Order sekarang!


atau SMS/WhatsApp/Telegram :

010-4289601 (Hanis)

Best selling!!
Dapatkan info terkini segera..

* Setiap testimoni yang tertulis dalam laman web ini adalah pengalaman dari pelanggan sendiri dan hasil dari setiap pelanggan mungkin berbeza antara satu sama lain. Namun ini tidak bermakna vitamin ini boleh mengubat atau menyembuhkan penyakit. Sila konsult dengan pengedar anda untuk lebih lanjut.

PERHATIAN : Konsultasi selepas pembelian produk dan jadual pengambilan adalah khas untuk pelanggan kami sahaja. Sila rujuk pengedar anda untuk jadual pengambilan & kosultasi selepas pembelian. Terima kasih.
Free Palestine, Pray 4 Syria
Tabung Kecemasan Gaza Aqsa Syarif di sini :
http://on.fb.me/1jlP2li
Akaun Maybank Islamic : 551575-004299
akaun Bank Islam : 1209-20100-34904
email : projects@aqsasyarif.org.my

Tabung Kasih Ummah Syria
Bank Islam Malaysia Berhad
120290 100 63512
(Pertubuhan IKRAM Malaysia)
email : i4syria315@gmail.com

Posts Tagged ‘fish oil’

Promosi Omega Guard datang lagi!!!

Promosi Omega

 

Good News! Bulan ini Shaklee menawarkan “PROMOSI Beli 6 PERCUMA 1 OmegaGuard”!!!

Read the rest of this entry »

Assalamualaikum..

Semalam dah bercerita sikit tentang minyak ikan vs minyak hati ikan. Jom kita tengok lagi persamaan dan perbezaannya.

1) Kandungan Omega-3

Kandungan Omega-3 dalam minyak ikan dan minyak hati ikan adalah lebih kurang sama. Kedua-duanya mengandungi DHA, EPA dan ALA. Walau bagaimanapun, Omega Guard Shaklee mengandungi rangkaian penuh 7 asid lemak omega-3 selain DHA, EPA dan DHA.

2) Vitamin A dan D

Perbezaan utama kedua-dua minyak ikan dan minyak hati ikan ialah kandungan vitamin D dan A. Oleh kerana vitamin larut lemak ini di simpan di hati, maka ia lebih banyak terdapat pada minyak hati ikan. Berita buruk, vitamin larut lemak yg berlebihan akan menyebabkan toksik jika diambil dalam jumlah yang berlebihan.

Lebih dos vitamin D boleh menyebabkan loya, muntah, lemah dan pitam. Manakala lebih dos vitamin A boleh menyebabkan keguguran, masalah hati, osteoporosis dan masalah sistem saraf.

3) Bahan pencemar

Perbezaan yang sangat ketara antara kedua jenis ini ialah darjah pencemaran atau kuantiti pencemar yang terkandung didalamnya.

Untuk pengetahuan anda, organ hati adalah tempat menapis berbagai-bagai bahan pada tubuh. Oleh sebab itu, minyak hati ikan mengandungi lebih banyak pencemar seperti logam berbahaya iaitu plumbum dan merkuri.

Amaran: kanak-kanak, wanita mengandung dan ibu menyusu tidak digalakkan mengambil minyak hati ikan kerana logam berat ini mudah meresap dan membahayakan bayi.

sumber 

Jadi, silalah berhati-hati apabila anda ingin membeli supplemen minyak ikan anda. Lihat dengan teliti dulu ya.

minyak hati ikan

Shaklee Omega Guard

Kelebihan Shaklee Omega Guard

  • Shaklee OmegaGuard dihasilkan daripada ikan kecil di dasar rantai makanan dimana ia kurang toksin berbanding ikan besar.
  • Shaklee OmegaGuard dihasilkan daripada seluruh ikan, bukan hati ikan. Hati adalah tempat yang paling banyak disimpan toksin. Oleh kerana itu, pengamal perubatan selalu memberi nasihat untuk tidak mengamalkan makan organ dalaman haiwan kerana tinggi kandungan toksinnya.
  • Shaklee OmegaGuard menggunakan ikan-ikan dari lautan sejuk. Ikan yang hidup dilautan bebas mempunyai kandungan Omega-3 yang lebih tinggi.
  • Shaklee OmegaGuard adalah minyak ikan ultrapure yang dibuat dengan sempurna melalui penyulingan 3 peringkat secara semulajadi memberi manfaat Omega-3 dan pada masa yang sama mengeluarkan sebatian yang bahaya seperti merkuri dan plumbum yang ada pada ikan.

 

Promosi istimewa sepanjang bulan Disember 2013!!

Jom dapatkan Set yang bersesuaian dengan anda :

Set Kanak-kanak Sihat Cerdas : Meal Shakes + Omega Guard
Set Lelaki Mantap : CoQHealth + Omega Guard
Set Wanita Bekerjaya : GLA + Ostematrix + Omega Guard
Set Slimming : Alfalfa+Omega+Lecithin
Set Ibu Hamil (2nd & 3rd trimester) : Vita lea+Bcom+Vit C+Ostematrix+Omega

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.

Berminat?

Your Shaklee Independent Distributor
Hanis Amin
♥ SMS | WhatssApp : 010-4289601
♥ Shaklee ID : 837662
♥ FB Page : http://www.facebook.com/HanisHealthyLife
♥ Email : hanisamin@gmail.com

Assalamualaikum..

Lagi sambungan artikel dari Dr Norman

Banyak kajian saintifik telah membuktikan kaitan yang amat kuat di antara Omega 3 dengan kesihatan jantung yang baik.

Pada 8 September 2004, USFDA iaitu badan yang bertanggungjawab menjaga hal-ehwal perubatan di Amerika Syarikat telah mengeluarkan kenyataan yang menyokong Omega 3 (EPA & DHA) sebagai satu supplement yang boleh mengurangkan risiko penyakit jantung koronari.

Antara kebaikan Omega 3 untuk kesihatan jantung adalah:

• Mengurangkan risiko insiden serangan jantung

• Mengurangkan risiko kematian akibat serangan jantung

• Mengurangkan risiko mendapat denyutan jantung tak menentu (arrythmia)

• Mengurangkan sakit dada Angina pada pesakit yang mempunyai masalah saluran jantung tersumbat (Ischaemic heart disease)

• Mengurangkan risiko serangan jantung kali kedua bagi pesakit yang pernah mendapat serangan jantung sebelum ini.

Terdapat banyak kajian saintifik yang dilaporkan dalam jurnal-jurnal perubatan yang telah membuktikan kebaikan omega 3 kepada kesihatan jantung. Banyak kajian yang mengkaji pengambilan makanan laut terutamanya ikan dapat mengurangkan risiko penyakit jantung.

Pada tahun 1999, pengkaji dari GISSI-Prevenzione melaporkan dalam jurnal perubatan The Lancet, mengenai satu kajian yang dijalankan melibatkan 11,324 pesakit yang telah mendapat serangan jantung (myocardial infarction). Kesemua pesakit ini telah diberikan Omega 3 sebanyak 1,000mg setiap hari dan kesimpulan dari kajian ini menyatakan terdapat pengurangan kadar kematian akibat serangan jantung kali kedua sebanyak 45 peratus. Kesan baik pengambilan Omega 3 diamalkan setiap hari didapati selepas tiga bulan dan seterusnya.

Dalam satu lagi kajian di Amerika Syarikat yang dipanggil DART Study (The Diet and Reinfarction Trial), hubung kait antara pemakanan ikan yang kaya dengan Omega 3 dengan pencegahan serangan jantung untuk kali kedua adalah sangat berkait rapat. Dalam kajian ini seramai 1,015 pesakit dinasihatkan memakan ikan sekurang-kurangnya dua hidangan seminggu dan seramai 1,018 pesakit tidak dinasihatkan begitu. Semua pesakit yang mengambil bahagian dalam kajian ini telah mendapat serangan jantung buat kali pertama. Selepas dua tahun, kajian ini mendapati terdapat penurunan sebanyak 29 peratus di dalam kadar kematian di kalangan pesakit yang mendapat nasihat supaya memakan ikan tersebut. Ini adalah antara kajian terawal yang mengkaji hubungan di antara pemakanan ikan yang kaya dengan Omega 3 dengan kadar serangan jantung buat kali kedua, iaitu hanya dengan menambah ikan dalam pemakanan mereka. Cuma dua hidangan seminggu boleh mengurangkan kadar sakit jantung. Kajian-kajian selanjutnya mendapati , pengambilan supplemen Omega 3 juga menghasilkan kesan yang baik untuk kesihatan jantung.

Satu analisa sebelas kajian rambang terkawal ( Randomised Controlled Trial) yang dijalankan di antara tahun 1966 hingga 1999, yang melibatkan seramai 7,951 pesakit menunjukkan pengurangan yang ketara dalam kadar kematian mengejut akibat serangan jantung dengan pengambilan asid lemak Omega 3 secara konsisten.

Pada tahun 2006, terdapat dua jurnal perubatan utama di Amerika Syarikat iaitu American Journal of Clinical Nutrition dan Journal of American Medical Association (JAMA) telah memberikan ulasan yang positif tentang kelebihan Omega 3. Ia menyatakan bahawa, berdasarkan laporan kajian yang telah dijalankan di seluruh dunia, terdapat pengurangan yang ketara dalam jumlah kadar kematian keseluruhan dan insiden penyakit serangan jantung (myocardial infarction) di kalangan mereka yang mengamalkan pemakanan banyak ikan atau minyak ikan, ataupun mengambil supplement Omega 3 setiap hari.

Omega 3 amat penting untuk mendapat kesihatan jantung yang baik. Ia hanya boleh memberikan kesan yang baik jika diambil dengan makanan atau supplement. Penggunaan minyak masak yang kaya dengan Omega 3 juga boleh membekalkan keperluan harian seseorang sebagai contohnya minyak canola, minyak flaxseed, minyak kacang soya. Kacang walnut juga adalah sumber yang kaya dengan Omega 3. Disamping itu pengambilan makanan yang ditambah dengan omega 3 seperti telur dan susu juga boleh membantu anda mendapat keperluan Omega 3 harian.

Pengambilan ikan sebagai sumber protein dalam makanan adalah satu cara yang terbaik untuk mendapat khasiat Omega 3 kerana ikan adalah sumber Omega 3 yang paling kaya. Untuk cara yang lebih mudah makanlah kapsul atau suplemen Omega 3 yang banyak terdapat dalam pasaran sekarang. Makanlah Omega 3 setiap hari untuk kesihatan jantung anda. Usaha berterusan dan doa setiap hari, Insya-Allah kesihatan anda akan terpelihara.

Shaklee OmegaGuard™

 

Asid Dokosaheksanoik (DHA) dan  Asid Eikosapentanoik (EPA) merupakan asid lemak 3 yang ditemui dalam ikan laut dalam. DHA dan EPA dipercayai mampu mengurangkan keradangan, menggalakkan fungsi otak, sistem saraf dan fungsi mata yang perlu diperolehi melalui pemakanan.

Shaklee OmegaGuardTM merupakan makanan tambahan yang mengandungi minyak ikan.  Satu hidangan OmegaGuardTMmenyediakan 1000mg asid lemak omega 3  termasuk DHA dan EPA.

 

 

 

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.

Berminat?

Hubungi saya sekarang!!
Your Shaklee Independent Distributor
Hanis Amin
♥ SMS | WhatssApp : 010-4289601
♥ Shaklee ID : 837662
♥ FB Page : http://www.facebook.com/HanisHealthyLife
♥ Email : hanisamin@gmail.com

Assalamualaikum…

Jom belajar sejarah sikit hari ni dari blog Dr Norman

Omega 3 dijumpai oleh ahli sains pada tahun 1923, yang pada mulanya disangka sejenis vitamin. Ini kerana, pemerhatian yang dibuat menunjukkan gangguan pada tumbesaran berlaku apabila kurangnya bahan ini. Oleh itu, Omega 3 dinamakan sebagai vitamin F kerana ahli sains mendapati ia adalah nutrien penting (essential nutrient) yang tidak boleh dihasilkan oleh tubuh manusia.Pada tahun 1930, dua orang saintis, Burr dan Miller telah mengkaji secara mendalam tentang Omega 3 dan telah mengklasifikasikannya semula sebagai asid lemak dan bukannya vitamin F sebagaimana yang telah diandaikan sebelum ini.

Pada tahun 1992, seorang ahli sains bernama William E.M Lands, telah menulis artikel berkenaan Omega 3 dan telah mula menarik minat lebih ramai lagi ahli sains untuk mula mengkaji dengan lebih mendalam tentang Omega 3.

Omega 3 mula menarik minat saintis sejak 20 tahun dahulu kerana pemerhatian mereka mendapati masyarakat Inuit atau Eskimo mempunyai kadar penyakit jantung yang amat rendah berbanding dengan masyarakat Eropah dan Amerika. Hasil kajian sains mendapati pemakanan masyarakat Eskimo ini kaya dengan lemak dan minyak ikan, di samping itu mereka amat kurang memakan sayur-sayuran. Setelah kajian lanjut dibuat ke atas fenomena ini, maka ahli sains merumuskan bahawa kandungan makanan orang Eskimo ini sebenarnya amat kaya dengan Omega 3.

Seterusnya, pelbagai pemerhatian dibeberapa tempat didunia dilakukan dan didapati penduduk di Okinawa, Jepun dan Kepulauan Crete, Mediterranean juga mempunyai kadar penyakit jantung yang lebih rendah berbanding masyarakat di barat.Penduduk di sini juga mempunyai amalan pemakanan ikan yang tinggi.

Fenomena ini menjadi suatu ‘misteri’ yang amat menarik dan ia seolah-olah ‘menentang arus’ dan berbeza dengan pandangan umum bahawa pemakanan yang tinggi dengan lemak menjadi punca kepada penyakit jantung. Hakikatnya terdapat sejenis lemak yang baik untuk kesihatan jantung iaitu Omega 3.

Apa itu Omega 3?

Omega 3 tergolong dalam kumpulan asid lemak tak tepu yang penting (essential unsaturated fatty acids) yang mempunyai ikatan karbon-karbon berkembar pada kedudukan n-3 iaitu pada hujung methyl dalam molekulnya. Oleh kerana itu ia digelar Omega 3.

Omega 3 terdiri daripada tiga jenis asid lemak utama iaitu:

1. Eicosa Pentanoic Acid (EPA)

2. Docosa Hexanoic Acid (DHA)

3. Alpha Linolenic Acid (ALA)

Tentu anda selalu melihat singkatan EPA dan DHA pada label tin-tin susu yang anda beli di pasaran. Kini terjawablah sudah persoalan anda itu bahawa susu-susu formula itu mengandungi tambahan Omega 3. Omega 3 juga ditambah didalam susu-susu formula kerana ianya juga mempunyai kesan positif kepada perkembangan otak bayi dan kanak-kanak. Kerana itulah susu ibu adalah sumber yang sangat kaya dengan Omega 3.

Asid lemak adalah sebahagian daripada komposisi yang membentuk dinding sel-sel dalam tubuh manusia. Ia mengawal pergerakan keluar dan masuk bahan kimia ke dalam sel. Ia juga mengawal bagaimana sesuatu jenis sel berkomunikasi di antara satu sama lain.Dinding sel yang kaya dengan asid lemak Omega 3 adalah lebih cair dan berfungsi dengan lebih efisien. Asid lemak omega juga bertanggungjawab dalam penghasilan hormon dalam badan manusia dengan menghasilkan bahan yang dipanggil eicosanoids. Eicosanoids yang dihasilkan oleh Omega 6 menyebabkan keradangan dan menyempitkan saluran darah yang menyebabkan darah beku. Eicosanoids yang dihasilkan oleh Omega 3 pula mempunyai kesan yang bertentangan iaitu anti keradangan, mengurangkan darah beku dan mengembangkan saluran darah. 

Shaklee OmegaGuard

Shaklee Omega Guard diekstrak dari ikan laut air sejuk (sardin, mackerel, herring, anchovies) di perairan negara Jepun. Ia bukan dari hati minyak ikan. Omega Guard adalah 3 kali lebih tumpat dari ketumpatan hati minyak ikan. Berbanding dengan produk omega di pasaran, Omega Guard merupakan minyak ikan paling tulen di dunia yang mengandungi rangkaian spectrum penuh 7 jenis asid lemak Omega 3 semulajadi termasuk EPA, DHA, ALA dan banyak lagi. Satu sajian Omega Guard membekalkan 905mg asid lemak omega-3 EPA dan DHA.

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.

Berminat?

Hubungi saya sekarang!!
Your Shaklee Independent Distributor
Hanis Amin
♥ SMS | WhatssApp : 010-4289601
♥ Shaklee ID : 837662
♥ FB Page : http://www.facebook.com/HanisHealthyLife
♥ Email : hanisamin@gmail.com

Assalamualaikum..

Fitrah seorang wanita tentunya ingin berumahtangga seterusnya melahirkan anak sendiri. Namun, dalam menempuh alam keibubapaan, seorang ibu harus mempersiapkan diri sama ada dari segi kebendaan, mental dan emosi, ilmu berkaitan rumahtangga dan keibubapaan dan juga fizikal. Sebagai persediaan fizikal(jasmani), seorang wanita yang merancang untuk hamil perlu menyiapkan diri dengan pelbagai nutrien penting.

Di samping mengambil supplemen prenatal, satu lagi nutrien yang tidak kurang penting untuk diambil adalah supplemen yang mengandungi omega-3. Seperti yang diketahui Omega-3 terutama kandungan EPA dan DHAnya adalah asid lemak perlu (essential fatty acid) yang banyak ditemui pada ikan.

Bila saya perlu mula ambil omega-3 dan untuk berapa lama?

Minyak ikan yang mengandungi Omega-3 tulen dan berkualiti tinggi perlu diamalkan sejak sebelum kehamilan berlaku. Ia seterusnya harus diamalkan ketika mengandung dan seterusya sepanjang tempoh penyusuan. Asid lemak omega-3 tidak boleh dihasilkan oleh badan. Ia perlu diperolehi melalui pemakanan atau supplemen. Oleh itu, setiap wanita yang ingin hamil sangat disyorkan untuk mula mengambil Omega-3 secukupnya bermula 6 bulan sebelum hamil lagi. Ini untuk memastikan “stok simpanan” asid lemak Omega-3 terutamanya DHA adalah mencukupi dalam badan. Maklumlah, sepanjang hamil dan menyusu “stok” DHA ini akan disalurkan secara terus-menerus kepada bayi.

Bolehkah saya hanya makan ikan hari-hari untuk dapatkan sumber Omega-3 ini?

