Order sekarang!


atau SMS/WhatsApp/Telegram :

010-4289601 (Hanis)

Best selling!!
Dapatkan info terkini segera..

* Setiap testimoni yang tertulis dalam laman web ini adalah pengalaman dari pelanggan sendiri dan hasil dari setiap pelanggan mungkin berbeza antara satu sama lain. Namun ini tidak bermakna vitamin ini boleh mengubat atau menyembuhkan penyakit. Sila konsult dengan pengedar anda untuk lebih lanjut.

PERHATIAN : Konsultasi selepas pembelian produk dan jadual pengambilan adalah khas untuk pelanggan kami sahaja. Sila rujuk pengedar anda untuk jadual pengambilan & kosultasi selepas pembelian. Terima kasih.
Free Palestine, Pray 4 Syria
Tabung Kecemasan Gaza Aqsa Syarif di sini :
http://on.fb.me/1jlP2li
Akaun Maybank Islamic : 551575-004299
akaun Bank Islam : 1209-20100-34904
email : projects@aqsasyarif.org.my

Tabung Kasih Ummah Syria
Bank Islam Malaysia Berhad
120290 100 63512
(Pertubuhan IKRAM Malaysia)
email : i4syria315@gmail.com

Posts Tagged ‘hamil’

Assalamualaikum…

Rasa loya dan sering muntah pada peringkat awal kehamilan adalah normal. Ada yang panggil morning-sickness…apa yang pasti, rasa itu adalah rasa yang sangat tak selesa, betul tak?
Kalau yang teruk tu sampaikan tak boleh makan. Asal makan jer mesti muntah balik semuanya. Paling kita sedih bila rasa lapar tapi bila makan, akhirnya muntah…. last2 kita taktau dah nak buat apa lagi.
Sabar ye….. ini lah dugaan untuk ibu mengandung.
Kalau kita google, macam2 petua dan cara yang boleh kita cuba utk hilangkan mual dan loya. Tapi taktau yang mana satu berkesan? Ada yang dah cuba semuanya tapi sama juga masih loya, masih lagi muntah2 sampai badan rasa tak bermaya.
 
Antara petua yang kita boleh dapat dr Mr. Google adalah :
  • amalkan makan madu, kurma, asam, mangga
  • selalu minum air halia, 100plus, jus lemon, air masak
  • kerap makan walaupun tak lapar
  • elakkan dari menghidu bau-bauan yg kurang enak
  • berhenti pikir “rasa nak muntah”
  • banyakkan berehat dan tenangkan fikiran
Sebenarnya kenapa rasa loya?
– Sebenarnya, rasa loya/mual/mabuk adalah petanda baik bahawa paras hormon kehamilan kita adalah tinggi. Ia keluar dlm kuantiti yg banyak sehingga plasenta kita mengambil alih kerja untuk mengekal dan menyuburkan baby dalam kandungan.
Berapa lama rasa loya ni baru hilang?
– Tak lama…..bila dah masuk 14weeks preggy insyaAllah kita dah sihat berseri-seri seperti ibu hamil yang lain. Masa ni excited tak sabar nak tunggu baby tendang2 :)
Boleh jejaskan pembesaran baby tak ?
 – Tak jejas…dengan syarat makanan dan minuman kita cukup untuk baby dan kita. Tapi kalau kandungan (bank perut kita) kosong dan tak cukup, itu yg menyebabkan pertumbuhan otot dan saraf baby mungkin terganggu. Jangan lupa makan folic asid ye!
Adakah supplemen Shaklee boleh membantu?
Di awal kehamilan nak telan banyak-banyak pil pun tak mampu kan. Tapi tubuh kita perlukan nutrisi untuk ibu dan bayi. Jadi bagaimana caranya? saya cadangkan beberapa supplemen di bawah
1) Meal Shakes
credit pic to Hafsah Mardiah

credit pic to Hafsah Mardiah

 

Minuman sedap dengan Vitamin & galian lengkap. Turut dilengkapi protein dan fiber. InsyaAllah sangat membantu memberi tenaga pada ibu hamil yang tak lalu makan dan kerap muntah. Ia juga membantu memberi nutrisi lengkap.

 

2) Peppermint-Ginger

Peppermint-ginger1

 

 

  • Kombinasi 4 herba dari barat dan timur iaitu Pudina, Halia Pokok Adas(fennel) dan Cekur Manis(Anise).
  • Dihasilkan di bawah prosedur standard dengan melalui penggunaan teknologi sains yang terkini.
  • Secara klinikal sangat membantu dalam merawat atau mencegah masalah loya, gastrik, mabuk laut, sendawa dan penghadaman.
  • Boleh dilarutkan dalam air suam dan panas.
  • Boleh dilarutkan dalam teh untuk menjadi teh herba.

 

 

3) Vitamin C Chewable

chewableVita-c2

 

  • Rasa masam-masam manis yang sangat sedap dan boleh dikunyah.
  • Boleh dijadikan pengganti asam masin, tentunya dengan khasiat yang lebih baik.
  • Membekalkan Vitamin C untuk ibu hamil kerana ibu hamil mempunyai tahap imuniti sistem yang lemah dan mudah sakit.

 

 

 

 

Ingin mencuba?

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.

 

Berminat?
Hubungi saya sekarang!!
Your Shaklee Independent Distributor
Hanis Amin
♥ SMS | WhatssApp : 010-4289601
♥ Shaklee ID : 837662
♥ FB Page : http://www.facebook.com/HanisHealthyLife
♥ Email : hanisamin@gmail.com

Assalamualaikum..

Hari ni saya nak kongsikan satu eksperimen yang dibuat oleh seorang agen dengan membandingkan Multivitamin Shaklee iaitu Vita-lea dengan Multivitamin yang biasa diambil oleh ibu-ibu hamil iaitu Obimin. Biasanya bila seseorang hamil, klinik akan membekalkan Obimin.

Jom, kita tengok dulu eksperimen yang dijalankan..

obimin-

 

Eksperimen mudah ini anda boleh buat sendiri di rumah. Sediakan 2 cawan air dan masukkan supplemen tersebut ke dalam cawan yang berbeza.
Selepas 4 minit, obimin masih belum hancur dan bila dipegang masih keras. Manakala Vita lea telah terurai sepenuhnya.
Setelah 4 jam, air dibuang. Hasil tinggalan obimin masih ada keras-keras seperti batu manakala Vita lea hanya tinggal serbuk-serbuk halus.

Ini dalam keadaan asas, hanya menggunakan air biasa. Bayangkan dalam perut kita terdapat pelbagai makanan dan cecair yang mungkin melambatkan proses penyerapan. Bagaimana agaknya keadaan obimin tersebut? Adakah kekal sebagai batu?

Ini adalah kerana Obimin adalah vitamin sintetik. Vitamin sintetik maksudnya vitamin yang dihasilkan dari manipulasi bahan kimia yang ada ciri ciri hampir sama dengan yang terdapat dalam vitamin. walaupun formulanya sama tapi tetap tak sama dengan vitamin semulajadi. Contoh susu ibu dengan susu formula. Walaupun dah cuba sebaik mana tetap tak akan sama kan.

Vita lea pula vitamin SEMULAJADI BEBAS PEWARNA, BEBAS PERISA DAN BEBAS PENGAWET. Vitamin semulajadi ni bila kita genggam beberapa minit, ia takkan melekit dan warnanya tidak akan turun dan melekat di tangan.

Jom, kita lihat pula kandungannya satu per satu

gambar dari http://getmedean.blogspot.com/2013/10/apa-perbezaan-obimin-dengan-vitalea.html

gambar dari http://getmedean.blogspot.com/2013/10/apa-perbezaan-obimin-dengan-vitalea.html

 

Kandungan Vita lea lebih menepati piawaian RDA yang dicadangkan untuk ibu hamil.

Jadi, buatlah pilihan yang terbaik untuk anda dan bayi anda!

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.

Berminat?

Your Shaklee Independent Distributor
Hanis Amin
♥ SMS | WhatssApp : 010-4289601
♥ Shaklee ID : 837662
♥ FB Page : http://www.facebook.com/HanisHealthyLife
♥ Email : hanisamin@gmail.com

Assalamualaikum..

Masih ramai ibu-ibu yang ragu-ragu untuk ambil supplemen ketika hamil kerana pelbagai mitos. Vitamin sememangnya boleh didapati daripada bahan makanan, walau bagaimanapun kebanyakan orang tidak mengambil jumlah makanan yang mencukupi untuk mendapatkan sumber vitamin yang mencukupi.

Dari Blog Dr Zubaidi

Dari Blog Dr Zubaidi

 

Wanita hamil perlu tahu bahawa mereka berkongsi nutrisi dengan bayi dalam rahim. Oleh itu, wanita hamil perlu mendapatkan bekalan nutrisi secukupnya seperti vitamin dan mineral tambahan. Tapi tidak bermakna dengan pengambilan suplemen ibu boleh meninggalkan pemakanan yang mengandungi karbohidrat, protein, lemak dan air. No, no, no….

 

Supplemen dan dos yang dicadangkan

ASID FOLIK

  • PENTING bagi perkembangan fizikal dan saraf bayi dari awal kehamilan
  • sebaiknya diambil sebaik persenyawaan  berlaku bagi MENGHALANG kecacatan Neural Tube disamping membantu  pembentukan saraf dan sel-sel lain
  • oleh itu digalakkan diambil sebaik sahaja berkahwin kerana ada berlaku kehamilan tidak dirancang (bunting pelamin la tu)

Dos dicadangkan                :   400 mcg/day

Dos vitamin Shaklee           :  200 mcg/kapsul (B-compleks Shaklee)
200 mcg/kapsul (Vita-lea Iron Formula Shaklee)

 ZAT BESI (IRON)
  • PENTING untuk pembentukan sel darah merah yang berfungsi membawa oksigen ke seluruh tubuh
  • KURANGKAN risiko kelahiran pramatang
  • TERLEBIH ambil dos boleh menyebabkan sembelit dan pedih perut
  • PENGGANGGU serapan zat iron adalah ikan, daging merah, hati, produk tenusu seperti susu, mentega atau keju dan suplemen kalsium. **(ambil sejam sebelum atau 2 jam selepas makan dan iron tidak boleh di makan dengan kalsium)

Dos dicadangkan           : 18 mg/day (wanita tidak hamil)
: 27 mg/day (wanita hamil)

 Dos Vitamin Shaklee    : 9 mg/kapsul (Vita-lea Iron Formula)

KALSIUM

  • PENTING bagi pembentukan tulang dan gigi
  • KEKURANGAN kalsium, ibu hamil terdedah kepada risiko preeclampsiayang boleh membawa maut kepada ibu dan ank dalam rahim
  • suplemen kalsium yang diambil perlu mengandungi Vitamin D dan Magnesium

Dos dicadangkan           : 1000 mg/day (wanita tidak hamil)

 Dos Vitamin Shaklee    : 225 mg/kapsul (Vita-lea Iron Formula)
500 mg/hidangan (Energizing Soy Protein)
250 mg/kapsul (Ostematrix)

OMEGA-3

  • PENTING bagi perkembangan otak, pembentukkan sistem saraf dan menjamin penglihatan yang baik
  • ikan Salmon adalah sumber terbaik omega-3 tetapi dikhuatiri boleh menyebabkan keracunan merkuri kerana pencemaran sungai di US

Dos dicadangkan           : 200-300 mg/day (wanita hamil dan menyusukan anak)

Dos Vitamin Shaklee    : 330 mg/kapsul (Omega Guard)

VITAMIN A

  • PENTING bagi perkembangan fizikal, penglihatan dan daya tahan tubuh
  • TERLEBIH dos boleh menyebabkan kecacatan pada bayi

Dos dicadangkan           : kurang @ sama dengan 5000 IU/day (wanita tidak hamil)

 Dos Vitamin Shaklee    : Vitamin A as beta carotena 1250 IU/kapsul (Vita-lea Iron Formula)
Vitamin A as Vitamin A acetate 1250 IU/kapsul (Vita-lea Iron Formula)

sumber

set-kehamilan

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.

Berminat?

Your Shaklee Independent Distributor
Hanis Amin
♥ SMS | WhatssApp : 010-4289601
♥ Shaklee ID : 837662
♥ FB Page : http://www.facebook.com/HanisHealthyLife
♥ Email : hanisamin@gmail.com

Assalamualaikum..

Sebelum ini, saya ada sharekan kepentingan supplemen semasa hamil tapi tahukah anda kebanyakan ibu kurang mengambil berat tentang pengambilan kalsium semasa hamil. Ramai yang risau tentang kalsium di kalangan anak-anak, tapi pada ibu sendiri (dan bapa juga) tidak dirisaukan tentang keperluan kalsium. Malah ada ibu menyusu yang tidak kisah tentang sakit2 tulang atau gigi yang rosak (akibat kurang kalsium) asalkan anak mendapat zat yang cukup
.
Jom lihat apa kata artikel KOSMO :

Kurangkan komplikasi semasa meneran

Oleh NIZHA PERIASWAMY
nizha.periswamy@kosmo.com.my

APABILA bercakap mengenai kepentingan kalsium, kebanyakan daripada kita sering kali merujuk zat itu hanya untuk kanak-kanak sebagai sumber tumbesaran tulang.

