Adakah maltodextrin tidak baik untuk kesihatan?

Adakah maltodextrin tidak baik untuk kesihatan?

Assalamualaikum..

Pernah dengar perkataan maltodextrin? Cuba cek label makanan di rumah sama ada makanan atau minuman, kebanyakannya memang mengandungi maltodextrin.

maltodextrin tidak baik untuk kesihatan

Apa itu maltodextrin?

Maltodextrin adalah serbuk putih sering digunakan dalam makanan yang diproses sebagai pemekat atau pengisi kerana ia agak murah, dan juga dalam farmaseutikal sebagai agen mengikat. Ia juga terkandung dalam buah-buahan dalam tin, makanan ringan, bijirin, pencuci mulut, puding segera, sos, dan kuah salad. Oleh kerana ia mengandungi kurang kalori daripada gula, ia juga ada di dalam pengganti gula.

Maltodextrin biasanya digunakan dalam jumlah yang kecil dan tidak mempunyai kesan penambahan dari segi jumlah protein, lemak, karbohidrat, atau serat kepada makanan. Walaupun maltodekstrin diproses dan ia bukan perkara yang sihat untuk dimasukkan ke dalam badan kita, sekurang-kurangnya kita tahu ia diperbuat daripada makanan sebenar, bukan bahan kimia jahat. (sumber)

 

Oklah, pening baca banyak-banyak. Dalam bahasa ringkasnya maltodextrin dari makanan seperti jagung, kentang, gandum. Tapi yang penting kena tau sumber tu dari GMO atau non-gmo. Ia cara semulajadi untuk ikat bahan-bahan dalam makanan untuk bergabung. Dan juga sebagai perisa semula jadi. (sumber, page 8)

Maltodextrin ni bagus ke tak bagus?

 

Ada kebaikannya dan ada keburukannya.

Kebaikannya : 

1. Selepas senaman yang keras, maltodekstrin memberikan tenaga dan protein dengan cepat untuk otot anda.

2) Semasa senaman yang lama (aka maraton), penyerapan cepat maltodekstrin dengan badan dan osmolality rendah (Ia tidak menyerap air banyak) menjadikannya ia sesuatu yang baik untuk memberi tenaga disamping tidak menyebabkan dehidrated.

Sebab itu kebanyakan minuman memberi tenaga akan menggunakan maltodextrin

Keburukannya : 

Apa yang tak baiknya tentang maltodextrin adalah kerana ia mengandungi kandungan gula yang agak tinggi dan mudah diserap oleh badan. Dan jika kandungan gula yang diserap itu tak digunakan (contoh untuk memperbaiki tisu rosak, membekalkan tenaga), ia akan disimpan sebagai lemak dalam badan.
Kesimpulannya, untuk menyatakan bahawa maltodextrin ini bahaya adalah sangat tidak sesuai kerana ia akan memberikan kesan positif jika diambil mengikut keperluan. Kanak-kanak adalah golongan yang sangat aktif, jadi mereka memerlukan tenaga segera untuk beraktivivti setiap hari. Maltodextrin dalam makanan juga takkan tersimpan sebagai lemak dalam badan mereka kerana kebanyakannya telah ditukarkan kepada tenaga. (sumber)

Maltodextrin vs Fruktose

Maltodextrin dan fruktosa mempunyai peranan yang berbeza apabila digunakan. Banyak minuman pemberi tenaga terutama untuk orang aktif menggunakan matodextrin kerana ia dimetabolismekan secara perlahan-lahan dan mudah dihadam. Maltodextrin, tidak seperti fruktosa, mempunyai indeks glisemik tinggi yang antara 105-136 pada carta indeks glisemik manakala fruktosa mempunyai indeks glisemik yang lebih rendah kira-kira 23 walau bagaimanapun ia tidak ditukarkan kepada tenaga yang dengan cepat dan ia sering dipersalahkan kerana kembung, kekejangan dan cirit-birit. Ini kesusahan gastrousus yang dikaitkan dengan indeks glycemic yang rendah dan kadar penyerapan lebih perlahan.
Jadi, pastikan maltodextrin yang digunakan dari bahan semulajadi dan non-gmo ya untuk kesihatan berterusan. Dalam Shaklee semua maltodextrin yang digunakan adalah dari bahan semulajadi. Boleh rujuk di sini.
Beet Powder and Red Beet Powder (natural)
Natural beet powder is made by spray-drying the juice of red beets (Beta vulgaris) onto maltodextrin (see Maltodextrin).
As a natural source of the red pigment betanin, beet powder serves as a natural vegetable color.
Rosemary Extract (natural)
Rosemary extract is obtained from rosemary leaves (Rosmarinus officinalis). The extract is concentrated by distillation
and mixed with vegetable oil to form an oil extract. Also, it can be dispersed onto maltodextrin (see Maltodextrin)
to form a powder. Rosemary extract, along with mixed tocopherols (see Mixed Tocopherols) and ascorbyl palmitate
(see Ascorbyl Palmitate), are the components of ShakleeGuard®, a unique, patented, natural antioxidant system used
in Menopause Balance Complex*, GLA Complex, and Garlic Complex tablets. Powdered rosemary extract is an ingredient
in Mental Acuity Plus®.*
OptiCarb®
OptiCarb® is a unique sports nutrition ingredient complex designed by Shaklee research scientists. It is made by blending
maltodextrin, fructose, and glucose (see each ingredient in glossary). OptiCarb’s unique blend of three carbohydrate
sources is designed to provide immediate and sustained energy for endurance in an easy-to-absorb form. It is a key
ingredient complex in Shaklee Performance® Maximum Endurance Sports Drink Mix.

Kami ialah PENGEDAR SAH SHAKLEE anda di Bandar Saujana Putra! Sila SMS/ WhatsApp ke +6010-4289601 (Hanis) untuk self pick-up di Bandar Saujana Putra.

Your Shaklee Independent Distributor
Hanis Amin
♥ SMS | WhatssApp | Telegram : 010-4289601
♥ Shaklee ID : 837662
♥ FB Page : http://www.facebook.com/HanisHealthyLife
♥ Email : hanisamin@gmail.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge