Best selling!!
Dapatkan info terkini segera..
* Setiap testimoni yang tertulis dalam laman web ini adalah pengalaman dari pelanggan sendiri dan hasil dari setiap pelanggan mungkin berbeza antara satu sama lain. Namun ini tidak bermakna vitamin ini boleh mengubat atau menyembuhkan penyakit. Sila konsult dengan pengedar anda untuk lebih lanjut.

PERHATIAN : Konsultasi selepas pembelian produk dan jadual pengambilan adalah khas untuk pelanggan kami sahaja. Sila rujuk pengedar anda untuk jadual pengambilan & kosultasi selepas pembelian. Terima kasih.
Free Palestine, Pray 4 Syria
Tabung Kecemasan Gaza Aqsa Syarif di sini :
http://on.fb.me/1jlP2li
Akaun Maybank Islamic : 551575-004299
akaun Bank Islam : 1209-20100-34904
email : projects@aqsasyarif.org.my

Tabung Kasih Ummah Syria
Bank Islam Malaysia Berhad
120290 100 63512
(Pertubuhan IKRAM Malaysia)
email : i4syria315@gmail.com

Vitamin B complex

Bagaimana cara kurangkan bengkak gusi semulajadi?

Assalamualaikum..

Jumaat lalu, saya mengalami bengkak gusi di bahagian gusi gigi bongsu. Dah beberapa kali terfikir nak cabut tapi takut. Kali ni, sakit datang lagi. Terfikir-fikir bagaimana cara kurangkan bengkak gusi ni. Teringat sharing mentor saya, Kak Arnie yang menggunakan beberapa supplemen shaklee untuk membantu mengurangkan kesakitan.

Alhamdulillah, 2-3 hari kemudian lega sedikit. Isnin saya nekad untuk pergi check dan cabut gigi. Malangnya doktor kata ada infection dan ada nanah, tak boleh cabut lagi. Jadi, doktor hanya cucikan nanah dan akan hubungi semula untuk cabut gigi.

Bagaimana jangkitan terjadi pada gusi?

Read the rest of this entry »

Assalamualaikum..

Ramai wanita hamil malas untuk mengambil asid folik. Asid folik amat penting untuk ibu yang hamil dan yang bakal untuk hamil.

Bagi ibu yang hamil amat penting untuk pembentukan janin. Manakala bagi yang merancang untuk hamil pula penting untuk pembentukan sel darah merah dan sebagai persediaan untuk hamil.

48018_453854084693431_616281278_n

Kekurangan asid folik

* Kurang pengambilan asid folik ketika hamil menyebabkan terjadinya spina bifida, kecacatan pada tulang belakang yang menjadikannya kelihatan menonjol.

* Ia juga boleh menyebabkan masalah pembentukan tempurung kepala yang tidak sempurna dan bibir sumbing

 

Kami mencadangkan pengambilan supplemen lengkap untuk ibu hamil iaitu

Slide1

ESP - Sumber protein untuk memastikan sel-sel bayi berkembang dengan sihat, mengurangkan rekahan kulit, membantu menghasilkan kulit yang lebih sihat berseri

Vitamin C – Membina saluran darah yang sihat, meransang penyerapan zat besi dan asid folik, membantu penghasilan kolagen untuk membentuk kulit dan tulang bayi, meningkatkan sistem imunisasi

Vita-lea - multivitamin dan multimineral lengkap dengan zat besi untuk mencegah kekurangan nutrisi. Zat besi mencegah anemia dan darah rendah. Mengandungi asid folik yang penting untuk perkembangan bayi.

B Complex – Mengurangkan tekanan (stres), meningkatkan fungsi saraf, mencegah kecacatan tiub neural, mengurangkan risiko kencing manis, mengurangkan risiko pra-matang

Ostematrix – kalisum-magnesium yang turut dilengkapi vitamin D dan mineral lain utk membantu penyerapan kalsium.  Penting untuk bina dan hasilkan tulang yang kuat.

Omega Guard – mengandungi 70% asid lemak omega-3 (EPA & DHA). Penting untuk perkembangan otak bayi dan penglihatan awal bayi.

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.

 

Berminat?
Hubungi saya sekarang!!
Your Shaklee Independent Distributor
Hanis Amin
♥ SMS | WhatssApp : 010-4289601
♥ Shaklee ID : 837662
♥ FB Page : http://www.facebook.com/HanisHealthyLife
♥ Email : hanisamin@gmail.com

Assalamualaikum..

Saya takutlah nak makan B Complex sebab asyik lapar je lepas makan B Complex.

Eh, B Complex ni menggemukkan kan. Takutlah nak makan.

Pernah dengar kata-kata di atas?

Ya, memang benar. B Complex yang tidak lengkap akan menaikkan selera makan yang berlebihan. Setiap kumpulan B ini mempunyai fungsi yang tertentu. Bila diambil lengkap 8 kumpulan ini, akan saling melengkapkan  keperluan B dalam tubuh kita.

