Order sekarang!


atau SMS/WhatsApp/Telegram :

010-4289601 (Hanis)

Best selling!!
Dapatkan info terkini segera..

* Setiap testimoni yang tertulis dalam laman web ini adalah pengalaman dari pelanggan sendiri dan hasil dari setiap pelanggan mungkin berbeza antara satu sama lain. Namun ini tidak bermakna vitamin ini boleh mengubat atau menyembuhkan penyakit. Sila konsult dengan pengedar anda untuk lebih lanjut.

PERHATIAN : Konsultasi selepas pembelian produk dan jadual pengambilan adalah khas untuk pelanggan kami sahaja. Sila rujuk pengedar anda untuk jadual pengambilan & kosultasi selepas pembelian. Terima kasih.
Free Palestine, Pray 4 Syria
Tabung HUMANITARIAN CARE MALAYSIA BERHAD :
Maybank Islamic : 5515 7500 4299
Bank Islam : 1209 2010 0349 04
CIMB : 8602 135 592
Website: www.mycare.org.my

Posts Tagged ‘fish oil’

Assalamualaikum…

Tahukah anda, di Amerika Syarikat ada program khas tentang penggunakan supplemen Omega-3 untuk ibu hamil yang bertajuk “Omega-3 for Baby and Me”. Program tersebut bertujuan untuk meningkatkan kesedaran pada ibu bahawa DHA sangat penting untuk ibu hamil. DHA bukan sahaja penting untuk pertumbuhan dan perkembangan bayi yang dikandung, malah dapat menurunkan risiko kelahiran premature dan bayi berat lahir rendah(BBLR).

DHA atau nama saintifiknya, Docosahexaenoic, adalah sejenis asid lemak omega-3 poli tak tepu yang berantai panjang, dijumpai dalam setiap sel dalam badan. DHA adalah penting untuk perkembangan dan kefungsian otak, mata dan sistem saraf pusat. Semasa mengandung, janin yang sedang membesar bergantung kepada ibunya untuk mendapat DHA yang diperlukan. Ini kerana DHA diperolehi daripada makanan yang dimakan, maka kandungan DHA dalam diet seseorang ibu menentukan sebanyak mana DHA yang dapat disalurkan kepada janin.

Penelitian manfaat Omega-3 untuk ibu hamil dan ibu menyusu:

  • Dalam buku Omega-3 Oils, A Practical Guide , 1996 karangan Donald Rudin, MD dan Clara Felix disebutkan bahawa Omega-3 berperanan penting dalam perkembangan sistem imun, yang terbentuk selama masa kehamilan dan bulan-bulan pertama selepas kelahiran. Jika seorang wanita hamil kurang mengambil Omega-3, anaknya boleh menderita gangguan fizikal dan mental kerana kurangnya sistem kekebalan tubuh.
  • Asid lemak esensial Omega-3 juta mempunyai peranan yang sangat penting pada perkembangan otak janin. Pada tahun 1968, seorang saintis Sweden, Lars Svennerholm mendapati DHA (dari Omega-3) adalah majoriti asid lemak tepu yang terdapat di dalam otak dan merupakan bahan baku penyusun sel otak. Dia juga menyimpulkan bahawa perkembangan sel otak janin sangat bergantung kepada jumlah Omega-3 yang berasal dari ibunya, kerana janin belum dapat mengubah asid lemak dalam tubuhnya sendiri.
  • Sebuah suruhanjaya ahli yang dipimpin oleh Berthold Koletzko, MD ., Rumah Sakit Anak Dr. Von Hauner, Universiti Munich menyatakan bahawa wanita hamil dan menyusui perlu mengambil sekurang-kurangnya 200-300 mg DHA satu hari. Mereka mendapati wanita dengan pengambilan Omega-3 DHA lebih tinggi mempunyai kehamilan lebih sihat, dengan berat bayi lahir yang lebih tinggi dan kehamilan tidak cukup bulan yang lebih sedikit. Pengambilan DHA juga dihubungkan dengan peningkatan kecerdasan kanak-kanak dan perkembangan mata.
  • University of Western Australia meneliti 98 wanita hamil yang mengambil 4 gr tambahan Omega-3 dari ikan atau 4 gr olive oil (minyak zaitun) sehari selama 20 minggu kehamilan hingga bayi lahir. Setelah anak yang lahir berusia 2 tahun, ujian dilakukan  untuk melihat kadar pertumbuhannya. Anak-anak yang ibunya mengambil suplemen Omega-3 juga mempunyai nilai yang lebih tinggi pada koordinasi mata dan tangan, kemampuan berbicara, lamanya waktu berbicara, dan jumlah kosa kata yang mereka miliki berbanding dengan kanak-kanak yang ibunya mengambil Olive Oil. Profesor Susan Prescott yang memimpin kajian tersebut menyebutkan tambahan Omega-3 yang diambil terus menerus selama kehamilan bukan sahaja selamat, tapi juga sangat diperlukan bagi bayi dan ibu di kemudian hari.
  • Para pakar dari National Institute of Health dan International Society for the Study of Fatty Acids and Lipids (NIH/ASSFAL) mengesyorkan pengambilan sebanyak 300mg DHA setiap hari bagi ibu mengandung dan menyusu.
Bagaimana pula kandungan OmegaGuard Shaklee?

Ia mengandungi :
Total Omega-3 Fatty Acids – 330mg
EPA – 180mg
DHA – 120mg

Kandungan ini untuk setiap kapsul. Sikitnya kandungan DHA? Ya, sebab itu ia boleh diambil 2-3 tablet sehari. Mungkin juga kita ada ambil sumber DHA dari ikan dan lain-lain, jadi boleh kurangkan pengambilannya. Yang lebih penting Omega Guard Shaklee, adalah daripada ikan dan bukan hati ikan(spt Cod Liver Oil) dan dibuat tapisan 2 kali atau lebih untuk membuang bahan-bahan merbahaya.

Menurut kajian terbaru, kanak-kanak berusia satu tahun hingga dua tahun memerlukan sebanyak 100 miligram (mg) hingga 120 mg DHA setiap hari dan 100-150 mg bagi kanak-kanak berusia dua tahun hingga empat tahun serta 150-200 mg bagi usia empat tahun hingga enam tahun. (sumber)

Sebab itu, OmegaGuard Shaklee sesuai diambil oleh kanak-kanak seawal usia 1 tahun. Memang cukup untuk keperluan mereka. Jadi, satu botol boleh kongsi antara ibu dan anak. Jimatkan??

sumber lain :

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.

 

Berminat?

 

Hubungi saya di hanisamin@gmail.com atau SMS ke 010-4289601 (Hanis) untuk konsultasi mahupun maklumat lanjut.


Assalamualaikum…

Hari ni saya nak kongsikan salah satu produk Shaklee yang insyaAllah dapat mengubati ekzema terutama pada kanak-kanak. Ini salah satu usaha tapi jangan lupa berdoa ya. Kerana penyakit itu makhluk Allah, ia datang dan pergi dengan izin Allah.

Yang sebenarnya saya nak cerita tentang ekzema. Sejak lahir, Aisyah dah diserang Ekzema. Apa yang pasti, pasti dia akan menangis sambil menggaru kepala, leher dan bahagian lampin. Saya notice kawasan yang kerap jadi merah-merah ialah di kawasan leher, sekitar bahu dan bahagian lampin. Yang paling teruk ialah 2-3 minggu lepas, setiap malam dia bangun, mengamuk2..atai!atai!. Heran, hari tak panas, badan tak berpeluh pun apsal jadi jugak. Apa nak buat ek. Aisyah jenis yang tidak suka telan ubat.

Sebenarnya, saya dah beberapa kali bawa Aisyah berjumpa doktor. Tapi kali ini saya tidak berbuat demikian kerana, saya tahu, masalah ini akan terus berulang dan berulang, setakat sapu krim, bagi makan ubat, gatal-gatalnya tak hilang-hilang pun. Bila tanya doktor, sebab apa dan sampai bila, doktor jawab, biasalah ekzema ni terjadi di kalangan budak-budak, tak bahaya pun, jangan risau…Emak memberi petua agar disapukan air garam pada bahagian yang gatal-gatal tu terutama di bahagian lampin. Cara ini memang berkesan tetapi hanya untuk sementara. Esok, jadi lagi, fed up! fed up!

