Order sekarang!


atau SMS/WhatsApp/Telegram :

010-4289601 (Hanis)

Best selling!!
Dapatkan info terkini segera..

* Setiap testimoni yang tertulis dalam laman web ini adalah pengalaman dari pelanggan sendiri dan hasil dari setiap pelanggan mungkin berbeza antara satu sama lain. Namun ini tidak bermakna vitamin ini boleh mengubat atau menyembuhkan penyakit. Sila konsult dengan pengedar anda untuk lebih lanjut.

PERHATIAN : Konsultasi selepas pembelian produk dan jadual pengambilan adalah khas untuk pelanggan kami sahaja. Sila rujuk pengedar anda untuk jadual pengambilan & kosultasi selepas pembelian. Terima kasih.
Free Palestine, Pray 4 Syria
Tabung HUMANITARIAN CARE MALAYSIA BERHAD :
Maybank Islamic : 5515 7500 4299
Bank Islam : 1209 2010 0349 04
CIMB : 8602 135 592
Website: www.mycare.org.my

Mom’s Talk

Cara atasi rengat selepas bersalin

Alhamdulillah, Isnin lepas (19/10/2015) saya dah selamat bersalinkan bayi yang ketiga. Kali ni dapat baby boy pula. Kali ni sakit contraction sangat kuat. Rasa macam nak menangis ada, nak menjerit pun ada. Tapi cuba tahan dengan teknik bernafas dan berimaginasi benda lain. Nanti lain kali saya share pengalaman bersalin ketiga ni ya.

Kali ni nak share tentang rengat. Lepas je baby keluar, masih terasa lagi sakit macam sakit contraction. Nurse check takut ada darah beku tapi katanya takde. Ada yang kata rengat ni mengikut bilangan anak. Makin banyak makin kuat dan lama. Masa anak pertama tak pernah kena rengat ni. Masa anak kedua ada juga tapi tak la kuat sangat dan tak lama. Kali ni memang agak kuat, macam senggugut kuat terutama bila baby menyusu. Rasa nak minta baby stop menyusu cepat-cepat.

 

Apa itu rengat?

Rengat ni sebenarnya rasa sakit macam sengugut atau rasa macam contraction tu. Sakit ni terjadi disebabkan pengecutan peranakan ibu lepas melahirkan. Dalam bahasa omputih pulak adalah after birth contractions atau pon after pains. Memang rengat ni terjadi lepas kita melahirkan anak tak kira la anak ke berapa. Sebab kalau nak jadi memang tetiba je jadinya.

Read the rest of this entry »

Sembelit semasa hamil

 

Masalah sembelit semasa hamil ni memang banyak dihadapi oleh ibu-ibu. Ada yang menganggap ia biasa sehingga membiarkan sahaja. Saya sejak dari sekolah dulu memang ada masalah untuk membuang. Kadang-kadang seminggu sekali dua sahaja. Dan memang pernah buang air besar bersama darah. Tapi tak tau nak cerita pada siapa. Nak cerita pun malu. Jadinya buat tak tau saje lah.

Sampai saya mengandung anak pertama, sembelit semakin teruk dan hampir kena buasir. Doktor beri ubat lembutkan najis dan krim utk sapu. Selepas bersalin, trauma utama adalah bila terpaksa ke tandas. Ada ibu-ibu yang mengalami seperti saya?

Muadz berusia 6 bulan, baru saya mengenali dan mencuba Shaklee. Saya cuma ambil set Asas Penyusuan yang mengandungi Vita-lea, B complex, Vitamin C dan Alfalfa. Alhamdulillah, bukan sahaja susu meriah tapi setiap hari saya akan ke tandas. Badan pun rasa ringan dan mudah kurang berat badan. Agaknya selama ni banyak sangat toksik terkumpul dalam badan yang tak terbuang.

Read the rest of this entry »

Bersalin hospital swasta atau hospital kerajaan

Assalamualaikum…

Alhamdulillah, tak lama lagi nak bersalin anak ketiga. Baca di group-group facebook ramai yang confuse nak bersalin di hospital swasta atau kerajaan. Lebih-lebih lagi untuk anak pertama. Rasa risau sebab takde pengalaman. Baca pengalaman orang lain pula rasa seriau.

