Best selling!!
Dapatkan info terkini segera..
Cadangan Set Kesihatan
Berikut adalah cadangan set kesihatan. Walau bagaimanapun, ia hanyalah cadangan dan boleh diubah mengikut keserasian. Hubungi kami untuk FREE consultation!

Anti-Aging
Vivix

Anti-Oxidants
CarotoMax, Vitamin-C, Vitamin-E & Vivix.

Athma, Sinus (Resdung), Allergy, Hives (Gegata) & Eczema
Alfalfa, B-Complex & Vitamin-C.

BreastFeeding Set
Vita-Lea, B-Complex, Vitamin-C, Alfalfa, Energizing Soy Protein (ESP), OsteMatrix, Omega Guard & Performance Drink.

Children's Health
Chewable Vita-Lea, Chewable Vit-C (100mg), OmegaGuard & Meal Shake.

Confinement Set
Vita-Lea, B-Complex, Vitamin-C, Zinc, Vitamin-E, Energizing Soy Protein (ESP) & Omega Guard.

Diabetes Set
Fiber, GLA Complex, B-Complex & Vitamin-C.

Fertility Set
Alfalfa, GLA Complex, Vita-E, Zinc Complex, B-Complex & Vitamin-C.

Gout Set
Fiber, Performance Drink, OmegaGuard & Alfalfa.

Haji & Umrah
Performance Drink, OsteMatrix, Vita-Lea, B-Complex, Vitamin C & Fiber Unflavored

Immune Booster
NutriFeron

Irregular Period/ Menses
Alfalfa, GLA Complex & OsteMatrix

Men's Health
Vita-Lea, B-Complex, Vitamin-C, Vitamin-E, OsteMatrix, Omega Guard & Performance Drink (for active lifestyle).

Pregnant Moms
Vita-Lea, B-Complex, Vitamin-C, Energizing Soy Protein (ESP), OsteMatrix & Omega Guard.

Skin Care Set
B-Complex, Vitamin-C, Vitamin-E, GLA Complex, Energizing Soy Protein (ESP), OsteMatrix & Vivix.

Students Set (12 years old and above)
Vita-Lea, B-Complex, Vitamin-C, Lecithin & Omega.

Weight Management
Fiber, Lecithin, Cinch Shake Mix & Cinch Energy Tea Mix.

For Individual who can't consume pills or capsules
Meal Shake, Energizing Soy Protein (ESP), Vivix & NutriFeron.
* Setiap testimoni yang tertulis dalam laman web ini adalah pengalaman dari pelanggan sendiri dan hasil dari setiap pelanggan mungkin berbeza antara satu sama lain. Namun ini tidak bermakna vitamin ini boleh mengubat atau menyembuhkan penyakit. Sila konsult dengan pengedar anda untuk lebih lanjut.

PERHATIAN : Konsultasi selepas pembelian produk dan jadual pengambilan adalah khas untuk pelanggan kami sahaja. Sila rujuk pengedar anda untuk jadual pengambilan & kosultasi selepas pembelian. Terima kasih.
PROMOSI BULANAN
ESP - Soy Protein Isolate Powder

Shaklee ESP:
• Menyediakan tenaga berkekalan dan membantu menahan rasa lapar kerana bekalan sumber tenaga yang konsisten.
• Protein soya membantu mengurangkan kolesterol.
• Mengandungi lima vitamin B penting, separuh daripada keperluan kalsium harian, dan soya isoflavones. Kajian menunjukkan yang soya membantu dalam mengawal kestabilan hormon semasa tempoh putus haid.*
• Protein soya bukan-GMO ini dihasilkan di bawah satu Program yang digelar Identity Preservation Program (IPP), di mana kacang soya dipantau dan dijaga dengan teliti dari proses menanam hinggalah saat pemprosesannya.

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Tips

Assalamualaikum..

Mungkin ada yang lebih gemar membeli secara direct di branch. Sambil membeli boleh juga cuci-cuci mata melihat produk-produk lain kan. Jadi, hari ini saya kongsikan tips untuk membeli di branch.

  1. Pergi ke mana-mana branch seperti tertera di Shaklee Branch
  2. Ambil no giliran (sesetengah branch mungkin tiada sistem nombor)
  3. Ambil borang order
  4. Isikan nama dan no ID saya iaitu 837662, Nur Hanis untuk dapatkan harga seperti yang tertera dalam borang order
  5. Tunggu nombor dipanggil dan hantar borang serta buat pembayaran
  6. Ambil resit dan ambil produk

Dan anda boleh pulang. Mudahkan. Jimat kos pos dan kos pemprosesan.

Oh ya, anda masih boleh dapatkan konsultasi dan jadual pengambilan yang betul dari saya sekiranya menggunakan ID saya. Cuma hubungi saya di +60104289601(SMS/WhatsApp), berikan no order, tarikh belian dan jumlah belian. Saya akan semak dulu dalam sistem untuk memastikan anda tidak tersalah guna no ID. Dan saya akan berikan konsultasi berterusan.  big grin

Mudahkan.

 

Waktu perniagaan bagi setiap branch seperti berikut :

Ibu Pejabat Shaklee Malaysia

Shaklee Products (M) Sdn Bhd
A-3A-02, Empire Tower
Empire Subang,
Jalan SS16/1,
47500 Subang Jaya,
Selangor Darul Ehsan

Telefon :603-5622 3188
Fax : 603-5622 3199
E-mel : customerinquiry@shaklee.com.my

Waktu Perniagaan
Isnin hingga Sabtu: 10:00 pagi hingga 7:00 malam

 

Cawangan / Branch Shaklee

Kuala Lumpur
31, Jalan 2A/27A, Section 1,
Wangsa Maju Setapak,
53300 Kuala Lumpur.
Telefon : 603-4142 6442

Waktu Perniagaan
Isnin hingga Jumaat
10:00 a.m. to 7:00 p.m.
Sabtu (Pertama & Ketiga):
10:00 a.m. to 7:00 p.m

Penang
A-2, Jalan Todak 1,
Pusatbandar Seberang Jaya,
13700 Perai.
Telefon : 604-397 4325

Waktu Perniagaan
Isnin hingga Jumaat
10:00 a.m. to 7:00 p.m.
Sabtu (Pertama & Ketiga):
10:00 a.m. to 7:00 p.m

Perak
Ipoh 32, Medan Istana 1,
Bandar Ipoh Raya,
30000 Ipoh.
Telefon: 605-241 8260

Waktu Perniagaan
Isnin hingga Jumaat
10:00 a.m. to 7:00 p.m.
Sabtu (Pertama & Ketiga):
10:00 a.m. to 7:00 p.m

Johor
14, Jalan Molek 1/10,
Taman Molek,
81100 Johor Bahru.
Telefon: 607-352 5188

Waktu Perniagaan
Isnin hingga Jumaat
10:00 a.m. to 7:00 p.m.
Sabtu (Pertama & Ketiga):
10:00 a.m. to 7:00 p.m

Kelantan
319, Section 25,
Bandar Kota Bharu,
Jalan Sultan Yahya Petra,
15200 Kota Bharu.
Telefon: 609-747 8688

Waktu Perniagaan
Ahad hingga Khamis
10:00 a.m. to 7:00 p.m.
Sabtu (Pertama & Ketiga):
10:00 a.m. to 7:00 p.m

Sabah
Lot 4.1, Neutron Point,
Lorong Poin Neutron,
Jalan Lintas Khidmat,
88300 Kota Kinabalu.
Telefon : 6088-393 848

Waktu Perniagaan
Isnin hingga Jumaat
10:00 a.m. to 7:00 p.m.
Sabtu (Pertama & Ketiga):
10:00 a.m. to 7:00 p.m

 

Berminat?
Hubungi saya sekarang!!
Your Shaklee Independent Distributor
Hanis Amin
♥ SMS | WhatssApp : 010-4289601
♥ Shaklee ID : 837662
♥ FB Page : http://www.facebook.com/HanisHealthyLife
♥ Email : hanisamin@gmail.com

Assalamualaikum…

Anda berniat menyusukan anak sehingga 2 tahun, tapi malangnya baru habis pantang susu pun mulai kering?

Dah cuba pelbagai Milk Booster tetapi masih tidak berhasil?

Ketahui rahsianya!!!

Rahsia #1 (Rahsia Utama)

Pastikan pengambilan makanan waktu utama(sarapan, makan tengah hari, makan malam) adalah lengkap dan seimbang. Makanan inilah yang diperlukan oleh ibu untuk menghasilkan susu. Ada ibu-ibu yang sangat takut untuk mengambil makanan berat kerana risau gemuk, maka golongan ini akan kurang makan atau makan sekadarnya. Mereka yang mengambilan makanan harian tanpa mengambil kira zat yang diambil, kemudian mereka mula bertanya, Mengapa berat badan anak saya tidak naik ya??

Rahsia #2

Banyakkan minum air terutama air masak. Ianya tidak boleh dipandang remeh. Susu itu sendiri dalam bentuk cecair maka air sangat penting. Air sangat penting untuk menyahkan segala toksin dalam badan. Maka si ibu yang sihat akan menghasilkan susu yang berkualiti.

Rahsia #3

Pengambilan supplemen atau makanan tambahan sangat penting. Ya, sangat penting! Mengapa?

Kerana ia membantu agar tubuh menjalankan fungsinya dengan baik. Pengambilan supplemen membantu metabolisma badan yang seimbang.

Contohnya : Pengambilan B complex membantu sistem tubuh badan berada dalam keadaan tenang dan rehat. Susu ibu akan lebih mudah terhasil apabila ibu berada dalam keadaan tenang berbanding runsing dan keletihan. B complex juga berfungsi sebagai pemecah gula dalam sistem tubuh maka ia sangat penting untuk memastikan seseorang itu tidak gemuk dan tidak menghidap penyakit kencing manis.

Pengambilan Omega Guard pula membantu agar lemak yang diambil dari pemakanan seharian tidak mendatangkan mudarat. Ia membantu memecahkan lemak dalam tubuh dan sekaligus membantu membekalkan DHA dalam susu ibu.

Rahsia #4

Makan dengan gembira. Pernah dengar situasi seperti ini

“Bila saya minum air longan saya merasakan payudara saya bengkak dan hasil perahan lebih banyak. Seronoknya! Saya yakin dengan minum air logan setiap hari susu saya akan bertambah banyak. “ Maka ibu ini pun kongsikan tips ini dan ibu-ibu yang mengalami masalah susu merudum terus mencari air longan dengan segera. Namun pastinya ada yang merasakan ada perubahan, namun ada juga ibu-ibu yang tidak merasakan perubahan. Mengapa?

Hakikatnya ibu tersebut mendapat hasil yang lumayan kerana mereka menikmati makanan tersebut dengan sangat gembira. Apabila kita makan dengan rasa gembira, maka badan kita akan menghasilkan hormon yang memberikan ketenangan dalam tubuh kita seterusnya melonjakkan penghasilan susu dengan lebih baik.

Rahsia #5

Kerap pam susu secara konsisten. Ada ibu yang bila lihat susu sedikit mula culas dan malas untuk pam susu dan mengharapkan susu tersebut menjadi banyak dengan pelbagai milk booster. Ada ibu yang mula berhenti pam kerana sus keluar hanya 1-2 titik sahaja. Apabila kita teruskan pam dengan konsisten, otak akan menerima signal bahawa lebih banyak susu yang diperlukan, maka lama-kelamaan badan akan menghasilkan susu lebih banyak. Berbanding dengan mereka yang terus berhenti pam, badan akan menerima signal bahawa susu tidak diperlukan lagi. Maka walau sebanyak mana pun milk booster yang diambil, susu tetap tidak kembali banyak.