Kekurangan vitamin B1 untuk akan menyebabkan glukos dan karbohidrat hanya tersimpan dalam badan. Apabila ia berterusan, ia akan menjadi salah satu punca berat badan bertambah, kegemukkan dan hilang bentuk tubuh badan yang asal.
B6 sangat penting dan diperlukan untuk penukaran glikogen (tenaga yang tersimpan) kepada glukos (gula dalam darah).

B Complex yang lengkap mengandungi 8 kumpulan vitamin B. Jom kita tengok fungsinya satu persatu
1) B1 – Thiamin
Thiamin membantu untuk menukar glukosa kepada tenaga dan mempunyai peranan dalam fungsi saraf.

2) B2 – Riboflavin
Riboflavin terlibat terutamanya dalam pengeluaran tenaga dan membantu visi dan kesihatan kulit.

3) B3 – Niacin
Niacin adalah penting untuk badan untuk menukar karbohidrat, lemak dan alkohol ke dalam tenaga. Ia membantu mengekalkan kesihatan kulit dan menyokong sistem saraf dan penghadaman. Tidak seperti vitamin B yang lain, niasin sangat stabil dalam haba dan sedikit hilang dalam masakan.

4) B6 – Pyridoxine
Pyridoxine diperlukan untuk protein dan metabolisme karbohidrat, pembentukan sel-sel darah merah dan bahan kimia otak tertentu. Ia mempengaruhi proses otak dan pembangunan, fungsi imun dan aktiviti hormon steroid.

5) Folic acid (B9)
Folat diperlukan untuk membentuk sel-sel darah merah yang membawa oksigen ke seluruh tubuh. Ia membantu perkembangan sistem saraf janin, dan juga sintesis DNA dan pertumbuhan sel. Wanita mengandung memerlukan makanan yang kaya dengan folat.

Jika merancang untuk hamil, anda perlu mengambil makanan tambahan atau makan makanan yang diperkayakan (vitamin ditambah kepada makanan diproses). Ini adalah penting untuk mengurangkan risiko seperti spina bifida pada bayi. Asid folik adalah bentuk sintetik folat dan digunakan secara meluas dalam makanan tambahan dan makanan yang diperkayakan.

6) B12 – Cobalamin
Vitamin B12 membantu untuk menghasilkan dan mengekalkan myelin sel-sel saraf sekitar, keupayaan mental, pembentukan sel darah merah dan pemecahan sesetengah asid lemak dan asid amino untuk menghasilkan tenaga. Vitamin B12 mempunyai hubungan yang rapat dengan folat, kerana kedua-dua bergantung kepada lain untuk berfungsi dengan baik.

7) Biotin (B7)
Vitamin ini diperlukan untuk metabolisme tenaga, sintesis lemak, asid amino metabolisme dan sintesis glikogen.

8) pantothenic acid (B5)
Asid Pantothenic diperlukan untuk diuraikan oleh karbohidrat, protein, lemak dan alkohol serta mengeluarkan sel-sel darah merah dan hormon steroid.

(sumber)

Shaklee B complex

BCom1

B Complex Shaklee menawarkan vitamin B yang lengkap, mengandungi 8 jenis vitamin B bagi membantu memelihara kesihatan yang baik.

•    B1, B2, B3, B6, biotin dan asid pantotenik membantu badan menukarkan protein, lemak dan karbohidrat kepada tenaga.*

•    Asid folik dan B12 membantu dalam pembentukan sel-sel darah merah di dalam tubuh.  Jumlah asid folik yang
mencukupi dalam diet harian membantu mencegah kecacatan tiub neural bagi wanita yang merancang kehamilan sebelum konsepsi dan semasa 12 minggu tempoh kehamilan bagi dos harian sebanyak 400 mcg.

*Tiada perasa tiruan, pemanis, pewarna atau bahan pengawet tambahan.

 

 

TIPS:

B-complex Shaklee perlu diambil SELEPAS MAKAN kerana pengambilan B-complex akan meningkatkan metabolisme badan membawa kepada rasa lapar. Maka jika diambil SEBELUM MAKAN, anda berkemungkinan akan makan lebih banyak lagi..

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.

 

Berminat?
Hubungi saya sekarang!!
Your Shaklee Independent Distributor
Hanis Amin
♥ SMS | WhatssApp : 010-4289601
♥ Shaklee ID : 837662
♥ FB Page : http://www.facebook.com/HanisHealthyLife
♥ Email : hanisamin@gmail.com

Assalamualaikum…

Ramai yang mengadu bahwa warna urine berubah apabila mengambil vitamin Shaklee, terutama yang mengandungi B-Complex.

Riboflavin_solution

“Urin saya warna kuning macam B-Complex”

Sebenarnya adalah sangat normal apabila mengambil supplement yang mengandungi vitamin B, warna urin akan berubah menjadi kuning cerah. (Urin biasa berwarna kuning pucat). Ini adalah kerana vitamin B merupakan vitamin larut air, dan Riboflavin yang tidak diserap, disingkirkan melalui air kencing dan memberi warna kuning cerah kepada urin.

Namun, adalah bagus untuk mengenal warna kencing dan simptom yang datang bersamanya:

urine-chart

KUNING PUCAT - warna urin normal

KUNING CERAH – warna urin akibat pengambilan vitamin B complex

KUNING GELAP – dehidrasi atau akiibat pengambilan vitamin B complex

KECOKLATAN - pengambilan ubat-ubatan atau mempunyai masalah dengan organ hati

OREN - dehidrasi atau kesan pengambilan Carotomax

KERUH - jangkitan saluran kencing/kencing kotor (UTI)

KEMERAH-MERAHAN – jangkitan pada buah pinggang atau penyakit berkaitan

KEBIRU-BIRUAN – kesan pengambilan ubat-ubatan atau sejenis penyakit yang dinamakan Blue Diaper Syndrome

Sekiranya warna urin adalah kuning cerah, maka tidak ada apa yang perlu dirisaukan. Sebaliknya jika kuning yang gelap, ia menandakan tubuh menghadapi kekurangan air (dehidrasi) dan perlu minum lebih banyak air.

Ia merupakan satu petanda bagus iaitu tubuh kita bertindakbalas dengan baik terhadap vitamin B tersebut.

Namun sekiranya warna tersebut bertukar menjadi pelik (rujuk di atas), sila lah berjumpa doktor dengan kadar segera.
sumber :  http://vitaminsemulajadi.com/warna-urin-dan-vitamin-shaklee/

Assalamualaikum…

Penyakit senggugut atau istilah perubatannya ialah dismenorea(Satu keadaan di mana seorang wanita merasai kesakitan selama sehari atau beberapa minit akibat serangan haid) merupakan himpunan simptom fizikal, psikologi, dan emosi yang berkait dengan kitaran haid wanita. Dianggarkan kebanyakan wanita pada usia boleh mengandung (child-bearing age) (sekitar 80 peratus) mempunyai sebahagian simptom PMS.

Kesakitan Senggugut ini adalah disebabkan pengecutan atau pergerakan kuat otot-otot uterus. Sesetengah wanita mungkin mempunyai gen yang menyebabkan mereka lebih terdedah kepada dismenorea. Beberapa kajian menunjukkan gen merupakan faktor utama. Gen membuatkan seseorang mengalami tahap dismenorea yang berlainan. Faktor lain seperti diet dan suasana persekitaran juga memainkan peranan. Diet yang berlemak, rendah protein dan rendah serat boleh meninggikan risiko untuk kamu mengalami senggugut. Pengambilan gula yang banyak dan alkohol serta kopi semasa kamu period boleh mengakibatkan dismenorea. Wanita yang merokok lebih berisiko untuk mengalami dismenorea berbanding yang tidak merokok. Rehat yang tidak mencukupi dan tekanan yang tinggi di tempat kerja dan sekolah boleh mengganggu keseimbangan bahan kimia di dalam badan kamu seterusnya mengakibatkan dismenorea.

Jadi, sebenarnya senggugut boleh dicegah atau setidak-tidaknya boleh mengurangkan kesakitan dan ketidakselesaan dengan mengamalkan gaya hidup sihat.

senggugut (1)

Sengugut boleh dikurangkan dengan beberapa cara :
1. Perbaiki diet : Jangan cuba untuk hilangkan berat badan secara drastik. Makan makanan yang mengandungi banyak protein dan tinggi kandungan seratnya. Makan banyak sayur-sayuran, kekacang, ikan salmon, ikan sardin dan parsli.

2. Kurangkan garam.

3. Variasikan pilihan minuman : Banyakkan minum jus buah-buahan. Ia lebih enak dan sihat berbanding aiskrim atau minuman berkarbonat. Elakkan teh, kopi dan minuman beralkohol beberapa hari sebelum period.

4. Ambil Vitamin Tambahan. Ambil Vitamin B dan E. Anda juga boleh menambah magnesium dan kalsium dalam diet. Beritahu doktor sebelum mengambil sebarang vitamin. Sesetengah vitamin boleh bertindak balas dengan ubat-ubatan kamu yang lain dan mengakibatkan kesan sampingan jika diambil berlebihan.

5. Bagaimana dengan lemak yang berkualiti? Ya! Banyakkan makan salmon dan tuna. Ia mengandungi lemak asid omega 3 yang tinggi dan boleh mengurangkan kesakitan dismenorea.

6. Kekal aktif. Anda boleh meneruskan aktiviti harian dan kekal cergas semasa anda didatangi period. Joging dan berjalan bersiar-siar juga membantu. Anda boleh meluangkan masa sekurang-kurangnya sejam untuk bersenam. Bersenam telah terbukti dapat mengurangkan kesakitan dismenorea.

7. Berhenti merokok

8. Tenangkan fikiran. Belajar untuk meditasi. Anda juga boleh mendengar lagu atau meluangkan masa bersama keluarga dan rakan-rakan dengan menonton filem kelakar. Bergelak ketawa juga dapat menenangkan urat saraf.

9. Tuam perut. Dapatkan tuala dan rendam di dalam air suam. Perah tuala dan letakkan tuala di atas bahagian yang sakit. Lakukan sehingga kesakitan reda.

10. Tarik nafas dalam-dalam. Baring dan tenangkan diri anda. Jika anda pening, padam lampu di dalam bilik dan jauhi bunyi bising.

Inginkan supplemen bagi mengatasi masalah anda?

senggugut

B-Complex : Lengkap dengan 8 kumpulan B termasuk asid folik yang diperlukan oleh tubuh badan demi membantu tubuh badan bertenaga, otak lebih fokus, emosi lebih stabil. Kekurangan vitamin B meningkatkan paras estrogen dan kesan PMS.

GLA complex : digunakan oleh ramai wanita untuk memelihara kesihatan sepanjang kitaran haid setiap bulan. GLA merupakan sejenis asid lemak Omega-6 yang digunakan oleh badan kita untuk membentuk prostaglandin – bahan berkesan berupa hormon yang membantu badan mengawalatur proses badan yang normal. Minyak benih bunga matahari adalah satu lagi sumber asid lemak Omega-6. Ia mengandungi vitamin E yang membantu melindungi dinding arteri dan menyokong sistem imun dengan memelihara integriti sel. Ia juga menggalakkan kesihatan semasa kitaran haid

OsteMatrix : Menolong mengurangkan simptom-simptom senggugut seperti perut kembung, kekejangan, retensi air, mudah eradang dan kemurungan. Membekalkan 1,000 mg (100% DV) unsur kalsium daripada sumber-sumber yang mempunyai tahap kepekatan yang tinggi dan mudah diserap dari alam semula jadi, 400 mg (100% DV) magnesium untuk membantu menggabungkan kalsium ke dalam tulang serta menguatkannya, 400 IU (100% DV) vitamin D untuk merangsang penyerapan kalsium.

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.

Berminat?

Hubungi saya sekarang!!
Your Shaklee Independent Distributor
Hanis Amin
♥ SMS | WhatssApp : 010-4289601
♥ Shaklee ID : 837662
♥ FB Page : http://www.facebook.com/HanisHealthyLife
♥ Email : hanisamin@gmail.com

Assalamualaikum…

Tak tahan asyik sakit perut sampai tak mampu berpuasa?

Terpaksa makan setiap 1 jam akibat gastrik?

Orang yang tidak mengalami mungkin tak tau..

Apa itu Gastrik

gastric ulser

Gastrik atau istilah perubatannya, gastritis, adalah sejenis penyakit keradangan pada dinding/pengalas/mukosa perut yang mempunyai rawatan yang efektif. Lazimnya, keradangan berpunca daripada jangkitan bakteria helicobacter pylori (H. pylori) yang turut menjadi penyebab utama kepada kebanyakan ulser perut.

Bagaimana Gastrik Terjadi

Secara mudah nya, perut kita ni umpama kipas, berlipat2..sepanjang 25cm dan mampu menampung hampir segelen air dan makanan. Bila perut kosong, tisu perut tadi berlipat2, dan akan mengembang bila ada makanan atau minuman masuk. Disinilah makanan dan minuman akan diproses dan disimpan sebelum dikumuh melalui usus. Ketika proses pencernaan berlaku, kelenjar pada dinding perut akan merembeskan jus gastrik, enzim dan asid perut utk bantu pencernaan..dan antara asid yang dirembes ialah asid hidroklorik. Asid ini bersifat menghakis dan jika tidak ada keseimbangan keasidan dalam perut, ini boleh menyebabkan radang menjadi lebih teruk.

Punca Lain Terjadinya Gastrik

  • Peminum arak (arak ni bersifat asid)
  • Perokok
  • Makan dengan berlebihan
  • Makan makanan yang terlalu pedas
  • Sering guna ubat penahan sakit (pain killer)
  • Jangkitan
  • Skipping meals
  • Stress

gastrik

Symptom Pesakit Gastrik 

  • Tiada selera makan
  • Upset Stomach – tidak hadam dengan baik
  • Perut memulas – bila makan bertambah sakit
  • Muntah-rasa loya
  • Cirit birit – najis berwarna hitam
  • Lemah, demam
  • Kembung perut-sakit dada
  • Pedih ulu hati

Cara Merawat dan Menangani Gastrik

Terdapat banyak cara yang boleh dilakukan untuk mengatasi masalah ini. Antaranya:

