Order sekarang!


atau SMS/WhatsApp/Telegram :

010-4289601 (Hanis)

Best selling!!
Dapatkan info terkini segera..

* Setiap testimoni yang tertulis dalam laman web ini adalah pengalaman dari pelanggan sendiri dan hasil dari setiap pelanggan mungkin berbeza antara satu sama lain. Namun ini tidak bermakna vitamin ini boleh mengubat atau menyembuhkan penyakit. Sila konsult dengan pengedar anda untuk lebih lanjut.

PERHATIAN : Konsultasi selepas pembelian produk dan jadual pengambilan adalah khas untuk pelanggan kami sahaja. Sila rujuk pengedar anda untuk jadual pengambilan & kosultasi selepas pembelian. Terima kasih.
Free Palestine, Pray 4 Syria
Tabung Kecemasan Gaza Aqsa Syarif di sini :
http://on.fb.me/1jlP2li
Akaun Maybank Islamic : 551575-004299
akaun Bank Islam : 1209-20100-34904
email : projects@aqsasyarif.org.my

Tabung Kasih Ummah Syria
Bank Islam Malaysia Berhad
120290 100 63512
(Pertubuhan IKRAM Malaysia)
email : i4syria315@gmail.com

Assalamualaikum…

Adakah vitamin tambahan diperlukan oleh seorang ibu yang menyusukan anak?

Jawapannya, ia adalah pilihan.

Mengambil makanan tambahan adalah pilihan kepada mereka yang sihat, dan mungkin ‘kewajipan’ bila dah sakit. Misalnya, apabila kita demam berpanjangan, adakalanya doktor memberi pil vitamin di samping ubat-ubatan untuk melegakan sakit kita tu.

Mengapakah ibu hamil dibekalkan dengan pil vitamin tapi tidak ibu yang menyusukan?

Ini adalah kerana target pihak kesihatan sedunia untuk mengelakkan/mengurangkan risiko semasa hamil dan kelahiran, terutama yang melibatkan bayi dan ibu tersebut. Ibu hamil yang tidak cukup nutrisi terdedah kepada banyak risiko kesihatan, misalnya anemia. Dan ia boleh memberi kesan kepada bayi yang dikandung. Terdapat kajian yang menyatakan, kekurangan nutrisi semasa kehamilan mendedahkan bayi tersebut kepada risiko penyakit kronik apabila dewasa kelak.

Begitu juga dengan saat-saat menghadapi kelahiran. Ibu memerlukan nutrisi yang cukup bagi mengelakkan risiko semasa kelahiran misalnya tumpah darah yang boleh menyebabkan maut. Jadi nutrisi tambahan adalah penting untuk ibu hamil. Saban tahun di kawasan penduduk miskin di negara-negara seperti India, di mana kesedaran tentang nutrisi tambahan adalah kurang, bilangan kematian ibu dan bayi kian meningkat. Malah di India, amalan pemberian madu lebah kepada bayi baru lahir meningkatkan risiko kematian bayi.

Berbeza dengan individu lain, sekalipun ibu yang menyusukan kerana ia tidak lagi melibatkan risiko seperti di atas. Tidak ada doktor yang menyuruh pesakitnya mengambil vitamin, melainkan pesakitnya menunjukkan ciri-ciri kekurangan vitamin, ataupun doktor tersebut adalah ejen/penjual vitamin. Jadi, selain dalam keadaan sakit dan berisiko, pengambilan vitamin tambahan adalah pilihan.

Namun, ternyata pilihan mengambil vitamin tambahan adalah yang terbaik, kerana:

  • Pengambilan antioksidan memusnahkan radikal bebas dalam badan – mengurangkan risiko terkena kanser dan penuaan pramatang.
  • Memberi nutrisi yang cukup demi menampung keperluan vitamin dan mineral harian.
  • Membina dan memulihkan sel-sel yang rosak akibat pemakanan yang tidak sihat; pencemaran alam sekitar seperti asap rokok dan kenderaan; stress dan sebagainya.
  • Memulihkan tenaga terutama bagi mereka yang sibuk.
  • Memberi makanan kepada sel, bukan sekadar makanan perut untuk kenyang sahaja.
  • Banyaknya kemusnahan yang berlaku pada sumber vitamin dari bahan makanan asli.
  • Makanan yang diproses, meskipan pada asalnya berkhasiat, namun pengawet atau bahan lain yang dicampur mengurangkan khasiatnya.

