibir bayi

Elakkan dari tolak bibir bayi untuk nak bagi dia makan. Biar dia buka mulut sendiri. Bila kita asyik tolak-tolak dan paksa dia makan, bayi akan rasa proses makan tu sesuatu yang tak seronok. Dan setiap kali proses makan, dia tak mahu makan. Boleh ransang dengan kenakan hujung sudu pada bibir atas bayi. Atau ibu juga boleh ajar dengan sama-sama buka mulut. Yang ni memang ramai yang buat kan? Sambil suap anak, kita pun buka mulut luas-luas dan kunyah sekali.  happy

Biar bayi buka mulut sendiri

Biar bayi buka mulut sendiri

5. Kurangkan trauma

Trauma apa? Trauma ni kalau ada tersedak ke nak tercekik ke, tu semua akan menyebabkan bayi trauma. Masa beri air pun sama, kurangkan trauma dia. Supaya bayi rasa makan ni seronok. ada pelbagai rasa dan warna!

6. Bersabar & terus latih

Peringkat permulaan bayi tak biasa lagi dengan makanan. Mungkin masa suapan pertama dia akan buat muka dan dah tak mahu makan. Tak apa, kita cuba lagi esoknya. Masa tempoh 6-12 bulan, tempoh bayi baru nak kenal makanan. Dari makan makanan yang halus, cair & lembut ke makanan keras, dari makan sekali sehari ke 3 atau 4 kali sehari, dari makan sesuap ke bersuap-suap, dari makan 1 bahan makanan ke makanan yang dicampur 2-3 bahan. Jadi, JANGAN PAKSA ya.

Harapnya entry ni dapat membantu ibu-ibu yang nak bagi bayi mereka makan.

Kami ialah PENGEDAR SAH SHAKLEE anda di Bandar Saujana Putra! Sila SMS/ WhatsApp ke +6010-4289601 (Hanis) untuk self pick-up di Bandar Saujana Putra.

Your Shaklee Independent Distributor
Hanis Amin
♥ SMS | WhatssApp : 010-4289601
♥ Shaklee ID : 837662
♥ FB Page : http://www.facebook.com/HanisHealthyLife
♥ Email : hanisamin@gmail.com

**Nak daftar sebagai ahli Shaklee? Hanya dengan SATU KLIK.

Pengalaman anak kena impetigo

 

Assalamualaikum…

Hari ni nak share pengalaman anak kena impetigo. Impetigo ni jangkitan bakteria pada kulit yang menyebabkan gelembung pada muka atau badan. Boleh baca lanjut tentang impetigo di SINI, saya ada sharekan sebelum ni.

Kisah ni bermula 3 minggu lepas bila Zilal bangun pagi Jumaat nak pergi tadika macam biasa. Nampak kat bawah bibir kanan dia macam ada gelembung besar. Macam melecet pun ada. Ayahnya kata sebab dia selalu pegang2 bibir masa nak tidur, jadi mungkin luka. Balik dari tadika, tengok gelembung tu dah pecah dan ada macam tompok merah-coklat(macam luka) di bawah bibir dan atas mata. Agaknya sebab cairan gelembung tu terkena ke mata kot. Sabtu tengah hari tengok macam makin banyak pula kesan ‘comot’ tapi tak de gelembung pun. Malam tu baru perasan ada gelembung kecil tepi bibir dan dagu.

Pengalaman impetigo

Sabtu malam

Terus buat keputusan nak bawa ke klinik esoknya. 2 malam tu, dia asyik mengamuk dan menangis je. Agaknya rasa tak selesa kot. Bila tanya gatal ke? Dia kata tak. Bila tanya sakit ke? Dia kata tak, tapi tak mau basuh muka. Bila basuh dia kata sakit. Agaknya pedih bila kena air. Esoknya kami cuba bawa ke klinik Pakar Kanak-kanak, Klinik Adek. Tapi tutup. Yelah, hari ahad kan. Terus decide untuk ke Hospital Shah Alam bahagian kecemasan (sbb ahad Klinik Kesihatan tutup).

