Order sekarang!


atau SMS/WhatsApp/Telegram :

010-4289601 (Hanis)

Best selling!!
Dapatkan info terkini segera..

* Setiap testimoni yang tertulis dalam laman web ini adalah pengalaman dari pelanggan sendiri dan hasil dari setiap pelanggan mungkin berbeza antara satu sama lain. Namun ini tidak bermakna vitamin ini boleh mengubat atau menyembuhkan penyakit. Sila konsult dengan pengedar anda untuk lebih lanjut.

PERHATIAN : Konsultasi selepas pembelian produk dan jadual pengambilan adalah khas untuk pelanggan kami sahaja. Sila rujuk pengedar anda untuk jadual pengambilan & kosultasi selepas pembelian. Terima kasih.
Free Palestine, Pray 4 Syria
Tabung Kecemasan Gaza Aqsa Syarif di sini :
http://on.fb.me/1jlP2li
Akaun Maybank Islamic : 551575-004299
akaun Bank Islam : 1209-20100-34904
email : projects@aqsasyarif.org.my

Tabung Kasih Ummah Syria
Bank Islam Malaysia Berhad
120290 100 63512
(Pertubuhan IKRAM Malaysia)
email : i4syria315@gmail.com

Set B (Breastfeeding)

Assalamualaikum..

Kebanyakan ibu yang membeli set breastfeeding kami mengakui produk ini meningkatkan taraf kesihatan ibu dan bayi (juga ayah) seterusnya membantu menjayakan penyusuan susu ibu. Walau bagaimanapun, mereka masih tetap mengepam dan mengosongkan payudara kerana mereka faham konsep asas penyusuan adalah supply vs demand. Lebih kerap payudara dikosongkan, lebih banyak susu yang akan terhasil.

Walau bagaimanapun, si ibu juga perlu tahu faktor-faktor lain seperti kena jaga pemakanan (diet seharian menepati piramid makanan), rehat yg cukup, tubuh yg sihat, bebas dari stress, pengambilan air yg cukup, makanan rohani (doa yg tak pernah putus pada Allah ..Istiqamah),  juga perlu di ambil kira. Itu semua gabungan yang balance utk menjayakan penyusuan selama 2 tahun insyaAllah….

Kita taknaklah susu banyak tetapi di penghujung hari si ibu pengsan, keletihan, tak cukup tenaga nak layan macam-macam kerenah anak dan suami. Dan taknaklah juga selepas 2 tahun berjaya menyusu tapi si ibu kelihatan tua dari umur sebenar dengan pelbagai sakit seperti sakit pingganglah,sakit gigi lah,stress lah, masalah kedinginan, dan lain-lain.

Kesimpulannya, supplemen BUKAN milk booster, shaklee bukan produk tambah susu badan. Vitamin ni hanya membantu si ibu kekal sihat, bertenaga,awet muda, berseri, dan yg penting ia memenuhi ruang kosong yg badan perlukan (vitamin, garam ,mineral). Vitamin juga memperkayakan lagi nutrisi susu ibu yg semulajadi kaya dgn zat-zat.

Ambillah vitamin dengan ILMU bukan sekadar ikutan. Tanpa ILMU yang betul, anda akan rasa mudah tertekan bila tidak mendapat hasil yang diingini dan mula menyalahkan produk ini walaupun baru mencuba sebulan!

Shaklee BUKAN ubat magic, yang bila anda ambil sehari dua terus susu turun mencurah-curah walaupun anda tidak mengosongkan payudara. Hatta, jika anda ambil mana-mana ubat milk booster sekali pun jika anda tidak memahami dan mengikuti konsep asas penyusuan, susu anda mungkin meriah untuk beberapa ketika sahaja dan akan terus merudum semula.

Tidak dinafikan, walaupun saya ambil vitamin Shaklee tetapi susu saya sedikit merudum. Pengedar Shaklee pun alami susu merudum? Ya, ini berlaku apabila konsep asas tidak dilakukan. Sejak pejabat berpindah, jadual pam saya pun sedikit berubah dan kadang-kala menjadi sedikit huru-hara. Dari pam sehari 4 kali, kini saya cuma pam sehari 3 kali. Lebih memburukkan keadaan apabila company mengurangkan pekerja, jadi kerja bertambah dan seingat saya dalam 2 minggu jadual pam saya lambat dan tak betul. Kadang-kala saya terpaksa skip sesi pam yang terakhir kerana ada masalah yang menyebabkan saya terpaksa balik awal.

Selepas muadz setahun 2 bulan, dia dah boleh berjalan, jadi semakin aktif dan banyak bermain. menyusu pun kadang main-main aje. Saya pula tidak mengepam untuk menggantikan sesi penyusuannya itu di hari minggu kerana biasa kami tidak berada di rumah. Jadi sedikit sukar untuk mengepam.

Walau bagaimanapun, ahamdulillah, sehingga kini, muadz 1 tahun 6 bulan, masih menyusu dengan susu ibu tanpa susu formula. Cuma saya mula perkenalkan susu kambing segar sedikit demi sedikit. Alhamdulillah, buat masa ni saya masih cuba kawal pemakanan dan minuman dia. Minuman cuma susu dan air masak (cuma kadang2 terlepas sikit air manis bila dengan pakcik makcik dia). Saya juga cuba kawal pengambilan coklat dan makanan ringan.

InsyaAllah, lagi 6 bulan untuk muadz menjayakan penyusuan 2 tahun. oh, bagaimana untuk terus menghasilkan susu, malah kadang-kala susu masih membasahi baju? Tunggu entry seterusnya ya…

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.

 

Berminat?

 

Hubungi saya di hanisamin@gmail.com atau SMS ke 010-4289601 (Hanis) untuk konsultasi mahupun maklumat lanjut.

Assalamualaikum..

Ramai ibu yang bertukar dari milk booster halba a.k.a fenugreek terutama apabila en suami mula menegur bau badan isterinya kurang enak. Ditambah apabila si ibu mendapati anaknya tidak serasi dengan susubadan setelah si ibu mula consume  halba. Ramai yang memilih jalan singkat dengan menukar kepada Alfalfa dan Energizing Soy protien untuk dapatkan hasil yang lumayan dan segera namun akhirnya ibu itu mengalah kerana tidak mampu mengatasi masalah tekanan dari luar disebabkan faktor bebanan kerja serta keletihan yang melampau.

Alfalfa memang telah lama dikenali sebagai milk booster dari orang dulu-dulu lagi. Alfalfa juga sebenarnya adalah salah satu jenis herba yang mengandungi klorofil dan pelbagai mineral seperti calcium, magnesium, phosphorus, potassium, silicon, zinc-numerous vitamins-A, B1, B2, B3, B5, B6, C, D, E, and K-as dan juga essential dan non-essential amino acids.

Terdapat pelbagai lagi kebaikan Alfalfa seperti yang ditulis di sini. Walau bagaimanapun, bagi sesetengah orang, alfalfa boleh memberi kesan negatif terutamanya kepada pesakit SLE. Selain itu, ada bayi yang mengalami cirit-birit, kembung perut dan sedikit kuning apabila ibunya mengambil alfalfa.

Oleh kerana itu, saya sangat tidak mencadangkan ibu-ibu dalam pantang untuk mengambil alfalfa, cukup dengan set C sahaja.

Tahukah anda, kalsium dan protein sangat membantu dalam penghasilan susu ibu?

Protein

Tahukah anda komposisi utama dalam susu ibu adalah protein diikuti oleh kalsium serta vitamin dan zat galian yang lain? Semasa menyusu keperluan protein meningkat. Jika anda kurang mengambil makanan daripada jenis protein, ini akan menjejaskan penghasilan susu ibu. Protein tambahan boleh didapati dari susu, produk tenusu, telur, daging, ikan, ayam , kacang dan bijiran serta kekacang. Bagi yang mahu mengambil supplement, pastikan anda mengambil protein yang ditulis sebagai non GMO soy kerana struktur genetik soya tidak diubah dan ianya selamat untuk jangka panjang.

Kalsium

Ramai yang memendang remeh tentang pengambilan kalsium. Kalsium hakikatnya bukan sahaja penting ketika hamil malah sangat diperlukan ketika menyusukan bayi. Hal ini kerana pada 3 bulan yang pertama, bayi bergantung sepenuhnya pada susu ibu. Kalsium diperlukan untuk menghasilkan susu. Oleh yang demikian, tambahan 1000mg kalsium diperlukan. Jadi sangat digalakkan jika si ibu meminum sekurang-kurangnya 500ml  susu [ kaedah paling senang sukat] atau apa-apa produk tenusu bagi memenuhi keperluan kalsium. sekiranya anda mengambil supplement kalsium, pastikan ianya mengandungi magnesium serta vitamin D agar penyerapan yang baik berlaku dalam badan. Kalsium tablet yang tidak mengandungi kandungan magnesium mahupun vitamin D boleh memberi risiko batu karang di dalam buah pinggang.

Cubalah Ostematrix Shaklee! anda akan rasa perbezaannya!!!!

Vitamin
Disamping itu, ibu yang menyusu memerlukan penjagaan makanan yang seimbang yang mana pengambilan vitamin dan garam mineral lain turut perlu dititikberatkan sebagai contoh vitamin A [ biasa terdapat dalam beta carotene], zat besi, folik asid, vitamin C , B complex demi memastikan keseimbangan kesihatan si ibu, susu ibu yang dihasilkan dan ia turut membantu dalam penghasilan susuibu.

Air.
Elemen ini sangat penting dalam diet ibu yang menyusukan anaknya. Badan memerlukan cecair yang secukupnya. Oleh kerana itu ibu menyusu perlu minum air secukupnya. Minumlah berkadaran agar tidak menjejaskan tugas harian. Kita mempunyai 24 jam sehari…maka minumlah dengan istiqamah. Air sangat penting untuk penyerapan vitamin oleh tubuh.

Berita baik!!!!!!!!!!

Bermula 24 haribulan, Euphoria menyediakan pack menyusu yang baru iaitu yang mengandungi :

Multivitamin, B kompleks, Vitamin C serta Kalsium [ Ostematrix]. Set ini diberi nama sebagai  ” Eu – Four  Pack “. Ini kerana ia mengandungi 4 vitamin yang penting untuk tubuh.
Apa yang menarik dengan  Eu-Four Pack ini?

Ia boleh dimakan oleh suami isteri malah ibu dan ayah kita juga! Selamat dan sesuai diambil oleh ibu menyusu dan ibu yang mengandung. Ia sangat baik untuk keperluan tubuh ibu dan pembesaran anak yang dikandung mahupun yang disusukan. Ia juga sesuai untuk ibu atau wanita yang mempunyai masalah tumit kaki berbisa, sejuk2 badan, mereka yang sering keletihan dan sukar bangun tidur.
Benarkah tanpa pengambilan alfalfa, susu boleh meriah? Jom baca testimonial di bawah.

Dapatkannya untuk kesejahteraan diri dan keluarga!

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.

 

Berminat?

 

Hubungi saya di hanisamin@gmail.com atau SMS ke 010-4289601 (Hanis) untuk konsultasi mahupun maklumat lanjut.

Assalamualaikum…

Kalau ditengokkan dalam blog ni banyak betul set yang sesuai untuk ibu menyusu. Tapi apa bezanya

Set B

Set E

Set 3M

secara ringkas saya jelaskan,

Set B ialah untuk ibu yang tiada masalah penyusuan. Ianya lebih untuk memperkayakan susuibu dengan zat dan nutrisi semata-mata. Apa yang ada dalam set B ? Vitalea with iron formula, Vitamin B, Vitamin C dan Alfalfa. Memang khas untuk mereka yang tiada masalah penyusuan. Vitamin B lebih kepada keperluan pertumbuhan otak dan emosi, Vitamin C fokus on imun sistem, Vitalea demi pertumbuhan dan pembesaran secara lengkap dan menyeluruh manakala Alfalfa sebagai peransang demi membantu mempercepatkan penghasilan susuibu disamping membantu mengurangkan masalah eczema sekiranya si bayi mengalami masalah tersebut.
Set E lebih kepada ibu yang ada kekangan untuk lengkapkan keperluan kalsium dalam diet harian. Kalsium Shaklee lebih dikenali dengan nama Ostematrix adalah formula lengkap kalsium, magnesium dan vitamin D. Set E ialah set B ditambah dengan ostematrix.
Siapa yang perlu set ini? Ibu yang mengalami kemerunduman susu setiap kali PMS. Selain itu set ini membantu si ibu cergas, bertenaga walau kurang tidur selain diperlukan untuk tulang bayi serta pembentukan gigi si kecil. Walaubagaimanapun, set B + ESP juga sangat bagus diamalkan sekiranya si ibu punya masalah penghasilan susu yang lambat serta bayi mudah lapar.

Set 3M
Set ini mengandungi Set B , ESP dan Ostematrix. Siapa yang perlu amik set ini?
Set ini digalakkan kepada ibu yang ada masalah penyusuan,
si ibu yang nak mula menyimpan stok,
si ibu yang mahukan anaknya mudah lena waktu malam dan
ibu yang sedang relaktasi atau induce lactation.
Masalah penyusuan yang dimaksudkan ialah, si ibu menghadapi masalah penghasilan susu walau telah melakukan perahan setiap 2 jam dan minum air sekurang-kurangnya 3L sehari… maka set ini membantu membaiki mana-mana kekurangan atau lohong zat yang diperlukan oleh badan agar tubuh si ibu dapat berfungsi dengan baik sekali.

Sila dapatkan khidmat konsultasi sebelum anda membeli mana-mana set di atas. Pastikan anda mendapat ilmu dan maklumat yang selengkapnya sebelum membeli.

 

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.

 

Berminat?

 

Hubungi saya di hanisamin@gmail.com atau SMS ke 010-4289601 (Hanis) untuk konsultasi mahupun maklumat lanjut.


Assalamualaikum…

Sebagai ibu bapa, kita mempunyai cara masing-masing untuk membesarkan anak, dan pilihan di tangan kita untuk memberikan yang terbaik untuk anak. Tak semestinya jika anda tidak memberikan bayi anda yang berumur 12 bulan ke bawah makan telur atau madu, contohnya, maka anda perlu memandang rendah atau mengherdik ibu bapa lain yang memberikan telur atau madu kepada bayi mereka. Begitu juga sebaliknya.

Tiada yang betul atau salah dalam membesarkan mereka. Setiap ibu bapa pasti tahu apa yang terbaik untuk anak mereka.

Bila bercakap tentang pembesaran anak, kita tidak lari dari topik nutrisi untuk anak-anak. Namun, perkara asas kepada nutrisi anak-anak pastinya makanan awal mereka sejak bayi iaitu SUSU. Dan, untuk susu pula, ibu bapa juga mempunyai pilihan sama ada untuk menyusukan bayi dengan susu ibu, mahupun susu formula.

Mari kita lihat perbandingan ringkas Kebaikan Susu Ibu berbanding Kebaikan Susu Formula.

Kebaikan Susu Ibu:

(1) Makanan awal terbaik!
(2) Sistem imun yang lebih kuat; perlindungan daripada jangkitan, alergi, asma, kencing manis, obesiti dan lain-lain penyakit.
(3) Bayi yang lebih cerdik!
(4) Lebih mudah untuk di hadamkan.
(5) Ianya PERCUMA!
(6) Mudah – Sentiasa tersedia segar pada suhu yang bertepatan.
(7) Rasa susu ibu berubah mengikut apa yang si ibu makan. Jadi, bantu memperkenalkan pelbagai rasa makanan kepada bayi (melalui susu).
(8) Kepekatan susu ibu juga berubah mengikut cuaca dan suhu sekeliling. Waktu tengahari yang apanas misalnya, susu ibu akan lebih cair agar bayi dapat hilangkan dahaganya terlebih dahulu sebelum mendapat susu akhir yang lebih pekat dan mengenyangkan. Pada waktu malam dan awal pagi yang sejuk misalnya, susu ibu akan lebih pekat berkrim untuk berikan lebih tenaga dan lemak yang bersesuaian untuk bayi.
(9) Menguatkan ikatan emosi di antara si ibu & anak.
(10) Kebaikan untuk IBU – membina keyakinan, membakar kalori, bantu mengecutkan uterus, serta mengurangkan risiko terhadap kanser payudara, uterus & ovari.

Kebaikan Susu Formula:

(1) Mudah – Sesiapa sahaja boleh berikan susu kepada bayi, tak semestinya ibu sahaja. Tak perlu kosongkan/ pam payudara pada waktu tertentu. Tak perlu cari ruang privasi untuk memberi susu.
(2) Kurang frekuensi penyusuan kerana penghadaman susu yang perlahan. Bayi akan tidur lebih lama.
(3) Ibu tak perlu risau untuk kawal pemakanan sendiri – boleh makan apa jua, atau tak makan langsusng (diet) kerana tak perlu risau tentang penghasilan susu badan.

Walaupun kebaikan Susu Ibu kelihatan lebih banyak berbanding Susu Formula, penyusuan susu ibu ini tidaklah semudah A-B-C, ya (namun, tidaklah menyusahkan sehingga memudaratkan si ibu). Anda silap jika anda rasa tak perlu baca apa-apa, dan apabila tiba masanya nanti (bila bayi dah lahir), secara semulajadi anda akan pandai menyusu bayi/ susu akan banyak melimpah ruah! Emm, fitrah semulajadi?

Jadi, mari kita lihat apa pula Cabaran Susu Badan berbanding Susu Formula.

Cabaran Menyusu Badan:

(1) Sakit di payudara pada peringkat awal kerana masih tidak pandai untuk menyusukan (latch-on pain). Namun, masalah ini boleh di atasi dengan mendapatkan pertolongan daripada yang pakar. Banyakkan pembacaan, tingkatkan pengetahuan.
(2) Lebih frekuensi penyusuan kerana susu ibu sangat mudah di hadam. Anda akan dapati bayi anda tidur tidak lama seperti bayi yang minum susu formula.
(3) Lebih komitmen buat si ibu – perlu kerap menyusu/ pam payudara untuk buat stok susu perahan. Namun, akan menjadi lebih mudah dengan praktis yang berterusan & pengurusan masa yang efektif.
(4) Ibu perlu hadkan pengambilan kafein.
(5) Kondisi kesihatan/ perubatan si ibu.

Cabaran Memberi Susu Formula:

(1) Perlu cari susu formula yang benar-benar serasi dengan bayi.
(2) Keselamatan produk tersebut.
(3) Susu formula yang berjenama agak mahal, terutama susu untuk bayi dari 1 hari ke 6 bulan. Ada yang 1kg = RM100!
(4) Kurang antibodi.
(5) Kesesuaian dengan keperluan bayi seiring dengan pembesaran bayi. Perlu tukar jenis-jenis susu apabila bayi telah capai umur tertentu.
(6) Kebarangkalian untuk kolik dan sembelit adalah lebih tinggi.

Sekarang anda dah tahu kebaikan di antara Susu Ibu dan Susu Formula, serta cabaran masing-masing, mungkin anda boleh jadikan panduan ini untuk membuat keputusan dalam memilih makanan awal yang mana untuk anak anda, bergantung kepada tahap keselesaan dan cara hidup anda.

Muadz yang tembam @ 6 bulan. 100% susu ibu

Jika anda tanya pada kami, sudah pasti kami 100% galakkan anda untuk menyusukan bayi anda – 6 bulan pertama dengan susu ibu sahaja, dan diteruskan penyusuan susu ibu beserta makanan pejal sehingga bayi anda berusia 2 tahun.

Boleh juga cuba:
(1) Shaklee BreastFeeding Set
(2) Shaklee Tripple M Set

dan boleh juga baca Testimonial pengguna set menyusu ni.

 

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.

 

Berminat?

 

Hubungi saya di hanisamin@gmail.com atau SMS ke 010-4289601 (Hanis) untuk konsultasi mahupun maklumat lanjut.


Assalamualaikum…

Seorang ibu sms mengatakan dia rasa macam tak percaya sekarang kena clog duct walau anak dah masuk setahun 3 bulan. Si ibu ini tidak pam sebab sibuk kerja di pejabat. Si ibu ini mengambil pakej 3M yang mana beliau mengakui bahawa pengambilan makanan hariannya tak menentu maka dengan itu beliau perlu mencari sesuatu demi memastikan susuibu yang dihasilkan mengandungi cukup nutrisi yang diperlukan oleh anaknya.

Jadi, bagi ibu-ibu yang tidak mengepam di pejabat, saya tidak galakkan amik vitamin booster termasuklah ESP dan kalsium kerana dikhuatiri akan menyebabkan bengkak susu yang akhirnya membuat si ibu merana.

