Order sekarang!


atau SMS/WhatsApp/Telegram :

010-4289601 (Hanis)

Best selling!!
Dapatkan info terkini segera..

* Setiap testimoni yang tertulis dalam laman web ini adalah pengalaman dari pelanggan sendiri dan hasil dari setiap pelanggan mungkin berbeza antara satu sama lain. Namun ini tidak bermakna vitamin ini boleh mengubat atau menyembuhkan penyakit. Sila konsult dengan pengedar anda untuk lebih lanjut.

PERHATIAN : Konsultasi selepas pembelian produk dan jadual pengambilan adalah khas untuk pelanggan kami sahaja. Sila rujuk pengedar anda untuk jadual pengambilan & kosultasi selepas pembelian. Terima kasih.
Free Palestine, Pray 4 Syria
Tabung HUMANITARIAN CARE MALAYSIA BERHAD :
Maybank Islamic : 5515 7500 4299
Bank Islam : 1209 2010 0349 04
CIMB : 8602 135 592
Website: www.mycare.org.my

Perlukah pergi kelas bersalin?

Ada yang merasakan proses bersalin adalah proses yang normal. Secara automatik ibu akan tau bersalin tak perlu nak pergi kelas bersalin ke apa. Tapi tidak sedikit ibu-ibu yang tak tau cara mengatasi kesakitan semasa kontraksi (contraction), yang penat semasa proses bersalin yang akhirnya memerlukan bantuan epidural, pain killer, gas dan terpaksa dibantu dengan vakum. Yang lebih menyedihkan bila ibu terpaksa dibedah disebabkan ibu terlampau letih dan baby terlampau stress.

Proses bersalin sepatutnya adalah proses yang menggembirakan untuk ibu dan bayi. Jangan ingat bayi dalam perut tidak berperasaan. Seawal 4 bulan, Allah dah masukkan roh. Jadi, dia dah boleh melihat, mendengar dan merasai kesakitan. Cuma dia terkurung dalam ‘gua’nya tersendiri sahaja.

Tidak sedikit juga ibu yang hanya memikirkan perasaan ibu sahaja. Asalkan boleh beranak, asalkan tak rasa sakit, asalkan bayi keluar secepat mungkin, buatlah apa sahaja.

Pengalaman berbeza setiap kelahiran

Sebelum melahirkan anak pertama, saya memang ada ke kelas antenatal di Hospital Kuala Lumpur bersama suami. Kelas separuh hari ni bukan sahaja ajar proses bersalin tapi juga senaman semasa hamil dan penyusuan. Yang best kelas ni percuma je. Tapi masa dalam labor room rasa macam dah lupa je semua. Nurse dan suami yang ingatkan, siap suami tolong nafas bersama (sebab tu penting suami pergi kelas bersama).

Pengalaman melahirkan yang pertama dan kedua memang berbeza. Yang pertama, kena induce, bersalin di hospital swasta, dibantu oleh doktor dan nurse. Yang kedua, sampai hospital dah buka 8 cm, bersalin di hospital kerajaan, hanya ditemani seorang bidan dan dia cuma kata ‘ ok, dah ready, boleh teran bila nak teran.’ Terasa macam sangat blurr tak tau pula bila nak teran.

Alhamdulillah, 2 pengalaman memang ada yang seronok, ada yang tak seronok. Untuk yang ketiga ni, saya tercari-cari cara bagaimana untuk bersalin normal tanpa bantuan apa-apa ubat, tak perlu dijahit sebab koyak atau digunting atau koyak minima dan merasai seronoknya proses bersalin. Ada juga terbaca pasal orang beranak sendiri di rumah. Rasa amaze juga la. Macam mana mereka ni boleh bersalin di rumah. Bersalin kat hospital pun macam tak reti, ni nak bersalin sendiri lagi la tak reti.

Gentle birth

Kelas bersalin

Alhamdulillah, akhirnya ditemukan dengan group The Gentle Birthing Group Malaysia. Baru faham, rupanya Gentle birth tak sama dengan Homebirth ya. Dan inilah yang saya cari-cari selama ni. Walaupun dalam group tu ramai juga yang bersalin di rumah, saya belum bersedia untuk itu (walaupun pregnant kali ni banyak kali mimpi bersalin atas katil rumah la, kat toilet la, dalam kereta la. huhu. Padahal mengandung baru 4 bulan), tapi saya nak merasai perasaan seperti mana yang mereka rasai. Rasa seronok bila bersalin, rasa seronok bila contraction, sambil sakit sambil bayangkan baby keluar. Siap ada yang senyum dan gelak masa bersalin.

Teringat diri sendiri, masa pertama rasa macam nak transfer kesakitan tu kat siapa2 yang terdekat sbb sakit sangat. Yang kedua plak, rasa penat macam malas nak push. huhu. kalau boleh tak nak rasa macam tu lagi. Kebanyakan ibu lepas bersalin je rasa trauma, rasa tak nak bersalin dah. Tapi bila anak dah besar sikit, teringin nak baby lagi dan proses serta perasaan yang sama berulang.