Anak dara ni memang susah jumpa doktor. Masuk bilik doktor je dah menangis. Doktor tengok muka (tak pegang lagi) dah menjerit. Akhirnya dalam mengamuk tu kena juga ambil darah sebab doktor nak check. Alhamdulillah juga bawa ke Hospital Shah Alam, dalam masa sejam terus dalam keputusan ujian darah. Kalau klinik swasta, mungkin nak kena datang lain kali untuk tahu result sebab takde lab sendiri. Doktor beritahu darahnya clean, tiada kesan virus. Jadi mungkin kena penyakit Impetigo. Sebelum tu saya dah search, hasilnya yang saya jumpa sama ada impetigo atau herpes. Tapi doktor kata bukan herpes sebab darah clean. Tapi kalau dalam seminggu tak baik juga, bawa semula dan doktor akan check semula.

Doktor minta supaya dia tak ke sekolah dan cuba jauhkan dari abang dan adiknya, takut berjangkit. Katanya impetigo ni boleh juga kena pada orang dewasa tapi biasa orang dewasa ni antibodi kuat untuk lawan bakteria tu. Dan ia tak berjangkit melalui udara, hanya melalui sentuhan. Bila sentuh tempat jangkitan kemudian sentuh benda lain, orang lain yang pegang benda tu boleh terkena juga.

Zilal dapat 4 ubat. Ubat antibiotik, ubat sapu, ubat demam(utk tahan sakit jika perlu), ubat gatal(jika perlu). Doktor bagitau je ubat-ubat tu, ummi dah garu kepala. Anak dara ni sangat sangat sangat la susah makan ubat. Dia pandai kontrol mulut dia supaya ubat tu tak masuk langsung, disamping hikmat tendang, pukul dan meronta yang sangat kuat. Ayah dia pun boleh berpeluh pegang tau! Dari kecik Zilal memang tak pernah sakit. Masa umur 2 tahun lebih baru sakit yang perlukan ubat. Sebelum tu, kalau sakit sikit-sikit memang ummi bagi vitamin Shaklee je. Kejap je dah sembuh.

Tanya doktor tak boleh ke kalau ubat sapu sahaja. Katanya sebab ada kena dekat mulut dan mata, tak boleh sapu kat situ. Jadi kena juga makan antibiotik. Hari Isnin bermula la wrestling bagi makan ubat. Sekali je bagi makan ubat gatal dan tahan sakit tu, yang lain tu bagi antibiotik sahaja sebab tak larat nak paksa dia.

pengalaman impetigo

Hari selasa, dah tak ada gelembung baru

Memang kesian tengok dia masa ni. Zilal sangat suka tengok cermin tapi sepanjang sakit ni langsung dia tak nak tengok cermin. Masa ambil gambar di atas pun dia tak mahu tengok semula gambar dia. Muka dia sedih bila kata ‘jangan cium adik’. Tapi ummi bagi ‘can’ dia baring sebelah adik. Sambil tu, ummi ambil nutriferon dengan doa dan harapan supaya antibodi adik Zubair kuat sikit dan tak terkena jangkitan. Abang Muadz pun ummi bagi nutriferon. Dalam susu Zilal pun ummi campurkan sikit nutriferon. Baju-baju Zilal ummi rendam air panas dan basuh asing.

Pengalaman impetigo

Hari Jumaat – Zilal dah cantik cuma comot sikit sebab baru lepas makan

Alhamdulillah, hari Jumaat muka Zilal dah bersih, cuma tinggal sikit-sikit je lagi kesan. Masa ni, lepas ambil gambar sibuk dia nak tengok muka dia. Bila tunjuk gambar masa dia sakit tu, dia buat muka sedih sambil cakap, “Lal cacit(sakit).” Alhamdulillah Zubair dan Muadz tak terkena jangkitan sekali. Memang mencabar pengalaman anak kena impetigo ni. Tapi kalau tak kena, saya pun tak tahu tentang penyakit ni.

Lepas habis ubat antibiotik, saya terus beli Meal Shakes untuk dicampurkan dalam susu dia. Satu yang kurang baik tentang antibiotik ni sebab dia bunuh semua bakteris sama ada bakteria baik mahupun jahat. Sedangkan sistem usus kita perlukan bakteria baik. Jadi, saya bagi Meal Shakes sebab dalamnya mengandungi Acacia Gum (Gam Arab) yang berfungsi sebagai prebiotik iaitu makanan kepada bakteria baik. Selain itu, Meal Shakes juga membantu meningkatkan sistem imunisasi kanak-kanak dan beri nutrient dan gizi seimbang (sepanjang sakit Zilal kurang makan, dah kurus dah). Selepas ni, memang tak nak tinggal bagi Meal Shakes. Hari tu berhenti sekejap sebab stok di rumah dah habis dan asyik tak sempat nak beli baru. Nutriferon pula bekalan yang sentiasa ada di rumah terutama di masa-masa kecemasan, ada tanda-tanda tak sihat.

