Benarkah ESP penyebab cyst?

Benarkah ESP penyebab cyst?

Assalamualaikum.. Banyak betul isu hangat tentang Shaklee kebelakangan ni. Baru-baru ini saya dapat soalan dari gambar di bawah, dan ada yang bertanya betul ke ESP penyebab cyst? Bagaimana pula dengan GLA Complex? ESP penyebab cyst   Makanan apa pun, bila disuntik hormon atau diberi baja/makanan yang mempercepatkan pembesaran memang membahayakan. Ini kerana ia ‘dipaksa’ membesar sebelum waktunya. Sebab tu sekarang semakin banyak penyakit pelik-pelik yang muncul. Terlampau banyak makanan segera dan diproses. Bahan mentah pula dah tak berapa asli, diberi macam2 untuk mempercepatkan tumbesaran.

Berbalik kepada persoalan, adakah ESP penyebab cyst? Atau adakah ESP membantu tumbesaran cyst?

Allah jadikan setiap benda itu ada kebaikannya. Bukan salah soya yang Allah ciptakan tu, tapi mungkin salah semasa pemprosesan. Sangat penting untuk memilih soya yang ditanam secara semula jadi tanpa bahan kimia dan pemprosesan yang selamat. Untuk lebih lanjut, boleh baca

Penting pilih soya yang dibasuh dengan air

Ciri-ciri keistimewaa ESP :

  1. Kacang soya yang digunakan oleh Shaklee adalah non-GMO (non-Genetically Modified Organism). Secara mudahnya, Shaklee TIDAK menggunakan sebarang baja kimia atau sintetik yang menyebabkan tumbuhan membesar lebih cepat dari sepatutnya, saiz lebih besar dari sepatutnya atau menjadi cantik dari sepatutnya. Ianya dibiarkan membesar dan hidup secara semula jadi tanpa gangguan.
  2. Protein Soya ESP diproses menggunakan air dan bukan alkohol. Ini sangat penting!! Sesetengah Soy Protein diproses menggunakan alkohol, ini akan menyebabkan isoflavon yang sangat penting dan bermanfaat HILANG. Tanpa ISOFLAVON, Soya mungkin menjadi sesuatu yang merbahaya kepada tubuh manusia.
  3. Mempunyai Indeks Glisemik yang rendah iaitu 39. Indeks Glisemik (GI) menempatkan kedudukan karbohidrat berdasarkan impaknya terhadap paras gula dalam darah. Bahasa mudahnya, jika GI tinggi, gula dalam makanan tersebut akan cepat membebaskan glukos dalam sistem badan. GI rendah pula memecahkan gula secara perlahan-lahan membuatkan rasa kenyang lebih lama.
  4. Diperkaya dengan 5 sumber vitamin B dan 4 mineral yang terdapat dalam soya sendiri.
  5. Bahan anti-thyroid dan anti-pertumbuhan disingkirkan untuk memastikan ia selamat digunakan oleh manusia dan memberikan khasiat optimum
  6. 1 canister ESP dihasilkan dari 30kg kacang soya untuk mendapatkan ketumpatan dan khasiat yang optimum
  7. Mengandungi 9 asid amino penting yang tidak dapat dihasilkan oleh badan iaitu Histidine, Isoleucine, Leucine, Lysine, Methionine, Phenylalanine, Threonine, Tryptophan, Valine. Protin terdiri daripada lebih 20 jenis asid amino yang setiap satunya akan menghasilkan jenis protein yang berbeza mengikut keperluan protein dan enzim yang diperlukan oleh tubuh. Walau bagaimanapun, terdapat 9 jenis asid amino yang tidak boleh dihasilkan oleh badan dan perlu didapatkan melalui makanan. Shaklee ESP menyediakan kesemua 9 asid amino tersebut.

Shaklee juga menggunakan proses pensijilan tersendiri yang dikenali Identity Preserved Program(IPP). Ia memastikan kacang soya bebas daripada pendedahan perubahan genetik  daripada benih sehingga kepada pengeluaran. ESP juga TIDAK mengandungi kolestetrol dan asid lemak trans.

Baca juga : Kenapa anda WAJIB dapatkan Shaklee ESP?

Bagaimana pula dengan GLA Complex? Adakah ia penyebab cyst juga? 

Pertama, saya tidak menjumpai sebarang ‘kajian’ atau info yang mengaitkan EPO dengan punca cyst. Saya tak pasti di mana ‘kajian’ yang dinyatakan dijumpa. Kedua, GLA Complex TIDAK menggunakan Evening Primrose Oil dari bunga Evening Primrose, sebaliknya menggunakan Borage Oil dari Bunga Borage. Kandungan GLA dalam minyak benih borage (borage seed oil) adalah 2 kali ganda dari EPO. Borage juga 3x lebih dari segi bioavailabiliti dan 3x lebih berkesan berbanding EPO. Boleh juga baca himpunan TESTIMONIAL tentang GLA dan cyst di SINI.   Jadi, tak perlu ragu-ragu untuk ambil Shaklee ya.

 

Yang penting, kita perlu tau punca apa itu cyst dan punca cyst. Nantikan entry saya berkaitan ini ya..

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.

Kami ialah PENGEDAR SAH SHAKLEE anda di Bandar Saujana Putra! Sila SMS/ WhatsApp ke +6010-4289601 (Hanis) untuk self pick-up di Bandar Saujana Putra.

Your Shaklee Independent Distributor
Hanis Amin
♥ SMS | WhatssApp : 010-4289601
♥ Shaklee ID : 837662
♥ FB Page : http://www.facebook.com/HanisHealthyLife
♥ Email : hanisamin@gmail.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge