Order sekarang!


atau SMS/WhatsApp/Telegram :

010-4289601 (Hanis)

Best selling!!
Dapatkan info terkini segera..

* Setiap testimoni yang tertulis dalam laman web ini adalah pengalaman dari pelanggan sendiri dan hasil dari setiap pelanggan mungkin berbeza antara satu sama lain. Namun ini tidak bermakna vitamin ini boleh mengubat atau menyembuhkan penyakit. Sila konsult dengan pengedar anda untuk lebih lanjut.

PERHATIAN : Konsultasi selepas pembelian produk dan jadual pengambilan adalah khas untuk pelanggan kami sahaja. Sila rujuk pengedar anda untuk jadual pengambilan & kosultasi selepas pembelian. Terima kasih.
Free Palestine, Pray 4 Syria
Tabung Kecemasan Gaza Aqsa Syarif di sini :
http://on.fb.me/1jlP2li
Akaun Maybank Islamic : 551575-004299
akaun Bank Islam : 1209-20100-34904
email : projects@aqsasyarif.org.my

Tabung Kasih Ummah Syria
Bank Islam Malaysia Berhad
120290 100 63512
(Pertubuhan IKRAM Malaysia)
email : i4syria315@gmail.com

Posts Tagged ‘immune booster’

Pengalaman anak kena impetigo

 

Assalamualaikum…

Hari ni nak share pengalaman anak kena impetigo. Impetigo ni jangkitan bakteria pada kulit yang menyebabkan gelembung pada muka atau badan. Boleh baca lanjut tentang impetigo di SINI, saya ada sharekan sebelum ni.

Kisah ni bermula 3 minggu lepas bila Zilal bangun pagi Jumaat nak pergi tadika macam biasa. Nampak kat bawah bibir kanan dia macam ada gelembung besar. Macam melecet pun ada. Ayahnya kata sebab dia selalu pegang2 bibir masa nak tidur, jadi mungkin luka. Balik dari tadika, tengok gelembung tu dah pecah dan ada macam tompok merah-coklat(macam luka) di bawah bibir dan atas mata. Agaknya sebab cairan gelembung tu terkena ke mata kot. Sabtu tengah hari tengok macam makin banyak pula kesan ‘comot’ tapi tak de gelembung pun. Malam tu baru perasan ada gelembung kecil tepi bibir dan dagu.

Pengalaman impetigo

Sabtu malam

Terus buat keputusan nak bawa ke klinik esoknya. 2 malam tu, dia asyik mengamuk dan menangis je. Agaknya rasa tak selesa kot. Bila tanya gatal ke? Dia kata tak. Bila tanya sakit ke? Dia kata tak, tapi tak mau basuh muka. Bila basuh dia kata sakit. Agaknya pedih bila kena air. Esoknya kami cuba bawa ke klinik Pakar Kanak-kanak, Klinik Adek. Tapi tutup. Yelah, hari ahad kan. Terus decide untuk ke Hospital Shah Alam bahagian kecemasan (sbb ahad Klinik Kesihatan tutup).

Anak dara ni memang susah jumpa doktor. Masuk bilik doktor je dah menangis. Doktor tengok muka (tak pegang lagi) dah menjerit. Akhirnya dalam mengamuk tu kena juga ambil darah sebab doktor nak check. Alhamdulillah juga bawa ke Hospital Shah Alam, dalam masa sejam terus dalam keputusan ujian darah. Kalau klinik swasta, mungkin nak kena datang lain kali untuk tahu result sebab takde lab sendiri. Doktor beritahu darahnya clean, tiada kesan virus. Jadi mungkin kena penyakit Impetigo. Sebelum tu saya dah search, hasilnya yang saya jumpa sama ada impetigo atau herpes. Tapi doktor kata bukan herpes sebab darah clean. Tapi kalau dalam seminggu tak baik juga, bawa semula dan doktor akan check semula.

Doktor minta supaya dia tak ke sekolah dan cuba jauhkan dari abang dan adiknya, takut berjangkit. Katanya impetigo ni boleh juga kena pada orang dewasa tapi biasa orang dewasa ni antibodi kuat untuk lawan bakteria tu. Dan ia tak berjangkit melalui udara, hanya melalui sentuhan. Bila sentuh tempat jangkitan kemudian sentuh benda lain, orang lain yang pegang benda tu boleh terkena juga.

Zilal dapat 4 ubat. Ubat antibiotik, ubat sapu, ubat demam(utk tahan sakit jika perlu), ubat gatal(jika perlu). Doktor bagitau je ubat-ubat tu, ummi dah garu kepala. Anak dara ni sangat sangat sangat la susah makan ubat. Dia pandai kontrol mulut dia supaya ubat tu tak masuk langsung, disamping hikmat tendang, pukul dan meronta yang sangat kuat. Ayah dia pun boleh berpeluh pegang tau! Dari kecik Zilal memang tak pernah sakit. Masa umur 2 tahun lebih baru sakit yang perlukan ubat. Sebelum tu, kalau sakit sikit-sikit memang ummi bagi vitamin Shaklee je. Kejap je dah sembuh.

Tanya doktor tak boleh ke kalau ubat sapu sahaja. Katanya sebab ada kena dekat mulut dan mata, tak boleh sapu kat situ. Jadi kena juga makan antibiotik. Hari Isnin bermula la wrestling bagi makan ubat. Sekali je bagi makan ubat gatal dan tahan sakit tu, yang lain tu bagi antibiotik sahaja sebab tak larat nak paksa dia.

pengalaman impetigo

Hari selasa, dah tak ada gelembung baru

Memang kesian tengok dia masa ni. Zilal sangat suka tengok cermin tapi sepanjang sakit ni langsung dia tak nak tengok cermin. Masa ambil gambar di atas pun dia tak mahu tengok semula gambar dia. Muka dia sedih bila kata ‘jangan cium adik’. Tapi ummi bagi ‘can’ dia baring sebelah adik. Sambil tu, ummi ambil nutriferon dengan doa dan harapan supaya antibodi adik Zubair kuat sikit dan tak terkena jangkitan. Abang Muadz pun ummi bagi nutriferon. Dalam susu Zilal pun ummi campurkan sikit nutriferon. Baju-baju Zilal ummi rendam air panas dan basuh asing.

Pengalaman impetigo

Hari Jumaat – Zilal dah cantik cuma comot sikit sebab baru lepas makan

Alhamdulillah, hari Jumaat muka Zilal dah bersih, cuma tinggal sikit-sikit je lagi kesan. Masa ni, lepas ambil gambar sibuk dia nak tengok muka dia. Bila tunjuk gambar masa dia sakit tu, dia buat muka sedih sambil cakap, “Lal cacit(sakit).” Alhamdulillah Zubair dan Muadz tak terkena jangkitan sekali. Memang mencabar pengalaman anak kena impetigo ni. Tapi kalau tak kena, saya pun tak tahu tentang penyakit ni.

Lepas habis ubat antibiotik, saya terus beli Meal Shakes untuk dicampurkan dalam susu dia. Satu yang kurang baik tentang antibiotik ni sebab dia bunuh semua bakteris sama ada bakteria baik mahupun jahat. Sedangkan sistem usus kita perlukan bakteria baik. Jadi, saya bagi Meal Shakes sebab dalamnya mengandungi Acacia Gum (Gam Arab) yang berfungsi sebagai prebiotik iaitu makanan kepada bakteria baik. Selain itu, Meal Shakes juga membantu meningkatkan sistem imunisasi kanak-kanak dan beri nutrient dan gizi seimbang (sepanjang sakit Zilal kurang makan, dah kurus dah). Selepas ni, memang tak nak tinggal bagi Meal Shakes. Hari tu berhenti sekejap sebab stok di rumah dah habis dan asyik tak sempat nak beli baru. Nutriferon pula bekalan yang sentiasa ada di rumah terutama di masa-masa kecemasan, ada tanda-tanda tak sihat.

Harapnya pengalaman jaga anak impetigo ni membantu ibu-ibu lain yang mengalami masalah yang sama.

mealShake

Meal Shakes membantu memberikan nutrisi tambahan kepada anak-anak di samping menguatkan sistem imunisasi.

Bagaimana nutriferon berfungsi

Ada promosi untuk nutriferon bulan ni tau!!

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.

Kami ialah PENGEDAR SAH SHAKLEE anda di Bandar Saujana Putra! Sila SMS/ WhatsApp ke +6010-4289601 (Hanis) untuk self pick-up di Bandar Saujana Putra.

Your Shaklee Independent Distributor
Hanis Amin
♥ SMS | WhatssApp : 010-4289601
♥ Shaklee ID : 837662
♥ FB Page : http://www.facebook.com/HanisHealthyLife
♥ Email : hanisamin@gmail.com

Bagaimana Nutriferon berfungsi?

Assalamualaikum…

Azam tahun ni sepatutnya nak kerap update blog. Tengah semangat PC pula rosak. Tergendala segala idea. Jadi, sementara sempat ni nak update PRODUK PROMOSI BULAN FEBRUARI 2016 iaitu Nutriferon. Yeay…saya suka sangat nutriferon ni ada promosi, boleh dapat beli dengan harga lebih murah. Nutriferon ni memang sentiasa standby ada kat rumah.

Bagaimana nutriferon berfungsi

Apa Nutriferon ni?

Nutriferon adalah interferon semulajadi. Interferon buat julung kalinya ditemui oleh Dr. Yasuhiko Kojima dari University Tokyo pada tahun 1954. Selepas membuat kajian selama 40 tahun dan semakan semula beribu-ribu jenis herba yang berlainan, Dr. Kojima telah membangunkan satu-satunya interferon semulajadi dan dipatenkan Eksklusif oleh Shaklee.

Didalam bidang perubatan perubatan, suntikan interferon banyak digunakan untuk merawat penyakit hepaitis,kanser, hidrophobia ( penyakit anjing gila ), herpes dan HIV dlll. Tambahan pula, ia telah terbukti bahawa interferon amat berkesan untuk melindungi kita dari jangkitan influenza dan berbagai jenis penyakit.(sumber) Tapi suntikan interferon tu sangat mahal tau. Satu suntikan sahaja berharga hampir RM1000.

Bagaimana nutriferon berfungsi meningkatkan sistem imun kita?

Saya cuba terangkan dalam bahasa mudah ya. Pernah tak tengok kat TV bomba, tentera atau polis biasa dia macam ada loceng penggera bila ada kecemasan kan? Bila loceng tu berbunyi, bergegas la anggota bomba tu berlari, bersiap dan terus bersedia.

Interferon ni ibarat loceng tu la. Bila ada bendasing (bakteria, kuman, virus), badan kita akan bertindak melawan bendasing tu. Bila kita ambil nutriferon, badan meransang untuk interferon ni membunyikan alarm kejutkan mana-mana antibodi yang masih lena tu suruh bersedia untuk lawan bendasing yang masuk dalam badan kita. Jadi badan kita akan lebih cepat la untuk melawan penyakit dan lebih cepatlah kita sembuh.

bagaimana nutriferon berfungsi

Bestkan? Lagi best sebab bulan ini ada promosi, kalau beli 6 percuma 1 kotak. Kalau beli 2 kotak dapat 5% diskaun. Sekotak berharga RM181.25 (retail price) dan mengandungi 30 sachet. Kalau jadi ahli, dapat harga lebih murah tau.

Jom, cepat dapatkan segera! Sehingga 29 Februari 2016 sahaja tau!!

Kami ialah PENGEDAR SAH SHAKLEE anda di Bandar Saujana Putra! Sila SMS/ WhatsApp ke +6010-4289601 (Hanis) untuk self pick-up di Bandar Saujana Putra.

Your Shaklee Independent Distributor
Hanis Amin
♥ SMS | WhatssApp : 010-4289601
♥ Shaklee ID : 837662
♥ FB Page : http://www.facebook.com/HanisHealthyLife
♥ Email : hanisamin@gmail.com

 

Vitamin Shaklee Kesukaan Saya? Semua vitamin Shaklee saya suka. Lagi pula sebab saya tahu keistimewaan setiap satunya. Memang rasa nak ambil semua. Rasa susah nak pilih satu sahaja sebab memang ada beberapa yang saya sentiasa konsisten. Jadi, saya senaraikanlah semua Vitamin Shaklee Kesukaan Saya.

1) Ostematrix

Kalau diminta pilih satu, ini yang pertama. Kenapa saya suka Ostematrix? Boleh baca :

Shaklee Effect : Kenapa saya suka Ostematrix?

Shaklee Effect : Kenapa saya suka Ostematrix? – Bah. 2

2) Vitamin C

Dari dulu lagi sistem imuniti saya memang agak rendah. Mudah berjangkit bila ada orang sekeliling saya yang tak sihat. Baru baik tapi kalau ada kawan yang selsema, akan berjangkit sekali lagi. Jadi Vitamin C ni memang teman baik saya. Alhamdulillah, saya dah jarang sakit sejak ambil supplemen. Ops, bukan tak pernah sakit ya cuma dah berkurangan. Kalau sakit pun jarang berpanjangan.

Vitamin C Shaklee, Bukan Sekadar Vitamin C. Memang banyak kegunaannya dan berbeza dengan Vitamin C yang lain. Semasa tak sihat, saya akan ambil 2-4 biji sehari untuk membantu menguatkan lagi sistem imun saya secara intensif.

Read the rest of this entry »

Antara banyak-banyak demam biasa, saya paling tak tahan selsema. Sebabnya saya kalau selsema memang akan teruk. Dalam masa sehari hidung dah melecet dan merah-merah. Biasanya seminggu baru baik. Sepanjang selsema memang akan rasa lemah badan dan pening kepala. Ada yang ambil jalan mudah dengan telan panadol tapi tahukah anda, pengambilan panadol akan merosakkan buah pinggang dalam jangkamasa panjang. Alhamdulillah, saya dah jumpa Petua Hilangkan Demam Selsema Dengan Cepat.

1. Minum air dengan banyak

Bila minum air dengan banyak, kita akan lebih kerap buang air kecil. Jadi virus akan lebih cepat keluar dan badan akan lebih sejuk. Lagi satu, masa selsema kita akan kehilangan air melalui selsema tersebut. Jadi penting untuk menggantikan air yang keluar dari badan kita dengan secukupnya. Boleh juga minum air teh campur limau atau halia untuk mengurangkan kahak.

Petua Hilangkan Demam Selsema Dengan Cepat

2. Sapu minyak bawang putih

Cara membuat minyak bawang putih-Panggang bawang putih dgn kulit sampai masak atau kulitnya sudah hitam, kemudian lenyekkan pada sedikit minyak (minyak masak, minyak zaitun atau virgin coconut oil (VCO), sapu di dada, belakang dan tapak kaki anak ketika batuk selsema. Untuk anak-anak yang selsema pun boleh dibuat sapuan.  (sumber)

Read the rest of this entry »

Assalamualaikum…

Garlic terkenal dengan gelaran natural antibiotik kerana ia tidak mematikan bacteria baik seperti mana chemical antibiotic. Garlic juga bersifat antibacterial, antiviral dan antiparasit yang membantu mencegah dan mengurangkan kesan jangkitan.

Allicin merupakan komponen aktif yang terdapat di dalam Garlic. Allicin berfungsi sebagai antibiotik semulajadi untuk menentang jangkitan kuman dan fungus. Untuk mendapatkan kebaikan Allicin, garlic perlu diambil secara mentah. Walaubagaimanpun, Allicin adalah sangat tidak stabil dan mudah musnah apabila garlic dipotong, dihancurkan atau dimasak. Dan ramai yang tidak mampu menahan bau dan rasanya yang kuat, Jadi, agar sukar untuk kita mendapat manfaat daripada Allicin.

gigit bawang

Manfaat utama pengambilan Garlic: 

  • Melegakan demam, batuk dan selsema
  • Melancarkan perjalanan darah
  • Merupakan Antibiotik semulajadi yang selamat dan sangat bagus untuk pertingkatkan
    sistem keimunan badan supaya boleh menghalang sakit berjangkit seperti selesema,
    kulat, kuman, virus dan yis candida
  • Membantu atasi masalah alergi dengan meningkatkan keimunan terhadap penyakit
    alergi seperti hidung yang sensitive, sinus, alergi, asthma, selesema dan hepatitis
  • Membaikpulih sistem penghadaman seperti kembung, gastrik, ketidakhadaman dan ulser gastrik
  • Mengelakkan Odema iaitu air tekumpul dalam badan terutama pada kaki danpergelangan kaki
  • Detoksifikasi – ia mampu mengeluarkan raksa, plumbub dan kadimum dari tubuh
  • Melindungi sel darah dari dimusnahkan oleh logam berat dan menghalang kerosakan hati oleh bahan kimia
  • Menstabilkan glukos dalam badan dan meransang pengeluaran insulin untuk mengurangkan kesan Diabetes Type II.
  • Menurunkan kolestrol dalam darah
  • Mengurangkan tekanan darah tinggi
  • Membantu mencegah kanser dengan mengurangkan Nitrosamine – bahan pencetus kanser
  • Menghapuskan jerawat
  • Membantu menangani masalah organ-organ pernafasan tersumbat akibat batuk dan
    brokitis yang berterusan, sakit kerongkong, selesema dan resdung (sinus)
  • Mampu melawan bakteria dan smeua jenis jangkitan pada:
    – Kerongkong & Telinga (throat & ear infection)
    – Perut memulas (stomach upset)
    – Cirit-birit (Diarrhea)
    – Bronkitis
    – Luka-luka (infected wounds)
    – Jangkitan yang berulang-ulang seperti telinga, kerongkong, gusi, mulut, dada, sistem air kencing

Shaklee Garlic Complex

Garlic1

 

 

Keistimewaan Garlic keluaran Shaklee ialah, ianya dihasilkan dari bawang putih jenis premium, bebas dari racun perosak dan ditanam secara organic di California, USA di waktu musim panas. Ianya dihasilkan secara ekslusif pada suhu bilik tanpa haba untuk memastikan Allicin adalah 100% kekal aktif. Ia juga dihasilkan dari dwi teknologi untuk mengawal bau garlic. Tambahan serbuk Rosemary menghalang Allicin daripada teroksida.