Harapnya pengalaman jaga anak impetigo ni membantu ibu-ibu lain yang mengalami masalah yang sama.

mealShake

Meal Shakes membantu memberikan nutrisi tambahan kepada anak-anak di samping menguatkan sistem imunisasi.

Bagaimana nutriferon berfungsi

Ada promosi untuk nutriferon bulan ni tau!!

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.

Kami ialah PENGEDAR SAH SHAKLEE anda di Bandar Saujana Putra! Sila SMS/ WhatsApp ke +6010-4289601 (Hanis) untuk self pick-up di Bandar Saujana Putra.

Your Shaklee Independent Distributor
Hanis Amin
♥ SMS | WhatssApp : 010-4289601
♥ Shaklee ID : 837662
♥ FB Page : http://www.facebook.com/HanisHealthyLife
♥ Email : hanisamin@gmail.com

Tips potty train anak

Assalamualaikum..

 

Hari ni share tips potty train anak. Anak dara ni berbeza sikit dengan abang dia. Kuat rebel. Tips ni saya refer juga dari sini. Pertama sekali, kena persiapkan mental kita sendiri sebagai ibu bapa. Dan kena banyak bersabar. Memang kadang-kala akan stress, tapi cuba tenangkan diri sebab nanti anak-anak pun jadi stress dan terus tak mahu teruskan potty training. Jadi hari ni, saya share 11 tips potty train anak.

1. Pastikan anak sudah bersedia

Hanya ibu bapa sendiri yang tahu bila anaknya bersedia untuk ke tandas. Tapi biasanya bila dia dah pandai beritahu dia tengah kencing atau buang air besar dalam pampers, mungkin dia dah bersedia untuk ke tandas. Ataupun bila dia kencing atau buang air besar, dia akan duduk diam, kemudian baru sambung main.

Saya ambil masa beberapa bulan juga, untuk cerita dengan dia dan gunakan ayat-ayat memujuk. Jangan mulakan lagi. Cuma sebut berulang-ulang kali. Bagi dia rasa keseronokan untuk buang air di tandas.

‘dah besar tak boleh pakai pampers dah’
‘tengok, semua orang pakai seluar dalam. Zilal nak pakai seluar dalam?’
‘Nanti kita belajar kencing kat toilet nak? Semua orang kencing kat toilet, kan.’
‘Minggu depan, kita start belajar kencing kat toilet ya?’

2. Pilih tarikh dan buat perancangan

Pilih tarikh yang sesuai untuk anda dan anak anda dan buat perancangan yang sesuai. Contohnya mungkin boleh mulakan semasa hari jadinya yang ke-3 tahun atau semasa cuti sekolah atau selepas pulang bercuti. Lebih mudah, pilih untuk mulakan dengan hari Isnin supaya kita lebih mudah monitor anak.

3. Minta bantuan abang/kakak untuk bantu

Jika ada abang atau kakak, minta mereka ajak adik untuk ke tandas. Minda mereka yang lebih besar untuk ingatkan adik untuk ke tandas. Yang ini, saya tak buat sebab Zilal tak berapa boleh dengan Muadz. Susah nak dengar cakap Muadz. Lagipun berlainan jantina. Jadi, saya lebih selesa jika saya yang ajar ke tandas dan ajar cara cuci dengan betul.

4. Fokus latihan di siang hari terlebih dahulu

Kadang-kala anak-anak tak sedar bila dia terkencing semasa tidur. Jadi, fokus untuk latihan di siang hari terlebih dahulu. Waktu malam pakaikan dulu pampers sehingga anak belajar tahan kencing di siang hari. Bila dah ok, boleh kejutkan anak bangun di tengah malam untuk buang air kecil. Zilal masih akan bangun minta susu di malam hari, jadi sekarang, ayahnya ajak dia untuk kencing dulu sebelum beri susu lagi.

Read the rest of this entry »

Assalamualaikum..

