Order sekarang!


atau SMS/WhatsApp/Telegram :

010-4289601 (Hanis)

Best selling!!
Dapatkan info terkini segera..

* Setiap testimoni yang tertulis dalam laman web ini adalah pengalaman dari pelanggan sendiri dan hasil dari setiap pelanggan mungkin berbeza antara satu sama lain. Namun ini tidak bermakna vitamin ini boleh mengubat atau menyembuhkan penyakit. Sila konsult dengan pengedar anda untuk lebih lanjut.

PERHATIAN : Konsultasi selepas pembelian produk dan jadual pengambilan adalah khas untuk pelanggan kami sahaja. Sila rujuk pengedar anda untuk jadual pengambilan & kosultasi selepas pembelian. Terima kasih.
Free Palestine, Pray 4 Syria
Tabung Kecemasan Gaza Aqsa Syarif di sini :
http://on.fb.me/1jlP2li
Akaun Maybank Islamic : 551575-004299
akaun Bank Islam : 1209-20100-34904
email : projects@aqsasyarif.org.my

Tabung Kasih Ummah Syria
Bank Islam Malaysia Berhad
120290 100 63512
(Pertubuhan IKRAM Malaysia)
email : i4syria315@gmail.com

NutriFeron

Assalamualaikum…

Alhamdulillah, 9 hari lagi sebelum kita meninggalkan tahun 2011. Dan juga 9 hari lagi sebelum berakhir promosi disember. *wink* Bersyukur kepada Allah kerana masih memberikan rezeki untuk terus bernafas di muka bumi ini.

Hujung tahun ni ramai yang ambil peluang untuk bercuti bersama keluarga kan. Cuti, cuti juga kesihatan jangan lupa. Tentu tak seronok kalau tengah bercuti ada ahli keluarga yang demam, selsema dan sakit.

Jika ke mana-mana, saya akan sentiasa pastikan 2-3 peket Nutriferon ada dalam handbag. Bila mula rasa tak sihat je, saya akan tambahkan pengambilan Vitamin C kepada 2 biji. Bila dah mula selsema atau demam, saya terus ambil sepeket nutriferon (fast track sket. hehe) Alhamdulillah, biasa akan cepat sedikit reda berbanding dulu.

Sebagai manusia biasa memang takkan lari dari sakit. Bukannya bila makan vitamin terus penyakit takkan datang. Sakit tu kan salah satu cara pembersih dosa bagi mereka yang sabar menghadapinya.

“Tidaklah orang Muslim ditimpa cubaan berupa penyakit atau lainnya, melainkan Allah menggugurkan keburukannya, sebagaimana pohon yang menggugurkan daunnya.”

(HR. Bukhari-Muslim)

Saya ambil petikan artikel daripada saudara Zaldy Munir.

“Setiap orang pasti pernah mengalami sakit. Rasulullah SAW sendiri mengalami sakit demam berat. Namun begitu Nabi tetap sabar dan tabah. Beliau mengatakan kepada Ibnu Mas’ud ra, bahawa penyakit yang datang ke dalam tubuh seorang Muslim itu dapat menggugurkan dosa sebagaimana pohon yang menggugurkan daunnya.”

“Dalam waktu lain, Rasulullah menjenguk Salman al-Fahrisi yang tengah berbaring sakit. Rasulullah bersabda. “Sesungguhnya ada tiga pahala yang menjadi kepunyaanmu dikala sakit. Engkau sedang mendapat peringatan dari Allah SWT, doamu dikabulkan-Nya, dan penyakit yang menimpamu akan menghapuskan dosa-dosamu.””

“Rasulullah pun melarang untuk mencela penyakit. Ketika Ummu Saib sakit demam dan mencela penyakit yang menimpanya, Nabi bersabda. “Janganlah kamu mencela demam. Karena sesungguhnya demam itu menikis kesalahan anak cucu Adam sebagaimana bara api mengikis keburukan besi.” (HR. Muslim)”

Namun, ia tidak menghalang kita untuk berusaha mencegah sakit dan berusaha mengubati sakit sama ada secara ruhi (banyakkan bertaubat dan berzikir) ataupun secara fizikal (makan ubat, ambil supplemen, berurut).

