Order sekarang!


atau SMS/WhatsApp/Telegram :

010-4289601 (Hanis)

Best selling!!
Dapatkan info terkini segera..

* Setiap testimoni yang tertulis dalam laman web ini adalah pengalaman dari pelanggan sendiri dan hasil dari setiap pelanggan mungkin berbeza antara satu sama lain. Namun ini tidak bermakna vitamin ini boleh mengubat atau menyembuhkan penyakit. Sila konsult dengan pengedar anda untuk lebih lanjut.

PERHATIAN : Konsultasi selepas pembelian produk dan jadual pengambilan adalah khas untuk pelanggan kami sahaja. Sila rujuk pengedar anda untuk jadual pengambilan & kosultasi selepas pembelian. Terima kasih.
Free Palestine, Pray 4 Syria
Tabung Kecemasan Gaza Aqsa Syarif di sini :
http://on.fb.me/1jlP2li
Akaun Maybank Islamic : 551575-004299
akaun Bank Islam : 1209-20100-34904
email : projects@aqsasyarif.org.my

Tabung Kasih Ummah Syria
Bank Islam Malaysia Berhad
120290 100 63512
(Pertubuhan IKRAM Malaysia)
email : i4syria315@gmail.com

Posts Tagged ‘children’

Vita-Lea for Children : multivitamin kanak-kanak kini kembali!!

 

Tentu dah ramai yang dah tau, Multivitamin kanak-kanak dari Shaklee ini sudah pun kembali di pasaran. Lama juga ia terhenti di pasaran. Rupa-rupanya ada pembaharuan dengan rasa yang lebih menarik dan khasiat yang lebih baik.

multivitamin kanak-kanak

 

Vita-Lea for children ni tiada sebarang perasa tiruan tau. Tapi macam mana boleh rasa sedap? Haa…shaklee menggunakan buah anggur untuk menghasilkan perasa dan pemanis semulajadi.

Eh, bukan kanak-kanak sahaja tau, orang dewasa pun rasa seronok je nak kunyah-kunyah. Berebut-rebut pula dengan anak-anak. hehehe. Untuk orang dewasa yang tak reti telan ubat atau yang dah banyak sangat telan supplemen pun boleh kunyah-kunyah. Daripada ambil gula-gula, baik ambil multivitamin yang berkhasiat ni kan.

Apa yang diberikan oleh Vita-Lea for Chilfren, multivitamin kanak-kanak ini?

Read the rest of this entry »

Assalamualaikum…

Pernah terjadi? Anak-anak tak sihat, bila diberi ubat bukan main meraung, berlari-lari, meronta-ronta tak nak makan ubat. Kita sendiri sebagai ibu bapa pun kadang tak sampai hati tapi terpaksa bagi sebab nak anak cepat sembuh. Bila mereka meraung-raung, hati ibu ini pun meraung-raung melihat di anak.

children-medication

Masih segar diingatan, Muadz yang hampir setiap bulan demam dan selsema. Sampai satu tahap beberapa kali kena ambil nebulizer. Pernah juga hampir kena admit ke hospital. Alhamdulillah, saya bersyukur sangat-sangat dipertemukan dengan Shaklee. Segala dengan izin Allah yang membuka hati saya untuk mencuba Shaklee.

Sekarang ni tak perlu paksa-paksa, dengan senang hati Muadz minta Omega Guard dan Chewable Vit C. Fobia dia pada ubat dah hilang sampai ubat paracetamol pun dia ingat sama rasa macam supplemen. Dah asyik minta nak ubat. Adik Zilal pun sama, dah pandai minta supplemen. Syukur sangat-sangat dah kurang berlaku kejadian seperti itu.

Read the rest of this entry »

Assalamualaikum..

Cuaca sekejap hujan sekejap panas ni memang anak-anak mudah dijangkiti selsema. Apa kata berikan sesuatu yang istimewa buat anak-anak tersayang?

Meal Shakes – sumber multivitamin yang lengkap beserta protein dan serat di dalam bentuk serbuk! Mudah dibancuh, baunya sangat wangi (Vanilla French), dan rasanya sangat lazat!

OmegaGuard – sumber minyak ikan yang mengandungi Asid Lemak Omega 3, termasuklah DHA dan EPA. Membantu mencairkan kahak dan memanaskan badan.

Vitamin C chew – Vitamin C yang mudah dikunyah kanak-kanak. Membantu menguatkan sistem imunisasi si kecil. Untuk 4 tahun ke atas sahaja.

selsema

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.

Berminat?

Hubungi saya sekarang!!
Your Shaklee Independent Distributor
Hanis Amin
♥ SMS | WhatssApp : 010-4289601
♥ Shaklee ID : 837662
♥ FB Page : http://www.facebook.com/HanisHealthyLife
♥ Email : hanisamin@gmail.com

Assalamualaikum..

Ibu-ibu tentunya susah hati apabila anak tak mahu makan dan asyik sibuk bermain sahaja kan. Hari ini saya nak kogsikan sedikit tips untuk membantu anak-anak suka makan.

  1. Jangan paksa anak makan. Ianya hanya akan memburukkan lagi keadaan. Malah anak mugkin akan terus membenci dan merasakan ia satu penyiksaan.
  2. Offer makanan bila anak-anak dalam keadaan lapar dan tenang. Jangan tunggu sehingga terlalu lapar.
  3. Jadikan aktiviti makan sesuatu yang menggembirakan.
  4. Campurkan makanan baru dengan makanan kesukaan anak-anak untuk memperkenalkan sesuatu yang baru.
  5. Makan bersama-sama. Anak-anak akan mencontohi ibu bapa.
  6. Ajak anak bermain sambil makan. (Bila Muadz mula bosan makan, saya akan buat2 nasi tu jadi kapal terbang dan masuk ke dalam mulut dia. Kadang2 dia tak buka mulut, bila 2-3 kali baru buka.)
  7. Hidangkan makanan anak-anak dengan cara yang menarik. buat corak atau hiaskan dengan comel.
  8. Elakkan minum air sambil minum. Sebaiknya tunggu sehingga habis makan sebelum minum.
  9. Kurangkan makan snek, makanan ringan atau makanan berhampiran dengan waktu makan.
  10. Biar anak-anak membantu menyediakan hidangan makanan. contohnya, bawakan pinggan ke meja, letakkan sudu dalam mangkuk. kalau ada anak yang besar sikit boleh tolong potong2.
  11. Ajak anak membeli barangan dapur bersama. Tunjukkan bahan2 yang digunakan untuk masak.
  12. Sekali- sekala ajak anak-anak makan bersama rakan sebaya atau saudara sebaya. Anak lebih suka makan beramai-ramai.
  13. Biarkan anak-anak makan sendiri walaupun bersepah dan tumpah. sebaiknya alas tenpat duduknya terlebih dahulu.
  14. Tanya pendapat anak menu yang diingini.
  15. Biar anak-anak kunyah sehingga habis sebelum memberikan makan lagi.
Anda juga boleh membantu anak anda dengan memberikan Meal Shakes. Selain membantu menambah selera makan, Meal Shakes juga adalah multivitamin berbentuk minuman jadi anda akan dapat khasiat sepenuhnya walaupun kurang makan.
credit pic to Hafsah Mardiah
Apa kata mereka yang dah mencuba?
* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.

Berminat?

Hubungi saya di hanisamin@gmail.com atau SMS ke 010-4289601 (Hanis) untuk konsultasi mahupun maklumat lanjut.

Assalamualaikum…

Di Personal Blog saya, saya ada ceritakan tentang Muadz sembelit. Memang risau sangat masa tu. Jumpa doktor dan doktor bagi ubat minum. Selepas kejadian tu, Muadz ada kena sembelit sekali lagi. Lepas bagi ubat 2 hari, baru Muadz berjaya membuang dengan tangisan. Alhamdulillah, lepas tu sehingga ke hari ini, Muadz dah tak sembelit. Jadi, saya nak kongsikan sama-sama tips semoga dapat membantu anak anda juga..

TIPS ATASI ANAK SEMBELIT

  • Kerapkan pemberian air masak pada anak
  • Beri makan buah beberapa potong sehari (Muadz makan sebiji, kadang 2 biji. Suka sgt mkn buah)
  • Beri makan prune
  • Cairkan sedikit bancuhan susu tepung
  • Beri minum vitagen sekali sekala
  • Campurkan meal shakes dalam susu anak
Bagaimana Meal Shakes membantu dalam masalah sembelit?
Meal Shakes mengandungi fiber. Jadi ia dapat membantu dalam pelawasan. Walau bagaimanapun, ia perlu disertai dengan pengambilan air masak yang banyak. Jadi, pastikan anak anda ambil air masak yang banyak ya. Kesilapan saya adalah, saya berikan meal shakes tetapi terlupa nak monitor pengambilan air masak. Bila check di taska, dia memang kurang minum air masak. sama ada minum susu atau minuman manis. Jadi, Muadz cuma minum air masak di waktu malam sebab di rumah tiada air manis.
Oleh itu, selain minum air masak di malam hari, saya pastikan dia makan buah selepas sahaja pulang dari Taska. Alhamdulillah, kini Muadz dah tak sembelit lagi. Seisi keluarga pun boleh minum.
Sekiranya sembelit yang sangat teruk dan berterusan pastikan bawa anak berjumpa doktor ya. Walau bagaimanapun, saya tak galakkan anda ambil ubat sembelit yang minum (lactulose) atau ubat masuk ke dubur (enema) ni. Lepas muadz minum ubat memang dia akan membuang tapi mungkin ia menyebabkan perut memulas-mulas. Dalam sehari 2-3 kali muadz membuang lepas minum ubat dan setiap kali pun akan menangis walaupun najis lembut sambil pegang perut. Bila tanya, Muadz sakit perut, sambil nangis dia jawab ‘perutt..’
Ubat enema pula, lama kelamaan akan menyebabkan anak-anak takut nak meneran sebab lepas makan ubat tu najis mudah keluar. Jadi kalau najis keras sikit dah tak mahu teran. Jadi, sebaiknya cubalah cara semula jadi ya.
Selamat mencuba!
* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.

 

Berminat?

 

Hubungi saya di hanisamin@gmail.com atau SMS ke 010-4289601 (Hanis) untuk konsultasi mahupun maklumat lanjut.

Assalamualaikum…

Dah cuba Meal Shakes? Meal Shakes Shaklee merupakan sumber protein dengan vitamin dan mineral tambahan.  Ia menyediakan jumlah yang seimbang bagi setiap sembilan asid amino yang diperlukan oleh tubuh untuk tumbesaran dan perlindungan yang baik.  Dan lagi, Meal Shakes Shaklee mengandungi semua asid amino asli yang terdapat di dalam protein termasuk yang asid amino perlu dan juga tidak perlu.            * sumber

Jom tengok 6 fakta menarik tentang Meal Shakes

  1. Complete Nutrients – Provides 24 types of A to Z essential vitamins, minerals and trace minerals. Deficiency in trace minerals will affects the absorption of vitamins and causes inactive enzymes. It also contains soy lecithin that works hand-in-hand with fat soluble vitamins.
  2. Supplies Key nutrient to cells – Rich in protein (contain no lactose) that helps in forming skin, nails, hair, organs, blood, immunised cells etc.
  3. Aids in Growing Up – Contains folic acid, biotin, rich in calcium and magnesium that are needed for building bones and cells in the growing up process.
  4. Anti-Oxidants – Contains vitamins A, C, E, zinc, selenium which are the anti-oxidant components for anti-ageing.
  5. Restore skin complexion – Contains complete vitamin B-Complex, iron, copper to form healthy red blood cells, thus improves the skin colour complexion. Detoxification – Rich in soluble fibre that helps the (peristalsis of colon and stomach/bowel movement) to excrete excess fat and waste from the colon and stomach.
  6. Great Taste for young and old – Delicious drink with natural fructose; quick replenishment of the necessary nutrients for the body; contain no artificial colouring and artificial sugar.
Ia bukan sahaja sesuai untuk anak-anak, malah untuk orang dewasa juga terutama untuk mereka yang sukar telan ubat. Sangat sedap dicampur dengan susu segar mahupun apa-apa minuman lain. Hidangan yang lazat, berkhasiat serta mudah disediakan yang pasti digemari oleh seisi keluarga:
•    Sarapan segera yang berkhasiat
•    Lazat, sarapan segera yang mampu dibeli
•    Hidangan segera untuk para atlet
•    Kudapan menarik pada bila-bila masa
•    Hidangan yang ideal, rendah kolestrol, lemak dan sodium
Jom baca apa kata mereka…
dan lagi..
Yang kedua ni adalah komunikasi dalam group tertutup kami tentang bayi yang mudah selsema dan telinga berlendir. Boleh baca lebih lanjut di sini.
p/s – Ada tawaran super duper special untuk Meal Shake bulan April 2012. Hubungi saya untuk maklumat lanjut ya.
* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.