 

Maka dapat saya simpulkan bahawa pemakanan sangat penting dalam memperbanyakkan susu. Ada ibu yang mengadu dah ambil semua supplemen yang dicadangkan, namun hasil tetap kurang. Bila ditanya pemakanan tengah hari, dijawab saya memang tak makan tengah hari. Bolehkah sebatang tebu menghasilkan sejug air tebu? Walau secanggih mana pun mesin yang digunakan tentunya tidak dapat menghasilkan satu jug air tebu. 

Makanlah dengan penuh gembira tetapi berpada-pada dan jangan lupa untuk pam juga ya. Ada juga ibu bila ditanya jadual pam, menjawab saya tak pam sebab takde susu. tunggu bengkak baru saya pam. Aduhai teman-temanku sayang, bagaimana otak nak memberi arahan pada badan untuk menghasilkan susu kalau tiada permintaan?

Hakikatnya, supplemen sekadar membantu melengkapkan zat-zat yang kurang dalam badan dan memastikan susu ibu berkualiti serta membantu membakar lemak-lemak tepu dalam badan. Saya yakin ibu-ibu menyusu yang mengamalkan supplemen akan mendapati tubuh mereka lebih mudah kembali ke bentuk asal serta mendapat kulit yang cantik. Hanya dengan mengamalkan rahsia-rahsia ini.

Selamat mencuba!

kredit to AnakkuWiraku

Berminat?

Hubungi saya sekarang!!
Your Shaklee Independent Distributor
Hanis Amin
♥ SMS | WhatssApp : 010-4289601
♥ Shaklee ID : 837662
♥ FB Page : http://www.facebook.com/HanisHealthyLife
♥ Email : hanisamin@gmail.com

Assaamualaikum..

Alhamdulillah, Ramadhan hampir tiba. Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan. Dah bersedia dari segi emosi, fizikal, mental, rohani?

Untuk ibu-ibu yang menyusu, risau susu tak cukup di bulan puasa?

Jom tukar ayat dari

“Bulan puasa ni tak boleh makan dan minum sesuka hati. Risau pula kalau susu kurang”

ke

“Bulan Ramadhan ni bulan yang barakah. Walaupun puasa tentu susu banyak”

Sentiasa berfikiran positif ya.

Di bawah ni saya bagi sedikit tips buat ibu-ibu yang menyusu

tips bf

 

Jom perbanyakkan amalan di bulan Ramadhan.

Jom baca tips-tips puasa yang lain

Tips berpuasa tanpa mengganggu pengeluaran susu ibu

Persediaan puasa untuk ibu menyusu

Puasa tidak jejas susu ibu

Susu merundum ketika berpuasa?

Bulan puasa susu mencurah-curah!

Tips menyusukan anak ketika berpuasa

Perancangan awal untuk atasi masalah susu ibu di bulan puasa

dan lain-lain di http://healthy.babykawaiistore.com/category/puasa

Assalamualaikum..

2 hari lepas, saya ada sharekan persediaan penyusuan ketika hamil. Hari ni saya nak sharekan tips dan soal jawab dalam majalah PAMA

S : Kini saya hamil anak kedua. Saya berazam mahu menyusukannya selama yang boleh. Apa panduan untuk saya ikuti sepanjang hamil, awal kelahiran dan selepas tempoh enam bulan melahirkan?

Nadia, Setapak, Kuala Lumpur

J : Penyusuan susu ibu adalah proses yang perlu dipelajari oleh ibu dan bayi juga. Persediaan penyusuan susu ibu yang paling penting ialah mendapatkan sebanyak mungkin ilmu sepanjang kehamilan ini. Berikut adalah panduan yang dapat membantu anda dalam menyusukan bayi.
1. Hadiri kelas persediaan penyusuan susu ibu atau kelas antenatal yang menyentuh tentang isu penyusuan susu ibu secara menyeluruh.
2. Mulakan penyusuan susu ibu sejurus selepas bayi dilahirkan, sebaik-baiknya dalam tempoh 1 jam. Kolostrum yang ada dalam beberapa hari pertama kaya dengan protein dan bahan lain yang dapat menghalang jangkitan kepada bayi.
3. Cuba posisi yang berlainan ketika menyusu. Elakkan bersandar kepada bayi. Sebaliknya, duduk dan halakan bayi ke paras payu dara. Gunakan bantal untuk sokongan. Pastikan juga bayi melekap dengan baik.
4. Menyusu mengikut permintaan berdasarkan isyarat kelaparan bayi (baby’s cues) tanpa sekatan. Perhatikan isyarat itu: Mulut bayi buka tutup (mouthing), rooting, meletakkan tangan di mulut dan menangis. Apa-apa pun, jangan tunggu sehingga dia menangis. Adalah penting untuk bayi disusukan mengikut permintaannya.
5. Pastikan payu dara dikosongkan sebaik mungkin setiap kali sesi penyusuan untuk memastikan proses penghasilan susu berjalan lancar. Lebih kerap payu dara dikosongkan (dengan efektif), lebih banyak susu akan dihasilkan!
6. Dapatkan penilaian teknik penyusuan anda daripada pihak profesional terlatih dalam tempoh 24 jam hingga 48 jam pertama selepas kelahiran. Sebaik-baiknya dapatkan panduan daripada perunding laktasi.
7. Susukan bayi sehingga dia puas. Kandungan lemak dalam susu ibu meningkat sewaktu sesi penghisapan. Biarkan bayi selesaikan penyusuan sebelum menawarkan payu dara yang sebelah lagi.
8. Elakkan puting kosong(pacifier).
9. Menyusu secara eksklusif sepanjang enam bulan pertama. Penyusuan susu ibu ideal untuk pertumbuhan dan perkembangan bayi anda.
10. Jangan beri suplemen (air, air glukos, susu formula, makanan bayi dan lain-lain) kepada bayi.
11. Pemakanan memainkan peranan penting dalam kesejahteraan dan kesihatan ANDA. Apabila anda sihat, bayi pun sihat juga. Diet yang berasaskan empat kumpulan asas adalah disarankan. Walau bagaimanapun, makanan yang anda ambil tidak akan memberi kesan kepada susu tetapi pada tahap kesihatan. Jadi, jaga diri anda.
12. Jika berkerjaya, pastikan anda membuatkan persediaan yang perlu.

sumber : http://pama.karangkraf.com/s-j/persediaan-ketika-hamil-1.14396

Amalkan pemakanan sihat sejak dari hamil, berpantang dan menyusukan.