  • Berhenti merokok dan minum minuman beralkohol
  • Hentikan pengambilan ubat tahan sakit
  • Amalkan pemakanan sihat dan makan secara teratur (sarapan, makan tengah hari dan malam). Pada bulan puasa, kena bangun sahur dan sebaiknya melewat-lewatkan bersahur
  • Makan sedikit-sedikit tetapi kerap
  • Kurangkan makanan berempah, bercili, masam
  • Kurangkan minuman mengandungi kafein (kopi, teh dan minuman berkarbonat)
  • Kerap minum susu kerana sifat susu yang beralkali boleh mengurangkan keasidan perut

Selain itu, terdapat juga individu yang terpaksa bergantung kepada ubat bagi mengurangkan ketidakselesaan masalah gastrik ini. Namun yang demikian, seperti yang kita semua sedia maklum, pengambilan ubat-ubatan secara terus-terusan tidak digalakkan kerana ianya mungkin boleh membawa kepada kemudaratan di lain hari.

Cadangan Supplemen Shaklee untuk Bantu Meredakan Gastrik 

1) Energizing Soy Protein – ESP

ESP yang juga merupakan sumber protein unggul daripada kacang soya merupakan sejenis tumbuhan yang tinggi sifat alkalinya yang dapat meneutralkan keasidan di dalam perut. Di samping itu, nutrien protein yang terkandung di dalam ESP sangat membantu membina sel-sel badan yang baru bagi menggantikan sel-sel lama yang telah rosak akibat dihakis oleh asid hidroklorik berikutan proses pencernaan makanan.

Selain ESP, anda juga mengambil tambahan supplemen Ostematrix, B complex dan Peppermint Ginger Plus untuk merawat masalah gastrik. 

2) Ostematrix 

Pesakit gastrik disarankan untuk mengambil susu atau kalsium, kerana ianya bersifat alkali dan mampu meneutralkan asid di dalam perut.

3) B complex

B complex Shaklee bertindak  sebagai penenang kepada pesakit gastrik  selain membantu mengatasi sakit gastrik anda. Dengan supplement B-complex juga melengkapkan keperluan harian tubuh anda yang sangat diperlukan oleh tubuh dan sistem saraf kita. Berlainan sifat dengan pain killer yang hanya BERSIFAT MENGHILANGKAN SEMENTARA RASA SAKIT GASTRIK. Jadi anda tak Perlukan pain killer lagi. Lagipun Pain killer bukan menyembuhkan penyakit malah membuatkan kita terlalu bergantung kepada pain killer dan dosnya juga makin bertambah bila sakit kerap menyerang. (sumber)

Selain itu, Peppermint Ginger juga disarankan jika anda mengalami masalah angin yang teruk dan tidak terkawal. Shaklee Peppermint Ginger Plus mengandungi herba asli pudina, halia, jintan hitam dan jintan manis untuk rasa yang nyaman dan melegakan ketidakselesaan perut. Pil-pil juga boleh dihancurkan dan dicampur dengan air panas untuk minuman herba semulajadi.

gastrik

sumber

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.

Berminat?

Hubungi saya sekarang!!
Your Shaklee Independent Distributor
Hanis Amin
♥ SMS | WhatssApp : 010-4289601
♥ Shaklee ID : 837662
♥ FB Page : http://www.facebook.com/HanisHealthyLife
♥ Email : hanisamin@gmail.com

Assalamualaikum…

INGINKAN KULIT GEBU & CERAH? INGIN ATASI MASALAH PARUT, KUSAM DAN TONA KULIT TIDAK SEKATA? ATASI DENGAN ESP, VITAMIN E DAN BCOMPLEX

Nak tahu bagaimana supplemen berfungsi mencantikkan wajah anda?

Bagaimana ESP membantu untuk kulit yang gebu, cerah dan pudarkan parut jerawat?
ESP adalah sumber protin, diperlukan untuk menghasilkan sel-sel baru bagi kulit. ESP memang satu cadangan terbaik untuk merawat kulit kerana sel kulit akan mati dalam masa 21 hari. Jika sel kulit itu tidak diganti maka perkara itulah yang menyebabkan kulit menjadi kusam dan tidak bermaya. Lama kelamaan kulit akan menjadi bertompok2 dan tidak sekata.

Bagaimana Vitamin E membantu untuk kulit lebih segar?
Vitamin E plak adalah vitamin antioksidan. Penting untuk menjaga sel-sel agar tidak dirosakkan oleh radikal bebas. Kita memang tak nampak radikal bebas ni. Tapi kalau kita selalu terdedah kepada pencemaran, asap kenderaan, asap rokok maka kt situ la badan kita akan diserang radikal bebas. Sel-sel yang diserang radikal bebas ni akan menjadi tua dengan lebih cepat. Tu yang timbul istilah penuaan sebelum tiba masa sepatutnya.

Bagaimana Bcomplex bantu untuk meratakan tona kulit
Bcomplex penting bagi memperbaiki peredaran darah dalam badan dan meratakan warna tona kulit pada wajah. Tidak timbul lagi masalah kulit wajah yang bertompok-tompok. Yang menarik, B Complex juga membantu dalam menstabilkan hormon badan kita;jd sesuai lah untuk mengurangkan rasa marah atau stress.

vitamin kulit

credit to Super Vitamin Store

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.

Berminat?

Hubungi saya sekarang!!
Your Shaklee Independent Distributor
Hanis Amin
♥ SMS | WhatssApp : 010-4289601
♥ Shaklee ID : 837662
♥ FB Page : http://www.facebook.com/HanisHealthyLife
♥ Email : hanisamin@gmail.com

Assalamualaikum…

Orang kata lepas bersalin banyak urat putus dan antara penyebab jadi cepat lupa. Tak tahu la betul atau tidak. Tapi saya memang cepat lupa sekarang ni. Jom kita tengok supplemen yang boleh menguatkan daya ingatan dan konsentrasi..

Suplemen Fungsi
bComplex vitamin B kompleks amat penting untuk me­mori, terutama tatkala anda sedang berhadapan dengan stres. Apabila anda mengalami tekanan fizikal atau mental, tubuh akan kekurangan vita­min B. Kekurangan ini menghalang tubuh menghasilkan asetilkolin, bahan kimia yang terlibat dengan memori, menghalang otak daripada berfungsi. Vitamin B juga berperanan me­ngangkut oksigen ke otak dan memusnahkan radikal bebas yang membantu meningkatkan daya ingatan dan menajamkan pancain­dera.
(sumber)
lecithin Lecithin mengandungi choline which is essential in the proper functioning of the brain. Lecithin meningkatkan bekalan cholin dan acethylcholine.Acethylcholine penting untuk fungsi otak – berfikir, ingatan, konsentrasi, menentukan kita berdiri, berlari, makan, bercakap, tidur, penghadaman,etc.Acethylcholine merupakan sejenis neurotransmitter yang terlibat dalam penerimaan, penyimpanan dan penghantaran maklumat yang betul ke otak. Jika bekalannya cukup, maka fungsi-fungsi ini dapat dilakukan. Jika tidak fungsi itu akan tergugat.30% otak adalah terdiri daripada lecithin, manakala 70% lemak di hati adalah lecithin.
shaklee-omegaguard Mengandungi satu rangkaian penuh 7 asid lemak omega 3 semulajadi iaitu EPA, DHA, ALA, dll. EPA menyihatkan jantung dan sendi manakala DHA pula penting bagi perkembangan otak dan fungsi2 otak.. yes pemakanan yang berzat dan berkualiti amat penting supaya otak dapat berkembang. Juga penting untuk kesihatan kardiovaskular (berkaitan imuniti)

 

sumber : http://www.rahsiasihat.com/2011/09/nak-konsentrasi-tambah-daya-ingatan.html

Ada promosi menarik Omega sepanjang Feb 2013 tau!!
* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.

Berminat?

Hubungi saya sekarang!!
Your Shaklee Independent Distributor
Hanis Amin
♥ SMS | WhatssApp : 010-4289601
♥ Shaklee ID : 837662
♥ FB Page : http://www.facebook.com/HanisHealthyLife
♥ Email : hanisamin@gmail.com

Assalamualaikum…

Pengambilan supplemen untuk penyusuan bukan sahaja untuk meningkatkan hasil penyusuan tetapi yang lebih penting adalah untuk kesihatan ibu & bayi itu sendiri. Tentunya itu antara sebab ibu-ibu memilih untuk menyusukan sendiri bayi.

 

Apakah kegunaan supplemen-supplemen ini untuk penyusuan?

Protein – Bayi memerlukan protein yang banyak untuk tumbesaran yang berkekalan dan sempurna. Sumber protein yang baik seperti protein soya dalam diet penyusuan anda amat penting untuk pengeluaran susu. Protein membantu dalamm membina dan mengekalkan sel-sel yang menghubungkan setiap bahagian tubuh. Mereka disarankan untuk mengambil sekurang-kurangnya 3 hidangan protein berkhasiat sehari.

Multivitamin – Multivitamin menyediakan vitamin dan mineral penting untuk para ibu yang mana ianya tidak diperolehi daripada diet harian. Kadar vitamin yang mencukupi membantu penghasilan susu yang banyak dan berkhasiat di samping menggalakkan kesihatan ibu dan bayi secara menyeluruh.

Vitamin C – Dalam satu kajian terhadap para ibu yang menyusui bayi dan mengambil vitamin C menunjukkan khasiat vitamin C tersebut tertumpu pada bayi. Oleh itu, menyusui bayi secara ekskusif dapat melindungi bayi anda dari kekurangan vitamin C. Vitamin C penting bagi menguatkan sistem imun dan membina kulit, gigi dan gusi yang sihat.

Vitamin B kompleks – Vitamin B kompleks merupakan vitamin yang diperlukan oleh anda dan bayi anda setiap hari bagi menyokong sistem saraf dan metabolisma yang sihat. Vitamin B mempunyai pelbagai fungsi termasuk pengeluaran hormon, pembentukan sel-sel darah merah, penghasilan tenaga untuk sel, dan mengekalkan saraf serta kulit yang sihat. Ibu yang menyusui bayi perlu mendapatkan vitamin B kompleks untuk memberikan khasiatnya kepada bayi mereka melalui susu ibu.

Kalsium – 40% daripada susu ibu adalah kalsium. Kalsium diperlukan untuk membina tulang yang sihat dan pertumbuhan gigi pada bayi. Wanita yang menyusui bayi disarankan mengambil sebanyak 1300mg kalsium setiap hari.

Alfalfa – Alfalfa mengandungi banyak nutrien penting dan pelbagai vitamin seperti vitamin K, A, B1, B6, C, E, kalsium, zink dan zat besi. Semua bahan-bahan tersebut penting untuk pertumbuhan dan perkembangan yang sihat. Alfalfa juga digunakan secara tradisional untuk meningkatkan pengeluaran bekalan susu ibu.

Asid Lemak Omega 3 – Pengambilan dan tambahan Asid Lemak Omega-3 dalam tempoh penyusuan susu ibu dapat menggalakkan pengembangan otak dan mata anak. Ia telah dibuktikan secara saintifik bahawa neuron lebih mudah berubung apabila kandungan Omega 3 lebih banyak di dalam otak. Tambahan pula, tidak ramai kanak-kanak yang diberi susu ibu mempunyai masalah fungsi otak seperti gangguan hiperaktif dan masalah tumpuan(ADHD) atau autisme.

sumber : Majalah Shaklee Today

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.

Berminat?

 

Hubungi :

Hanis Amin (Shaklee ID : 837662)

♥ SMS | WhatsApp : 010-4289601
♥ Email : hanisamin@gmail.com
♥ FB Page : http://www.facebook.com/hanisaminstore

Assalamualaikum..

2 hari lepas, saya ada sharekan persediaan penyusuan ketika hamil. Hari ni saya nak sharekan tips dan soal jawab dalam majalah PAMA

S : Kini saya hamil anak kedua. Saya berazam mahu menyusukannya selama yang boleh. Apa panduan untuk saya ikuti sepanjang hamil, awal kelahiran dan selepas tempoh enam bulan melahirkan?

Nadia, Setapak, Kuala Lumpur

J : Penyusuan susu ibu adalah proses yang perlu dipelajari oleh ibu dan bayi juga. Persediaan penyusuan susu ibu yang paling penting ialah mendapatkan sebanyak mungkin ilmu sepanjang kehamilan ini. Berikut adalah panduan yang dapat membantu anda dalam menyusukan bayi.
1. Hadiri kelas persediaan penyusuan susu ibu atau kelas antenatal yang menyentuh tentang isu penyusuan susu ibu secara menyeluruh.
2. Mulakan penyusuan susu ibu sejurus selepas bayi dilahirkan, sebaik-baiknya dalam tempoh 1 jam. Kolostrum yang ada dalam beberapa hari pertama kaya dengan protein dan bahan lain yang dapat menghalang jangkitan kepada bayi.
3. Cuba posisi yang berlainan ketika menyusu. Elakkan bersandar kepada bayi. Sebaliknya, duduk dan halakan bayi ke paras payu dara. Gunakan bantal untuk sokongan. Pastikan juga bayi melekap dengan baik.
4. Menyusu mengikut permintaan berdasarkan isyarat kelaparan bayi (baby’s cues) tanpa sekatan. Perhatikan isyarat itu: Mulut bayi buka tutup (mouthing), rooting, meletakkan tangan di mulut dan menangis. Apa-apa pun, jangan tunggu sehingga dia menangis. Adalah penting untuk bayi disusukan mengikut permintaannya.
5. Pastikan payu dara dikosongkan sebaik mungkin setiap kali sesi penyusuan untuk memastikan proses penghasilan susu berjalan lancar. Lebih kerap payu dara dikosongkan (dengan efektif), lebih banyak susu akan dihasilkan!
6. Dapatkan penilaian teknik penyusuan anda daripada pihak profesional terlatih dalam tempoh 24 jam hingga 48 jam pertama selepas kelahiran. Sebaik-baiknya dapatkan panduan daripada perunding laktasi.
7. Susukan bayi sehingga dia puas. Kandungan lemak dalam susu ibu meningkat sewaktu sesi penghisapan. Biarkan bayi selesaikan penyusuan sebelum menawarkan payu dara yang sebelah lagi.
8. Elakkan puting kosong(pacifier).
9. Menyusu secara eksklusif sepanjang enam bulan pertama. Penyusuan susu ibu ideal untuk pertumbuhan dan perkembangan bayi anda.
10. Jangan beri suplemen (air, air glukos, susu formula, makanan bayi dan lain-lain) kepada bayi.
11. Pemakanan memainkan peranan penting dalam kesejahteraan dan kesihatan ANDA. Apabila anda sihat, bayi pun sihat juga. Diet yang berasaskan empat kumpulan asas adalah disarankan. Walau bagaimanapun, makanan yang anda ambil tidak akan memberi kesan kepada susu tetapi pada tahap kesihatan. Jadi, jaga diri anda.
12. Jika berkerjaya, pastikan anda membuatkan persediaan yang perlu.

sumber : http://pama.karangkraf.com/s-j/persediaan-ketika-hamil-1.14396

Amalkan pemakanan sihat sejak dari hamil, berpantang dan menyusukan.