 

 

Keistimewaan Garlic keluaran Shaklee 

  • Pengekalan 100% Allicin aktif
  • Dwi teknologi dilakukan untuk mengawal bau garlic
  • Perisa semulajadi terhasil dari 2 kombinasi ekstrak herba iaitu Rosemary dan Spearmint.
  • Mengandungi pelbagai jenis vitamin E untuk meningkatkan sebatian aktif Garlic dan meningkatkan keberkesanan Garlic dalam tubuh .Kebiasaan vitamin E yang digunakan dalam dunia perubatan adalah γ-tocopherol.
  • Setiap 2 tablet membekalkan 1000mg ekstrak garlic tulen yang bersamaan 2 ulas bawang putih segar.

Jika anda yg sering alami demam dan selsema boleh ambil GARLIC ni sebagai alternatif. GARLIC juga baik utk masalah jerawat

Jika ada parents yg anda yang alami kencing manis, darah tinggi serta kolestrol boleh ambil GARLIC ni sbg alternatif dan harganya lebih murah, saiz botolnya pun kecik je boleh letak dlm handbag n bawak mana2

dan bila saya kata MURAH tu mmg murah ye sbb nak dibandingkan dgn teknologinya tu dan khasiatnya yg terkandung dalamnya tu

kredit to Pakar Cantik

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.

Berminat?

Hubungi saya sekarang!!
Your Shaklee Independent Distributor
Hanis Amin
♥ SMS | WhatssApp : 010-4289601
♥ Shaklee ID : 837662
♥ FB Page : http://www.facebook.com/HanisHealthyLife
♥ Email : hanisamin@gmail.com

Assalamualaikum..

TAHUKAH ANDA, Apabila badan dimasuki kuman, sistem imun merupakan barisan pertahanan yang pertama untuk melindungi badan. 

Sistem imun badan yang kuat akan bertindak balas dengan cepat dan membantu melawan penyakit. Sebab itu saya memilih Nutriferon, Interferon semula jadi.

485147_10200852393781771_739017411_n

5 sebab saya memilih NutriFeron.

1.Terbukti daripada Empat Kajian Klinikal Pada Manusia-Campuran fitonutrien yang berkesan dan selamat ini memberi sokongan imun tepat pada peringkat sel. Kajian menunjukkan khasiat kesihatan yang luar biasa dan perlindungan imun yang diperolehi daripada campuran khas empat ekstrak tumbuhan di dalam NutriFeron.Meningkatkan paras interferon secara semulajadi

2. Para saintis dan komuniti perubatan telah mengenalpasti interferon sebagai sesuatu yang amat penting bagi fungsi imun yang sihat. NutriFeron merupakan satu-satunya pemakanan tambahan di U.S. yang dicipta oleh penemu interferon yang boleh menambahkan penghasilan interferon di dalam badan secara semulajadi.

3. Dicipta Oleh Individu Yang Menemui Interferon-Ahli imunologi yang terkenal di dunia, Dr. Yasuhiko Kojima merupakan individu pertama yang menemui interferon pada tahun 1954 semasa beliau menjalankan penyelidikan di Universiti Tokyo.

4.Rumusan Berpaten Yang Eksklusif-NutriFeron tidak dapat dijumpai di mana-mana kedai. Ia hanya boleh didapati melalui Shaklee. Rumusan berpaten NutriFeron yang unik adalah eksklusif kepada Shaklee.Ia telah melepasi satu set ujian-ujian saintifik yang ketat dari segi keselamatan, ketulenan, keberkesanan dan prestasi.

5. 40 tahun kajian-Setelah menjalankan penyelidikan selama 40 tahun dengan menguji ratusan sebatian semulajadi, Dr. Yasuhiko Kojima telah menghasilkan satu campuran unik daripada empat ekstrak tumbuhan yang menggalakkan pembentukan interferon secara semulajadi di dalam badan.Menurut kajian terbaru, NutriFeron telah berjaya membuktikan kesan positif terhadap serangan sel-sel semulajadi (NK) – menyokong lebih banyak perkembangan untuk sistem sains imunisasi ini.

sumber

Siapa yang memerlukan NutriFeron ini?

  • Individu yang ingin kukuhkan sistem imun.
  • Individu yang menghadapi masalah sistem imun.
  • Individu yang mendapati pengambilan vitamin C (dos lebih) tidak memberi kesan ke atas penyakit yang dihidapi.
  • Individu yang apabila sakit (demam), sakitnya (demamnya) akan berpanjangan melebihi seminggu.
  • Ibu menyusu, namun mendapati anaknya masih kerap demam, dan demam berpanjangan.

Baca lanjut tentang nutriferon di http://healthy.babykawaiistore.com/category/nutriferon/

 

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.

Berminat?

Hubungi saya sekarang!!
Your Shaklee Independent Distributor
Hanis Amin
♥ SMS | WhatssApp : 010-4289601
♥ Shaklee ID : 837662
♥ FB Page : http://www.facebook.com/HanisHealthyLife
♥ Email : hanisamin@gmail.com

 

Assalamualaikum…

Bawang putih atau dikenali sebagai Garlic dalam bahasa inggeris adalah bahan penting dalam masakan kita. Tidak sah rasanya memasak makanan terutamanya lauk-pauk tanpa bawang putih. Tetapi, tahukah anda bawang putih juga baik untuk kesihatan? Bawang putih kaya dengan khasiat yang berguna dalam kesihatan tubuh.

Bawang putih bukan sahaja sejenis herba yang dicampur dalam masakan. Malah ia juga digunakan sebagai ubatan untuk merawat atau mencegah sebarang penyakit. Kajian makmal menunjukkan yang Allicin, sebatian yang terdapat dalam bawang putih mempunyai pelbagai manfaat.

 

Khasiat dan kelebihan Bawang Putih
  • Adalah antibiotik yang semulajadi dan selamat untuk kegunaan jangka panjang untuk mempertingkatkam sistem imun badan dan menghalang penyakit berjangkit seperti selesema.
  • Membantu menghalang alergi seperti sinus dan asthma
  • Mempertingkatkan sistem penghadaman seperti kembung perut, gastrik dan ketidakhadaman.
  • Menurut kajian dengan pengambilan 2 – 4 tablet garlic dapat membantu menurunkan tekanan darah tinggi.
  • Sebagai detoks kerana mampu mengeluarkan raksa dari tubuh dengan pantas.
  • Menurunkan kolestrol
  • Melindungi jantung
  • Menghalang strok dan penyakit kolonari
  • Membantu mengelak dan merawat kanser dengan mengurangkan bahan pencetus kejadian kanser – Nitrosamine.
  • Menstabilkan glukos dalam tubuh.

garlic

Keistimewaan Garlic Shaklee

  • Diperbuat dari bawang putih jenis premium, bebas dari racun perosak dan ditanam secara organik
  • Dihasilkan secara eksklusif pada suhu bilik tanpa haba untuk memastikan pengekalan 100% Allicin aktif.
  • Menggabungkan faedah kesihatan bawang putih dengan faedah antioksidan spearmint dan rosemary
  • Mengandungi pelbagai vitamin E untuk meningkatkan sebatian aktif baawang putih dan keberkesanannya.
  • Setiap 2 tablet membekalkan 1000mg ekstrak garlic tulen = 2 ulas bawang putih segar.
  • Mengandungi Spearmint untuk mempertingkatkan sistem penghadaman dan fungsi jantung.

credit to : http://nadraamat.blogspot.com/2013/10/kelebihan-dan-khasiat-garlic-shaklee.html

 

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.

Berminat?

Hubungi saya sekarang!!
Your Shaklee Independent Distributor
Hanis Amin
♥ SMS | WhatssApp : 010-4289601
♥ Shaklee ID : 837662
♥ FB Page : http://www.facebook.com/HanisHealthyLife
♥ Email : hanisamin@gmail.com

Assalamualaikum…

Ya Allah, rasa risau dan berdebar-debar bila masalah jerebu ni makin lama menjadi semakin teruk. Dah sampai ke tahap darurat pula tu.

Jom baca sikit tentang IPU

Indeks Pencemaran Udara (IPU) merupakan salah satu cara untuk mengetahui tahap teruknya jerebu. Ia melibatkan pengukuran kuantiti zarah halus merbahaya seperti karbon monoksida, sulfur dioksida, nitrogen dioksida dan ozon. Pengelasan tahap kualiti udara mengikut IPU adalah seperti berikut:

Nilai IPU Kualiti udara

0 – 50 Baik
51 – 100 Sederhana
101 – 200 Tidak sihat
201 – 300 Sangat tidak sihat
301 – 400 Berbahaya
401 – 500 Sangat berbahaya
Lebih 501 Darurat

Berita pada 23/06/2013 : Semua sekolah di Daerah Muar dan Ledang ditutup esok sehingga diberitahu kelak selepas IPU cecah 767 hari ini.

Jadi, pastikan anda berhati-hati dan berjaga-jaga ya.

1) Kurangkan aktiviti di luar rumah

2) Pakai penutup hidung dan mulut semasa keluar (mask)

3) Banyakkan minum air masak sekurang-kurangnya 8 gelas sehari

4) Elakkan merokok

5) Basuh muka & tangan selepas pulang dari aktiviti luar

Adakah supplemen shaklee yang boleh membantu?

Ini antara supplemen yang saya cadangkan

Nutriferon – menguatkan sistem imunisasi badan. Cuaca yang kurang bersih menyebabkan badan lebih mudah mendapat penyakit. Jadi, penting untuk kita tingkatkan sistem imunisasi badan.

Performance Drink –  minuman isotonik yang membantu mengurangkan kehilangan bendalir bagi meningkatkan hidrasi dan memelihara tahap gula dalam darah bagi mengekalkan keupayaan tenaga dalam meningkatkan stamina.

Vitamin E – antioksidan yang membantu membuang abormal-abnormal dan menentang radikal bebas dalam badan.

jerebu

Sungguh saya sangat-sangat risau. Apatah lagi suami berada di Johor demi tugas, namun saya sudah bekalkan supplemen untuknya. Harap dapat membantu meningkatkan kualiti kesihatannya dengan izin Allah.

Ya Allah, permudahkanlah kami melalui ujianMu ini, jadikanlah kami lebih dekat dan bertaqwa kepadaMu

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.

Berminat?

Hubungi saya sekarang!!
Your Shaklee Independent Distributor
Hanis Amin
♥ SMS | WhatssApp : 010-4289601
♥ Shaklee ID : 837662
♥ FB Page : http://www.facebook.com/HanisHealthyLife
♥ Email : hanisamin@gmail.com

Assalamualaikum..

Ramai antara kita yang dah mula sedar makanan-makanan kita hari ini tidak lagi begitu berkhasiat seperti dulu. Pemprosesan, penghantaran, tanih-tanih yang pupus dan tempoh simpanan, semuanya menyusutkan nutrisi makanan tersebut. Apa yang kononnya ‘diet seimbang’ nampaknya khayalan semata-mata jika dipandang dari segi pilihan makanan yang ada. Kita ditunjuk ajar untuk makan makanan seimbang tetapi kita dimomokkan dengan iklan-iklan makanan segera, minuman berkarbonat dan makanan-makanan yang mengandungi kepadatan nutrien yang rendah.

Jom saya kongsikan apa kata Dr Bruce Miller dalam buku Makanan Tambahan yang telah pun ditulis semula ke Bahasa Melayu.

Perlukah Vitamin C sehingga 500mg sehari?

Nilai Harian(DV) bagi vitamin C ialah 60mg. Amaun ini ditetapkan untuk mencegah kekurangan vitamin C dalam diet yang akan menyebabkan penyakit skurvi. Walau bagaimanapun, semasa piawaian ditubuhkan, pencegahan penyakit2 lain tidak diambil kira sedikitpun. Suasana telah berubah secara mendadak. Amaun yang dikehendaki untuk mencegah berbagai penyakit kanser, mengurangkan kemungkinan terjadinya penimbunan plak2 dalam arteri darah dan membantu mencegah katarak, jauh lebih tinggi dari hanya 60mg sehari!

VITAMIN C SANGAT RAPUH (FRAGILE)

1. Vitamin C larut air dan tidak disimpan dalam badan pada bila-bila masa pun. Ia mesti sentiasa diganti –malah setiap hari.

2. Vitamin C mudah dimusnahkan oleh pencemaran udara & air. Contohnya merokok sekotak boleh membakar 500 mg Vit C.

3. Mudah musnah kerana stress (tekanan ) – physikal dan mental.

4. Vitamin C mudah teroksida oleh oksigen. Contoh makanan pemotongan sayur-sayuran, buah-buahan yg terdedah terlalu lama sebelum digunakan akan mengurangkan kandungan Vit.C. Contoh lain ialah cara memasak yang terlalu lama atau dengan suhu yang tinggi.

Apa yang anda perlu lihat sebelum memilih Vitamin C?

  1. Ia seharusnya menyediakan kira-kira 500mg Vitamin C setiap tablet.
  2. Pelepasanya hendaklah berasaskan gam dan resin tumbuhan semulajadi. Ini dikenali sebagai “pelepasan berlanjutan” yang berbeza daripada “pelepasan mengikut masa”
  3. Ia seharusnya mengandungi kompleks bioflavoid. Bioflavoid telah pun dibuktikan dapat membantu Vitamin C dengan 2 cara iaitu meningkatkan penyerapan dan membantu Vit C melaksanakan tugas dengan lebih baik.
  4. Yang paling penting! Ia seharusnya diuji secara klinikal untuk memastikan penyerapannya.
Ya, Sebab itu saya yakin dengan Shaklee dan akan terus memilih Shaklee sebagai sumber Vitamin C saya!

Dah cuba check kandungan Vitamin C anda? Bulan ini (Julai 2012) ada tawaran harga istimewa untuk Vitamin C ni.

Jom dapatkan sebotol untuk anda, suami, ibu ayah dan ahli keluarga anda. Semoga membantu meningkatkan kesihatan keluarga anda!

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.

 

Berminat?

Hubungi saya di hanisamin@gmail.com atau SMS/WhatsApp ke 010-4289601 (Hanis) untuk konsultasi mahupun maklumat lanjut.

Assalamualaikum..

Sharing info dari GenkiMomma

Ada satu vitamin di dalam rangkaian vitamin semulajadi Shaklee yang bersifat Sustained (or Time) Release. Bagi pengamal suplemen Shaklee, pasti anda tahu vitamin yang dimaksudkan ialah Sustained Release 500mg Vita-C.

Namun, ramai yang masih belum jelas apakah maksud Sustained Release ini, dan apakah bezanya dengan vitamin TANPA elemenSustained Release ini?

Baiklah, secara umumnya, apakah keistimewaan vitamin yang bersifatSustained Release ini?

(1) Sustained (or, Time) Release ialah satu proses di mana vitamin diformulasi khas agar ia dilepaskan mengikut paten istimewa yang menjamin penyerapan vitamin di antara 3 ke 6 jam. Dengan bahasa ringkasnya, dilepaskan secara perlahan-lahan ke dalam aliran darah badan mengikut masa tertentu

(2) Vitamin larut air (B-Complex dan Vitamin C) adalah seperti namanya, mudah larut di dalam air (sebab tue dinasihatkan pengambilan air yang mencukupi apabila mengambil suplemen), dan, ianya tidak boleh disimpan di dalam badan.

Maka, tanpa sifat Time Release ini, vitamin larut air ini akan terus diserap ke dalam aliran darah dengan CEPAT, tanpa mengira berpa besar dos vitamin tersebut, dan akan dilepaskan ke dalam urin (air kencing) dalam masa 2-3 jam sahaja.

(3) Sustained Release supplement boleh menawarkan kesan vitamin yang optimum, meminimumkan kehilangan vitamin dalam proses penguraian (perkumuhan), serta menstabilkan paras darah waktu siang dan malam.

Walaubagaimanapun, anda dinasihatkan untuk periksa label di botol vitamin pilihan anda kerana kebanyakan time-release vitamins hanya boleh bertahan di dalam masa 2 jam atau kurang. Maka, hampir TIADA BEZA sangat berbanding dengan tablet biasa yang pastinya jauh lebih murah berbanding vitamin yang bersifat sustained release.

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.

 

Hubungi saya di hanisamin@gmail.com atau SMS ke 010-4289601 (Hanis) untuk konsultasi mahupun maklumat lanjut.

Translator
Translator Plugin
Ayat seribu dinar
Ahlan wasahlan…
Assalamualaikum & selamat sejahtera

Selamat datang ke Hanis Healthy Life. Hanis Amin adalah pengedar Shaklee yang sah, yang juga pengguna kepada produk Shaklee.

Untuk sebarang pertanyaan, hubungi kami di
email : hanisamin@gmail.com
sms/WhatsApp : +6010-4289601

Terima kasih.

Hazu Enterprise (SA0175455-W)

Set Istimewa untuk anda!

Breastfeeding Set
(Set Penyusuan)

Testimonial : KLIK SINI

==========================

Confinement Set
(Set Berpantang)

Testimonial : KLIK SINI

==========================

Skin Care Set
(Set Penjagaan Kulit)

Testimonial : KLIK SINI

==========================

Healthy Weight Set
(Set Berat Badan Sihat)

Testimonial : KLIK SINI

==========================

Baby & Children Health
(Kesihatan Bayi & Kanak-kanak)

Informasi


Sertai kami di Facebook!


Ada pertanyaan atau komen?