Kami menyediakan set yang sesuai digunakan sejak dari hamil sehingga menyusukan.

Set Eu-Four Pack Plus

Vita-lea Iron formula : Dilengkapi dengan 12 vitamin, 7 galian dan zat besi. Mempunyai patented Sistem Penyerapan Bioaktif utk memastikan peningkatan penyerapan asid folid kritikal. Membantu meningkatkan Hb ke paras normal semasa hamil bagi ibu yang mempunyai darah rendah.
B complex : lengkap dengan 8 kumpulan B termasuk asid folik yang diperlukan oleh tubuh badan demi membantu tubuh badan bertenaga, otak lebih fokus, emosi lebih stabil. Sangat penting dalam membantu memetabolismekan karbohidrat, lemak & protein, Anti stress ,menukarkan makanan(glukos) kepada tenaga dan membantu ibu2 berfikiran positif sentiasa. Vitamin B juga dapat melahirkan wajah ibu yang cantik berseri dan tidak kusam.
Vitamin C : membantu meningkatkan sistem imunisasi badan. Penambilan bersama Vita-lea Iron Formula meningkatkan kadar penyerapan iron dalam tubuh
Ostematrix : kandungan kalsium yang mencukupi di dalam diet anda, lebih-lebih lagi semasa tempoh kehamilan akan dapat memastikan bayi yang bakal dilahirkan mempunyai tulang dan gigi yang sihat tanpa menggugat kandungan kalsiaum yang sedia ada di dalam tubuh anda. Kalsium juga membantu untuk menghalang kekejangan otot yang dialami dalam tempoh kehamilan dan kontraksi yang berlaku disaat melahirkan.
Pengambilan Kalsium turut membantu dalam pelawasan dan juga penyusuan susu ibu. Jika perasan ada sesetengah ibu yang apabila melalui menstrual (period) susunya akan merundum…ini disebabkan kekurangan kalsium yang kritikal di saat badan mengeluarkan darah kotor yang perlu disingkirkan.

ESP @ Energizing Soy Protein :
Kompisis vitamin utama dalam susu ibu ialah protein. Protein adalah makanan sel. Sel tak kenal nasi lemak, air soya atau tempe tetapi sel hanya perlukan protein iaitu khasiat dari makanan yang diambil. Protein berfungsi mengekalkan pertumbuhan normal dan pemeliharaan tisu. Mengawal atur keseimbangan bendalir dalam badan.Pembinaan hormon, enzim dan antibodi memerlukan protein. Selain itu protein dikatakan membantu mengawal keseimbangan asid bes untuk mengangkut nutrien dan sumber tenaga.

Protein sangat sensitif. Ianya wujud pada suhu badan kita dan mudah terhapus pada suhu yang tinggi. So apabila kita memasak sumber protein seperti ikan goreng pada suhu yang tinggi, hakikatnya banyak protein yang telah musnah semasa proses memasak itu sendiri.

Semoga berjaya!!

 

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.

 

Berminat?

 

Hubungi saya di hanisamin@gmail.com atau SMS ke 010-4289601 (Hanis) untuk konsultasi mahupun maklumat lanjut.

 

Assalamualaikum…

Ramai ibu yang bercita-cita ingin menyusukan bayi namun kurang persediaan dari segi fizikal, emosi dan ilmu. Sebaiknya persiapkan diri sejak dari mengandung. Tapi INGAT! Kita perlu bersedia bukan mengadakan susu lagi ya.

 

Jom kita lihat apa yang perlu dipersiapkan :

PERSEDIAAN ILMU

  1. Cari sebanyak mungkin ilmu tentang penyusuan. Paling penting faham konsep asas penyusuan iaitu semakin kerap payudara dikosongkan semakin banyak susu yang akan terhasil.
  2. Fahami konsep bahawa diawal kelahiran hanya kolostrum yang akan terhasil dan selepas itu, susu akan meningkat sedikit demi sedikit. Bukan terus tiba-tiba jadi banyak ya. Teruskan kekerapan menyusu.
  3. Hadiri kelas penyusuan susu ibu supaya boleh mendapat pelbagai info lengkap dan boleh bertanya secara direct.
  4. Ketahui masalah-masalah penyusuan pada awal kelahiran dan cara mengatasinya.
    - Masalah puting pendek – Sama ada pendek atau panjang puting sepatutnya tidak menjadi masalah kerana puting serta bahagian areola perlu masuk dalam mulut bayi ketika proses penyusuan. Ini adalah sama seperti masalah puting tenggelam.
    - Susu tidak keluar – Sentiasa yakin dan percaya bahawa susu itu ada, satu jam pertama kelahiran bayi adalah paling penting. Letakkan bayi pada payudara dan susukan sekerap mungkin. Rangsangan dari bayi penting untuk memastikan susu keluar. Jangan risau susu anda terlalu sedikit untuk bayi kerana pada awal kelahiran perut bayi adalah dikatakan hanya sebesar kacang, ia tidak memerlukan susu yang banyak untuk mengenyangkannya.
    - Ketahui posisi yang sesuai untuk menyusukan sekiranya terpaksa bersalin dengan kaedah csect. Dapatkan bantal khas untuk menyusukan bayi sekiranya mempunyai lebihan budget. Bagaimana pun, bantal yang biasa juga sudah memadai.
    - Puting sakit ketika menyusukan bayi – Sekiranya anda terasa sakit ketika menyusukan bayi, ia bermakna posisi penyusuan dan teknik pelekapan adalah salah kerana proses menyusukan bayi bukan satu proses yang menyakitkan.  (sumber)
  5. Pilih hospital breastfeeding friendly.
  6. Dapatkan no telefon Peer Counselor (PC) atau Lactation Counselor (LC) supaya mudah berbincang sekiranya ada masalah penyusuan.
  7. Sediakan peralatan untuk penyusuan seperti pam, bekas simpan susu dan lain-lain.

PERSEDIAAN FIZIKAL

  1. Bersihkan puting susu setiap kali mandi. Gunakan tuala bersih dan air suam. Elakkan sabun bahagian puting.
  2. Tarik dan urut puting perlahan2 semasa mandi.
  3. Sapu minyak zaitun pada puting.
  4. Dapatkan tukang urut selepas bersalin yang tahu mengurut payudara untuk melancarkan peredaran darah bagi tujuan penyusuan.
  5. Makan makanan berkhasiat dan bernutrisi sejak hamil sehingga dalam proses penyusuan.
PERSEDIAAN EMOSI
  1. Sentiasa berfikiran positif bahawa susu anda cukup untuk keperluan anak dan anak dapat menyusu dengan baik.
  2. Kongsi keinginan anda untuk menyusu sepenuhnya dengan suami & ahli keluarga.
  3. Sertai komuniti / forum penyusuan susu ibu supaya dapat support dari rakan-rakan lain.
  4. Banyakkan berdoa supaya dipermudahkan perjalanan penyusuan anak anda.
  5. Elakkan membanding-bandingkan jumlah susu perahan kerana setiap anak mempunyai keperluan berbeza mengikut jantina, usia, berat dan lain-lain.
  6. Setkan niat, azam dan tujuan untuk menyusukan bayi.
Selamat menempuh pengalaman penyusuan.
Tak perlu berlumba-lumba nak dapatkan stok susu yang terlalu banyak. Yang penting anda tahu, anak anda cukup keperluan penyusuannya, sihat, mendapat nutrisi sepenuhnya dan dapat meneruskan penyusuan sehingga usia 2 tahun.

Berminat?

 

Hubungi saya di hanisamin@gmail.com atau SMS ke 010-4289601 (Hanis) untuk konsultasi mahupun maklumat lanjut.

Assalamualaikum..

Alhamdulillah, kebelakangan ni ramai yang bertanya tentang produk untuk kesuburan. Pertama sekali suka untuk saya ingatkan untuk kita ketahui punca dulu sebelum ambil keputusan mendapatkan rawatan sebab mungkin produk yang diambil tak berkaitan pun dengan punca masalah. Sekiranya anda sudah berkahwin lebih dari 2 tahun & masih belum mendapatkan zuriat, pertama sekali anda perlu berjumpa doktor untuk check sekiranya anda mempunyai masalah fizikal seperti masalah ovari, rahim terbalik dan sebagainya.

Antara punca-punca lain yang perlu diberi perhatian :

  1. Keletihan – kerap rasa letih dan lesu mungkin menyebabkan badan kurang produktif
  2. Hormon tak stabil, period tak menentu
  3. Masalah keputihan yang serius
  4. Suami seorang perokok
  5. Berat badan berlebihan untuk suami dan isteri
  6. Banyak ambil pemakanan yang kurang sihat seperti fast food, junk food dan minuman bergas. (sumber)
  7. Asyik fikirkan nak anak semasa bersama – Seorang makcik pernah beri nasihat pada saya, kalau kita asyik fikir nak anak je masa bersama, secara tak langsung kita akan stress. Just enjoy the moment dan jangan fikirkan apa2.
Jadi, bila anda tahu punca dan tahu kebaikan produk barulah mudah untuk membantu kan.
Antara supplemen yang dicadangkan untuk membantu kesuburan suami isteri :
Vita-lea - untuk memastikan keperluan 12 vitamin dan 7 galian dipenuhi. Rata2 pengambilan makanan seharian kita tidak dapat memenuhi keperluan ini atas banyak sebab dan kekangan. Dan uniknya Vitalea @ multivitamin shaklee kerana ianya mengandungi iron formula yang sangat penting bagi tubuh. Penting untuk suami isteri yang sibuk bekerja dan kurang menjaga tentang pengambilan makanan.
B Complex – paling penting untuk elak kemurungan (anti-stress) & menstabilkan hormon. Uniknya vitamin b shaklee kerana ianya turut mengandungi Folic acid dan Biotin yang sangat penting untuk pembentukan darah dan kestabilan hormon.
Vitamin C - Bantu proses sintesis hormon-hormon kritikal yang berkaitan dengan seks dan kesuburan seperti androgen, estrogen & progesteron. Suami yang merokok memerlukan lebih vitamin C untuk membantu meningkatkan semula produktiviti.
ESP (Protein) - Protein ialah makanan asas kepada sel. Sel yang sihat akan memudahkan proses yang berkaitan persenyawaan, perlekatan telur dan lain2. Protein juga membantu menyihatkan ovum & sperma
Vitamin E & Selenium - membantu meningkatkan hormon seks baik lelaki mahupun wanita yang juga terkenal sebagai “vitamin seks”. Selain menghaluskan kulit, anti penuaan, melancarkan peredaran pembuluh darah, mencegah pembentukan darah beku, pembentukan sel2 baru (termasuk RNA & DNA) dan lain-lain, ianya juga amat terkenal mempunyai khasiat untuk meningkatkan kelelakian & menyuburkan organ reproduksi lelaki & wanita. Sebanyak 50% Selenium di dalam badan lelaki berada di dalam testikel & duktus seminal. Selain itu, lelaki akan kehilangan selenium melalui air mani. Maka, suplemen Selenium yang cukup sangat membantu hubungan seksual bagi lelaki.

Zinc Complex - Bagi kaum lelaki, zink merupakan zat yang sangat penting bagi proses pembentukkan hormon testosterone, bantu kekalkan jumlah air mani, bantu kekalkan paras testosterone yang bersesuaian, serta memberikan tenaga untuk sperma agar lebih aktif menuju ke ovum. Selain itu, zink berperanan dalam proses pembentukan genetik, iaitu pada DNA (Deoxyribose nucleid Acid). Secara keseluruhannya, Zink membantu mengekalkan keinginan seksual yang tinggi dan menghasilkan sperma yang sihat. Kekurangan Zink bagi lelaki akan mengakibatkan pelbagai masalah seksual termasuk sperma yang abnormal, dan penyakit prostat.

