Set J (Pregnancy)
Assalamualaikum..
Jom kita baca sikit tips-tips kesihatan untuk ibu hamil dari Babycenter
Oleh sebab kini anda adalah bakal ibu, ia penting untuk mencuba dan menambahkan pengambilan vitamin dan mineral tertentu (seperti asid folik dan zat besi). Jika diet anda tidak begitu baik pada mulanya, membuat perubahan diet anda dengan mengambil hidangan yang berkhasiat dan seimbang adalah lebih penting. Hadkan makanan ringan sebab ia hanya membekalkan kalori kosong iaitu kalori dengan sedikit atau tiada nutrien.
Badan anda akan menjadi lebih efisyen apabila anda hamil dan ia dapat menggunakan tenaga yang didapati dari makanan yang anda ambil dengan lebih baik. Secara amnya, wanita tidak perlu kalori tambahan pada enam bulan pertama kehamilan dan hanya sebanyak 200 kalori tambahan setiap hari untuk tiga bulan terakhir.
Dua ratus kalori bersamaan dengan:
- dua keping roti gandum penuh dan marjerin/mentega;
- segulung kuih popia (tidak digoreng);
- tosai kosong (tanpa kuah atau kari);
- sekeping keju dengan roti.
Selera makan anda adalah petunjuk terbaik untuk mengetahui berapa banyak makanan yang anda perlu ambil. Anda akan dapati selera anda turun naik semasa kehamilan anda:
- Pada beberapa minggu pertama, selera makan anda akan berkurangan secara dramatik dan anda tidak mahu makan hidangan penuh, terutamanya jika anda mengalami loya atau mabuk.
- Semasa pertengahan kehamilan anda, selera makan anda adalah sama dengan sebelum anda hamil atau bertambah sedikit.
- Pada waktu akhir kehamilan, selera makan anda akan bertambah tetapi jika anda mengalami pedih hulu hati atau satu perasaan kekenyangan selepas makan anda mungkin boleh makan dengan kerap tetapi dengan jumlah sedikit.
Perkara yang perlu diingat ialah makan apabila anda berasa lapar. Jangan risau mengenai perubahan selera makan anda asalkan anda mengikuti nasihat yang diberikan mengenai jenis makanan yang perlu anda ambil dan berat badan anda bertambah pada kadar yang betul, yang akan diawasi oleh pakar obstretik anda.
Semasa kehamilan, anda perlu ELAKKAN daripada mengambil:
- Makanan laut mentah seperti tiram atau sushi.
- Kerang yang terdapat dalam laksa dan kway teow goreng sepatutnya direbus terlebih dahulu sebelum dimasukkan ke dalam makanan tersebut, tetapi anda perlu memberitahu penjual untuk tidak memasukkannya dalam laksa itu sebab anda tidak tahu sama ada ia dimasak dengan betul atau tidak.
- Bahan makanan stimbot yang tidak dimasak sepenuhnya. Pastikan supnya dididihkan setiap kali bahan baru ditambah terutamanya kerang-kerangan, daging dan telur.
- Keju dengan kulit ari yang putih dan “bercendawan” seperti Brie dan Camembert, dan keju berjaring biru seperti Stilton. Semua keju ini mungkin mengandungi listeria iaitu bakteria yang boleh membahayakan bayi anda.
- Pate, daging kurang masak, ayam itik dan telur (masaklah semua daging sehingga tidak terdapat bahagian merah jambu dan masaklah telur sehingga ia keras). Semua ini adalah sumber bakteria yang boleh membahayakan bayi anda.
- Hati dan produk hati (pate, sosej hati) perlu dielakkan sebab mungkin semua itu mengandungi bentuk retinol vitamin A dalam jumlah yang tinggi dan ini tidak baik untuk bayi anda yang sedang membesar.
- Sesetengah wanita disarankan supaya mengelakkan daripada mengambil kekacang dan makanan yang mengandungi kekacang. Jika anda, suami anda atau mana-mana anak-anak anda yang lain (jika ada) mempunyai sejarah alahan seperti demam alergi, asma atau ekzema, mengelakkankekacang semasa kehamilan dan penyusuan boleh mengurangkan peluang bayi anda untuk mendapat alahan kekacang yang serius.
- Ramai wanita memilih untuk mengelakkan atau mengurangkan minuman beralkohol semasa kehamilan. Minum alkohol terlalu banyak akan menyebabkan kecacatan fizikal, kehilangan upaya belajar dan masalah emosi dalam kanak-kanak, jadi ramai pakar mencadangkan supaya anda jangan mengambil alkohol langsung semasa anda hamil.
- Anda juga mungkin mahu mengurangkan pengambilan kafein. Ini mungkin mudah bagi wanita yang tiada selera dengan kafein semasa trimester pertama mereka tetapi ini tidak bermakna ia berlaku pada semua orang. Kenapa kafein merupakan satu masalah? Kajian telah menunjukkan kaitan mengambil lebih daripada 300mg kafein dalam satu hari dengan peningkatan risiko keguguran dan berat kelahiran yang rendah dan satu kajian telah menunjukkan kaitan pengambilan kafein dalam tahap rendah dengan keguguran. Untuk keselamatan, anda boleh ambil tidak lebih daripada tiga cawan kopi segera, tiga cawan kopi keras, enam cawan teh atau lapan tin kola sehari. Anda juga mungkin mahu lebih berhati-hati dan mengurangkan lagi pengambilan kafein atau bertukar ke minuman panas dan kola tanpa kafein.
Ambil vitamin-mineral tambahan antenatal yang sesuai
Dalam sebuah dunia yang ideal – bebas dari mabuk hamil atau makanan yang tidak disukai – diet seimbang adalah apa yang wanita hamil perlukan. Tetapi dalam dunia nyata, vitamin-mineral tambahan antenatal adalah satu jaminan untuk membantu anda memenuhi keperluan nutrien anda. Tanya kepada doktor anda sama ada anda perlu mengambil vitamin tambahan atau tidak.
Asid folik adalah satu tambahan yang penting untuk diambil sebelum anda hamil – dan pada tiga bulan pertama atau lebih semasa kehamilan. Kekurangan vitamin B ini telah dikaitkan dengan kecacatan tiub saraf pada bayi seperti spina bifida. Positive Parenting, program pendidikan pakar yang ditubuhkan oleh Persatuan Pediatrik Malaysia menekankan bahawa asid folik tambahan perlu diambil untuk mencegah kecacatan kelahiran. Anda boleh dapatkan preskripsi daripada doktor anda.
Sesetengah pakar mencadangkan supaya anda mengambil makanan tambahan yang mengandungi 10 mcg Vitamin D setiap hari. Jika anda orang Asia dan anda memakai pakaian tertutup anda mungkin lebih berisiko untuk mengalami kekurangan Vitamin D. Berjumpalah dengan doktor anda untuk nasihat.
Semasa kehamilan, sesetengah wanita perlu mengambil zat besi tambahan. Tahap zat besi akan diperiksa berkala semasa kehamilan anda dan doktor anda akan menasihatkan anda mengenai keperluan anda.
Jika anda adalah seorang vegetarian yang ketat, mempunyai penyakit seperti diabetis, diabetis kehamilan, praeklampsia atau anemia atau jika anda mempunyai sejarah berat kelahiran yang rendah, berbincanglah dengan doktor anda mengenaimakanan tambahan khas yang anda perlukan.
Walau bagaimanapun, ada beberapa supplemen yang tidak sesuai diambil oleh ibu mengandung seperti dalam entry ini.
Kami menyediakan set lengkap untuk keperluan ibu hamil yang terdiri dari
Set J /Eu four Pack (Untuk 1st trimester)
Vita-lea with Iron Formula
B complex
Vitamin C
Ostematrix
Set J2 (Untuk 2nd&3rd trimester)
Vita-lea with Iron Formula
B complex
Vitamin C
Ostematrix
OmegaGuard
Maklumat lanjut tentang set J DI SINI.
Ramai yang dah mencuba dan rasai perbezaannya. Anda bagaimana?
Berminat?
Hubungi saya di hanisamin@gmail.com atau SMS/WhatsApp ke 010-4289601 (Hanis) untuk konsultasi mahupun maklumat lanjut.
Assalamualaikum..
- Protein
- Multivitamin yang lengkap dengan zat besi
- Vitamin B-Complex yang lengkap dengan folic acid
- Vitamin C
- Kalsium
- Omega
- Protein : untuk bina sel. Sel terbina dari protien. Tanpa protien, pembinaan dan perkembangan sel boleh terbantut.
- Multivitamin dengan zat besi : demi memastikan sel mendapat semua vitamin penting dalam membentuk membentuk organ. Zat besi penting untuk pembinaan darah dan pembesaran janin.
- B-Complex : penting untuk pembinaan sel darah, sarah dan beberapa organ penting termasuk tengkorak kepala.
- Vitamin C : pembentukan kolagen dan membantu sistem antibodi.
- Kalsium : pembinaan sel darah merah serta tulang bayi.
- Omega : membantu pembentukan sel otak. Pengambilan hanya dibenarkan selepas bulan ke-4 kehamilan (trimester ke-2).
Berminat?
Hubungi saya di hanisamin@gmail.com atau SMS ke 010-4289601 (Hanis) untuk konsultasi mahupun maklumat lanjut.
Assalamualaikum…
Bersempena dengan bulan baru di tahun baru ini, kami ingin membawakan promosi vitamin istimewa untuk bulan ini iaitu salah satu dari Shaklee’s killer-product - Shaklee OsteMatrix (Calcium-Magnesium, Vitamin D and much more).
OsteMatrix ni memang produk kegemaran saya. Kalau tak ambil, mula la rasa tak sedap badan. Pergi ke mana pun nak juga bawa.
Antara kebaikan Shaklee OsteMatrix ialah,
(1) Bantu tidur lena sepanjang malam.
(2) Badan terasa bertenaga & mudah bangun pagi keesokan harinya, terutama apabila digabung dengan pengambilan Shaklee B-Complex.
(3) Menghilangkan lenguh-lenguh & bisa-bisa badan.
(4) Mengurangkan rasa sakit pinggang & kejang kaki terutama buat ibu hamil .
(5) Melawaskan sistem penghadaman – mudah ‘membuang’ keesokan harinya (bukan cirit birit).
Kebanyakan ibu hamil mengalami morning sickness di awal kehamilan. Pengambilan B complex dan Ostematrix dapat membantu anda mengatasi morning sickness.
Walau bagaimanapun setiap orang mungkin mengalami pengalaman dan kesan berbeza. Oh ya, B complex dan Ostematrix ni sebenarnya dah pun termasuk dalam Set ibu mengandung iaitu Set J.
Selain supplemen perlu ambil, elakkan mengambil supplemen yang tinggi antioksida terutama diawal kehamilan kerana dikhuatiri keguguran. Biasanya diawal kehamilan, imunisasi ibu memang rendah kerana hendak memberi laluan bayi membesar dalam rahim si ibu. Pengambilan vitamin yang meningkatkan antioksida boleh memberi memberi risiko keguguran pada janin tadi. Maka, vitamin yang tidak boleh diambil seharusnya dihentikan sebaik sahaja mengetahui si ibu telah mengandung.
Antara supplemen antioksida yang tidak digalakkan diambil oleh ibu menyusu adalah :
sumber : http://nursalwa.blogspot.com/2011/12/anda-hamil-vitamin-yg-sesuai-untuk-anda.html
Jadi, dapatkan konsultasi dari pengedar sebelum membeli ya.
Berminat?
Hubungi saya di hanisamin@gmail.com atau SMS ke 010-4289601 (Hanis) untuk konsultasi mahupun maklumat lanjut.
Assalamualaikum…
Benarkah pengambilan supplemen semasa mengandung menyebabkan bayi dalam kandungan besar dan sukar bersalin? Ada ibu yang mengandung tidak mahu makan supplemen yang dibekalkan doktor kerana takut bayi yang dikandungnya menjadi terlampau besar sehingga sukar untuk bersalin.
Jom kita baca tulisan Mama Eisya ni…
- Berat lahir adalah melebihi 90th percentile untuk usia kandungannya (umur kandungan dalam kiraan minggu).
- Bayi-bayi ini mempunyai berat lebih daripada 90% dari semua bayi didalam lingkungan usia kandungan yang sama.
- Bayi-bayi yang mana beratnya berada didalam kawasan melebihi garisan 90% di dalam carta pertumbuhan bayi dalam kandungan – sila lihat gambarajah.
- Secara amnya, bayi yang cukup bulan dan berat badannya melebihi 4 kg adalah dianggap bayi besar dari usia kandungan.

Beberapa sebab-sebab telah dikenal pasti, ianya termasuk :
- Keturunan – ibubapa yang besar melahirkan bayi yang besar.
- Terlalu banyak kenaikan berat badan ibu semasa mengandung.
- Ibu dengan paras gula tinggi di dalam darah semasa mengandung – contoh: ibu yang mengidap kencing manis semasa mengandung.
Bayi besar dari usia kandungan mungkin normal atau mungkin mempunyai ciri-ciri seperti di bawah:
- Macrosomia (bayi dengan badan yang besar)
- Warna kulit sangat merah (plethora).
- Kecacatan masa lahir – bayi yang ibunya mengidap kencing manis berisiko tinggi mendapat penyakit jantung dari lahir, kecacatan saraf tunjang dan kecacatan anggota kaki dan tangan.
- Kesukaran bernafas.
- Keletihan – disebabkan oleh kekurangan gula dalam darah.
Penjagaan semasa mengandung adalah sangat penting :
- Memantau kesihatan ibu-ibu.
- Merawat sebarang penyakit yang dihidapi oleh ibu-ibu – contoh : kencing manis.
- Memantau pertumbesaran bayi.
- Periksa sebarang kecacatan bayi semasa di dalam kandungan.
- Rancang kelahiran yang selamat.
Berminat?
Hubungi saya di hanisamin@gmail.com atau SMS ke 010-4289601 (Hanis) untuk konsultasi mahupun maklumat lanjut.
Apakah yang dimaksudkan Diabetes Melitus semasa kehamilan?
Diabetes Melitus (GDM) semasa kehamilan merupakan keadaan di mana kandungan gula dalam darah tinggi semasa hamil dan ia dialami oleh sesetengah wanita.
Apakah bezanya antara diabetes semasa kehamilan dengan diabetes yang lain?
Di luar kehamilan, diabetes dikelaskan sama ada jenis 1 (Diabetes Melitus bersandarkan insulin, IDDM) atau jenis 2 (Diabetes Melitus tidak bersandarkan insulin, NIDDM). Sebanyak 10% pesakit Diabetes menghidap Diabetes jenis IDDM. Bagi kes IDDM, insulin yang dihasilkan oleh sel b-islet di dalam pankreas adalah tidak mencukupi atau tiada langsung. Manakala bagi NIDDM, reseptor insulin yang tidak sensitif dianggap menjadi penyebab utama masalah ini dan pesakit NIDDM biasanya gemuk.
Semasa kehamilan, kesan insulin akan terganggu sedikit oleh berbagai-bagai hormon yang dihasilkan oleh uri. Ini dikenali sebagai rintangan insulin. Beberapa hormon seperti estrogen, kortisol dan “human placental lactogen” akan menyekat pengeluaran insulin. Ia biasanya bermula pada pertengahan kehamilan (20-24 minggu). Semakin uri membesar semakin banyaklah hormon-hormon ini dihasilkan dan semakin tinggi rintangan insulin yang terjadi. Bagi kebanyakan wanita, uri dapat menghasilkan insulin tambahan untuk mengatasi rintangan insulin. Jika ia gagal maka GDM akan berlaku. Biasanya pesakit akan pulih selepas melahirkan anak. Walau bagaimanapun pesakit menghadapi risiko yang lebih tinggi untuk menghidap Diabetes kemudian nanti.
Adakah GDM kerap berlaku?
Ia berlaku sebanyak 3-12% daripada semua kehamilan.
Cara Menangani Masalah Kencing Manis
- Awasi berat badan. Berbagai-bagai jenis penyakit boleh berlaku akibat kegemukan, khususnya ketika mengandung. Dalam hal ini setiap wanita perlu mengawasi timbang beratnya supaya sepadan dengan ukuran tingginya.
- Kawalan makanan khususnya makanan yang mengandungi pula dan zat kanji seperti nasi, roti atau mi adalah sangat penting ketika mengandung. Pemakanan ini perlu dikawal dengan rapi dan tidak boleh diambil berlebihan kerana dikhuatiri akan berlaku penyakit kencing manis dan darah tinggi. Sebaliknya makanan waktu hamil hendaklah mengandungi bahan atau zat protein, vitamin dan zat logam seperti besi yang terdapat dalam daging, ayam, sayur-sayuran dan bijian kacang.
- Lakukan senaman aerobik sederhana (contoh berjalan kaki cergas) selama 30 minit sekurang-kurangnya tiga hingga empat kali seminggu atau, jika boleh, setiap hari.
- Mengamalkan pemakanan sihat
Berminat?
Hubungi saya di hanisamin@gmail.com atau SMS ke 010-4289601 (Hanis) untuk konsultasi mahupun maklumat lanjut.
Assalamualaikum…
Tahukah anda, di Amerika Syarikat ada program khas tentang penggunakan supplemen Omega-3 untuk ibu hamil yang bertajuk “Omega-3 for Baby and Me”. Program tersebut bertujuan untuk meningkatkan kesedaran pada ibu bahawa DHA sangat penting untuk ibu hamil. DHA bukan sahaja penting untuk pertumbuhan dan perkembangan bayi yang dikandung, malah dapat menurunkan risiko kelahiran premature dan bayi berat lahir rendah(BBLR).
DHA atau nama saintifiknya, Docosahexaenoic, adalah sejenis asid lemak omega-3 poli tak tepu yang berantai panjang, dijumpai dalam setiap sel dalam badan. DHA adalah penting untuk perkembangan dan kefungsian otak, mata dan sistem saraf pusat. Semasa mengandung, janin yang sedang membesar bergantung kepada ibunya untuk mendapat DHA yang diperlukan. Ini kerana DHA diperolehi daripada makanan yang dimakan, maka kandungan DHA dalam diet seseorang ibu menentukan sebanyak mana DHA yang dapat disalurkan kepada janin.
Penelitian manfaat Omega-3 untuk ibu hamil dan ibu menyusu:
- Dalam buku Omega-3 Oils, A Practical Guide , 1996 karangan Donald Rudin, MD dan Clara Felix disebutkan bahawa Omega-3 berperanan penting dalam perkembangan sistem imun, yang terbentuk selama masa kehamilan dan bulan-bulan pertama selepas kelahiran. Jika seorang wanita hamil kurang mengambil Omega-3, anaknya boleh menderita gangguan fizikal dan mental kerana kurangnya sistem kekebalan tubuh.
- Asid lemak esensial Omega-3 juta mempunyai peranan yang sangat penting pada perkembangan otak janin. Pada tahun 1968, seorang saintis Sweden, Lars Svennerholm mendapati DHA (dari Omega-3) adalah majoriti asid lemak tepu yang terdapat di dalam otak dan merupakan bahan baku penyusun sel otak. Dia juga menyimpulkan bahawa perkembangan sel otak janin sangat bergantung kepada jumlah Omega-3 yang berasal dari ibunya, kerana janin belum dapat mengubah asid lemak dalam tubuhnya sendiri.
- Sebuah suruhanjaya ahli yang dipimpin oleh Berthold Koletzko, MD ., Rumah Sakit Anak Dr. Von Hauner, Universiti Munich menyatakan bahawa wanita hamil dan menyusui perlu mengambil sekurang-kurangnya 200-300 mg DHA satu hari. Mereka mendapati wanita dengan pengambilan Omega-3 DHA lebih tinggi mempunyai kehamilan lebih sihat, dengan berat bayi lahir yang lebih tinggi dan kehamilan tidak cukup bulan yang lebih sedikit. Pengambilan DHA juga dihubungkan dengan peningkatan kecerdasan kanak-kanak dan perkembangan mata.
- University of Western Australia meneliti 98 wanita hamil yang mengambil 4 gr tambahan Omega-3 dari ikan atau 4 gr olive oil (minyak zaitun) sehari selama 20 minggu kehamilan hingga bayi lahir. Setelah anak yang lahir berusia 2 tahun, ujian dilakukan untuk melihat kadar pertumbuhannya. Anak-anak yang ibunya mengambil suplemen Omega-3 juga mempunyai nilai yang lebih tinggi pada koordinasi mata dan tangan, kemampuan berbicara, lamanya waktu berbicara, dan jumlah kosa kata yang mereka miliki berbanding dengan kanak-kanak yang ibunya mengambil Olive Oil. Profesor Susan Prescott yang memimpin kajian tersebut menyebutkan tambahan Omega-3 yang diambil terus menerus selama kehamilan bukan sahaja selamat, tapi juga sangat diperlukan bagi bayi dan ibu di kemudian hari.
- Para pakar dari National Institute of Health dan International Society for the Study of Fatty Acids and Lipids (NIH/ASSFAL) mengesyorkan pengambilan sebanyak 300mg DHA setiap hari bagi ibu mengandung dan menyusu.
Ia mengandungi :
Total Omega-3 Fatty Acids – 330mg
EPA – 180mg
DHA – 120mg
Kandungan ini untuk setiap kapsul. Sikitnya kandungan DHA? Ya, sebab itu ia boleh diambil 2-3 tablet sehari. Mungkin juga kita ada ambil sumber DHA dari ikan dan lain-lain, jadi boleh kurangkan pengambilannya. Yang lebih penting Omega Guard Shaklee, adalah daripada ikan dan bukan hati ikan(spt Cod Liver Oil) dan dibuat tapisan 2 kali atau lebih untuk membuang bahan-bahan merbahaya.
Menurut kajian terbaru, kanak-kanak berusia satu tahun hingga dua tahun memerlukan sebanyak 100 miligram (mg) hingga 120 mg DHA setiap hari dan 100-150 mg bagi kanak-kanak berusia dua tahun hingga empat tahun serta 150-200 mg bagi usia empat tahun hingga enam tahun. (sumber)
Sebab itu, OmegaGuard Shaklee sesuai diambil oleh kanak-kanak seawal usia 1 tahun. Memang cukup untuk keperluan mereka. Jadi, satu botol boleh kongsi antara ibu dan anak. Jimatkan??
sumber lain :
Berminat?
Hubungi saya di hanisamin@gmail.com atau SMS ke 010-4289601 (Hanis) untuk konsultasi mahupun maklumat lanjut.
Assalamualaikum…
Ramai ibu-ibu yang hamil trimester pertama, dan dalam masa yang sama mengalami masalah hb rendah (low hb) akan bertanyakan pada kami, apakah vitamin yang sesuai.
Mudah sahaja.
Jawapannya ialah Vita-Lea Iron Formula. Multivitamin Shaklee yang lengkap dengan zat besi yang salah satu fungsi utamanya ialah mengangkut dan mendistribusikan oksigen di dalam darah ke seluruh tubuh badan. Maka, individu yang mengalami anemia, amat sesuai untuk mendapatkan Vita-Lea Iron Formula ini.
Owh, ini BUKAN UBAT. Ia hanyalah makanan tambahan/ suplemen.
Testimoni terkini dari ibu yang mempunyai masalah low hb sewaktu mengandung.
p/s – nantikan promosi Vita-lea Iron Formula dari kami…
Berminat?
Hubungi saya di hanisamin@gmail.com atau SMS ke 010-4289601 (Hanis) untuk konsultasi mahupun maklumat lanjut.
Assalamualaikum…
Apakah asid folik?
Asid folik adalah salah satu vitamin kumpulan B. Ia wujud secara semulajadi sebagai folat dalam kekacang, sayuran hijau, beberapa buah, dan juga yis and ekstrak daging lembu.
Kenapakah saya perlukan asid folik?
Asid folik menolong mencegah kecacatan tiub saraf seperti spina bifida. Spina bifida terjadi apabila pelindung yang menutupi korda spina bayi tidak menutup dengan sempurna. Ini boleh menyebabkan kerosakan saraf kekal.
Pada 12 minggu yang pertama dalam kehamilan anda, otak dan sistem saraf bayi anda sedang membentuk dan berkembang pesat. Oleh sebab itu, adalah sangat penting untuk mengambil folik asid setiap hari pada masa itu.
Dalam trimester kedua, iaitu dari minggu ke-13 kehamilan anda, anda boleh menghentikan asid folik. Namun begitu, jika anda mengambil asid folik sepanjang kehamilan anda, ia tidak akan menjejaskan kesihatan anda atau bayi anda.
Berapakah jumlah asid folik yang saya perlukan?
Sebelum anda hamil, anda dinasihatkan supaya mengambil 400 mikrogram (mcg) asid folik setiap hari. Kemudian, teruskan mengambilnya untuk 12 minggu yang pertama kehamilan. Adalah baik jika anda makan makanan yang kaya dengan folat.
Wanita yang telah mempunyai seorang anak dengan kecacatan tiub saraf mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk mendapat seorang lagi anak dengan kecacatan yang sama. Dalam kes ini, doktor akan mempreskripsikan dos asid folik yang lebih tinggi.
Jika anda mengambil ubat-ubatan tertentu, seperti yang dipreskripsi untuk mengawal epilepsi, doktor anda mungkin mempreskripsikan dos asid folik yang lebih tinggi. Ini kerana ubat-ubatan itu menghalang keupayaan badan anda menyerap asid folik.
Apakah sumber makanan yang terbaik?
Makanan yang kaya folat adalah sangat baik bagi anda dan bayi anda. Makanan ini juga kaya dengan pelbagai khasiat yang diperlukan oleh anda berdua. Berikut adalah makanan kaya folat:
Makanan berikut mengandungi 100–200 mikrogram folat bagi setiap hidangan:
- bayam, 1 cawan;
- kacang bendi, setengah cawan;
- asparagus, setengah cawan;
- lentil, setengah cawan;
- hati, 1 keping;
- 11 kubis brussels;
- kacang black-eyed beans, 4 sudu makan;
- emping bran, 7 sudu makan;
- germa gandum, 25g / 1 aun;
- betik sederhana besar.
Makanan berikut mengandungi 50–100 mikrogram folat bagi setiap hidangan:
- brokoli kukus, 2 pucuk;
- buah oren saiz besar;
- nasi putih, setengah cawan;
- oat, setengah cawan;
- kacang merah, setengah cawan;
- jagung saiz besar, 1;
- biji bunga matahari, 1 aun.
Sumber lain yang mudah didapati termasuklah telur rebus bersaiz besar, ikan salmon dalam tin dan ubi kentang tidak dibuang kulit.
Sila maklum: Asid folik dalam makanan akan dimusnahkan jika ia terlebih masak, jadi masaklah dalam kuali bertutup dengan jumlah air mendidih yang minima. Cuba makan sayur-sayuran yang dicelur atau dimasak menggunakan ketuhar gelombang mikro atau mentah.
Bagi yang mahu mencuba set kehamilan SHAKLEE, kami ada menyediakan 2 jenis set iaitu :
SET 1- utk 1st trimester
- Multivitamin (LENGKAP DGN IRON & ACID FOLIC)
- B complex (LENGKAP DENGAN ACID FOLIC)
- vitamin C
- Ostematrix (calcium)
SET 2 – utk 2nd & 3rd trimester
- Multivitamin (LENGKAP DGN IRON & ACID FOLIC) ,
- B complex (LENGKAP DENGAN ACID FOLIC),
- vitamin C
- Ostematrix (calcium)
- OMEGA GUARD (MINYAK IKAN, DHA)
Cukupkah keperluan asid folik dalam set kehamilan ini? Jawapannya YA. Kerana kandungan folate (dalam bentuk asid folik) di dalam Vitalea ialah 200 mcg dan di dalam B Complex ialah 200 mcg. Nah! Lengkap kan? Anda juga mendapat vitamin C yang membantu penyerapan iron (dalam Vitalea), yang membantu untuk menyeimbangkan Hb anda. Kehadiran kalsium dan DHA yang juga amat penting sepanjang tempoh kehamilan.
sumber : babycenter, supermom
Assalamualaikum…
Apabila anda merancang atau bersedia untuk mengandung, adalah dinasihatkan untuk mengambil asid folik 3 bulan sebelum mengandung, untuk mengelakkan spina bifida dan juga birth defetcs kepada bayi yang bakal dilahirkan. Sekurang-kurangnya 400 mcg asid folik diperlukan oleh badan si ibu.
Sebelum ini saya pernah kongsikan, bahawa B-Complex Shaklee sahaja sudah mencukupi kerana ia juga turut lengkap dengan 8 kumpulan B, termasuklah asid folik. Namun, ada yang bertanya, cukupkah sebiji B-Complex Shaklee tersebut, kerana kandungan asid folik nya hanyalah 200 mcg.
Jadi, bagaimanakah untuk mendapatkan 400mcg Asid Folik daripada Shaklee B-Complex, sebagai persediaan untuk mengandung?
Jawapannya, untuk ibu mengandung, kami mencadangkan vitamin di bawah ini (bukan B-Complex sahaja):
- Vita-Lea Iron Formula (Shaklee MultiVitamin)
- Shaklee B-Complex
- Shaklee Vitamin-C
- Shaklee OsteMatrix (Shaklee Cal-Mag)
- Energizing Soy Protein (ESP)
Di dalam sebiji Shaklee Vita-Lea, turut terdapat 200mcg folic acid.
Maka, jika kita buat pengiraan,
200mcg folic acid dari Shaklee B-Complex + 200mcg folic acid dari Shaklee Vita-Lea = 400mcg folic acid.
Insya Allah, mencukupi. (^_-)
sumber : GenkiMomma
* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.
Hubungi saya di hanisamin@gmail.com atau SMS ke 010-4289601 (Hanis) untuk konsultasi mahupun maklumat lanjut.
Assalamualaikum
Vitamin Shaklee Bagi Ibu Mengandung:
Supplements yang penting sepanjang mengandungkan bayi ialah:
- Vita-Lea Iron Formula (Shaklee Multi Vitamin)
- B-Complex (Lengkap dengan 8 kumpulan B, termasuk Asid Folik)
- Vitamin-C (kandungan vit C bagi setiap biji ialah 500mg)
- OsteMatrix (Shaklee Calcium-Magnesium)
Apabila kandungan anda, sudah masuk trimester kedua, terutama selepas masuk 5-6 bulan, boleh tambah dengan,
- OmegaGuard
Supplements lain yang mungkin anda boleh amalkan terutama jika selalu lemah dan tidak bertenaga ialah,
- Energizing Soy Protein
Set Untuk Ibu Mengandung:
(1) Set J1 (untuk 1st trimester)
- B Complex
- Vitamin C
- Vita-lea Iron Formula (a.k.a multivitamin)
- OsteMatrix (Shaklee Cal-Mag)
(2) Set J2 (untuk 2nd & 3rd trimester)
- B Complex
- Vitamin C
- Vita-lea Iron Formula (a.k.a multivitamin)
- OsteMatrix (Shaklee Cal-Mag)
- OmegaGuard
Owh ya, bila dah ambil set ini, hentikan dahulu apa jua supplements lain yang anda sedang ambil ya. Ataupun jarakkan masa pengambilannya untuk sejam dua.
Berminat?
Hubungi saya di hanisamin@gmail.com atau SMS ke 010-4289601 (Hanis) untuk konsultasi mahupun maklumat lanjut.



GLA Complex Shaklee merupakan kombinasi minyak borage yang mengandungi asid gamma linolenik (GLA), asid linolenik (LA), minyak bunga matahari dan vitamin E. 