Bagi Muslim, menjaga kesihatan termasuk dalam 5 perkara : Sihat sebelum sakit. Orang Islam perlu berada dalam keadaan sihat dan sentiasa bersedia bagi memudahkan urusan ibadah dan sebagainya. Sebelum mengalami kekurangan vitamin, atasinya dengan mengambil pemakanan tambahan agar badan kita terpelihara dari sebarang gejala kekurangan vitamin.

Bagi ibu yang menyusukan anak, benar tanpa pengambilan vitamin, susu badan tetap berkualiti. Namun sebagai individu yang istimewa, seorang ibu menyusu memerlukan lebih nutrient dari orang lain.

  • Memerlukan 25% lebih kalori dari orang lain.
  • Memerlukan lebih kalsium.
  • Memerlukan zat besi, vitamin B, dan mineral-mineral lain.

Ibu yang mengalami malnutrition (tidak cukup nutrisi) masih mampu menghasilkan susu yang banyak, bergantung kepada keperluan bayi dan kekerapan ibu membuat stimulasi kepada payudaranya. Namun untuk memastikan kesihatan ibu berada di tahap optimum, yang mana dalam beberapa kes, nutrisi dalam badan ibu diserap ke dalam susu, misalnya vitamin B, menyebabkan ibu menghadapi kekurangan vitamin tersebut. Tidak hairanlah ibu menyusu lebih cepat kepenatan dan lesu.

Namu itu tidak bermakna, ibu yang kurang nutrisi patut memberhentikan penyusuan, tidak sama sekali. Walau bagaimana kurang nutrisi yang dihadapi oleh seorang ibu itu, susu badan adalah yang terbaik bagi bayinya.

Jadi, terpulanglah kepada diri sendiri. Pengambilan vitamin tambahan bukan perkara wajib, namun bagi menjaga kesihatan, ia adalah perlu. Ramai tokoh negarawan dan orang terkenal yang kelihatan sihat, cantik, gagah dan cerdas adalah pengamal vitamin tambahan termasuk Tun Mahathir (bekas Perdana Menteri), Aunty Nani Rostam (bekas model, ibu kepada Hanis Zalikha) dan ramai lagi. Baca tentang Rahsia Tun Mahathir Kekal Sihat di Usia Emas di sini.

sumber : Shaklee Trial Pack

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.

Berminat?

Hubungi saya di hanisamin@gmail.com atau SMS ke 010-4289601 (Hanis) untuk konsultasi mahupun maklumat lanjut.


Leave a Reply

CommentLuv badge

Translator
Translator Plugin
Ayat seribu dinar
Ahlan wasahlan…
Assalamualaikum & selamat sejahtera

Selamat datang ke Hanis Healthy Life. Hanis Amin adalah pengedar Shaklee yang sah, yang juga pengguna kepada produk Shaklee.

Untuk sebarang pertanyaan, hubungi kami di
email : hanisamin@gmail.com
sms/WhatsApp : +6010-4289601

Terima kasih.

Hazu Enterprise (SA0175455-W)

Set Istimewa untuk anda!

Breastfeeding Set
(Set Penyusuan)

Testimonial : KLIK SINI

==========================

Confinement Set
(Set Berpantang)

Testimonial : KLIK SINI

==========================

Skin Care Set
(Set Penjagaan Kulit)

Testimonial : KLIK SINI

==========================

Healthy Weight Set
(Set Berat Badan Sihat)

Testimonial : KLIK SINI

==========================

Baby & Children Health
(Kesihatan Bayi & Kanak-kanak)

Informasi


Sertai kami di Facebook!


Ada pertanyaan atau komen?