 

Berminat?

Hubungi saya di hanisamin@gmail.com atau SMS ke 010-4289601 (Hanis) untuk konsultasi mahupun maklumat lanjut.

Assalamualaikum..

Alhamdulillah, semakin hari semakin ramai yang sedar pentingnya keperluan supplemen dalam mengisi ruang nutrisi dalam badan. Walau bagaimanapun, perlu diingatkan supplemen bukanlah ubat sebaliknya ia membantu mengisi ruang-ruang kosong yang diperlukan oleh badan. Nutrien yang berlebihan atau tidak diperlukan akan dibuang oleh badan. Apabila badan mempunyai nutrisi yang cukup, maka setiap sel, organ, sistem akan bergerak dengan lancar dan menjadikan individu lebih sihat.

Oleh itu, kami TIDAK mencadangkan pengambilan supplemen untuk bayi di bawah usia setahun, kerana keperluan utama bayi ketika ini adalah susu. Dan susu yang terbaik di dunia adalah SUSU IBU. Melalui susu ibu, nutrient yang diperlukan akan disalurkan kepada bayi. Walaupun, pemakanan bayi bermula tempoh 6 bulan, itu hanyalah perkenalan kepada pemakanan. Makanan utamanya masih susu ibu. 

Sebaliknya apabila anak mencecah usia 1 tahun, susu ibu menjadi pelengkap sahaja manakala makanan utamanya adalah makanan biasa. Oleh itu, penting untuk ibu bapa memastikan anak-anak mendapatkan makanan yang berkhasiat. Elakkan makanan segera, makanan dingin beku dan makanan rapu.

Keperluan kalori anak-anak *sumber : kevinzahri.com

Bagaimana sekiranya ibu tidak dapat menyediakan keperluan secukupnya?

Di sinilah sebaiknya mengambil makanan tambahan (supplemen) untuk mengisi ruang-ruang kosong yang diperlukan. Untuk anak-anak usia 1-3 tahun, boleh mula diberikan Shaklee Meal Shakes dan Shaklee OmegaGuard. Tapi tak perlu kerap pun. Cara pengambilan, sila hubungi pengedar anda ya. Ini supaya tidak memberatkan tubuh di kecil anda untuk memproses supplemen yang diberikan.

Untuk anak-anak usia 4-6 tahun pula selain 2 supplemen di atas boleh ditambah dengan Shaklee Vita-lea Chew dan Shaklee Vita-C Chew. Manakala selepas usia itu, boleh diambil supplemen selainnya kecuali Nutriferon dan beberapa yang lain. Nutriferon sebaiknya selepas usia 12 tahun kerana agak kuat dan memerlukan air masak yang banyak.

Sekali lagi diingatkan, sila maklumkan usia anak untuk dapatkan jadual pengambilan vitamin yang betul ya. 

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.
Berminat?
Hubungi saya di hanisamin@gmail.com atau SMS ke 010-4289601 (Hanis) untuk konsultasi mahupun maklumat lanjut.

Assalamualaikum..

Anak-anak seperti juga orang dewasa perlukan makanan tambahan untuk mereka membesar. Jadi kepada ibu bapa yang mempunyai anak berusia 1 TAHUN KE ATAS SAHAJA, kami cadangkan 2 vitamin istimewa sebagai pemakanan tambahan (bukan makanan utama, ya!) buat anak anda – Shaklee Meal Shakes dan juga Shaklee OmegaGuard.

(1) Meal Shakes terutamanya amat sesuai bagi anak yang*:

– tiada/ kurang selera makan.
– memilih makan – tidak mendapat nutrien sepenuhnya dari diet harian.
– selalu demam/ kurang sihat, terutama yang duduk di nursery.
– mempunyai athma & bronchitis.
– mempunyai eczema (protein bantu bina semula sel yang lebih sihat).

Pendek kata, sumber multivitamin yang lengkap beserta protein dan serat di dalam bentuk serbuk! Mudah dibancuh, baunya sangat wangi (Vanilla French), dan rasanya sangat lazat!

(2) OmegaGuard ialah sumber minyak ikan yang mengandungi Asid Lemak Omega 3, termasuklah DHA dan EPA.*

– menggalakkan fungsi otak.
– untuk kesihatan sistem saraf dan fungsi mata.
– mengurangkan keradangan.
– menambahkan kolesterol baik di dalam badan (HDL).

sumber : GenkiMomma

Saya sendiri mula memberikan anak saya 2 vitamin ni sebaik usia 1 tahun. Dalam kehidupan yang moden ni, dah tentu tak boleh lari dari makanan yang diproses dan makanan segera, jadi saya pastikan anak saya dapat yang terbaik untuk menampung keperluan nutrien dia.

 

Jom baca cerita tentang Muadz dan vitamin di bawah.

1) Telinga bayi keluar lendir
2) Vitamin sesuai untuk anak
3) Tingkatkan imunisasi dengan nutriferon

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.
Hubungi saya di hanisamin@gmail.com atau SMS ke 010-4289601 (Hanis) untuk konsultasi mahupun maklumat lanjut.

Assalamualaikum..

Sebelum ni saya pernah kongsikan pengalaman Muadz, bila demam dan selsema mesti ke sampai ambil nebulizer. Dari usia 3 bulan lagi. kadang-kadang kesian sangat tengok dia yang susah nak bernafas. Kadang-kala ada lendir yang keluar dari telinga dan mata penuh taik mata. Beberapa kali juga lendir keluar dari telinga, sampai tahun lepas kami terus bawa berjumpa pakar ENT (ears, nose and throat). Saya kongsikan sedikit apa yang saya faham ya, sebab ramai pula orang yang bermasalah sama.

 

Infeksi telinga sering terjadi pada anak-anak setidaknya sekali sebelum memasuki usia 2 tahun. Hal ini kerana paip penghubung antara saluran hidung dan telinga (tiub Eustachian) yang terdapat pada anak-anak umumnya memiliki letak yang lebih horizontal dengan jarak yang pendek, dibandingkan pada orang dewasa. Akibatnya, apabila ada produksi lendir di hidung kerana selsema atau alergi, lendir terperangkap di saluran tersebut dan menjadi tempat tumbuhnya bakteria. Infeksi telinga bahagian tengah dapat menyebabkan timbulnya demam dan rasa nyeri pada bahagian telinga. (Sumber)

Menurut pakar ENT, hal ini mungkin juga terjadi apabila anak menyusu baring dengan kedudukan kepala yang rendah. Susu yang masuk ke mulut kemungkinan terlari dan masuk ke saluran Eustachian.

Biasanya doktor akan beri ubat selsema dan ubat titis telinga. Walau bagaimanapun, sebelum titis ubat telinga, perlu cuci dulu telinga tersebut supaya ubat dapat masuk ke dalam lubang telinga ke saluran dalam telinga. Sebaik-baiknya elakkan dari mencuci menggunakan cotton bud. Doktor saya ajar, pintal hujung tisu dan cuci dengan tisu tersebut. 1 tisu boleh 4 kali cuci sebab ada 4 bucu. Bila masukkan tisu ia lebih lembut dan boleh sampai ke bahagian dalam telinga tetapi tidak mencederakan dalam telinga. Semasa aktiviti mencuci, anak kemungkinan akan menangis, meraung dan memberontak. Biasanya saya buat masa dia tengah menyusu. Dia akan tepis sikit tangan mungkin sebab geli. Lepas dah agak bersih baru titiskan ubat.

Doktor menasihatkan juga supaya ia tidak dibiarkan berlarutan. Jadi, jika anak anda terdapat infeksi pada telinga dan keluar lendir, cepat-cepat bawa jumpa doktor ya. Sekiranya dibiarkan mungkin bayi tersebut akan mengalami masalah pendengaran.

Oh ya, kata doktor pakar lagi, hal ini berlaku mungkin kerana ada lubang kecil pada saluran telinga. Sepatutnya cecair dari hidung tidak akan masuk ke telinga kerana ada penutup. Kebiasaannya, semakin dewasa lubang itu akan tertutup dengan sendirinya. Tetapi jika tidak dirawat, ia mungkin akan berlarutan.

 

Khas untuk anakku..

Apa yang saya buat untuk bantu anak saya?

  1. Setiap kali dia demam dan selsema, saya akan ambil sepeket nutriferon sehari dan susukan dengan kerap sehingga dia sihat. Favourite saya nutriferon ni. Kalau demam 2 hari tak baik terus ambil nutriferon. huhu.
  2. Selepas usianya setahun, saya beri makan OmegaGuard sebiji dalam masa 2 minggu. Kalau yang belum pandai kunyah, boleh pecahkan kapsul dan letak pada susu seperti yang saya ceritakan dalam entry di bawah.
  3. Selain tu, saya juga bagi Meal shake lepas usianya setahun. Ada saya ceritakan sikit-sikit di 2 entry di bawah ni.
Tingkatkan imunisasi dengan Nutriferon
Vitamin sesuai untuk anak?

Alhamdulillah, sekarang ni Muadz dah jaraaangg sangat demam dah selsema. 2 minggu lepas keluarga besar mak saya buat family day di Port Dickson. Balik tu ramai yang demam dan batuk. Muadz pun selsema sikit tapi 1 hari je. Saya pun terkejut juga sebenarnya. Dah lama tak bawa Muadz ke klinik sebab demam selsema. Alhamdulillah, syukur kepadaNya. Weekend ni kami nak bercuti ke Langkawi pula. Main air laut lagi. Harapnya Muadz kekal sihat juga. Nak kena bawa bekal vitamin siap-siap. Sekarang ayah Muadz tengah batuk-batuk. Hari-hari kena paksa dengan ummi untuk makan nutriferon.

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.

Maklumat lanjut, hubungi hanisamin@gmail.com atau sms ke 010-4289601

Assalamualaikum…

Tahukah anda, di Amerika Syarikat ada program khas tentang penggunakan supplemen Omega-3 untuk ibu hamil yang bertajuk “Omega-3 for Baby and Me”. Program tersebut bertujuan untuk meningkatkan kesedaran pada ibu bahawa DHA sangat penting untuk ibu hamil. DHA bukan sahaja penting untuk pertumbuhan dan perkembangan bayi yang dikandung, malah dapat menurunkan risiko kelahiran premature dan bayi berat lahir rendah(BBLR).

DHA atau nama saintifiknya, Docosahexaenoic, adalah sejenis asid lemak omega-3 poli tak tepu yang berantai panjang, dijumpai dalam setiap sel dalam badan. DHA adalah penting untuk perkembangan dan kefungsian otak, mata dan sistem saraf pusat. Semasa mengandung, janin yang sedang membesar bergantung kepada ibunya untuk mendapat DHA yang diperlukan. Ini kerana DHA diperolehi daripada makanan yang dimakan, maka kandungan DHA dalam diet seseorang ibu menentukan sebanyak mana DHA yang dapat disalurkan kepada janin.

Penelitian manfaat Omega-3 untuk ibu hamil dan ibu menyusu:

