Order sekarang!


atau SMS/WhatsApp/Telegram :

010-4289601 (Hanis)

Best selling!!
Dapatkan info terkini segera..

* Setiap testimoni yang tertulis dalam laman web ini adalah pengalaman dari pelanggan sendiri dan hasil dari setiap pelanggan mungkin berbeza antara satu sama lain. Namun ini tidak bermakna vitamin ini boleh mengubat atau menyembuhkan penyakit. Sila konsult dengan pengedar anda untuk lebih lanjut.

PERHATIAN : Konsultasi selepas pembelian produk dan jadual pengambilan adalah khas untuk pelanggan kami sahaja. Sila rujuk pengedar anda untuk jadual pengambilan & kosultasi selepas pembelian. Terima kasih.
Free Palestine, Pray 4 Syria
Tabung Kecemasan Gaza Aqsa Syarif di sini :
http://on.fb.me/1jlP2li
Akaun Maybank Islamic : 551575-004299
akaun Bank Islam : 1209-20100-34904
email : projects@aqsasyarif.org.my

Tabung Kasih Ummah Syria
Bank Islam Malaysia Berhad
120290 100 63512
(Pertubuhan IKRAM Malaysia)
email : i4syria315@gmail.com

Posts Tagged ‘osteoporosis’

Assalamualaikum..

Jom baca artikel keluaran iSihat Ogos 2012 di bawah ni. Nak lebih jelas, boleh klik untuk besarkan ya.

Jadi, ibu-ibu perlu ingat untuk jaga juga pemakanan supaya di kecil mendapat khasiat yang terbaik. Bila ibu makan makanan yang berkhasiat, si kecil pun bertambah sihat, insyaAllah.

Apa yang kami cadangkan supaya anda dan bayi dapat khasiat sepenuhnya?

Apa kepentingan setiap supplemen ini pula?

Vitalea@ Multivitamin dengan formula zat besi : untuk memastikan keperluan 12 vitamin dan 7 galian dipenuhi. Rata2 pengambilan makanan seharian kita tidak dapat memenuhi keperluan ini atas banyak sebab dan kekangan.Dan uniknya Vitalea @ multivitamin shaklee kerana ianya mengandungi iron formula yang sangat penting bagi tubuh.

B complex : lengkap dengan 8 kumpulan B termasuk asid folik yang diperlukan oleh tubuh badan demi membantu tubuh badan bertenaga, otak lebih fokus, emosi lebih stabil.Sangat penting dalam membantu memetabolismekan karbohidrat, lemak & protein, Anti stress ,menukarkan makanan(glukos) kepada tenaga dan membantu ibu2 berfikiran positif sentiasa. Vitamin B juga dapat melahirkan wajah ibu yang cantik berseri dan tidak kusam.

Vitamin C : membantu meningkatkan sistem imunisasi badan. Penambilan bersama Vita-lea Iron Formula meningkatkan kadar penyerapan iron dalam tubuh

Alfalfa : raja segala tumbuhan, membantu meningkatkan imunisasi, mengandungi kalsium dan bagi ibu-ibu yang menyusu ia sangat membantu MEMPERCEPATKAN PENGHASILAN SUSU IBU. Merupakan supplement penting utk boost penghasilan susu kerana mempunyai 1001 khasiat. Turut membantu dalam memekatkan susu dan menjadikan susu ibu lebih lemak berkrim. Namun pengambilan dan keberkesanan pada setiap ibu adalah berbeza. Ada yang hanya mengambil 2 biji sehari telah mempercepatkan proses penghasilan susu sehingga mengalami bengkak susu namun tidak kurang juga yang memerlukan 4 atau 6 biji sehari bagi membantu badan stimulate untuk menghasilkan susu dengan lebih cepat.Turut membantu perkumuhan (lebih lawas)dan membuang angin dalam badan…secara automatik kesan baik pd bby..susah nak kena kembung.

Kalsium@ Ostematrix : 
Kalsium penting untuk bina darah, bina tulang, gigi dan saraf dalam tubuh manusia. Bagi ibu yang menyusu, pengambilan kalsium tidak boleh dipandang remeh. Bagi ibu-ibu yang tidak menjaga dan mementingkan pengambilan kalsium dalam diet harian, maka kalsium untuk penghasilan susu ibu akan diserap dari yang sedia dalam tubuh ibu.

Jika perkara ini berlarutan dan si ibu tidak menggantikan semula kalsium ini maka si ibu tadi akan mengalami risiko osteoporosis, rasa sengal kaki dan tulang belakang, mudah letih dan lesu serta muka menampakkan garisan tua.
Sebab itu pengambilan sumber kalsium tidak boleh dipandang ringan sama sekali. Jika perasan ada sesetengah ibu yang apabila melalui menstrual (period) susunya akan merundum…ini disebabkan kekurangan kalsium yang kritikal di saat badan mengeluarkan darah kotor yang perlu disingkirkan.

ESP @ Energizing Soy Protein :
Kompisis vitamin utama dalam susu ibu ialah protein. Protein adalah makanan sel. Sel tak kenal nasi lemak, air soya atau tempe tetapi sel hanya perlukan protein iaitu khasiat dari makanan yang diambil. Protein berfungsi mengekalkan pertumbuhan normal dan pemeliharaan tisu. Mengawal atur keseimbangan bendalir dalam badan.Pembinaan hormon, enzim dan antibodi memerlukan protein. Selain itu protein dikatakan membantu mengawal keseimbangan asid bes untuk mengangkut nutrien dan sumber tenaga.

Protein sangat sensitif. Ianya wujud pada suhu badan kita dan mudah terhapus pada suhu yang tinggi. So apabila kita memasak sumber protein seperti ikan goreng pada suhu yang tinggi, hakikatnya banyak protein yang telah musnah semasa proses memasak itu sendiri.

 

Setiap pembelian akan disertakan dengan jadual pengambilan dan konsultasi berterusan KHAS untuk pelanggan HANIS AMIN SHAKLEE STORE SAHAJA untuk mendapatkan hasil yang optimum.

 

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.

 

Berminat?

 

Hubungi saya di hanisamin@gmail.com atau SMS ke 010-4289601 (Hanis) untuk konsultasi mahupun maklumat lanjut.

 

Assalamualaikum..

MENJAGA kesihatan badan dengan bersenam setiap hari dan menjaga diet pemakanan dengan mengambil makanan berkhasiat adalah perkara yang perlu diamalkan.

Namun, ramai antara kita yang mengabaikan penjagaan kesihatan tulang. Ini kerana masyarakat kita bertanggapan bahawa kesihatan tulang hanya perlu dijaga apabila berada pada peringkat usia tertentu saja.

Apabila menyentuh soal kesihatan tubuh, faktor utama yang membuatkan seseorang ingin melakukan perubahan gaya hidup adalah bertujuan mengelak masalah kanser atau penyakit jantung.

Makanan kaya kalsium

Oleh itu, penjagaan kesihatan tulang yang baik untuk mengelakkan masalah kerapuhan tulang tidak begitu mendapat perhatian.

Kesedaran mengenai pentingnya kesihatan tulang perlu dipupuk kerana tulang adalah daya sokongan utama tubuh kita yang membolehkan kita melakukan aktiviti harian.

Jika kesihatan tulang diabaikan, ia akan meningkatkan risiko terhadap masalah kerapuhan tulang. Kerapuhan tulang adalah keadaan tulang yang lemah dan mudah patah.

Sekiranya seseorang individu mengalami masalah ini, dia mungkin akan kehilangan kebebasan untuk bergerak dengan mudah dan melakukan aktiviti yang digemari.

Ini boleh mengakibatkan diri terasing dan juga kemurungan kerana kurang berinteraksi dengan masyarakat. Tetapi bagaimana untuk menjaga kesihatan tulang?

Kemerosotan tulang mungkin bermula seawal usia 30-an dan jisim tulang yang berkurangan tidak dapat dikembalikan. Oleh itu, penjagaan kesihatan tulang sejak awal lagi adalah penting, bak kata pepatah, mencegah lebih baik daripada merawat. Rawatan tulang yang retak mampu menelan belanja yang cukup tinggi.

Tulang adalah tisu hidup terdiri daripada sel hidup dan mineral seperti kalsium, berserta saluran darah dan saraf. Tulang akan terurai dan membentuk semula melalui proses semula jadi yang dikenali sebagai “pembinaan semula tulang” yang berlaku sepanjang hayat.

Oleh itu, tulang memerlukan bekalan kalsium yang mencukupi dari lingkungan usia kanak-kanak sehingga usia yang lanjut untuk mengekalkan kekuatan tulang bagi menampung kepelbagaian aktiviti harian.

Tambahan pula, kita mengalami kehilangan kalsium setiap hari melalui proses perpeluhan, rambut, perkumuhan, kulit dan kuku.