Jadi, sambil bercuti tu jangan lupa jaga kesihatan iman, amal dan fizikal.  winking

 

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.

 

Berminat?

 

Hubungi saya di hanisamin@gmail.com atau SMS ke 010-4289601 (Hanis) untuk konsultasi mahupun maklumat lanjut.


Assalamualaikum..

Musim hujan yang sering melanda kebelakangan ni menyebabkan kita kerap demam dan selsema. Saya sendiri baru je demam minggu lepas. Apa yang saya buat bila saya demam?

Saya akan ambil 2 biji vitamin C yang dipatah 2, namun kalau selepas beberapa hari tiada perubahan saya akan ambil sepeket NutriFeron. Sekarang, saya suka ambil NutriFeron seminggu sekali untuk sistem imuninasi saya. Selain itu, boleh juga salurkan kepada bayi yang tengah menyusu. Suami saya sendiri kalau rasa nak demam terus ambil NutriFeron. Alhamdulillah, terus tak jadi demam.

Apa itu NutriFeron?

Dicipta Oleh Individu Yang Menemui Interferon iaitu Ahli imunologi yang terkenal di dunia, Dr. Yasuhiko Kojim. Campuran fitonutrien yang berkesan dan selamat ini memberi sokongan imun tepat pada peringkat sel. Kajian menunjukkan khasiat kesihatan yang luar biasa dan perlindungan imun yang diperolehi daripada campuran khas empat ekstrak tumbuhan di dalam NutriFeron.

NutriFeron tidak dapat dijumpai di mana-mana kedai. Ia hanya boleh didapati melalui Shaklee. Rumusan berpaten NutriFeron yang unik adalah eksklusif kepada Shaklee. Sebagai suatu suplemen yang hebat dan efektif, ia telah melepasi satu set ujian-ujian saintifik yang ketat dari segi keselamatan, ketulenan, keberkesanan dan prestasi.

Siapa yang memerlukan NutriFeron set ini?

  • Individu yang ingin kukuhkan sistem imun.
  • Individu yang menghadapi masalah sistem imun.
  • Individu yang mendapati pengambilan vitamin C (dos lebih) tidak memberi kesan ke atas penyakit yang dihidapi.
  • Individu yang apabila sakit (demam), sakitnya (demamnya) akan berpanjangan melebihi seminggu.
  • Ibu menyusu, namun mendapati anaknya masih kerap demam, dan demam berpanjangan.

Jom ikuti apa kata pengguna NutriFeron

Oh, saya kongsi cerita saya juga. Semasa Muadz baru 3 bulan dia kena selsema yang agak teruk. Hidung tersumbat sampai tak mau menyusu. Masa tu takut nak bawa ke doktor sebab tak mahu bagi baby makan ubat. Tapi bila dia dah sampai tak nak menyusu terus pergi ke klinik.

Doktor kata paru-paru dia dah kena infection dan kena masuk hospital. Masa tu Allah sahaja yang tau betapa risaunya hati ini. Nasib baik ayahnya ada sekali. Seboleh-bolehnya tak mahu dia tinggal di hospital. Selepas berbincang dengan doktor, doktor bagi nebulizer. Katanya ok sedikit tetapi masih banyak kahak dalam paru-paru.

Doktor ni memang sangat bagus. Dia ajar cara tepuk belakang anak secara cupping untuk longgarkan kahak. Doktor juga pesan supaya sedut hingus anak dengan mulut sebab lebih berkesan. (walaupun masa tu rasa geli tapi buat juga sebab nak anak cepat sihat.) Doktor pesan lagi, kalau nampak anak susah bernafas cepat2 bawa ke klinik/hospital terus. Petang nanti datang lagi ambil nebulizer. Doktor bagi MC untuk kami berdua 2 hari untuk monitor baby.

