Puasa
Niat Puasa Ramadhan
Assalamualaikum..
InsyaAllah esok kita akan berpuasa. Dah bersedia dari segi mental, fizikal dan rohani. Jom kita refresh balik niat puasa ramadhan. Sebaiknya sebelum tidur atau semasa sahur esok, kita baca terus niat untuk sebulan. Ingat lagi niat puasa Ramadhan?
Jom kita baca sama-sama. Selain persiapan ruhani dan niat, jangan lupa persiapkan diri secara mental dan fizikal tau. Rancang jadual seharian supaya dapat melakukan ibadah dengan lebih optimum dan tenang. Selain itu, rancang juga dari segi fizikal supaya badan tidak terlalu letih dan kurang nutrisi.
Nak baca lebih lanjut tentang tips-tips di bulan Ramadhan, boleh klik link di bawah ya.
http://healthy.babykawaiistore.com/category/puasa/
Semoga Allah memberkati dan meredhai ibadah puasa kita semua pada kali ini.
Your Shaklee Independent Distributor
Hanis Amin
♥ SMS | WhatssApp : 010-4289601
♥ Shaklee ID : 837662
♥ FB Page : http://www.facebook.com/HanisHealthyLife
♥ Email : hanisamin@gmail.com
**Nak daftar sebagai ahli Shaklee? Hanya dengan SATU KLIK.
Set Ramadhan Shaklee
Bulan Ramadhan hampir tiba. Kawan-kawan dah habis ganti puasa? Jangan sampai meringankan hukum ya. Kalau mampu, berpuasalah. InsyaAllah pahala yang besar buat orang-orang yang bersabar. Dalam pada berpuasa, jangan lupa jaga kesihatan. Berpada-pada ketika sahur dan berbuka. Jom kita tengok apa yang ada dalam Set Ramadhan Shaklee.
Set Ramadhan Shaklee
ESP – Soy Protein
- Mempunyai indeks glisemik rendah iaitu memecahkan gula secara perlahan-lahan membuatkan rasa kenyang lebih lama.
- Diperkaya dengan 5 sumber vitamin B dan 4 mineral yang terdapat dalam soya sendiri.
- NON-GMO – kacang soya bebas daripada pendedahan perubahan genetik daripada benih sehingga kepada pengeluaran
- Mengandungi 9 asid amino penting yang tidak dapat dihasilkan oleh badan
Meal Shakes
- Membekalkan 19 vitamin dan mineral lengkap
- Asas nutrisi untuk kekal sihat dan kuat
- Mengandungi fiber, protein dan kaya dengan kalsium
- Sesuai untuk kanak-kanak dan dewasa
Performance Drink
- Memberikan tenaga segera dan berterusan
- menyokong penghidratan yang optimum – tak rasa kering
- mengandungi formula karbohidrat unik Shaklee iaitu optilyte yang membekalkan tenaga serta merta. Optilyte ialah rangkaian karbohidrat yang memberikan kita tenaga berterusan tanpa menganggu kestabilan gula dalam darah.
Lecithin
- Lemak emulsifier semula jadi
- Membantu mengawal kenaikan berat badan semasa berpuasa
- Membantu memecahkan lemak & kolesterol
- Menghalang lemak terkumpul dalam saluran darah
- Membantu penyerapan nutrien dengan lebih baik
Dapatkan segera!
* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.
Kami ialah PENGEDAR SAH SHAKLEE anda di Bandar Saujana Putra! Sila SMS/ WhatsApp ke +6010-4289601 (Hanis) untuk self pick-up di Bandar Saujana Putra.
Your Shaklee Independent Distributor
Hanis Amin
♥ SMS | WhatssApp : 010-4289601
♥ Shaklee ID : 837662
♥ FB Page : http://www.facebook.com/HanisHealthyLife
♥ Email : hanisamin@gmail.com
**Nak daftar sebagai ahli Shaklee? Hanya dengan SATU KLIK.
Ibu hamil dan puasa
Salam Ramadhan..
Alhamdulillah, hari ini masuk hari ke-6 bulan Ramadhan. Untuk ibu hamil dan ibu menyusu, tentu ada sedikit kegusaran tentang kesihatan diri dan bayi semasa berpuasa. Untuk ibu yang hamil dan menyusu, memang ada keringanan untuk mereka. Ini kerana keperluan tenaga yang digunakan seharian dan tahap kesihatan berbeza dari seorang ibu ke seorang ibu. Islam agama yang mudah dan ringan tetapi bukan untuk dimudah-mudahkan atau diringan-ringankan.
Ramai yang viralkan hadis seperti di bawah :
Kata Ibn ‘Abbas: “Jika wanita hamil bimbang (kesihatan) dirinya, ataupun ibu yang menyusu bimbangkan anaknya -pada bulan ramadan- maka mereka boleh berbuka dan (menggantikannya) dengan memberi makan setiap hari seorang miskin (iaitu membayar fidyah) dan mereka TIDAK PERLU mengganti puasa ( tidak wajib qada puasa)” – riwayat al-Tabari sanadnya memenuhi syarat sahih al-Imam Muslim.
