Pengalaman anak kena impetigo

Pengalaman anak kena impetigo

 

Assalamualaikum…

Hari ni nak share pengalaman anak kena impetigo. Impetigo ni jangkitan bakteria pada kulit yang menyebabkan gelembung pada muka atau badan. Boleh baca lanjut tentang impetigo di SINI, saya ada sharekan sebelum ni.

Kisah ni bermula 3 minggu lepas bila Zilal bangun pagi Jumaat nak pergi tadika macam biasa. Nampak kat bawah bibir kanan dia macam ada gelembung besar. Macam melecet pun ada. Ayahnya kata sebab dia selalu pegang2 bibir masa nak tidur, jadi mungkin luka. Balik dari tadika, tengok gelembung tu dah pecah dan ada macam tompok merah-coklat(macam luka) di bawah bibir dan atas mata. Agaknya sebab cairan gelembung tu terkena ke mata kot. Sabtu tengah hari tengok macam makin banyak pula kesan ‘comot’ tapi tak de gelembung pun. Malam tu baru perasan ada gelembung kecil tepi bibir dan dagu.

Pengalaman impetigo

Sabtu malam

Terus buat keputusan nak bawa ke klinik esoknya. 2 malam tu, dia asyik mengamuk dan menangis je. Agaknya rasa tak selesa kot. Bila tanya gatal ke? Dia kata tak. Bila tanya sakit ke? Dia kata tak, tapi tak mau basuh muka. Bila basuh dia kata sakit. Agaknya pedih bila kena air. Esoknya kami cuba bawa ke klinik Pakar Kanak-kanak, Klinik Adek. Tapi tutup. Yelah, hari ahad kan. Terus decide untuk ke Hospital Shah Alam bahagian kecemasan (sbb ahad Klinik Kesihatan tutup).

Anak dara ni memang susah jumpa doktor. Masuk bilik doktor je dah menangis. Doktor tengok muka (tak pegang lagi) dah menjerit. Akhirnya dalam mengamuk tu kena juga ambil darah sebab doktor nak check. Alhamdulillah juga bawa ke Hospital Shah Alam, dalam masa sejam terus dalam keputusan ujian darah. Kalau klinik swasta, mungkin nak kena datang lain kali untuk tahu result sebab takde lab sendiri. Doktor beritahu darahnya clean, tiada kesan virus. Jadi mungkin kena penyakit Impetigo. Sebelum tu saya dah search, hasilnya yang saya jumpa sama ada impetigo atau herpes. Tapi doktor kata bukan herpes sebab darah clean. Tapi kalau dalam seminggu tak baik juga, bawa semula dan doktor akan check semula.

Doktor minta supaya dia tak ke sekolah dan cuba jauhkan dari abang dan adiknya, takut berjangkit. Katanya impetigo ni boleh juga kena pada orang dewasa tapi biasa orang dewasa ni antibodi kuat untuk lawan bakteria tu. Dan ia tak berjangkit melalui udara, hanya melalui sentuhan. Bila sentuh tempat jangkitan kemudian sentuh benda lain, orang lain yang pegang benda tu boleh terkena juga.

Zilal dapat 4 ubat. Ubat antibiotik, ubat sapu, ubat demam(utk tahan sakit jika perlu), ubat gatal(jika perlu). Doktor bagitau je ubat-ubat tu, ummi dah garu kepala. Anak dara ni sangat sangat sangat la susah makan ubat. Dia pandai kontrol mulut dia supaya ubat tu tak masuk langsung, disamping hikmat tendang, pukul dan meronta yang sangat kuat. Ayah dia pun boleh berpeluh pegang tau! Dari kecik Zilal memang tak pernah sakit. Masa umur 2 tahun lebih baru sakit yang perlukan ubat. Sebelum tu, kalau sakit sikit-sikit memang ummi bagi vitamin Shaklee je. Kejap je dah sembuh.

Tanya doktor tak boleh ke kalau ubat sapu sahaja. Katanya sebab ada kena dekat mulut dan mata, tak boleh sapu kat situ. Jadi kena juga makan antibiotik. Hari Isnin bermula la wrestling bagi makan ubat. Sekali je bagi makan ubat gatal dan tahan sakit tu, yang lain tu bagi antibiotik sahaja sebab tak larat nak paksa dia.

pengalaman impetigo

Hari selasa, dah tak ada gelembung baru

Memang kesian tengok dia masa ni. Zilal sangat suka tengok cermin tapi sepanjang sakit ni langsung dia tak nak tengok cermin. Masa ambil gambar di atas pun dia tak mahu tengok semula gambar dia. Muka dia sedih bila kata ‘jangan cium adik’. Tapi ummi bagi ‘can’ dia baring sebelah adik. Sambil tu, ummi ambil nutriferon dengan doa dan harapan supaya antibodi adik Zubair kuat sikit dan tak terkena jangkitan. Abang Muadz pun ummi bagi nutriferon. Dalam susu Zilal pun ummi campurkan sikit nutriferon. Baju-baju Zilal ummi rendam air panas dan basuh asing.

Pengalaman impetigo

Hari Jumaat – Zilal dah cantik cuma comot sikit sebab baru lepas makan

Alhamdulillah, hari Jumaat muka Zilal dah bersih, cuma tinggal sikit-sikit je lagi kesan. Masa ni, lepas ambil gambar sibuk dia nak tengok muka dia. Bila tunjuk gambar masa dia sakit tu, dia buat muka sedih sambil cakap, “Lal cacit(sakit).” Alhamdulillah Zubair dan Muadz tak terkena jangkitan sekali. Memang mencabar pengalaman anak kena impetigo ni. Tapi kalau tak kena, saya pun tak tahu tentang penyakit ni.

Lepas habis ubat antibiotik, saya terus beli Meal Shakes untuk dicampurkan dalam susu dia. Satu yang kurang baik tentang antibiotik ni sebab dia bunuh semua bakteris sama ada bakteria baik mahupun jahat. Sedangkan sistem usus kita perlukan bakteria baik. Jadi, saya bagi Meal Shakes sebab dalamnya mengandungi Acacia Gum (Gam Arab) yang berfungsi sebagai prebiotik iaitu makanan kepada bakteria baik. Selain itu, Meal Shakes juga membantu meningkatkan sistem imunisasi kanak-kanak dan beri nutrient dan gizi seimbang (sepanjang sakit Zilal kurang makan, dah kurus dah). Selepas ni, memang tak nak tinggal bagi Meal Shakes. Hari tu berhenti sekejap sebab stok di rumah dah habis dan asyik tak sempat nak beli baru. Nutriferon pula bekalan yang sentiasa ada di rumah terutama di masa-masa kecemasan, ada tanda-tanda tak sihat.

Harapnya pengalaman jaga anak impetigo ni membantu ibu-ibu lain yang mengalami masalah yang sama.

mealShake

Meal Shakes membantu memberikan nutrisi tambahan kepada anak-anak di samping menguatkan sistem imunisasi.

Bagaimana nutriferon berfungsi

Ada promosi untuk nutriferon bulan ni tau!!

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.

Kami ialah PENGEDAR SAH SHAKLEE anda di Bandar Saujana Putra! Sila SMS/ WhatsApp ke +6010-4289601 (Hanis) untuk self pick-up di Bandar Saujana Putra.

Your Shaklee Independent Distributor
Hanis Amin
♥ SMS | WhatssApp : 010-4289601
♥ Shaklee ID : 837662
♥ FB Page : http://www.facebook.com/HanisHealthyLife
♥ Email : hanisamin@gmail.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge