Order sekarang!


atau SMS/WhatsApp/Telegram :

010-4289601 (Hanis)

Best selling!!
Dapatkan info terkini segera..

* Setiap testimoni yang tertulis dalam laman web ini adalah pengalaman dari pelanggan sendiri dan hasil dari setiap pelanggan mungkin berbeza antara satu sama lain. Namun ini tidak bermakna vitamin ini boleh mengubat atau menyembuhkan penyakit. Sila konsult dengan pengedar anda untuk lebih lanjut.

PERHATIAN : Konsultasi selepas pembelian produk dan jadual pengambilan adalah khas untuk pelanggan kami sahaja. Sila rujuk pengedar anda untuk jadual pengambilan & kosultasi selepas pembelian. Terima kasih.
Free Palestine, Pray 4 Syria
Tabung Kecemasan Gaza Aqsa Syarif di sini :
http://on.fb.me/1jlP2li
Akaun Maybank Islamic : 551575-004299
akaun Bank Islam : 1209-20100-34904
email : projects@aqsasyarif.org.my

Tabung Kasih Ummah Syria
Bank Islam Malaysia Berhad
120290 100 63512
(Pertubuhan IKRAM Malaysia)
email : i4syria315@gmail.com

Nutrient

Kenapa supplemen Shaklee tak berkesan pun?

Assalamualaikum…

Ada juga yang dah cuba supplemen Shaklee tapi mengadu tak berkesan atau takde perbezaan. Memang Shaklee tak berkesan sekiranya berlaku perkara-perkara di bawah ni.

1. Tak sabar

Shaklee bukannya ubat magik, ambil sehari dua kemudian mengadu tak berkesan. Shaklee adalah supplemen, dalam erti kata lain makanan tambahan untuk membantu. Biasanya untuk kesan optimum, adalah pengambilan berterusan dan istiqamah selama 3 bulan. Namun, ada orang yang cepat, mungkin kerana badannya kurang toksik atau kurang ambil produk-produk lain sebelum ini yang mengganggu penyerapan.

Kalau nak kurus, janganlah expect baru makan seminggu dah kurus melidi. Ataupun ambil alfalfa 3 hari susu dari 1 0z jadi 30 oz.

Read the rest of this entry »

Assalamualaikum..

Adakah makanan yang tidak boleh diambil oleh ibu menyusu?

Adakah pantang larang dalam pemakanan ibu menyusu?

pemakanan ibu menyusu

SERINGKASNYA, NO – TAK ADA APA
Makanlah apa yang ibu suka makan. Malah, jika anda makan makanan favourite dengan rasa gembira dan mengekalkan mood itu hingga waktu menyusu atau memerah, besar kemungkinan milk production anda akan turut meningkatkan secara semulajadi. Ini kerana, mood dan emosi mempengaruhi production ibu.

Tentunya susu anda susu yang berkualiti walau apapun yang anda makan, kerana susu dihasilkan bukan melalui diet anda. Tetapi ini bukanlah bermaksud ibu2 boleh makan apa sahaja makanan bergula, berkanji dan makanan yang “sedap tetapi tidak sihat”. Ini kerana makanan berkanji, bergula akan menghasilkan “empty calories” Dan dalam masa yang sama, kelenjar mamari (kelenjar utk menghasilkan susu) akan menggunakan semua vitamin, mineral dan protein dari kalori “kosong” tadi utk keperluan penghasilan susu. Anda akan hanya merasa letih dan “used up” tetapi berat tidak akan berkurangan dek penggunaan kalori tadi. Malah akan bertambah berat

Seorang ibu akan menghasilkan 600-1000 ml (20-35 oz) dalam masa 24 jam ~ bergantung kepada umur, saiz dan permintaan dari bayi. Dan setiap 1000 ml susu yang terhasil akan memerlukan 1000 kalori untuk tenaga dalam susu dan tenaga ini digunakan untuk menghasilkan susu. Ini belum dihitung kalori yang diperlukan utk tenaga oleh tubuh si ibu. Dan ingat ya, bukan semuanya di dapati dari diet si ibu, sesetengahnya di dapati dari simpanan lemak di dalam badan ibu semasa mengandung. :-)

Saya ingin tekankan sekali lagi bahawa amaun makanan dan apa jenis makanan yang di ambil oleh ibu tidak sesekali akan mempengaruhi kuantiti mahupun kualiti susu yang dihasilkan. Dalam erti kata lain “minum air banyak untuk hasilkan susu banyak atau harus makan banyak untuk banyakkan susu”. Tidak sesekali dan tiada kaitan. :-)

Semasa menyusu, badan ibu memerlukan lebih protein dan kalsium. Dengan mengambil makanan yang sihat dan baik adalah “hadiah” buat diri sendiri sebenarnya. :-) Mengambil makanan mengikut piramid makanan membantu anda mengetahui jenis2 makanan yang perlu di ambil dalam setiap hidangan.

Susu ibu walau bagaimanapun, tetap yang terbaik, bernutrisi dengan tahap imun yang tinggi walaupun anda tidak mengamalkan pemakanan yang sempurna. Apalagi jika anda mengamalkan pemakanan yang sempurna. Pengambilan vitamin dan supplemen adalah sokongan kepada pemakanan yang tidak seimbang dan membantu kesihatan ibu dan menyumbang pada peningkatan taraf hidup secara keseluruhan.

Walau bagaimanapun, pengambilan vitamin sendiri akan meningkatkan kepekatan darah si ibu maka sebab itu la si ibu perlu mengamalkan pengambilan air kosong yang seimbang dan tidak kurang 3L sehari jika amalkan vitamin.

ALAHAN DAN BAYI
Dalam sedap-sedap ibu makan tu, kena juga perhatikan sama ada anak yang disusui ada  mengalami alergic terhadap makanan tersebut. Selalunya tidak. Namun, kalau dah setiap kali makan, memang anak tunjukkan tanda alahan seperti naik ruam, cirit birit dan sebagainya, jadi kenalah hindarkan makanan tersebut. Ikan yang biasanya mengadungi kandungan merkuri tinggi juga harus dielakkan sama ada ibu menyusu atau mengandung lagi. Samalah juga dengan makanan-makanan yang sejuk atau berangin. Ada sesetengah bayi akan cepat kembung selepas menyusu jika ibunya makan makanan berangin.

Protein mampu disalurkan pada bayi melalui susu ibu. Jadi, jika anak alah pada protein lembu, ibu pun perlu pantang protein lembu. Juga kekacang jika memang ada sejarah keluarga yang alah. Untuk mengetahui, boleh test sendiri dengan kadar yang sedikit atau jumpalah doktor. Pastikan anda catat keadaan anak supaya senang nak beritahu doktor dan elakkan makanan tersebut.

ADA KESAN TAK KALAU IBU MENYUSU AMBIL SUPPLEMEN?
Yang PASTI khasiat dan kecergasan dari pemakanan vitamin akan dapat dinikmati oleh ibu.

Vitamin B Complex dan Vitamin C adalah jenis larut air. Jadi, ia boleh meningkatkan kuantiti susu sehingga satu tahap. Namun, lepas tu, kalau kita up pun Vitamin C tu, tak adalah kuantiti susu akan turut bertambah. Kekerapan menyusu dengan betul dan efektif yang akan membantu meningkatkan pengeluaran susu ibu.

Vitamin larut lemak iaitu Vitamin E & A perlu dikawal dan mengikut sukatan yang betul. Ini kerana ia memberi kesan pada susu manusia dan boleh memudaratkan bayi jika berlebihan.

Kalau ibu tu tak ambil daging sebab vegeterian, sebaiknya tambah vitamin B 12 dalam diet.

Rujukan ini adalah dari www.kellymom.com

KOMPOSISI SUSU IBU
Jadi, memanglah pengambilan supplemen akan mempengaruhi komposisi susu ibu walaupun hanya minor. Namun, susu ibu tetap yang terbaik berbanding susu formula tidak kira ibu mengambil supplemen atau tidak dan tidak kira  ibu mengambil pemakanan yang seimbang atau tidak.

VITAMINS

The amount and types of vitamins in breast milk is directly related to the mother’s vitamin intake.  This is why it is essential that she gets adequate nutrition, including vitamins.  Fat-soluble vitamins, including vitamins A, D, E, and K, are all vital to the infant’s health.  Water-soluble vitamins such as vitamin C, riboflavin, niacin, and panthothenic acid are also essential.  Because of the need for these vitamins, many healthcare providers and lactation consultants will have nursing mothers continue on prenatal vitamins.

Rujukan ini adalah dari http://www.americanpregnancy.org

Jadi, jangan jadikan alasan untuk tidak menyusukan anak kita kerana kita tak sunggup berjauhan dengan makanan kegemaran kita atau tak mampu beli supplemen. Anda tetap dapat menikmati makanan kegemaran anda dan menyusukan bayi dengan gembira.

