Vitamin Shaklee Kesukaan Saya? Semua vitamin Shaklee saya suka. Lagi pula sebab saya tahu keistimewaan setiap satunya. Memang rasa nak ambil semua. Rasa susah nak pilih satu sahaja sebab memang ada beberapa yang saya sentiasa konsisten. Jadi, saya senaraikanlah semua Vitamin Shaklee Kesukaan Saya.
1) Ostematrix
Kalau diminta pilih satu, ini yang pertama. Kenapa saya suka Ostematrix? Boleh baca :
Shaklee Effect : Kenapa saya suka Ostematrix?
Shaklee Effect : Kenapa saya suka Ostematrix? – Bah. 2
2) Vitamin C
Dari dulu lagi sistem imuniti saya memang agak rendah. Mudah berjangkit bila ada orang sekeliling saya yang tak sihat. Baru baik tapi kalau ada kawan yang selsema, akan berjangkit sekali lagi. Jadi Vitamin C ni memang teman baik saya. Alhamdulillah, saya dah jarang sakit sejak ambil supplemen. Ops, bukan tak pernah sakit ya cuma dah berkurangan. Kalau sakit pun jarang berpanjangan.
Vitamin C Shaklee, Bukan Sekadar Vitamin C. Memang banyak kegunaannya dan berbeza dengan Vitamin C yang lain. Semasa tak sihat, saya akan ambil 2-4 biji sehari untuk membantu menguatkan lagi sistem imun saya secara intensif.
3) B Complex
Satu lagi vitamin Shaklee kesukaan saya ialah B complex. Menjadi ibu memang kadang-kala cepat stress dan letih. Mana nak uruskan anak-anak, rumah, suami ditambah lagi dengan bisnes. Saya juga mengalami masalah tidak boleh berdiri terlalu lama atau terlalu banyak berjalan. Mulalah sakit dari tumit sehingga ke pinggul. Kalau sakit sangat memang sampai susah nak tidur dan berjalan. Pernah nak jejak lantai pun tak boleh. Mungkin kesan sebab pernah jatuh terduduk semasa belajar dulu. Bila ke klinik doktor beri vitamin B Complex, katanya ada berkaitan dengan saraf dan vitamin B membantu saraf. Jadi, sekarang bila mula nak rasa sakit tu saya akan ambil 2-3 biji B complex sehari.
B complex juga boleh membantu mengurangkan sakit tau. Memang banyak kebaikan B complex ni. Boleh baca lanjut di SINI. Vitamin C dan B ini larut air tau, jadi memang perlu ambil setiap hari untuk kesihatan badan yang optimum.
4) Nutriferon
vitamin Shaklee kesukaan saya yang terakhir, Nutriferon. Tidak seperti yang lain, yang mana memang saya ambil setiap hari, Nutriferon ni tak perlu diambil setiap hari tapi memang first aid kit yang sentiasa ada dalam handbag saya. Ia disedakan dalam peket kecil atau sachet, jadi memang mudah sangat nak bawa berjalan. Kalau keluar berjalan dan rasa tak sihat, saya akan ambil 1 sachet. Nak bancuh dalam air boleh, nak masuk terus dalam mulut kemudian minum air pun boleh. Mudahkan. Kalau dah 2-3 hari tak sihat, saya akan terus ambil dengan 2 biji vitamin C sehari. Mungkin sistem imun belum dikejutkan sepenuhnya, jadi kena bagi booster lebih lagi.
Inilah semua Vitamin Shaklee kesukaan saya. Jom kongsikan apa pula Vitamin Shaklee kesukaan anda?
Cabaran Blogging bersama GenkiMomma, Kedai Nutrisi, Awesome Vitamins & AieSarang
* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.
Kami ialah PENGEDAR SAH SHAKLEE anda di Bandar Saujana Putra! Sila SMS/ WhatsApp ke +6010-4289601(Hanis) untuk self pick-up di Bandar Saujana Putra.
Your Shaklee Independent Distributor
Hanis Amin
♥ SMS | WhatssApp : 010-4289601
♥ Shaklee ID : 837662
♥ FB Page : http://www.facebook.com/HanisHealthyLife
♥ Email : hanisamin@gmail.com
rasa susah kan nak pilih..semua vitamin shaklee pun Nur suka
ada kisah trsendiri setiap satu tu
nur razali recently posted…Vitamin Shaklee Kesukaan Saya
Betul sangat kak nur. Nak tulis semua kang jadi panjang sangat plak. huhuhu
byknya vitamin kesukaan..semuanya kita suka. tak tau nk pilih yg mane satu
Saya pun sukakan Vita C!! Terbaekkk..
Nur recently posted…Vitamin Shaklee Kesukaan Saya
Vitamins Shaklee Terbaik

Nad Dhiya recently posted…Destinasi Percutian Idaman Saya
Tak sabar nak tggu nutriferon ada balik
Kan.. lama betul takde. Nasib ada sikit simpanan untuk diri sendiri
semenjak demam minggu lepas daku terus jatuh cinta dengan Nutriferon ..superb mmg berkesan untuk demam.
auntiekemai recently posted…Cara Hilangkan Jerawat |Tips MURAH dan BERKESAN