Order sekarang!


atau SMS/WhatsApp/Telegram :

010-4289601 (Hanis)

Best selling!!
Dapatkan info terkini segera..

* Setiap testimoni yang tertulis dalam laman web ini adalah pengalaman dari pelanggan sendiri dan hasil dari setiap pelanggan mungkin berbeza antara satu sama lain. Namun ini tidak bermakna vitamin ini boleh mengubat atau menyembuhkan penyakit. Sila konsult dengan pengedar anda untuk lebih lanjut.

PERHATIAN : Konsultasi selepas pembelian produk dan jadual pengambilan adalah khas untuk pelanggan kami sahaja. Sila rujuk pengedar anda untuk jadual pengambilan & kosultasi selepas pembelian. Terima kasih.
Free Palestine, Pray 4 Syria
Tabung HUMANITARIAN CARE MALAYSIA BERHAD :
Maybank Islamic : 5515 7500 4299
Bank Islam : 1209 2010 0349 04
CIMB : 8602 135 592
Website: www.mycare.org.my

Assalamualaikum..

Jom kita ikuti artikel dari Utusan ini.

APABILA mengangkat barang, ramai yang lazimnya membongkokkan badan, padahal mereka sepatutnya membengkokkan kaki bagi gerak mengusung yang diperlukan. Pekerja pejabat pula duduk di meja dan menghadap komputer berjam-jam tanpa regangan. Setelah penat bekerja dan pulang ke rumah, ada yang terlena di atas sofa ketika menonton televisyen. Adakah senario itu menyamai rutin harian anda? Jika benar, anda menghampiri insiden sakit belakang.

Menurut Pakar Ortopedik, Trauma dan Pembedahan Tulang, Dr. Chang Kok Chun, sakit belakang adalah masalah biasa pada semua lapisan umur kecuali kanak-kanak.

Tambahnya, boleh dikatakan setiap orang akan mengalami sekurang-kurangnya sekali seumur hidup.

“Jika masalah ini berlarutan, mereka yang mengalaminya perlu segera berjumpa doktor.

Setidak-tidaknya mereka perlu mendapatkan pandangan doktor berkenaan punca sakit belakang yang dialami lebih-lebih lagi jika berlarutan.

Walaupun penyakit serius seperti kanser dan jangkitan kuman tulang belakang, jarang berlaku dalam kalangan wanita muda namun penyakit lain yang juga boleh menyebabkan sakit belakang seperti batu karang perlu dipertimbangkan.

Pesakit juga tidak patut bergantung kepada ubat penahan sakit kerana ia boleh menyebabkan kesan sampingan dalam jangkamasa panjang seperti kerosakan buah pinggang dan sakit gastrik,” ujarnya.

Jenis sakit Dr. Kok Chun menjelaskan, sakit belakang secara umumnya dibahagikan kepada dua kumpulan.

Menurutnya, 90 peratus kes adalah dalam kumpulan ‘fungsi ‘ iaitu sakit belakang tanpa perubahan dikesan dalam X-Ray atau Imbasan Pengimejan Resonans Magnetik (MRI).

“Ramai daripada pesakit ini wanita bekerja atau berumahtangga. Kebanyakan mereka bekerja dan duduk di kerusi untuk masa yang lama. Postur duduk yang buruk menyumbang kepada sakit belakang.

“Satu lagi ciri kumpulan ini ialah mereka yang kurang bersenam atau aktiviti rekreasi kerana sibuk dengan kerja pejabat dan rumah. Mereka tidak sihat secara fizikal dan mental. Kepenatan, stres dan sedikit sebanyak tekanan menyebabkan mereka merasa kesakitan belakang lebih daripada orang biasa.

“Kerja mengangkat (heavy lifting ) yang jarang dilakukan mencetus lumbago (severe low back pain) kerana teknik yang salah dan kelemahan fizikal,” ujarnya.

Dalam pada itu, 10 peratus yang lain menghidap sakit belakang yang asli dengan perubahan dikesan dalam X-Ray dan MRI.

Tambah Dr. Kok Chun, kebanyakan mereka mengalami masalah kemerosotan struktur tulang rawan tulang belakang yang dikenali sebagai degenerative disk disease, dan kadang kala slip disk ( prolapse Intervertebral disk).

“Disk adalah tulang rawan di antara segmen-segmen tulang belakang. Ia terdiri daripada tisu serat annular fibrosus yang mengelilingi tisu gelatin nucleus pulposus di tengah-tengah.

Disk berfungsi sebagai penyerap hentakan dan membolehkan mobiliti tulang belakang. Ia merosot dengan umur iaitu disk kehilangan kelembapannya. Ini boleh dikesan dengan MRI.

“Harus diingatkan bahawa bukan semua disk yang merosot menyebabkan sakit belakang,” katanya.

Ini kerana slip disk berlaku apabila disk yang merosot, menonjol dan menekan atas saraf tunjang. Tanda-tandanya adalah sakit belakang yang diiringi oleh sakit menuju ke kaki dan bawah paras lutut (sciatica ).

Biasanya ia berlaku tiba-tiba apabila tunduk mengangkat benda berat. Kemudian, sakit belakang reda dalam masa dua hingga tiga minggu semasa sakit menuju ke kaki semakin bertambah.

“Bertambahnya tekanan axial (paksi) atas tulang belakang semasa mengangkat berat menyebabkan gelang annular fibrosus meletup (sakit belakang) sehingga mengeluarkan bunyi ‘pop’. Ini diikuti gelatin daripada nucleus pulposus secara beransur-ansur terlepas keluar dan menekan atas saraf tunjang (sakit saraf sciatica menuju ke kaki),” katanya.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/info.asp?y=2012&dt=0624&pub=Utusan_Malaysia&sec=Kesihatan&pg=kn_04.htm#ixzz2oeVrukIj
© Utusan Melayu (M) Bhd

 

Adakah supplemen Shaklee yang dapat membantu?

set sendi

Kata Pengguna :

testi-sakit belakang

Walau bagaimanapun, sekiranya kerap sakit, saya cadangkan anda berjumpa doktor dan check betul-betul puncanya dahulu ya.

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.

Berminat?

Hubungi saya sekarang!!
Your Shaklee Independent Distributor
Hanis Amin
♥ SMS | WhatssApp : 010-4289601
♥ Shaklee ID : 837662
♥ FB Page : http://www.facebook.com/HanisHealthyLife
♥ Email : hanisamin@gmail.com

Comments are closed.

Translator
Translator Plugin
Ayat seribu dinar
Ahlan wasahlan…
Assalamualaikum & selamat sejahtera

Selamat datang ke Hanis Healthy Life. Hanis Amin adalah pengedar Shaklee yang sah, yang juga pengguna kepada produk Shaklee.

Untuk sebarang pertanyaan, hubungi kami di
email : hanisamin@gmail.com
sms/WhatsApp : +6010-4289601

Terima kasih.

Hazu Enterprise (SA0175455-W)

Set Istimewa untuk anda!

Breastfeeding Set
(Set Penyusuan)

Testimonial : KLIK SINI

==========================

Confinement Set
(Set Berpantang)

Testimonial : KLIK SINI

==========================

Skin Care Set
(Set Penjagaan Kulit)

Testimonial : KLIK SINI

==========================

Healthy Weight Set
(Set Berat Badan Sihat)

Testimonial : KLIK SINI

==========================

Baby & Children Health
(Kesihatan Bayi & Kanak-kanak)

Informasi


Sertai kami di Facebook!


Ada pertanyaan atau komen?