 

Selamat Tahun Baru 2016!! Ok, dah 7 Januari baru nak ucap selamat tahun baru.  Lepas je habis pantang dan balik ke rumah sendiri, terus kelam-kabut nak membiasakan diri jadi Mak Anak Tiga. Mujur juga bulan 12 ada 2 minggu Muadz duduk dengan Tok Mak dan Tok Ayah dia. Jadi saya ambil masa untuk potty train Zilal. Risau pula dia nak pergi tadika nanti macam mana.

 

tahun baru 2016

Macam ibu bapa lain, hujung tahun memang sibuk sikit nak uruskan pembelian barang-barang untuk anak ke sekolah/tadika. Tahun ni Zilal mula ke tadika. Kalau ikut umur sebenar, baru je 3 tahun sebab dia lahir 25 disember. Tapi kalau ikut tahun kira 4 tahun la. Tahun ni sekurang-kurangnya ada abangnya di tadika yang sama boleh temankan. Kalau tahun depan, takut dia susah nak biasakan diri sebab sorang-sorang.

Alhamdulillah, hari ni dah hari keempat ke tadika, Zilal dah tak menangis pagi-pagi. Dari rumah seronok je nak pergi tadika, sampai depan tadika terus meraung nak balik. Bila tanya ‘kenapa kakak nangis pagi-pagi?’ ‘Kakak malu la dengan cikgu dengan kawan-kawan.’ Macam-macam anak-anak ni. Tapi hari ni tak lagi. Ceria je dia sampai masuk dalam tadika. Alhamdulillah.

tahun baru 2016

Tapi jangan risau, walaupun saya tak update blog, bisnes masih berjalan. Saya masih buat order dan consult anda sebagai pelanggan saya. Banyak saya nak update sebenarnya. Tentang promosi bulan ni, tips untuk potty training dan macam-macam lagi. Tapi kena ikut mood si kecil. Masa dia tak nak tidur dan asyik nak ummi layan, tak dapat la nak berblog. Tapi segala update boleh ikuti di Facebook saya atau Facebook Page saya. Update di facebook mudah sikit sebab sambil menyusu boleh update guna phone. Blog ni saya perlukan konsentrasi dan lagi suka menaip di komputer.

Apa pun ia tak menghalang kita untuk teruskan apa yang kita cita-cita dan ingin usahakan, betul? Jadi apa azam anda untuk tahun baru 2016 ni? Jangan azam tinggal azam sehingga ketinggalan zaman. Usahakan dengan sungguh-sungguh, banyakkan berdoa dengan bersungguh-sungguh supaya apa yang diimpikan menjadi kenyataan.

 

Semoga kita semua mendapat apa yang diimpikan.

 

Salam sayang dari saya…

Your Shaklee Independent Distributor
Hanis Amin
♥ SMS | WhatssApp : 010-4289601
♥ Shaklee ID : 837662
♥ FB Page : http://www.facebook.com/HanisHealthyLife
♥ Email : hanisamin@gmail.com

Bersalin di hospital sungai buloh

Baru-baru ni keluar cerita di FB pengalaman tak best bersalin di hospital sungai buloh. Saya pun sebenarnya masa nak bersalin di hospital sungai buloh, rasa ragu-ragu dan risau. Pilihan pertama memang hospital serdang tapi memandangkan hospital serdang sedang renovate, jadi suami tak boleh teman masuk isteri masa bersalin. Jadi pilihan kedua hospital sungai buloh. Itupun dah dekat nak bersalin, tiba-tiba suami kata cancellah sungai buloh. Isteri kawan dia baru bersalin kat situ dan pengalaman sangat tak best. Dia tengah dalam proses buat aduan ke KKM sebab doctor yang dengar cerita tu pun minta buat report.

Saya pun jadi risau dan banyak search ‘pengalaman bersalin di hospital sungai buloh’. Macam2 cerita, ada yang bagus ada yang tak bagus. Tapi sedia maklum hospital sungai buloh tu memang agak ramai patient. Dan kebanyakan yang saya baca tu, bila czer ada masalah, kalau normal, insyaAllah ok. Cuma biasalah, nasib tak baik dapat nurse yang mulut tak berapa baik. Jadi saya nekad, insyaAllah ok bersalin hospital sungai buloh dan start membayangkan dan mendoakan yang baik-baik.

Saya memang dah target tak nak pergi awal sangat sebab tak nak ditahan lama di hospital. Kalau macam masa zilal tu just nice juga sebab sampai dah 8 cm terus masuk labor room. Tapi Alhamdulillah juga, tak sampai terlalu lewat sebab kami pun tak biasa dengan hospital ni. prosedur di hospital sungai buloh agak lambat sikit. Walaupun dah tengok kita dok menahan sakit, still kena tunggu giliran untuk daftar dan tunggu giliran untuk diperiksa. Kalau dah 8 cm tu, agaknya tengah tunggu nak daftar dah terberanak. Masa zilal dulu, dia tengok kita dah sakit, dia terus suruh masuk check dulu bukaan berapa cm.

Tapi mungkin juga dari pandangan nurse tu, belum lagi sakit nak bersalin sangat dah. Yelah, mereka lebih berpengalaman kan. Mesti dah tengok macam-macam style sampai dah boleh agak. Jadi, saya keep on think positive. Bagus juga daftar dulu. Mereka terangkan suasana tengah ramai orang, memang takde katil sebelum bersalin sebab katil tak cukup. Cuma duduk di kerusi. Kalau sanggup, kena sign surat aku janji. Jadi saya memang dah set mind kena duduk di kerusi dan dah set mind, baby akan keluar hari ni juga. Jadi takde la lama sangat di hospital.

Memang betul, bila masuk tu kerusi pun hampir penuh, ada juga yang duduk di kawasan pantry. Katil tak banyak, dari perhatian saya, lepas doctor check, doctor akan minta gilir-gilir tukar baring di katil untuk yang tak larat. (Tapi nak tunggu turn kena check doctor pun memang agak lama sebab ramai orang). Dengar mereka bercerita, memang ada yang dah bermalam di kerusi 1-2 malam. Tapi saya kekalkan positive vibes saya. Sambil layan contraction, jalan-jalan baca board di hospital. Sekejap duduk, sekejap bangun. Sekejap membayangkan yang baik-baik.

Alhamdulillah, mungkin bila kita berfikiran positif, apa yang berlaku pun kita akan take as positive. Contohnya masa proses bersalin saya kan agak kelam-kabut (boleh baca di sini), nurse pun dalam kelam-kabut tu ada juga cakap, ‘eh, awak ni macam tak pernah bersalin plak’ dengan nada agak kuat. Tapi masa tu mmg saya tengah blur sebab kejadian cepat sangat, tak tau nak angkat kaki ke nak peluk baby ke, hehehe. Jadi memang lepas tu bila cerita dengan suami, tergelak je la. Mungkin kalau masa tu saya tengah stress, mungkin boleh je saya rasa macam, “nurse ni, itupun nak marah. dah la orang tengah blur ni. cakap la elok2”.

Bila masuk wad pun walaupun katil tambahan, takde meja untuk makan(saya makan, letak makanan dan hujung katil dan saya duduk), saya ok je sebab fikir ‘xpe, sekejap je nak balik dah.’ Kalau ikut kelayakan suami, saya layak kelas kedua, tapi masuk kelas ketiga. Suami saya mula macam bising juga, tapi saya cakap ‘alaa…bukan lama sangat nak duduk hospital pun.’ Alhamdulillah bila kita fikir positif, segalanya kita nampak sebagai biasa je.

 

Jadi, pesan saya untuk yang nak bersalin di hospital sungai buloh :

1. Jangan pergi awal sangat, kalau dah masa nak bersalin. Kira jarak contraction tu.
2. Kalau rasa tak boleh tunggu lama, better cari hospital lain sebab hospital sungai buloh sangat ramai orang. Jadi kita memudahkan kerja mereka di hospital dan juga menjaga perasaan kita sendiri.
3. Banyakkan berdoa supaya proses sebelum bersalin, semasa bersalin dan selepas bersalin dipermudahkan dan dipertemukan dengan orang yang baik-baik.
4. Sentiasa fikir yang positif, bayangkan yang positif.
5. Banyakkan zikir dan selawat untuk ketenangan diri.

 

bersalin di hospital sungai buloh

si comel yang ketiga

 

Kami ialah PENGEDAR SAH SHAKLEE anda di Bandar Saujana Putra! Sila SMS/ WhatsApp ke +6010-4289601 (Hanis) untuk self pick-up di Bandar Saujana Putra.

