Order sekarang!


atau SMS/WhatsApp/Telegram :

010-4289601 (Hanis)

Best selling!!
Dapatkan info terkini segera..

* Setiap testimoni yang tertulis dalam laman web ini adalah pengalaman dari pelanggan sendiri dan hasil dari setiap pelanggan mungkin berbeza antara satu sama lain. Namun ini tidak bermakna vitamin ini boleh mengubat atau menyembuhkan penyakit. Sila konsult dengan pengedar anda untuk lebih lanjut.

PERHATIAN : Konsultasi selepas pembelian produk dan jadual pengambilan adalah khas untuk pelanggan kami sahaja. Sila rujuk pengedar anda untuk jadual pengambilan & kosultasi selepas pembelian. Terima kasih.
Free Palestine, Pray 4 Syria
Tabung Kecemasan Gaza Aqsa Syarif di sini :
http://on.fb.me/1jlP2li
Akaun Maybank Islamic : 551575-004299
akaun Bank Islam : 1209-20100-34904
email : projects@aqsasyarif.org.my

Tabung Kasih Ummah Syria
Bank Islam Malaysia Berhad
120290 100 63512
(Pertubuhan IKRAM Malaysia)
email : i4syria315@gmail.com

Buasir selepas bersalin

Satu lagi masalah yang sering ibu selepas bersalin hadapi iaitu buasir. Kali ni selain masalah rengat, saya juga menghadapi masalah buasir selepas bersalin. Hari kedua selepas bersalin baru perasaan ada buasir, itupun bila rasa sakit sangat selepas buang air besar. Memang tersiksa. Nak berjalan sakit, duduk sakit, baring pun sakit. Tak tau nak buat apa. Mulanya saya ingat sakit luka jahitan, sebelum-sebelum ni tak pernah pula rasa macam tu. Lepas buang air, keesokannya dan nak cuci baru terasa ada bengkak besar dan memang sakit bila tersentuh.

Apa itu buasir?

Buasir (piles) ialah sejenis urat simpul (vena varikos) yang berlaku di bahagian dubur, dan ia boleh menyebabkan kesakitan. Terdapat beberapa salur darah lembut di dalam salur dubur. Salur dubur ialah tiub pendek yang menghubungkan rektum dengan dubur (anus). Ia membantu anda mengeluarkan najis dengan cara merembeskan mukus semasa anda membuang air besar.

Salur darah di dalam salur dubur ini boleh membengkak dan terkeluar semasa atau selepas anda membuang air besar. Anda mungkin boleh merasanya sebagai benjolan kecil dan lembut di dalam atau di sekeliling dubur anda. (sumber)

Mengapa ibu hamil/ibu bersalin mengalami buasir?

Semasa anda hamil, jumlah darah dalam badan anda bertambah. Pada masa yang sama, tahap hormon progesteron yang tinggi mengendurkan dinding salur-salur darah.

Salur-salur darah di bawah uterus (rahim) anda pula lebih berkemungkinan untuk membengkak dan meregang akibat tekanan yang diterima daripada berat bayi anda yang sedang membesar. Inilah sebabnya mengapa anda lebih berkemungkinan mengalami buasir dan urat simpul apabila anda hamil. Sembelit, satu lagi masalah berkaitan kehamilan, juga boleh menyebabkan buasir.

Anda juga mungkin mendapat buasir apabila bersalin, iaitu semasa anda meneran untuk mengeluarkan bayi. Dianggarkan seorang dalam lima orang ibu mendapat buasir sehari selepas melahirkan. Biasanya buasir akan surut beberapa minggu selepas anda bersalin.

Buasir adalah perkara biasa semasa hamil. Jika anda pernah mengalaminya sebelum hamil, anda mungkin akan mengalaminya lagi. Ramai juga wanita yang mendapat buasir untuk kali pertama semas mereka hamil. Dianggarkan kira-kira seorang daripada 10 wanita mendapat buasir dalam trimester ketiga. (sumber)

Bolehkah saya mengelakkan buasir?

Ya. Walaupun buasir adalah perkara biasa dalam kehamilan, ia boleh dielakkan. Cara terbaik ialah dengan memastikan anda tidak sembelit, supaya apabila anda membuang air besar, ia berjalan lancar dan mudah.

Tip-tip berikut akan membantu anda:

  • Makan makanan yang berserat tinggi termasuk roti dan pasta bijirin penuh, nasi beras perang dan banyak buah-buahan dan sayur-sayuran.
  • Minum di antara enam dan lapan gelas air sehari supaya anda tidak ternyahhidrat.
  • Cuba bersenam dengan kerap walaupun anda hanya mempunyai masa dan tenaga yang cukup sekadar untuk berjalan.
  • Pergi ke tandas sebaik sahaja anda terasa hendak membuang air. Jika anda tunggu, najis anda akan jadi keras dan kering.
  • Cuba naikkan kaki ke atas bangku semasa anda membuang air besar atau mencangkung. Ini boleh membantu meluaskan ruang untuk najis keluar.

Bagaimana cara mengatasinya?

1. Rendam kawasan terjejas dengan air garam suam. Larutkan garam kasar dalam air panas dan campurkan dengan air untuk jadikan air suam.

2. Sapu minyak kelapa dara dan cuba tolak buasir ke dalam perlahan-lahan.

3. Sapu serbuk biji manjakani. Tumbuk atau kisar biji manjakani sehingga halus, campurkan dengan sedikit air dan letak di kawasan terjejas.

Buasir selepas bersalin

4. Amalkan Ostematrix, Omega Guard dan Zinc Complex.

Buasir selepas bersalin

Apa yang saya buat?

Selepas 2 hari menahan sakit, selepas jumpa je hasil carian google di atas., saya terus check bahan dalam pencuci wanita anugerah yang dibeli dalam set berpantang anugerah. Salah satu kandungannya ada manjakani. Jadi malam tu sebelum tidur saya letakkan sedikit pencuci wanita tersebut, biarkan seketika kemudian bilas bersih. Lepas dah keringkan, sapu pula dengan minyak kelapa dara sambil masukkan sedikit. Alhamdulillah, malam tu saya dapat tidur tanpa rasa sakit walaupun bengkak buasir masih ada.

Buasir selepas bersalin

Alhamdulillah, saya memang mengamalkan zinc complex dan ostematrix, jadi tiada masalah sembelit. Cuma saya tambah pengambilan 2 biji omega untuk membantu mengecutkan bengkak. Esok harinya sebelum mandi herba, saya berendam dalam air garam suam seketika. Saya juga minta suami belikan manjakani dan minta dia tumbuk halus. Malam tu sebelum tidur saya sapu manjakani di tempat bengkak buasir. Esok paginya, WAAHH, bengkak dah hilang!! Alhamdulillah.

Bersyukur juga saya diuji dengan ujian ni, jadi boleh la saya menambah ilmu dan kongsi pada kawan-kawan lain yang mungkin mengalami masalah sama seperti saya. Bila cari rupanya ramai juga ibu-ibu yang mengalami masalah yang hampir sama. Semoga perkongsian ini dapat membantu anda juga!

 

Kami ialah PENGEDAR SAH SHAKLEE anda di Bandar Saujana Putra! Sila SMS/ WhatsApp ke +6010-4289601 (Hanis) untuk self pick-up di Bandar Saujana Putra.

Your Shaklee Independent Distributor
Hanis Amin
♥ SMS | WhatssApp : 010-4289601
♥ Shaklee ID : 837662
♥ FB Page : http://www.facebook.com/HanisHealthyLife
♥ Email : hanisamin@gmail.com

Leave a Reply

CommentLuv badge

Translator
Translator Plugin
Ayat seribu dinar
Ahlan wasahlan…
Assalamualaikum & selamat sejahtera

Selamat datang ke Hanis Healthy Life. Hanis Amin adalah pengedar Shaklee yang sah, yang juga pengguna kepada produk Shaklee.

Untuk sebarang pertanyaan, hubungi kami di
email : hanisamin@gmail.com
sms/WhatsApp : +6010-4289601

Terima kasih.

Hazu Enterprise (SA0175455-W)

Set Istimewa untuk anda!

Breastfeeding Set
(Set Penyusuan)

Testimonial : KLIK SINI

==========================

Confinement Set
(Set Berpantang)

Testimonial : KLIK SINI

==========================

Skin Care Set
(Set Penjagaan Kulit)

Testimonial : KLIK SINI

==========================

Healthy Weight Set
(Set Berat Badan Sihat)

Testimonial : KLIK SINI

==========================

Baby & Children Health
(Kesihatan Bayi & Kanak-kanak)

Informasi


Sertai kami di Facebook!


Ada pertanyaan atau komen?