Order sekarang!


atau SMS/WhatsApp/Telegram :

010-4289601 (Hanis)

Best selling!!
Dapatkan info terkini segera..

* Setiap testimoni yang tertulis dalam laman web ini adalah pengalaman dari pelanggan sendiri dan hasil dari setiap pelanggan mungkin berbeza antara satu sama lain. Namun ini tidak bermakna vitamin ini boleh mengubat atau menyembuhkan penyakit. Sila konsult dengan pengedar anda untuk lebih lanjut.

PERHATIAN : Konsultasi selepas pembelian produk dan jadual pengambilan adalah khas untuk pelanggan kami sahaja. Sila rujuk pengedar anda untuk jadual pengambilan & kosultasi selepas pembelian. Terima kasih.
Free Palestine, Pray 4 Syria
Tabung Kecemasan Gaza Aqsa Syarif di sini :
http://on.fb.me/1jlP2li
Akaun Maybank Islamic : 551575-004299
akaun Bank Islam : 1209-20100-34904
email : projects@aqsasyarif.org.my

Tabung Kasih Ummah Syria
Bank Islam Malaysia Berhad
120290 100 63512
(Pertubuhan IKRAM Malaysia)
email : i4syria315@gmail.com

Set C (Confinement)

Assalamualaikum..

Tengah berpantang ni mood asyik cerita tentang berpantang je. Ada yang berpantang secara moden dan ada juga yang berpantang secara tradisional. Bagi saya, kedua-duanya ada kebaikannya yang penting kita tahu untuk apa tujuan sesuatu itu dilakukan. Cara saya berpantang ada gabungan moden dan juga tradisional. oh, ada juga yang tak percaya dan tak berpantang langsung.

Ini cara saya, mungkin lain orang, lain caranya.

1. Berurut

Bagi saya berurut lepas bersalin ni penting. Yelah, masa pregnant badan kita semua mengembang dan longgar-longgar untuk bagi laluan pada baby. Dan semasa proses kelahiran pula, kita guna tenaga yang banyak untuk push baby keluar. Yang bersalin czer pun sebenarnya menggunakan tenaga dalaman mereka tapi mungkin tak terasa sebab kena bius. Jadi, saya rasa sangat penting untuk berurut dan membetulkan kembali urat2 saraf.

Untuk ibu yang baru pertama kali bersalin, mungkin ada yang tak berapa keluar susu kerana urat tak lancar dan lubang tak terbuka. Ada bidan yang pandai urutkan. Bukan orang lepas bersalin je, kalau ada sakit-sakit badan nak pergi berurut pun boleh. Tapi penting untuk jadi orang yang betul-betul pandai urut. Bukan sekadar sapu-sapu aje. Dan juga tidak disertai dengan bacaan-bacaan dan amalan-amalan yang pelik dan bercanggah dengan Islam.

2. Bertungku & bertuam

Saya baru tahu bertungku & bertuam tu adalah 2 benda berbeza. Ingatkan sama je. bertungku ni memang best. Lebih-lebih lagi bila orang buatkan. Rasa nak tertidur je. Bertungku memastikan urat2 darah kita kembang dan dapat mengalirkan darah dengan baik. Sebab tu digalakkan juga madi air suam panas, minum & makan panas-panas. Bila salur darah kecil dan sempit, macam-macam penyakit boleh jadi tau.

 

3. Pakai bengkung

 

Ini untuk memastikan badan kita shape up degan cepat. Yelah, masa mengandung dah mengembang sekembangnya, kena la kucupkan kembali bahagian2 yang kembang. Kalau biasa-biasa, sure rasa malas je nak berbengkung atau berkorset. Masa ni je la nak buat secara intensif. Biasa saya akan pakai bengkung sampai 3 bulan. Dulu masa dah start kerja pakai bengkung moden jenis zap tu.

 

 

4. Makanan Tambahan

Masa Muadz ambil sejenis herba dalam set bersalin. Tapi tak boleh tolerate. Perut asyik memulas-mulas nak ke tandas. Baby pun cirit-birit dan start ada kuning sikit. Terus stop da breastfeed baby banyak-banyak. Alhamdulillah, baby ok. Kali ni berpantang dengan supplemen Shaklee. Saya ambil vita lea, b compleks, vitamin C, Zinc complex dan ostematrix. Lepas 2 minggu baru cuba ambil ESP. Alhamdulillah, walaupun makan sikit2 je time pantang ni tapi rasa bertenaga. :)


Jamu a big NO NO for me. Jamu ni bersifat panas. Dan kebanyakan jamu ni untuk kebaikan ibu tapi bagi effect kurang baik pada bayi. Mungkin orang zaman dulu masa tu fikir nak cantikkan balik ibu je tapi terlupa pasal bayi. Dan mungkin masa tu sedang sibuk semua orag promosi susu formula. Wallahualam. Tapi insyaAllah saya cuba untuk tak ambil jamu.

5. Minuman harian

Saya ada ambil teh herba akar kayu untuk hilangkan haus dan beri kesihatan masa pantang. Air sentiasa ambil panas-panas, hirup guna sudu. Minum air masak pun saya minum panas-panas. Kenapa orang tua-tua tak bagi minum air banyak-banyak? Lepas bersalin kan ada kena jahit kat bawah tu. Jadi, kalau banyak minum air, maka keraplah kita nak ke tandas. Jadi, lambatlah baik luka tu. Ada juga yang kata nanti badan kembang air.

Jadi, bila kita minum secara perlahan-lahan, badan lebih mudah menyerap air untuk kegunaan badan sendiri. Dan lambat la sikit nak proses untuk sampai ke buah pinggang seterusnya untuk dibuang. Tapi jangan minum air sikit sangat ya. Nanti badan sendiri yang letih dan sukar nak susukan bayi pula.

Amalan saya :
breakfast : segelas air masak panas bersama vita lea & vitamin C.
Jam 10 pagi : Segelas teh herbanika panas
Lunch : Segelas air masak panas bersama b complex & zinc
5 petang : Segelas Teh herbanika panas
Dinner : Segelas air masak panas bersama 2 biji ostematrix
Sebelum tidur : Segelas air masak suam bersama 2 biji ostematrix

Kalau in between tu terasa haus, saya akan minum 1/2 gelas air masak suam/panas. Kadang-kadang ada juga buat air oren sunquick panas. Dan sekarang ada tambahan ESP pula. Jadi, at least 6-10 gelas air juga sehari kan.

6. Makanan harian

2 minggu pertama, mak kata makan benda kering-kering dulu. Nasi dengan ikan/ayam/daging bakar. Sebab yang sama seperti di atas. Lepas tu baru ada masak sup sayur ke masak singgang atau rebus dan lain-lain. Bab makan ni jaga juga supaya tak makan ikan-ikan yang gatal. Telur dan seafood a big NO NO. Banyakkan makan halia dan lada hitam untuk panaskan badan. Tapi jangan terlebih panas pula, takut kesian bayi pula nanti.

Lepas habis pantang pun kena jaga juga makan sebab menyusukan anak. Bila nak cuba sesuatu, try sikit dan tengok ada kesan negatif tak pada bayi. Ini yang mak saya ajar. Ada orang yang lepas pantang terus hentam semua. Last2 badan pun terkejut dan tak boleh tolerate. Jadilah demam dan sakit sana-sini. Jadi buat apa pun biar berpada-pada ya.

Ops terlupa, sentiasa berstokin supaya kaki panas dan badan tak masuk angin serta kena sejuk lantai. Inilah amalan berpantang saya. Anda macam mana?

Apa pun yang kita buat biarlah kita tak sekadar ikut-ikut tapi kita tambahkan ilmu di dada untuk tahu kebaikan dan manfaat sesuatu. Zaman sekarang ni informasi di hujung jari. Tapi saya ni memang suka bertanya dari kecil. Masa mak suruh pakai tudung saya tanya kenapa kena pakai tudung. Kakak-kakak saya ikut je tak berani tanya apa-apa pun. hehe

Jom berpantang… big grin

Assalamualaikum..

Alhamdulillah, 25hb Disember 2012 jam 8.30 malam, saya selamat melahirkan seorang bayi perempuan. Terima kasih atas doa semua. Maaf juga jika saya terlambat balas sms, email dan ada juga order yang saya terpaksa pass kepada business partner saya sebab tak mampu handle pada saat2 kecemasan tersebut. hehehe.

Baby Shaklee dan abang Muadz

Baby kali ni betul-betul baby shaklee, dari merancang (ops), mengandung sehingga tengah berpantang kini. Sepatutnya baby due 19 Disember, tapi masa tu kan gaji baru masuk, jadi agak busy dengan banyak order dan macam-macam lagi. Alhamdulillah, baby macam tau2 je, bagi ummi peluang settlekan business dulu. Sempat ummi tukar layout blog dan buat page baru Facebook.

Alhamdulillah, hari ni hari ke-5 berpantang. Badan rasa sihat je. Cuma ada la juga lenguh-lenguh sebab belum sempat urut. Tukang urut minggu depan baru free untuk datang. Saya mula ambil supplemen (Set C + ostematrix) sehari selepas keluar hospital. Sehari je duduk hospital,esoknya dah boleh keluar.

Alhamdulillah, tiada masalah membuang walaupun masa mula-mula tu takut juga nak meneran. Setakat ni setiap pagi membuang walaupun makan nasi dengan lauk kering je. Ikut mak saya 2 minggu pertama makan nasi dan lauk bakar je(ikan bakar, ayam bakar, daging bakar) yang digaul lada hitam dengan nasi lembik sikit. Tapi alhamdulillah, tiada masalah sembelit.

Hari ke-4 berpantang dah terasa reflex down, susu keluar mencurah walaupun takde la memancut-mancut. Tapi boleh terasa susu penuh. Macam dah nak kena pam. Tak pasti berapa oz boleh dapat tapi bukan itu yang penting buat masa ni. Yang penting, baby menyusu kenyang dan kerap susukan baby serta enjoy masa berpantang…

Assalamualaikum..

Kebelakangan ni ramai yang mengadu tak cukup susu semasa berpantang ataupun baru 2 minggu bersalin tapi susu tak cukup. Bagaimana ini berlaku?

1. Sebab utama yang saya dapat kenal pasti adalah KURANG PENGETAHUAN PENYUSUAN

Ramai ibu kurang membaca ilmu penyusuan dan beranggapan susu akan mencurah2 sebaik sahaja bayi lahir. Untuk 2-3 hari pertama hanya kolostrum yang akan keluar dan ibu-ibu perlu meransang pengeluaran susu dengan kerapkan menyusu bayi. Pada hari ketiga baru susu akan keluar banyak sedikit tapi bukanlah terus mencurah2 sampai basah baju ye. Untuk seminggu/2 minggu pertama kalau pam pun mungkin dapat dalam 1-3oz sahaja(bergantung pada orang). Jadi penting untuk kerapkan penyusuan. Untuk 2 minggu pertama fokuskan pada direct feeding terlebih dahulu. Susukan bayi sekurang-kurangnya sejam- 2 jam sekali mengikut demand bayi.

2. KURANG MINUM AIR
Ramai yang masih terpengaruh dengan mitos lama bahawa berpantang tak boleh minum air. Akibatnya? Susu akan kurang kerana ibu sendiri kekurangan air. Pastikan minum sekurang-kurangnya 2-3 liter air masak. Walau bagaimanapun, minum air dengan banyak sekaligus mungkin akan menyebabkan ibu kerap ke tandas daan menyebabkan luka bersalin lambat sembuh. Jadi? Bagaimana caranya?

Minum sedikit-sedikit tetapi kerap supaya air dapat menyerap masuk ke dalam badan ibu dan tidak terus dibuang. Sebaiknya minum air panas dalam cawan. Bila anda minum air panas, anda akan hirup sedikit demi sedikit dan mengelakkan meneguk dengan banyak. Selain itu, minum air panas juga membantu mengembangkan salur darah dan dapat menghasilkan susu lebih cepat.

3. Cara lekapan yang kurang tepat

Cara lekapan atau posisi penyusuan yang kurang tepat menyebabkan kesukaran bayi untuk menyusu dan menyebabkan sebenarnya bayi tidak dapat menghisap dengan baik untuk meransang penghasilan susu. Selain itu, ia juga akan menyebabkan puting melecet dan luka.  Sekiranya puting terasa pedih, sapukan susu ibu pada puting selepas sesi penyusuan dan biarkan kering sekejap sebelum ditutup.

4. Kurang pengambilan makanan berkhasiat

Pastikan ibu-ibu mengambil makanan berkhasiat, berzat dan bernutrisi. Pelbagaikan menu berpantang anda dengan ikan yang boleh dimakan serta daging, ayam dan sayuran yang sesuai. Dapatkan tips pemakanan & resipi dalam pantang di sini.

Paling mudah ambil supplemen supaya anda mendapat nutrisi selengkapnya. Cuba juga ambil makanan penggalak susu seperti kurma, lobak putih, susu, peria dan sebagainya. Lain orang mungkin lain penggalak susunya.

(sumber asal)

Apakah Supplemen yang sesuai untuk ibu berpantang?

Ramai yang dah mencuba Euphoria Set C (Vita lea, B com, Vit C dan Zinc) + Ostematrix dan berpuas hati dengan hasilnya.

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.
* Setiap testimoni yang tertulis dalam laman web ini adalah pengalaman dari pelanggan sendiri dan hasil dari setiap pelanggan mungkin berbeza antara satu sama lain. Sila konsult dengan pengedar anda untuk lebih lanjut.

 

Berminat?

 

Hubungi saya di hanisamin@gmail.com atau SMS ke 010-4289601 (Hanis) untuk maklumat lanjut.

Like FB kami : Hanis Amin Shaklee Store untuk maklumat terkini dan INFO PERCUMA

Assalamualaikum…

Bagi ibu-ibu yang masih tercari-cari set bersalin/set berpantangyang sesuai tanpa JAMU, Set Berpantang Euphoria (Set C) adalah pilihan terbaik untuk kesihatan luaran dan dalaman selepas melahirkan.

Set C-1

 

Ibu-ibu boleh memilih untuk add-on Ostematrix bagi yang menghadapi masalahsukar membuang air besar, kerana ianya melancarkan sistem penghadaman dengan cara yang lembut sekali. Yang ni memang disyorkan untuk elak terkena sembelit selepas bersalin.*
Manakala ESP pula dapat membantu memberi tenaga dan membantu melancarkan penyusuan susu ibu sejak dari dalam pantang, membantu menghilangkan parut strechmark semasa mengandung.*
Kenapa saya syorkan Set Berpantang ini? Sebabnya….
  • Ia adalah vitamin (bukan jamu).
  • Membantu memulihkan tenaga ibu yang baru bersalin.
  • Boleh diambil seawal hari pertama kelahiran. Tidak perlu menunggu sekurang-kurang 1 minggu selepas melahirkan seperti pengambilan jamu kerana jamu boleh meningkatkan risiko jaundice keada bayi.
  • Membantu mempercepatkan proses penyembuhan luka bersalin samada bersalin normal mahupun ceaserean.
  • Tidak meningkatkan risiko jaundice kepada bayi.
  • Membantu melancarkan dan melawaskan pembuangan semasa dalam pantang.
  • Melancarkan proses penyusuan susuibu sejak dari dalam pantang.
credit to RahsiaVitamin
Walau bagaimanapun, sekiranya ibu-ibu ingin menambah pengambilan alfalfa, saya cadangkan tunggu sehingga bayi sekurang-kurangnya berusia sebulan kerana dikhuatiri ada bayi yang kurang sesuai dengan Alfalfa.
* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.

 

Berminat?

 

Hubungi saya di hanisamin@gmail.com atau SMS ke 010-4289601 (Hanis) untuk konsultasi mahupun maklumat lanjut.

Assalamualaikum…

Seringkali ada ibu mengadu susu tiada selepas melahirkan anak. Bayi asyik menangis kerana tak dapat menyusu. Lebih-lebih lagi untuk ibu yang baru pertama kali melahirkan anak dan mengalami puting tenggelam. Benarkah pengambilan MILK BOOSTER diperlukan kerana TIADA SUSU?

Kolostrum

Kolostrum

Di awal-awal kelahiran hanya sedikit susu yang agak likat dan pekat serta berwarna kuning yang juga dikenali sebagai kolostrum yang akan keluar. Kolostrum ini hanya akan keluar dalam kuantiti yang sedikit namun ianya cukup bagi memenuhi keperluan bayi yang baru lahir dalam 24 jam. Perut bayi yang baru lahir hanya sebenar kacang pea, kecil sahaja kan. Jadi, kesiankanlah bayi anda yang terpaksa menelan susu formula yang diberikan hanya kerana ibu tiada maklumat tentang penyusuan susu ibu.

Saiz perut bayi

Saiz perut bayi

Untuk yang menjadi ibu pertama kali, anda mungkin rasa kekok dan tak reti cara memegang bayi anda hingga menyebabkan bayi anda tidak selesa untuk menyusu. Bercerita tentang pengalaman sendiri, walaupun saya suka dukung bayi dan suka bayi, rupanya cara dukung/pegang bayi semasa menyusu sangat berbeza. Malah, saya telah pun ikuti kelas penyusuan sebelum bersalin tapi bila bayi di tangan, saya masih terasa kekok, apatah lagi keadaan puting yang pendek dan bayi tidak pandai untuk melekap. Memang bayi kerap menangis. Saya pun jadi frust juga seketika.

Jadi, sangat penting untuk anda ke HOSPITAL RAKAN BAYI supaya dapat membantu. Ataupun hubungi ibu atau rakan2 yang menyusukan bayi sepenuhnya.

Bukan saya tidak mahu jualkan set B pada anda, tapi bagi saya sebaik lepas melahirkan ibu perlu lebih memberi perhatian kepada kesihatan ibu sendiri supaya apabila ibu sihat dan bertenaga tanpa stress, susu pun lebih mudah terhasil. Malah, di awal kelahiran ini juga penting untuk kerap menyusukan bayi SEKURANG-KURANGNYA 2 JAM sekali. Kalau anak tidur, cuba kejutkan. Fokus lebih kepada anda dan bayi. Jadi lebih sesuai kalau ambil Set C, malah boleh juga tambah ESP dan Ostematrix untuk bantu penyusuan juga. 

Selepas sebulan, anda bolehlah merancang untuk membuat stok susu untuk ibu bekerja.

Jadi, ibu-ibu yang saya kasihi sekalian, semasa hamil perbanyakkan ilmu tentang keibu bapaan, kelahiran, penyusuan dan sebagainya. Walaupun barang2 keperluan bayi tu penting, tetapi ilmu tu jangan dilupakan…

Apa kata pembeli set berpantang (Set C)?

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.

 

Berminat?

 

Hubungi saya di hanisamin@gmail.com atau SMS ke 010-4289601 (Hanis) untuk konsultasi mahupun maklumat lanjut.

Assalamualaikum…

Siapa yang tak kenal celebrity blogger yang juga model dan pelajar, Hanis Zalikha. Jangan tak tahu ibu beliau juga seorang model (tahun 80-an) dan masih anggun hingga kini. Aunty Nani Rostam banyak mengamalkan petua kecantikan.

Antaranya ialah PETUA SELEPAS BERSALIN ini:

(1) Balik sahaja dari hospital, minta suami cari daun sirih, buah manjakani dan rebus kedua-duanya sebanyak 7 helai daun sirih dan 7 biji manjakani. Reneh di dalam periuk tanah sehingga tinggal 2 cawan. 1 cawan diminum berama air kisaran kunyit. 1 cawan lagi di buat basuh bahagian pintu rahim. Kalau mahu cepat pulih, (mak mentua saya berpesan) suruh suami gosokkan buah manjakani di belakang batu lesung dan sapukan manjakani itu pada jahitan pintu rahim yang di gunting sewaktu melahirkan. Mak mentua saya tekankan lagi, suruh suami buat, supaya dia tak akan cari perempuan lain dan setia sampai bila-bila.

(2) Kemudian, kalau boleh cari bengkung perut dari kain yang panjang berjela dan ikat lipan iaitu bersilang-silang supaya perut boleh dibentuk menjadi ramping. Sapukan kapur sireh bercampur minyak kayu putih pada perut sebelum memakai bengkung. Kalau mahu ikatan kemas dan ketat, boleh memakai sambil berbaring.

(3) Makan makanan yang berkhasiat seperti ikan, daging ,sayur sawi, brokoli. Lobak putih dan daun turi juga bagus untuk menambah susu badan. Elakkan makan sayur-sayuran yang sejuk dan banyak angin seperti bayam, kobis dan sebagainya.

(4) Jangan terlepas waktu makan. Makan tepat pada waktunya. Pastikan kita makan dan minum tidak bertambah. Maksud saya makan hanya satu pinggan nasi dan minum segelas air. Jangan sekali-kali tambah.

(5) Bagi yang melahirkan anak pertama, anda boleh cuba makan semua jenis ikan atau sayur. Di situ baru kita tahu ikan mana yang kita makan akan menyebabkan terasa gatal.Sebab setiap individu ada alahan pada makanan yang berbeza. Misalnya saya pantang tak boleh makan ikan kembung, rasa gatal, tetapi kawan saya ok pulak. Jadi anda kena tahu mana makanan yang anda boleh ambil dan yang mana tidak.Jadi bila pantang anak seterusnya anda sudah dapat mendisplinkan diri anda.

(6) Ketika dalam pantang anda kena sentiasa jaga langkah anda dan jangan banyak berjalan kerana dikhuatiri kaki tersandung sesuatu dan menyebabkan darah turun lebih banyak dan akan terasa sakit di bahagian peranakan.

(7) Selain itu dapatkan food supplement yang terbaik seperti produk shaklee yang terdiri daripada vitamin e, zinc, vitamin c, b kompleks, multivitamin, susu protein dan alfafa yang baik untuk penyembuhan dan membina sel baru…..

http://1.bp.blogspot.com/_CQw5z9YY5SI/TOemS0wcYKI/AAAAAAAABz0/UhVtt84cXzs/s1600/IMG_0497.JPG

Botol Shaklee di sebelah peti ais rumah Nani Rostam

(8) Amalkan senaman ringan memanas badan sebelum anda mandi dalam masa 10 minit sehari agak memadai agar badan rasa ringan dan segar.

(9) Pantang anda akan terganggu sekiranya anak mendapat jaundice. Jadi bagi mengelakkannya, pastikan semua barangan bayi tidak terdapat walau sedikitpun warna kuning. Sekiranya dia masih terkena jaundice juga anda cari akar kayu di kedai ubat cina untuk merawat jaundice dengan merebus akar kayu tersebut dan airnya digunakan untuk memandikan bayi anda. Bayi boleh juga di jemur di bawah cahaya matahari pagi sebelum jam 8.30am. Sekiranya masih berlarutan bawa berjumpa doktor.

(10) Kalau anda boleh bertahan berpantang selama 40 hari tanpa menjejakkan kaki ke tanah dengan mengamalkan apa yang pernah saya amalkan itu, Insya Allah, badan akan sentiasa cergas dan awet muda. Begitulah saya mengamalkannya selama 7 kali beranak.

*Source: Nani Rostam & GenkiMomma

Aha, jangan tak tahu Aunty Nani Rostam juga mengamalkan vitamin Shaklee tau!

Nak cantik macam Aunty Nani Rostam?

Jom amalkan pengambilan makanan tambahan dari sumber semulajadi. Semestinya Shaklee!

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.

 

Berminat?

 

Hubungi saya di hanisamin@gmail.com atau SMS ke 010-4289601 (Hanis) untuk konsultasi mahupun maklumat lanjut.


Assalamualaikum..

Alhamdulillah, saya belum pernah merasakan pengalaman bersalin melalui c-zer tetapi melalui pengalaman dan perkongsian ramai, penjagaan semasa berpantang untuk mereka yang bersalin secara czer memang sedikit sukar.

Walau bagaimanapun, dengan pengambilan vitamin Shaklee insyaAllah membantu anda melalui proses berpantang dengan lebih mudah. Jom kita ikuti pengalaman kawan-kawan..

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.

 

Berminat?

 

Hubungi saya di hanisamin@gmail.com atau SMS ke 010-4289601 (Hanis) untuk konsultasi mahupun maklumat lanjut.


Assalamualaikum…

Sekarang ni dah ramai ibu-ibu yang mengambil vitamin untuk set berpantang. Pengambilan vitamin bukan sahaja membantu menyegar dan menyihatkan ibu malah memberi kesan positif kepada penyusuan susu ibu. Jom, saya kongsikan pengalaman Kak N

——-

Masih teringat kenangan melahirkan 2 anak lelaki saya…walaupun kedua duanya melalui pembedahan [ceaserean] namun saya melalui pengalaman yang berbeza di mana anak sulung kelahirannya adalah bayi pra matang 34-35 weeks namun dengan berat normal dan keadaan saya tidak sedar manakala anak kedua diberi suntikan separa sedar dengan umur yang matang.

Sejak mengandung lagi saya dah set mind saya hanya akan makan vitamin sahaja dalam berpantang. Walaupun banyak juga set bersalin yang ada dalam pasaran namun tiada satu pun yang dapat mencuri perhatian saya. Saya lebih banyak habiskan masa masa mengandung membaca perihal dan kepentingan vitamin ditambah lagi saya nekad nak menyusukan anak-anak saya. Saya taknak kerana saya makan jamu , anak saya tidak dapat menyusu dengan sebaiknya.

Apa yang saya fikirkan pada peringkat awal ialah vitamin membantu membanyakkan susu saya. Masakan tidak? sehingga anak saya umur 2 tahun , payudara saya akan bengkak seolah-olah saya masih di dalam pantang dan pernah ditegur oleh babysitter berapa meriahnya susu anak saya.
Memang saya rasa beza apabila saya tak makan vitamin. Mungkin sebab pemakanan saya seharian tidak seimbang ditambah tidur yang tidak pernah lengkap 8 jam sehari membuatkan saya mudah keletihan. Maka pengambilan vitamin membuatkan saya rasa sangat berbeza.

Saya jadikan alfalfa dan ESP sebagai booster terbaik saya. Bila mood down atau susu mula rasa tidak meriah, saya amalkan pengambilan alfalfa dan ESP dengan optimum. Memang beza sebab lepas tu susu akan meningkat dengan kadar yang tidak terlalu lama berbanding saya tak makan vitamin.

Saya mula nampak kesan vitamin apabila anak2 saya perlukan suntikan imunisasi , doktor pasti bertanya adakah saya beri anak saya makan kerana perkembangan dua dua anak saya membuatkan doktor sendiri kagum. Masakah tidak bermula dengan si abang, dengan graf pembesaran yang hebat ditambah si adik mempunyai graf perkembangan yang hampir sama dengan si abang. Apabila saya memberitahu saya hanya berikan susu badan, maka doktor terus mengatakan tahniah sebab anak2 saya membesar dengan sihat dan susu saya mencukupi untuk si manja kami. Pengambilan zat besi yang mencukupi membantu pembesaran anak dengan sangat hebat.

Namun masa mematangkan saya. Hakikatnya vitamin tak bantu banyakkan susu. Susu saya banyak sebab dengan makan vitamin, badan saya sihat dan cergas. Maka saya dapat kerap susukan anak saya. Dari situ susu saya bertambah banyak kerana anak saya kerap menyusu. Susu saya beri kesan pada perkembangan dan pertumbuhan anak-anak saya. Gigi mereka juga tumbuh seawal 6-8 bulan memandangkan pengambilan kalsium yang mencukupi dan disalurkan melalui susuibu tadi.

Memang ada sesetengah orang merasakan tidak perlu amik vitamin. Tapi secara jujur, saya amalkan sebab saya tahu kekangan pengambilan makanan seharian saya yang tidak lengkap dan tidak dapat memenuhi piramid makanan. Anak saya membesar dengan baik dengan susuibu. Saya tak perlu risau jika mereka demam atau selsema, kerana saya menjadikan vitamin itu ubat kepada penyakit anak saya. Saya akan amalkan pengambilan vitamin C dengan tambahan lebih dari dos harian biasa apabila anak saya tidak sihat.

Ramai juga yang dah melalui berpantang dengan vitamin dan mereka mengakui perbezaan ketara dengan pengalaman bersalin sebelum ini. Ternyata badan kita perlukan vitamin untuk proses penyembuhan. Itulah yang saya setkan dalam minda saya dari anak pertama lagi.

Walaupun melahirkan secara ceaserean saya dapat bergerak aktif seperti orang beranak normal. Paling buat saya gembira bila Doktor pakar yang menyambut kelahiran Nasa memuji cantuman jahitan semasa melahirkan anak sulung Addin, sangat kemas dan elok. Berasa sangat lega dan berbaloi berpantang dengan vitamin.

Hakikatnya berpantang dengan vitamin bukan sahaja mempercepatkan baiknya proses luka sebab kelahiran tetapi bayi juga mendapat manfaat yang sama atas apa yang ibu amalkan. Memang benar susuibu adalah yang terbaik dan sangat berkhasiat namun ianya balik pada apa yang kita makan. Jika elok yang kita makan, maka eloklah yang kita salurkan pada anak melalui susuibu tadi.

Sekiranya anda masih mencari-cari set bersalin, apa kata kelahiran kali ini, amalkan pengambilan vitamin ditambah jika punya niat nak menyusukan anak dengan sebaiknya?

Hakikatnya badan kita perlukan vitamin yang secukupnya untuk digunakan dalam proses pemulihan selepas melahirkan anak. Rahim kita akan mengecut dan kembali pada bentuk asal apabila kita menyusukan anak secara esklusif 6 bulan yang pertama. Badan kita akan merasa ‘warm’ bila kita amalkan vitamin dan ianya selamat untuk bayi. Paling penting, selamat untuk bayi.

Namun perlu tahu vitamin apa yang boleh diambil sebelum bersalin, sejurus selepas bersalin ataupun perlu amik selepas beberapa minggu selepas bersalin.

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.

 

Berminat?

 

Hubungi saya di hanisamin@gmail.com atau SMS ke 010-4289601 (Hanis) untuk konsultasi mahupun maklumat lanjut.


Assalamualaikum..

 

Alhamdulillah, kebelakangan ni dah makin ramai yang memilih untuk berpantang dengan supplemen berbanding jamu. Bila makan jamu, kadang-kala ada pula effect pada baby. Tetapi dengan pengambilan supplemen bukan sahaja ibu sihat tetapi baby pun sihat.

Jom kita lihat, apa ada dalam kandungan set berpantang shaklee ni.