Bagi saya kedua-duanya ada baik dan tak baiknya. Anak pertama, saya berpengalaman bersalin di hospital swasta dan anak kedua di hospital kerajaan.

Saya kongsikan sikit pengalaman bersalin hospital swasta dan hospital kerajaan. Walau bagaimanapun, ini hanyalah pengalaman saya sendiri. Lain orang lain pengalamannya dan lain hospital mungkin lain polisinya.

Bersalin hospital swasta atau hospital kerajaan

Pengalaman bersalin di hospital swasta, anak pertama
1. Dapat pilih doktor. Sama ada nak doktor perempuan muslim, nak doktor support penyusuan susu ibu, nak doktor support gentlebirth. Kita boleh survey nak hospital mana dan doktor mana.

2. Boleh dapat bilik persendirian, jika mampu. Jadi suami dapat teman semasa proses dari sakit nak bersalin sehingga masuk ke labor room untuk bersalin. Suami nak berkampung dari isteri masuk hospital sampai keluar hospital pun takpe.

3. Layanan staff sangat baik. Dalam labor room siap ada 3-4 orang tolong bagi semangat nak push.

Read the rest of this entry »

Resipi masakan ayam dalam pantang

Assalamualaikum..

Semalam dah share resipi ikan dalam pantang. Hari ni share resipi masakan ayam dalam pantang pula. Saya masukkan sekali daging, nasi dan sayur. Ikut kata mak saya boleh makan ayam tapi jangan makan kulit. Ataupun paling baik masak ayam kampung. Ada juga orang yang tak makan ayam langsung masa dalam pantang. Ikut badan masing-masing.

Mak saya kata boleh je makan, jangan manjakan sangat badan. Nanti takut lepas pantang badan terkejut. Dan kalau dah biasa pantang tak makan ayam, next time berpantang pun takleh makan ayam kata orang. Takut badan tak serasi. Apapun, ikut pada penerimaan badan masing-masing.

Bagi saya, masa berpantang ni kita kena jaga juga nutrien. Sebab nak menyusukan anak lagi, nak jaga anak lagi. Jadi kita pun perlu sihat dan kuat. Perlu cukup nutrien dalam badan. Walaupun ada ambil supplemen, tapi jangan tinggal langsung pula nutrien dari makanan sebab supplemen tu cuma tambahan.

Menu Ayam / Daging

Paling senang buat ayam/daging bakar. Perap je dengan lada hitam, bawang putih dan garam. Boleh juga tambah kicap sket. Kemudian bungkus dalam aluminium foil dan bakar. Selain dari itu…

resipi masakan dalam pantang

Daging Rebus Asam

Bahan-bahan:
Semangkuk daging yang dipotong kepingan
Setengah inci halia
Setengah inci lengkuas
2 ulas bawang putih
2 ulas bawang kecil
Sesudu teh ketumbar ditumbuk kasar
Sekeping asam keping
Garam
Air

Read the rest of this entry »

Resipi Masakan Dalam Pantang

Assalamualaikum…

Dah lama tak update blog ni. Sepanjang kehamilan ketiga ni memang pelbagai ujian sampai kadang-kadang tak larat dibuatnya. Alhamdulillah, pejam celik dah masuk ke 7 bulan. Dah mula nak kena basuh baju-baju bayi dan fikir masa berpantang nanti macam mana. Jadi saya pun mencari-cari resipi masakan dalam pantang.

 

Ada pernah nampak orang share resipi masakan dalam pantang tapi nampak macam tak sesuai dengan selera. Kalau ikut mak saya, dia tak bagi makan ikan masin dalam pantang, nanti darah nifas berbau. Saya pun memang tak berapa suka makan ikan masin (kalau tak pantang pun). Jadi saya cari resipi yang mudah dan sesuai ikut selera saya. Resipi-resipi ni hasil carian dari beberapa blog.

