Order sekarang!


atau SMS/WhatsApp/Telegram :

010-4289601 (Hanis)

Best selling!!
Dapatkan info terkini segera..

* Setiap testimoni yang tertulis dalam laman web ini adalah pengalaman dari pelanggan sendiri dan hasil dari setiap pelanggan mungkin berbeza antara satu sama lain. Namun ini tidak bermakna vitamin ini boleh mengubat atau menyembuhkan penyakit. Sila konsult dengan pengedar anda untuk lebih lanjut.

PERHATIAN : Konsultasi selepas pembelian produk dan jadual pengambilan adalah khas untuk pelanggan kami sahaja. Sila rujuk pengedar anda untuk jadual pengambilan & kosultasi selepas pembelian. Terima kasih.
Free Palestine, Pray 4 Syria
Tabung Kecemasan Gaza Aqsa Syarif di sini :
http://on.fb.me/1jlP2li
Akaun Maybank Islamic : 551575-004299
akaun Bank Islam : 1209-20100-34904
email : projects@aqsasyarif.org.my

Tabung Kasih Ummah Syria
Bank Islam Malaysia Berhad
120290 100 63512
(Pertubuhan IKRAM Malaysia)
email : i4syria315@gmail.com

Posts Tagged ‘kolesterol’

Kolesterol menyebabkan penyakit jantung

Dianggarkan bahawa satu daripada tiga orang dewasa di Malaysia mempunyai paras kolesterol yang tinggi. Kandungan kolesterol yang tinggi dalam darah menyumbang kepada masalah kesihatan yang serius di mana ia boleh dihidapi oleh sesiapa sahaja tanpa mengira usia dan dalam jangkamasa panjang ini akan memberikan impak negatif terhadap kesihatan jantung dan fungsi kardiovaskular. Tetapi apa yang lebih membimbangkan kita sekarang di mana ramai individu TIDAK menyedari bahawa paras kolesterol mereka terlalu tinggi!

Apa itu kolesterol?

Kolesterol merupakan bahan lemak yang terdapat dalam saluran darah da kesemua sel-sel badan. Ia merupakan komponen tubuh yang penting untuk pembentukan sel membran, hormon, hempedu dan tisu-tisu lain dalam tubuh.

Dari mana datang kolesterol?

Kolesterol dihasilkan secara semulajadi oleh hati anda tetapi ia juga boleh diperolehi dari makanan harian. Kolesterol yang anda makan akan meningkatkan paras kolesterol darah anda. Kandungan kolesterol darah yang terlalu tinggi akan meningkatkan risiko penyakit jantung dan ahmar.

Read the rest of this entry »

Soalan lazim tentang Phytocol-ST

Assalamualaikum..

Ingat lagi produk terbaru Shaklee, Phytocol-ST? Hari ni saya nak share soalan yang biasa ditanya tentang Phytocol-ST ni dan penerangannya. Sekarang ni usia 30-an pun dah ada yang sakit jantung, darah tinggi dan stroke disebabkan paras kolesterol yang tinggi ni. Jadi, jom kita tengok soalan lazim tentang Phytocol-ST.

1. Apa itu Phytocol-ST Shaklee?

Phytocol-ST Shaklee adalah formula proprietari yang membekalkan 2000mg Fitosterol setiap hari.

2. Apa itu Fitosterol?

Fitosterol (dirujuk sebagai sterol dan stanol tumbuhan) ditemui dalam membran sel tumbuh-tumbuhan. Ia juga boleh ditemui dalam kuantiti yang kecil dalam pelbagai tumbuhan, buah-buahan, sayur-sayuran dan bijirin. Dianggarkan 200-400mg sterol tumbuhan dan lebih kurang 50mg stanol tumbuhan kita makan setiap hari.

Read the rest of this entry »

Assalamualaikum..

Testimoni hangat dari Mr Ethan Wang iaitu Marketing Director of Shaklee Malaysia yang dah cuba Phytocol-ST. Ternyata kolesterol turun cepat dengan Phytocol-ST. Jom ikuti apa katanya

Testimoni : Kolesterol turun cepat

 

Ini pula ujian makmal terhadap darah Mr Ethan sebelum dan selepas pengambilan Phytocol-ST. Kolesterol turun cepat hanya dalam masa lebih kurang 2 bulan.