Berpandukan pengalaman yang dikongsikan oleh Kak N tentang bagaimana beliau merawat anaknya yang ekzema, saya pun cuba cara yang sama. Saya masukkan setengah sudu kecil ESP ke dalam botol susu Aisyah. Semenjak dari hari itu Aisyah tidak lagi menjerit2 di tengah malam. Hampir 3 minggu barulah kesan merah-merah yang menggelikan itu completely hilang. Sekarang ni, saya masih continue masukkan sedikit ESP ke dalam bancuhan susunya setiap malam beserta sedikit Mealshake sekali setiap hari. Ini bagi memastikan Aisyah tidak lagi diserang keradangan kulit yang teruk.

Sekarang ni, Aisyah bukan sahaja dapat tidur lena, malah lebih nyenyak dan kurang meragam bila bangun tidur. Dia kelihatan lebih montel dan lebih berselera menjamah makanan. Tapi masih menjadikan susu sebagai makanan utamanya. Tak pa lah, janji sihat. Bijak pun bijak.

Selain Meal Shake dan ESP, saya bagi Aisyah Omega 2 kali seminggu. Omega ni saya dah mula seawal umurnya setahun dulu. Aisyah memang sukakan Omega, dia kunyah je pastu telan.

Walaubagaimanapun ESP boleh dicuba oleh kanak-kanak bermula seawal usia setahun. Jika bayi anak yang di bawah setahun dan menyusu badan, anda bolehlah makan alfalfa untuk membantu mengurangkan eczema anak.

sumber : Shaklee2u

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.

Hubungi saya di hanisamin@gmail.com atau SMS ke 010-4289601 (Hanis) untuk konsultasi mahupun maklumat lanjut.

Product Name : Shaklee OmegaGuard
Servings per Container : 90 Capsules.
Serving Size : 1-3 Capsules per day.

OmegaGuard membekalkan asid lemak omega-3 yang berpotensi ultratulen dengan spektrum penuh bergred farmaseutikal.

Penyelidikan menunjukkan bahawa paras asid lemak omega-3 yang tinggi dapat memperbaiki kesihatan kardiovaskular di samping membantu memelihara tekanan darah dan paras trigliserida yang normal.*


Ultratulen dan Bergred Farmaseutikal
OmegaGuard dihasilkan melalui suatu proses penyulingan proprietari tiga molekul yang memekatkan asid lemak omega-3 yang bermanfaat dan semulajadi sementara menyingkirkan bahan-bahan berbahaya seperti merkuri dan plumbum yang terdapat di dalam kebanyakan jenis ikan.*

Minyak Ikan Terbaik Di Dunia
Mengandungi satu rangkaian penuh 7 jenis asid lemak omega-3 semulajadi iaitu EPA, DHA, ALA dan lain-lain lagi. EPA menyihatkan jantung dan sendi anda manakala DHA pula penting bagi perkembangan dan fungsi otak.*

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.

 

sumber : Shaklee Malaysia

Translator
Translator Plugin
Ayat seribu dinar
Ahlan wasahlan…
Assalamualaikum & selamat sejahtera

Selamat datang ke Hanis Healthy Life. Hanis Amin adalah pengedar Shaklee yang sah, yang juga pengguna kepada produk Shaklee.

Untuk sebarang pertanyaan, hubungi kami di
email : hanisamin@gmail.com
sms/WhatsApp : +6010-4289601

Terima kasih.

Hazu Enterprise (SA0175455-W)

Set Istimewa untuk anda!

Breastfeeding Set
(Set Penyusuan)

Testimonial : KLIK SINI

==========================

Confinement Set
(Set Berpantang)

Testimonial : KLIK SINI

==========================

Skin Care Set
(Set Penjagaan Kulit)

Testimonial : KLIK SINI

==========================

Healthy Weight Set
(Set Berat Badan Sihat)

Testimonial : KLIK SINI

==========================

Baby & Children Health
(Kesihatan Bayi & Kanak-kanak)

Informasi


Sertai kami di Facebook!


Ada pertanyaan atau komen?