Zink digunakan untuk kesuburan bagi wanita kerana zink akan melindungi sperma dan melawan bakteria dalam vagina.

Alfalfa Complex - Diamalkan oleh wanita, terutama bagi mereka yang rasa “sakit ketika bersama”, membantu atasi masalah keputihan, masalah haid yang tidak teratur atau senggugut/ sakit pinggang yang melampau tatkala di datangi haid (makan alfalfa bersama kalsium), dan turut membantu dalam hubungan suami isteri (bertindak seperti Kacip Fatimah). Ada juga sesetengah sumber yang mengaitkan Alfalfa bantu di dalam masalah PCOS.

GLA Complex - Diamalkan oleh wanita, terutama yang menghadapi masalah haid tidak teratur. Gamma Linolenic Acid (GLA) bantu wanita hasilkan cecair serviks yang subur & berkualiti, yang juga dikenali sebagai ”Mukus serviks putih telur (egg white cervical mucus)”. Cecair serviks jenis ini sangat subur, nipis, berair, cerah & likat, dan sangat2 membantu sperma berenang terus ke uterus, keTiub Fallopio, dan ke telur (ovum). Tambahan, cecair serviks yang sangat subur ini juga akan bantu sperma hidup lebih lama iaitu sehingga 5 hari di dalam Tiub Fallopio, yang mana akan membantu proses persenyawaan walaupun anda tidak melakukan hubungan seksual semasa si isteri sedang subur (waktu ovulasi).
Jadi, buatlah pilihan produk yang bersesuaian dengan diri anda. Sekiranya tidak mempunyai sebarang masalah, saya cadangkan ambil set asas iaitu Vita lea, B complex, Vit C dan ESP sahaja.
Walau bagaimanapun, perlu diingatkan supplemen adalah sebahagian dari usaha sahaja. Sesungguhnya Allah lebih mengetahui kesediaan anda untuk menerima kehadiran orang baru dalam hidup kalian. Banyakkan juga berdoa, berzikir dan lakukan solat hajat & solat taubat. Semoga usaha anda dirahmati Allah.
* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.

Berminat?

Hubungi saya di hanisamin@gmail.com atau SMS ke 010-4289601 (Hanis) untuk konsultasi mahupun maklumat lanjut.

Assalamualaikum…

Kebelakangan ni semakin ramai ingin cuba kurangkan berat badan dengan supplemen Shaklee.

Apa yang anda perlukan?

Basic course : Detox + Fat Emulsifier + Protein

Detox Product : Herb-lax  / Alfalfa

Fat Emulsifier/Pemecah Lemak : Lecithin /OmegaGuard

Protein : Cinch Shake / ESP

Kenapa perlu detox?

Detox penting untuk mengeluarkan toksin berlebihan dalam badan. Mungkin ada yang pernah berdiet tapi tak nampak kesannya. Puncanya mungkin masalah detox. Bila toksin terlampau banyak, badan akan sukar untuk serap nutrient yang diambil samada daripada supplement atau diet harian.

HerbLax TIDAK DIGALAKKAN untuk IBU MENYUSU jika diambil harian. Cara pemakanan perlu diubahsuai untuk BF mommy dalam 2 kali seminggu sahaja. Begitu juga bagi mereka yang jenis mudah lawas.

Diet yang berjaya bukan bermakna “SAYA TURUN BERAT 10KG DALAM SEBULAN”. Itu sebenarnya diet paling tak berjaya. Saya boleh jamin yang orang tu akan rebound balik.

 

Kenapa Lecithin/Omega perlukan Detox Product?

Lecithin/Omega fungsinya semata-mata untuk memecahkan lemak berlebihan dalam badan dan perlukan medium pengangkutan untuk bawa keluar daripada badan. Oleh itu, perlu ambil lecithin/omega dengan combination produk di atas.

Kepentingan Protein?

Protein penting untuk pelihara OTOT dalam badan. Ada orang yang berat badan turun tapi badan flabby ( menggeleber). Orang yang macam ni, yang turun tu bukan berat tapi die kehilangan otot. Otot penting untuk tingkatkan metabolisme badan bagi pembakaran lemak. Sebab tu kalau tengok penerangan tentang Cinch Shake, antara point yang ditekankan adalah pemeliharaan otot semasa diet.

Untuk Ibu menyusu, disarankan pengambilan ESP ( Energizing Soy Protein) daripada Cinch Shake sebab kalori cinch sangat rendah dan dikhuatiri membantutkan pertumbuhan anak-anak.

Jadi, perlukah saya ambil kesemua produk?

TERBAIK adalah ambil semua walau bagaimanapun kami faham yang ada alami masalah bajet. Untuk mereka ini, boleh mulakan samada dengan herb-lax+lecithin atau alfalfa+lecithin atau alfalfa+omega dulu ataupun gabungan HerbLax+lecithin/Omega+Alfalfa. Selepas berat badan mula turun, boleh tambah protein.

Tips diet

(1)   Sila ambil ukuran badan seiring dengan timbang berat badan. Diet ni tak semestinya akan turun berat badan dulu sebab ada individu yang badan shape on dulu baru die turun berat badan.

(2)   Kena konsisten dan jangan ingat boleh turun berat badan dalam sehari..Letak target jangka pendek 3 BULAN.

(3)   Stagnant period = normal untuk long term diet. Cuma continue diet seperti biasa sebab badan sedang shape on semasa stagnant period.

(4)   WAJIB ambil SARAPAN. Kita tidur lebih kurang dalam 6-8 jam dan sepanjang tempoh tu perut jadi berasid. Paling kurang bangun pagi tu, alas dengan segelas air untuk neutralkan asid tu. SARAPAN ni jadi penanda aras untuk tenaga sepanjang hari yea.

(5)   JANGAN SKIP MEAL..Kalau jenis nak mengunyah je, makan banyak kali tapi kuantiti sedikit. Dinner kalau tak mahu makan berat, ambil light meal walaupun sekadar biskut atau buah-buahan. Ini untuk elakkan badan bertukar kepada “starving mood”

(6)   Ambil NASI sekurang-kurangnya sekali sehari. Saya tak setuju dengan diet tanpa nasi sebab badan kita perlukan karbohidrat. Nasi adalah lebih baik daripada roti, mee dan pasta.

(7)   AIR KOSONG. Pengambilan air masak sangat penting. Setiap 25kg badan kita perlu ambil bersamaan 1LITER air.

(8)   Portion plate jaga : Separuh pinggan nasi +1/4 Sayur+1/4 lauk../Kalau lapar, tambah lauk n sayur..Bukan tambah nasi yea..

(9)  Snack between meal tu boleh sahaja tapi ambillah buah-buahan / dried fruits..senang cakap benda berkhasiat la

(10) Ambil buah SEBELUM makan bukan sebagai dessert..

 

Sila dapatkan jadual pengambilan dan konsultasi dengan pengedar anda untuk kesan yang lebih baik. Kami hanya akan memberikan konsultasi dan jadual pengambilan KHAS untuk pelanggan kami sahaja.

 

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.

 

Berminat?

 

Hubungi saya di hanisamin@gmail.com atau SMS ke 010-4289601 (Hanis) untuk konsultasi mahupun maklumat lanjut.

Assalamualaikum..

Ramai yang mengalami masalah susu merudum selepas cuti raya. Apa yang menyebabkan ini berlaku? Biasalah semasa beraya, kadang-kadang anak kita dijaga saudara-mara yang geram melihatkan si kecil sehingga masa minumnya mungkin terlepas. Kita pula seronok beraya sehingga payudara terasa membengkak baru teringat nak menyusukan atau nak pam.

Apabila bayi menyusu, hormo prolaktin dilepaskan dengan lebih banyak. Hormon prolaktin ini menyebabkan susu dihasilkan dengan lebih banyak untuk penyusuan seterusnya. Walau bagaimanapun, setelah beberapa ketika hormon prolaktin ini akan berkurangan kembali dan akan kembali meningkat apabila bayi disusukan.

Jadi lebih kerap bayi disusukan, lebih banyak prolaktin yang akan terhasil dan akan menyebabkan susu bertambah banyak.

Lama-kelamaan hormon prolaktin ini akan berkurangan dan penghasilan susu bergantung pula kepada stimulasi daripada bayi. Susu ibu mengandungi satu protein istimewa yang dipanggil “feedback inhibitor of lactation (FIL) ”. Apabila penyusuan dikerapkan, FIL akan menjadi rendah dan menyebabkan susu bertambah banyak. Apabila penyusuan dikurangkan, FIL akan meningkat dan menyebabkan pengurangan penghasilan susu ibu.

Oleh itu, sangat penting untuk ibu-ibu kerap mengosongkan payudara supaya susu ibu tetap terhasil dengan banyak. Supplemen dan milk booster hanya membantu, sekiranya payudara tidak dikosongkan dengan kerap, pengambilan sebanyak mana supplemen mahupun milk booster tidak berguna.

sumber : http://www.babycenter.com.ph/baby/breastfeeding/makingbreastmilk/

Salam Aidilfitri!

 

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.

 

Berminat?

 

Hubungi saya di hanisamin@gmail.com atau SMS ke 010-4289601 (Hanis) untuk konsultasi mahupun maklumat lanjut.

Assalamualaikum…

Sekarang ramai betul yang berlumba-lumba tunjuk gambar EBM dan hasil perahan di blog mahupun Facebook. Ini menyebabkan ibu-ibu baru dan muda terus beraggapan susu mereka sikit bila dapat pam 1-2 oz sahaja sehari, walhal anak yang dilahirkan belum pun cukup sebulan.

Ibu-ibu, perlu diketahui ya keperluan bayi mengikut usia mereka dan setiap ibu dan bayi berbeza. Yang penting kerapkan penyusuan walaupun rasa susu sikit. Teringat masa Muadz lahir, yelah anak pertama. Walaupun banyak membaca tentang penyusuan, kelahiran dan lain-lain, bila tiba masa mengalaminya sendiri tentu berbeza. Saya tak pandai pegang bayi untuk disusukan. Rasa macam nak jatuh. Muadz pun nampak macam tak selesa je. Lebih-lebih lagi bila kena pegang belah kiri untuk susukan belah kiri.

Tetapi saya tetap tak putus asa, cuba juga suakan dan cuba belajar cara pegang yang betul dan pastikan bayi selesa. Alhamdulillah, lama-kelamaan Muadz terima juga puting saya yang tak berapa sempurna. Jadi keyword di sini, Tak boleh putus asa dan kena sentiasa memperbaiki ilmu penyusuan tau!

Ya, pada awalnya saya terlupa bawa pam ke rumah mak, jadi kami cuma perah pakai tangan. Saya dan suami berusaha bersungguh-sungguh perah untuk bekalan Muadz sepanjang saya mengurut. Sekali pam kadang tak sampai 2oz pun tapi itulah bekalan Muadz sepanjang saya urut dan bertunku. Memang tak berapa cukup, alhamdulillah tukang urut tu kadang berhenti dan beri peluang Muadz menyusu sebelum sambung semula.

Muadz yang tembam @ 6 bulan. 100% susu ibu

Selepas urut 3 hari dan dah ada pam barulah dapat pam dengan selesa. itupun masa muadz tidur petang, setelah kejutkan Muadz banyak kali tak mau bangun juga. Dan saya cuma dapat 2 oz setiap kali pam tapi itupun rasa gembira sangat. Saya lebih pentingkan direct feeding di awal-awal kelahiran. Muadz minum banyak juga, sejam setengah sekali dan sekali feeding dekat setengah jam, kadang2 sampai sejam.

Tak perlu bandingkan dengan hasil orang lain. Just enjoy the moment. 2 minggu sebelum mula kerja baru saya mula mengepam betul2. Saya cuba juga hantar Muadz ke Taska setengah hari dan sehari. Dan cuba atur jadual pam supaya bila bekerja nanti mudah selaraskan masa untuk pam. Dan hasil pam ni semualah yang menjadi stok untuk Muadz sepanjang di taska.