Mungkin tidak, bergantung kepada ikan. FDA dan juga Environmental Protection Agency telah menasihatkan wanita yang hamil, ibu-ibu yang menyusukan anak dan anak kecil untuk mengelakkan atau mengurangkan makan beberapa jenis ikan yang dikhuatiri mengandungi logam berat dan bahan tercemar yang lain. Ini pasti menjadi masalah kepada mereka untuk mendapatkan DHA secukupnya daripada sumber ikan. Di sinilah supplemen minyak ikan yang berkualiti menjadi sumber yang sangat baik untuk mendapatkan DHA dan EPA tulen yang bebas dari bahan-bahan tersebut.

 

Apakah manfaat DHA pada bayi saya?

DHA adalah sangat penting untuk memastikan perkembangan yang optimum bagi otak, mata, sistem imun dan sistem saraf bayi. Mengambil asid lemak omega-3 sebelum kehamilan memang penting, namun jangan lupa bahawa memelihara paras kandungan DHA yang cukup sepanjang tempoh kehamilan juga tidak kurang pentingnya.  Ini kerana DHA dalam tubuh ibu akan mula merosot untuk diagihkan kepada bayi dalam kandungan. Dalam trimester ketiga akan berlaku pembentukan dan perkembangan otak bayi yang sangat pesat dan memerlukan lebih banyak DHA dari tubuh ibu. Sememangnya ia baik untuk perkembangan otak, mata, sistem imun dan sistem saraf bayi namun akan menyebabkan ibu mengalami kekurangan DHA. Kekurangan DHA pada ibu boleh membawa masalah kepada postpartum deppression. (Mungkin ibu juga kerap jadi lebih pelupa lepas bersalin kerana kurangnya DHA dalam badan ni)

Adakah DHA penting selepas melahirkan?

YA, selepas melahirkan tahap DHA dalam tubuh ibu tetap berada pada paras rendah kerana disalurkan kepada bayi melalui susu ibu. Anak-anak sangat memerlukan DHA untuk perkembangan otak terutama pada 2 tahun pertama mereka. Menurut kajian oleh University of Kansas, bayi yang ibunya mempunyai paras DHA yang tinggi ketika melahirkannya, didapati menunjukkan daya fokus yang sangat bagus menjelang tahun kedua hidup mereka. Dalam 6 bulan pertama bayi-bayi tersebut juga didapati menunjukkan perkembangan 2 bulan lebih terkedepan berbanding ibu-ibu yang mempunyai DHA yang rendah ketika melahirkan.

 

Apa lagi manfaat DHA kepada bayi saya?

  • memperbaiki perilaku, daya fokus dan pembelajaran pada anak-anak
  • menurunkan risiko sebarang alahan pada bayi
  • pengaruh positif pada perkembangan sistem imun anak

Minyak ikan merupakan sumber DHA yang selamat dan semulajadi, yang juga ideal untuk ibu mengandung dan ibu menyusu. Yang penting pastikan ambil minyak ikan yang berkualiti tinggi, bergred farmaseutikal dan bebas dari bahan tercemarseperti logam berat, PCB dan dioksin. Hasil kajian menyimpulkan bahawa minyak ikan menjadi sumber DHA yang lebih sihat dan selamat berbanding ikan kerana kandungan toksin dalam minyak ikan boleh disingkirkan.

Shaklee OmegaGuard
Kelebihan Shaklee OmegaGuard :
  • diekstrak dari ikan laut air sejuk di perairan air sejuk di perairan negara Jepun. Penyelidikann lanjut mengenai ikan air laut sejuk menunjukkan ika dari air laut mengandungi asid lemak tidak tepu yang sangat tinggi.
  • Bukan dari hati minyak ikan.
  • 3x lebih tumpat dari ketumpatan hati minyak ikan
  • dihasilkan melalui proses penyulingan proprietari 3 molekul untuk mengekstrak asid lemak omega-3 yang paling tulen dan paling semulajadi sementara menyingkirkan bahan berbahaya seperti plumbum, merkuri, PCB dan lain-lain
Hubungi kami untuk mendapatkan harga istimewa sepanjang Februari 2013. Boleh juga dapatkan bersama set-set di bawah untuk harga istimewa.
Ataupun, anda boleh beli 6 botol dan dapat keistimewaan seperti berikut :
(1) FREE botol yang ke-7, sebab “Buy 6 FREE 1”. Jimat RM136 (WM)/ RM140 (EM)!
(2) FREE Shaklee Membership bernilai RM75 (WM)/ RM85 (EM) seumur hidup.
(3) Bonus Tunai pada pertengahan bulan Mac.
(4) Akses eksklusif ke discussion group online kami.
(5) Bimbingan dan training eksklusif bersama bagi yang ingin serius berbiznes Shaklee dengan kami, secara part time ataupun full time.
(credit to GenkiMomma)
* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.

Berminat?

Hubungi saya sekarang!!

Your Shaklee Independent Distributor

Hanis Amin

♥ SMS | WhatssApp : 010-4289601

♥ Shaklee ID : 837662

♥ FB Page : http://www.facebook.com/HanisHealthyLife

♥ Email : hanisamin@gmail.com

Assalamualaikum…

Orang kata lepas bersalin banyak urat putus dan antara penyebab jadi cepat lupa. Tak tahu la betul atau tidak. Tapi saya memang cepat lupa sekarang ni. Jom kita tengok supplemen yang boleh menguatkan daya ingatan dan konsentrasi..

Suplemen Fungsi
bComplex vitamin B kompleks amat penting untuk me­mori, terutama tatkala anda sedang berhadapan dengan stres. Apabila anda mengalami tekanan fizikal atau mental, tubuh akan kekurangan vita­min B. Kekurangan ini menghalang tubuh menghasilkan asetilkolin, bahan kimia yang terlibat dengan memori, menghalang otak daripada berfungsi. Vitamin B juga berperanan me­ngangkut oksigen ke otak dan memusnahkan radikal bebas yang membantu meningkatkan daya ingatan dan menajamkan pancain­dera.
(sumber)
lecithin Lecithin mengandungi choline which is essential in the proper functioning of the brain. Lecithin meningkatkan bekalan cholin dan acethylcholine.Acethylcholine penting untuk fungsi otak – berfikir, ingatan, konsentrasi, menentukan kita berdiri, berlari, makan, bercakap, tidur, penghadaman,etc.Acethylcholine merupakan sejenis neurotransmitter yang terlibat dalam penerimaan, penyimpanan dan penghantaran maklumat yang betul ke otak. Jika bekalannya cukup, maka fungsi-fungsi ini dapat dilakukan. Jika tidak fungsi itu akan tergugat.30% otak adalah terdiri daripada lecithin, manakala 70% lemak di hati adalah lecithin.
shaklee-omegaguard Mengandungi satu rangkaian penuh 7 asid lemak omega 3 semulajadi iaitu EPA, DHA, ALA, dll. EPA menyihatkan jantung dan sendi manakala DHA pula penting bagi perkembangan otak dan fungsi2 otak.. yes pemakanan yang berzat dan berkualiti amat penting supaya otak dapat berkembang. Juga penting untuk kesihatan kardiovaskular (berkaitan imuniti)

 

sumber : http://www.rahsiasihat.com/2011/09/nak-konsentrasi-tambah-daya-ingatan.html

Ada promosi menarik Omega sepanjang Feb 2013 tau!!
* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.

Berminat?

Hubungi saya sekarang!!
Your Shaklee Independent Distributor
Hanis Amin
♥ SMS | WhatssApp : 010-4289601
♥ Shaklee ID : 837662
♥ FB Page : http://www.facebook.com/HanisHealthyLife
♥ Email : hanisamin@gmail.com

Assalamualaikum…

Saya sangat-sangat suka promosi bulan ni. Kenapa? Sebab ia OMEGA GUARD!!. Bagi yang dah visit FB page kami tentu dah tahu tentang berita ni kan. Ada yang dah order 2 botol, 3 botol pun ada. Sebab ia memang sangat-sangat berbaloi.

Asid Dokosaheksanoik (DHA) dan  Asid Eikosapentanoik (EPA) merupakan asid lemak 3 yang ditemui dalam ikan laut dalam. DHA dan EPA dipercayai mampu mengurangkan keradangan, menggalakkan fungsi otak, sistem saraf dan fungsi mata yang perlu diperolehi melalui pemakanan.

Shaklee OmegaGuardTM merupakan makanan tambahan yang mengandungi minyak ikan.  Satu hidangan OmegaGuardTMmenyediakan 1000mg asid lemak omega 3  termasuk DHA dan EPA.

Sesuai untuk :
1) Kanak-kanak usia 1 tahun ke atas (Usia 0-6tahun adalah peringkat umur yg sangat kritikal dimana pertumbuhan otak yg yg pintar perlukan makanan yg kaya dgn asid lemak Omega 3, DHA dan EPA. dan bagus utk sistem imunisasi kanak2,asma,eczema)

2) Ibu menyusu dan ibu hami(2nd&3rd trimester) (perkembangan otak bayi, kurangkan risiko lahir pramatang, dan mengurangkan alahan bayi slepas bayi dilahirkan)
3) Lelaki dan wanita yang mengalami sakit sendi, gout, arthrithis
4) Mereka yang ingin kurangkan berat badan (omega 3 meningkatkan hormone Leptine yg mengawal selera makan dan membakar lemak lebih cepat)
5) mereka yang alami stroke & athma
6) Mereka yang ingin turunkan paras kolesterol
7) Mengurangkan selsema & batuk (memanaskan badan)

Shaklee OmegaGuard mengandungi Omega -3  yg kaya dgn DHA dan EPA. Omega 3 adalah asid lemak yg perlu tetapi badan kita tak dapat menghasilkannya maka ia perlu diambil dari diet harian

sumber

Jom dapatkan sekarang!

 

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.

 

Berminat?

 

Hubungi saya di hanisamin@gmail.com atau SMS ke 010-4289601 (Hanis) untuk konsultasi mahupun maklumat lanjut.

Assalamualaikum…

Pengambilan supplemen untuk penyusuan bukan sahaja untuk meningkatkan hasil penyusuan tetapi yang lebih penting adalah untuk kesihatan ibu & bayi itu sendiri. Tentunya itu antara sebab ibu-ibu memilih untuk menyusukan sendiri bayi.

 

Apakah kegunaan supplemen-supplemen ini untuk penyusuan?

Protein – Bayi memerlukan protein yang banyak untuk tumbesaran yang berkekalan dan sempurna. Sumber protein yang baik seperti protein soya dalam diet penyusuan anda amat penting untuk pengeluaran susu. Protein membantu dalamm membina dan mengekalkan sel-sel yang menghubungkan setiap bahagian tubuh. Mereka disarankan untuk mengambil sekurang-kurangnya 3 hidangan protein berkhasiat sehari.

Multivitamin – Multivitamin menyediakan vitamin dan mineral penting untuk para ibu yang mana ianya tidak diperolehi daripada diet harian. Kadar vitamin yang mencukupi membantu penghasilan susu yang banyak dan berkhasiat di samping menggalakkan kesihatan ibu dan bayi secara menyeluruh.

Vitamin C – Dalam satu kajian terhadap para ibu yang menyusui bayi dan mengambil vitamin C menunjukkan khasiat vitamin C tersebut tertumpu pada bayi. Oleh itu, menyusui bayi secara ekskusif dapat melindungi bayi anda dari kekurangan vitamin C. Vitamin C penting bagi menguatkan sistem imun dan membina kulit, gigi dan gusi yang sihat.

Vitamin B kompleks – Vitamin B kompleks merupakan vitamin yang diperlukan oleh anda dan bayi anda setiap hari bagi menyokong sistem saraf dan metabolisma yang sihat. Vitamin B mempunyai pelbagai fungsi termasuk pengeluaran hormon, pembentukan sel-sel darah merah, penghasilan tenaga untuk sel, dan mengekalkan saraf serta kulit yang sihat. Ibu yang menyusui bayi perlu mendapatkan vitamin B kompleks untuk memberikan khasiatnya kepada bayi mereka melalui susu ibu.

Kalsium – 40% daripada susu ibu adalah kalsium. Kalsium diperlukan untuk membina tulang yang sihat dan pertumbuhan gigi pada bayi. Wanita yang menyusui bayi disarankan mengambil sebanyak 1300mg kalsium setiap hari.

Alfalfa – Alfalfa mengandungi banyak nutrien penting dan pelbagai vitamin seperti vitamin K, A, B1, B6, C, E, kalsium, zink dan zat besi. Semua bahan-bahan tersebut penting untuk pertumbuhan dan perkembangan yang sihat. Alfalfa juga digunakan secara tradisional untuk meningkatkan pengeluaran bekalan susu ibu.

Asid Lemak Omega 3 – Pengambilan dan tambahan Asid Lemak Omega-3 dalam tempoh penyusuan susu ibu dapat menggalakkan pengembangan otak dan mata anak. Ia telah dibuktikan secara saintifik bahawa neuron lebih mudah berubung apabila kandungan Omega 3 lebih banyak di dalam otak. Tambahan pula, tidak ramai kanak-kanak yang diberi susu ibu mempunyai masalah fungsi otak seperti gangguan hiperaktif dan masalah tumpuan(ADHD) atau autisme.

sumber : Majalah Shaklee Today

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.

Berminat?

 

Hubungi :

Hanis Amin (Shaklee ID : 837662)

♥ SMS | WhatsApp : 010-4289601
♥ Email : hanisamin@gmail.com
♥ FB Page : http://www.facebook.com/hanisaminstore

Assalamualaikum..

Anak-anak seperti juga orang dewasa perlukan makanan tambahan untuk mereka membesar. Jadi kepada ibu bapa yang mempunyai anak berusia 1 TAHUN KE ATAS SAHAJA, kami cadangkan 2 vitamin istimewa sebagai pemakanan tambahan (bukan makanan utama, ya!) buat anak anda – Shaklee Meal Shakes dan juga Shaklee OmegaGuard.

