Shaklee Effect : Kenapa saya suka Ostematrix?
Assalamualaikum…
Sejak saya cuba Ostematrix, jarang-jarang saya tinggal produk istimewa ini. Saya mula ambil sejak menyusukan anak pertama iaitu Muadz. Mula-mula ambil set asas penyusuan je. Lepas Muadz dah setahun baru ambil set 3M dan terus jatuh cinta dengan ostematrix ni. Masa mengandungkan Zilal, memang langsung tak tinggal sampailah ke hari ini.
Nak tau ostematrix ni apa?
OsteMatrixTM membekalkan nutrien-nutrien harian termasuk kalsium yang dapat membantu dalam pembentukan dan penjagaan tulang dan gigi. Ia juga mengandungi magnesium, vitamin D dan mineral zink, tembaga dan manganese untuk membantu dalam memelihara kesihatan yang baik. Kaplet yang bersaiz kecil dan disalut licin ini juga mudah ditelan.
Membekalkan 1,000 mg (100% DV) unsur kalsium daripada sumber-sumber yang mempunyai tahap kepekatan yang tinggi dan mudah diserap dari alam semula jadi, 400 mg (100% DV) magnesium untuk membantu menggabungkan kalsium ke dalam tulang serta menguatkannya, 400 IU (100% DV) vitamin D untuk merangsang penyerapan kalsium.
Wanita dengan kalsium ni memang sinonim. Memang penting untuk tubuh. Tapi ramai wanita yang mengabaikannya. Ok kembali kepada tajuk.
Nak tau kenapa saya suka ostematrix?
1. Membantu melawaskan
Ini yang paling saya suka. Saya ni dulunya memang susah nak ke tandas. Kadang-kala seminggu sekali. Lepas tu bila nak membuang, mula la bermasalah sampai berdarah-darah. Alhamdulillah, sejak saya amalkan ostematrix sebelum tidur, pagi-pagi memang rutin ke tandas dengan mudah. Kalau makan berlebihan malam tu, pagi tu terasa ‘clear’ perut. Memang saya suka sangat. Lebih-lebih lagi masa pantang, memang mudah kena sembelit tapi alhamdulillah, dengan izin Allah ostematrix dapat membantu saya.
Nak tau, bagaimana ostematrix boleh membantu melawaskan? Baca SINI
2. Melegakan sakit-sakit badan
Kadang-kadang bila kita overload buat kerja, mulalah badan pun nak sakit sana sini. Apatah lagi bila ada anak kecil yang asyik minta didukung. Semalam sebelum tidur kaki saya rasa lenguh sangat, pinggang pula sakit-sakit, rasa nak ada orang tolong urutkan satu badan. Suami tolong urut-urut sikit kaki dan terus lena. Seperti biasa, saya ambil 4 biji ostematrix dan tidur. Alhamdulillah, pagi ni tak terasa macam semalam ada sakit-sakit badan.
Nak tau lagi cerita saya? Klik SINI
3. Melegakan senggugut
Oh, saya juga mempunyai senggugut yang sangat teruk. Masa zaman sekolah dulu, memang sebulan sekali saya akan ponteng sekolah sebab tak larat bangun. Ada masa sampai berpeluh-peluh dan menggigil-gigil. Kata orang, lepas kawin senggugut hilang tapi untuk saya sama sahaja. Biasanya kalau senggugut, saya akan tuam perut dan tidur sepanjang hari. Teringat masa kali pertama senggugut selepas kahwin, suami hilang arah tak tau nak bantu macam mana. Comel sangat. Ada pula yang kata lepas melahirkan anak senggugut hilang tapi saya masih sama.
Alhamdulillah, bila saya amalkan Ostematrix, dengan izin Allah sakit berkurangan. Masih lagi sakit tapi boleh bangun dan buat kerja seperti biasa. Takde la sampai tak boleh bangun langsung.
Boleh baca tips atasi senggugut di SINI juga.
Hari ni saya share 3 dulu ya, esok saya sambung lagi. Nanti kalau tulis panjang-panjang penat pula nak baca. Semua di atas adalah pengalaman saya sendiri. Pengalaman anda mungkin berbeza dengan saya. Apa kata anda kongsikan juga pengalaman anda di ruangan komen.
#shakleeeffectoog bersama blog www.anakkuwiraku.com
* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.
Kami ialah PENGEDAR SAH SHAKLEE anda di Bandar Saujana Putra! Sila SMS/ WhatsApp ke +6010-4289601 (Hanis) untuk self pick-up di Bandar Saujana Putra.
Your Shaklee Independent Distributor
Hanis Amin
♥ SMS | WhatssApp : 010-4289601
♥ Shaklee ID : 837662
♥ FB Page : http://www.facebook.com/HanisHealthyLife
♥ Email : hanisamin@gmail.com
[…] Shaklee Effect : Kenapa saya suka Ostematrix? […]