Kami ada bertanya kepada Ustazah Maznah Daud dan jawapannya :
Para fuqaha ada berbincang tentang ini, dan mejoriti berpendapat WAJIB QADHA sekiranya tak larat atau tak mampu atau bimbangkan kesihatan diri sendiri, tak perlu bayar fidyah. Jika bimbangkan kesihatan si anak WAJIB bayar fidyah. Ringkasnya seperti gambar di bawah.
Ijmak ulama telah berbincang dan bersepakat, jadi janganlah sampai kita meringan-ringankan hukum hanya kerana 1 hadis. Sebab mungkin ada hadis dan ayat Al-Quran lain lagi yang lebih kuat.
Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa, (yaitu) dalam beberapa hari yang tertentu. Maka barangsiapa diantara kamu ada yang sakit atau dalam perjalanan (lalu ia berbuka), maka (wajiblah baginya berpuasa) sebanyak hari yang ditinggalkan itu pada hari-hari yang lain. Dan wajib bagi orang-orang yang berat menjalankannya (jika mereka tidak berpuasa) membayar fidyah, (yaitu): memberi makan seorang miskin. Barangsiapa yang dengan kerelaan hati mengerjakan kebajikan, maka itulah yang lebih baik baginya. Dan berpuasa lebih baik bagimu jika kamu mengetahui. (Surah Al-Baqarah : 183-184) |
Hukum berpuasa itu wajib supaya kita bertaqwa tetapi ada keringanan. Pernah dengar ustaz cakap, Islam tu memang mudah sebab Allah dah tahu sifat manusia, jadi segala hukum memang bertepatan dengan keperluan dan kemampuan manusia. Cuma kita rasa susah mungkin kerana jarang buat dan kurang keimanan. Dalam Al-Quran pun ada sebut, solat tu sangat berat dan untuk orang-orang yang bersabar tapi sebab dah biasa buat dari kecil, rasa dah biasa je solat (walaupun kadang mungkin tak sempurna dan tak cukup khusyuk ) Sebab itu juga, sepanjang tahun ada hari-hari sunat puasa, supaya tidaklah kita terkejut bila sampai bulan Ramadhan nak terus puasa sebulan.
Berbalik kepada ibu hamil, setiap orang lain tahap kesihatan dan kemampuannya. Tapi selagi kita tak cuba, mana kita nak tahu tahap kemampuan kita kan. Bukan just simply, ‘oh, saya mengandung tak payah puasa.’, ‘oh, saya ibu menyusu tak payah la puasa.’ sedangkan bulan Ramadhan itu sangat banyak keberkatannya. Rugi sangat kalau tinggal tapi kalau terpaksa tinggal, masih terdapat banyak lagi amal untuk dapatkan pahala di bulan Ramadhan.
Untuk ibu hamil yang berada di awal trimester, mungkin banyak alahan yang tidak memungkinkan ibu tadi berpuasa. Menurut Dr Zubaidi, pakar perubatan tidak menggalakkan ibu hamil berpuasa di 3 bulan pertama. Ini kerana banyak komplikasi yang tidak menyenangkan disamping bayi perlukan lebih nutrien. Jadi, penting untuk ibu periksa tahap kesihatan dan berbincang dengan doktor masing-masing supaya tidak membahayakan diri dan bayi. Untuk ibu hamil yang mempunyai masalah kesihatan seperti kencing manis, sakit buah pinggang dan lain-lain mungkin tidak dibenarkan berpuasa. (sumber)
Menurut Pakar Perbidanan dan Sakit Puan Hospital Pakar Ampang Putri, Dr Ariza Mohamed pula, berkata ibu hamil masih boleh berpuasa kerana ia tidak memberi kesan kepada perkembangan bayi. Kajian kesihatan mendapati ibu mengandung yang berpuasa tidak menjejaskan kandungan walaupun kadangkala tidak selesa terutama pada tahap tiga bulan pertama kandungan. (sumber)
Tips pemakanan semasa hamil dan puasa
Rahsia anak berpuasa dengan cergas
Assalamualaikum..
Bulan puasa ni memang mencabar nak latih anak berpuasa. Sekejap-sekejap mulalah nak merengek dengan pelbagai ujian lagi. Kadang tengok air masak kat dapur pun boleh menggugat keimanan si kecil.
Jom, saya kongsikan rahsia anak berpuasa dengan cergas.
1. Seronok bersahur. Pastikan anak-anak bangun sahur dan seronok untuk bersahur. Masak makanan kegemaran mereka.
2. Berikan semangat dan kata-kata positif. Berikan kata-kata pujian untuk anak-anak.
3. Alihkan perhatian. Berikan aktiviti kepada anak-anak supaya mereka tak tumpukan perhatian pada makanan dan minuman.
4. Galakkan anak minum air masak yang mencukupi sepanjang malam dari berbuka sehingga sahur.
5. Menyediakan makanan tambahan (supplemen) supaya anak tidak lembik ketika berpuasa.
Supplemen puasa untuk anak-anak
Ramadhan dan Penyusuan
Assalamualaikum..
Dalam bulan Ramadhan ni, ramai ibu-ibu menyusu yang mula risau sama ada untuk teruskan berpuasa atau tidak, sama ada akan menjejaskan penyusuan dan kesihatan mahupun tidak. Memang benar ada rukhsah untuk ibu menyusu, namun perlu diingatkan supaya kita tidak terlampau meremeh-remeh hukum Allah.
Jom lihat apa yang dikongsikan di laman web IKIM
Ramadhan dan Penyusuan Ibu
Saya ambil beberapa isi penting.
1. Dalam Islam, setiap ibu yang menyusukan ataupun hamil dibolehkan berbuka puasa sebagai satu bentuk keringanan yang ditawarkan. Tetapi perlu ada sebab mengapa diberikan pilihan untuk berbuka kerana ia mempengaruhi cara penggantian hari berpuasa yang ditinggalkan.
2. Dengan kajian- kajian yang dilakukan oleh ramai penyelidik, berpuasa tidak mendatangkan kemudaratan terhadap ibu- ibu yang menyusukan anak. Dengan itu, kaum ibu tidak perlu risau akan kekurangan penghasilan susu dan kesannya terhadap bayi selagi mana mereka istiqamah dalam mengamalkan pemakanan yang seimbang dan sihat semasa di bulan Ramadhan.
Supplement ketika puasa
Assalamualaikum..
Rasanya belum terlambat lagi untuk saya ucapkan Salam Ramadhan.
Jom raikan Ramadhan bersama Shaklee.
3 supplement ini memang wajib ada sebagai supplement ketika puasa. Alhamdulillah, saya pernah berpuasa ketika hamil dan juga ketika menyusukan anak. Malah, tahun ini saya masih menyusukan anak saya yang berusia setahun 7 bulan. Dan pengambilan supplement ketika puasa memang sangat-sangat membantu terutama ketika hamil dan menyusu.
Tips berpuasa untuk kanak-kanak
Alhamdulillah, dah pun masuk 2 Ramadhan. Ramai yang dah mula melatih anak-anak berpuasa. Tak salah mendidik dan melatih anak-anak berpuasa tapi jangan sampai memaksa ya! Saya kongsikan tips berpuasa untuk kanak-kanak yang diajar oleh seorang ustaz pada Ramadhan tahun lepas.
Tips mendidik anak berpuasa di bulan Ramadhan
Assalamualaikum..
Rasanya belum terlambat lagi untuk saya ucapkan Selamat Menyambut Ramadhan.
Alhamdulillah, hari ni masuk hari kedua kita berpuasa. Jangan lupa niat puasa dan baca doa ketika berbuka ya. Kalau takut terlupa, baca niat untuk sebulan terus.
Semoga Ramadhan kali ini menambah amal kita dan menjadikan kita lebih baik dari Ramadhan sebelumnya. Jom rebut pahala berganda ni dengan perbanyakkan amalan.
Oh, disamping itu, jangan lupa jaga kesihatan.
Bulan puasa ni kalau tak mampu ambil banyak-banyak supplemen, cukuplah dengan ambil mighty 3 gem ni iaitu Performance Drink, ESP dan Meal Shakes. InsyaAllah, cukup lengkap dan memberikan tenaga. Boleh juga berikan kepada anak-anak yang baru nak berlatih puasa.
Formula mudah
PD + ESP + MS = 3GEM
Tak mampu nak ambil tiga-tiga, ambil ESP+PD atau MS+PD pun ok.
* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.
Berminat?
Hubungi saya sekarang!!
Your Shaklee Independent Distributor
Hanis Amin
♥ SMS | WhatssApp : 010-4289601
♥ Shaklee ID : 837662
♥ FB Page : http://www.facebook.com/HanisHealthyLife
♥ Email : hanisamin@gmail.com
Nak tahu tips menyusu di bulan Puasa (Ramadhan)?
Assaamualaikum..
Alhamdulillah, Ramadhan hampir tiba. Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan. Dah bersedia dari segi emosi, fizikal, mental, rohani?
Untuk ibu-ibu yang menyusu, risau susu tak cukup di bulan puasa?
Jom tukar ayat dari
“Bulan puasa ni tak boleh makan dan minum sesuka hati. Risau pula kalau susu kurang”
ke
“Bulan Ramadhan ni bulan yang barakah. Walaupun puasa tentu susu banyak”
Sentiasa berfikiran positif ya.
Di bawah ni saya bagi sedikit tips buat ibu-ibu yang menyusu
Jom perbanyakkan amalan di bulan Ramadhan.
Jom baca tips-tips puasa yang lain
Tips berpuasa tanpa mengganggu pengeluaran susu ibu
Persediaan puasa untuk ibu menyusu
Puasa tidak jejas susu ibu
Susu merundum ketika berpuasa?
Bulan puasa susu mencurah-curah!
Tips menyusukan anak ketika berpuasa
Perancangan awal untuk atasi masalah susu ibu di bulan puasa
dan lain-lain di http://healthy.babykawaiistore.com/category/puasa