Order sekarang!


atau SMS/WhatsApp/Telegram :

010-4289601 (Hanis)

Best selling!!
Dapatkan info terkini segera..

* Setiap testimoni yang tertulis dalam laman web ini adalah pengalaman dari pelanggan sendiri dan hasil dari setiap pelanggan mungkin berbeza antara satu sama lain. Namun ini tidak bermakna vitamin ini boleh mengubat atau menyembuhkan penyakit. Sila konsult dengan pengedar anda untuk lebih lanjut.

PERHATIAN : Konsultasi selepas pembelian produk dan jadual pengambilan adalah khas untuk pelanggan kami sahaja. Sila rujuk pengedar anda untuk jadual pengambilan & kosultasi selepas pembelian. Terima kasih.
Free Palestine, Pray 4 Syria
Tabung Kecemasan Gaza Aqsa Syarif di sini :
http://on.fb.me/1jlP2li
Akaun Maybank Islamic : 551575-004299
akaun Bank Islam : 1209-20100-34904
email : projects@aqsasyarif.org.my

Tabung Kasih Ummah Syria
Bank Islam Malaysia Berhad
120290 100 63512
(Pertubuhan IKRAM Malaysia)
email : i4syria315@gmail.com

Nutrient

Assalamualaikum..

 

Hari ni saja nak share saiz botol Shaklee yang pelbagai rupa.

Botol alfalfa tu saya letak yang saiz L. Untuk saiz S, botolnya sama seperti vita-C. kebanyakan produk shaklee diletakkan dalam saiz botol seperti vita-C, cuma ada beberapa yang lain. OmegaGuard sama saiz dengan Vita-C cuma saya letakkan juga sebab penutupnya lain dari yang lain.

Beberapa supplemen bersaiz kecil diletakkan dalam botol seperti B complex. Antaranya ostematrix, GLA, Garlic dan ada beberapa lagi.

Paling kecil CarotoMax. Tapi kecil-kecil cili padi tau. Tengok warnanya yang merah tu. Jangan main-main, walaupun kecil fungsinya sangat hebat. Harganya pun boleh tahan mahal. Boleh baca lebih lanjut di sini.

Jom dapatkan sekarang!

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.

Berminat?

Hubungi saya di hanisamin@gmail.com atau SMS ke 010-4289601 (Hanis) untuk konsultasi mahupun maklumat lanjut.

Assalamualaikum…

Alhamdulillah, dah semakin ramai yang memahami dan merasai kepentingan supplemen dalam menu seharian. Walau bagaimanapun, ada yang merasakan mereka tidak sesuai dengan vitamin. Minggu lepas saya ada bertemu dengan doktor dan bertanya sekiranya vitamin boleh tak serasi dengan badan dan menyebabkan kesan negatif seperti alergi dan sebagainya. Menurut doktor tersebut, vitamin asas seperti multivitamin, b complex, vitamin C, vit E tidak akan menyebabkan kesan negatif pada badan.

Untuk hasil optimum, kita disarankan makan secara konsisten selama 3 bulan untuk benar-benar mendapatkan keserasian ditambah sel kita hidup antara 90-120 hari.

Jadi, sekiranya anda merasakan pengambilan vitamin tidak memberi kesan positif LANGSUNG kepada anda, cuba semak dan semak kembali diri anda. Adakah anda mengamalkan sikap di bawah?

1. Pengambilan air kosong dipandang remeh.
Ramai yang ada masalah untuk amalkan minum air masak kosong dan lebih suka yang bewarna dan berperisa. Air yang manis boleh meningkatkan kepekatan darah serta menyebabkan kegemukan.

Kita disarankan mengamalkan banyak minum air masak apabila mengamalkan pengambilan vitamin supaya penyerapan vitamin oleh tubuh berlaku dengan lebih baik.

 

2. Elakkan makan vitamin secara banyak sekaligus pada satu masa.
Apabila kita makan semua vitamin secara sekaligus, ini meningkatkan kepekatan darah kita hanya pada masa-masa tertentu. Ramai yang suka amalkan ini apabila waktu hendak  tidur sedangkan pada masa selepas itu kita akan kurang minum air. Maka cuba agih-agihkan pengambilan vitamin anda mengikut kesesuaian dan keperluan anda agar kepekatan darah tidak meningkat secara mendadak pada satu satu masa. Ini juga membantu agar buah pinggang tidak terlalu dibebani pada satu satu masa tertentu sahaja.
3. Elakkan pengambilan vitamin bersama ubat.
Sekiranya anda dalam pemantauan doktor atas masalah kesihatan, elakkan mengambil ubat secara serentak dengan pengambilan vitamin kerana ini hanya akan menyebabkan darah bercelaru dan tidak dapat menyerap vitamin dengan baik. Cuba sediakan jadual, sekiranya selepas makan pagi anda mengambil ubat doktor maka anda boleh amalkan vitamin pada waktu tengahari atau malam. Namun sekiranya anda perlu makan ubat secara berturutan, pagi dan petang, maka amalkan vitamin selepas 1-2 jam selepas pengambilan ubat doktor.

4. Kurangkan pengambilan kafien dalam diet harian.
Tahukah anda pengambilan kafien boleh merosakkan vitamin yang sedia ada dalam badan? Maka pengambilan minum yang berkafien yang tinggi secara berterusan boleh membazirkan vitamin yang kita amalkan selama ini. Maka kita tidak akan mendapat kesan seperti yang diharapkan sama sekali disebabkan vitamin rosak disebabkan pengambilan kafien secara berterusan.

5. Pantang larang makan vitamin.
Tahukah anda pengambilan multivitamin yang lengkap dengan zat besi tidak boleh diambil bersama air susu? Ini kerana ia akan mengganggu penyerapan zat besi itu sendiri. Tahukah anda vitamin E tidak boleh diambil bersama alfalfa kerana alfalfa boleh mengganggu penyerapan vitamin E oleh tubuh badan manusia. Ada beberapa lagi yang perlu kita ketahui seperti pengambilan Alfalfa tidak disarankan untuk ibu mengandung kerana boleh mengakibatkan risiko keguguran di awal kehamilan.

Dapatkan jadual makan yang betul dan pastikan anda tahu fungsi kebaikan vitamin yang anda beli! Makanlah dengan ilmu. Jangan beli vitamin jika anda tidak tahu apa kebaikan vitamin yang anda amalkan. Perlukan maklumat lanjut, hubungi sahaja saya.

sumber : http://www.anakkuwiraku.com/2011/12/beberapa-faktor-kenapa-vitamin-tidak.html

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.

 

Berminat?

 

Hubungi saya di hanisamin@gmail.com atau SMS ke 010-4289601 (Hanis) untuk konsultasi mahupun maklumat lanjut.


Assalamualaikum..

Sejak Shaklee semakin banyak mendapat hati dikalangan rakyat malaysia terutama golongan ibu-ibu, banyak betul mitos tentang supplemen yang keluar. Baru-baru ini, kami dikejutkan dengan berita di bawah pula.

Jom baca tulisan Kak N dari AnakkuWiraku.

Masih saya ingat satu video yang pernah saya tonton…dalam video tersebut dinyatakan bermula 2011 seterusnya manusia lebih banyak hidup dalam tekanan, maka pengambilan supplement adalah salah satu cara yang disarankan untuk mengatasinya selain memastikan keperluan rohani dipertingkatkan.

Maka bagi mereka yang oppurtunist, pastinya mengambil ini satu peluang perniagaan dengan menghasilkan supplement mereka sendiri. Maka sampai satu peringkat kita dapati lambakan supplement dalam pasaran sehingga membuatkan manusia keliru untuk memilihnya.

Tidak perlu pergi jauh, memadai kita melangkah masuk satu farmasi….dan kita mula bertanya, saya perlukan vitamin C…pasti kita ditunjukkan dengan pelbagai jenama vitamin C. Bagi penjual yang pentingkan keuntungan, pasti mengesyorkan vitamin c yang mahal yang kononnya setanding dengan kualiti. Namun tidak dijelaskan mengapa dengan lebih lanjut. Sedangkan vitamin c yang bagus adalah jenis pelepasan masa kerana ia adalah vitamin larut air.

Pernahkah anda terlintas….Apakah sebenarnya vitamin yang selamat di ambil?

Sebagai pengamal tegar supplement selama 12 tahun , saya memilih Shaklee kerana :

  • Dr Forest C Shaklee adalah orang pertama yang menghasilkan Vitalized Mineral yang kini digelar VITAMIN.
  • Vitamin Shaklee adalah asli, tiada pewarna, pengawet malah perasa tambahan.
  • Vitamin Shaklee tiada silika gel dengan ini membantu penyerapan dengan lebih baik.

UJI Vitamin anda. 

Cuba anda ambil sebiji multivitamin yang sedang anda amalkan….genggam selama 5 minit, jika anda dapati tangan anda melekit serta warnanya melekat dengan tangan anda, maka saya sarankan anda memilih vitamin yang lebih baik.

Vitamin yang sintetik biasanya mengandungi silika gel, pewarna, perasa dan pengawet tambahan….bahan-bahan ini boleh memudaratkan kesihatan kerana tubuh kita hanya perlukan yang asli.

Hakikatnya pewarna, pengawet dan perasa tambahan ini tidak diperlukan oleh badan dan jika diambil secara berterusan dikhuatiri boleh memudaratkan kesihatan.

Kesihatan itu sangat mahal…maka amalkan pengambilan supplement dengan ilmu dan  bukan kerana trend semata-mata.

Keunikkan Shaklee

1. ENERGIZING SOY PROTEIN
· Sumber terbaik daripada kacang soya
· Mengandungi protin lengkap (9 essential amino asid)
· Protin mental
· Kolesterol “0” serta rendah lemak
· PER(Protein Efficiency Ratio) yang tinggi – 2:5
2. VITA-LEA
· Mengandungi 12 vitamin dan 7 Galian pada kadar yang seimbang
· Larutan yang cepat (17 minutes disintegration time)
· Folic Acid dan Biotin 100%
· 2 biji membekalkan 600 mg calcium
· Diuji oleh 48 saintis selama 198 jam bagi setiap ‘batch’3. VITA -C 500 mg SUSTAINED RELEASE
· Pelepasan perlahan-lahan – 100mg setiap jam selama 5 jam
· Bio-flavonoid C complex
· Sumber terbaik – Rose hip
· 1 bij mengandungi vitamin C seperti mengambil 7.5 biji oren segar

4. B-COMPLEX
· Sumber terbaik – Torula dan Brewers Yeast
· Mengandungi 8 jenis vitamin B
· 100% Folic Acid dan 100% Biotin
· Tidak mengandungi pewarna tiruan

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.

 

Berminat?

 

Hubungi saya di hanisamin@gmail.com atau SMS ke 010-4289601 (Hanis) untuk konsultasi mahupun maklumat lanjut.


Assalamualaikum..

Saya nak kongsikan pandangan & jawapan Mommy Lyna tentang artikel seorang doktor mengenai supplemen untuk ibu menyusu. Saya pun ada buat tambahan juga. (Nak juga tambah tongue )

Mari kita Mulakan…

***********START*************

Pertama: Kandungan kalsium dlm breastmilk tidak berubah walaupun seorang ibu tidak mengambil sebarang calcium supplement dan tidak mengambil sumber makanan yg mengandungi banyak kalsium. Badan ini terlalu bijak dijadikan oleh Tuhan utk menghasilkan kalsium sendiri dlm susu ibu utk bekalan si bayi. Terdapat bbrp kajian juga telah membuktikan bahawa penganbilan supplement kalsium oleh ibu menyusu langsung tidak menaikkan level kalsium dlm susu ibu.

Mommy Lyna: Fakta di bawah saya ambil dari : http://kellymom.com/herbal/natural-treatments.html#calcium.

Kedua: Yang message saya suruh beli vitamin Bco utk naikkan kualiti susu ibu…maaf, saya berpegang kpd evidence-based, bukan pengalaman based. Vit B adalah vitamin larut air, maka mudah juga di serap kedalam susu ibu. Oleh itu, anda yg makan vit B akan mengalami perubahan warna susu ibu iaitu kekuningan dan nampak pekat, tapi sebenarnya yg masuk ke dalam susu ibu tu adalah vit B, malah sisa degradasinya juga.