Bagi orang tua pula, ia penting bagi mengelakkan pereputan tulang. Jarang sekali orang muda atau yang berada di usia pertengahan mengambil berat mengenai pengambilan kalsium dalam struktur diet harian mereka.

Selain diperlukan golongan dewasa yang aktif, tahukah anda bahawa kalsium adalah zat yang amat penting bagi ibu-ibu hamil? Kekurangan pengambilan kalsium atau kealpaan dalam memberi tumpuan terhadap zat kalsium sebenarnya boleh menyebabkan komplikasi semasa meneran saat-saat melahirkan anak. Lebih buruk, kesannya akan berterusan sehingga usia tua.

“Saya terkejut apabila ada doktor yang tidak mempraktikkan pemberian pil kalsium kepada ibu-ibu mengandung ketika membuat pemeriksaan bulanan. Kalsium dilihat sebagai satu zat yang amat penting di samping zat besi, folik, potasium dan lain-lain,” kata pembuka Pakar Obstetrik dan Ginekologi Pusat Perubatan Sime Darby, Subang Jaya (PPSDSJ), Dr. Delilah Ahmad.

Beliau yang mahu semua ibu hamil tidak memandang remeh keperluan kalsium juga berharap agar golongan suami turut mengambil peranan mengingatkan pasangannya.

Apabila berjumpa doktor dalam sesi pemeriksaan, pasangan dinasihatkan agar jangan segan untuk meminta pil kalsium di samping mengamalkan diet tinggi zat kalsium.

“Sebanyak 75 peratus ibu-ibu hamil tidak mengambil keperluan kalsium yang mencukupi dan ketidaksedaran ini akan memberi kesan kepada mereka khususnya pada semester ketiga mereka mengandung dan saat-saat melahirkan anak,” kata beliau.

Jelas Delilah, ibu hamil lazimnya memerlukan 1,200 hingga 1,300 miligram kalsium sehari iaitu tambahan 300 hingga 500 miligram zat yang diperlukan orang dewasa.

IBU hamil perlu sentiasa memastikan kesihatan tulang.

Ia bermakna seseorang itu perlu mengamal pengambilan susu segar sebanyak satu liter setiap hari. Delilah yakin, ibu-ibu sekarang kurang mengamalkan pengambilan susu, sama ada tidak meminatinya atau ada pula yang mempunyai masalah tidak boleh bertoleransi dengan laktosa.

“Jika ibu-ibu hamil ini tidak suka mengambil susu, saya percaya terdapat banyak susu berperisa di pasaran khas untuk mereka. Pengambilan keju, dadih dan makanan yang berkaitan dengan susu juga boleh diamalkan bagi menggantikan susu.

“Selain produk tenusu, ibu-ibu hamil boleh mengambil makanan pejal yang tinggi zat kalsium termasuk sayur-sayuran, buah-buahan dan ikan bilis, salah satu makanan yang mempunyai kandungan kalsium paling tinggi,” katanya.

Diet sumber asli

Kata Delilah, walaupun ibu-ibu itu dibekalkan dengan pil kalsium, mereka tetap perlu mengamalkan diet sumber asli seperti yang di senaraikan itu.

Kalsium yang diambil itu amat berguna untuk kekuatan tulang khususnya bagi ibu-ibu yang memerlukan zat tersebut bagi kekuatan menanggung berat bayi secara fizikal.

Selain itu, kalsium juga penting untuk pembekuan darah, menstabilkan transmisi impuls saraf dan untuk merehatkan otot sewaktu berlakunya kontraksi.

“Banyak penyelidikan dan kajian, atau lebih tepat kira-kira 14 kajian yang disenarai dalam Jurnal Persatuan Perubatan Amerika mendapati kalsium yang tidak mencukupi meningkatkan risiko praeklampsia iaitu gejala tekanan darah tinggi,” terang Delilah.

PARA ibu yang tidak boleh bertoleransi dengan laktosa disaran mengambil suplemen kalsium sebagai ganti.

Keadaan itu dikatakan berlaku selepas 20 minggu kehamilan bersama dengan masalah lain. Difahamkan juga pra-eklampsia berpotensi membawa maut bagi ibu dan bayi akibat kenaikan tekanan darah tinggi.

Secara amnya, kalsium yang sedia dimiliki ibu akan diserap oleh bayi semasa dia membesar terutamanya dalam proses pembentukan tulang. Kesan paling ketara adalah ibu hamil akan kekurangan kalsium pada jumlah yang besar khususnya di akhir tempoh kehamilan.

Kegagalan menggantikan kalsium yang diserap oleh bayi boleh menyebabkan ibu-ibu itu kehilangan gigi pada usia yang lebih muda daripada sepatutnya. Mereka juga berisiko tinggi menghidap osteoporosis.

“Mereka yang mempunyai ketumpatan jisim tulang yang sangat rendah akibat kekurangan kalsium dan berat tulang yang kecil berpotensi besar mengidap osteoporosis dan pada kadar lebih cepat.

Untuk mengesan jisim dan densiti tulang, mereka boleh membuat pemeriksaan di hampir semua klinik umum,” katanya yang turut mencadangkan agar pemeriksaan itu dilakukan sebagai langkah memahami lebih lanjut keadaan tulang badan.

Kehilangan kalsium

Kehilangan kalsium dalam kalangan ibu hamil secara relatif lebih banyak iaitu sekitar tiga hingga 10 peratus berbanding wanita menopaus yang kehilangan satu hingga tiga peratus.

“Itupun sudah dikira banyak. Bayangkan dengan kehilangan lebih tujuh peratus? Kehilangan ini berpunca daripada permintaan yang tinggi terhadap kalsium oleh bayi,” terang Delilah.

Jika ada orang yang berpendapat pengambilan kalsium boleh dikurangkan selepas beranak, itu juga satu tindakan yang salah.

IKAN bilis adalah sumber kalsium paling utama, mudah didapatkan dan senang diintegrasi dalam sajian seharian.

Sebenarnya, ibu-ibu khususnya yang menyusukan anak perlu terus mengekalkan pengambilan kalsium pada kadar yang sama. Kalsium diperlukan untuk mengiringi proses merehatkan otot rahim yang mengecut semula mahupun sewaktu kedatangan haid.