Namun jika anda menyusu dan turut mengepam di pejabat….demi mengurangkan rasa letih dan demi memastikan susuibu sentiasa mengandungi cukup nutrisi yang diperlukan untuk pembesaran anak….set B dan kalsium adalah antara yang saya sarankan …kecuali anda mampu untuk membeli set B dan ESP.

Bagi yang membeli vitamin dari saya, saya akan bekalkan jadual pengambilan makanan, tips istimewa dan pelbagai tips lagi. namun, ianya cuma berkesan sekiranya ibu makan ikut panduan dan pam ikut jadual.

So jika anda adalah pengepam tegar, jom cuba set B dan dapatkan TAWARAN MENARIK SEPTEMBER!

Bila makan vitamin semasa menyusu; kita bukan bercerita tentang kualiti….sebab susuibu memang berkualiti. Namun kita bercerita tentang nutrisi. Kesannya pada pertumbuhan dan pembesaran anak dengan ideal adalah misi terbaik!

sumber

Saya sendiri pernah kena clog duct ni selepas amalkan tips istimewa ni. Memang sangat sakit sebab lambat pam. Tapi seronok sebab ternyata ia berkesan. Lepas tu memang kena konsisten mengepam..

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.

 

Berminat?

 

Hubungi saya di hanisamin@gmail.com atau SMS ke 010-4289601 (Hanis) untuk konsultasi mahupun maklumat lanjut.


Assalamualaikum…

Alhamdulillah, dah ramai yang mencuba set B dan berpuas hati dengan hasilnya. Jom baca apa kata salah seorang pelanggan kami.

ASI membuak-buak.. menyusukan dan berpuasa langsung tak rasa membebankan. ALHAMDULILLAH.

Saya turut tersenyum membaca email beliau yang sangat bersemangat ni. Oh, ya Set B ni bukan hanya sesuai untuk ibu menyusu ya. Malah sesuai diambil seisi keluarga. Jom lihat apa kata customer di bawah pula.

Ada juga seorang kawan saya yang juga pelanggan tetap saya ambil Set B. Dia baru berkahwin dan belum pun mengandung tetapi Set B sangat membantu menyegarkan dan membantu masalah pelawasannya.  Jadi, tak rugi pun jika anda ambil Full Pack Set B, boleh diambil seisi keluarga juga. oh ya, ditambah lagi dengan promosi-promosi menarik bulan ini.  winking

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.

 

Berminat?

 

Hubungi saya di hanisamin@gmail.com atau SMS ke 010-4289601 (Hanis) untuk konsultasi mahupun maklumat lanjut.


Assalamualaikum…

Teruja lihat hasil perahan ini? Ini adalah hasil Wahidah, customer Iffa yang telah mengamalkan Shaklee sejak dari berpantang lagi. Lihat betul-betul, JUMLAH PERAHAN ialah 21 Oz!!

Bagaimana Wahidah melakukannya?

Jom, kita lihat apa yang Wahidah amalkan.

First of all sorry sangat sbb x sempat nk share kemujaraban produk shaklee tu..suka ati je nk guna word ‘kemujaraban’ tu kn..actually nk show betapa baik n bagus nya produk shaklee.. 1st time ida jmpe produk yg dpt selesaikn masalah sy selama ni di samping membantu para ibu2 yg berpantang. ida akn story ape je yg shaklee ni dh bantu body ida:

Masa bpantang (BF Set) – Jaundice:

Shaklee produk yg best cz x perlu la ida nk telan produk2 bsalin tradisional cm ubat periuk or jamu..ida lak jenis yg mmg susah nk mkn ubat sket la. most important , ida dpt solution utk elak mkn jamu. my 1st baby dulu jaundice n sy x dbenarkn oleh pakar utk ambil jamu. Adam (1st baby) almost kne tukar darah n pecah rekod kt HSA (hospital sultanah aminah, JB) sbb reading jaundice plg tinggi..smpi doktor tny apa yg sy mkn msa preggy..sdih sgt ..so 4 my 2nd baby (Adeeb) , shaklee is alternative x pyh mkn jamu..Yg bestnya, even adeeb ade gak jaundice but only 1 week je..abg dia dulu 1mnth…superb kn? alhamdulillah..thx sgt Iffa sbb introduce this produk kt sy..

Migrain / Sembelit :

Ida ni mmg pesakit Migrain yg tegar since form 3 lg..this produk really help me especially msa dlm pantang..even x ckup tdo, migrain x dtg menyerang pon..alhamdulillah…body x rsa letih spnjng pantang, luka jahitan pon cepat sgt baik..tu plg best..
lagi 1 psl sembelit or buasir..mmg ida ade sakit gak..so far alfalfa sgt membantu..smooth je aktiviti kt tandas..syukur sgt..klu x mmg perit n menyakitkan..