Your Shaklee Independent Distributor
Hanis Amin
♥ SMS | WhatssApp : 010-4289601
♥ Shaklee ID : 837662
♥ FB Page : http://www.facebook.com/HanisHealthyLife
♥ Email : hanisamin@gmail.com

Buasir selepas bersalin

Satu lagi masalah yang sering ibu selepas bersalin hadapi iaitu buasir. Kali ni selain masalah rengat, saya juga menghadapi masalah buasir selepas bersalin. Hari kedua selepas bersalin baru perasaan ada buasir, itupun bila rasa sakit sangat selepas buang air besar. Memang tersiksa. Nak berjalan sakit, duduk sakit, baring pun sakit. Tak tau nak buat apa. Mulanya saya ingat sakit luka jahitan, sebelum-sebelum ni tak pernah pula rasa macam tu. Lepas buang air, keesokannya dan nak cuci baru terasa ada bengkak besar dan memang sakit bila tersentuh.

Apa itu buasir?

Buasir (piles) ialah sejenis urat simpul (vena varikos) yang berlaku di bahagian dubur, dan ia boleh menyebabkan kesakitan. Terdapat beberapa salur darah lembut di dalam salur dubur. Salur dubur ialah tiub pendek yang menghubungkan rektum dengan dubur (anus). Ia membantu anda mengeluarkan najis dengan cara merembeskan mukus semasa anda membuang air besar.

Salur darah di dalam salur dubur ini boleh membengkak dan terkeluar semasa atau selepas anda membuang air besar. Anda mungkin boleh merasanya sebagai benjolan kecil dan lembut di dalam atau di sekeliling dubur anda. (sumber)

Mengapa ibu hamil/ibu bersalin mengalami buasir?

Read the rest of this entry »

Cara atasi rengat selepas bersalin

Alhamdulillah, Isnin lepas (19/10/2015) saya dah selamat bersalinkan bayi yang ketiga. Kali ni dapat baby boy pula. Kali ni sakit contraction sangat kuat. Rasa macam nak menangis ada, nak menjerit pun ada. Tapi cuba tahan dengan teknik bernafas dan berimaginasi benda lain. Nanti lain kali saya share pengalaman bersalin ketiga ni ya.

Kali ni nak share tentang rengat. Lepas je baby keluar, masih terasa lagi sakit macam sakit contraction. Nurse check takut ada darah beku tapi katanya takde. Ada yang kata rengat ni mengikut bilangan anak. Makin banyak makin kuat dan lama. Masa anak pertama tak pernah kena rengat ni. Masa anak kedua ada juga tapi tak la kuat sangat dan tak lama. Kali ni memang agak kuat, macam senggugut kuat terutama bila baby menyusu. Rasa nak minta baby stop menyusu cepat-cepat.

 

Apa itu rengat?

Rengat ni sebenarnya rasa sakit macam sengugut atau rasa macam contraction tu. Sakit ni terjadi disebabkan pengecutan peranakan ibu lepas melahirkan. Dalam bahasa omputih pulak adalah after birth contractions atau pon after pains. Memang rengat ni terjadi lepas kita melahirkan anak tak kira la anak ke berapa. Sebab kalau nak jadi memang tetiba je jadinya.

Read the rest of this entry »

Translator
Translator Plugin
Ayat seribu dinar
Ahlan wasahlan…
Assalamualaikum & selamat sejahtera

Selamat datang ke Hanis Healthy Life. Hanis Amin adalah pengedar Shaklee yang sah, yang juga pengguna kepada produk Shaklee.

Untuk sebarang pertanyaan, hubungi kami di
email : hanisamin@gmail.com
sms/WhatsApp : +6010-4289601

Terima kasih.

Hazu Enterprise (SA0175455-W)

Set Istimewa untuk anda!

Breastfeeding Set
(Set Penyusuan)

Testimonial : KLIK SINI

==========================

Confinement Set
(Set Berpantang)

Testimonial : KLIK SINI

==========================

Skin Care Set
(Set Penjagaan Kulit)

Testimonial : KLIK SINI

==========================

Healthy Weight Set
(Set Berat Badan Sihat)

Testimonial : KLIK SINI

==========================

Baby & Children Health
(Kesihatan Bayi & Kanak-kanak)

Informasi


Sertai kami di Facebook!


Ada pertanyaan atau komen?