Masa tu Muadz memang sedikit tak bermaya. Tak mahu senyum, tak mahu main. Sedangkan dia anak yang ceria. Dah la anak pertama, baru 3 bulan pula tu. Jadi memang saya sangat risau. Balik tu bagi juga ubat sedikit kemudian saya ambil bancuh sepeket nutriferon dan minum dan pujuk dia supaya menyusu. Alhamdulillah, dia menyusu juga walaupun sekejap-sekejap berhenti untuk bernafas sebab hidung tersumbat.

Doktor kata kalau dia muntah kahak lebih cepat keluar tapi muadz tak muntah pula. Petang tu nampak muadz dah macam sihat sikit tapi kami bawa juga ke klinik untuk check semula dan ambil nebulizer. Bila jumpa doktor dan check doktor sangat terkejut. Dia kata ‘A lot of improvement.’

Doktor bagi juga nebulizer sekali lagi dan kata tak perlu datang dah. tak perlu ke hospital. Alhamdulillah. Masa tu gembira sangat-sangat. Tak sangka cepat juga kesan nutriferon tersebut. Ada juga tanya doktor ke mana kahaknya pegi sebab sepanjang hari dia tak buang air besar atau muntah. Doktor kata tak mengapa, kahak tu akan cair dalam badan.


* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.

Anda ada masalah yang sama?

Berminat?

 

Hubungi saya di hanisamin@gmail.com atau SMS ke 010-4289601 (Hanis) untuk konsultasi mahupun maklumat lanjut.

Assalamualaikum..

Pernah dengar psoriasis? Sebelum saya kongsikan testimonial dari kawan yang mengalami psoriasis, jom saya kongsikan apa itu psoriasis.

Definasi
Psoriasis adalah keadaan kulit yang tidak normal dimana kulit penghidap menebal lebih cepat dari kulit yang normal. Ia adalah keadaan kulit yang tidak berjangkit. Kawasan yang biasa dihidapi adalah kulit kepala, lutut dan siku tetapi boleh juga menjangkiti pada bahagian badan lain termasuk kuku dan tulang.

Tanda-tanda
Ianya berlainan bagi setiap orang dan termasuklah :
• Keguguran sisik pada kulit
• Tompok-tompok merah pada kulit kepala, siku, lutut dan bahagian lain badan.
• Gatal tetapi pada tahap yang berbeza-beza

Jenis-jenis psoriasis
• Paling lazim adalah psoriasis yang bertompok
• Dikalangan kanak-kanak biasanya terdapat guttate psoriasis.
• Jenis teruk yang memerlukan rawatan dihospital dipanggil erythrodermic psoriasis
• Lampin psoriasis
• Pustular psoriasis- adalah bentuk psoriasis yang sangat teruk dimana ia boleh menimbulkan kesakitan.

Komplikasi
Psoriasis boleh menyebabkan arthritis yang dikenali sebagai arthritis psoriatik. Gejala adalah sakit atau bengkak pada sendi. Sendi yang biasanya terlibat adalah:
• Sendi hujung pada jari tangan atau kaki
• Bahagian belakang, pergelangan tangan, lutut atau pergelangan kaki

Ini pula entry dari blog beliau

Selain Nutriferon, saya masih terus mengambil ESP. ESP mengandungi protein yang merupakan bahan asas dalam tubuh. Jadi yang basic jangan ditinggalkan. Bahan asas lain seperti VitaLea, Vit C dan Bcomplex masih tetap di ambil seperti biasa. Yang paling banyak ialah Vit C dan Bcomplex.

Vit C – mengandungi kolagen. Mengikat sel-sel yang terbentuk. Ini membolehkan kulit itu tidak terlalu mengelupas.
B-complex membantu untuk mengurangkan rasa stress dalam badan. Kadangkala, saya ambil 2 biji bagi membantu saya untuk lebih tenang.
Performance Drink – untuk mengekalkan hidrolit dalam badan. Kadang-kadang jenuh juga nak minum air banyak2. Kalau ingat, ok la. Kalau tak ingat. Jadi ini tugas PD! hehehe

Selain dari pemulihan dalaman, saya turut menggunakan Basic H sebagai mandian saya. Hee.. Kalau orang lain, hanya perlu 2-3 titis ke dalam baldi. Saya buat Basic H macam shampoo badan. Letak di tapak tangan dan lumur ke badan. Selepas mandi, lega sungguh rasanya. Basic H membantu mengekalkan kelembapan pada kulit secara semulajadi.

Saya gunakan juga Herbal Cream. Produk ini saya belum ceritakan lagi dalam blog ni. Nanti saya akan update mengenai ia. Herbal Cream disapu pada bahagian kulit yang tak berapa comel tu. Nak bagi ia kurang kering. Sekarang, saya tambah GLA complex pula.

Alhamdulillah, atas usaha yang dibuat sedikit sebanyak membantu juga. Perlu diingat, psoriasis tidak dapat sembuh sepenuhnya. Tapi usaha ini adalah untuk membantu untuk mengawal dari ia berlaku lebih teruk. Ada penyakit berkait lain yang pesakit psoriasis akan dapat sekiranya ia mengawalnya seperti arthitis, heart problem dan multiple sclerosis.

Usaha akhir ialah bertawakal dan sentiasa mendekatkan diri dengan Allah. Saya menganggap penyakit ini adalah hadiah dariNya. Bahawa saya sentiasa dalam peliharaanNya. InsyaAllah. Alhamdulillah, suami juga tiada masalah mengenai ini.

Alhamdulillah, walaupun tidak dapat dihapuskan sepenuhnya, sekurang-kurangnya dapat mengawal.

 

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.

 

Berminat?

 

Hubungi saya di hanisamin@gmail.com atau SMS ke 010-4289601 (Hanis) untuk konsultasi mahupun maklumat lanjut.


Assalamualaikum..

Saya terbaca dalam sebuah blog bahawa seorang warga tua telah memberitahu, walaupun produk Shaklee ini bagus, tapi pil2nya bersaiz besar dan agak sukar untuk ditelan oleh orang tua sepertinya. Tetapi sebenarnya ada lagi pil jenama lain yang lebih besar.

Sebenarnya, rangkaian produk Shaklee menyediakan prasarana untuk setiap lapisan umur dan situasi. Kalau tak boleh nak telan pil, ada alternatif lain.

Di sini saya kongsikan antara cadangan pengambilan vitamin mengikut kesesuaian.

Bayi 0-2 tahun : Pemberian susu ibu adalah vital. Untuk membekalkan nutrient yang secukupnya, tidak memerlukan sebarang supplement, cukuplah si ibu yang mengambil set Breastfeeding dengan tambahan seperti Ostematrix, Omega dan Soy Protein. Insya-Allah air susu yang lebih bernutrisi untuk bayi anda.

2-4 tahun : Meal Shake, Omega.

4-12 tahun : Chewable Vita-C 100mg, Chewable Vita Lea, Meal Shake, Omega

12 tahun ke atas (pelajar) : Set A, Omega

Wanita dewasa : Set F, Set A, Set E

Ibu hamil : Set A, Soy Protein, Ostematrix, Omega

Ibu dalam pantang : Set D, Vita-E, Soy protein, Omega

Ibu menyusukan : Set B, Soy Protein, Ostematrix, Omega

Lelaki dewasa : Set A, Vita-E

Mereka yang mengalami masalah menelan pil : Meal shake, Vivix, Nutriferon

Untuk imuniti : Nutriferon

Untuk antioksidan : Vivix

*senarai di atas cuma cadangan, untuk produk/vitamin yang lebih sesuai boleh consult terlebih dahulu, sila hubungi saya untuk maklumat lanjut.

