Assalamualaikum…
Alhamdulillah, tak lama lagi rombongan-rombongan haji akan mula berangkat ke tanah suci untuk mengerjakan ibadah haji. Sebelum berangkat, persediaan fizikal, emosi & ruhi sangat-sangatlah perlu dijaga. Dengan cuaca yang sangat panas dan suasana yang sesak, memang mudah sangat untuk jatuh sakit di sana.
Saya sendiri pernah mengerjakan umrah dengan keluarga semasa di sekolah menengah. Memang rindu sangat untuk ke sana lagi. InsyaAllah kalau ada rezeki mahu ke sana bersama-sama suami & anak-anak pula.
Untuk bakal-bakal haji & umrah, jom baca antara tips-tips persediaan sebelum ke tanah suci.
Persediaan fizikal :
- Lakukan pemeriksaan kesihatan
- Bawa bekal ubat-ubatan yang perlu
- Bawa bekalan supplemen supaya dapat jalankan ibadah dengan lebih baik dengan kesihatan yang baik
- bawa pelembap bibir sama ada lelaki mahupun perempuan
- Bawa krim pelembap untuk kulit terutama bahagian kaki bagi lelaki
- Menghadiri kursus persediaan untuk jemaah haji & umrah
- Banyak membaca buku-buku tentang haji & umrah
Persediaan ruhi & emosi :
- Banyakkan bersabar & istighfar – keadaan di tanah suci yang panas & sesak memang menguji kesabaran. Jadi, berlatihlah dari di Malaysia, banyakkan bersabar & beristighfar bila berlaku kejadian yang tidak diingini
- Mendekatkan diri dengan Allah dengan pelbagai ibadah sunat
- Pasang niat ikhlas untuk beribadah, bukan untuk pergi shopping
- Banyakkan berdoa supaya mendapat haji mabrur
- Jaga akhlak
- Cuba fahami maksud2 bacaan semasa haji/umrah
Berminat?
Hubungi saya di hanisamin@gmail.com atau SMS ke 010-4289601 (Hanis) untuk konsultasi mahupun maklumat lanjut.