Order sekarang!


atau SMS/WhatsApp/Telegram :

010-4289601 (Hanis)

Best selling!!
Dapatkan info terkini segera..

* Setiap testimoni yang tertulis dalam laman web ini adalah pengalaman dari pelanggan sendiri dan hasil dari setiap pelanggan mungkin berbeza antara satu sama lain. Namun ini tidak bermakna vitamin ini boleh mengubat atau menyembuhkan penyakit. Sila konsult dengan pengedar anda untuk lebih lanjut.

PERHATIAN : Konsultasi selepas pembelian produk dan jadual pengambilan adalah khas untuk pelanggan kami sahaja. Sila rujuk pengedar anda untuk jadual pengambilan & kosultasi selepas pembelian. Terima kasih.
Free Palestine, Pray 4 Syria
Tabung Kecemasan Gaza Aqsa Syarif di sini :
http://on.fb.me/1jlP2li
Akaun Maybank Islamic : 551575-004299
akaun Bank Islam : 1209-20100-34904
email : projects@aqsasyarif.org.my

Tabung Kasih Ummah Syria
Bank Islam Malaysia Berhad
120290 100 63512
(Pertubuhan IKRAM Malaysia)
email : i4syria315@gmail.com

Pengalaman anak ada tongue tie

Assalamualaikum…

Dah lama nak kongsi pengalaman anak ada tongue tie ni tapi asyik tak sempat. Ops..sebelum tu, ini sekadar perkongsian pengalaman anak ada tongue tie yang terjadi pada diri sendiri. Bukan untuk dijadikan rujukan perubatan sebab kes mungkin berbeza setiap anak.

Hmm..nak start dari mana ya. Kisahnya, si kecil no 3 ni sejak lepas lahir agak sukar nak menyusu. Dari kat hospital dia macam susah nak latch on. Ingatkan anak no 3 dah expert tentang breastfeed tapi tak tau kenapa macam sukar.

Bila tengok nampak cara latch on tak betul. Bila betulkan dia stop. Dia isap 2-3 kalo kemudian stop. Mujur juga dia bukan jenis kuat meragam. Bila stop dia tidur. Biasalah baby suka tidurkan.

Masa pantang mmg rasa dia minum sikit. Ingatkan baby boy menyusu banyak, tapi mungkin dia ni berbeza. Tapi takde fikir apa-apa dan sentiasa kerap susukan dia dengan agak paksa juga la. tongue  Biasakan akan pegang B utk mudahkan dia menyusu dan bagi sebelah puting timbul sbb nampak dia lebih mudah menyusu kat situ.

Sampailah dia 5 bulan, dia dah suka keluarkan lidah. Mmg dia minum 3-4 kali, stop, minum lagi 3-4 kali sedut, stop. Kemudian pandang sekeliling atau tidur  tak expect apa2 sbb dia kurang meragam. Sampai suatu hari, makcik dia (kakak saya) cakap, kenapa lidah dia macam ada garis kat tengah. Saya pun tengok, ‘eh bukan mmg macam tu ke?’

Balik tu saya cuba check. Teringat pernah dengar isu tongue tie. Saya pun search tentang tongue tie. http://tonguetie.net/ salah satu web yang banyak info tentang tongue tie

Gambar dari google

Tongue tie ni macam ada satu tali bawah lidah dan menghalang lidah untuk dikeluarkan sepenuhnya. Jadi bila lidah dikeluarkan, tengah dia jadi lekuk bergaris dan hujung lidah akan jadi bentuk love. Sekiranya severe, akan mengganggu penyusuan susu ibu. Biasa orang melayu panggil lidah pendek.

Perbezaan lidah biasa dan tongue tie

Masa check-up 6 bulan, beritahu nurse KK dia macam ada tongue tie. Tapi nurse blur, kemudian dia tanya nak jumpa doktor ke? Saya jawab je nak. Lepas tu dia garu-garu kepala tak tau nak tulis apa. Huhuhu. Sebelum masuk bilik doktor, saya google siap2 image tongue tie, kot la doc pun tak tau tongue tie tu apa. Nasib baik doc tu tau. Dia check dan sahkan betul ada. Dia refer ke hospital shah alam.

First time nak ke klinik pakar di hospital shah alam. Blur la juga. Berulang-alik dari tempat daftar, naik atas. Barulah dapat ke paeds dental sama tempat dengan pakar bedah mulut.

Doktor tu check, katanya kena tunggu specialist sebab doc tu yang biasa handle kes tongue tie. Jadi, mereka bagi tarikh appointment lain.

Zubair masih dalam kategori moderate

Akhirnya, jumpa doktor yang dijanjikan. Doktor tengok katanya still moderate. Boleh nak buat sebab katanya senang je. Tapi dia tak nak buat tanpa sebab. Dia check buku check-up bulanan, katanya masih ada peningkatan berat badan walaupun sikit. Doktor minta refer speech teraphy untuk check sama ada cara dia menyusu ok atau tidak dan ada possibility utk speech delay atau tidak. Kemudian, dia bagi satu lagi tarikh utk tengok kenaikan berat badan baby lepas baby check-up 8 bulan di KK.

Fuh, penat pula menaip. Bila nak habis ni.

Ok sambung cerita. Jumpa pakar speech teraphy kat hospital shah alam juga cuma department lain. Baru tau speech teraphy ni bukan untuk speech delay je. Tapi juga untuk tengok sama ada dalam mulut kita ni berfungsi dengan betul ke tidak. Pergerakan lidah, mulut, tekak dan lain2.

