Order sekarang!


atau SMS/WhatsApp/Telegram :

010-4289601 (Hanis)

Best selling!!
Dapatkan info terkini segera..

* Setiap testimoni yang tertulis dalam laman web ini adalah pengalaman dari pelanggan sendiri dan hasil dari setiap pelanggan mungkin berbeza antara satu sama lain. Namun ini tidak bermakna vitamin ini boleh mengubat atau menyembuhkan penyakit. Sila konsult dengan pengedar anda untuk lebih lanjut.

PERHATIAN : Konsultasi selepas pembelian produk dan jadual pengambilan adalah khas untuk pelanggan kami sahaja. Sila rujuk pengedar anda untuk jadual pengambilan & kosultasi selepas pembelian. Terima kasih.
Free Palestine, Pray 4 Syria
Tabung Kecemasan Gaza Aqsa Syarif di sini :
http://on.fb.me/1jlP2li
Akaun Maybank Islamic : 551575-004299
akaun Bank Islam : 1209-20100-34904
email : projects@aqsasyarif.org.my

Tabung Kasih Ummah Syria
Bank Islam Malaysia Berhad
120290 100 63512
(Pertubuhan IKRAM Malaysia)
email : i4syria315@gmail.com

Punca jerawat dan cara atasi

punca jerawat

Jerawat kadang-kala memang boleh menjadi masalah yang besar. Dari sesuatu yang dianggap remeh, boleh menjadi sesuatu yang serius sehingga mengganggu kehidupan seharian. Antara masalah yang dihadapi oleh mereka yang mengalami masalah jerawat :

  • Masalah jerawat yang serius menyebabkan seseorang itu malu untuk keluar rumah.
  • Seseorang itu mula kurang keyakinan diri
  • Terpaksa memakai make-up yang tebal untuk menutupi wajah asal

Kadang-kala masalah jerawat juga mungkin menjadi petanda bahawa badan kita mengandungi toksik atau ada organ badan yang rosak. Jadi cegah sebelum parah!

7 Punca Jerawat

1. Masalah hormon

Bagi seorang remaja, kelenjar sebaceous mengembang dan mengeluarkan lebih banyak sebum di bawah pengaruh hormon yang dikenali sebagai hormon androgen. Hmm…sebab tulah kalau kita tengok hari ini lebih ramai dari kalangan remaja perempuan dan awal dewasa yang mengalami masalah jerawat berbanding wanita dewasa. Walaubagaimanapun, kebiasaannya, liang sebaceous yang hasilkan sebum ni akan semakin berkurangan apabila meningkat dewasa.

2. Masalah Jangkitan Bakteria

Terdapat bakteria yang dikenali dengan nama Propionibacterium acnes. Ini adalah salah satu bakteria yang biasa ditemui dalam sel kulit. Sumber makanannya ialah sebum dan sel-sel mati pada permukaan kulit. Orang yang mempunyai masalah jerawat biasanya mempunyai lebih banyak bakteria ini pada kulit mereka. Oleh itu, berhati-hati semasa menyentuh jerawat kerana ia boleh memindahkan  bakteria ini ke bahagian yang lain pula.

3. Pengambilan makanan

Isu pemakanan jadi punca jerawat sebenarnya masih tidak dapat dibuktikan dengan jelas. Tapi memandangkan diet pemakanan kita mempunyai kesan langsung terhadap insulin dalam badan kita, maka ia juga boleh mempengaruhi hormon-hormon lain dalam tubuh termasuklah hormon androgen tadi. So, secara tak langsung, adalah juga kaitannya pemakanan kita tadi sebagai penyebab pertumbuhan jerawat. Seeloknya elakkan makanan yang berminyak dan pedas. Makanan pedas jika selalu diambil boleh mengaktifkan keradangan pada jerawat.

4. Stress

Percaya atau tidak, lagi anda stress, lagi banyaklah jerawat yang akan keluar. Berterusan dalam stress hanya akan memburukkan lagi simptom jerawat anda. Walaubagaimanapun, dengan rawatan yang betul, jerawat masih boleh dicegah. Stress teruk boleh menyebabkan radang terhadap jerawat. Hal ini kerana adrenalin serta hormon androgen yang ada dalam badan dikeluarkan secara berlebihan apabila kita stress dan menjadi punca lebih banyak jerawat yang keluar.

5. Penggunaan kosmetik dan alat solek

Jika anda selalu menggunakan alat solek dan kosmetik pada wajah, tetapi tidak membersihkannya dengan baik, maka ini boleh menjadi penyebab tumbuhnya jerawat. Pilihlah alat solek yang berasaskan bahan semulajadi untuk kulit lebih sihat. Memilih alat solek yang mengandungi bahan terlarang dan merbahaya hanya akan memburukkan lagi keadaan anda.

6. Pancaran cahaya matahari

Sebenarnya cahaya matahari bukanlah penyebab utama masalah jerawat. Walaubagaimanapun, haba yang dihasilkan oleh cahaya matahari kepada anda boleh menyebabkan kulit anda berpeluh dan berminyak sekaligus menyebabkan liang roma anda juga tersumbat.

