Petua Hilangkan Demam Selsema Dengan Cepat

Antara banyak-banyak demam biasa, saya paling tak tahan selsema. Sebabnya saya kalau selsema memang akan teruk. Dalam masa sehari hidung dah melecet dan merah-merah. Biasanya seminggu baru baik. Sepanjang selsema memang akan rasa lemah badan dan pening kepala. Ada yang ambil jalan mudah dengan telan panadol tapi tahukah anda, pengambilan panadol akan merosakkan buah pinggang dalam jangkamasa panjang. Alhamdulillah, saya dah jumpa Petua Hilangkan Demam Selsema Dengan Cepat.

1. Minum air dengan banyak

Bila minum air dengan banyak, kita akan lebih kerap buang air kecil. Jadi virus akan lebih cepat keluar dan badan akan lebih sejuk. Lagi satu, masa selsema kita akan kehilangan air melalui selsema tersebut. Jadi penting untuk menggantikan air yang keluar dari badan kita dengan secukupnya. Boleh juga minum air teh campur limau atau halia untuk mengurangkan kahak.

Petua Hilangkan Demam Selsema Dengan Cepat

2. Sapu minyak bawang putih

Cara membuat minyak bawang putih-Panggang bawang putih dgn kulit sampai masak atau kulitnya sudah hitam, kemudian lenyekkan pada sedikit minyak (minyak masak, minyak zaitun atau virgin coconut oil (VCO), sapu di dada, belakang dan tapak kaki anak ketika batuk selsema. Untuk anak-anak yang selsema pun boleh dibuat sapuan.  (sumber)

Petua Hilangkan Demam Selsema Dengan Cepat

3. Mandi air panas

Mandi air panas dipercayai boleh membantu hilangkan demam. Apabila mandi air panas,buang lendir keseluruhan hidung dan biarkan wap air membuat hidung anda berasa lega. Cara lain adalah dengan menggunakan wap air yang dimasukkan dalam besen, dan hidu wap panas itu. Ia boleh hilangkan hidung tersumbat. Dengan suhu tinggi itu, dipercayai ia boleh membantu mematikan virus melalui saluran pernafasan.

Petua Hilangkan Demam Selsema Dengan Cepat

Cara wap untuk bayi

4. Jaga pemakanan

Kurangkan makanan yang boleh menambahkan mucus dalam badan. Dan banyakkan makanan yang mengurangkan mucus.

Petua Hilangkan Demam Selsema Dengan Cepat

5. Ambil supplemen/makanan yang meningkatkan sistem imuniti

Ambil makanan-makan yang meningkatkan sistem imun badan. Walau bagaimanapun, pastikan makanan tersebut organik tidak menggunakan racun kimia dan penggalak tumbuhan dari badan kimia. Klik gambar di bawah untuk ketahui makanan tersebut.

Petua Hilangkan Demam Selsema Dengan Cepat

 

Pilihan saya, saya akan ambil Vitamin C, Garlic Complex dan Nutriferon. Alhamdulillah, memang cepat kebah. Biasanya saya akan mulakan dengan ambil Vit C 2-3 biji sehari dan 2 biji Garlic Complex. Sekiranya hari ketiga masih belum sembuh baru akan ambil nutriferon. Yelah, nutriferon kan sedikit mahal jadi kena jimat-jimat sikit tapi memang cepat bertindak. Biasanya dalam masa 1 hari dan reda dah pun selsema.

Petua Hilangkan Demam Selsema Dengan Cepat

Cabaran Blogging bersama GenkiMomma, Cahaya Vitamin, Rahsia Vitamin & Keluarga Sihat Ceria

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.

Kami ialah PENGEDAR SAH SHAKLEE anda di Bandar Saujana Putra! Sila SMS/ WhatsApp ke +6010-4289601(Hanis) untuk self pick-up di Bandar Saujana Putra.

Your Shaklee Independent Distributor
Hanis Amin
♥ SMS | WhatssApp : 010-4289601
♥ Shaklee ID : 837662
♥ FB Page : http://www.facebook.com/HanisHealthyLife
♥ Email : hanisamin@gmail.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

    • Selepas bersalin memang akan alami rambut gugur sebab perubahan hormon. Tapi kalau teruk sangat mungkin sebab kurang nutrisi. Boleh cuba ambil ESP dan Zinc. Memang sangat membantu atasi rambut gugur. Selain tu, membantu menyihatkan badan dan membantu penyusuan juga