“Selian itu, pengambilan kalsium yang secukupnya didapati boleh mengelakkan masalah kekejangan sewaktu proses bersalin.

“Kekurangan zat itu juga boleh mengakibatkan masalah kesejukan dan kekejangan pada bahagian kaki. Kekejangan yang berlaku itu boleh mengganggu emosi ibu selain proses bersalin itu sendiri,” kata beliau merujuk kepada komplikasi yang paling digeruni ibu-ibu hamil.

Oleh yang demikian, Delilah menasihati ibu-ibu yang merancang hamil, sedang hamil mahupun yang sudah melahirkan anak supaya mengekalkan mengambil kalsium sama ada berbentuk suplemen mahupun daripada sumber semula jadi.

Sumber :  http://vitaminsemulajadi.com/kalsium-untuk-ibu-hamil-kurangkan-komplikasi-semasa-meneran/

Adakah anda mengambil kalsium yang mencukupi?

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.

Berminat?

Hubungi saya sekarang!!
Your Shaklee Independent Distributor
Hanis Amin
♥ SMS | WhatssApp : 010-4289601
♥ Shaklee ID : 837662
♥ FB Page : http://www.facebook.com/HanisHealthyLife
♥ Email : hanisamin@gmail.com

Assalamualaikum..

Biasa bila si ibu mula hamil, doktor akan mula membekalkan supplemen. Namun, masih ada yang ragu-ragu terhadap pengambilan supplemen semasa hamil walaupun telah dibekalkan oleh klinik. Ini kerana terdapat banyak mitos yang menghantui ibu-ibu seperti

“Vitamin semasa mengandung membuatkan anak besar”

“Vitamin semasa mengandung menggemukkan”

Jom ikuti kisah ini dari Kak N :

“Saya taknak makan vitamin masa mengandung takut baby gemuk la” kata Sue pada kawan sepejabatnya Asmi.

” Bukan bagus ke kalau baby membesar dan sihat?” tanya Asmi.

” Memang bagus tapi Sue tak nak kena operate” balas Sue.

Masa yang ditunggu makin hampir…namun tanpa di duga, Sue terpaksa melahirkan anaknya secara pembedahan kerana komplikasi yang dihadapinya. Paling menyayat hati suami dan ibu bapa Sue ialah anak yang dilahirkan cukup bulan itu hanyalah 1.7kg dan terlalu kecil. Doktor kata bayi Sue tak mendapat cukup khasiat sepanjang dalam kandungan. Waktu itu Sue rasa menyesal kerana tak menjaga pemakanan dan mengamalkan vitamin yang disarankan Doktor.

Doktor meminta bayi Sue dimasukkan dalam incubator dan dipantau selama beberapa hari.

Pernah mendengar kisah sebegini? Ini adalah kisah benar . Pengalaman kisah ini mengajar saya bahawa, kelahiran anak itu sudah tertulis sama ada ia lahir normal atau pembedahan. Namun sebagai ibu, kita seharusnya cuba beri dan bekalkan yang terbaik buat si manja.

(sumber)

Apa sebenarnya fungsi dan kepentingan supplemen ni semasa hamil?

Untuk set kehamilan bersama Shaklee kami cadangkan Vita lea Iron Formula, B complex, Vita C (chewable vita C 100mg), Ostematrix dan Omega Guard. Jom tengok satu persatu.

<

 Vita lea Iron Formula

 

Antara vitamin dan mineral penting dalam Vita lea ialah :

Vitamin A

  • Mengelakkan rabun malam
  • Membina sel otak
  • Mengelakkan kelesuan

*Umum mengetahui bahawa Vitamin A boleh menjadi toksik jika diambil berlebihan. Oleh itu vitamin A diambil dalam bentuk multivitamin, dan jika perlu hanya ambil dalam bentuk pro-vitamin A.

Vitamin E

  • Menjaga saraf dan otot
  • Mengelakkan keguguran
  • Sebagai antioksidan

*Shaklee Vita-E Shaklee tidak disarankan kepada ibu hamil kerana dosnya yang tinggi

Vitamin K

  • penting untuk pembekuan darah
  • mengurangkan risiso pendarahan
Zat Besi
  • Membantu masalah anemia dan mudah pitam
  • komponen utama dalam sel darah merah yang menghantar oksigen ke seluruh badan untuk memastikan kelangsungan hidup
  • menghasilkan lebih banyak darah bagi menyokong keperluan khasiat pemakanan diri sendiri dan juga tumbesaran bayi

 

B complex

B Complex sepatutnya mengandungi kesemua 8 jenis vitamin B termasuklah asid folik. Namun biasanya kita selalu dengar tentang asid folik sahaja. Apakah kepentingan vitamin-vitamin B yang lain?

Vitamin B1 (thiamine)

  • membina jaringan fungsi saraf, otot dan otak.
  • menukarkan glukosa dan protein dalam makanan kepada tenaga
  • mengelakkan diabetes

Vitamin B2 (riboflavin)

  • menjaga kekuatan myelin iaitu saraf yang menyambungkan maklumat
  • menguatkan fungsi otak

Vitamin B3 (niasin)

  • memberi tenaga, mengelakkan kelesuan
  • mengurangkan perasaan stress dan tertekan
  • memberi ketenangan

Vitamin B5 (pathotenic acid)

  • mengelakkan kekejangan otot

Vitamin B6 (pyriodoxine)

  • membantu mengelakkan komplikasi semasa hamil seperti kelahiran pramatang dan pre-eklampsia
  • memberi tenaga
  • menghilangkan rasa lesu

Vitamin B9 (folic acid)

  • penting dalam sintesis DNA dan pembahagian sel di awal kehamilan
  • mengurangkan risiko spina bifida pada bayi
  • menjaga fungsi saraf
  • mengelakkan kurang darah

Vitamin B12 (cyanocobalamin)

  • mencegah anemia
  • menjaga kesihatan kulit
  • mencegah kelesuan

Chewable Vita-C 100mg

  • Membantu menyerap zat besi
  • Membantu dalam sintesis protein
  • Mencegah komplikasi semasa hamil seperti kelahiran yang kurang berat badan, anemia, etc.
  • Mencegah selesema

Ostematrix

Vitamin D

  • penting dalam penyerapan kalsium
  • mengelakkan penyakit reput tulang kepada ibu dan anak yang dikandung
  • mengelakkan kekejangan otot