(1) Meal Shakes terutamanya amat sesuai bagi anak yang*:

– tiada/ kurang selera makan.
– memilih makan – tidak mendapat nutrien sepenuhnya dari diet harian.
– selalu demam/ kurang sihat, terutama yang duduk di nursery.
– mempunyai athma & bronchitis.
– mempunyai eczema (protein bantu bina semula sel yang lebih sihat).

Pendek kata, sumber multivitamin yang lengkap beserta protein dan serat di dalam bentuk serbuk! Mudah dibancuh, baunya sangat wangi (Vanilla French), dan rasanya sangat lazat!

(2) OmegaGuard ialah sumber minyak ikan yang mengandungi Asid Lemak Omega 3, termasuklah DHA dan EPA.*

– menggalakkan fungsi otak.
– untuk kesihatan sistem saraf dan fungsi mata.
– mengurangkan keradangan.
– menambahkan kolesterol baik di dalam badan (HDL).

sumber : GenkiMomma

Saya sendiri mula memberikan anak saya 2 vitamin ni sebaik usia 1 tahun. Dalam kehidupan yang moden ni, dah tentu tak boleh lari dari makanan yang diproses dan makanan segera, jadi saya pastikan anak saya dapat yang terbaik untuk menampung keperluan nutrien dia.

 

Jom baca cerita tentang Muadz dan vitamin di bawah.

1) Telinga bayi keluar lendir
2) Vitamin sesuai untuk anak
3) Tingkatkan imunisasi dengan nutriferon

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.
Hubungi saya di hanisamin@gmail.com atau SMS ke 010-4289601 (Hanis) untuk konsultasi mahupun maklumat lanjut.

Assalamualaikum…

Biasa dengar perkataan omega? Kalau tidak pernah, rasanya pernah dengar tak minyak ikan? Itulah dia omega. Kenapa penting sangat omega ni? Antara fungsi omega fatty asid adalah untuk:

1. Meredakan kesakitan dan keradangan. Contoh paling senang bagi yang mengalami sakit gout, kaki yang membengkak tu mengalami keradangan, bengkak merah dan nampak pun sakit kan. Sebab itu pengambilan omega dikatakan mampu mengurangkan keradangan dan kesakitan akibat gout ini.

2. Ibu menyusu dan mengandung amat perlukan omega. Kenapa? Sebab ianya mempengaruhi kepintaran bayi. Ibu-ibu, apa lagi. Mesti inginkan anak yang pintar bukan?Bukan itu sahaja ianya memperbaiki memory yang sudah semakin merosot lebih-lebih lagi orang kata jika sudah melahirkan anak. Setiap kali melahirkan akan putus beberapa urat. Wallahua’lam..

3. Bagus untuk kesihatan kardiovaskular. Sesiapa yang ada petanda sakit jantung cepat ambil omega untuk menyelamatkan diri anda!Dengan itu anda selamat dari serangan jantung dan juga strok. Bagaimana ia bertindak? Ia menghalang ‘clot’ dari tersumbat. Jika tersumbat pada otak akan sebabkan stroke, jika tersumbat pada arteri, akan sebabkan serangan jantung.

4. Mengurangkan period pain dan sakit menstrual serta seangkatan dengannya.

5. Mengurangkan selsema untuk kanak-kanak.

Yang bestnya Omega ni bukan hanya boleh diambil oleh orang dewasa tetapi boleh diambil oleh kanak-kanak bermula usia 1 tahun. Boleh kongsi sama-sama kebaikan supplemen dengan anak kan..

 

sumber : http://permatacintaku.blogspot.com/2012/02/omega-guardomega-3-fatty-asid.html

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.

Maklumat lanjut, hubungi hanisamin@gmail.com atau sms ke 010-4289601

Translator
Translator Plugin
Ayat seribu dinar
Ahlan wasahlan…
Assalamualaikum & selamat sejahtera

Selamat datang ke Hanis Healthy Life. Hanis Amin adalah pengedar Shaklee yang sah, yang juga pengguna kepada produk Shaklee.

Untuk sebarang pertanyaan, hubungi kami di
email : hanisamin@gmail.com
sms/WhatsApp : +6010-4289601

Terima kasih.

Hazu Enterprise (SA0175455-W)

Set Istimewa untuk anda!

Breastfeeding Set
(Set Penyusuan)

Testimonial : KLIK SINI

==========================

Confinement Set
(Set Berpantang)

Testimonial : KLIK SINI

==========================

Skin Care Set
(Set Penjagaan Kulit)

Testimonial : KLIK SINI

==========================

Healthy Weight Set
(Set Berat Badan Sihat)

Testimonial : KLIK SINI

==========================

Baby & Children Health
(Kesihatan Bayi & Kanak-kanak)

Informasi


Sertai kami di Facebook!


Ada pertanyaan atau komen?