Supplemen pula membantu supaya kita boleh fokus, mengawal stress dan cergas sepanjang masa.  Jadi, tak adalah alasan tak nak pumping. Jangan cari alasan tapi carilah punca dan jalan penyelesaian pada setiap masalah kita.

sumber : MamaQaireen, Sarakids

Saya memilih untuk mengambil supplemen Shaklee. Anda bagaimana?

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.

 

Berminat?

 

Hubungi saya di hanisamin@gmail.com atau SMS ke 010-4289601 (Hanis) untuk konsultasi mahupun maklumat lanjut.

Assalamualaikum…

 

Ascorbate adalah salah satu dari nutrient utama yanng bersifat antioksidan. Tugasnya menghapuskan radikal bebas dan penceroboh mikrob, serta berkerjasama dengan antioksidan lain seperti vitamin E dan glutathione (sejenis asid amino). Menurut Dr Atkins, mereka yang mengamalkan vitamin C hidup lebih lama dari mereka yang kekurangan vitamin C.

Apakah tugas vitamin C dalam kesihatan kita?

Mengawal Jangkitan

Kebanyakan orang tahu vitamin C diambil untuk mengawal selesema. Walaupun ia boleh membunuh bakteria dan meneutralkan toksin dari bakteria, tapi punca utama kenapa vitamin C boleh mengawal selesema ialah kerana ia meningkatkan pertahanan semulajadi badan.

Hampir kesemua sel dalam sistem imuniti menerima sokongan nutrisi ini tapi yang paling utama ialah interferon, antibodi dan sel darah putih yang memerlukan vitamin C bagi melawan jangkitan.

Asma & Elergi

Di dalam Journal of The American Dietetic Association, terdapat laporan di mana pengambilan 1000mg vitamin C boleh bertindak sebagai anti-histamin. Walau bagaimana pun ia bukanlah kesan segera kerana suplemen memperbaiki tisu-tisu badan tidak memberi kesan seperti ubat.

Untuk asma pula, pengambilan vitamin C yang rendah mendatangkan risiko keradangan tisu-tisu paru-paru. Menurut laporan American Journal of Clinical Nutrition, pengambilan 1-2g vitamin C memperbaiki fungsi paru-paru dan mengurangkan serangan asma. Menurut satu kajian double blind, pengambilan sebanyak itu juga melindungi saluran bronkial daripada cuaca sejuk dan hayfever.

Serangan Jantung

Kekurangan vitamin C dalam tisu badan adalah penyebab kepada sakit jantung, menurut satu circulation dalam American Heart Association. Vitamin C berfungsi melindungi lemak darah daripada menjadi plak-plak atherosclerotic yang terkumpul dalam arteri yang menjadi punca kepada masalah ini. Pengambilan vitamin C mengurangkan LDL dan meningkatkan HDL, serta membina kolagen untuk melindungi darah di jantung dari melekat pada partikel-partikel lain.

Stress

Menghadapi stress samada secara fizikal atau emosi memerlukan bekalan vitamin C yang cukup. Kelenjar adrenal memerlukan lebih vitamin C dan ia lebih mudah kehilangannya dalam keadaan stress. Vitamin C membantu untuk meneutralkan toksin yang dihasilkan oleh hormon kortisol semasa dalam keadaan stress. Menurut Dr Atkins, penyakit schizorphrenia adalah disebabkan oleh kesan dari toksik yang terhasil semasa stress.

Gout

Menurut ujian makmal, pengambilan vitamin C dos tinggi boleh mengurangkan asid urik dalam badan.

Batu Hempedu

Menurut European Jurnal of Clinical Investigation, pengambilan 2000mg vitamin C setiap hari melambatkan proses pembentukan batu hempedu sebanyak 350%.

Masalah Penglihatan

Seperti karetonoids, vitamin C membasahi mata kita dengan perlindungan antioksidan, yang mana menurut US Department of Agriculture’s Human Research Centre, boleh melindungi dari katarak. Vitamin C juga mengurangkan tekanan pada mata, yang mana melindunginya dari glaukoma.

Tips Untuk Mendapatkan Khasiat Vitamin C Optimum:

  • Dapatkan yang jenis ‘Sustained Released’
  • Jangan ambil dos tinggi sekaligus, misalnya jika nak ambil 1000mg, ambil 500mg dulu pada satu2 masa.
  • Ambil bersama makanan (selepas makan) kerana enzim pencernaan membantu meningkatkan kepekatan vitamin C dalam darah.
  • Ambil bersama Iron untuk membantu penyerapan Iron

Vitamin C dengan Bioflavonoids.

