Order sekarang!


atau SMS/WhatsApp/Telegram :

010-4289601 (Hanis)

Best selling!!
Dapatkan info terkini segera..

* Setiap testimoni yang tertulis dalam laman web ini adalah pengalaman dari pelanggan sendiri dan hasil dari setiap pelanggan mungkin berbeza antara satu sama lain. Namun ini tidak bermakna vitamin ini boleh mengubat atau menyembuhkan penyakit. Sila konsult dengan pengedar anda untuk lebih lanjut.

PERHATIAN : Konsultasi selepas pembelian produk dan jadual pengambilan adalah khas untuk pelanggan kami sahaja. Sila rujuk pengedar anda untuk jadual pengambilan & kosultasi selepas pembelian. Terima kasih.
Free Palestine, Pray 4 Syria
Tabung Kecemasan Gaza Aqsa Syarif di sini :
http://on.fb.me/1jlP2li
Akaun Maybank Islamic : 551575-004299
akaun Bank Islam : 1209-20100-34904
email : projects@aqsasyarif.org.my

Tabung Kasih Ummah Syria
Bank Islam Malaysia Berhad
120290 100 63512
(Pertubuhan IKRAM Malaysia)
email : i4syria315@gmail.com

Posts Tagged ‘Berpantang’

Cara atasi rengat selepas bersalin

Alhamdulillah, Isnin lepas (19/10/2015) saya dah selamat bersalinkan bayi yang ketiga. Kali ni dapat baby boy pula. Kali ni sakit contraction sangat kuat. Rasa macam nak menangis ada, nak menjerit pun ada. Tapi cuba tahan dengan teknik bernafas dan berimaginasi benda lain. Nanti lain kali saya share pengalaman bersalin ketiga ni ya.

Kali ni nak share tentang rengat. Lepas je baby keluar, masih terasa lagi sakit macam sakit contraction. Nurse check takut ada darah beku tapi katanya takde. Ada yang kata rengat ni mengikut bilangan anak. Makin banyak makin kuat dan lama. Masa anak pertama tak pernah kena rengat ni. Masa anak kedua ada juga tapi tak la kuat sangat dan tak lama. Kali ni memang agak kuat, macam senggugut kuat terutama bila baby menyusu. Rasa nak minta baby stop menyusu cepat-cepat.

 

Apa itu rengat?

Rengat ni sebenarnya rasa sakit macam sengugut atau rasa macam contraction tu. Sakit ni terjadi disebabkan pengecutan peranakan ibu lepas melahirkan. Dalam bahasa omputih pulak adalah after birth contractions atau pon after pains. Memang rengat ni terjadi lepas kita melahirkan anak tak kira la anak ke berapa. Sebab kalau nak jadi memang tetiba je jadinya.

Read the rest of this entry »

Assalamualaikum..

Hari ni nak bercerita tentang diri sendiri lagi. Berpantag hari ke-18 ada kawan-kawan datang ziarah dan seorang kata “eh, kak hanis dah kurus la.” Kawan ni dah datang masa hari ke-7. Bila tengok cermin memang muka nampak kurus sikit. Rasa dulu masa Muadz sampai habis pantang pun still tembam lagi. Dengan ala-ala bangga cakap dengan hubby, “Abang, kali ni macam cepat sket kurus kan”. Dia pun jawab, “Haah, memang pun, saje malas cakap. Nanti perasan pulak”. hehehe. Barut pun makin lama makin panjang talinya kena ikat. Malam tu saje ambil penimbang dan timbang. Hmm..takde la kurang sangat pun. Masih berat je lagi. Kadang-kadang, mungkin berat tak berapa turun tapi inci turun dulu.

Jadi, kepada mereka yang cuba set slimming atau produk utk kurangkan berat tu, selain timbang cuba ambil ukur lilit badan juga ya terutama bahagian pinggang dan peha. Oh ya, kali ni saya cuma ambil set pantang yang mengandungi vita lea, B complex, Vitamin C dan Zinc. Cuma saya tambah ambil ostematrix dan sekali sekala ambil ESP. Tak ambil pun lecithin yang boleh membantu pecahkan lemak. Saje nak cuba satu-satu dulu. Ops, tapi lain-lain orang mungkin lain-lain kesannya. Jom kita baca testimonial orang lain pula..

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.

Berminat?   Hubungi saya di hanisamin@gmail.com atau SMS/WhatsApp ke 010-4289601 (Hanis) untuk konsultasi mahupun maklumat lanjut.

Assalamualaikum..

Alhamdulillah, dapat beri testimonial sendiri set berpantang. Sebelum ni share pengalaman orang je.

Saya tak dapat susukan muadz masa dalam labor room. Hospital tu kurang breastfeeding friendly dan masa tu pun anak pertama, jadi banyak yang tak tau dan takde siapa nak ajar. Hospital terus bagi formula. Jadi saya mula meyusukan lepas hari kedua, itupun Muadz tak berapa pandai latch on dan asyik mengamuk. Jadi, sangat penting ya ibu-ibu untuk bersalin di hospital breastfeeding friendly sekiranya merancang untuk betul-betul menyusukan bayi, terutama untuk first baby.

Masa Muadz saya tak ambil supplemen masa berpantang. Saya mula ambil lepas muadz 6 bulan sebab rasa masa tu susu masih banyak dan tak perlukan milk booster. Masa tu saya tak faham supplemen ni nutrien untuk keperluan dan kesihatan badan, ingatkan semata-mata milk booster. Dan saya tak faham konsep bila badan sihat dan mendapat nutrien sepenuhya, maka susu lebih banyak terhasil.

Masa Muadz 3 hari pertama memang tak berapa ada susu. Perah pun cuma dapat 2 oz hasil kedua-dua payudara. Lepas urut, alhamdulillah susu banyak sikit. Saya cuma pam sekali sehari masa dalam pantang iaitu padaa waktu petang kerana masa tu muadz tidur lama, dah kejut macam mana pun tak mahu bangun. Setiap kali pam, paling banyak pun dapat 4 oz hasil kedua-dua belah. Sebab tu saya kata pada ibu-ibu, kalau dapat 2-4oz tu masih ok, yang penting kerapkan direct feed dengan bayi.

2 minggu sebelum mula kerja, saya cuba hantar muadz ke taska. Dan masa tu saya cuba pam ikut masa saya akan pam di office bila masuk kerja nanti. Jadi hasil pam sekali sehari, dan pam intensif 2 minggu tu, alhamdulillah saya rasa cukup je untuk beri bekal pada anak. Sebab setiap hari akan pam lagi, dan top up lagi. Bagi saya tak perlu banding-bandingkan hasil tenusu dengan orang lain kerana setiap orang berbeza.

—–

Masa Zilal, saya ambil supplemen sejak mengandung dan alhamdulillah, saya diberi peluang menyusukan semasa dalam labor room lagi. Lepas keluar hospital, hari kedua ketiga dah boleh rasa let-down reflex. Biasanya bila rasa let-down reflex susu pun keluar dengan laju. Terkejut sangat. Zilal pula bila susu keluar banyak terus mengamuk dan tak nak minum dah. Jadi terpaksa pam, hasil pam 4oz untuk kedua-dua belah lepas baby dah minum pada hari ketiga lepas baby lahir!! Tapi masa tu fikir mungkin sebab kali ni dah menyusu dari awal dari dalam labor room. Susu pula tiada masalah untuk keluar mungkin sebab anak kedua.

Saya cuma ambil set berpantang + ostematrix. Hasil yang betul-betul saya rasa teruja sebab tiada masalah langsung untuk membuang. Saya memang ada masalah membuang sebelum ni. Alhamdulillah, hari-hari dapat membuang dan tak perlu nak teran kuat-kuat. 

Lepas 2 minggu baru try ambil 1 sudu besar sahaja ESP pagi-pagi. Hari kedua ambil, rasa B belah kiri bengkak dan sakit sangat. Zilal plak minum sikit je siang-siang. Sampai angkat tangan pun rasa sakit sangat walaupun dah pam. petang tu mula rasa badan seram-sejuk dan sakit2 sendi. Risau juga jadi demam sebab bengkak susu. Malam tu tuam seluruh badan dan zilal pun minum banyak belah kiri, alhamdulillah kurang sikit sakit. Tak pasti sebab ESP atau bukan tapi saya stop ESP sekejap. Kalau nak minum pun mungkin malam-malam sebab malam baby minum banyak.

Ada yang dah rasai sendiri set berpantang & nak berkongsi? Jom share kisah anda, email ke hanisamin@gmail.com

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.

 

Berminat?

 

Hubungi saya di hanisamin@gmail.com atau SMS ke 010-4289601 (Hanis) untuk konsultasi mahupun maklumat lanjut.

Assalamualaikum..

Tengah berpantang ni mood asyik cerita tentang berpantang je. Ada yang berpantang secara moden dan ada juga yang berpantang secara tradisional. Bagi saya, kedua-duanya ada kebaikannya yang penting kita tahu untuk apa tujuan sesuatu itu dilakukan. Cara saya berpantang ada gabungan moden dan juga tradisional. oh, ada juga yang tak percaya dan tak berpantang langsung.

Ini cara saya, mungkin lain orang, lain caranya.

1. Berurut

Bagi saya berurut lepas bersalin ni penting. Yelah, masa pregnant badan kita semua mengembang dan longgar-longgar untuk bagi laluan pada baby. Dan semasa proses kelahiran pula, kita guna tenaga yang banyak untuk push baby keluar. Yang bersalin czer pun sebenarnya menggunakan tenaga dalaman mereka tapi mungkin tak terasa sebab kena bius. Jadi, saya rasa sangat penting untuk berurut dan membetulkan kembali urat2 saraf.

Untuk ibu yang baru pertama kali bersalin, mungkin ada yang tak berapa keluar susu kerana urat tak lancar dan lubang tak terbuka. Ada bidan yang pandai urutkan. Bukan orang lepas bersalin je, kalau ada sakit-sakit badan nak pergi berurut pun boleh. Tapi penting untuk jadi orang yang betul-betul pandai urut. Bukan sekadar sapu-sapu aje. Dan juga tidak disertai dengan bacaan-bacaan dan amalan-amalan yang pelik dan bercanggah dengan Islam.

2. Bertungku & bertuam

Saya baru tahu bertungku & bertuam tu adalah 2 benda berbeza. Ingatkan sama je. bertungku ni memang best. Lebih-lebih lagi bila orang buatkan. Rasa nak tertidur je. Bertungku memastikan urat2 darah kita kembang dan dapat mengalirkan darah dengan baik. Sebab tu digalakkan juga madi air suam panas, minum & makan panas-panas. Bila salur darah kecil dan sempit, macam-macam penyakit boleh jadi tau.

 

3. Pakai bengkung

 

Ini untuk memastikan badan kita shape up degan cepat. Yelah, masa mengandung dah mengembang sekembangnya, kena la kucupkan kembali bahagian2 yang kembang. Kalau biasa-biasa, sure rasa malas je nak berbengkung atau berkorset. Masa ni je la nak buat secara intensif. Biasa saya akan pakai bengkung sampai 3 bulan. Dulu masa dah start kerja pakai bengkung moden jenis zap tu.

 

 

4. Makanan Tambahan

Masa Muadz ambil sejenis herba dalam set bersalin. Tapi tak boleh tolerate. Perut asyik memulas-mulas nak ke tandas. Baby pun cirit-birit dan start ada kuning sikit. Terus stop da breastfeed baby banyak-banyak. Alhamdulillah, baby ok. Kali ni berpantang dengan supplemen Shaklee. Saya ambil vita lea, b compleks, vitamin C, Zinc complex dan ostematrix. Lepas 2 minggu baru cuba ambil ESP. Alhamdulillah, walaupun makan sikit2 je time pantang ni tapi rasa bertenaga. :)


Jamu a big NO NO for me. Jamu ni bersifat panas. Dan kebanyakan jamu ni untuk kebaikan ibu tapi bagi effect kurang baik pada bayi. Mungkin orang zaman dulu masa tu fikir nak cantikkan balik ibu je tapi terlupa pasal bayi. Dan mungkin masa tu sedang sibuk semua orag promosi susu formula. Wallahualam. Tapi insyaAllah saya cuba untuk tak ambil jamu.

5. Minuman harian

Saya ada ambil teh herba akar kayu untuk hilangkan haus dan beri kesihatan masa pantang. Air sentiasa ambil panas-panas, hirup guna sudu. Minum air masak pun saya minum panas-panas. Kenapa orang tua-tua tak bagi minum air banyak-banyak? Lepas bersalin kan ada kena jahit kat bawah tu. Jadi, kalau banyak minum air, maka keraplah kita nak ke tandas. Jadi, lambatlah baik luka tu. Ada juga yang kata nanti badan kembang air.

Jadi, bila kita minum secara perlahan-lahan, badan lebih mudah menyerap air untuk kegunaan badan sendiri. Dan lambat la sikit nak proses untuk sampai ke buah pinggang seterusnya untuk dibuang. Tapi jangan minum air sikit sangat ya. Nanti badan sendiri yang letih dan sukar nak susukan bayi pula.

Amalan saya :
breakfast : segelas air masak panas bersama vita lea & vitamin C.
Jam 10 pagi : Segelas teh herbanika panas
Lunch : Segelas air masak panas bersama b complex & zinc
5 petang : Segelas Teh herbanika panas
Dinner : Segelas air masak panas bersama 2 biji ostematrix
Sebelum tidur : Segelas air masak suam bersama 2 biji ostematrix

Kalau in between tu terasa haus, saya akan minum 1/2 gelas air masak suam/panas. Kadang-kadang ada juga buat air oren sunquick panas. Dan sekarang ada tambahan ESP pula. Jadi, at least 6-10 gelas air juga sehari kan.

6. Makanan harian

2 minggu pertama, mak kata makan benda kering-kering dulu. Nasi dengan ikan/ayam/daging bakar. Sebab yang sama seperti di atas. Lepas tu baru ada masak sup sayur ke masak singgang atau rebus dan lain-lain. Bab makan ni jaga juga supaya tak makan ikan-ikan yang gatal. Telur dan seafood a big NO NO. Banyakkan makan halia dan lada hitam untuk panaskan badan. Tapi jangan terlebih panas pula, takut kesian bayi pula nanti.

Lepas habis pantang pun kena jaga juga makan sebab menyusukan anak. Bila nak cuba sesuatu, try sikit dan tengok ada kesan negatif tak pada bayi. Ini yang mak saya ajar. Ada orang yang lepas pantang terus hentam semua. Last2 badan pun terkejut dan tak boleh tolerate. Jadilah demam dan sakit sana-sini. Jadi buat apa pun biar berpada-pada ya.

Ops terlupa, sentiasa berstokin supaya kaki panas dan badan tak masuk angin serta kena sejuk lantai. Inilah amalan berpantang saya. Anda macam mana?

Apa pun yang kita buat biarlah kita tak sekadar ikut-ikut tapi kita tambahkan ilmu di dada untuk tahu kebaikan dan manfaat sesuatu. Zaman sekarang ni informasi di hujung jari. Tapi saya ni memang suka bertanya dari kecil. Masa mak suruh pakai tudung saya tanya kenapa kena pakai tudung. Kakak-kakak saya ikut je tak berani tanya apa-apa pun. hehe

Jom berpantang… big grin

Assalamualaikum…

Jom cuba resipi ESP yang sihat semasa dalam pantang.

Resipi 1

Bahan-bahan :
1/2 inci halia muda
6-7 biji kurma – dibuang biji
1 setengah cawan air
1 sudu besar ESP

Cara-caranya :
1) Tumbuk halia dan kurma sehingga sedikit lumat
2) campurkan dengan 1 cawan air dan reneh dalam periuk guna api perlahan. Biarkan suam sedikit.
3) Masukkan 1/2 cawan air masak dalam cawan dan campurkan ESP. Kacau dengan kuat sehigga larut.
4) Tapis air rebusan halia dan kurma tadi dan tambahkan dalam cawan yang mengandungi ESP.
5) Kacau sebati dan sedia untuk diminum.

Air rebusan halia dan kurma boleh dibuat banyak dan diminum sepanjang hari.

Resipi 2

Dalam pantang sebaiknya minum air panas supaya darah mengalir dengan lebih baik dan badan sentiasa panas. Tapi ESP tak boleh dicampur air panas. Ini kerana ia akan merosakkan kandungan proteinnya. Tapi masih  boleh diminum suam-suam. Saya mulakan minum ESP 1 sudu besar sehari dulu. Bila rasa badan serasi dan bayi pun ok, bolehlah up kepada 2-3 kali sehari.

Apa kebaikan ESP yang saya dapat bila diambil dalam pantang?

  • Memberikan tenaga dan rasa sihat
  • Beri rasa kenyang berpanjangan
  • Luka lebih cepat baik
  • Strech mark dan kesan2 hitam pada badan kesan kehamilan mula hilang sedikit demi sedikit
  • Susu badan menjadi lebih pekat dan meriah (dengan syarat, kerap susukan bayi/pam)
ESP boleh diambil dari hamil sehinggalah menyusukan. Kalau tak menyusukan pun boleh ambil untuk kesihatan kulit, berat badan dan menyeluruh.
Jom cuba ESP hari ini!!

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.

Berminat?

 

Hubungi :

Hanis Amin (Shaklee ID : 837662)

♥ SMS | WhatsApp : 010-4289601
♥ Email : hanisamin@gmail.com
♥ FB Page : http://www.facebook.com/HanisHealthyLife

Assalamualaikum..

Kebelakangan ni ramai yang mengadu tak cukup susu semasa berpantang ataupun baru 2 minggu bersalin tapi susu tak cukup. Bagaimana ini berlaku?