 

Jadi, buat ibu-ibu muda, jangan terus putus semangat dan rasa sedih bila hasil cuma 1-2 oz. Teruskan pam dan direct feeding. Saya sendiri tak perasan bila hasil susu saya mula meningkat sampai sehari boleh dapat 60zx5 botol. Tapi saya akui selepas saya ambil Shaklee memang nampak perubahan. Badan menjadi lebih sihat, tak mudah letih, malah hasil pam pun bertambah. Tapi yang penting asas penyusuan iaitu kerap kosongkan payudara kena terus dilakukan. 

Ada ibu yang bila hasil pam kurang, mula rasa malas mengepam. Jangan begitu! Teruskan pam dan pam walaupun hanya angin yang keluar pada awalnya. Nak kurang susu memang mudah. Bila rasa stress, penat, berfikiran negatif, skip pam, mulalah susu berkurangan. tetapi nak naikkan kembali tu yang susah. Perlukan usaha cekal berterusan dan power pumping. So don’t give up!

 

Happy Breastfeeding!!

 

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.

 

Berminat?

Hubungi saya di hanisamin@gmail.com atau SMS/WhatsApp ke 010-4289601 (Hanis) untuk konsultasi mahupun maklumat lanjut.

Assalamualaikum…

Alhamdulillah, ramai yang dah mula berpuasa di bulan Sya’ban bagi meraikan kehadiran Ramadhan. Tak kurang juga ibu-ibu yang menyusu mula bertungkus-lumus menyediakan stok untuk bulan puasa.

 

Benarkah puasa boleh membuatkan pengeluaran susu berkurang?

Jawapannya TIDAK SAMA SEKALI terutama jika si ibu memastikan perkara berikut dilakukan. Tips mudah ini nampak mudah namun untuk dapatkan hasil pengeluaran yang berterusan si ibu perlu istiqamah.

a. Memastikan ibu minum sekurang-kurangnya 1-2 liter bermula dari jam 8 pm sehingga waktu sahur   [ hari sebelum berpuasa]

b. Memastikan bangun sahur dan mengambil makanan yang membantu ibu bertenaga sepanjang hari. Nasi berlauk, sayuran dan buah , kurma (sebaiknya ikut sunnah 7 biji atau nombor ganjil) dan air glukos jika ada.

c. Ibu tetap mengepam dengan konsisten di pejabat. Elakkan mempunyai sesi perahan yang lama iaitu melebihi 3 jam kerana ini akan menyebabkan hormon prolaktin menurun.

d. Amalkan berbuka dengan makanan yang seimbang, lengkap dengan sayur dan buah. Ibu perlukan makanan yang membantu membekalkan tenaga.

e. Memandangkan adakala kita makan sedikit sahaja ketika berbuka, maka pastikan selepas solat terawih, kita mendapatkan makanan yang seimbang pada ketika moreh.

f. Banyakkan berdoa dan solat sunat sepanjang berpuasa , semoga rezeki anak kita sentiasa melimpah dan dirahmatiNya. Sesungguhnya rezeki ini datang dari ALLAH jua.

Perlukah si ibu mengambil supplement?

Jawapannya, bergantung kepada si ibu sendiri. Tiada paksaan dan ianya bukan satu kewajipan sama sekali.

Jika si ibu mampu melaksanakan perkara yang disarankan di atas dan mendapati tubuhnya tetap bertenaga dan mampu melaksanakan tugas harian dengan baik, maka tidak perlu mengambil supplement.

Ibu yang memerlukan supplement ialah ibu yang mendapati dirinya lemah longlai, tidak bertenaga, mudah moody dan keletihan sehingga tidak dapat melaksanakan tugas sebagai ibu dan isteri di rumah. Namun ada juga golongan yang tetap mengambil supplement walau mempunyai kesihatan fizikal yang baik atas sebab mahukan stamina yang berterusan.

Bagi saya secara peribadi, jika nak amalkan supplement…ia adalah hak individu. Tiada siapa yang lebih memahami diri kita kecuali kita sendiri. Jika kita sihat dan tetap nak amalkan supplement, tidak salah kerana kita memegang pada prinsip dalam tawakal perlu ada usaha. Ia sebagai satu usaha agar badan kita bertahan terutama bagi ibu yang menyusu.

credit to AnakkuWiraku

Jom share 1 testimoni.

Sebaiknya bersahur dengan makanan berat dan berkhasiat ya. Tapi kalau dah tak sempat, InsyaAllah pengambilan Performance Drink dan Energizing Soy Protein dapat membantu untuk bertahan.

p/s- tips yang diberikan istimewa untuk pelanggan Hanis Amin Shaklee Store sahaja.

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.

 

Berminat?

Hubungi saya di hanisamin@gmail.com atau SMS/WhatsApp ke 010-4289601 (Hanis) untuk konsultasi mahupun maklumat lanjut.

Translator
Translator by Yellingnews
Ayat seribu dinar
Ahlan wasahlan…
Assalamualaikum & selamat sejahtera

Selamat datang ke Hanis Healthy Life. Hanis Amin adalah pengedar Shaklee yang sah, yang juga pengguna kepada produk Shaklee.

Untuk sebarang pertanyaan, hubungi kami di
email : hanisamin@gmail.com
sms/WhatsApp : +6010-4289601

Terima kasih.

Hazu Enterprise (SA0175455-W)

Set Istimewa untuk anda!

Breastfeeding Set
(Set Penyusuan)

Testimonial : KLIK SINI

==========================

Confinement Set
(Set Berpantang)

Testimonial : KLIK SINI

==========================

Skin Care Set
(Set Penjagaan Kulit)

Testimonial : KLIK SINI

==========================

Healthy Weight Set
(Set Berat Badan Sihat)

Testimonial : KLIK SINI

==========================

Baby & Children Health
(Kesihatan Bayi & Kanak-kanak)

Informasi


Sertai kami di Facebook!
Ada pertanyaan atau komen?