Milk Booster:
Shaklee is one of the best product yg i jmpe as milk bosster.. Alfalfa n ESP sgt best..susu makin meriah je..plg menakjubkn is sekali perah dpt 14oz..ida pon cm x caya..within 30 minit je tau, pkai manual pam (avent) jek..caya x?

so kt cni ade skit tips yg ida nk share bout my schedule pumping session..klu rsa sesuai leh la follow..pemakanan pon kne gak jga ..cam ida mmg x mkn ikan..so khasiat protein mmg dah ilang..so ESP help me gak to cover back my protein..
– 3 or 4 sesi pumping/day (ni kt opis je tau) ..balik umah kne pump gak + df
– consume 3M set (jgn skip makan yek)
– mkn 2 biji alfalfa every time lps sesi pumping
– mnum Susu Anmum (apa2 brand pon x pe) yg dicampur ESP : 2x/day (pagi/mlm)
– Mnum fresh soya + tempe (ari2 sy makan..sy suke sgt tempe..happy = as protein sbb sy x mkn ikn..

So Iffa, ni sedikit sebanyak tips yg dpt ida share utk all mommies …once again tq dh perkenalkan SHAKLEE kt sy…wassalam

Jadi, apakah perkara utama yang harus anda lakukan? Dapatkan cukup stimulasi dari direct feeding dan breastpumping. Masih ingat 3 Perkara Utama yang kami selalu tekankan? Yang Pertama yang wajib anda patuhi ialah “Supply Vs Demand” konsep. Minimum 8-12 kali sesi perahan/direct feeding dalam masa 24 jam adalah wajib untuk anda lakukan dengan istiqamah.
Shaklee suplement adalah satu usaha yang anda boleh lakukan untuk meningkatkan taraf kesihatan anda. Ya, betul Alfalfa dan ESP sangat membantu melancarkan penghasilan susu tetapi ia adalah tindakan yang berbentuk gabungan:

  • Tubuh yang sihat
  • Supply Vs Demand
  • Pemakanan yang menepati Piramid Makanan dan diet seorang ibu yg menyusukan anak.
  • Doa yang tidak pernah putus pada Allah SWT
  • Istiqamah iaitu konsisten.

Shaklee Supplement ialah “Ia bukan sekadar Milk Booster”. Manfaat yang diperoleh terlalu banyak dan mencakupi pelbagai aspek kesihatan (sistem saraf, sistem peredaran darah, sistem perkumuhan dll) Senang cerita it repair, rejuvenate, and nourish tubuh kita dari dalam sehingga ke luaran. Terasa rugi bukan kerana anda masih belum mencubanya?

Wahidah juga turut berkongsi pengalaman beliau di blog peribadi beliau. Anda bolehlah membaca kisah beliau di link berikut:

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.
Berminat?
Hubungi saya di hanisamin@gmail.com atau SMS ke 010-4289601 (Hanis) untuk konsultasi mahupun maklumat lanjut.


Perancangan awal untuk atasi masalah susu ibu di bulan puasa

Assalamualaikum..

Bulan Ramadhan akan muncul tak lama lagi..adalah menjadi kerisauan ibu-ibu yang menyusukan anak kerana bimbang susu akan kurang semasa mereka berpuasa. Jangan risua jika kita dari awal dah buat persediaan. Jom baca.

Bulan puasa antara saat-saat paling getir bagi seorang ibu yang menyusukan anaknya. Kebanyakan ibu yang menyusukan anaknya buat pertama kali di bulan puasa sangat yakin (atau cuba meyakinkan dirinya sendiri) bahawa pengeluaran susu badannya takkan terjejas walaupun masih berpuasa. Bak kata pakar motivasi, berfikiran positif!

Namun, masalah biasanya timbul bila nak masuk minggu ke2/3. Sedikit-demi sedikit pengeluaran susu badannya berkurang sehingga memaksa mereka membuat pilihan yang sukar; sama ada tidak berpuasa untuk menyusukan anak atau terus berpuasa dan memberikan anak mereka campuran susu formula. Ya betul, ibu menyusu diberikan rukhsah untuk tidak berpuas, tapi kan lebih baik jika mampu berpuasa sambil menyusukan anak?

Let’s say,

  • anda kini dah ade stok sebanyak 20 Oz dalam Freezer
  • jumlah pengeluaran susu yang di pam ialah 17 Oz sebelum bulan puasa (kecuali hari minggu sebab boleh direct feeding sepanjang hari)
  • bayi kesayangan anda cuma minum 15 Oz saja sehari (bekalan ke Taska waktu anda bekerja)
  • jumlah pengeluaran susu yang di pam di bulan puasa nanti jatuh kepada 9 Oz sehari

Jika situasi anda sama seperti di atas, carta berikut menunjukkan bekalan susu yang boleh anda jangka,

Masalah susu ibu puasa

Yup, by 2nd weeks of Ramadhan, bekalan susu habis. Time ni kalau tak cukup susu, bayi boleh melalak kelaparan; terutamanya kalau anak lelaki.

So, apa nak kena buat?

Mula banyakkan susu dari sekarang, jangan tunggu last minute atau yakin tak tentu hala. Dengan hanya meningkatkan pengeluaran susu yang di pam (untuk bekalan anak ke Nursery atau Taska) daripada 17 Oz kepada 20 Oz sehari (Ya, Cuma 3 Oz saja), bekalan susu anda dah cukup nak cover sampai akhir ramadhan. Tak caya tengok carta di bawah,

masalah susu ibu puasa

Kedua-dua kes di atas ni tak ambil kira kalau bayi atau nak kecil anda minum makin banyak & anda pun tak outstation ke mana-mana sehingga terpaksa menyediakan stock 2-3x ganda daripada biasa. Jika anda jangkakan kedua-dua perkara di atas bakal berlaku, saya nasihatkan cuba ikhtiarkan sesuatu sehingga boleh menambahkan pengeluaran susu sebanyak 25 Oz sehari sebelum masuk bulan puasa.

masalah susu ibu puasa

Macam mana nak banyakkan susu cara yang paling selamat?

Full pack Set B

Cubalah menggunakan produk semulajadi seperti Shaklee. So far, Set B (vitamin untuk ibu menyusu) yang paling berkesan. Selain boleh meningkatkan susu badan (jika anda mengikut nasihat & pesanan yang diberikan nanti), banyak juga yang gemar menggunakannya sebab badan tidak lagi lesu seperti dulu walaupun seharian bekerja.

sumber : IbuHakimHaikal

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.

Kami ialah PENGEDAR SAH SHAKLEE anda di Bandar Saujana Putra! Sila SMS/ WhatsApp ke +6010-4289601 (Hanis) untuk self pick-up di Bandar Saujana Putra.

Your Shaklee Independent Distributor
Hanis Amin
♥ SMS | WhatssApp : 010-4289601
♥ Shaklee ID : 837662
♥ FB Page : http://www.facebook.com/HanisHealthyLife
♥ Email : hanisamin@gmail.com

Assalamualaikum..

Ingin kongsikan artikel menarik dari Baiti Ummil,

Ketika hamil, hospital atau klinik bersalin yang anda dikunjungi lazimnya membekalkan vitamin seperti Obimin (multivitamin yang dirumus khas untuk ibu hamil) dan asid folik. Mahu tidak mahu, anda perlu mengambil bekalan vitamin ini setiap hari bagi memastikan tahap kesihatan diri dan bayi dalam kandungan berada dalam keadaan memuaskan.

Ketahuilah, perkara yang sama patut anda lakukan ketika dalam proses menyusukan bayi! Hal ini kerana anda masih memerlukan vitamin dan mineral tambahan dalam usaha menjayakan penyusuan eksklusif. Faktanya, bayi tetap akan mendapat apa yang diperlukannya menerusi susu ibu biarpun tubuh anda kekurangan vitamin atau mineral tertentu. Walaupun begitu, pemakanan sihat dan seimbang yang digabungkan bersama suplemen tetap perlu anda pertimbangkan demi menjamin kesihatan diri dan bayi bagi tempoh jangka panjang.

Ramai yang menganggap keperluan suplemen semasa menyusukan bayi semata-mata hanya untuk memperbanyakkan amaun susu ibu. Tanggapan ini pun salah. Sebenarnya, susu yang penuh nutrisi adalah susu ibu yang mengandungi kesemua khasiat pada tahap optimum dan ia hanya boleh diperoleh daripada tubuh yang sihat. Secara logiknya, sewaktu hamil anda makan pelbagai jenis suplemen untuk menyokong perkembangan bayi. Jadi, apabila berada dalam fasa penyusuan, mengapa keperluan suplemen ini diabaikan. Sama seperti ketika hamil, suplemen turut penting untuk anda membesarkan si manja.

 

Mungkin agak sukar untuk anda makan dengan baik selepas tempoh kehamilan. Namun, panduan ini mungkin dapat memotivasikan anda untuk berusaha menjaga pemakanan seharian. Setiap hari, anda perlu makan antara 5 – 9 hidangan buah-buahan dan sayur-sayuran serta 2 – 3 hidangan protein seperti daging tidak berlemak dan kekacang. Anda juga perlu makan 6 – 7 hidangan karbohidrat seperti nasi, bijiran dan pasta. Sudah semestinya anda perlu kekal hidrat dengan meminum sehingga 8 gelas air sehari.

 

Memandangkan proses penyusuan susu ibu menuntut keperluan nutrien yang banyak, jadi anda masih perlu mengambil suplemen tambahan untuk melengkapkan zat pemakanan yang diperlukan. Antaranya ialah omega-3 yang ternyata sangat penting untuk perkembangan otak bayi. Sama juga halnya dengan kalsium yang diperlukan untuk tulang dan gigi yang kuat. Vitamin dan mineral lain yang anda perlukan adalah seperti zat besi, zink dan magnesium.

 

Majoriti suplemen vitamin dan mineral tambahan tidak menjejaskan penghasilan susu dan diakui selamat untuk diambil oleh ibu yang menyusukan bayinya. Walau bagaimanapun, perlu anda ingat bahawa lemak larut seperti vitamin A dan E boleh mengganggu susu ibu. Oleh yang demikian, amalkan sikap berhati-hati apabila mengambil suplemen yang mengandungi kedua-dua jenis vitamin ini. Pengambilan terlalu banyak vitamin-vitamin ini turut boleh memudaratkan bayi. Untuk itu, minta pandangan doktor terlebih dahulu sebelum memutuskan untuk mengambil apa jua jenis suplemen.