Read the rest of this entry »

Assalamualaikum..

Jika bulan Mei, istimewa untuk hari ibu, jangan lupa bulan Jun, hari bapa pula. Dah sedia hadiah hari bapa? Jangan diketepikan peranan bapa yang bekerja pagi petang untuk menyediakan keperluan asas kita iaitu makanan, tempat tinggal dan pakaian.

Takde idea nak bagi hadiah apa?

Mari saya bagi cadangan beberapa set yang sesuai untuk kaum bapa!

1) Set kesihatan jantung & tenaga

Hadiah hari bapa

2) Set kesihatan kolesterol, jantung & tenaga

Hadiah hari bapa

3) Set kesihatan sendi

Hadiah hari bapa

Berminat nak dapatkan salah satu? Jika ada yang nak bungkusan pembalut hadiah khas untuk suami atau bapa terus pun boleh.

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.

Kami ialah PENGEDAR SAH SHAKLEE anda di Bandar Saujana Putra! Sila SMS/ WhatsApp ke +6010-4289601 (Hanis) untuk self pick-up di Bandar Saujana Putra.

Your Shaklee Independent Distributor
Hanis Amin
♥ SMS | WhatssApp : 010-4289601
♥ Shaklee ID : 837662
♥ FB Page : http://www.facebook.com/HanisHealthyLife
♥ Email : hanisamin@gmail.com

Assalamualaikum..

Alhamdulillah, semalam Shaklee Phytocol-ST dah selamat tiba di rumah. Pagi ni dah pos pun kepada siapa yang pre-order. Tinggal 3 botol sahaja lagi yang belum bertuan.

Ada yang salah faham ingat orang gemuk sahaja yang tinggi kolesterol tapi sebenarnya ada orang yang kurus pun tinggi kolesterol tau. Lebih bahaya jika kolesterol terkumpul di jantung. Tiba-tiba je boleh jadi block dan membawa maut.

Jadi, untuk tak pernah check paras kolesterol, cepat-cepat check dulu ya.

Shaklee phytocol-st

Read the rest of this entry »

Kurangkan kolesterol dengan cara mudah

Assalamualaikum..

Kolesterol yang berlebihan dalam bahan boleh menyebabkan bahaya dan mengundang maut. Kolesterol yang berlebihan boleh menyebabkan mendapat plak di belakang salur darah dan menyebabkan salur darah mengecil dan menyukarkan darah untuk mengalir ke seluruh badan.

Salur darah tersumbat

Tahukah anda?

  • Aliran darah yang berkurangan di bahagian jantung menyebabkan sakit jantung
  • Aliran darah yang kurang ke otak menyebabkan stroke

Satu daripada tiga orang dewasa di Malaysia mempunyai paras kolesterol yang tinggi. Paras kolesterol darah yang tinggi boleh dialami oleh sesiapa sahaja, tanpa mengira usia. Ia adalah masalah serius yang boleh meningkatkan risiko penyakit jantung iaitu pembunuh nombor satu di Malaysia. Hakikatnya, semakin tinggi paras kolesterol anda, semakin tinggilah risiko yang anda hadapi.

Bagaimana cara kurangkan kolesterol?

Read the rest of this entry »

Assalamualaikum..

Sebut tentang bakar lemak, apa yang terbayang difikiran kita?
Gim? Jogging? Bersenam? Angkat berat? Itu semua aktiviti membakar kalori untuk mereka yang ingin menurunkan berat badan.

Tahukah anda lemak boleh dibakar dengan suplemen?
Waaahh macam tak percaya kan? Kini anda harus percaya!!

Dalam program penurunan berat badan Shaklee, kami menawarkan dua produk utama untuk membakar lemak iaitu Lecithin dan Omega Guard!

Lecithin
Diekstrak dari kacang soya organik non-GMO. Setiap kapsul mengandungi 520mg lecithin soya termasuk 80mg kolin dan 48mg inositol. Lecithin yang dirembeskan oleh tubuh akan menghasilkan asetilkolin, inositol, fosforus dan lemak tak tepu.

Fungsi Lecithin dalam menurunkan berat badan:
1. Lecithin bertindak sebagai ‘pembersih’ salur darah. Ia membantu memecahkan dan menggunakan lemak (metabolisme), kolesterol dan trigliserida dalam tubuh.

2. Lecithin menghalang obesiti. Pengambilan maksima 6 biji setiap hari mempercepatkan pembakaran lemak untuk kesan pelangsingan seimbang.

3. Ia juga berfungsi melindungi hati dengan menghalang endapan lemak di hati, sirosis hati dan hati berlemak.

4. Selain itu lecithin mempunyai banyak fungsi lain seperti mencantikkan kulit, mencerdaskan otak, menghalang batu karang, memperbaiki alergi, memperbaiki prostat dan mencegah darah tinggi.

Omega Guard
Minyak ikan terbaik di dunia dengan fungsi lebih hebat berbanding lecithin. Ia ekstrak dari ikan laut air sejuk. ia 3 kali lebih tumpat dari ketumpatan minyak hati ikan. Ia paling tulen di dunia dengan rangkaian penuh asid lemak Omega 3 seperti EPA, DHA, ALA dan banyak lagi.

Omega-3 pula adalah asid lemak penting yang tidak dapat dihasilkan oleh tubuh bermakna kita perlu dapatkan dari makanan.

Omega dan penurunan berat badan
1. Omega-3 berfungsi mencegah penyakit salur darah dan stroke. DHA dan EPA boleh menentang thrombosis, melincirkan salur darah, menurunkan tekanan darah tinggi.

2. Omega-3 juga berfungsi menurunkan kadar kolesterol, menghalang pembekuan darah, membantu mengawal tahap trigliserida dan kolesterol LDL.

3. Ia mencegah obesiti, mencegah arteriosclerosis, myocardial infraction dan mengurangkan risiko sakit jantung.

4. Manfaat lain, ia membantu tumbesaran dan perkembangan otak janin dan bayi, meningkatkan sistem imun, menyihatkan peparu, menentang kanser, memelihara sendi juga mampu mencegah insomnia.

5. Omega-3 juga sesuai untuk kanak-kanak, pelajar, ibu mengandung, menyusu, dewasa dan warga emas malah seluruh keluarga boleh meggunakannya.

3B

Jika anda salah seorang yang berazam untuk menurunkan berat badan, saya syorkan anda juga mengambil Alfalfa atau Herb-lax untuk detoksifikasi lemak dan kolesterol yang telah dipecahkan oleh Lecithin dan Omega ini.

Semoga azam anda untuk menurunkan berat badan berjaya!!!

credit to Ilham Family Sihat

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.

Berminat?

Hubungi saya sekarang!!
Your Shaklee Independent Distributor
Hanis Amin
♥ SMS | WhatssApp : 010-4289601
♥ Shaklee ID : 837662
♥ FB Page : http://www.facebook.com/HanisHealthyLife
♥ Email : hanisamin@gmail.com

Assalamualaikum…

Masih ada yang bertanya tentang Shaklee Fiber unflavored. Mungkin hasil pencarian terjumpa blog ini. Untuk pengetahuan, Shaklee Fiber telah dihentikan jualannya di Malaysia.

fiberPlanDietarySupp

Tapi.. jangan risau. Anda masih boleh dapatkan khasiat dan sumber fiber dari alfalfa.

Antara set yang mengandungi Fiber Unflavored dan diganti dengan Alfalfa :

  • Digestive Health : Alfalfa, Herb-lax, Peppermint-Ginger, ESP
  • Love Your Heart : Lecithin, Omega, Alfalfa, ESP, Garlic, Vit-E
  • Sugar Control Set : Zinc, GLA, Alfalfa, Vita-lea, Vita-C, ESP

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.

Berminat?