 

Resipi Masakan Dalam Pantang

resipi masakan dalam pantang

Tips ni sama seperti yang mak saya pesan

Resipi Masakan Dalam Pantang

Menu Ikan

resipi masakan dalam pantang

 

Bawal Stim Lada Hitam

Read the rest of this entry »

Menu berbuka Ramadhan

 

Assalamualaikum…

 

Ramai yang buat list menu berbuka Ramadhan dan share di Facebook. Ada yang cukup 30 menu, setiap hari hidangan yang berbeza. Tapi kebanyakan yang saya lihat, tak kena dengan selera kami sekeluarga. Ada juga yang agak leceh penyediaannya. Jadi pendapat saya, memang bagus buat list supaya kita tak membazir masa berfikir apa yang perlu dimasak. Dan juga boleh terus beli bahan makanan untuk seminggu.

Untuk kami sekeluarga, biasa saya akan masak lebih untuk sahur sekali. Cuma untuk berbuka tambah sedikit kuih-muih, pemanis mulut. Senarai yang saya buat juga tidaklah lengkap menu sebab mungkin ada lauk yang akan di’recycle’ semula. Sebabnya suami dan anak-anak agak memilih dalam makanan, tak semua jenis makanan mereka makan. Nanti kalau masak yang pelik-pelik membazir pula. Saya sendiri pun sepanjang mengandung ni ada beberapa menu yang saya tak boleh ambil contohnya sup. Seboleh mungkin saya akan elak ambil sup, kecuali sedikit kalau tiada lauk lain. Tapi memang dah lama tak masak atau beli sup.

Menu berbuka Ramadhan

 

Ini menu kami sekeluarga. Simple je. Semua yang biasa dibuat dan bahan-bahannya pun semua yang dah dibeli. Bila dah habis semua bahan-bahan yang dah dibeli, baru fikir lain nak masak apa pula. Tapi mungkin akan ulang semula je lauk sedia ada.

Jadi, saya sangat sarankan buat ibu-ibu semua untuk buat list makanan yang hendak dimasak untuk menu berbuka Ramadhan supaya dapat menjimatkan masa ketika memasak. Jadi, dapatkan tumpukan perhatian lebih untuk mengejar pahala ibadah di bulan puasa. Memasak untuk ahli keluarga pun memang dapat pahala, tapi kita cubalah sedaya upaya untuk kejar pahala yang lain juga ya.

Jadikan Ramadhan kali ini pesta ibadah untuk kita sekeluarga.

menu berbuka ramadhan

 

Dapatkan tips-tips tentang puasa di SINI

Kami ialah PENGEDAR SAH SHAKLEE anda di Bandar Saujana Putra! Sila SMS/ WhatsApp ke +6010-4289601 (Hanis) untuk self pick-up di Bandar Saujana Putra.

Your Shaklee Independent Distributor
Hanis Amin
♥ SMS | WhatssApp : 010-4289601
♥ Shaklee ID : 837662
♥ FB Page : http://www.facebook.com/HanisHealthyLife
♥ Email : hanisamin@gmail.com

Ramadhan mubarak, Ramadhan Kareem!

 

Alhamdulillah, kita dipanjangkan usia untuk bertemu lagi dengan Ramadhan kali ini. Salam Ramadhan buat semua pengunjung Hanis Healthy Life. Semoga Ramadhan kali ini menambahkan amalan kita lebih baik dari Ramadhan yang sebelumnya.

 

Ramadhan kareem

 

Saya sertakan juga checklist yang boleh digunakan, semoga menambah semangat kita untuk terus beramal dan menambahkan amal.

CHECKLIST RAMADAN 1436H (1)

 

 

Kami ialah PENGEDAR SAH SHAKLEE anda di Bandar Saujana Putra! Sila SMS/ WhatsApp ke +6010-4289601 (Hanis) untuk self pick-up di Bandar Saujana Putra.

Your Shaklee Independent Distributor
Hanis Amin
♥ SMS | WhatssApp : 010-4289601
♥ Shaklee ID : 837662
♥ FB Page : http://www.facebook.com/HanisHealthyLife
♥ Email : hanisamin@gmail.com

Certified Shaklee Product Trainer

 

Alhamdulillah, secara rasminya saya telah mendapat sijil dan diiktiraf sebagai Ceritified Shaklee Product Trainer oleh Shaklee University. Memang excited dapat pengiktirafan dalam majlis konvo yang gilang-gemilang ni. Dulu semasa habis belajar degree, tak dapat konvo pakai jubah macam ni sebab di Jepun kelayakan degree macam dipandang sebelah mata je. Kalau PhD, baru dapat naik pentas dan pakai jubah macam ni. Kami juga diberi peluang untuk berucap selepas itu.