Kalsium

  • Ibu hamil memerlukan 1000-1300mg kalsium setiap hari
  • penting untuk pembekuan darah
  • menstabilkan transmisi impuls saraf
  • untuk merehatkan otot sewaktu berlakunya kontraksi
  • kalsium yang tidak mencukupi meningkatkan risiko praeklampsia iaitu gejala tekanan darah tinggi
  • mengelakkan masalah kekejangan
Magnesium
  • membantu menggabungkan kalsium ke dalam tulang dan menguatkannya
  • Kekurangan magnesium dapat mengakibatkan kejang betis dan perut, keguguran dan melahirkan pra-matang

Produk Shaklee dengan vitamin D : Ostematrix – Calcium, Magnesium & Vitamin D

Omega Guard

  • membantu pembentukan otak bayi
  • mengandungi DHA dan EPA yang penting untuk perkembangan otak dan mata bayi
  • mengawal paras kolesterol untuk ibu
  • mengurangkan simptom kuat pelupa

sumber :

– http://mamabusyra.blogspot.com/2012/01/kenapa-ibu-mengandung-sangat-perlu.html
– http://vitaminsemulajadi.com/supplement-dan-vitamin-semasa-hamil/

 

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.

Berminat?

Hubungi saya sekarang!!
Your Shaklee Independent Distributor
Hanis Amin
♥ SMS | WhatssApp : 010-4289601
♥ Shaklee ID : 837662
♥ FB Page : http://www.facebook.com/HanisHealthyLife
♥ Email : hanisamin@gmail.com

Assalamualaikum..

Fitrah seorang wanita tentunya ingin berumahtangga seterusnya melahirkan anak sendiri. Namun, dalam menempuh alam keibubapaan, seorang ibu harus mempersiapkan diri sama ada dari segi kebendaan, mental dan emosi, ilmu berkaitan rumahtangga dan keibubapaan dan juga fizikal. Sebagai persediaan fizikal(jasmani), seorang wanita yang merancang untuk hamil perlu menyiapkan diri dengan pelbagai nutrien penting.

Di samping mengambil supplemen prenatal, satu lagi nutrien yang tidak kurang penting untuk diambil adalah supplemen yang mengandungi omega-3. Seperti yang diketahui Omega-3 terutama kandungan EPA dan DHAnya adalah asid lemak perlu (essential fatty acid) yang banyak ditemui pada ikan.

Bila saya perlu mula ambil omega-3 dan untuk berapa lama?

Minyak ikan yang mengandungi Omega-3 tulen dan berkualiti tinggi perlu diamalkan sejak sebelum kehamilan berlaku. Ia seterusnya harus diamalkan ketika mengandung dan seterusya sepanjang tempoh penyusuan. Asid lemak omega-3 tidak boleh dihasilkan oleh badan. Ia perlu diperolehi melalui pemakanan atau supplemen. Oleh itu, setiap wanita yang ingin hamil sangat disyorkan untuk mula mengambil Omega-3 secukupnya bermula 6 bulan sebelum hamil lagi. Ini untuk memastikan “stok simpanan” asid lemak Omega-3 terutamanya DHA adalah mencukupi dalam badan. Maklumlah, sepanjang hamil dan menyusu “stok” DHA ini akan disalurkan secara terus-menerus kepada bayi.

Bolehkah saya hanya makan ikan hari-hari untuk dapatkan sumber Omega-3 ini?

Mungkin tidak, bergantung kepada ikan. FDA dan juga Environmental Protection Agency telah menasihatkan wanita yang hamil, ibu-ibu yang menyusukan anak dan anak kecil untuk mengelakkan atau mengurangkan makan beberapa jenis ikan yang dikhuatiri mengandungi logam berat dan bahan tercemar yang lain. Ini pasti menjadi masalah kepada mereka untuk mendapatkan DHA secukupnya daripada sumber ikan. Di sinilah supplemen minyak ikan yang berkualiti menjadi sumber yang sangat baik untuk mendapatkan DHA dan EPA tulen yang bebas dari bahan-bahan tersebut.

 

Apakah manfaat DHA pada bayi saya?

DHA adalah sangat penting untuk memastikan perkembangan yang optimum bagi otak, mata, sistem imun dan sistem saraf bayi. Mengambil asid lemak omega-3 sebelum kehamilan memang penting, namun jangan lupa bahawa memelihara paras kandungan DHA yang cukup sepanjang tempoh kehamilan juga tidak kurang pentingnya.  Ini kerana DHA dalam tubuh ibu akan mula merosot untuk diagihkan kepada bayi dalam kandungan. Dalam trimester ketiga akan berlaku pembentukan dan perkembangan otak bayi yang sangat pesat dan memerlukan lebih banyak DHA dari tubuh ibu. Sememangnya ia baik untuk perkembangan otak, mata, sistem imun dan sistem saraf bayi namun akan menyebabkan ibu mengalami kekurangan DHA. Kekurangan DHA pada ibu boleh membawa masalah kepada postpartum deppression. (Mungkin ibu juga kerap jadi lebih pelupa lepas bersalin kerana kurangnya DHA dalam badan ni)

Adakah DHA penting selepas melahirkan?

YA, selepas melahirkan tahap DHA dalam tubuh ibu tetap berada pada paras rendah kerana disalurkan kepada bayi melalui susu ibu. Anak-anak sangat memerlukan DHA untuk perkembangan otak terutama pada 2 tahun pertama mereka. Menurut kajian oleh University of Kansas, bayi yang ibunya mempunyai paras DHA yang tinggi ketika melahirkannya, didapati menunjukkan daya fokus yang sangat bagus menjelang tahun kedua hidup mereka. Dalam 6 bulan pertama bayi-bayi tersebut juga didapati menunjukkan perkembangan 2 bulan lebih terkedepan berbanding ibu-ibu yang mempunyai DHA yang rendah ketika melahirkan.

 

Apa lagi manfaat DHA kepada bayi saya?

  • memperbaiki perilaku, daya fokus dan pembelajaran pada anak-anak
  • menurunkan risiko sebarang alahan pada bayi
  • pengaruh positif pada perkembangan sistem imun anak

Minyak ikan merupakan sumber DHA yang selamat dan semulajadi, yang juga ideal untuk ibu mengandung dan ibu menyusu. Yang penting pastikan ambil minyak ikan yang berkualiti tinggi, bergred farmaseutikal dan bebas dari bahan tercemarseperti logam berat, PCB dan dioksin. Hasil kajian menyimpulkan bahawa minyak ikan menjadi sumber DHA yang lebih sihat dan selamat berbanding ikan kerana kandungan toksin dalam minyak ikan boleh disingkirkan.

Shaklee OmegaGuard
Kelebihan Shaklee OmegaGuard :
  • diekstrak dari ikan laut air sejuk di perairan air sejuk di perairan negara Jepun. Penyelidikann lanjut mengenai ikan air laut sejuk menunjukkan ika dari air laut mengandungi asid lemak tidak tepu yang sangat tinggi.
  • Bukan dari hati minyak ikan.
  • 3x lebih tumpat dari ketumpatan hati minyak ikan
  • dihasilkan melalui proses penyulingan proprietari 3 molekul untuk mengekstrak asid lemak omega-3 yang paling tulen dan paling semulajadi sementara menyingkirkan bahan berbahaya seperti plumbum, merkuri, PCB dan lain-lain
Hubungi kami untuk mendapatkan harga istimewa sepanjang Februari 2013. Boleh juga dapatkan bersama set-set di bawah untuk harga istimewa.
Ataupun, anda boleh beli 6 botol dan dapat keistimewaan seperti berikut :
(1) FREE botol yang ke-7, sebab “Buy 6 FREE 1”. Jimat RM136 (WM)/ RM140 (EM)!
(2) FREE Shaklee Membership bernilai RM75 (WM)/ RM85 (EM) seumur hidup.
(3) Bonus Tunai pada pertengahan bulan Mac.
(4) Akses eksklusif ke discussion group online kami.
(5) Bimbingan dan training eksklusif bersama bagi yang ingin serius berbiznes Shaklee dengan kami, secara part time ataupun full time.
(credit to GenkiMomma)
* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.

Berminat?

Hubungi saya sekarang!!

Your Shaklee Independent Distributor

Hanis Amin

♥ SMS | WhatssApp : 010-4289601

♥ Shaklee ID : 837662

♥ FB Page : http://www.facebook.com/HanisHealthyLife

♥ Email : hanisamin@gmail.com

Assalamualaikum..

2 hari lepas, saya ada sharekan persediaan penyusuan ketika hamil. Hari ni saya nak sharekan tips dan soal jawab dalam majalah PAMA

S : Kini saya hamil anak kedua. Saya berazam mahu menyusukannya selama yang boleh. Apa panduan untuk saya ikuti sepanjang hamil, awal kelahiran dan selepas tempoh enam bulan melahirkan?

Nadia, Setapak, Kuala Lumpur

J : Penyusuan susu ibu adalah proses yang perlu dipelajari oleh ibu dan bayi juga. Persediaan penyusuan susu ibu yang paling penting ialah mendapatkan sebanyak mungkin ilmu sepanjang kehamilan ini. Berikut adalah panduan yang dapat membantu anda dalam menyusukan bayi.
1. Hadiri kelas persediaan penyusuan susu ibu atau kelas antenatal yang menyentuh tentang isu penyusuan susu ibu secara menyeluruh.
2. Mulakan penyusuan susu ibu sejurus selepas bayi dilahirkan, sebaik-baiknya dalam tempoh 1 jam. Kolostrum yang ada dalam beberapa hari pertama kaya dengan protein dan bahan lain yang dapat menghalang jangkitan kepada bayi.
3. Cuba posisi yang berlainan ketika menyusu. Elakkan bersandar kepada bayi. Sebaliknya, duduk dan halakan bayi ke paras payu dara. Gunakan bantal untuk sokongan. Pastikan juga bayi melekap dengan baik.
4. Menyusu mengikut permintaan berdasarkan isyarat kelaparan bayi (baby’s cues) tanpa sekatan. Perhatikan isyarat itu: Mulut bayi buka tutup (mouthing), rooting, meletakkan tangan di mulut dan menangis. Apa-apa pun, jangan tunggu sehingga dia menangis. Adalah penting untuk bayi disusukan mengikut permintaannya.
5. Pastikan payu dara dikosongkan sebaik mungkin setiap kali sesi penyusuan untuk memastikan proses penghasilan susu berjalan lancar. Lebih kerap payu dara dikosongkan (dengan efektif), lebih banyak susu akan dihasilkan!
6. Dapatkan penilaian teknik penyusuan anda daripada pihak profesional terlatih dalam tempoh 24 jam hingga 48 jam pertama selepas kelahiran. Sebaik-baiknya dapatkan panduan daripada perunding laktasi.
7. Susukan bayi sehingga dia puas. Kandungan lemak dalam susu ibu meningkat sewaktu sesi penghisapan. Biarkan bayi selesaikan penyusuan sebelum menawarkan payu dara yang sebelah lagi.
8. Elakkan puting kosong(pacifier).
9. Menyusu secara eksklusif sepanjang enam bulan pertama. Penyusuan susu ibu ideal untuk pertumbuhan dan perkembangan bayi anda.
10. Jangan beri suplemen (air, air glukos, susu formula, makanan bayi dan lain-lain) kepada bayi.
11. Pemakanan memainkan peranan penting dalam kesejahteraan dan kesihatan ANDA. Apabila anda sihat, bayi pun sihat juga. Diet yang berasaskan empat kumpulan asas adalah disarankan. Walau bagaimanapun, makanan yang anda ambil tidak akan memberi kesan kepada susu tetapi pada tahap kesihatan. Jadi, jaga diri anda.
12. Jika berkerjaya, pastikan anda membuatkan persediaan yang perlu.

sumber : http://pama.karangkraf.com/s-j/persediaan-ketika-hamil-1.14396

Amalkan pemakanan sihat sejak dari hamil, berpantang dan menyusukan.

Kami menyediakan set yang sesuai digunakan sejak dari hamil sehingga menyusukan.