1. Sebab utama yang saya dapat kenal pasti adalah KURANG PENGETAHUAN PENYUSUAN

Ramai ibu kurang membaca ilmu penyusuan dan beranggapan susu akan mencurah2 sebaik sahaja bayi lahir. Untuk 2-3 hari pertama hanya kolostrum yang akan keluar dan ibu-ibu perlu meransang pengeluaran susu dengan kerapkan menyusu bayi. Pada hari ketiga baru susu akan keluar banyak sedikit tapi bukanlah terus mencurah2 sampai basah baju ye. Untuk seminggu/2 minggu pertama kalau pam pun mungkin dapat dalam 1-3oz sahaja(bergantung pada orang). Jadi penting untuk kerapkan penyusuan. Untuk 2 minggu pertama fokuskan pada direct feeding terlebih dahulu. Susukan bayi sekurang-kurangnya sejam- 2 jam sekali mengikut demand bayi.

2. KURANG MINUM AIR
Ramai yang masih terpengaruh dengan mitos lama bahawa berpantang tak boleh minum air. Akibatnya? Susu akan kurang kerana ibu sendiri kekurangan air. Pastikan minum sekurang-kurangnya 2-3 liter air masak. Walau bagaimanapun, minum air dengan banyak sekaligus mungkin akan menyebabkan ibu kerap ke tandas daan menyebabkan luka bersalin lambat sembuh. Jadi? Bagaimana caranya?

Minum sedikit-sedikit tetapi kerap supaya air dapat menyerap masuk ke dalam badan ibu dan tidak terus dibuang. Sebaiknya minum air panas dalam cawan. Bila anda minum air panas, anda akan hirup sedikit demi sedikit dan mengelakkan meneguk dengan banyak. Selain itu, minum air panas juga membantu mengembangkan salur darah dan dapat menghasilkan susu lebih cepat.

3. Cara lekapan yang kurang tepat

Cara lekapan atau posisi penyusuan yang kurang tepat menyebabkan kesukaran bayi untuk menyusu dan menyebabkan sebenarnya bayi tidak dapat menghisap dengan baik untuk meransang penghasilan susu. Selain itu, ia juga akan menyebabkan puting melecet dan luka.  Sekiranya puting terasa pedih, sapukan susu ibu pada puting selepas sesi penyusuan dan biarkan kering sekejap sebelum ditutup.

4. Kurang pengambilan makanan berkhasiat

Pastikan ibu-ibu mengambil makanan berkhasiat, berzat dan bernutrisi. Pelbagaikan menu berpantang anda dengan ikan yang boleh dimakan serta daging, ayam dan sayuran yang sesuai. Dapatkan tips pemakanan & resipi dalam pantang di sini.

Paling mudah ambil supplemen supaya anda mendapat nutrisi selengkapnya. Cuba juga ambil makanan penggalak susu seperti kurma, lobak putih, susu, peria dan sebagainya. Lain orang mungkin lain penggalak susunya.

(sumber asal)

Apakah Supplemen yang sesuai untuk ibu berpantang?

Ramai yang dah mencuba Euphoria Set C (Vita lea, B com, Vit C dan Zinc) + Ostematrix dan berpuas hati dengan hasilnya.

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.
* Setiap testimoni yang tertulis dalam laman web ini adalah pengalaman dari pelanggan sendiri dan hasil dari setiap pelanggan mungkin berbeza antara satu sama lain. Sila konsult dengan pengedar anda untuk lebih lanjut.

 

Berminat?

 

Hubungi saya di hanisamin@gmail.com atau SMS ke 010-4289601 (Hanis) untuk maklumat lanjut.

Like FB kami : Hanis Amin Shaklee Store untuk maklumat terkini dan INFO PERCUMA

Assalamualaikum…

Bagi ibu-ibu yang masih tercari-cari set bersalin/set berpantangyang sesuai tanpa JAMU, Set Berpantang Euphoria (Set C) adalah pilihan terbaik untuk kesihatan luaran dan dalaman selepas melahirkan.

Set C-1

 

Ibu-ibu boleh memilih untuk add-on Ostematrix bagi yang menghadapi masalahsukar membuang air besar, kerana ianya melancarkan sistem penghadaman dengan cara yang lembut sekali. Yang ni memang disyorkan untuk elak terkena sembelit selepas bersalin.*
Manakala ESP pula dapat membantu memberi tenaga dan membantu melancarkan penyusuan susu ibu sejak dari dalam pantang, membantu menghilangkan parut strechmark semasa mengandung.*
Kenapa saya syorkan Set Berpantang ini? Sebabnya….
  • Ia adalah vitamin (bukan jamu).
  • Membantu memulihkan tenaga ibu yang baru bersalin.
  • Boleh diambil seawal hari pertama kelahiran. Tidak perlu menunggu sekurang-kurang 1 minggu selepas melahirkan seperti pengambilan jamu kerana jamu boleh meningkatkan risiko jaundice keada bayi.
  • Membantu mempercepatkan proses penyembuhan luka bersalin samada bersalin normal mahupun ceaserean.
  • Tidak meningkatkan risiko jaundice kepada bayi.
  • Membantu melancarkan dan melawaskan pembuangan semasa dalam pantang.
  • Melancarkan proses penyusuan susuibu sejak dari dalam pantang.
credit to RahsiaVitamin
Walau bagaimanapun, sekiranya ibu-ibu ingin menambah pengambilan alfalfa, saya cadangkan tunggu sehingga bayi sekurang-kurangnya berusia sebulan kerana dikhuatiri ada bayi yang kurang sesuai dengan Alfalfa.
* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.

 

Berminat?

 

Hubungi saya di hanisamin@gmail.com atau SMS ke 010-4289601 (Hanis) untuk konsultasi mahupun maklumat lanjut.

Assalamualaikum…

Seringkali ada ibu mengadu susu tiada selepas melahirkan anak. Bayi asyik menangis kerana tak dapat menyusu. Lebih-lebih lagi untuk ibu yang baru pertama kali melahirkan anak dan mengalami puting tenggelam. Benarkah pengambilan MILK BOOSTER diperlukan kerana TIADA SUSU?

Kolostrum

Kolostrum

Di awal-awal kelahiran hanya sedikit susu yang agak likat dan pekat serta berwarna kuning yang juga dikenali sebagai kolostrum yang akan keluar. Kolostrum ini hanya akan keluar dalam kuantiti yang sedikit namun ianya cukup bagi memenuhi keperluan bayi yang baru lahir dalam 24 jam. Perut bayi yang baru lahir hanya sebenar kacang pea, kecil sahaja kan. Jadi, kesiankanlah bayi anda yang terpaksa menelan susu formula yang diberikan hanya kerana ibu tiada maklumat tentang penyusuan susu ibu.

Saiz perut bayi

Saiz perut bayi

Untuk yang menjadi ibu pertama kali, anda mungkin rasa kekok dan tak reti cara memegang bayi anda hingga menyebabkan bayi anda tidak selesa untuk menyusu. Bercerita tentang pengalaman sendiri, walaupun saya suka dukung bayi dan suka bayi, rupanya cara dukung/pegang bayi semasa menyusu sangat berbeza. Malah, saya telah pun ikuti kelas penyusuan sebelum bersalin tapi bila bayi di tangan, saya masih terasa kekok, apatah lagi keadaan puting yang pendek dan bayi tidak pandai untuk melekap. Memang bayi kerap menangis. Saya pun jadi frust juga seketika.

Jadi, sangat penting untuk anda ke HOSPITAL RAKAN BAYI supaya dapat membantu. Ataupun hubungi ibu atau rakan2 yang menyusukan bayi sepenuhnya.

Bukan saya tidak mahu jualkan set B pada anda, tapi bagi saya sebaik lepas melahirkan ibu perlu lebih memberi perhatian kepada kesihatan ibu sendiri supaya apabila ibu sihat dan bertenaga tanpa stress, susu pun lebih mudah terhasil. Malah, di awal kelahiran ini juga penting untuk kerap menyusukan bayi SEKURANG-KURANGNYA 2 JAM sekali. Kalau anak tidur, cuba kejutkan. Fokus lebih kepada anda dan bayi. Jadi lebih sesuai kalau ambil Set C, malah boleh juga tambah ESP dan Ostematrix untuk bantu penyusuan juga. 

Selepas sebulan, anda bolehlah merancang untuk membuat stok susu untuk ibu bekerja.

Jadi, ibu-ibu yang saya kasihi sekalian, semasa hamil perbanyakkan ilmu tentang keibu bapaan, kelahiran, penyusuan dan sebagainya. Walaupun barang2 keperluan bayi tu penting, tetapi ilmu tu jangan dilupakan…

Apa kata pembeli set berpantang (Set C)?

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.

 

Berminat?

 

Hubungi saya di hanisamin@gmail.com atau SMS ke 010-4289601 (Hanis) untuk konsultasi mahupun maklumat lanjut.

Assalamualaikum…

Dah lama tak update tentang penyusuan di sini.. Semenjak saya berniaga Shaklee, banyak ragam ibu-ibu yang saya jumpa. Alhamdulillah, ia mengajar saya supaya lebih banyak menambah pengetahuan supaya dapat consult ibu-ibu dengan baik. Malah ia juga banyak mengajar saya untuk bersabar dan banyak mendidik nilai-nilai dalam diri. Mungkin kerana itulah Rasulullah mengatakan 9 daripada 10 pintu rezeki adalah dengan berniaga. Malah mengajar saya supaya lebih dekat dengan Allah, dan yakin bahawa rezeki itu sepenuhnya milik Allah. Rezeki tu bukan sahaja wang, tapi juga kesihatan, makanan dan apa sahaja yang kita dapat manfaat darinya.

Ramai ibu-ibu yang menghubungi saya untuk banyakkan susu masa dalam pantang, atau lepas bersalin terus nak banyak susu. Perkara paling asas yang perlu difahami adalah konsep asas penyusuan susu ibu iaitu demand vs supply, semakin kerap payudara dikosongkan semakin banyak susu yang akan terhasil. Bukan bila makan shaklee, lepas bersalin terus susu turun mencurah-curah ya. Penghasilan susu juga bergantung pada hormon, jadi selepas melahirkan badan akan develop keupayaan untuk menghasilkan susu. oh ya, tak lupa juga perut bayi baru lahir sangat kecil, cuma sebesar 1 biji kacang pea. Jadi kalau susu turun mencurah2 tercekik la dia. Hebatnya kuasa Allah, susu akan terhasil mengikut keperluan bayi.

Semakin besar perut bayi, dia akan minum lebih banyak lagi, maka susu pun akan terhasil dengan lebih lagi. Bila payudara kerap dikosongkan ia akan menghantar signal kepada otak bahawa lebih banyak susu perlu dihasilkan kerana sentiasa ada demand. Sebab tu kalau perasan bila kita kerap miss masa pam, atau pam lambat dari biasa, maka penghasilan akan berkurangan sedikit demi sedikit.Ambillah sebanyak mana milk booster pun, sekiranya konsep asas ini tidak difahami, ia tidak akan dapat membantu anda untuk jangkamasa panjang.

Supplemen Shaklee membantu ibu kekal sihat dan segar kerana memenuhi semua nutrient yang diperlukan. Apatah lagi masa berpantang banyak makanan yang tak boleh dimakan. Jadi, bagaimana nak dapat khasiat? Maka, bila ibu sihat dan segar, ibu pun akan lebih gembira dan positif dan susu pun akan lebih mudah terhasil. Sebab tu banyak feedback yang kami terima bahawa dengan pengambilan Shaklee, susu bertambah banyak. Sebenarnya ia bertindak tidak secara direct. Anda akan dapati banyak lagi kesan-kesan positif yang lain.   Untuk menjayakan penyusuan susu ibu, fahami dulu asas penyusuan ya..   Selamat berjaya!!

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.

 

Berminat?

 

Hubungi saya di hanisamin@gmail.com atau SMS ke 010-4289601 (Hanis) untuk konsultasi mahupun maklumat lanjut.

 

Assalamualaikum..

Ramai ibu yang bertukar dari milk booster halba a.k.a fenugreek terutama apabila en suami mula menegur bau badan isterinya kurang enak. Ditambah apabila si ibu mendapati anaknya tidak serasi dengan susubadan setelah si ibu mula consume  halba. Ramai yang memilih jalan singkat dengan menukar kepada Alfalfa dan Energizing Soy protien untuk dapatkan hasil yang lumayan dan segera namun akhirnya ibu itu mengalah kerana tidak mampu mengatasi masalah tekanan dari luar disebabkan faktor bebanan kerja serta keletihan yang melampau.

Alfalfa memang telah lama dikenali sebagai milk booster dari orang dulu-dulu lagi. Alfalfa juga sebenarnya adalah salah satu jenis herba yang mengandungi klorofil dan pelbagai mineral seperti calcium, magnesium, phosphorus, potassium, silicon, zinc-numerous vitamins-A, B1, B2, B3, B5, B6, C, D, E, and K-as dan juga essential dan non-essential amino acids.

Terdapat pelbagai lagi kebaikan Alfalfa seperti yang ditulis di sini. Walau bagaimanapun, bagi sesetengah orang, alfalfa boleh memberi kesan negatif terutamanya kepada pesakit SLE. Selain itu, ada bayi yang mengalami cirit-birit, kembung perut dan sedikit kuning apabila ibunya mengambil alfalfa.

Oleh kerana itu, saya sangat tidak mencadangkan ibu-ibu dalam pantang untuk mengambil alfalfa, cukup dengan set C sahaja.

Tahukah anda, kalsium dan protein sangat membantu dalam penghasilan susu ibu?

Protein

Tahukah anda komposisi utama dalam susu ibu adalah protein diikuti oleh kalsium serta vitamin dan zat galian yang lain? Semasa menyusu keperluan protein meningkat. Jika anda kurang mengambil makanan daripada jenis protein, ini akan menjejaskan penghasilan susu ibu. Protein tambahan boleh didapati dari susu, produk tenusu, telur, daging, ikan, ayam , kacang dan bijiran serta kekacang. Bagi yang mahu mengambil supplement, pastikan anda mengambil protein yang ditulis sebagai non GMO soy kerana struktur genetik soya tidak diubah dan ianya selamat untuk jangka panjang.