Certified Shaklee Product Trainer

Makan malam pun disediakan di tingkat 14. Di mana kami dapat menikmati makan malam sambil menghirup udara segar dan menikmati pemandangan sekitar bandar sunway sambil melihat matahari terbenam. Cheewaahh.. memang best. Anak2 seronok nak berlari kat tempat makan tu. Makanan pun sedap2 (tak sempat pula nak ambil gambar sebab dah lapar tongue). Muadz tambah mihun goreng sampai 3 kali.

Read the rest of this entry »

Perlukah pergi kelas bersalin?

Ada yang merasakan proses bersalin adalah proses yang normal. Secara automatik ibu akan tau bersalin tak perlu nak pergi kelas bersalin ke apa. Tapi tidak sedikit ibu-ibu yang tak tau cara mengatasi kesakitan semasa kontraksi (contraction), yang penat semasa proses bersalin yang akhirnya memerlukan bantuan epidural, pain killer, gas dan terpaksa dibantu dengan vakum. Yang lebih menyedihkan bila ibu terpaksa dibedah disebabkan ibu terlampau letih dan baby terlampau stress.

Proses bersalin sepatutnya adalah proses yang menggembirakan untuk ibu dan bayi. Jangan ingat bayi dalam perut tidak berperasaan. Seawal 4 bulan, Allah dah masukkan roh. Jadi, dia dah boleh melihat, mendengar dan merasai kesakitan. Cuma dia terkurung dalam ‘gua’nya tersendiri sahaja.

Tidak sedikit juga ibu yang hanya memikirkan perasaan ibu sahaja. Asalkan boleh beranak, asalkan tak rasa sakit, asalkan bayi keluar secepat mungkin, buatlah apa sahaja.

Pengalaman berbeza setiap kelahiran

Read the rest of this entry »

Berurut ketika hamil

Bolehkah berurut ketika hamil? Semasa hamil, memang badan mudah letih dan sakit-sakit badan. Berurut ketika hamil boleh membantu melegakan tetapi hati-hati tidak semua tukang urut tahu untuk mengurut wanita hamil. Sebaik-baik tanya dahulu sama ada tukang urut tersebut ada ilmu untuk urut wanita hamil.

Urutan ketika kehamilan trimester pertama iaitu 12 minggu yang awal adalah tidak digalakkan. Ia adalah kerana dikhuatiri keguguran dan rahim masih lemah. Urutan yang baik adalah urutan yang menenangkan, melancarkan peredaran darah dan dapat merehatkan otot.

Selain itu, urutan pada bahagian perut sebaiknya ditinggalkan kerana dikhuatiri membahayakan kandungan. Selain perut, ada juga bahagian badan yang sensitif iaitu pergelangan kaki dan tangan. Urutan di bahagian ini meransang otot abdomen dan pelvik terutama otot rahim untuk mengecut. Untuk ibu hamil yang ingin buat rawatan refleksologi juga perlu berhati-hati.

berurut ketika hamil

Apakah manfaat berurut ketika hamil?

Read the rest of this entry »

Translator
Translator Plugin
Ayat seribu dinar
Ahlan wasahlan…
Assalamualaikum & selamat sejahtera

Selamat datang ke Hanis Healthy Life. Hanis Amin adalah pengedar Shaklee yang sah, yang juga pengguna kepada produk Shaklee.

Untuk sebarang pertanyaan, hubungi kami di
email : hanisamin@gmail.com
sms/WhatsApp : +6010-4289601

Terima kasih.

Hazu Enterprise (SA0175455-W)

Set Istimewa untuk anda!

Breastfeeding Set
(Set Penyusuan)

Testimonial : KLIK SINI

==========================

Confinement Set
(Set Berpantang)

Testimonial : KLIK SINI

==========================

Skin Care Set
(Set Penjagaan Kulit)

Testimonial : KLIK SINI

==========================

Healthy Weight Set
(Set Berat Badan Sihat)

Testimonial : KLIK SINI

==========================

Baby & Children Health
(Kesihatan Bayi & Kanak-kanak)

Informasi


Sertai kami di Facebook!


Ada pertanyaan atau komen?