Set Eu-Four Pack Plus

Vita-lea Iron formula : Dilengkapi dengan 12 vitamin, 7 galian dan zat besi. Mempunyai patented Sistem Penyerapan Bioaktif utk memastikan peningkatan penyerapan asid folid kritikal. Membantu meningkatkan Hb ke paras normal semasa hamil bagi ibu yang mempunyai darah rendah.
B complex : lengkap dengan 8 kumpulan B termasuk asid folik yang diperlukan oleh tubuh badan demi membantu tubuh badan bertenaga, otak lebih fokus, emosi lebih stabil. Sangat penting dalam membantu memetabolismekan karbohidrat, lemak & protein, Anti stress ,menukarkan makanan(glukos) kepada tenaga dan membantu ibu2 berfikiran positif sentiasa. Vitamin B juga dapat melahirkan wajah ibu yang cantik berseri dan tidak kusam.
Vitamin C : membantu meningkatkan sistem imunisasi badan. Penambilan bersama Vita-lea Iron Formula meningkatkan kadar penyerapan iron dalam tubuh
Ostematrix : kandungan kalsium yang mencukupi di dalam diet anda, lebih-lebih lagi semasa tempoh kehamilan akan dapat memastikan bayi yang bakal dilahirkan mempunyai tulang dan gigi yang sihat tanpa menggugat kandungan kalsiaum yang sedia ada di dalam tubuh anda. Kalsium juga membantu untuk menghalang kekejangan otot yang dialami dalam tempoh kehamilan dan kontraksi yang berlaku disaat melahirkan.
Pengambilan Kalsium turut membantu dalam pelawasan dan juga penyusuan susu ibu. Jika perasan ada sesetengah ibu yang apabila melalui menstrual (period) susunya akan merundum…ini disebabkan kekurangan kalsium yang kritikal di saat badan mengeluarkan darah kotor yang perlu disingkirkan.

ESP @ Energizing Soy Protein :
Kompisis vitamin utama dalam susu ibu ialah protein. Protein adalah makanan sel. Sel tak kenal nasi lemak, air soya atau tempe tetapi sel hanya perlukan protein iaitu khasiat dari makanan yang diambil. Protein berfungsi mengekalkan pertumbuhan normal dan pemeliharaan tisu. Mengawal atur keseimbangan bendalir dalam badan.Pembinaan hormon, enzim dan antibodi memerlukan protein. Selain itu protein dikatakan membantu mengawal keseimbangan asid bes untuk mengangkut nutrien dan sumber tenaga.

Protein sangat sensitif. Ianya wujud pada suhu badan kita dan mudah terhapus pada suhu yang tinggi. So apabila kita memasak sumber protein seperti ikan goreng pada suhu yang tinggi, hakikatnya banyak protein yang telah musnah semasa proses memasak itu sendiri.

Semoga berjaya!!

 

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.

 

Berminat?

 

Hubungi saya di hanisamin@gmail.com atau SMS ke 010-4289601 (Hanis) untuk konsultasi mahupun maklumat lanjut.

 

Assalamualaikum…

Ramai ibu yang bercita-cita ingin menyusukan bayi namun kurang persediaan dari segi fizikal, emosi dan ilmu. Sebaiknya persiapkan diri sejak dari mengandung. Tapi INGAT! Kita perlu bersedia bukan mengadakan susu lagi ya.

 

Jom kita lihat apa yang perlu dipersiapkan :

PERSEDIAAN ILMU

  1. Cari sebanyak mungkin ilmu tentang penyusuan. Paling penting faham konsep asas penyusuan iaitu semakin kerap payudara dikosongkan semakin banyak susu yang akan terhasil.
  2. Fahami konsep bahawa diawal kelahiran hanya kolostrum yang akan terhasil dan selepas itu, susu akan meningkat sedikit demi sedikit. Bukan terus tiba-tiba jadi banyak ya. Teruskan kekerapan menyusu.
  3. Hadiri kelas penyusuan susu ibu supaya boleh mendapat pelbagai info lengkap dan boleh bertanya secara direct.
  4. Ketahui masalah-masalah penyusuan pada awal kelahiran dan cara mengatasinya.
    Masalah puting pendek – Sama ada pendek atau panjang puting sepatutnya tidak menjadi masalah kerana puting serta bahagian areola perlu masuk dalam mulut bayi ketika proses penyusuan. Ini adalah sama seperti masalah puting tenggelam.
    Susu tidak keluar – Sentiasa yakin dan percaya bahawa susu itu ada, satu jam pertama kelahiran bayi adalah paling penting. Letakkan bayi pada payudara dan susukan sekerap mungkin. Rangsangan dari bayi penting untuk memastikan susu keluar. Jangan risau susu anda terlalu sedikit untuk bayi kerana pada awal kelahiran perut bayi adalah dikatakan hanya sebesar kacang, ia tidak memerlukan susu yang banyak untuk mengenyangkannya.
    Ketahui posisi yang sesuai untuk menyusukan sekiranya terpaksa bersalin dengan kaedah csect. Dapatkan bantal khas untuk menyusukan bayi sekiranya mempunyai lebihan budget. Bagaimana pun, bantal yang biasa juga sudah memadai.
    Puting sakit ketika menyusukan bayi – Sekiranya anda terasa sakit ketika menyusukan bayi, ia bermakna posisi penyusuan dan teknik pelekapan adalah salah kerana proses menyusukan bayi bukan satu proses yang menyakitkan.  (sumber)
  5. Pilih hospital breastfeeding friendly.
  6. Dapatkan no telefon Peer Counselor (PC) atau Lactation Counselor (LC) supaya mudah berbincang sekiranya ada masalah penyusuan.
  7. Sediakan peralatan untuk penyusuan seperti pam, bekas simpan susu dan lain-lain.

PERSEDIAAN FIZIKAL

  1. Bersihkan puting susu setiap kali mandi. Gunakan tuala bersih dan air suam. Elakkan sabun bahagian puting.
  2. Tarik dan urut puting perlahan2 semasa mandi.
  3. Sapu minyak zaitun pada puting.
  4. Dapatkan tukang urut selepas bersalin yang tahu mengurut payudara untuk melancarkan peredaran darah bagi tujuan penyusuan.
  5. Makan makanan berkhasiat dan bernutrisi sejak hamil sehingga dalam proses penyusuan.
PERSEDIAAN EMOSI
  1. Sentiasa berfikiran positif bahawa susu anda cukup untuk keperluan anak dan anak dapat menyusu dengan baik.
  2. Kongsi keinginan anda untuk menyusu sepenuhnya dengan suami & ahli keluarga.
  3. Sertai komuniti / forum penyusuan susu ibu supaya dapat support dari rakan-rakan lain.
  4. Banyakkan berdoa supaya dipermudahkan perjalanan penyusuan anak anda.
  5. Elakkan membanding-bandingkan jumlah susu perahan kerana setiap anak mempunyai keperluan berbeza mengikut jantina, usia, berat dan lain-lain.
  6. Setkan niat, azam dan tujuan untuk menyusukan bayi.
Selamat menempuh pengalaman penyusuan.
Tak perlu berlumba-lumba nak dapatkan stok susu yang terlalu banyak. Yang penting anda tahu, anak anda cukup keperluan penyusuannya, sihat, mendapat nutrisi sepenuhnya dan dapat meneruskan penyusuan sehingga usia 2 tahun.

Berminat?

 

Hubungi saya di hanisamin@gmail.com atau SMS ke 010-4289601 (Hanis) untuk konsultasi mahupun maklumat lanjut.

Assalamualaikum..

 

Apa itu Anemia?

Kurang darah ialah keadaan di mana kepekatan darah merah adalah kurang daripada biasa. Dalam istilah perubatan, seorang yang mengidap kurang darah mempunyai kepekatan darah merah kurang dari 9 gm peratus hemoglobin. Hemoglobin merupakan pengakut oksigen dan zat makanan ke seluruh badan. Oleh itu, apabila anda mengalami anemia, tisu seluruh badan menjadi hipoksia (kurang kandungan oksigen) dan kurang tenaga.

 

Punca kurang darah:

Ada beberapa sebab yang boleh menyebabkan berlakunya keadaan itu. Antaranya ialah :-

  • Kurang memakan makanan mengandungi zat besi
  • Kurang pengambilan asid folik(batu proses penghasilan darah merah) & Vitamin C(batu peyerapan zat besi dalam badan)
  • Ibu yang kerap bersalin
  • Mengalami kehilangan darah yang terlalu banyak seperti haid, kemalangan dan lain2
  • Jangkitan cacing
  • Pendarahan dari faraj atau buasir
  • Lain-lain penyakit seperti jangkitan saluran kencing, penyakit limpa, demam malaria dan penyakit barah.

 

ANEMIA BOLEH MEMBAWA MAUT!

Ibu hamil dan menyusukan anak memerlukan zat besi yang cukup untuk proses kehamilan dan penyusuan yang baik, lebih-lebih lagi bagi ibu hamil yang mengalami pendarahan, dan ibu menyusu yang sudah kedatangan haid.

Tanda2 kekurangan zat besi:

– Badan letih dan lesu
– Kulit kelihatan pucat
– Sering hilang fokus
– Semput
– Sakit kepala da pening
– Jantung berdebar dengan cepat
– Sering lupa
– Tersangat kurus
– Loya
Anemia sangat bahaya kerana boleh menyebabkan kesan kepada ibu dan bayi dalam kandungan.

Kepada ibu :

  • Keguguran
  • Bersalin Awal
  • Kematian janin dalam kandungan
  • Tumpah darah semasa & selepas bersalin

Kepada Janin :

  • Kurang berat ketika lahir (kurang 2.5kg)
  • Lahir tidak cukup bula
  • Lemas semasa lahir
  • Pertumbuhan bayi terbantut

 

Tahap anemia

< 6.9 Sangat Teruk
6.9-8.0 Teruk
8.0-9.5 Sederhana
9.5-10.5 Ringan

Bagi ibu-ibu hamil, perkara ini jangan diambil remeh. Pengambilan 2 biji Shaklee Vita-lea Iron Formula dapat membantu menangani masalah anemia semasa hamil.

 

Tips tingkatkan HB semasa hamil

1)      Ambil 2 biji Shaklee Vita-lea Iron Formula setiap hari

2)     Pengambilan zat besi bersama Vitamin C akan dapat membantu penyerapan zat besi dengan lebih optimum!

3)     Elakkan ambil zat besi bersama kalsium/susu. Ini kerana kalsium mengganggu penyerapan zat besi yang maksimum.

4)     Pengambilan asid folik akan membantu mengekalkan paras hemoglobin yang normal dalam badan.

Buat ibu-ibu hamil, jom dapatkan set kehamilan kami yang lengkap untuk keperluan anda.

sumber : RahsiaVitamin, MamaCery, VitaminSemulajadi

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.

 

Berminat?

 

Hubungi saya di hanisamin@gmail.com atau SMS ke 010-4289601 (Hanis) untuk konsultasi mahupun maklumat lanjut.

Assalamualaikum..

Hari ni saya nak kongsikan surah-surah amalan yang elok diamalkan semasa hamil. Tetapi sebaik-baiknya cubalah khatamkan 1 al-Quran tu. Kalau dalam bulan Ramadhan yang sebulan kita boleh cuba khatam al-Quran apatah lagi semasa hamil 9 bulan. Boleh khatam 9 kali sepatutnya kan.  big grin  Dan lebih baik sambil membaca kita baca sekali maksudnya supaya lebih melekat di hati. Sesungguhnya Al-Quran itu diturunkan untuk difahami dan diamalkan.  happy

Selain tu boleh amalkan doa di bawah

Ya Allah, peliharalah anakku ini selama ia berada di dalam perutku, dan sihatkanlah dia, Engkau yang menyembuhkan, tidak ada penyembuhan selain penyembuhanMu, Penyembuhan yang tidak meninggalkan penyakit. Ya Allah, rupakanlah atau bentukkanlah dia yang ada diperutku dengan rupa yang baik dan tetapkanlah di dalam hatinya iman kepada Engkau dan kepada RasulMu. Ya Allah, keluarkanlah dia dari perutku dengan mudah dan selamat. Ya Allah jadikanlah dia sihat yang sempurna berakal dan pandai, alim dan beramal. Ya Allah, panjangkanlah umurnya, sihatkanlah badannya, baikkanlah akhlaknya, fasihkanlah lisannya, baguskanlah suaranya untuk membaca Al-Quran dan hadis dengan berkat Nabi Muhammad S.A.W, dan segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam.

Jom perbaiki diri supaya kita dapat lahirkan umat yang lebih baik dan menjadi hamba-Nya yang bertaqwa.

Translator
Translator Plugin
Ayat seribu dinar
Ahlan wasahlan…
Assalamualaikum & selamat sejahtera

Selamat datang ke Hanis Healthy Life. Hanis Amin adalah pengedar Shaklee yang sah, yang juga pengguna kepada produk Shaklee.

Untuk sebarang pertanyaan, hubungi kami di
email : hanisamin@gmail.com
sms/WhatsApp : +6010-4289601

Terima kasih.

Hazu Enterprise (SA0175455-W)

Set Istimewa untuk anda!

Breastfeeding Set
(Set Penyusuan)

Testimonial : KLIK SINI

==========================

Confinement Set
(Set Berpantang)

Testimonial : KLIK SINI

==========================

Skin Care Set
(Set Penjagaan Kulit)

Testimonial : KLIK SINI

==========================

Healthy Weight Set
(Set Berat Badan Sihat)

Testimonial : KLIK SINI

==========================

Baby & Children Health
(Kesihatan Bayi & Kanak-kanak)

Informasi


Sertai kami di Facebook!


Ada pertanyaan atau komen?