Cara atasi rengat selepas bersalin

Cara atasi rengat selepas bersalin

Alhamdulillah, Isnin lepas (19/10/2015) saya dah selamat bersalinkan bayi yang ketiga. Kali ni dapat baby boy pula. Kali ni sakit contraction sangat kuat. Rasa macam nak menangis ada, nak menjerit pun ada. Tapi cuba tahan dengan teknik bernafas dan berimaginasi benda lain. Nanti lain kali saya share pengalaman bersalin ketiga ni ya.

Kali ni nak share tentang rengat. Lepas je baby keluar, masih terasa lagi sakit macam sakit contraction. Nurse check takut ada darah beku tapi katanya takde. Ada yang kata rengat ni mengikut bilangan anak. Makin banyak makin kuat dan lama. Masa anak pertama tak pernah kena rengat ni. Masa anak kedua ada juga tapi tak la kuat sangat dan tak lama. Kali ni memang agak kuat, macam senggugut kuat terutama bila baby menyusu. Rasa nak minta baby stop menyusu cepat-cepat.

 

Apa itu rengat?

Rengat ni sebenarnya rasa sakit macam sengugut atau rasa macam contraction tu. Sakit ni terjadi disebabkan pengecutan peranakan ibu lepas melahirkan. Dalam bahasa omputih pulak adalah after birth contractions atau pon after pains. Memang rengat ni terjadi lepas kita melahirkan anak tak kira la anak ke berapa. Sebab kalau nak jadi memang tetiba je jadinya.

Diikutkan, rengat ni bukanlah satu masalah serius dan berbahaya. Sebabnya kalau diikutkan logik pon rahim kita dah menghabiskan masa selama 9 bulan untuk membesar. Lebih kurang 25 kali lebih besar daripada saiz asal. Dan sebenarnya rengat ni membantu rahim kita untuk mengecut kembali dalam masa 4 ke 6 minggu selepas melahirkan. (sumber)
Ada juga yang kata, Bagi ibu yang darahnya tidak habis keluar bersama uri maka mereka berisiko mendapat sakit rengat. Menurut bidan urut berpengalaman, Zainab Ibrahim, kesakitan yang dialami oleh ibu-ibu yang diserang rengat sama seperti kesakitan kontraksi hendak melahirkan anak. Ketulan darah yang bergerak-gerak dalam rahim ibu atau merian seolah-olah seperti ada seorang bayi lagi yang perlu dikeluarkan. Biarpun semasa proses kelahiran, darah kotor ibu sudah keluar banyak bersama uri namun sekiranya tertinggal secebis darah, rasa sakit rengat tetap dirasakan oleh ibu. Kesannya ibu mengalami masalah rahim yang tidak mengecut. Perut ibu tetap buncit sehingga menyebabkan bentuk badan serta wajah sembab atau masih kelihatan seperti wanita hamil. (sumber)
Walaupun tidak merbahaya tetapi ia menyebabkan ketidak selesaan pada ibu. Ada ibu yang sampai hampir terlepas bayi yang dipegang kerana terlampau sakit. Biasanya doktor akan bagi painkiller untuk menghilangkan seketika rasa sakit tersebut.

Cara atasi rengat selepas bersalin

1. Cuba kencing dengan kerap. Sebab punci kencing yg penuh akan mengambil ruang rahim. Sebab tu la rengat boleh terjadi. In fact bukan takat sakit je. Pendarahan pon boleh jadi lebih teruk lagi.
2. Jangan tahan dari buang air besar.
3. Berurut dapat melancarkan peredaran darah terutama di kawasan rahim dan dapat kurangkan sakit rengat.
4. Bertungku juga dapat membantu mempercepatkan rahim mengecut dan membantu darah yang tersekat untuk keluar dari badan.
5. Sapu krim atau minyak panas. Semasa di hospital, boleh bawa siap-siap krim atau minyak panas dalam beg. Jadi sementara nak tunggu keluar hospital, jika kena rengat boleh sapu krim/minyak panas untuk kurangkan rengat.
6. Minum air ibu kunyit. Ibu kunyit dikatakan boleh mempercepatkan pengecutan rahim tapi tak boleh ambil banyak-banyak. Ada yang ambil secawan sehari selama 3 hari sahaja atau 3 kali untuk sehari sahaja. (sumber)

Cara buat air ibu kunyit

Cara atasi rengat selepas bersalin
Blender ibu kunyit dengan sedikit air, campurkan dengan air suam/panas dan minum. Ada juga yang campur dengan sedikit garam kasar. Ada juga yang campur dengan gula merah dan asam jawa.
Sepanjang di hospital memang saya sapu krim panas di bahagian bawah perut setiap kali terasa sakit. Semalam hari pertama berurut dan bertungku. Alhamdulillah, selepas urut dan tungku makin kurang rasa rengat. Bila bayi menyusu pun rasa sikit-sikit je lagi. Bila menyusukan bayi memang membantu rahim untuk mengecut lebih cepat sebab tu rasa sakit sikit. Bagi ibu-ibu yang menyusukan bayi, cuba bertahan sikit ya. Kalau ada yang terkena rengat, boleh la cuba petua di atas.

Kami ialah PENGEDAR SAH SHAKLEE anda di Bandar Saujana Putra! Sila SMS/ WhatsApp ke +6010-4289601 (Hanis) untuk self pick-up di Bandar Saujana Putra.

Your Shaklee Independent Distributor
Hanis Amin
♥ SMS | WhatssApp : 010-4289601
♥ Shaklee ID : 837662
♥ FB Page : http://www.facebook.com/HanisHealthyLife
♥ Email : hanisamin@gmail.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

  1. Pingback: Buasir selepas bersalin - Hanis Healthy LifeHanis Healthy Life