Testi Berpantang
Assalamualaikum..
Alhamdulillah, dah ramai yang mencuba Shaklee dan berpuas hati dengannya. Shaklee lengkap boleh digunakan untuk kegunaan dari ibu hamil sehinggalah meenyusukan. Oh, bukan itu sahaja, malah turut sesuai untuk seisi keluarga sama ada kanak2 mahupun orang dewasa. Jom kita baca komen ibu2 ini..
Mudahkan, boleh teruskan ambil vitamin sampai bila-bila.
Berminat?
Hubungi saya di hanisamin@gmail.com atau SMS ke 010-4289601 (Hanis) untuk konsultasi mahupun maklumat lanjut.
Assalamualaikum…
Siapa yang tak kenal celebrity blogger yang juga model dan pelajar, Hanis Zalikha. Jangan tak tahu ibu beliau juga seorang model (tahun 80-an) dan masih anggun hingga kini. Aunty Nani Rostam banyak mengamalkan petua kecantikan.
Antaranya ialah PETUA SELEPAS BERSALIN ini:
(1) Balik sahaja dari hospital, minta suami cari daun sirih, buah manjakani dan rebus kedua-duanya sebanyak 7 helai daun sirih dan 7 biji manjakani. Reneh di dalam periuk tanah sehingga tinggal 2 cawan. 1 cawan diminum berama air kisaran kunyit. 1 cawan lagi di buat basuh bahagian pintu rahim. Kalau mahu cepat pulih, (mak mentua saya berpesan) suruh suami gosokkan buah manjakani di belakang batu lesung dan sapukan manjakani itu pada jahitan pintu rahim yang di gunting sewaktu melahirkan. Mak mentua saya tekankan lagi, suruh suami buat, supaya dia tak akan cari perempuan lain dan setia sampai bila-bila.
(2) Kemudian, kalau boleh cari bengkung perut dari kain yang panjang berjela dan ikat lipan iaitu bersilang-silang supaya perut boleh dibentuk menjadi ramping. Sapukan kapur sireh bercampur minyak kayu putih pada perut sebelum memakai bengkung. Kalau mahu ikatan kemas dan ketat, boleh memakai sambil berbaring.
(3) Makan makanan yang berkhasiat seperti ikan, daging ,sayur sawi, brokoli. Lobak putih dan daun turi juga bagus untuk menambah susu badan. Elakkan makan sayur-sayuran yang sejuk dan banyak angin seperti bayam, kobis dan sebagainya.
(4) Jangan terlepas waktu makan. Makan tepat pada waktunya. Pastikan kita makan dan minum tidak bertambah. Maksud saya makan hanya satu pinggan nasi dan minum segelas air. Jangan sekali-kali tambah.
(5) Bagi yang melahirkan anak pertama, anda boleh cuba makan semua jenis ikan atau sayur. Di situ baru kita tahu ikan mana yang kita makan akan menyebabkan terasa gatal.Sebab setiap individu ada alahan pada makanan yang berbeza. Misalnya saya pantang tak boleh makan ikan kembung, rasa gatal, tetapi kawan saya ok pulak. Jadi anda kena tahu mana makanan yang anda boleh ambil dan yang mana tidak.Jadi bila pantang anak seterusnya anda sudah dapat mendisplinkan diri anda.
(6) Ketika dalam pantang anda kena sentiasa jaga langkah anda dan jangan banyak berjalan kerana dikhuatiri kaki tersandung sesuatu dan menyebabkan darah turun lebih banyak dan akan terasa sakit di bahagian peranakan.
(7) Selain itu dapatkan food supplement yang terbaik seperti produk shaklee yang terdiri daripada vitamin e, zinc, vitamin c, b kompleks, multivitamin, susu protein dan alfafa yang baik untuk penyembuhan dan membina sel baru…..
http://1.bp.blogspot.com/_CQw5z9YY5SI/TOemS0wcYKI/AAAAAAAABz0/UhVtt84cXzs/s1600/IMG_0497.JPG
Botol Shaklee di sebelah peti ais rumah Nani Rostam
(8) Amalkan senaman ringan memanas badan sebelum anda mandi dalam masa 10 minit sehari agak memadai agar badan rasa ringan dan segar.
(9) Pantang anda akan terganggu sekiranya anak mendapat jaundice. Jadi bagi mengelakkannya, pastikan semua barangan bayi tidak terdapat walau sedikitpun warna kuning. Sekiranya dia masih terkena jaundice juga anda cari akar kayu di kedai ubat cina untuk merawat jaundice dengan merebus akar kayu tersebut dan airnya digunakan untuk memandikan bayi anda. Bayi boleh juga di jemur di bawah cahaya matahari pagi sebelum jam 8.30am. Sekiranya masih berlarutan bawa berjumpa doktor.
(10) Kalau anda boleh bertahan berpantang selama 40 hari tanpa menjejakkan kaki ke tanah dengan mengamalkan apa yang pernah saya amalkan itu, Insya Allah, badan akan sentiasa cergas dan awet muda. Begitulah saya mengamalkannya selama 7 kali beranak.
*Source: Nani Rostam & GenkiMomma
Aha, jangan tak tahu Aunty Nani Rostam juga mengamalkan vitamin Shaklee tau!
Nak cantik macam Aunty Nani Rostam?
Jom amalkan pengambilan makanan tambahan dari sumber semulajadi. Semestinya Shaklee!
Berminat?
Hubungi saya di hanisamin@gmail.com atau SMS ke 010-4289601 (Hanis) untuk konsultasi mahupun maklumat lanjut.
Assalamualaikum..
Alhamdulillah, saya belum pernah merasakan pengalaman bersalin melalui c-zer tetapi melalui pengalaman dan perkongsian ramai, penjagaan semasa berpantang untuk mereka yang bersalin secara czer memang sedikit sukar.
Walau bagaimanapun, dengan pengambilan vitamin Shaklee insyaAllah membantu anda melalui proses berpantang dengan lebih mudah. Jom kita ikuti pengalaman kawan-kawan..
Berminat?
Hubungi saya di hanisamin@gmail.com atau SMS ke 010-4289601 (Hanis) untuk konsultasi mahupun maklumat lanjut.
Assalamualaikum…
Sekarang ni dah ramai ibu-ibu yang mengambil vitamin untuk set berpantang. Pengambilan vitamin bukan sahaja membantu menyegar dan menyihatkan ibu malah memberi kesan positif kepada penyusuan susu ibu. Jom, saya kongsikan pengalaman Kak N
——-
Masih teringat kenangan melahirkan 2 anak lelaki saya…walaupun kedua duanya melalui pembedahan [ceaserean] namun saya melalui pengalaman yang berbeza di mana anak sulung kelahirannya adalah bayi pra matang 34-35 weeks namun dengan berat normal dan keadaan saya tidak sedar manakala anak kedua diberi suntikan separa sedar dengan umur yang matang.
Sejak mengandung lagi saya dah set mind saya hanya akan makan vitamin sahaja dalam berpantang. Walaupun banyak juga set bersalin yang ada dalam pasaran namun tiada satu pun yang dapat mencuri perhatian saya. Saya lebih banyak habiskan masa masa mengandung membaca perihal dan kepentingan vitamin ditambah lagi saya nekad nak menyusukan anak-anak saya. Saya taknak kerana saya makan jamu , anak saya tidak dapat menyusu dengan sebaiknya.
Apa yang saya fikirkan pada peringkat awal ialah vitamin membantu membanyakkan susu saya. Masakan tidak? sehingga anak saya umur 2 tahun , payudara saya akan bengkak seolah-olah saya masih di dalam pantang dan pernah ditegur oleh babysitter berapa meriahnya susu anak saya.
Memang saya rasa beza apabila saya tak makan vitamin. Mungkin sebab pemakanan saya seharian tidak seimbang ditambah tidur yang tidak pernah lengkap 8 jam sehari membuatkan saya mudah keletihan. Maka pengambilan vitamin membuatkan saya rasa sangat berbeza.
Saya jadikan alfalfa dan ESP sebagai booster terbaik saya. Bila mood down atau susu mula rasa tidak meriah, saya amalkan pengambilan alfalfa dan ESP dengan optimum. Memang beza sebab lepas tu susu akan meningkat dengan kadar yang tidak terlalu lama berbanding saya tak makan vitamin.
Saya mula nampak kesan vitamin apabila anak2 saya perlukan suntikan imunisasi , doktor pasti bertanya adakah saya beri anak saya makan kerana perkembangan dua dua anak saya membuatkan doktor sendiri kagum. Masakah tidak bermula dengan si abang, dengan graf pembesaran yang hebat ditambah si adik mempunyai graf perkembangan yang hampir sama dengan si abang. Apabila saya memberitahu saya hanya berikan susu badan, maka doktor terus mengatakan tahniah sebab anak2 saya membesar dengan sihat dan susu saya mencukupi untuk si manja kami. Pengambilan zat besi yang mencukupi membantu pembesaran anak dengan sangat hebat.
Namun masa mematangkan saya. Hakikatnya vitamin tak bantu banyakkan susu. Susu saya banyak sebab dengan makan vitamin, badan saya sihat dan cergas. Maka saya dapat kerap susukan anak saya. Dari situ susu saya bertambah banyak kerana anak saya kerap menyusu. Susu saya beri kesan pada perkembangan dan pertumbuhan anak-anak saya. Gigi mereka juga tumbuh seawal 6-8 bulan memandangkan pengambilan kalsium yang mencukupi dan disalurkan melalui susuibu tadi.
Memang ada sesetengah orang merasakan tidak perlu amik vitamin. Tapi secara jujur, saya amalkan sebab saya tahu kekangan pengambilan makanan seharian saya yang tidak lengkap dan tidak dapat memenuhi piramid makanan. Anak saya membesar dengan baik dengan susuibu. Saya tak perlu risau jika mereka demam atau selsema, kerana saya menjadikan vitamin itu ubat kepada penyakit anak saya. Saya akan amalkan pengambilan vitamin C dengan tambahan lebih dari dos harian biasa apabila anak saya tidak sihat.
Ramai juga yang dah melalui berpantang dengan vitamin dan mereka mengakui perbezaan ketara dengan pengalaman bersalin sebelum ini. Ternyata badan kita perlukan vitamin untuk proses penyembuhan. Itulah yang saya setkan dalam minda saya dari anak pertama lagi.
Walaupun melahirkan secara ceaserean saya dapat bergerak aktif seperti orang beranak normal. Paling buat saya gembira bila Doktor pakar yang menyambut kelahiran Nasa memuji cantuman jahitan semasa melahirkan anak sulung Addin, sangat kemas dan elok. Berasa sangat lega dan berbaloi berpantang dengan vitamin.
Hakikatnya berpantang dengan vitamin bukan sahaja mempercepatkan baiknya proses luka sebab kelahiran tetapi bayi juga mendapat manfaat yang sama atas apa yang ibu amalkan. Memang benar susuibu adalah yang terbaik dan sangat berkhasiat namun ianya balik pada apa yang kita makan. Jika elok yang kita makan, maka eloklah yang kita salurkan pada anak melalui susuibu tadi.
Sekiranya anda masih mencari-cari set bersalin, apa kata kelahiran kali ini, amalkan pengambilan vitamin ditambah jika punya niat nak menyusukan anak dengan sebaiknya?
Hakikatnya badan kita perlukan vitamin yang secukupnya untuk digunakan dalam proses pemulihan selepas melahirkan anak. Rahim kita akan mengecut dan kembali pada bentuk asal apabila kita menyusukan anak secara esklusif 6 bulan yang pertama. Badan kita akan merasa ‘warm’ bila kita amalkan vitamin dan ianya selamat untuk bayi. Paling penting, selamat untuk bayi.
Namun perlu tahu vitamin apa yang boleh diambil sebelum bersalin, sejurus selepas bersalin ataupun perlu amik selepas beberapa minggu selepas bersalin.
Berminat?
Hubungi saya di hanisamin@gmail.com atau SMS ke 010-4289601 (Hanis) untuk konsultasi mahupun maklumat lanjut.



GLA Complex Shaklee merupakan kombinasi minyak borage yang mengandungi asid gamma linolenik (GLA), asid linolenik (LA), minyak bunga matahari dan vitamin E. 



