  • Dalam buku Omega-3 Oils, A Practical Guide , 1996 karangan Donald Rudin, MD dan Clara Felix disebutkan bahawa Omega-3 berperanan penting dalam perkembangan sistem imun, yang terbentuk selama masa kehamilan dan bulan-bulan pertama selepas kelahiran. Jika seorang wanita hamil kurang mengambil Omega-3, anaknya boleh menderita gangguan fizikal dan mental kerana kurangnya sistem kekebalan tubuh.
  • Asid lemak esensial Omega-3 juta mempunyai peranan yang sangat penting pada perkembangan otak janin. Pada tahun 1968, seorang saintis Sweden, Lars Svennerholm mendapati DHA (dari Omega-3) adalah majoriti asid lemak tepu yang terdapat di dalam otak dan merupakan bahan baku penyusun sel otak. Dia juga menyimpulkan bahawa perkembangan sel otak janin sangat bergantung kepada jumlah Omega-3 yang berasal dari ibunya, kerana janin belum dapat mengubah asid lemak dalam tubuhnya sendiri.
  • Sebuah suruhanjaya ahli yang dipimpin oleh Berthold Koletzko, MD ., Rumah Sakit Anak Dr. Von Hauner, Universiti Munich menyatakan bahawa wanita hamil dan menyusui perlu mengambil sekurang-kurangnya 200-300 mg DHA satu hari. Mereka mendapati wanita dengan pengambilan Omega-3 DHA lebih tinggi mempunyai kehamilan lebih sihat, dengan berat bayi lahir yang lebih tinggi dan kehamilan tidak cukup bulan yang lebih sedikit. Pengambilan DHA juga dihubungkan dengan peningkatan kecerdasan kanak-kanak dan perkembangan mata.
  • University of Western Australia meneliti 98 wanita hamil yang mengambil 4 gr tambahan Omega-3 dari ikan atau 4 gr olive oil (minyak zaitun) sehari selama 20 minggu kehamilan hingga bayi lahir. Setelah anak yang lahir berusia 2 tahun, ujian dilakukan  untuk melihat kadar pertumbuhannya. Anak-anak yang ibunya mengambil suplemen Omega-3 juga mempunyai nilai yang lebih tinggi pada koordinasi mata dan tangan, kemampuan berbicara, lamanya waktu berbicara, dan jumlah kosa kata yang mereka miliki berbanding dengan kanak-kanak yang ibunya mengambil Olive Oil. Profesor Susan Prescott yang memimpin kajian tersebut menyebutkan tambahan Omega-3 yang diambil terus menerus selama kehamilan bukan sahaja selamat, tapi juga sangat diperlukan bagi bayi dan ibu di kemudian hari.
  • Para pakar dari National Institute of Health dan International Society for the Study of Fatty Acids and Lipids (NIH/ASSFAL) mengesyorkan pengambilan sebanyak 300mg DHA setiap hari bagi ibu mengandung dan menyusu.
Bagaimana pula kandungan OmegaGuard Shaklee?

Ia mengandungi :
Total Omega-3 Fatty Acids – 330mg
EPA – 180mg
DHA – 120mg

Kandungan ini untuk setiap kapsul. Sikitnya kandungan DHA? Ya, sebab itu ia boleh diambil 2-3 tablet sehari. Mungkin juga kita ada ambil sumber DHA dari ikan dan lain-lain, jadi boleh kurangkan pengambilannya. Yang lebih penting Omega Guard Shaklee, adalah daripada ikan dan bukan hati ikan(spt Cod Liver Oil) dan dibuat tapisan 2 kali atau lebih untuk membuang bahan-bahan merbahaya.

Menurut kajian terbaru, kanak-kanak berusia satu tahun hingga dua tahun memerlukan sebanyak 100 miligram (mg) hingga 120 mg DHA setiap hari dan 100-150 mg bagi kanak-kanak berusia dua tahun hingga empat tahun serta 150-200 mg bagi usia empat tahun hingga enam tahun. (sumber)

Sebab itu, OmegaGuard Shaklee sesuai diambil oleh kanak-kanak seawal usia 1 tahun. Memang cukup untuk keperluan mereka. Jadi, satu botol boleh kongsi antara ibu dan anak. Jimatkan??

sumber lain :

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.

 

Berminat?

 

Hubungi saya di hanisamin@gmail.com atau SMS ke 010-4289601 (Hanis) untuk konsultasi mahupun maklumat lanjut.


Translator
Translator Plugin
Ayat seribu dinar
Ahlan wasahlan…
Assalamualaikum & selamat sejahtera

Selamat datang ke Hanis Healthy Life. Hanis Amin adalah pengedar Shaklee yang sah, yang juga pengguna kepada produk Shaklee.

Untuk sebarang pertanyaan, hubungi kami di
email : hanisamin@gmail.com
sms/WhatsApp : +6010-4289601

Terima kasih.

Hazu Enterprise (SA0175455-W)

Set Istimewa untuk anda!

Breastfeeding Set
(Set Penyusuan)

Testimonial : KLIK SINI

==========================

Confinement Set
(Set Berpantang)

Testimonial : KLIK SINI

==========================

Skin Care Set
(Set Penjagaan Kulit)

Testimonial : KLIK SINI

==========================

Healthy Weight Set
(Set Berat Badan Sihat)

Testimonial : KLIK SINI

==========================

Baby & Children Health
(Kesihatan Bayi & Kanak-kanak)

Informasi


Sertai kami di Facebook!


Ada pertanyaan atau komen?