Shaklee sebenarnya produk untuk seisi keluarga. Ia lebih menjimatkan berbanding produk2 lain kerana:-

1) Hanya mengandungi vitamin dan mineral penting yang diperlukan oleh tubuh, bukan bahan2 penggalak lain seperti steroid dan sebagainya.
2) Sesuai diambil oleh seisi keluarga dan tiada bahan2 hanya khas untuk wanita/lelaki sahaja. Shaklee sesuai untuk semua, yang di atas itu cuma cadangan saja, ye la takkan nak makan semua sekali kan.
3) Mengandungi wide-range produk pemakanan untuk seisi keluarga.

 

sumber : Mommy Lyna

 

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.
Hubungi saya di hanisamin@gmail.com atau SMS ke 010-4289601 (Hanis) untuk konsultasi mahupun maklumat lanjut.


Product Name : NutriFeron
Servings per Container : 30 sticks (1.2 gram each).
Serving Size : 1 stick.

Kemajuan Besar dalam Sains Sistem Imun

Dicipta Oleh Individu Yang Menemui Interferon
Ahli imunologi yang terkenal di dunia, Dr. Yasuhiko Kojima merupakan individu pertama yang menemui interferon pada tahun 1954 semasa beliau menjalankan penyelidikan di Universiti Tokyo. Setelah menjalankan penyelidikan selama 40 tahun dengan menguji ratusan sebatian semulajadi, beliau telah menghasilkan satu campuran unik daripada empat ekstrak tumbuhan yang menggalakkan pembentukan interferon secara semulajadi di dalam badan.*

Meningkatkan paras interferon secara semulajadi*
Para saintis dan komuniti perubatan telah mengenalpasti interferon sebagai sesuatu yang amat penting bagi fungsi imun yang sihat. NutriFeron merupakan satu-satunya pemakanan tambahan di U.S. yang dicipta oleh penemu interferon yang boleh menambahkan penghasilan interferon di dalam badan secara semulajadi.*

Terbukti daripada Empat Kajian Klinikal Pada Manusia
Campuran fitonutrien yang berkesan dan selamat ini memberi sokongan imun tepat pada peringkat sel. Kajian menunjukkan khasiat kesihatan yang luar biasa dan perlindungan imun yang diperolehi daripada campuran khas empat ekstrak tumbuhan di dalam NutriFeron.

Rumusan Berpaten Yang Eksklusif
NutriFeron tidak dapat dijumpai di mana-mana kedai. Ia hanya boleh didapati melalui Shaklee. Rumusan berpaten NutriFeron yang unik adalah eksklusif kepada Shaklee. Sebagai suatu suplemen yang hebat dan efektif, ia telah melepasi satu set ujian-ujian saintifik yang ketat dari segi keselamatan, ketulenan, keberkesanan dan prestasi.

Menurut kajian terbaru, NutriFeron telah berjaya membuktikan kesan positif terhadap serangan sel-sel semulajadi (NK) – menyokong lebih banyak perkembangan untuk sistem sains imunisasi ini.

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.

sumber : Shaklee Malaysia

Translator
Translator Plugin
Ayat seribu dinar
Ahlan wasahlan…
Assalamualaikum & selamat sejahtera

Selamat datang ke Hanis Healthy Life. Hanis Amin adalah pengedar Shaklee yang sah, yang juga pengguna kepada produk Shaklee.

Untuk sebarang pertanyaan, hubungi kami di
email : hanisamin@gmail.com
sms/WhatsApp : +6010-4289601

Terima kasih.

Hazu Enterprise (SA0175455-W)

Set Istimewa untuk anda!

Breastfeeding Set
(Set Penyusuan)

Testimonial : KLIK SINI

==========================

Confinement Set
(Set Berpantang)

Testimonial : KLIK SINI

==========================

Skin Care Set
(Set Penjagaan Kulit)

Testimonial : KLIK SINI

==========================

Healthy Weight Set
(Set Berat Badan Sihat)

Testimonial : KLIK SINI

==========================

Baby & Children Health
(Kesihatan Bayi & Kanak-kanak)

Informasi


Sertai kami di Facebook!


Ada pertanyaan atau komen?