 

Dalam usaha menjaga kesihatan sepanjang tempoh penyusuan susu ibu, diingatkan agar anda makan lebih banyak buah-buahan dan sayur-sayuran segar di samping pelbagai vitamin dan mineral yang terkandung di dalam jenis makanan yang lain. Sekiranya, anda khuatir masih kekurangan vitamin dan mineral tertentu, suplemen dapat membantu. Pengambilan vitamin dan mineral juga penting bukan sekadar atas sebab nutrisi susu, tetapi lebih daripada itu, ia dapat memastikan anda sentiasa dalam keadaan mood yang baik, sihat, cergas dan bertenaga selalu.

Sebab itu kami menyarankan Set B untuk ibu menyusu yang lengkap dengan pelbagai vitamin iaitu :

Vitalea@ Multivitamin dengan formula zat besi : sangat perlu demi memastikan tubuh badan menerima semua zat dan vitamin yang penting dan perlu dalam menjami kesejahteraan secara am.

B complex : lengkap dengan 8 kumpulan B yang diperlukan oleh tubuh badan demi membantu tubuh badan bertenaga, otak lebih fokus, emosi lebih stabil.

Vitamin C : sebagai antioksidan, membantu meningkatkan sistem imunisasi badan.

Alfalfa : raja segala tumbuhan, membantu meningkatkan imunisasi, mengandungi kalsium dan bagi ibu-ibu yang menyusu ia sangat membantu MEMPERCEPATKAN PENGHASILAN SUSU IBU.

Untuk dapatkan senarai penuh set penyusuan kami, sila klik SINI.

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.
Hubungi saya di hanisamin@gmail.com atau SMS ke 010-4289601 (Hanis) untuk konsultasi mahupun maklumat lanjut.


Assalamualaikum..

Saya terbaca dalam sebuah blog bahawa seorang warga tua telah memberitahu, walaupun produk Shaklee ini bagus, tapi pil2nya bersaiz besar dan agak sukar untuk ditelan oleh orang tua sepertinya. Tetapi sebenarnya ada lagi pil jenama lain yang lebih besar.

Sebenarnya, rangkaian produk Shaklee menyediakan prasarana untuk setiap lapisan umur dan situasi. Kalau tak boleh nak telan pil, ada alternatif lain.

Di sini saya kongsikan antara cadangan pengambilan vitamin mengikut kesesuaian.

Bayi 0-2 tahun : Pemberian susu ibu adalah vital. Untuk membekalkan nutrient yang secukupnya, tidak memerlukan sebarang supplement, cukuplah si ibu yang mengambil set Breastfeeding dengan tambahan seperti Ostematrix, Omega dan Soy Protein. Insya-Allah air susu yang lebih bernutrisi untuk bayi anda.

2-4 tahun : Meal Shake, Omega.

4-12 tahun : Chewable Vita-C 100mg, Chewable Vita Lea, Meal Shake, Omega

12 tahun ke atas (pelajar) : Set A, Omega

Wanita dewasa : Set F, Set A, Set E

Ibu hamil : Set A, Soy Protein, Ostematrix, Omega

Ibu dalam pantang : Set D, Vita-E, Soy protein, Omega

Ibu menyusukan : Set B, Soy Protein, Ostematrix, Omega

Lelaki dewasa : Set A, Vita-E

Mereka yang mengalami masalah menelan pil : Meal shake, Vivix, Nutriferon

Untuk imuniti : Nutriferon

Untuk antioksidan : Vivix

*senarai di atas cuma cadangan, untuk produk/vitamin yang lebih sesuai boleh consult terlebih dahulu, sila hubungi saya untuk maklumat lanjut.

Shaklee sebenarnya produk untuk seisi keluarga. Ia lebih menjimatkan berbanding produk2 lain kerana:-

1) Hanya mengandungi vitamin dan mineral penting yang diperlukan oleh tubuh, bukan bahan2 penggalak lain seperti steroid dan sebagainya.
2) Sesuai diambil oleh seisi keluarga dan tiada bahan2 hanya khas untuk wanita/lelaki sahaja. Shaklee sesuai untuk semua, yang di atas itu cuma cadangan saja, ye la takkan nak makan semua sekali kan.
3) Mengandungi wide-range produk pemakanan untuk seisi keluarga.

 

sumber : Mommy Lyna

 

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.
Hubungi saya di hanisamin@gmail.com atau SMS ke 010-4289601 (Hanis) untuk konsultasi mahupun maklumat lanjut.


Translator
Translator Plugin
Ayat seribu dinar
Ahlan wasahlan…
Assalamualaikum & selamat sejahtera

Selamat datang ke Hanis Healthy Life. Hanis Amin adalah pengedar Shaklee yang sah, yang juga pengguna kepada produk Shaklee.

Untuk sebarang pertanyaan, hubungi kami di
email : hanisamin@gmail.com
sms/WhatsApp : +6010-4289601

Terima kasih.

Hazu Enterprise (SA0175455-W)

Set Istimewa untuk anda!

Breastfeeding Set
(Set Penyusuan)

Testimonial : KLIK SINI

==========================

Confinement Set
(Set Berpantang)

Testimonial : KLIK SINI

==========================

Skin Care Set
(Set Penjagaan Kulit)

Testimonial : KLIK SINI

==========================

Healthy Weight Set
(Set Berat Badan Sihat)

Testimonial : KLIK SINI

==========================

Baby & Children Health
(Kesihatan Bayi & Kanak-kanak)

Informasi


Sertai kami di Facebook!


Ada pertanyaan atau komen?