Mommy Lyna: Riboflavin; salah satu elemen dalam B Complex, memberikan warna kepada susu ibu dan juga urin. Ia tidak menjadikan susu ibu lebih berkualiti; namun sokongan vitamin B tambahan memberikan ibu perasaan tenang dan mood yang baik, menambahkan rasa cinta pada anak tersayang, lalu mengaktifkan hormon oxytocin yang mengeluarkan susu dari badan. Pernah kan bila dalam keadaan stress, kita pam susu pun taknak keluar…  Soal susu pekat juga bergantung kepada pelbagai situasi seperti cuaca, waktu mengepam etc (Klik sini kalau nak tahu detail pasal keunikan susu ibu).

Ketiga: Kajian juga membuktikan bahawa kualiti susu ibu yg tidak berbeza dgn ibu yg di negara maju, negara membangun, dan negara mundur dan miskin, maknanya antara ibu terlebih makan, makan ikut suka hati, atau memang tak cukup makan. Atas dasar ini jugalah terhasilnya Carta Pertumbuhan Kanak2 WHO (WHO growth chart) yg membuktikan anak2 yg disusui susu ibu dari pelbagai benua menghasilkan carta perkembangan yg sama, tidak ada beza. So, di manakah basis anda yg cuba msg saya itu mengatakan sbg susu yg terhasil dr ibu yg mengambil supplement yg anda jual akan mempunyai tahap perkembangan yg baik disebabkan supplement yg diambil diserap ke dalam susu ibu seterusnya disalurkan kpd bayi?

Mommy Lyna: Terlalu banyak milk booster dipasaran dan sebab yg Dr X ckp ni la saya kureng dengannya sehingga membuatkan saya terpaksa mengambil vitamin untuk ibu yg menyusu bagi membantu proses penyusuan. Jika anda amati statement saya ni pasti dpt bau perbezaan keperluan vitamin untuk ibu menyusu vs pemakanan untuk susu ibu. Ibu yang sihat & bertenaga membuatkan bayi juga lebih gumbira. Akibatnya, perkembangan positif.

Keempat: Sebelum kita terpengaruh dgn penjual supplement’s promotion, mari kita lihat diri kita, pertama tengok perut, ada lipatan spare tyre tak walaupun halus? Kedua, buat carta makanan harian anda, kaji apa yg anda makan dan berjumpa dgn pakar pemakanan, bukan penjual supplement….tentu anda dapati sebenarnya anda dah terlebih zat! Saya cabar anda berjumpa saya dan saya boleh quote nilai zat dlm mknn harian anda.

Mommy Lyna: Kita patut makan ikut carta pemakanan tp itu juga tak menjamin ketiadaan spare tyre, hehe. Ada orang kata nk buang spare tyre kena pakai korset, huhu. Walaupun saya lebih pentingkan senaman, tak salah langsung nak pakai korset sebab keperluan, preference & gaya hidup manusia ni tak sama. Banyak je doktor boroi :P

Hanis Amin : Kebanyakan kita tak mampu pun nak sediakan makanan seperti piramid makanan tu. mesti ada je lompong-lompong. Jadi, daripada biarkan je piramid makanan tu tak stabil yang akan merosakkan diri di kemudian hari, lebih baik kita cuba isi dengan pengambilan makanan tambahan. :)

 

Keempat: sedarkah anda yg anda boleh sakit disebabkan terlebih vitamin dan garam galian? Kaji kandungan kalcium anda..calcium carbonate? Mahukah anda mengalami batu karang di kemudian hari? Adakah anda menjalankan senaman/exercise (bukan termasuk kerja rumah seharian ya) sebanyak minimum 3 kali seminggu selama minimum 30minit berpeluh setiap sesi? Kalau tak, berhati2 dgn calcium supplement anda kerana anda terdedah kpd risiko batu karang juga osteoporosis juga. Kalsium yg diambil dr tak kira sumber apa pun memerlukan aktiviti kecergasan di atas utk diserap dan disimpan kukuh dlm tulang….kalau tak, tulang anda akan menjadi umpama simen yg rapuh kelak. Sedarlah segera.

Mommy Lyna: That’s why saya sarankan OSTEMATRIX, kalsium Shaklee yang lengkap untuk pembinaan tulang yang kukuh! Terdiri calcium citrate, magnesium, vitamin D, boron dan segala macam mineral untuk pembinaan matriks tulang, bukan sekadar bina tulang. Best kan? Boleh baca tentang kalsium Shaklee (Ostematrix) di sini.  Ada jgk cerita tentang simen.

Great minds think alike gitu! Hahak…

Kelima: Jgn cuba kelirukan ibu2 tentang kandungan kalsium dlm susu ibu dgn susu formula. Ya, memang betul kandungan kalsium dlm susu ibu lebih rendah dr yg terkandung dlm susu formula, TAPI telah dibuktikan bahawa penyerapan dan penerimaan kalsium dlm susu ibu oleh bayi adalah 2 hingga 3 kali lebih tinggi n mudah berbanding penyerapan kalsium dlm susu lembu, oleh itu susu ibu tetap tak dapat ditandingi. Namun kajian juga telah membuktikan bahawa penambahan pengambilan suplement kalsium oleh ibu menyusu langsung tidak akan menambah kandungan kalsium dlm susu ibu yg dihasilkan krn Tuhan maha bijaksana dlm menentukan apa level terbaik utk seorang bayi.

Mommy Lyna: Kita bebas memilih sama ada nk kalsium cukup2 je ke (yg kita pun tak tahu cukup tu berapa mg, huhu) atau standby yang lebih baik (kalsium dgn citrate, magnesium etc) sbb kita semua ada keperluan, kehendak & kemampuan berbeza2. Bak kata Dr, Allah Maha Bijaksana, kita hanya mampu berusaha.