7. Pakaian

Haa..jangan tak tau..pakaian anda juga boleh jadi punca anda ditumbuhi jerawat terutamanya pada bahagian belakang badan. Belakang badan kita juga mempunyai ribuan kelenjar dan liang roma yang boleh memerangkap sebum dan minyak. Oleh itu, pakailah pakaian yang sesuai dengan iklim tropika di Malaysia ni. Pakaian yang sesuai ialah yang memudahkan pengudaraan pada kulit anda dan bersih. Bukanlah bermaksud anda perlu mendedahkan aurat yer..Menurut satu kajian, memakai pakaian tertutup yang tidak mendedahkan kulit anda secara langsung semasa keluar boleh mengelakkan masalah seperti kanser kulit dan jangkitan bakteria akibat pencemaran. Itulah salah satu hikmahnya orang Islam disuruh menutup aurat..selain menjaga maruah dan keaiban diri(Mendedahkan parut dan sebagainya yang tidak elok dilihat). Orang yang malas mandi juga lebih berisiko mendapat jerawat pada bahagian badan.

punca jerawat

Apa yang perlu dilakukan?

Jerawat terhasil disebabkan oleh sel-sel kulit yang tidak sihat. Jadi, untuk kesan yang lebih tahan lama, saya sarankan baiki dari dalam dan ia akan menyerlah ke sehingga ke luar dan  tahan lebih lama berbanding rawat dari luar sahaja. Produk Shaklee yang saya cadangkan :

ESP – Soy Protein Isolate Powder

Protein adalah makanan utama sel. Untuk sel menjadi lebih sihat, ia perlukan protein secukupnya terutama 9 kumpulan protein yang tidak dapat dihasilkan oleh badan. ESP lengkap dengan 9 asid amino perlu yang tidak dapat dihasilkan oleh badan. Setiap hidangan membekalkan 14g protein untuk kulit lebih sihat dan cantik. ESP adalah non-GMO produk, jadi tak perlu risau akan kesan sampingan yang biasa dihadapi sekiranya ambil soya GMO.

Vitamin C

Vitamin C membantu menghasilkan kolagen semulajadi dalam badan. Ia juga membantu kulit lebih kenyal dan tegang. Bila kulit tegang, kulit akan menjadi lebih cerah dan lembut.

B complex

Membantu melembapkan dan memberi kesegaran pada kulit. Takdelah kulit jadi kering, menggelupas dan tidak bermaya. B complex shaklee lengkap dengan 8 jenis vitamin B yang diperlukan oleh badan.

Collagen Powder

Semakin meningkat usia, kolagen semulajadi dalam badan akan semakin berkurangan. Sebab itu kulit mula jadi berkedut, kering dan bermasalah. Shaklee Collagen Powder membantu menambah kolagen dalam badan dan membantu menjadikan kulit lebih tegang, bersih, lembap dan sihat.

Walau bagaimanapun, ini hanyalah cadangan asas. Perlu juga tau punca jerawat. Jika punca jerawat adalah disebabkan masalah penghadaman, maka saya akan cadangkan produk yang sesuai untuk membantu masalah penghadaman. Jika masalah jerawat berpunca dari hormon, dapatkan produk untuk membantu kestabilan hormon.

Jadi, untuk dapatkan produk yang benar-benar sesuai dengan diri anda, hubungi saya untuk konsultasi secara personal tentang produk apa yang perlu diambil ya. Selepas pembelian produk, saya akan bagi details saya pengambilan yang efektif khas hanya untuk pelanggan saya dan tips-tips yang mungkin boleh membantu.

 

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.

Berminat?

Hubungi saya sekarang!!
Your Shaklee Independent Distributor
Hanis Amin
♥ SMS | WhatssApp : 010-4289601
♥ Shaklee ID : 837662
♥ FB Page : http://www.facebook.com/HanisHealthyLife
♥ Email : hanisamin@gmail.com

 

Leave a Reply

CommentLuv badge

Translator
Translator Plugin
Ayat seribu dinar
Ahlan wasahlan…
Assalamualaikum & selamat sejahtera

Selamat datang ke Hanis Healthy Life. Hanis Amin adalah pengedar Shaklee yang sah, yang juga pengguna kepada produk Shaklee.

Untuk sebarang pertanyaan, hubungi kami di
email : hanisamin@gmail.com
sms/WhatsApp : +6010-4289601

Terima kasih.

Hazu Enterprise (SA0175455-W)

Set Istimewa untuk anda!

Breastfeeding Set
(Set Penyusuan)

Testimonial : KLIK SINI

==========================

Confinement Set
(Set Berpantang)

Testimonial : KLIK SINI

==========================

Skin Care Set
(Set Penjagaan Kulit)

Testimonial : KLIK SINI

==========================

Healthy Weight Set
(Set Berat Badan Sihat)

Testimonial : KLIK SINI

==========================

Baby & Children Health
(Kesihatan Bayi & Kanak-kanak)

Informasi


Sertai kami di Facebook!


Ada pertanyaan atau komen?