Order sekarang!


atau SMS/WhatsApp/Telegram :

010-4289601 (Hanis)

Best selling!!
Dapatkan info terkini segera..

* Setiap testimoni yang tertulis dalam laman web ini adalah pengalaman dari pelanggan sendiri dan hasil dari setiap pelanggan mungkin berbeza antara satu sama lain. Namun ini tidak bermakna vitamin ini boleh mengubat atau menyembuhkan penyakit. Sila konsult dengan pengedar anda untuk lebih lanjut.

PERHATIAN : Konsultasi selepas pembelian produk dan jadual pengambilan adalah khas untuk pelanggan kami sahaja. Sila rujuk pengedar anda untuk jadual pengambilan & kosultasi selepas pembelian. Terima kasih.
Free Palestine, Pray 4 Syria
Tabung Kecemasan Gaza Aqsa Syarif di sini :
http://on.fb.me/1jlP2li
Akaun Maybank Islamic : 551575-004299
akaun Bank Islam : 1209-20100-34904
email : projects@aqsasyarif.org.my

Tabung Kasih Ummah Syria
Bank Islam Malaysia Berhad
120290 100 63512
(Pertubuhan IKRAM Malaysia)
email : i4syria315@gmail.com

NutriFeron

Pengalaman anak kena impetigo

 

Assalamualaikum…

Hari ni nak share pengalaman anak kena impetigo. Impetigo ni jangkitan bakteria pada kulit yang menyebabkan gelembung pada muka atau badan. Boleh baca lanjut tentang impetigo di SINI, saya ada sharekan sebelum ni.

Kisah ni bermula 3 minggu lepas bila Zilal bangun pagi Jumaat nak pergi tadika macam biasa. Nampak kat bawah bibir kanan dia macam ada gelembung besar. Macam melecet pun ada. Ayahnya kata sebab dia selalu pegang2 bibir masa nak tidur, jadi mungkin luka. Balik dari tadika, tengok gelembung tu dah pecah dan ada macam tompok merah-coklat(macam luka) di bawah bibir dan atas mata. Agaknya sebab cairan gelembung tu terkena ke mata kot. Sabtu tengah hari tengok macam makin banyak pula kesan ‘comot’ tapi tak de gelembung pun. Malam tu baru perasan ada gelembung kecil tepi bibir dan dagu.

Pengalaman impetigo

Sabtu malam

Terus buat keputusan nak bawa ke klinik esoknya. 2 malam tu, dia asyik mengamuk dan menangis je. Agaknya rasa tak selesa kot. Bila tanya gatal ke? Dia kata tak. Bila tanya sakit ke? Dia kata tak, tapi tak mau basuh muka. Bila basuh dia kata sakit. Agaknya pedih bila kena air. Esoknya kami cuba bawa ke klinik Pakar Kanak-kanak, Klinik Adek. Tapi tutup. Yelah, hari ahad kan. Terus decide untuk ke Hospital Shah Alam bahagian kecemasan (sbb ahad Klinik Kesihatan tutup).

Anak dara ni memang susah jumpa doktor. Masuk bilik doktor je dah menangis. Doktor tengok muka (tak pegang lagi) dah menjerit. Akhirnya dalam mengamuk tu kena juga ambil darah sebab doktor nak check. Alhamdulillah juga bawa ke Hospital Shah Alam, dalam masa sejam terus dalam keputusan ujian darah. Kalau klinik swasta, mungkin nak kena datang lain kali untuk tahu result sebab takde lab sendiri. Doktor beritahu darahnya clean, tiada kesan virus. Jadi mungkin kena penyakit Impetigo. Sebelum tu saya dah search, hasilnya yang saya jumpa sama ada impetigo atau herpes. Tapi doktor kata bukan herpes sebab darah clean. Tapi kalau dalam seminggu tak baik juga, bawa semula dan doktor akan check semula.

Doktor minta supaya dia tak ke sekolah dan cuba jauhkan dari abang dan adiknya, takut berjangkit. Katanya impetigo ni boleh juga kena pada orang dewasa tapi biasa orang dewasa ni antibodi kuat untuk lawan bakteria tu. Dan ia tak berjangkit melalui udara, hanya melalui sentuhan. Bila sentuh tempat jangkitan kemudian sentuh benda lain, orang lain yang pegang benda tu boleh terkena juga.

Zilal dapat 4 ubat. Ubat antibiotik, ubat sapu, ubat demam(utk tahan sakit jika perlu), ubat gatal(jika perlu). Doktor bagitau je ubat-ubat tu, ummi dah garu kepala. Anak dara ni sangat sangat sangat la susah makan ubat. Dia pandai kontrol mulut dia supaya ubat tu tak masuk langsung, disamping hikmat tendang, pukul dan meronta yang sangat kuat. Ayah dia pun boleh berpeluh pegang tau! Dari kecik Zilal memang tak pernah sakit. Masa umur 2 tahun lebih baru sakit yang perlukan ubat. Sebelum tu, kalau sakit sikit-sikit memang ummi bagi vitamin Shaklee je. Kejap je dah sembuh.

Tanya doktor tak boleh ke kalau ubat sapu sahaja. Katanya sebab ada kena dekat mulut dan mata, tak boleh sapu kat situ. Jadi kena juga makan antibiotik. Hari Isnin bermula la wrestling bagi makan ubat. Sekali je bagi makan ubat gatal dan tahan sakit tu, yang lain tu bagi antibiotik sahaja sebab tak larat nak paksa dia.

pengalaman impetigo

Hari selasa, dah tak ada gelembung baru

Memang kesian tengok dia masa ni. Zilal sangat suka tengok cermin tapi sepanjang sakit ni langsung dia tak nak tengok cermin. Masa ambil gambar di atas pun dia tak mahu tengok semula gambar dia. Muka dia sedih bila kata ‘jangan cium adik’. Tapi ummi bagi ‘can’ dia baring sebelah adik. Sambil tu, ummi ambil nutriferon dengan doa dan harapan supaya antibodi adik Zubair kuat sikit dan tak terkena jangkitan. Abang Muadz pun ummi bagi nutriferon. Dalam susu Zilal pun ummi campurkan sikit nutriferon. Baju-baju Zilal ummi rendam air panas dan basuh asing.

Pengalaman impetigo

Hari Jumaat – Zilal dah cantik cuma comot sikit sebab baru lepas makan

Alhamdulillah, hari Jumaat muka Zilal dah bersih, cuma tinggal sikit-sikit je lagi kesan. Masa ni, lepas ambil gambar sibuk dia nak tengok muka dia. Bila tunjuk gambar masa dia sakit tu, dia buat muka sedih sambil cakap, “Lal cacit(sakit).” Alhamdulillah Zubair dan Muadz tak terkena jangkitan sekali. Memang mencabar pengalaman anak kena impetigo ni. Tapi kalau tak kena, saya pun tak tahu tentang penyakit ni.

Lepas habis ubat antibiotik, saya terus beli Meal Shakes untuk dicampurkan dalam susu dia. Satu yang kurang baik tentang antibiotik ni sebab dia bunuh semua bakteris sama ada bakteria baik mahupun jahat. Sedangkan sistem usus kita perlukan bakteria baik. Jadi, saya bagi Meal Shakes sebab dalamnya mengandungi Acacia Gum (Gam Arab) yang berfungsi sebagai prebiotik iaitu makanan kepada bakteria baik. Selain itu, Meal Shakes juga membantu meningkatkan sistem imunisasi kanak-kanak dan beri nutrient dan gizi seimbang (sepanjang sakit Zilal kurang makan, dah kurus dah). Selepas ni, memang tak nak tinggal bagi Meal Shakes. Hari tu berhenti sekejap sebab stok di rumah dah habis dan asyik tak sempat nak beli baru. Nutriferon pula bekalan yang sentiasa ada di rumah terutama di masa-masa kecemasan, ada tanda-tanda tak sihat.

Harapnya pengalaman jaga anak impetigo ni membantu ibu-ibu lain yang mengalami masalah yang sama.

mealShake

Meal Shakes membantu memberikan nutrisi tambahan kepada anak-anak di samping menguatkan sistem imunisasi.

Bagaimana nutriferon berfungsi

Ada promosi untuk nutriferon bulan ni tau!!

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.

Kami ialah PENGEDAR SAH SHAKLEE anda di Bandar Saujana Putra! Sila SMS/ WhatsApp ke +6010-4289601 (Hanis) untuk self pick-up di Bandar Saujana Putra.

Your Shaklee Independent Distributor
Hanis Amin
♥ SMS | WhatssApp : 010-4289601
♥ Shaklee ID : 837662
♥ FB Page : http://www.facebook.com/HanisHealthyLife
♥ Email : hanisamin@gmail.com

Bagaimana Nutriferon berfungsi?

Assalamualaikum…

Azam tahun ni sepatutnya nak kerap update blog. Tengah semangat PC pula rosak. Tergendala segala idea. Jadi, sementara sempat ni nak update PRODUK PROMOSI BULAN FEBRUARI 2016 iaitu Nutriferon. Yeay…saya suka sangat nutriferon ni ada promosi, boleh dapat beli dengan harga lebih murah. Nutriferon ni memang sentiasa standby ada kat rumah.

Bagaimana nutriferon berfungsi

Apa Nutriferon ni?

Nutriferon adalah interferon semulajadi. Interferon buat julung kalinya ditemui oleh Dr. Yasuhiko Kojima dari University Tokyo pada tahun 1954. Selepas membuat kajian selama 40 tahun dan semakan semula beribu-ribu jenis herba yang berlainan, Dr. Kojima telah membangunkan satu-satunya interferon semulajadi dan dipatenkan Eksklusif oleh Shaklee.

Didalam bidang perubatan perubatan, suntikan interferon banyak digunakan untuk merawat penyakit hepaitis,kanser, hidrophobia ( penyakit anjing gila ), herpes dan HIV dlll. Tambahan pula, ia telah terbukti bahawa interferon amat berkesan untuk melindungi kita dari jangkitan influenza dan berbagai jenis penyakit.(sumber) Tapi suntikan interferon tu sangat mahal tau. Satu suntikan sahaja berharga hampir RM1000.

Bagaimana nutriferon berfungsi meningkatkan sistem imun kita?

Saya cuba terangkan dalam bahasa mudah ya. Pernah tak tengok kat TV bomba, tentera atau polis biasa dia macam ada loceng penggera bila ada kecemasan kan? Bila loceng tu berbunyi, bergegas la anggota bomba tu berlari, bersiap dan terus bersedia.

Interferon ni ibarat loceng tu la. Bila ada bendasing (bakteria, kuman, virus), badan kita akan bertindak melawan bendasing tu. Bila kita ambil nutriferon, badan meransang untuk interferon ni membunyikan alarm kejutkan mana-mana antibodi yang masih lena tu suruh bersedia untuk lawan bendasing yang masuk dalam badan kita. Jadi badan kita akan lebih cepat la untuk melawan penyakit dan lebih cepatlah kita sembuh.

bagaimana nutriferon berfungsi

Bestkan? Lagi best sebab bulan ini ada promosi, kalau beli 6 percuma 1 kotak. Kalau beli 2 kotak dapat 5% diskaun. Sekotak berharga RM181.25 (retail price) dan mengandungi 30 sachet. Kalau jadi ahli, dapat harga lebih murah tau.

Jom, cepat dapatkan segera! Sehingga 29 Februari 2016 sahaja tau!!

Kami ialah PENGEDAR SAH SHAKLEE anda di Bandar Saujana Putra! Sila SMS/ WhatsApp ke +6010-4289601 (Hanis) untuk self pick-up di Bandar Saujana Putra.

Your Shaklee Independent Distributor
Hanis Amin
♥ SMS | WhatssApp : 010-4289601
♥ Shaklee ID : 837662
♥ FB Page : http://www.facebook.com/HanisHealthyLife
♥ Email : hanisamin@gmail.com

 

Nutriferon & Collagen Powder kini kembali!!!

 

Alhamdulillah, setelah setahun lebih menghilangkan diri, akhirnya Nutriferon & Collagen Powder kini kembali. Kualiti Shaklee memang ketat, selagi tiada bahan mentah yang terbaik, produk tidak akan diproses. Kenalah tunggu walaupun lama.

Nutriferon & Collagen Powder kini kembali!!!

 

Alhamdulillah, kini ia telah kembali.

Nutriferon ni memang menjadi First Aid Kit saya di rumah. Kalau demam atau selsema berlanjutan, ambil 1-2 sachet alhamdulillah dah reda. Untuk anak-anak pun kadang saya bagi juga sikit untuk bantu kuatkan sistem badan mereka. Lagipun ia mudah ditelan, cuma bancuh air. Vit C chew, anak-anak makan juga tapi ada mood. Kalau ada mood baru nak ambil. Jadi nutriferon ni memang saya suka sangat. Suami pun suka.