Keenam: Tahukah anda sesetengah vitamin tidak ditapis oleh payudara seterusnya disalurkan berlebihan melalui susu ibu? Sama juga spt mengandung, sesetengah vitamin tidak ditapis oleh uri dan disalurkan kpd bayi? Jaga2 dgn vitamin A dan E. Kesan negative serius boleh berlaku jika berlebihan dos (hanya recommend supplement A dan E kpd yg mmg pasti tidak dapat mengambilnya dlm diet seharian). Oleh itu, kaji diet harian anda dahulu.

Mommy Lyna: Vitamin A Shaklee adalah jenis beta karotena atau pro-vitamin A, hanya ditukarkan kepada vitamin A apabila diperlukan. Kalau tak perlu, ia akan dibuang oleh tubuh kita. Selamat kan? Ia boleh berfungsi sebegitu simply becos diperbuat daripada bahan semulajadi. Vitamin E Shaklee pula mengandungi selenium untuk melengkapkan fungsinya.

Hanis Amin : sebab tu penting untuk dapatkan supplemen dari bahan semulajadi. supaya tidak tertipu dan mengakibatkan kesan negatif pula di kemudian hari.

 

Ketujuh: Vitamin supplement boleh menambah pengeluaran susu? Kalau betul boleh, mengapa anda yg claim pernyataan ini masih menyarankan ibu2 memahami dan meneruskan konsep supply and demand utk memastikan kelancaran pengeluaran susu ibu? Dan mengapa sebenarnya ramai ibu yg mengambil vitamin/supplement yg dicadangkan dan mengikut aturan ambilan tertentu yg disarankan oleh penjual telah memenuhi inbox message saya samada di FB mahupun di email dgn kecewanya terhadap “usaha” membeli supplements seperti ini? INGAT! Konsep sebenar supply n demand adalah jawapan sebenar. Kpd yg bermasalah penurunan pengeluaran susu badan, saya sarankan anda berjumpa dgn konsultan/kaunselor laktasi yg betul untuk dibantu dan sama2 mengkaji punca permasalahan susu merudum (bukan konsultasi melalui email/FB/telefon dlm hal ini) krn approach yg diberikan sgt terperinci mengikut masalah individu.

Mommy Lyna: Kalaupun betul boleh tambah pengeluaran susu, kalau tak pam or direct feeding cemana susu tu nk kuar? huhu. Ada saya kongsikan konsep penyusuan ibu di sini; termasuklah “supply-demand”, “milk booster” & di awal kelahiran.

Hanis Amin : betul, konsep asas penyusuan supply-demand. kenapa ramai je ibu-ibu yang masih mencari makanan penambah susu seperti kurma, air longan, malah ada juga yang ambil pil milk booster yang terdapat banyak di pasaran tetapi masih terus pam dengan kerap? kerana itu memang asas penyusuan! supplemen cuma membantu menyihatkan dan menyegarkan ibu, jadi ibu boleh berasa tenang dan terhasillah susu yang lebih banyak. bila kita berada dalam keadaan tenang, susu lebih mudah keluar.

Kelapan: Adakah bermakna pengambilan pelbagai supplement itu salah? TIDAK SAMA SEKALI. Kita bebas mengambil apa2 supplement, namun jika anda seorang terpelajar, anda boleh membuat kajian betul dahulu tentang menu diet harian anda sebelum decide utk menambah vitamin dlm senarai keperluan harian anda. Pernahkah anda dengar tentang detoksifikasi? Ia terdiri dari diet khas pelbagai vitamin dan mineral yg diambil dlm bbrp hari shj. Anda boleh mencuba, tapi menu diet terbaik dihasilkan dari sumber smulajadi dan itulah yg telah dibuktikan. Anda boleh mengambil vitamin dan supplemen utk kesihatan anda, tetapi utk mengaitkan dgn keperluan khas ibu menyusu/menggalak pengeluaran air susu adalah sangat TIDAK BERETIKA sekiranya anda adalah seorang yg memperjuangkan penyusuan susu ibu.

Mommy Lyna: Hakikatnya, hampir semua orang yang menjalankan gaya hidup seharian yg mencabar (terutamanya suri rumah) perlukan vitamin untuk kekal bertenaga. Personalization yg dibuat; seperti vitamin utk ibu menyusu, memang dah tailor-made untuk memenuhi keperluan masing-masing sebab tak semua org mampu beli, makan & telan banyak2 vitamin (esp org laki). Takkan lah penjualan MPV dianggap tak beretika jika dikaitkan dengan keperluan sekeluarga?

Kesembilan: pukul berapa anda keluar rumah untuk bekerja dan pulang kerumah kemudiannya? Bila matahari belum terbit dan bila matahari dah terbenam? Pernah anda bersenam atau beriadah di taman pada waktu pagi di setiap hujung minggu atau hanya duduk buat kerja2 rumah di kala cuti? Kalau mcmtu, lupakan utk dapat vitamin D, sebab yg terbaik adalah dari sumber matahari. Takut matahari sebab UV lantas anda mengambil vitamin E? Tahukah anda matahari pagi adalah yg baik, bukan yg terik atas kepala, sekadar pengambilan vit E tidak menghentikan or melambatkan proses penuaan jika anda tidak memakai sunblock yg sesuai. Kenapa saya sentuh vit D? Sebab ia penting membantu penyerapan kalsium dari usus. Oleh itu, jgn takut matahari pagi. Kan senang dgn rutin harian dan diet yg neutral.

Mommy Lyna: Kan bagus kalau ambil vitamin E, pakai sun block elak UV & amek matahari pagi2. Why choose when can have all? Hmm… That’s why dalam Ostematrix, dilengkapi dengan Vitamin D kerana dari kajian pakar dalam bidang nutriceutical kebanyakan penduduk dunia terutama di negara yang berada di garisan sartan dan garisan jadi kurang vitamin D dari cahaya matahari.  Kita di khatulistiwa mungkin tak mengalami kerana negara kita matahari tegak sepanjang tahun, tapi better be safe la kan. Lebih baik ambil supplement kalsium yang dah lengkap dengan vitamin D dan mineral lain.

Hanis Amin : Mungkin ada yang bekerja berpeluang untuk mendapatkan vitamin D secara direct dari matahari. Bagaimana dengan ibu keluar bekerja di awal pagi dan pulang lewat petang? Adakah perlu keluar dari pejabat sekejap dan berjemur di bawah matahari? Walau bagaimanapun, memang lebih baik jika kita dapat vitamin D direct dari matahari dalam masa yang sama vitamin D dari supplemen. :)

Kesepuluh: Supplements boleh mengelak diabetes? Ramai pesakit dah buat, tapi tetap dpt diabetes. Kenapa? Sebab senaman dan pemakanan mengikut sukatan piramid tidak diamalkan. Anda tahukah piramid makanan? Semua boleh tunjuk piramid tu, tapi bila saya tengok post2 makanan di FB masing2, fuhhh..semua jadi piramid terbalik. Cara terbaik memahami piramid makanan, jumpa pakar pemakanan berdekatan anda, bincang ikut kesesuaian xtvt harian anda walaupun anda tak sakit. That day bila waktu SGM yg saya bincang, rata2 participants pelik n terkejut bila saya bgtau sukatan makanan yg sepatutnya mengikut hidangan setiap jenis makanan.

Mommy Lyna: Vitamin bukan ubat & takde nye tak payah makan nasi or bersenam sebab dah makan vitamin. Blur jap… Sapa la yg bg nasehat macam gitu ke Dr X. 

Hanis Amin : sebab tu namanya makanan tambahan bukan makanan utama.

——

JOM AMALKAN CARA HIDUP SIHAT!

Bukan bermakna, bila anda ambil supplemen anda tak perlu amalkan cara hidup sihat ye. Walaupun anda ambil supplemen tetapi jika setiap hari asyik makan-tidur, makan pula asyik fast food setiap hari, macam mana nak sihat.
Supplemen ini cuma makanan tambahan, untuk membantu melengkapkan pemakanan serta memastikan kita kekal sihat. Perlu atau tidak? Mahu atau tidak? Pilihan di tangan anda.

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.

 

Berminat?

 

Hubungi saya di hanisamin@gmail.com atau SMS ke 010-4289601 (Hanis) untuk konsultasi mahupun maklumat lanjut.


Assalamualaikum…

Berkongsi artikel dari Puan Tuty sekali lagi..

Saya pelik kenapa isu pengambilan supplement untuk ibu menyusu sangat ditentang oleh segolongan pihak sedangkan supplement bagi ibu hamil pula adalah satu perkara yang menjadi lumrah. Boleh dikatakan IBU HAMIL=SUPPLEMENT adalah satu perkara biasa kerana kita sedia maklum yang pengambilan supplement semasa mengandung adalah bertujuan untuk tumbesaran bayi di dalam perut ibu di samping membantu ibu hamil untuk lebih cergas. Bukan sekadar melepek dan menjadi kurang efektif apabila hamil.

Kita juga maklum yang kalsium yang diambil oleh ibu akan disalurkan kepada bayi.Oleh kerana itu, ibu mengambil tambahan kalsium samada melalui susu mahupun pil kalsium.

Antara supplement yang akan ibu perolehi apabila hamil adalah ASID FOLIC, VITAMIN C, IRON dan KALSIUM. Jika pemakanan sudah memadai untuk mendapatkan khasiat supplement ini, tidak perlulah doktor membekalkan vitamin ini kepada ibu hamil.

Bagaimana pula dengan ibu menyusu??
Saya rasa semua sudah tahu yang apa yang ibu ambil akan disalurkan kepada anak melalui penyusuan.Malahan ramai ibu menyusu yang bekerja. Hampir 6 bulan saya menjadi work n pump mommy dan my lil amni pun dah berusia hampir 8 bulan. Terus terang saya katakan, alangkan masa zaman bujang pun saya amalkan supplement untuk pastikan badan tetap segar serta memulihkan keletihan otak, apatah lagi bila dah bekerja serta menyusukan anak.

Pada saya, pengambilan supplement adalah untuk membantu ibu menjayakan penyusuan kerana untuk menjadi SUPERMAK, SUPERWIFE, SUPERWORKER badan kita perlukan tenaga tambahan.Bila badan lesu, mulalah perasaan MALAS mula menyinggah dan secara tidak langsung akan mempengaruhi penghasilan susu.

Ibu menyusu juga seperti ibu hamil perlukan supplement tambahan seperti kalsium atau minum susu kerana anak masih mengambil kalsium daripada ibu. Saya sendiri selepas bersalin sering sakit-sakit belakang, sakit sendi dan pergelangan tangan kerana sentiasa memangku my lil amni semasa menyusukannya.

Saya berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan nasihat serta rawatan dan saya pulang dengan VITAMIN NEUROVIT yang terdiri daripada Vitamin B1, Vitamin B6, Vitamin B12 yang boleh didapati di dalam vitamin B-complex. Cuma NEUROVIT membekalkan kuantiti yang lebih tinggi. Ini bermakna vitamin penting untuk kesihatan diri.

Bagi ibu-ibu yang mencari milk booster, silalah kaji kenapa susu anda merudum kerana kebanyakan pelanggan saya bila saya tanya dan buat post mortem, kebanyakannya kerana gagal memenuhi konsep supply vs demand. Fahami konsep asas dan Insya Allah anda akan berjaya.

Pastikan anda mendapat konsultasi penuh daripada pengedar kerana pengedarlah orang yang perlu anda tuju dahulu sebelum memberikan komen-komen atau mengadu pada orang lain. Anda ada hak untuk mendapatkan bimbingan sepenuhnya daripada pengedar.

 

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.

 

Berminat?

 

Hubungi saya di hanisamin@gmail.com atau SMS ke 010-4289601 (Hanis) untuk konsultasi mahupun maklumat lanjut.

Assalamualaikum..

“Tak perlulah makan vitamin, aku makan hari-hari dah cukup dah”

Biasa, kan?

Tahukah anda bahawa vitamin adalah komponen kimia organik yang berunsur karbon, sangat diperlukan oleh tubuh kita untuk pertumbuhan, metabolisma dan kesihatan secara amnya. Vitamin diperlukan untuk membina enzim dan hormon yang penting untuk fungsi tubuh.

Kita memerlukan vitamin dari sumber luar seperti makanan dan sinaran matahari kerana tubuh kita tidak dapat membina vitamin sendiri.

Ada 13 jenis vitamin yang tubuh kita perlukan, tak boleh tidak. Vitamin bukan makanan, dan bukan pengganti makanan kerana ia tiada kalori yang memberi tubuh kita tenaga. Sebaliknya ia yang membantu tubuh kita untuk menukarkan makanan kita menjadi tenaga.

Oleh itu, adalah salah jika menganggap “Dah ambil vitamin, tak perlulah makan lagi!”. Tidak sama sekali!

Vitamin ini seperti petrol dan makanan itu kereta. Kita kena ada kereta barulah petrol boleh digunakan untuk menggerakkan kereta dan bawa kita ke mana-mana.. Kalau tak ada petrol, kereta tak boleh bergerak, kalau tak ada kereta pun petrol tak ada gunanya.

Keperluan vitamin kita ditetapkan oleh Institut Perubatan melalui satu skala yang dinamakan RDA atau Recommended Daily Allowance atau Recommended Dietary Allowance. Biasa kan kita dengar iklan di TV yang menyebut USRDA…

Keperluan RDA adalah berbeza mengikut peringat umur, jantina, tahap kesihatan dan sebagainya. Sebab itu kanak-kanak tidak boleh mengambil vitamin orang dewasa kerana dosnya yang tinggi. Manakala wanita biasa memerlukan RDA yang lebih rendah dari lelaki untuk sesetengah vitamin, tapi bila dia mengandung dan menyusu, keperluannya meningkat.

RDA dikira dalam unit Metrik, iaitu gram (g), miligram (mg), mikrogram (mcg) dan IU.

RDA yang ditetapkan untuk vitamin Shaklee sudah disesuaikan dengan diet kita, maknanya kalau kita suka makan lobak merah, mengambil tambahan Vitalea atau Carotomax tidak akan menjadikan kita mengalami Vitamin A berlebihan, kecuali jika kita ambil Vitalea atau Carotomax melebihi dos.

sumber

Hanya kita yang tahu tubuh badan kita…

 

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.

 

Berminat?

 

Hubungi saya di hanisamin@gmail.com atau SMS ke 010-4289601 (Hanis) untuk konsultasi mahupun maklumat lanjut.


Assalamualaikum..

Kebanyakan ibu yang membeli set breastfeeding kami mengakui produk ini meningkatkan taraf kesihatan ibu dan bayi (juga ayah) seterusnya membantu menjayakan penyusuan susu ibu. Walau bagaimanapun, mereka masih tetap mengepam dan mengosongkan payudara kerana mereka faham konsep asas penyusuan adalah supply vs demand. Lebih kerap payudara dikosongkan, lebih banyak susu yang akan terhasil.

Walau bagaimanapun, si ibu juga perlu tahu faktor-faktor lain seperti kena jaga pemakanan (diet seharian menepati piramid makanan), rehat yg cukup, tubuh yg sihat, bebas dari stress, pengambilan air yg cukup, makanan rohani (doa yg tak pernah putus pada Allah ..Istiqamah),  juga perlu di ambil kira. Itu semua gabungan yang balance utk menjayakan penyusuan selama 2 tahun insyaAllah….

Kita taknaklah susu banyak tetapi di penghujung hari si ibu pengsan, keletihan, tak cukup tenaga nak layan macam-macam kerenah anak dan suami. Dan taknaklah juga selepas 2 tahun berjaya menyusu tapi si ibu kelihatan tua dari umur sebenar dengan pelbagai sakit seperti sakit pingganglah,sakit gigi lah,stress lah, masalah kedinginan, dan lain-lain.

Kesimpulannya, supplemen BUKAN milk booster, shaklee bukan produk tambah susu badan. Vitamin ni hanya membantu si ibu kekal sihat, bertenaga,awet muda, berseri, dan yg penting ia memenuhi ruang kosong yg badan perlukan (vitamin, garam ,mineral). Vitamin juga memperkayakan lagi nutrisi susu ibu yg semulajadi kaya dgn zat-zat.

Ambillah vitamin dengan ILMU bukan sekadar ikutan. Tanpa ILMU yang betul, anda akan rasa mudah tertekan bila tidak mendapat hasil yang diingini dan mula menyalahkan produk ini walaupun baru mencuba sebulan!

Shaklee BUKAN ubat magic, yang bila anda ambil sehari dua terus susu turun mencurah-curah walaupun anda tidak mengosongkan payudara. Hatta, jika anda ambil mana-mana ubat milk booster sekali pun jika anda tidak memahami dan mengikuti konsep asas penyusuan, susu anda mungkin meriah untuk beberapa ketika sahaja dan akan terus merudum semula.

Tidak dinafikan, walaupun saya ambil vitamin Shaklee tetapi susu saya sedikit merudum. Pengedar Shaklee pun alami susu merudum? Ya, ini berlaku apabila konsep asas tidak dilakukan. Sejak pejabat berpindah, jadual pam saya pun sedikit berubah dan kadang-kala menjadi sedikit huru-hara. Dari pam sehari 4 kali, kini saya cuma pam sehari 3 kali. Lebih memburukkan keadaan apabila company mengurangkan pekerja, jadi kerja bertambah dan seingat saya dalam 2 minggu jadual pam saya lambat dan tak betul. Kadang-kala saya terpaksa skip sesi pam yang terakhir kerana ada masalah yang menyebabkan saya terpaksa balik awal.

Selepas muadz setahun 2 bulan, dia dah boleh berjalan, jadi semakin aktif dan banyak bermain. menyusu pun kadang main-main aje. Saya pula tidak mengepam untuk menggantikan sesi penyusuannya itu di hari minggu kerana biasa kami tidak berada di rumah. Jadi sedikit sukar untuk mengepam.

Walau bagaimanapun, ahamdulillah, sehingga kini, muadz 1 tahun 6 bulan, masih menyusu dengan susu ibu tanpa susu formula. Cuma saya mula perkenalkan susu kambing segar sedikit demi sedikit. Alhamdulillah, buat masa ni saya masih cuba kawal pemakanan dan minuman dia. Minuman cuma susu dan air masak (cuma kadang2 terlepas sikit air manis bila dengan pakcik makcik dia). Saya juga cuba kawal pengambilan coklat dan makanan ringan.

InsyaAllah, lagi 6 bulan untuk muadz menjayakan penyusuan 2 tahun. oh, bagaimana untuk terus menghasilkan susu, malah kadang-kala susu masih membasahi baju? Tunggu entry seterusnya ya…

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.

 

Berminat?

 

Hubungi saya di hanisamin@gmail.com atau SMS ke 010-4289601 (Hanis) untuk konsultasi mahupun maklumat lanjut.

Assalamualaikum…

Ramai doktor yang ambil supplemen, tak kurang ramai juga yang tidak percaya kepada supplemen. Kenapa saya keluarkan topik tentang doktor? Kerana kebelakangan ini saya terbaca banyak salah faham tentang supplemen dan ada setengahnya dikeluarkan dari kalangan doktor sendiri.

Kenapa ini berlaku?

Kerana doktor pakar dalam bidang PERUBATAN dan bukan supplemen. Walaupun dalam buku medic ada maklumat tentang supplemen tetapi tidak mendalam. Sama juga seperti ada doktor yang tidak menyokong susu ibu kerana maklumat tentang penyusuan susu ibu yang tidak mendalam.

Walau bagaimanapun, alhamdulillah, semakin lama banyak hospital rakan bayi, dan semakin banyak kempen penyusuan di hospital-hospital walaupun pernah juga dengar cerita nurse yang tak support breastfeeding walaupun bekerja di hospital rakan bayi.

Sama juga seperti supplemen, tak semua doktor tahu tentang supplemen sepenuhnya. Kakak saya sendiri doktor dan memang macam-macam mitos yang saya dengar dari dia. Tapi saya diamkan. Sehingga suatu hari dia bertanyakan produk untuk memberikan tenaga kerana dia rasa dia cepat letih. Malah, katanya specialist dia pun cadangkan suruh ambil supplemen kerana doktor lah yang paling tak teratur makannya. Kakak saya sendiri makan kadang-kala sekali sehari je untuk breakfast, lunch dan dinner terus. macam manalah badan tak letih.

Baru-baru ini dia tanyakan pula produk untuk tambah imunisasi sistem untuk anak buah saya yang memang ada eczema teruk. Dia kata badan si kecil usia 5 tahun tu dah banyak sangat dadah(ubat) dan imunisasi sistem dia dah bertambah teruk. jadi, makin lama ubat yang semakin kuat terpaksa diberikan. kesian pula dengan dia.

Jadi, saya bantu dengan beri meal shake dan basic H kepada kakak sulung saya untuk cuba. Minggu lepas pula terbaca komen seorang pembeli Shaklee di group tertutup kami seperti di bawah

Akhirnya, setelah pelbagai ubat tidak berjaya mengubati, doktor kembali kepada vitamin untuk memulihkan badan dari dalam. Tetapi perlu difahami, vitamin tidak sama seperti ubat. Ubat berfungsi MENGUBATI penyakit manakala vitamin berfungsi MEMULIHKAN badan. Jadi, badan akan mengambil sedikit masa untuk memperbaiki semula sistem-sistem dalam badan.

Saya percaya setiap apa yang dilakukan perlukan ILMU, sebab tu saya masih belajar ILMU agama, penyusuan, cloth diaper, pendidikan anak-anak dan juga supplemen. Ilmu Allah itu sangat luas, tak habis sepanjang hayat kita. Jadi, janganlah terus menyalahkan sesuatu kerana mungkin orang lain tahu apa yang kita tidak tahu dan kita tahu apa yang orang lain tidak tahu.

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.

 

Berminat?

 

Hubungi saya di hanisamin@gmail.com atau SMS ke 010-4289601 (Hanis) untuk konsultasi mahupun maklumat lanjut.

Assalamualaikum…

Bila kita tengok pada keratan akhbar di atas, bil hospital kini menjadi beban pula pd kita ni. apatah lagi zaman sekarang ni mcm2 penyakit dengan mudah menghinggap. Malah banyak pula penyakit baru yang baru dikenal pasti.

Pasti ramai yang berkata…takpe…aku ada simpanan…ada kad kredit…lagipun kos perubatan aku dicover oleh syarikat…small matter la…..lagi2 sekarang ni banyak syarikat takaful yang menawarkan pakej yang menarik dengan bayaran premium yang berpatutan….

Sememangnya kita wajib bersiap sedia dengan sumber kewangan yang mencukupi apatah lagi yang perlu digunakan untuk kecemasan. Namun adakah ia mencukupi? tepuk dada tanya selera (sebenarnya tepuk poket…cek kembung ke kempis…heheheh)

Persediaan kewangan jika kecemasan / ditimpa penyakit memang perlu…namun kita sering terlupa yang MENCEGAH LEBIH BAIK DARI MENGUBATI
PREVENTION BETTER THAN CURE kata omputih la kan…

Jadi apa yang kita dah buat untuk memastikan kita telah mengambil langkah pencegahan yang mencukupi. Saya tak nafikan dulu2 pun saya anggap benda nak mencegah ni benda enteng sehingga la bila kita sering dikejutkan dengan berita artis/selebriti/ org awam yang masih muda 30an diserang dengan sakit jantung, kencing manis, darah tinggi….

apatah lagi kini ada juga kanak-kanak yg turut menghidapi trio penyakit tersebut…

saya petik sebahagian kata2 Irfan Khairi (jutawan online tu)..

Kekayaan atau kesihatan yang penting? Pastinya ramai akan kata, kesihatan lagi penting. Tapi sering kali, kita hanya mengambil berat tentang kesihatan kita apabila kita jatuh sakit. Bila tak sakit, mungkin berbagai aktiviti gaya hidup yang kurang sihat kita amalkan- seperti merokok, makan berlebihan, minum minuman yang manis dan sebagainya. Apabila jatuh sakit, baru lah kita akan tersedar dan pantang untuk menjaga kesihatan.Menjaga kesihatan harus bermula daripada awal sebelum terlewat. Dengan kesihatan yang terjaga, kita juga dapat menjaga kewangan kita pada kos-kos perubatan yang sering menelan beribu ringgit.

Tahukah anda, kebanyakan penyakit bermula dari makanan?
APA YANG KITA MAKAN SEKARANG MENGGAMBARKAN TARAF KESIHATAN KITA 10 TAHUN AKAN DATANG…

hmmm…memandangkan kita sekarang ni senang dgn fast food maka risiko lebih tinggi…

Namun ia boleh dicegah dengan pengambilan makanan tambahan yang berupaya meneutralkan semula makanan yang kita ambil…..
contohnya…bila kita amik makanan yang high kolesterol; dengan pengambilan lecithin dan fiber, lemak dan kolesterol dapat dipecahkan/ diuraikan serta disingkirkan….Neutralisasi….

Lagipun, sebenarnya bukan mahal mana pun makanan tambahan ni, jika dibandingkan dengan kos perubatan yang bakal menjelma.

Untuk set kesihatan yang asas,anda semua boleh mendapatkannya di bawah kos RM200 dan ini bertahan untuk 4 bulan. maka sebulan hanya RM50…murahkan….

Kami kongsikan sedikit pengalaman seorang rakan.

update terbaru tentang rakan ini…
* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.

 

Berminat?

 

Hubungi saya di hanisamin@gmail.com atau SMS ke 010-4289601 (Hanis) untuk konsultasi mahupun maklumat lanjut.

Assalamualaikum..

Ada yang mendengar berita di Radio Sinar? Dalam berita tersebut ada kenyataan, “Pengambilan Vit E tingkatkan risiko kanser prostat sebanyak 17%”. Tentunya ramai terutamanya para suami mula risau dengan kenyataan di atas kan.

Sebenarnya, Memang ada kebenaran pada kata-kata itu dan saya tidak menafikannya. Ini kerana ada bermacam jenis vitamin E dalam pasaran. Jadi, kita perlu tahu apa ciri-ciri Vitamin E yang selamat diambil, bukan sahaja untuk jangka masa pendek tetapi yang lebih penting untuk jangka masa panjang.

Jom baca hasil tulisan Dr Bruce Miller. Buku ini telah pun dialih bahasa ke bahasa melayu untuk memudahkan pembacaan.

PALING PENTING PERLU TAHU KEPENTINGAN LABEL PADA BOTOL

* Sila klik pada gambar untuk baca dengan lebih jelas.

Bagaimana pula dengan Vitamin E Shaklee?

Vitamin E Shaklee terdiri daripada Vitamin E d-alpha tocopherol concentrate and d-alpha tocopheryl acetate selain lengkap dengan Selenium [as selenium yeast].

Vitamin E sahaja tidak sempurna tanpa selenium. Pengambilan vitamin E perlulah lengkap dengan selenium untuk mendapat kesan pengambilan yang optimum manakala tanpa selenium ia boleh bertindak sebagai toksik dalam jangka panjang kerana ia tidak dapat melaksanakan fungsinya dengan baik.
Sekiranya anda pengamal vitamin E selain jenama Shaklee, pastikan juga anda membeli vitamin selenium supaya vitamin E anda dapat berfungsi dengan lebih baik.
Sama seperti Vitamin A, kita tidak boleh mengambil Vitamin A berlebihan kerana ia boleh mengakibatkan toksik kepada badan melainkan kita mengambil vitamin Pro-Vitamin  A seperti Beta Carotene yang mana ia hanya akan ditukar kepada vitamin A bila diperlukan saja.

Makanlah vitamin E bersumber semulajadi dan ini boleh dilihat pada label botol vitamin anda sama ada ia ‘d’ atau ‘l’. Bagi yang bertulis pada label dengan ‘d’ ini bermakna ia adalah sumber asli. Manakala ‘l’ adalah sumber tiruan atau sumber kimia.

Mengapa perlu memilih sumber asli? Supaya lebih mudah diserap oleh badan berbanding sumber tiruan atau sumber kimia kerana jika tidak dapat diserap oleh badan , ini akan menyebabkan toksik kemudan hari dan penyebab kepada wujudnya abnormal sel dalam badan.

Mungkin anda merasakan vitamin E Shaklee mahal berbanding vitamin E di luar sana [ dalam pasaran] tetapi kita perlu tahu nilai yang kita bayar. Vitamin E Shaklee adalah bersumberkan asli dan lengkap dengan selenium.

Adakah kerana hendak jimat hari ini anda menanggung risiko yang besar kemudian hari?

Renung -renungkan……

Jangan lupa cuba belek vitamin E yang ada di rumah anda!

sumber

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.

 

Berminat?

 

Hubungi saya di hanisamin@gmail.com atau SMS ke 010-4289601 (Hanis) untuk konsultasi mahupun maklumat lanjut.


Translator
Translator Plugin
Ayat seribu dinar
Ahlan wasahlan…
Assalamualaikum & selamat sejahtera

Selamat datang ke Hanis Healthy Life. Hanis Amin adalah pengedar Shaklee yang sah, yang juga pengguna kepada produk Shaklee.

Untuk sebarang pertanyaan, hubungi kami di
email : hanisamin@gmail.com
sms/WhatsApp : +6010-4289601

Terima kasih.

Hazu Enterprise (SA0175455-W)

Set Istimewa untuk anda!

Breastfeeding Set
(Set Penyusuan)

Testimonial : KLIK SINI

==========================

Confinement Set
(Set Berpantang)

Testimonial : KLIK SINI

==========================

Skin Care Set
(Set Penjagaan Kulit)

Testimonial : KLIK SINI

==========================

Healthy Weight Set
(Set Berat Badan Sihat)

Testimonial : KLIK SINI

==========================

Baby & Children Health
(Kesihatan Bayi & Kanak-kanak)

Informasi


Sertai kami di Facebook!


Ada pertanyaan atau komen?