  1. B-Complex : sebagai penenang (anti-stress), elak kemurungan (meroyan) & menstabilkan hormon.
  2. Vitamin C : penting untuk pembentukan kolagen, mempercepatkan penyembuhan luka, serta memperbaiki tisu sel yang rosak akibat bersalin.
  3. Multivitamin with Iron : Multivitamin lengkap dengan pelbagai kumpulan vitamin & mineral yang diperlukan oleh badan tetapi sukar diperolehi sewaktu berpantang kerana kebanyakan makanan perlu dielakkan (berpantang makan). Iron pula penting untuk tubuh terutama kerana ibu banyak kehilangan darah selepas bersalin.
  4. Zinc Complex : membantu mempercepatkan proses baik pulih luka, terutama luka dalaman (rahim). Selain itu, turut mengurangkan masalah rambut gugur. Bagi anda yang tidak makan ikan haruan, mahupun pati ikan haruan, Zinc supplements adalah yang terbaik untuk anda. Zinc turut membantu masalah ‘kedinginan’ selepas bersalin.

Supplements tambahan lain yang boleh diambil ialah Energizing Soy Protein dan Calcium-Magnesium with Vitamin-D (Shaklee OsteMatrix). Kedua-dua ini boleh membantu mengurangkan risiko jaundice, memberi tenaga dan membantu melancarkan penyusuan susu ibu. Bagi yang menghadapi masalah sukar membuang air besar, boleh ambil Lecithin kerana ianya tidak mengganggu penyusuan bayi, serta melancarkan sistem penghadaman dengan cara yang lembut sekali.

Oh ya, bulan Julai ni bulan promosi untuk Energizing Soy Protein(ESP). Jom cepat dapatkan sekarang! Nak tahu tentang promosi Julai, klik link di atas tu ya.

Mengapa perlu memilih vitamin berbanding jamu tradisional?

Ini kata-kata customer GenkiMomma :

“senang produknya dari masa pegnen… pantang n menyusu kebanyakan yang sama… hanya satu dua aje yang lain…..cuma kena pastikan banyak minum air…..kurang 3 liter sehari… skrg dah berjaya amalkannnya..

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.
Berminat?
Hubungi saya di hanisamin@gmail.com atau SMS ke 010-4289601 (Hanis) untuk konsultasi mahupun maklumat lanjut.

Assalamualaikum…

Masih mencari-cari set rawatan selepas bersalin yang sesuai?

Berita baik khas buat ibu yang sedang menanti kelahiran cahaya mata!!!

Kami menawarkan set rawatan selepas bersalin, khusus untuk bakal ibu dan set bersalin yang paling berbaloi untuk kesihatan ibu dan anak.

Kandungan Euphoria Set C (set rawatan dalam pantang) :

  • B Complex – penting untuk elak kemurungan (meroyan, sebagai penenang (anti-stress) & menstabilkan hormon.
  • Vitamin C – penting untuk pembentukan kolagen, mempercepatkan penyembuhan luka, memperbaiki tisu sel yang rosak akibat bersalin.
  • Vita-Lea Iron Formula (a.k.a multivitamin)  – perlu kerana ianya mengandungi iron formula yang sangat penting bagi tubuh, terutama kerana ibu banyak kehilangan darah selepas bersalin.
  • Zinc – membantu mempercepatkan proses baik pulih luka, terutama luka di dalam (untuk rahim). Zinc juga bantu atasi masalah kedinginan selepas bersalin.

Cara pengambilan ialah :

  • 1 biji sehari, untuk setiap satu B-Complex, Vit-C, Multivitamin dan Zinc.

Pengambilan boleh diteruskan sehingga selepas pantang untuk kesihatan optimum. Jimat bukan!

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.

Berminat?

Hubungi saya di hanisamin@gmail.com atau SMS ke 010-4289601 (Hanis) untuk konsultasi mahupun maklumat lanjut.

Translator
Translator Plugin
Ayat seribu dinar
Ahlan wasahlan…
Assalamualaikum & selamat sejahtera

Selamat datang ke Hanis Healthy Life. Hanis Amin adalah pengedar Shaklee yang sah, yang juga pengguna kepada produk Shaklee.

Untuk sebarang pertanyaan, hubungi kami di
email : hanisamin@gmail.com
sms/WhatsApp : +6010-4289601

Terima kasih.

Hazu Enterprise (SA0175455-W)

Set Istimewa untuk anda!

Breastfeeding Set
(Set Penyusuan)

Testimonial : KLIK SINI

==========================

Confinement Set
(Set Berpantang)

Testimonial : KLIK SINI

==========================

Skin Care Set
(Set Penjagaan Kulit)

Testimonial : KLIK SINI

==========================

Healthy Weight Set
(Set Berat Badan Sihat)

Testimonial : KLIK SINI

==========================

Baby & Children Health
(Kesihatan Bayi & Kanak-kanak)

Informasi


Sertai kami di Facebook!


Ada pertanyaan atau komen?