Hubungi saya sekarang!!
Your Shaklee Independent Distributor
Hanis Amin
♥ SMS | WhatssApp : 010-4289601
♥ Shaklee ID : 837662
♥ FB Page : http://www.facebook.com/HanisHealthyLife
♥ Email : hanisamin@gmail.com

Assalamualaikum..

Kita asyik cerita tentang resveratrol dalam vivix yang mampu melawan penyakit dan sebagai anti-penuaan. Tapi apa sebenarnya resveratrol ni?

Resveratrol adalah sejenis plolyphenol yang dipanggil phytoalexin, merupakan sejenis bahan yang dikeluarkan oleh tumbuhan sebagai pertahanan tumbuhan tersebut terhadap penyakit. Ia dihasilkan daripada tindakbalas tumbuhan tersebut terhadap jangkitan kulat, tekanan, kecederaan akibat dirosakkan haiwan, sinar UV, cuaca ekstrem dan sebagainya.

Tumbuhan yang menggunakan pestisid dan herbisid biasanya tiada atau kurang menghasilkan bahan ini kerana mereka dilindungi oleh racun perosak tersebut.

Tumbuhan yang paling banyak menghasilkan resveratrol adalah anggur, raspberi dan kacang.

Menurut American Cancer Institute, rasveratrol adalah antioksidan yang sangat berkuasa. Ia mengurangkan pengaktifan NF kappa B, yakni sejenis protin yang dikaitkan dengan pembentukan kanser dalam tubuh.

Menurut laporan kajian yang dibuat oleh Department of Biochemistry and Molecular Biology, New York Medical College, resveratrol menjadikan proses proliferation dalam kanser payudara menjadi kurang aktif.

Menurut American Cancer Institute, meminum sumber resveratrol setiap hari menurunkan risiko kanser prostat. Malah meminumnuya sekali seminggu boleh menurunkan risiko kanser prostat sebanyak 60%.

Anggur muscadine adalah anggur yang paling tinggi nilai resveratrolnya. Ikatan kimia dalam anggur muscadine ini jauh berbeza dari anggur2 jenis lain, yang mana ia kaya dengan anthocyanins, yang mempunyai antioksidan yang tinggi dan menunjukkan beberapa kesan antitumor, termasuk menghalang sintesis DNA dalam kanser payudara dan perkembangan saluran daran dalam sesetengah tumor, termasuk enzim perebak tumor.

Menurut Department of Patholody, Northwestern University Feinberg School of Medicine membantutkan perkembangan CCR6-mediated migration pada sel yang rosak dalam kes diabetes.

Resevratrol juga terkenal sebagai ejen anti penuaan. Dalam kajian oleh Douglas Mental Health University Institute, McGill University, resevratrol melindungi kulit serta melambatkan kesan penuaan kulit dan lain2 kesan penuaan pada kulit.

Resevratrol juga berperanan dalam meningkatkan tahap ‘kolesterol baik’ dan melindungi dari kerosakan arteri, sekaligus menjaga kesihatan jantung.

Masyarakat di Barat mengambil wain merah untuk mendapatkan sumber resevratrol, namun kajian terbaru menunjukkan kesan alkohol pada wain boleh memberi kesan kepada golongan tertentu.

Jadi sebagai alternatif yang selamat dan halal, untuk resveratrol ini, Shaklee telah mengeluarkan produk yang sangat bagus, VIVIX yang mana:-

  • Satu sudu teh Vivix mengandungi resveratrol yang bersamaan dengan 100 gelas wain merah (jangan minum wain, haram!)
  • 2500 kajian yang diterbitkan terhadap bahan2 yang digunakan dalam Vivix
  • Vivix adalah 10 kali lebih power dari resveratrol semata-mata

Siapa yang patut mengambil Vivix?

  • Warga emas
  • Mereka yang mempunyai risiko kanser
  • Mereka yang dikatakan ada keturunan kanser
  • Mereka yang menghidap diabetes jenis 1
  • Mereka yang ingin menjaga kecantikan kulit
  • Mereka yang tua sebelum masanya
  • Merekayang tinggi kolesterol dalam darah
  • Mereka yang berisiko sakit jantung


***jangan ambil Vivix sekiranya anda sedang menjalani rawatan kimoterapi

Amalkanlah Vivix untuk kesihatan unggul. Hadiahkan satu kepada ibu dan satu kepada ayah… Pastinya pemberian yang lebih disukai oleh mereka :)

sumber :  http://vitaminsemulajadi.com/resveratrol-vs-kanser-dan-penyakit-lain/

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.

Berminat?

Hubungi saya sekarang!!
Your Shaklee Independent Distributor
Hanis Amin
♥ SMS | WhatssApp : 010-4289601
♥ Shaklee ID : 837662
♥ FB Page : http://www.facebook.com/HanisHealthyLife
♥ Email : hanisamin@gmail.com

Assalamualaikum..

Lagi sambungan artikel dari Dr Norman

Banyak kajian saintifik telah membuktikan kaitan yang amat kuat di antara Omega 3 dengan kesihatan jantung yang baik.

Pada 8 September 2004, USFDA iaitu badan yang bertanggungjawab menjaga hal-ehwal perubatan di Amerika Syarikat telah mengeluarkan kenyataan yang menyokong Omega 3 (EPA & DHA) sebagai satu supplement yang boleh mengurangkan risiko penyakit jantung koronari.

Antara kebaikan Omega 3 untuk kesihatan jantung adalah:

• Mengurangkan risiko insiden serangan jantung

• Mengurangkan risiko kematian akibat serangan jantung

• Mengurangkan risiko mendapat denyutan jantung tak menentu (arrythmia)

• Mengurangkan sakit dada Angina pada pesakit yang mempunyai masalah saluran jantung tersumbat (Ischaemic heart disease)

• Mengurangkan risiko serangan jantung kali kedua bagi pesakit yang pernah mendapat serangan jantung sebelum ini.

Terdapat banyak kajian saintifik yang dilaporkan dalam jurnal-jurnal perubatan yang telah membuktikan kebaikan omega 3 kepada kesihatan jantung. Banyak kajian yang mengkaji pengambilan makanan laut terutamanya ikan dapat mengurangkan risiko penyakit jantung.

Pada tahun 1999, pengkaji dari GISSI-Prevenzione melaporkan dalam jurnal perubatan The Lancet, mengenai satu kajian yang dijalankan melibatkan 11,324 pesakit yang telah mendapat serangan jantung (myocardial infarction). Kesemua pesakit ini telah diberikan Omega 3 sebanyak 1,000mg setiap hari dan kesimpulan dari kajian ini menyatakan terdapat pengurangan kadar kematian akibat serangan jantung kali kedua sebanyak 45 peratus. Kesan baik pengambilan Omega 3 diamalkan setiap hari didapati selepas tiga bulan dan seterusnya.

Dalam satu lagi kajian di Amerika Syarikat yang dipanggil DART Study (The Diet and Reinfarction Trial), hubung kait antara pemakanan ikan yang kaya dengan Omega 3 dengan pencegahan serangan jantung untuk kali kedua adalah sangat berkait rapat. Dalam kajian ini seramai 1,015 pesakit dinasihatkan memakan ikan sekurang-kurangnya dua hidangan seminggu dan seramai 1,018 pesakit tidak dinasihatkan begitu. Semua pesakit yang mengambil bahagian dalam kajian ini telah mendapat serangan jantung buat kali pertama. Selepas dua tahun, kajian ini mendapati terdapat penurunan sebanyak 29 peratus di dalam kadar kematian di kalangan pesakit yang mendapat nasihat supaya memakan ikan tersebut. Ini adalah antara kajian terawal yang mengkaji hubungan di antara pemakanan ikan yang kaya dengan Omega 3 dengan kadar serangan jantung buat kali kedua, iaitu hanya dengan menambah ikan dalam pemakanan mereka. Cuma dua hidangan seminggu boleh mengurangkan kadar sakit jantung. Kajian-kajian selanjutnya mendapati , pengambilan supplemen Omega 3 juga menghasilkan kesan yang baik untuk kesihatan jantung.

Satu analisa sebelas kajian rambang terkawal ( Randomised Controlled Trial) yang dijalankan di antara tahun 1966 hingga 1999, yang melibatkan seramai 7,951 pesakit menunjukkan pengurangan yang ketara dalam kadar kematian mengejut akibat serangan jantung dengan pengambilan asid lemak Omega 3 secara konsisten.

Pada tahun 2006, terdapat dua jurnal perubatan utama di Amerika Syarikat iaitu American Journal of Clinical Nutrition dan Journal of American Medical Association (JAMA) telah memberikan ulasan yang positif tentang kelebihan Omega 3. Ia menyatakan bahawa, berdasarkan laporan kajian yang telah dijalankan di seluruh dunia, terdapat pengurangan yang ketara dalam jumlah kadar kematian keseluruhan dan insiden penyakit serangan jantung (myocardial infarction) di kalangan mereka yang mengamalkan pemakanan banyak ikan atau minyak ikan, ataupun mengambil supplement Omega 3 setiap hari.

Omega 3 amat penting untuk mendapat kesihatan jantung yang baik. Ia hanya boleh memberikan kesan yang baik jika diambil dengan makanan atau supplement. Penggunaan minyak masak yang kaya dengan Omega 3 juga boleh membekalkan keperluan harian seseorang sebagai contohnya minyak canola, minyak flaxseed, minyak kacang soya. Kacang walnut juga adalah sumber yang kaya dengan Omega 3. Disamping itu pengambilan makanan yang ditambah dengan omega 3 seperti telur dan susu juga boleh membantu anda mendapat keperluan Omega 3 harian.

Pengambilan ikan sebagai sumber protein dalam makanan adalah satu cara yang terbaik untuk mendapat khasiat Omega 3 kerana ikan adalah sumber Omega 3 yang paling kaya. Untuk cara yang lebih mudah makanlah kapsul atau suplemen Omega 3 yang banyak terdapat dalam pasaran sekarang. Makanlah Omega 3 setiap hari untuk kesihatan jantung anda. Usaha berterusan dan doa setiap hari, Insya-Allah kesihatan anda akan terpelihara.

Shaklee OmegaGuard™

 

Asid Dokosaheksanoik (DHA) dan  Asid Eikosapentanoik (EPA) merupakan asid lemak 3 yang ditemui dalam ikan laut dalam. DHA dan EPA dipercayai mampu mengurangkan keradangan, menggalakkan fungsi otak, sistem saraf dan fungsi mata yang perlu diperolehi melalui pemakanan.

Shaklee OmegaGuardTM merupakan makanan tambahan yang mengandungi minyak ikan.  Satu hidangan OmegaGuardTMmenyediakan 1000mg asid lemak omega 3  termasuk DHA dan EPA.

 

 

 

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.

Berminat?

Hubungi saya sekarang!!
Your Shaklee Independent Distributor
Hanis Amin
♥ SMS | WhatssApp : 010-4289601
♥ Shaklee ID : 837662
♥ FB Page : http://www.facebook.com/HanisHealthyLife
♥ Email : hanisamin@gmail.com

Translator
Translator Plugin
Ayat seribu dinar
Ahlan wasahlan…
Assalamualaikum & selamat sejahtera

Selamat datang ke Hanis Healthy Life. Hanis Amin adalah pengedar Shaklee yang sah, yang juga pengguna kepada produk Shaklee.

Untuk sebarang pertanyaan, hubungi kami di
email : hanisamin@gmail.com
sms/WhatsApp : +6010-4289601

Terima kasih.

Hazu Enterprise (SA0175455-W)

Set Istimewa untuk anda!

Breastfeeding Set
(Set Penyusuan)

Testimonial : KLIK SINI

==========================

Confinement Set
(Set Berpantang)

Testimonial : KLIK SINI

==========================

Skin Care Set
(Set Penjagaan Kulit)

Testimonial : KLIK SINI

==========================

Healthy Weight Set
(Set Berat Badan Sihat)

Testimonial : KLIK SINI

==========================

Baby & Children Health
(Kesihatan Bayi & Kanak-kanak)

Informasi


Sertai kami di Facebook!


Ada pertanyaan atau komen?