Kalau ikut dalam group Gentle Birth ni ada 2 cara atau kelas yang biasa diamalkan iaitu Hypnobirthing dan AMANI Birth. Harga kedua-dua kelas agak boleh tahan harganya. Kebetulan pula mak beritahu, ada kawan dia ajar teknik bernafas semasa bersalin. Kelas 2 jam sahaja berharga RM60 untuk sepasang suami isteri.

Kelas bersalin : Cara bernafas yang betul

kelas bersalin

Alhamdulillah, sabtu lepas (9 mei 2015) kami pun ke rumah kawan mak, makcik Azlin di seksyen 7. Setakat ni peserta di kalangan anak-anak kawan mak (kawan masa sekolah menengah). Ada seorang lagi couple yang bersama kami, dah 35 minggu (kalau tak silap) mengandung anak sulung. Kelas kali ni terpaksa bawa Zilal sebab dia tengah tak sihat, asyik merengek dan tak nak dengan orang lain kecuali ummi ayah.

Makcik ni pengalaman beberapa kali bersalin di UK. Kalau dengar pengalaman mak sendiri yang 2 kali bersalin di UK juga, kat sana memang mereka ajar senaman masa bersalin, senaman lepas bersalin, cara bernafas, natural birth, cara mandikan bayi. Serba serbi diajar dan memang wajib pergi kelas-kelas dia atau mereka datang rumah. Kat Malaysia, banyak yang kita kena belajar sendiri. Mungkin belum cukup tenaga kerja. Tapi alhamdulillah, semakin lama Malaysia semakin bertambah baik. Dah makin banyak hospital yang breastfeeding friendly dan father friendly. Ada juga hospital swasta yang tawarkan waterbirth dan style bersalin ikut suka (tak semesti baring atas katil).

Ops, sambung cerita kelas teknik bernafas ni. Kelas ni memang berbeza dengan kelas pergi masa Muadz dulu. Lagipun, macam personal dan tak ramai, banyak boleh ditanya direct. Dan dah ada 2 pengalaman sebelum ni, jadi memang banyak sangat tanya. Teknik bernafas ni untuk menenangkan ibu semasa sakit contraction. Jadi, kita rasa tenang dan seronok je melayan sakit. Bukanlah kata tak sakit, tapi kita dapat control. Makcik Azlin cerita apa yang berlaku semasa contraction. Jadi sambil bernafas, kita cuba imagine serviks terbuka, baby is coming out.

Bila sakit makin kuat, teknik bernafas mula bertukar dan bila nak tau bila kita betul-betul ready untuk push (bukan bila-bila masa ikut suka je macam masa zilal dulu. hahaha). Dan bila push masa yang sesuai, sekali atau dua push insyaAllah baby dah boleh keluar. Lepas tu, bila masa pula nak stop pushing supaya baby tak ‘terpelanting’ keluar dan cara nak control breathing. Memang banyak sangat ilmu dapat. Tak rasa rugi pergi belajar.

Oh ya, kalau belajar awal teknik bernafas ni pun kalau berlatih insyaAllah tak lupa. Ada 4 teknik semuanya. Masa Muadz dulu takut nak praktis takut baby terkeluar awal. Tapi makcik Azlin kata, takdenya sebab serviks tak buka lagi. hehehe

Bagi saya, kelas bersalin ni memang penting supaya bukan ibu je tenang, bayi dapat perut pun tenang nak mengharungi dunia baru. Ini pendapat peribadi. Mungkin ibu-ibu lain ada pendapat sendiri. Ada yang rasa tak perlu pun. Anda sendiri pilih bagaimana proses kelahiran anda. happy

Kami ialah PENGEDAR SAH SHAKLEE anda di Bandar Saujana Putra! Sila SMS/ WhatsApp ke +6010-4289601 (Hanis) untuk self pick-up di Bandar Saujana Putra.

Your Shaklee Independent Distributor
Hanis Amin
♥ SMS | WhatssApp : 010-4289601
♥ Shaklee ID : 837662
♥ FB Page : http://www.facebook.com/HanisHealthyLife
♥ Email : hanisamin@gmail.com

 

2 Responses to “Perlukah pergi kelas bersalin?”

Leave a Reply

CommentLuv badge

Translator
Translator Plugin
Ayat seribu dinar
Ahlan wasahlan…
Assalamualaikum & selamat sejahtera

Selamat datang ke Hanis Healthy Life. Hanis Amin adalah pengedar Shaklee yang sah, yang juga pengguna kepada produk Shaklee.

Untuk sebarang pertanyaan, hubungi kami di
email : hanisamin@gmail.com
sms/WhatsApp : +6010-4289601

Terima kasih.

Hazu Enterprise (SA0175455-W)

Set Istimewa untuk anda!

Breastfeeding Set
(Set Penyusuan)

Testimonial : KLIK SINI

==========================

Confinement Set
(Set Berpantang)

Testimonial : KLIK SINI

==========================

Skin Care Set
(Set Penjagaan Kulit)

Testimonial : KLIK SINI

==========================

Healthy Weight Set
(Set Berat Badan Sihat)

Testimonial : KLIK SINI

==========================

Baby & Children Health
(Kesihatan Bayi & Kanak-kanak)

Informasi


Sertai kami di Facebook!


Ada pertanyaan atau komen?