Bioflavonoids adalah sejenis antioksidan, ia bekerjasama dengan vitamin C, di mana ia memperkasakan fungsi vitamin C. Bioflavonoids dalam buah-buahan sitrus adalah gabungan terbaik!

Dapatkan Vita-C Plus Shaklee sekarang untuk mendapat khasiat vitamin C terbaik!

 

Vitamin C Shaklee berwajah baru

sumber :  http://vitaminsemulajadi.com/vitamin-c-shaklee-bukan-sekadar-vitamin-c/

 

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.

 

Berminat?

 

Hubungi saya di hanisamin@gmail.com atau SMS ke 010-4289601 (Hanis) untuk konsultasi mahupun maklumat lanjut.

Assalamualaikum..

Pada entry yang lepas, saya ada tulis perbandingan supplemen sintetik vs organik vs semulajadi. Bagaimana pula dengan supplemen Shaklee kesayangan saya ini?

Dr. Forrest C Shaklee

Falsafah pembuatan vitamin Shaklee?

Ya, Shaklee sudah lama terkenal sebagai pengeluar vitamin semulajadi. Apakah vitamin semulajadi? Ia adalah vitamin yang:

Diperbuat dari bahan-bahan semulajadi:

Shaklee diperbuat daripada bahan-bahan semulajadi. Bahan-bahan ini boleh dilihat pada botol vitamin Shaklee, pada bahagian ‘Other Ingredients’. Misalnya beta karotena dihasilkan dari sejenis alga istimewa. Bahan-bahan dalam Shaklee dihasilkan daripada ekstrak bahan-bahan semulajadi dari sumber tumbuhan dan mineral asli. Pastinya lebih sesuai dan lebih bernilai daripada vitamin sintetik atau ubat-ubat berasaskan dadah.

Berasaskan bahan-bahan semulajadi:

Sesetengah vitamin boleh dihasilkan dari proses-proses seperti penyulingan bahan-bahan lain yang bukan bahan utama dalam pembuatan vitamin, misalnya vitamin C diperbuat daripada penapaian karbohidrat dari bijirin. Vitamin sintetik pula dihasilkan dari proses tindakbalas bahan-bahan bukan makanan seperti arang batu, tar dan sebagainya.

Bahan-bahan yang mempunyai fungsi istimewa:

Vitalea misalnya dibalut dengan spirulina (yang memberi warna hijau pada Vitalea). Spirulina terkenal sebagai tumbuhan yang sangat berguna untuk kesihatan. Manakala Sustained Released Vita C pula menggunakan bahan wax dari tumbuhan untuk memberi kesan pelepasan perlahan-lahan tersebut (vitamin C tanpa fungsi ini tidak dapat kekal lama dalam tubuh kerana ia larut air).

Amat penting untuk mengenali dari mana datangnya vitamin/mineral yang kita ambil. Bukan saja dari status halalnya, tapi juga bahan2 yang digunakan untuk menghasilkannya.
sumber :  http://vitaminsemulajadi.com/falsafah-pembuatan-vitamin-shaklee/

Jadi, saya memang sangat yakin dengan Shaklee.

 

Pastikan anda buat pilihan bijak.

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.

 

Berminat?

 

Hubungi saya di hanisamin@gmail.com atau SMS ke 010-4289601 (Hanis) untuk konsultasi mahupun maklumat lanjut.

Assalamualaikum…

Pernah dengar pengambilan vitamin membahayakan? Bukankah vitamin dan nutrien sangat diperlukan oleh badan. Bagaimana pula ia boleh membahayakan?

 

Haaa…dalam penghasilan supplemen ada 3 kategori iaitu sintetik, organik dan semulajadi. Untuk lebih mudah faham, jom rujuk table di bawah.

Dah dapat gambaran?

Mengapa penting untuk ambil vitamin semulajadi?

  1. enzim tidak alami perubahan melampau dalam pemprosesan oleh haba yang tinggi dan pelarut kimia yang keras
  2. tidak menggunakan Pengisi dan Pengikat yang keras yang menghalang penyerapan nutrien
  3. penyediaan bahan mentah dai sumber semulajadi yang berkualiti
  4. imbangan semulajadi dikekalkan sebaik mungkin
  5. semulajadi adalah bio-kedapatan dan disimpan dalam tisu badan lebih lama berbanding sintentik
  6. semulajadi lebih mudah ditukarkan oleh badan bagi menjalankan kepelbagaian fungsinya

MENGAPA ELAKKAN SINTENTIK?