Masa appointment dengan pakar percakapan ni, zubair belum makan betul2 lagi. Jadi tak bawa makanan dia. Cuma doktor pesan, jangan bagi dia minum dalam masa terdekat sebab takut dia tak nak minum depan doktor. Bila lama tak minum laju la dia nak minum. Dalam seminit lebih dia minum, dia tersedak dan terus stop. Tak nak menyusu.

Doc tanya selalu ke dia tersedak. Saya kata kadang ada juga. Lepas tersedak dia terus tak nak menyusu macam ni la. Doktor kata kalau ikut cara dia isap tu ok. Sedut, sedut, telan. Sedut, sedut, telan. Doktor bagi appointment sekali lagi untuk tengok cara dia makan pula. Doktor minta bawa makanan dia. Disebabkan malas nak ulang-alik banyak kali, request dengan doktor untuk ambil tarikh yang samaa untuk jumpa pakar bedah mulut sekali nanti lepas baby 8 bulan.

Dah 8 bulan, tengok lidah zubair macam dah tak berapa nampak pula garisan dan bentuk love tu. Agaknya sebab lidah dia dah memanjang kot. Berat, naik 300g utk 2 bulan. Tiba masa utk ke hospital shah alam.

Mula-mula ke speech teraphy. Suapkan zubair makan. Mula-mula dia tengok, kemudian dia ajar cara bagi makanan yang betul pada bayi. Nanti saya tulis pada next entry tips2 yng diberi ya. Komen dia everything nampak normal. Ada budak yang tongue tie ada masalah percakapan tapi ada juga yang tak. Bila tengok zubair punya masalah pun moderate, so rasanya insyaAllah tiada masalah.

Next ke pakar bedah mulut, inform dia result KK dan result speech theraphy. Tanya juga dia boleh hilang ke tongue tie ni. Dia kata tak hilang, ada lagi tu tapi mungkin lidah dia dah panjang sket tak berapa nampak.

Bahagian paeds dental ni ada ruangan mainan. Doktor pun check kat sini je sambil main. Nak bagi budak tak takut doktor gigi kot.

Doktor buat keputusan tak buat apa-apa tapi kena datang check setahun sekali sampai Zubair boleh bercakap. Kalau takde masalah dengan percakapan, alhamdulilah. Dalam masa yang sama, doktor warning suruh jaga gigi baby juga sebab dia nak tengok gigi elok. big grin

Antara tanda-tanda tongue-tie :

  • Bayi sukar menyusu. Sukar untuk latch-on dan sukar menghisap. Bayi mungkin akan meragam bila tak cukup kenyang walaupun menyusu 2 jam kerana cara hisapan yang tak betul.
  • Berat badan bayi tidak meningkat. Atau peningkatan yang sedikit.
  • Puting melecet atau sakit bila bayi menyusu.
  • Bayi sering tersedak bila menyusu atau susu keluar dari celah mulut.

Kesan tongue-tie sekiranya tidak dirawat (bergantung kepada tahap keseriusan) :

  • Ibu cenderung memberikan susu formula kerana kesukaran penyusuan susu ibu dan merasakan susu ibu tidak mencukupi.
  • Lambat memulakan percakapan.
  • Pelat ketika bercakap kerana tidak dapat menyebut beberapa huruf dengan betul seperti R dan L.
  • Kesukaran membersihkan gigi kerana lidah tak sampai ke semua gigi. Mungkin menyebabkan gigi cepat rosak.

Jadi, buat ibu-ibu kalau anak ada masalah, refer juga pada yang pakar ye. Google untuk dapat maklumat asas, lepas tu boleh tanya doktor untuk maklumat lanjut. Tanya depan-depan senang doktor check terus. Saya tanya semua kesan-kesan di atas tapi kata doktor kes Zubair tak serius, jadi insyaAllah ok. Makin lama Zubair pun dah makin pandai menyusu lama. Cuma kalau ada gangguan, cepatlah dia berpaling arah.

Kami ialah PENGEDAR SAH SHAKLEE anda di Bandar Saujana Putra! Sila SMS/ WhatsApp ke +6010-4289601 (Hanis) untuk self pick-up di Bandar Saujana Putra.

Your Shaklee Independent Distributor
Hanis Amin
♥ SMS | WhatssApp : 010-4289601
♥ Shaklee ID : 837662
♥ FB Page : http://www.facebook.com/HanisHealthyLife
♥ Email : hanisamin@gmail.com

**Nak daftar sebagai ahli Shaklee? Hanya dengan SATU KLIK.

Leave a Reply

CommentLuv badge

Translator
Translator Plugin
Ayat seribu dinar
Ahlan wasahlan…
Assalamualaikum & selamat sejahtera

Selamat datang ke Hanis Healthy Life. Hanis Amin adalah pengedar Shaklee yang sah, yang juga pengguna kepada produk Shaklee.

Untuk sebarang pertanyaan, hubungi kami di
email : hanisamin@gmail.com
sms/WhatsApp : +6010-4289601

Terima kasih.

Hazu Enterprise (SA0175455-W)

Set Istimewa untuk anda!

Breastfeeding Set
(Set Penyusuan)

Testimonial : KLIK SINI

==========================

Confinement Set
(Set Berpantang)

Testimonial : KLIK SINI

==========================

Skin Care Set
(Set Penjagaan Kulit)

Testimonial : KLIK SINI

==========================

Healthy Weight Set
(Set Berat Badan Sihat)

Testimonial : KLIK SINI

==========================

Baby & Children Health
(Kesihatan Bayi & Kanak-kanak)

Informasi


Sertai kami di Facebook!


Ada pertanyaan atau komen?