Baca tentang Nutriferon DI SINI

 

Collagen Powder pula memang menjadi rebutan ramai untuk mereka yang inginkan kulit yang cantik, sihat luar dan dalam. Memang terbukti dalam masa 8 minggu (ada yang lebih awal lagi). Bukan sahaja baik untuk kulit, tetapi juga untuk rambut, kuku, sendii dan bentuk badan.

Baca tentang Collagen Powder DI SINI

Jadi, Jom dapatkan segera!!

 

Apa tunggu lagi??

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.

Kami ialah PENGEDAR SAH SHAKLEE anda di Bandar Saujana Putra! Sila SMS/ WhatsApp ke +6010-4289601 (Hanis) untuk self pick-up di Bandar Saujana Putra.

Your Shaklee Independent Distributor
Hanis Amin
♥ SMS | WhatssApp : 010-4289601
♥ Shaklee ID : 837662
♥ FB Page : http://www.facebook.com/HanisHealthyLife
♥ Email : hanisamin@gmail.com

Vitamin Shaklee Kesukaan Saya? Semua vitamin Shaklee saya suka. Lagi pula sebab saya tahu keistimewaan setiap satunya. Memang rasa nak ambil semua. Rasa susah nak pilih satu sahaja sebab memang ada beberapa yang saya sentiasa konsisten. Jadi, saya senaraikanlah semua Vitamin Shaklee Kesukaan Saya.

1) Ostematrix

Kalau diminta pilih satu, ini yang pertama. Kenapa saya suka Ostematrix? Boleh baca :

Shaklee Effect : Kenapa saya suka Ostematrix?

Shaklee Effect : Kenapa saya suka Ostematrix? – Bah. 2

2) Vitamin C

Dari dulu lagi sistem imuniti saya memang agak rendah. Mudah berjangkit bila ada orang sekeliling saya yang tak sihat. Baru baik tapi kalau ada kawan yang selsema, akan berjangkit sekali lagi. Jadi Vitamin C ni memang teman baik saya. Alhamdulillah, saya dah jarang sakit sejak ambil supplemen. Ops, bukan tak pernah sakit ya cuma dah berkurangan. Kalau sakit pun jarang berpanjangan.

Vitamin C Shaklee, Bukan Sekadar Vitamin C. Memang banyak kegunaannya dan berbeza dengan Vitamin C yang lain. Semasa tak sihat, saya akan ambil 2-4 biji sehari untuk membantu menguatkan lagi sistem imun saya secara intensif.

Read the rest of this entry »

Antara banyak-banyak demam biasa, saya paling tak tahan selsema. Sebabnya saya kalau selsema memang akan teruk. Dalam masa sehari hidung dah melecet dan merah-merah. Biasanya seminggu baru baik. Sepanjang selsema memang akan rasa lemah badan dan pening kepala. Ada yang ambil jalan mudah dengan telan panadol tapi tahukah anda, pengambilan panadol akan merosakkan buah pinggang dalam jangkamasa panjang. Alhamdulillah, saya dah jumpa Petua Hilangkan Demam Selsema Dengan Cepat.

1. Minum air dengan banyak

Bila minum air dengan banyak, kita akan lebih kerap buang air kecil. Jadi virus akan lebih cepat keluar dan badan akan lebih sejuk. Lagi satu, masa selsema kita akan kehilangan air melalui selsema tersebut. Jadi penting untuk menggantikan air yang keluar dari badan kita dengan secukupnya. Boleh juga minum air teh campur limau atau halia untuk mengurangkan kahak.

Petua Hilangkan Demam Selsema Dengan Cepat

2. Sapu minyak bawang putih

Cara membuat minyak bawang putih-Panggang bawang putih dgn kulit sampai masak atau kulitnya sudah hitam, kemudian lenyekkan pada sedikit minyak (minyak masak, minyak zaitun atau virgin coconut oil (VCO), sapu di dada, belakang dan tapak kaki anak ketika batuk selsema. Untuk anak-anak yang selsema pun boleh dibuat sapuan.  (sumber)

Read the rest of this entry »

Assalamualaikum..

Apa itu hepatitis B?

hepatitis

Hepatitis bermaksud bengkak (radang) pada hati. Hepatitis terbahagi kepada beberapa jenis.

Hepatitis B disebabkan oleh jangkitan virus. Ia dijangkitkan daripada seorang individu kepada individu lain melalui cairan badan seperti darah, air liur, air mani atau rembesan faraj.

Sistem imun atau daya ketahanan badan seseorang itu sendiri boleh melindunginya daripada hepatitis B. Sembilan-puluh peratus daripada orang dewasa yang sihat berupaya melawan jangkitan hepatitis B dalam masa enam bulan, walaupun tanpa rawatan.

Namun begitu, kira-kira lima peratus daripada mereka yang dijangkiti hepatitis B tidak dapat melawan jangkitan dan terus membawa virus ini dalam badan mereka. Keadaan ini dipanggil hepatitis kronik atau hepatitis berterusan. Hepatitis kronik boleh merosakkan hati anda. Dalam sesetengah kes, hepatitis kronik boleh menyebabkan penyakit hati (cirrhosis), malah barah hati juga.

Bagaimanakah hepatitis B tersebar?

Anda boleh mendapat hepatitis B daripada:

  • jarum suntikan, sekiranya anda menyuntik dadah ke dalam badan.
  • melakukan hubungan seks dengan seseorang yang membawa virus ini.
  • darah yang tercemar di tempat kerja. Contohnya, jika anda bekerja dalam industri penjagaan kesihatan, kulit anda mungkin terluka akibat terkena jarum secara tidak sengaja.
  • jarum yang tercemar yang digunakan untuk mencacah tatu atau menindik.
  • menjalani pemindahan darah (walau bagaimanapun, kes sebegini sangat jarang berlaku di Malaysia kerana semua bekalan darah kini disaring bagi hepatitis B).
  • menjalani pemindahan darah di negara-negara di mana kes hepatitis B banyak berlaku.

Bagaimana saya boleh tahu jika saya menghidap hepatitis B?

Menjalani ujian ialah cara terbaik untuk mengetahui samada anda telah dijangkiti virus ini ataupun tidak. Hepatitis B biasanya tidak mempunyai simptom, dan jika ada pun ia tidak begitu ketara. Doktor anda perlu tahu jika anda menghidap hepatitis B supaya rawatan yang diperlukan dapat dijalankan.

Simptom-simptom hepatitis B boleh datang dan pergi, dan ini termasuk:

  • simptom-simptom seolah-olah demam selesema seperti keletihan dan sakit-sakit badan;
  • sakit perut, loya, muntah, cirit-birit;
  • hilang selera makan.

Jika anda menghidap hepatitis B, anda mungkin mengalami jaundis iaitu kulit dan mata putih anda menjadi kuning. Satu lagi simptom jaundis ialah air kencing yang berwarna gelap dan najis yang pucat warnanya.

sumber : http://www.babycenter.com.my/a25004835/hepatitis-b

Adakah supplemen Shaklee dapat membantu?

hepatitis2

 

Hepatitis melibatkan salah satu organ penting dalam badan iaitu HATI. Shaklee dapat membantu anda menjaga hati dengan kombinasi produk-produknya

1. Vivix 
Vivix merupakan supplement anti-penuaan terbaik didunia yang dibangunkan selepas penyelidikan bertahun-tahun oleh Shaklee. Ramuan vivix telah menunjukkan impak kepada 4 mekanisme penting,
Vivix membantu memberika perlindungan antioksidan dan melindungi dan memperbaiki selular DNA.

2. NutriFeron

Untuk kegunaan harian, NutriFeron meningkatkan pengeluaran interferon semulajadi badan iaitu suatu pengaktif kritikal sistem imun.

NutriFeron berfungsi di dalam peringkat selular sel dalam dua cara iaitu

– Mengaktifkan sistem pertahanan imun dengan aktif/cepat
– Menggerakkan “pasukan cari dan musnah’ dalam sistem imuniti badan.

Interferon membantu melindungi kita daripada pendedahan harian terhadap beribu penceroboh asing yang boleh membawa kepada penyakit serius dan penyakit.

Oleh itu, amat perlu bagi kita untuk menolong badan kita membantu diri kita sendiri dan itulah tujuan Nutriferon; untuk merangsang setiap sel badan untuk menghasilkan lebih banyak interferon asli untuk menyediakan badan kita perlindungan dengan tahap yang lebih tinggi dalam skop yang luas terhadap serangan selsema, virus dsb.


3. DTX Complex

Mengandungi bahan ekstrak yang sangat penting dari biji benih pokok susu tisel yang menghasilkan 80% silymarin. Ia turut mengandungi bahan-bahan yang digabungkan secara unik dan saintifik; ekstrak daripada Schnizandra dan cendawan Reishi (herba yang kaya dengan anti-oksida) dan ekstrak daripada dandeion, kunyit dan articok (herba yang membantu mengekalkan aliran hempedu)

Fungsi DTX Complex

– melindungi hati daripada toksin, termasuklah dadah, racun dan bahan kimia
– merawat masalah hati seperti hepatitis dan sirosis
– mengurangkan kadar kerosakan hati akibat lebihan alkohol
– membantu mencegah dan merawat masalah batu karang
– membantu masala kulit seperti psoriasis dan ekzema
– Membina semula sel-sel hati
– meransang pengaliran hempedu
– merawat sindrom keletihan yang kronik
– meransang sintesis protin, meningkatkan jumlah enzim dalam hati untuk tujuan detoksifikasi, memperahankan pembentukan toksin.

Dengan kombinasi produk-produk Shaklee yang hebat ini, InsyaAllah kesihatan hati anda akan terpelihara. Jangan dikirakan berapa perbelanjaan penjagaan, bandingkan kemungkinan yang mendatang sekiranya hati anda tidak berfungsi lagi. Renung-renungkan..

 

Credit to Sihat Ceria Happy Life

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.

Berminat?

Your Shaklee Independent Distributor
Hanis Amin
♥ SMS | WhatssApp : 010-4289601
♥ Shaklee ID : 837662
♥ FB Page : http://www.facebook.com/HanisHealthyLife
♥ Email : hanisamin@gmail.com

Assalamualaikum..

TAHUKAH ANDA, Apabila badan dimasuki kuman, sistem imun merupakan barisan pertahanan yang pertama untuk melindungi badan. 

Sistem imun badan yang kuat akan bertindak balas dengan cepat dan membantu melawan penyakit. Sebab itu saya memilih Nutriferon, Interferon semula jadi.

485147_10200852393781771_739017411_n

5 sebab saya memilih NutriFeron.

1.Terbukti daripada Empat Kajian Klinikal Pada Manusia-Campuran fitonutrien yang berkesan dan selamat ini memberi sokongan imun tepat pada peringkat sel. Kajian menunjukkan khasiat kesihatan yang luar biasa dan perlindungan imun yang diperolehi daripada campuran khas empat ekstrak tumbuhan di dalam NutriFeron.Meningkatkan paras interferon secara semulajadi

2. Para saintis dan komuniti perubatan telah mengenalpasti interferon sebagai sesuatu yang amat penting bagi fungsi imun yang sihat. NutriFeron merupakan satu-satunya pemakanan tambahan di U.S. yang dicipta oleh penemu interferon yang boleh menambahkan penghasilan interferon di dalam badan secara semulajadi.

3. Dicipta Oleh Individu Yang Menemui Interferon-Ahli imunologi yang terkenal di dunia, Dr. Yasuhiko Kojima merupakan individu pertama yang menemui interferon pada tahun 1954 semasa beliau menjalankan penyelidikan di Universiti Tokyo.

4.Rumusan Berpaten Yang Eksklusif-NutriFeron tidak dapat dijumpai di mana-mana kedai. Ia hanya boleh didapati melalui Shaklee. Rumusan berpaten NutriFeron yang unik adalah eksklusif kepada Shaklee.Ia telah melepasi satu set ujian-ujian saintifik yang ketat dari segi keselamatan, ketulenan, keberkesanan dan prestasi.

5. 40 tahun kajian-Setelah menjalankan penyelidikan selama 40 tahun dengan menguji ratusan sebatian semulajadi, Dr. Yasuhiko Kojima telah menghasilkan satu campuran unik daripada empat ekstrak tumbuhan yang menggalakkan pembentukan interferon secara semulajadi di dalam badan.Menurut kajian terbaru, NutriFeron telah berjaya membuktikan kesan positif terhadap serangan sel-sel semulajadi (NK) – menyokong lebih banyak perkembangan untuk sistem sains imunisasi ini.

sumber

Siapa yang memerlukan NutriFeron ini?

  • Individu yang ingin kukuhkan sistem imun.
  • Individu yang menghadapi masalah sistem imun.
  • Individu yang mendapati pengambilan vitamin C (dos lebih) tidak memberi kesan ke atas penyakit yang dihidapi.
  • Individu yang apabila sakit (demam), sakitnya (demamnya) akan berpanjangan melebihi seminggu.
  • Ibu menyusu, namun mendapati anaknya masih kerap demam, dan demam berpanjangan.

Baca lanjut tentang nutriferon di http://healthy.babykawaiistore.com/category/nutriferon/

 

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.

Berminat?

Hubungi saya sekarang!!
Your Shaklee Independent Distributor
Hanis Amin
♥ SMS | WhatssApp : 010-4289601
♥ Shaklee ID : 837662
♥ FB Page : http://www.facebook.com/HanisHealthyLife
♥ Email : hanisamin@gmail.com

 

Assalamualaikum…

Ya Allah, rasa risau dan berdebar-debar bila masalah jerebu ni makin lama menjadi semakin teruk. Dah sampai ke tahap darurat pula tu.

Jom baca sikit tentang IPU

Indeks Pencemaran Udara (IPU) merupakan salah satu cara untuk mengetahui tahap teruknya jerebu. Ia melibatkan pengukuran kuantiti zarah halus merbahaya seperti karbon monoksida, sulfur dioksida, nitrogen dioksida dan ozon. Pengelasan tahap kualiti udara mengikut IPU adalah seperti berikut:

Nilai IPU Kualiti udara

0 – 50 Baik
51 – 100 Sederhana
101 – 200 Tidak sihat
201 – 300 Sangat tidak sihat
301 – 400 Berbahaya
401 – 500 Sangat berbahaya
Lebih 501 Darurat

Berita pada 23/06/2013 : Semua sekolah di Daerah Muar dan Ledang ditutup esok sehingga diberitahu kelak selepas IPU cecah 767 hari ini.

Jadi, pastikan anda berhati-hati dan berjaga-jaga ya.

1) Kurangkan aktiviti di luar rumah

2) Pakai penutup hidung dan mulut semasa keluar (mask)

3) Banyakkan minum air masak sekurang-kurangnya 8 gelas sehari

4) Elakkan merokok

5) Basuh muka & tangan selepas pulang dari aktiviti luar

Adakah supplemen shaklee yang boleh membantu?

Ini antara supplemen yang saya cadangkan

Nutriferon – menguatkan sistem imunisasi badan. Cuaca yang kurang bersih menyebabkan badan lebih mudah mendapat penyakit. Jadi, penting untuk kita tingkatkan sistem imunisasi badan.

Performance Drink –  minuman isotonik yang membantu mengurangkan kehilangan bendalir bagi meningkatkan hidrasi dan memelihara tahap gula dalam darah bagi mengekalkan keupayaan tenaga dalam meningkatkan stamina.

Vitamin E – antioksidan yang membantu membuang abormal-abnormal dan menentang radikal bebas dalam badan.

jerebu

Sungguh saya sangat-sangat risau. Apatah lagi suami berada di Johor demi tugas, namun saya sudah bekalkan supplemen untuknya. Harap dapat membantu meningkatkan kualiti kesihatannya dengan izin Allah.

Ya Allah, permudahkanlah kami melalui ujianMu ini, jadikanlah kami lebih dekat dan bertaqwa kepadaMu

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.

Berminat?

Hubungi saya sekarang!!
Your Shaklee Independent Distributor
Hanis Amin
♥ SMS | WhatssApp : 010-4289601
♥ Shaklee ID : 837662
♥ FB Page : http://www.facebook.com/HanisHealthyLife
♥ Email : hanisamin@gmail.com

Assalamualaikum…

Alhamdulillah, tak lama lagi rombongan-rombongan haji akan mula berangkat ke tanah suci untuk mengerjakan ibadah haji. Sebelum berangkat, persediaan fizikal, emosi & ruhi sangat-sangatlah perlu dijaga. Dengan cuaca yang sangat panas dan suasana yang sesak, memang mudah sangat untuk jatuh sakit di sana.

Saya sendiri pernah mengerjakan umrah dengan keluarga semasa di sekolah menengah. Memang rindu sangat untuk ke sana lagi. InsyaAllah kalau ada rezeki mahu ke sana bersama-sama suami & anak-anak pula.

Untuk bakal-bakal haji & umrah, jom baca antara tips-tips persediaan sebelum ke tanah suci.

Persediaan fizikal :

  • Lakukan pemeriksaan kesihatan
  • Bawa bekal ubat-ubatan yang perlu
  • Bawa bekalan supplemen supaya dapat jalankan ibadah dengan lebih baik dengan kesihatan yang baik
  • bawa pelembap bibir sama ada lelaki mahupun perempuan
  • Bawa krim pelembap untuk kulit terutama bahagian kaki bagi lelaki
  • Menghadiri kursus persediaan untuk jemaah haji & umrah
  • Banyak membaca buku-buku tentang haji & umrah

Persediaan ruhi & emosi : 

  • Banyakkan bersabar & istighfar – keadaan di tanah suci yang panas & sesak memang menguji kesabaran. Jadi, berlatihlah dari di Malaysia, banyakkan bersabar & beristighfar bila berlaku kejadian yang tidak diingini
  • Mendekatkan diri dengan Allah dengan pelbagai ibadah sunat
  • Pasang niat ikhlas untuk beribadah, bukan untuk pergi shopping
  • Banyakkan berdoa supaya mendapat haji mabrur
  • Jaga akhlak
  • Cuba fahami maksud2 bacaan semasa haji/umrah
InsyaAllah apabila kita istiqamah melakukan sesuatu amalan, ia akan menjadi kebiasaan. InsyaAllah walau di mana kita berada ia akan jadi kebiasaan kita.

Selain 3 supplemen asas di atas, mereka yang mudah jatuh sakit boleh ambil Nutriferon sebagai tambahan untuk meningkatkan tahap imunisasi.

Semoga para jemaah haji kita mendapat haji mabrur dan pulang dengan membawa perubahan pada diri dan ummah.
* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.

 

Berminat?

 

Hubungi saya di hanisamin@gmail.com atau SMS ke 010-4289601 (Hanis) untuk konsultasi mahupun maklumat lanjut.

Assalamualaikum..

Pejam celik pejam celik, hari ni dah pun 27 Ramadhan. Sesiapa yang belum khatam al-Quran, jom usaha untuk cuba khatamkan. Sesiapa yang jarang baca al-Quran, jom usaha lancarkan bacaan.

Harapnya dengan berakhirnya Ramadhan kita terus istiqamah melakukan amal-amal sepanjang Ramadhan. Jangan pula lepas Ramadhan semua terbang melayang ya.

Oh ya, anda dah sediakan first aid kid semasa hari raya? Bukan apa, kadang-kala semasa berhari raya kita terlebih makan kuih dan minum air gas yang menyebabkan badan mudah mendapat penyakit.

Inilah first aid kit saya...

Bila rasa tak sihat saya akan ambil sepeket nutriferon. Alhamdulillah, dengan izin Allah jua kadang-kadang tak sampai sehari demam atau selsema. Dulu masa menyusukan Muadz, saya akan minum nutriferon dan susukan dia dengan kerap kalau Muadz tak sihat. Alhamdulillah, Muad pun cepat sihat selepas itu. Boleh baca cerita lanjut di sini

Sekarang ni bekalan nutriferon sentiasa ada di rumah. Bila tak sihat boleh ambil sahaja. Semasa sihat boleh ambil sepeket seminggu untuk kuatkan sistem imunisasi.

Perhatian! 

Nutriferon tidak boleh diambil oleh ibu hamil.

Oh ya, ada offer menarik bulan ini untuk nutriferon. Nak tahu lebih lanjut? email ke hanisamin@gmail.com

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.

 

Berminat?

 

Hubungi saya di hanisamin@gmail.com atau SMS ke 010-4289601 (Hanis) untuk konsultasi mahupun maklumat lanjut.

Translator
Translator Plugin
Ayat seribu dinar
Ahlan wasahlan…
Assalamualaikum & selamat sejahtera

Selamat datang ke Hanis Healthy Life. Hanis Amin adalah pengedar Shaklee yang sah, yang juga pengguna kepada produk Shaklee.

Untuk sebarang pertanyaan, hubungi kami di
email : hanisamin@gmail.com
sms/WhatsApp : +6010-4289601

Terima kasih.

Hazu Enterprise (SA0175455-W)

Set Istimewa untuk anda!

Breastfeeding Set
(Set Penyusuan)

Testimonial : KLIK SINI

==========================

Confinement Set
(Set Berpantang)

Testimonial : KLIK SINI

==========================

Skin Care Set
(Set Penjagaan Kulit)

Testimonial : KLIK SINI

==========================

Healthy Weight Set
(Set Berat Badan Sihat)

Testimonial : KLIK SINI

==========================

Baby & Children Health
(Kesihatan Bayi & Kanak-kanak)

Informasi


Sertai kami di Facebook!


Ada pertanyaan atau komen?