  1. tidak digunakan sepenuhnya oleh tubuh – struktur sistem enzim kita adalah untuk semulajadi, bukannya makmal
  2. percubaan untuk memadankan enzim tubuh kita dengan vitamin sintentik adalah seumpama memadankan tangan kanan anda ke sarung tangan kiri
  3. semulajadi lebih aktif dari segi biologi berbanding sintetik – 42% lebih berkesan dari sintentik. Anda dapat setengah jumlah yang anda fikir anda perolehi.
sumber : BeautyDaisy
Jadi, buatlah pilihan terbaik. Jadilah pengguna yang bijak!!
* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.

 

Berminat?

 

Hubungi saya di hanisamin@gmail.com atau SMS ke 010-4289601 (Hanis) untuk konsultasi mahupun maklumat lanjut.

Assalamualaikum…

Kini ramai yang mengambil suplemen sebagai tambahan kepada nutrisi harian. Ini adalah kerana pelbagai faktor sekeliling yang menyebabkan sesetengah orang berpendapat “Saya perlukan suplemen”. Walau bagaimana pun, adakah anda benar2 perlukan suplemen? Dan, adakah anda memerlukan suplemen yang anda sedang ambil itu? Maksud saya, vitamin sintetik (sekiranya ada).

Ramai orang yang telah bertukar dari vitamin sintetik, atau vitamin yang tidak diketahui adakah ia natural atau sintetik; bila cuba vitamin Shaklee, mereka mengakui “lain”. Apa yang lainnya?

Ya pasti lain antara bunga asli dengan bunga plastik.

Namun, perbezaannya bukan setakat itu saja. Vitamin  sintetik memberi kesan lebih dari cuma “sintetik”.

Vitamin Sintetik umpama buah plastik

Dalam satu kajian yang dibuat oleh University of Leicester, London, 500 mg vitamin C sintetik mempunyai kesan antioksidan dan pro-oksidan dalam masa yang sama! Bermakna walaupun ia menghapuskan radikal bebas dalam tubuh, pada masa yang sama mereka juga menghasilkan radikal bebas!

Kajian berkaitan juga pernah dibuat oleh seorang profesor dari Mount Sinai School of Medicine, New York tentang kerosakan yang dibuat oleh vitamin C sintetik ini.  Beliau berkata bahawa Vitamin C sintetik adalah tidak sama langsung dengan vitamin C dalam buat sitrus, yang mana vitamin C dalam buah bertindak sebagai antioksidan. Manakala vitamin C dalam suplemen sintetik ni adalah agen radox- yakni bertindak sebagai antioksidan pada masa yang sama sebagai pro-oksidan. Akibatnya, ia menyebabkan kerosakan sel seterusnya kerosakan DNA.

Vitamin C sintetik adalah asid askorbik yang dibuat dalam makmal tidak mampu bertindak seperti vitamin C yang sebenar kerana ia cuma ada asid askorbik tanpa komponen2 lain vitamin C seperti bioflavonoids, rutin dan lain-lain.

Jadi, sila berhati-hati dalam pemilihan suplemen. Pilihlah suplemen semulajadi kerana ia diperbuat dari sumber vitamin C yang asli, bukan semata-mata asid askorbik. Kajian menunjukkan asid askorbik tidak memberikan kesan seperti vitamin C tanpa kehadiran bioflavonoids dan komponen2 lain.

Sumber :  http://vitaminsemulajadi.com/bahaya-vitamin-c-sintetik-merosakkan-dna/

Jom dapatkan Vitamin C dengan penghantaran percuma hanya pada bulan ini (Julai 2012). Hubungi kami untuk maklumat lanjut.

 

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.

 

Berminat?

Hubungi saya di hanisamin@gmail.com atau SMS/WhatsApp ke 010-4289601 (Hanis) untuk konsultasi mahupun maklumat lanjut.

Assalamualaikum..

Ramai yang salah faham tentang supplemen, malah tak boleh dengar perkataan supplemen. Ini kerana mereka tidak memahami hakikat supplemen sebenarnya. Apa kata kita tambah sedikit lagi pengetahuan tentang supplemen dari Mommy Lyna..

1. Membandingkan suplemen vitamin dengan makanan

Makanan adalah makanan, suplemen adalah suplemen iaitu makanan tambahan. Pengambilan suplemen tidak bermakna anda tak perlu makan, atau boleh makan makanan rapu. Suplemen adalah MAKANAN TAMBAHAN untuk menambah baik pemakanan sihat anda.

Walau anda mengambil vitamin dari A sampai Z pun, anda harus makanan makanan sihat.

2. Tidak mengetahui hakikat suplemen yang sebenar

Suplemen, makanan tambahan, merujuk kepada semua makanan kesihatan yang BUKAN makanan utama. Suplemen bukan tertakluk kepada vitamin dalam bentuk pil sahaja, malah semua sekali termasuk jamu, minuman tenaga dan sebagainya.

Suplemen yang berbahaya boleh jadi suplemen dari bahan sintetik, atau ‘suplemen’ dari bahan2 yang tidak diketahui sumbernya.

3. Keperluan suplemen bukan pilihan

Kita boleh makan sayur dan buah berkilo-kilo setiap hari. Tapi tahukah anda khasiat buat hari ini tidak sama dengan 30 tahun lepas, di mana tanah pertanian mengalami kekurangan sumber galian. Tambahan pula proses pemetikan yang mengurangkan khasiat buah-buahan dan sayur itu sendiri.

Tahukah anda buah-buah dipetik semasa belum masak? Tahukah anda bahawa buah yang belum masak tidak mempunyai nilai nutrien yang optimum?

Seperti seorang bayi pramatang, dia perlukan pelbagai support kerana tubuhnya masih belum mampu untuk bekerja dengan sendiri. Begitu juga dengan buah-buahan yang kita makan.

4. Semua penyakit bermula dari perut

Hakikatnya, kita bukan saja makan makanan kurang berkhasiat (makan rapu, fastfood) tapi kurang nutrisi dibandingkan zaman datuk nenek kita dulu. Makanan kita sudah tidak mampu untuk ‘cover’ radikal bebas yang terhasil dalam setiap tindakbalas sel, ditambah pula ia semakin rancak dengan pencemaran yang kita sedut setiap hari.

Jadi kita perlu makan antioksidan bagi mengurangkan gejala ini.

5. Suplemen vitamin bukan ubat

Ubat kita makan semasa sakit, vitamin kita makan semasa sihat. Suplemen vitamin adalah pencegahan untuk pelbagai penyakit. Bila dah sakit, makanlah vitamin apa pun, anda takkan sembuh dengan cepat, sebab vitamin tindakannya perlahan..


6. Vitamin Sintetik vs Vitamin Semulajadi

Adakah semua vitamin sama? Tidak. Badan kita memerlukan sumber makanan untuk ia bertindakbalas dan mengambil kebaikan darinya. Pengambilan vitamin sintetik ( bukan dari sumber makanan) memberi kesan tidak elok kepada tubuh dalam jangkamasa yang lama.

Oleh itu pilihlah vitamin semulajadi, yang dibuat dari bahan-bahan makanan agar tubuh kita dapat menggunakannya dengan optimum dan tidak mendatangkan mudarat di masa depan.

Tanya diri anda, adakah anda sudah bijak menilai suplemen vitamin?

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.
Berminat?
Hubungi saya di hanisamin@gmail.com atau SMS ke 010-4289601 (Hanis) untuk konsultasi mahupun maklumat lanjut.

Assalamualaikum..

Hari ni nak kongsi artikel dari Mommy Lyna tentang FDA terhadap Makanan Tambahan.

FDA adalah singkatan kepada Food & Drug Administration, iaitu sebuah badan yang bertanggungjawab melindungi kesihatan umum dengan mengawal dan mengeluarkan peraturan terhadap sebarang produk dari kategori ubat-ubatan, vaksin, makanan kesihatan dan sebagainya.

FDA menetapkan garis panduan untuk diikuti oleh pengeluar-pengeluar produk farmasi dan kesihatan.

Contohnya menetapkan bahawa produk farmaseutikal perlu menjalankan ujian klinikal sebelum digunapakai oleh orang ramai.

Dalam bidang nutrisi (suplement vitamin), FDA menjaga beberapa aspek terutama dari segi ‘claim’ dan label. Tidak seperti produk farmaseutikal (ubat dari unsur drug), FDA tidak mengawal kesan vitamin tersebut terhadap kesihatan. Sebaliknya ia cuma mengawal claim dan penggunaan label.

Apa uniknya Shaklee??

Shaklee mengikuti semua regulation FDA walaupun peraturan itu TIDAK PERLU dibuat oleh produk2 suplemen.