Kami menyediakan set yang sesuai digunakan sejak dari hamil sehingga menyusukan.

Set Eu-Four Pack Plus

Vita-lea Iron formula : Dilengkapi dengan 12 vitamin, 7 galian dan zat besi. Mempunyai patented Sistem Penyerapan Bioaktif utk memastikan peningkatan penyerapan asid folid kritikal. Membantu meningkatkan Hb ke paras normal semasa hamil bagi ibu yang mempunyai darah rendah.
B complex : lengkap dengan 8 kumpulan B termasuk asid folik yang diperlukan oleh tubuh badan demi membantu tubuh badan bertenaga, otak lebih fokus, emosi lebih stabil. Sangat penting dalam membantu memetabolismekan karbohidrat, lemak & protein, Anti stress ,menukarkan makanan(glukos) kepada tenaga dan membantu ibu2 berfikiran positif sentiasa. Vitamin B juga dapat melahirkan wajah ibu yang cantik berseri dan tidak kusam.
Vitamin C : membantu meningkatkan sistem imunisasi badan. Penambilan bersama Vita-lea Iron Formula meningkatkan kadar penyerapan iron dalam tubuh
Ostematrix : kandungan kalsium yang mencukupi di dalam diet anda, lebih-lebih lagi semasa tempoh kehamilan akan dapat memastikan bayi yang bakal dilahirkan mempunyai tulang dan gigi yang sihat tanpa menggugat kandungan kalsiaum yang sedia ada di dalam tubuh anda. Kalsium juga membantu untuk menghalang kekejangan otot yang dialami dalam tempoh kehamilan dan kontraksi yang berlaku disaat melahirkan.
Pengambilan Kalsium turut membantu dalam pelawasan dan juga penyusuan susu ibu. Jika perasan ada sesetengah ibu yang apabila melalui menstrual (period) susunya akan merundum…ini disebabkan kekurangan kalsium yang kritikal di saat badan mengeluarkan darah kotor yang perlu disingkirkan.

ESP @ Energizing Soy Protein :
Kompisis vitamin utama dalam susu ibu ialah protein. Protein adalah makanan sel. Sel tak kenal nasi lemak, air soya atau tempe tetapi sel hanya perlukan protein iaitu khasiat dari makanan yang diambil. Protein berfungsi mengekalkan pertumbuhan normal dan pemeliharaan tisu. Mengawal atur keseimbangan bendalir dalam badan.Pembinaan hormon, enzim dan antibodi memerlukan protein. Selain itu protein dikatakan membantu mengawal keseimbangan asid bes untuk mengangkut nutrien dan sumber tenaga.

Protein sangat sensitif. Ianya wujud pada suhu badan kita dan mudah terhapus pada suhu yang tinggi. So apabila kita memasak sumber protein seperti ikan goreng pada suhu yang tinggi, hakikatnya banyak protein yang telah musnah semasa proses memasak itu sendiri.

Semoga berjaya!!

 

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.

 

Berminat?

 

Hubungi saya di hanisamin@gmail.com atau SMS ke 010-4289601 (Hanis) untuk konsultasi mahupun maklumat lanjut.

 

Translator
Translator Plugin
Ayat seribu dinar
Ahlan wasahlan…
Assalamualaikum & selamat sejahtera

Selamat datang ke Hanis Healthy Life. Hanis Amin adalah pengedar Shaklee yang sah, yang juga pengguna kepada produk Shaklee.

Untuk sebarang pertanyaan, hubungi kami di
email : hanisamin@gmail.com
sms/WhatsApp : +6010-4289601

Terima kasih.

Hazu Enterprise (SA0175455-W)

Set Istimewa untuk anda!

Breastfeeding Set
(Set Penyusuan)

Testimonial : KLIK SINI

==========================

Confinement Set
(Set Berpantang)

Testimonial : KLIK SINI

==========================

Skin Care Set
(Set Penjagaan Kulit)

Testimonial : KLIK SINI

==========================

Healthy Weight Set
(Set Berat Badan Sihat)

Testimonial : KLIK SINI

==========================

Baby & Children Health
(Kesihatan Bayi & Kanak-kanak)

Informasi


Sertai kami di Facebook!


Ada pertanyaan atau komen?