Kalsium

Ramai yang memendang remeh tentang pengambilan kalsium. Kalsium hakikatnya bukan sahaja penting ketika hamil malah sangat diperlukan ketika menyusukan bayi. Hal ini kerana pada 3 bulan yang pertama, bayi bergantung sepenuhnya pada susu ibu. Kalsium diperlukan untuk menghasilkan susu. Oleh yang demikian, tambahan 1000mg kalsium diperlukan. Jadi sangat digalakkan jika si ibu meminum sekurang-kurangnya 500ml  susu [ kaedah paling senang sukat] atau apa-apa produk tenusu bagi memenuhi keperluan kalsium. sekiranya anda mengambil supplement kalsium, pastikan ianya mengandungi magnesium serta vitamin D agar penyerapan yang baik berlaku dalam badan. Kalsium tablet yang tidak mengandungi kandungan magnesium mahupun vitamin D boleh memberi risiko batu karang di dalam buah pinggang.

Cubalah Ostematrix Shaklee! anda akan rasa perbezaannya!!!!

Vitamin
Disamping itu, ibu yang menyusu memerlukan penjagaan makanan yang seimbang yang mana pengambilan vitamin dan garam mineral lain turut perlu dititikberatkan sebagai contoh vitamin A [ biasa terdapat dalam beta carotene], zat besi, folik asid, vitamin C , B complex demi memastikan keseimbangan kesihatan si ibu, susu ibu yang dihasilkan dan ia turut membantu dalam penghasilan susuibu.

Air.
Elemen ini sangat penting dalam diet ibu yang menyusukan anaknya. Badan memerlukan cecair yang secukupnya. Oleh kerana itu ibu menyusu perlu minum air secukupnya. Minumlah berkadaran agar tidak menjejaskan tugas harian. Kita mempunyai 24 jam sehari…maka minumlah dengan istiqamah. Air sangat penting untuk penyerapan vitamin oleh tubuh.

Berita baik!!!!!!!!!!

Bermula 24 haribulan, Euphoria menyediakan pack menyusu yang baru iaitu yang mengandungi :

Multivitamin, B kompleks, Vitamin C serta Kalsium [ Ostematrix]. Set ini diberi nama sebagai  ” Eu – Four  Pack “. Ini kerana ia mengandungi 4 vitamin yang penting untuk tubuh.
Apa yang menarik dengan  Eu-Four Pack ini?

Ia boleh dimakan oleh suami isteri malah ibu dan ayah kita juga! Selamat dan sesuai diambil oleh ibu menyusu dan ibu yang mengandung. Ia sangat baik untuk keperluan tubuh ibu dan pembesaran anak yang dikandung mahupun yang disusukan. Ia juga sesuai untuk ibu atau wanita yang mempunyai masalah tumit kaki berbisa, sejuk2 badan, mereka yang sering keletihan dan sukar bangun tidur.
Benarkah tanpa pengambilan alfalfa, susu boleh meriah? Jom baca testimonial di bawah.

Dapatkannya untuk kesejahteraan diri dan keluarga!

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.

 

Berminat?

 

Hubungi saya di hanisamin@gmail.com atau SMS ke 010-4289601 (Hanis) untuk konsultasi mahupun maklumat lanjut.

Translator
Translator Plugin
Ayat seribu dinar
Ahlan wasahlan…
Assalamualaikum & selamat sejahtera

Selamat datang ke Hanis Healthy Life. Hanis Amin adalah pengedar Shaklee yang sah, yang juga pengguna kepada produk Shaklee.

Untuk sebarang pertanyaan, hubungi kami di
email : hanisamin@gmail.com
sms/WhatsApp : +6010-4289601

Terima kasih.

Hazu Enterprise (SA0175455-W)

Set Istimewa untuk anda!

Breastfeeding Set
(Set Penyusuan)

Testimonial : KLIK SINI

==========================

Confinement Set
(Set Berpantang)

Testimonial : KLIK SINI

==========================

Skin Care Set
(Set Penjagaan Kulit)

Testimonial : KLIK SINI

==========================

Healthy Weight Set
(Set Berat Badan Sihat)

Testimonial : KLIK SINI

==========================

Baby & Children Health
(Kesihatan Bayi & Kanak-kanak)

Informasi


Sertai kami di Facebook!


Ada pertanyaan atau komen?