Misalnya:

1. Ujian klinikal – produk suplemen vitamin TAK PERLU menjalani ujian klinikal, tetapi dilakukan oleh Shaklee.

2. Label – Shaklee mematuhi label FDA dengan tidak menyatakan bahan asas sebagai bahan utama. Misalnya minyak kelapa yang digunakan sedikit dalam Syampu Prosante ditulis sebagai ‘Sodium Laurel Sulfoacetate’ (bukan sodium lauryl sulphate ya, jgn keliru…!) kerana ia cuma digunakan sedikit dan bukan bahan utama. Bahan utama seperti Panax Ginseng ditulis sebagai Panax Ginseng.

3. Claim – Shaklee menyatakan bahawa produknya “tidak bertujuan untuk diagnos, mencegah atau merawat penyakit” kerana FDA melarang produk suplemen claim untuk merawat.

4. Kanak2, ibu mengandung & menyusu – beberapa produk ditulis pada botolnya “produk ini tidak sesuai digunakan oleh ibu hamil/menyusu dan kanak2” atau “jika anda mengandung atau menyusu, sila rujuk kepada doktor anda” —> sebenarnya ia BUKAN TAK SESUAI digunakan oleh golongan tu.. tapi disebabkan dalam ujian klinikal yang dijalankan, Shaklee tidak melaksanakan ujian terhadap kanak2, ibu mengandung dan menyusu, jadi dia tulis sebagaimana regulation FDA.

Tak semua syarikat makanan kesihatan patuh pada undang2 FDA ni.. Malah ada yang salahguna. Misalnya dengan term ‘natural’, ada suplemen yang menggunakan bahan bahaya seperti merkuri dan plumbum kerana ia adalah bahan ‘natural’ @__@

Jadi berhati-hatilah memilih suplemen. Setiap suplemen TIDAK SAMA. Banyak suplemen sintetik malah yang tidak menjalani ujian klinikal. Ada juga yang mengandungi bahan-bahan dadah!

Bertindaklah dengan bijak. Jangan jadikan suplemen pembunuh senyap! Pilihlah yang benar2 organik, semulajadi, halal dan selamat.

 

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.
Berminat?
Hubungi saya di hanisamin@gmail.com atau SMS ke 010-4289601 (Hanis) untuk konsultasi mahupun maklumat lanjut.

Assalamualaikum..

Alhamdulillah, semakin hari semakin ramai yang sedar pentingnya keperluan supplemen dalam mengisi ruang nutrisi dalam badan. Walau bagaimanapun, perlu diingatkan supplemen bukanlah ubat sebaliknya ia membantu mengisi ruang-ruang kosong yang diperlukan oleh badan. Nutrien yang berlebihan atau tidak diperlukan akan dibuang oleh badan. Apabila badan mempunyai nutrisi yang cukup, maka setiap sel, organ, sistem akan bergerak dengan lancar dan menjadikan individu lebih sihat.

Oleh itu, kami TIDAK mencadangkan pengambilan supplemen untuk bayi di bawah usia setahun, kerana keperluan utama bayi ketika ini adalah susu. Dan susu yang terbaik di dunia adalah SUSU IBU. Melalui susu ibu, nutrient yang diperlukan akan disalurkan kepada bayi. Walaupun, pemakanan bayi bermula tempoh 6 bulan, itu hanyalah perkenalan kepada pemakanan. Makanan utamanya masih susu ibu. 

Sebaliknya apabila anak mencecah usia 1 tahun, susu ibu menjadi pelengkap sahaja manakala makanan utamanya adalah makanan biasa. Oleh itu, penting untuk ibu bapa memastikan anak-anak mendapatkan makanan yang berkhasiat. Elakkan makanan segera, makanan dingin beku dan makanan rapu.

Keperluan kalori anak-anak *sumber : kevinzahri.com

Bagaimana sekiranya ibu tidak dapat menyediakan keperluan secukupnya?

Di sinilah sebaiknya mengambil makanan tambahan (supplemen) untuk mengisi ruang-ruang kosong yang diperlukan. Untuk anak-anak usia 1-3 tahun, boleh mula diberikan Shaklee Meal Shakes dan Shaklee OmegaGuard. Tapi tak perlu kerap pun. Cara pengambilan, sila hubungi pengedar anda ya. Ini supaya tidak memberatkan tubuh di kecil anda untuk memproses supplemen yang diberikan.

Untuk anak-anak usia 4-6 tahun pula selain 2 supplemen di atas boleh ditambah dengan Shaklee Vita-lea Chew dan Shaklee Vita-C Chew. Manakala selepas usia itu, boleh diambil supplemen selainnya kecuali Nutriferon dan beberapa yang lain. Nutriferon sebaiknya selepas usia 12 tahun kerana agak kuat dan memerlukan air masak yang banyak.

Sekali lagi diingatkan, sila maklumkan usia anak untuk dapatkan jadual pengambilan vitamin yang betul ya. 

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.
Berminat?
Hubungi saya di hanisamin@gmail.com atau SMS ke 010-4289601 (Hanis) untuk konsultasi mahupun maklumat lanjut.

Assalamualaikum..

Saya kongsikan soalan dari pelanggan Kak N.

“Alhamdulillah selepas mengambil ESP dan set skin care, saya dapati kulit saya ada perubahan. Itupun bila minum banyak air. Namun saya suka sebab kini lebih energetic dan no more moody macam dulu2 cepat sangat stress. Soalan saya, jika saya stop vitamin ini apa akan jadi? Adakah kulit saya bermasalah semula?”

Ini pula jawapan Kak N

Untuk memberi jawapan yang lebih mudah, saya menyediakan satu anologi.

Apabila seseorang itu hanya mendapat zat vitamin dari makanan hariannya, ia ibarat sebuah rumah dengan perabot biasa. Namun apabila individu itu mendapatkan makanan tambahan seperti vitamin dan supplement, ia ibarat sebuah rumah dengan perabot yang mewah sedikit.

Namun apabila kita sudah biasa dan selesa duduk dan berehat di atas sofa ini….

Dan satu hari kita tukarkan kepada kerusi ini ….

Pasti kita boleh menilai keselesaan duduk di atas sofa empuk dengan kerusi kayu kan? Kalau duduk sekejap-sekejap mungkin ok. Kalau lama, mungkin kurang selesa dan sakit badan.

Mungkin ada yang suka dan selesa duduk di kerusi kayu. Itu adalah pilihan masing-masing. Walau bagaimanapun, berfikirlah untuk jangka masa panjang.  Nikmat kesihatan tidak dapat dibeli dengan wang ringgit. Oleh itu, beringatlah sebelum sakit. 

Oleh kerana faktor inilah ramai yang dah biasa amalkan makan vitamin, tak kisahlah apa brand sekalipun, mereka akan rasa beza bila tak makan vitamin. Oleh kerana sebab inilah setiap hari orang akan masuk farmasi beli vitamin, atau paling-paling kurang pun minta di klinik panel atau klinik kerajaan.

Vitamin membantu menutupi mana-mana ruang kosong dalam badan yang tidak dapat dipenuhi melalui pengambilan makanan harian kita terutama vitamin E, beta carotene,vitamin B dan vitamin C, protein lengkap dan banyak lagi.

Maka tiada istilah bergantung dengan vitamin ….sebab balik pada diri individu tersebut. Jika mahu keselesaan, dapatkan tambahan dengan supplement dan vitamin. Tetapi, kena beringat supaya ambil vitamin yang tiada perasa tambahan, pewarna tambahan, pengawet , asli. Cara paling mudah untuk kenal vitamin asli, pastikan tiada silika gel di dalamnya. Barulah berbaloi dengan nilai yang dibeli.

Gel Silika

Berbeza dengan ubat kimia, semakin banyak/lama diambil mungkin akan memberi kesan negatif pada tubuh badan kerana badan dibantu dari luar. Jadi semakin lama, badan pun semakin malas nak bina ubat (antibodi) sendiri kerana boleh dapat dari luar.

 

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.
Berminat?
Hubungi saya di hanisamin@gmail.com atau SMS ke 010-4289601 (Hanis) untuk konsultasi mahupun maklumat lanjut.
Translator
Translator Plugin
Ayat seribu dinar
Ahlan wasahlan…
Assalamualaikum & selamat sejahtera

Selamat datang ke Hanis Healthy Life. Hanis Amin adalah pengedar Shaklee yang sah, yang juga pengguna kepada produk Shaklee.

Untuk sebarang pertanyaan, hubungi kami di
email : hanisamin@gmail.com
sms/WhatsApp : +6010-4289601

Terima kasih.

Hazu Enterprise (SA0175455-W)

Set Istimewa untuk anda!

Breastfeeding Set
(Set Penyusuan)

Testimonial : KLIK SINI

==========================

Confinement Set
(Set Berpantang)

Testimonial : KLIK SINI

==========================

Skin Care Set
(Set Penjagaan Kulit)

Testimonial : KLIK SINI

==========================

Healthy Weight Set
(Set Berat Badan Sihat)

Testimonial : KLIK SINI

==========================

Baby & Children Health
(Kesihatan Bayi & Kanak-kanak)

Informasi


Sertai kami di Facebook!


Ada pertanyaan atau komen?