Badan kita tidak boleh menghasilkan kalsium. Oleh demikian, badan perlu mendapatkan bekalan kalsium yang mencukupi daripada diet harian. 

Apabila kita tidak mendapatkan kalsium yang secukupnya untuk keperluan badan, kalsium akan diambil daripada tulang.

Dengan memastikan pengambilan kalsium mencukupi setiap hari, jumlah kalsium dalam darah dapat dikekalkan dan kehilangan kalsium daripada tulang dapat dielakkan.

Masih belum terlambat untuk memulakan penjagaan kesihatan tulang anda terutama melalui pengambilan makanan dan minuman yang kaya dengan kalsium seperti susu. Cara penjagaan tulang yang disyorkan selain mengamalkan gaya hidup sihat adalah memastikan pengambilan kalsium bersama vitamin D yang mencukupi. Kalsium adalah sumber mineral penting untuk tubuh badan serta amat diperlukan bagi pembentukan dan pengekalan tulang dan gigi yang kuat dan sihat.

Bagaimanapun, diet harian yang biasa saja mungkin tidak mencukupi. Cara yang paling mudah dan cepat untuk memastikan keperluan kalsium dipenuhi setiap hari adalah dengan meminum dua gelas susu berkalsium tinggi setiap hari.

Menurut Mazlina Mahmor, 41, dia banyak mengambil susu dalam diet hariannya bagi memastikan bekalan kalsium untuk kesihatan tulang sentiasa berada pada tahap optimum.

Katanya, dia juga cuba mengamalkan pemakanan yang seimbang berpandukan piramid makanan sebaik yang mungkin.

“Aktiviti senaman ringkas turut diamalkan bagi memastikan kesihatan mental dan fizikal. Memiliki badan dan tulang yang sihat mampu memberikan lebih keceriaan dalam hidup dan ia memberikan lebih banyak kelebihan terutama dalam melakukan aktiviti harian,” katanya.

Oleh itu, pengambilan kalsium perlu menepati cadangan hidangan harian.

sumber : MyMetro

Shaklee Ostematrix

OsteMatrixTM membekalkan nutrien-nutrien harian termasuk kalsium yang dapat membantu dalam pembentukan dan penjagaan tulang dan gigi.  Ia juga mengandungi magnesium, vitamin D dan mineral zink, tembaga dan manganese untuk membantu dalam memelihara kesihatan yang baik.  Kaplet yang bersaiz kecil dan disalut licin ini juga mudah ditelan. (sumber)

Pengambilan yang disyorkan ialah sebanyak 4 biji sehari, di mana akan membekalkan 1000 mg kalsium/400 mg magnesium. Ini bermakna, setiap sebiji pil Cal-Mag Shaklee boleh membekalkan 250 mg kalsium/ 100 mg magnesium.

 

 

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.

 

Berminat?

 

Hubungi saya di hanisamin@gmail.com atau SMS ke 010-4289601 (Hanis) untuk konsultasi mahupun maklumat lanjut.

 

Assalamualaikum..

 

Sejak kecil lagi kita telah dididik betapa pentingnya susu kepada manusia. Bahkan kita juga digalakkan minum susu bukan sahaja pada peringkat umur kanak-kanak malahan sehingga dewasa.

Terdapat pelbagai khasiat di dalam susu. Antaranya kalsium, lemak, karbohidrat, vitamin serta mineral. Namun begitu harus di ingat bahawa keperluan nutrisi manusia terutamanya kalsium adalah berbeza di antara satu sama lain. Sebagainya contohnya seorang kanak-kanak berusia 1-3 tahun memerlukan kalsium sebanyak 500 miligram sehari berbanding kanak-kanak yang berusia 4-6 tahun yang memerlukan sebanyak 600 miligram sehari.
Sewaktu diperingkat umur yang awal, si kecil memerlukan kalsium untuk membina tulang dan gigi yang kuat seterusnya membesar secara optimum. Manakala semasa peringkat remaja, mereka memerlukan susu semasa peringkat baligh dan peningkatan ketinggian badan. Pada peringkat ini, mereka lebih aktif dalam aktiviti seharian yang mana memerlukan tulang yang kuat.
Selain itu kalsium juga membantu dalam mengelakkan osteoporosis di kemudian hari. Kita harus mendapatkan kalsium pada setiap hari kerana tulang kita akan mengalami pembaharuan selain kehilangan sebahagian nutrisi yang hilang dari badan kesan dari aktiviti badan seperti perkumuhan, pernafasan dan pembuangan urin dan tinja.
Sumber lain kalsium
Selain susu dan produk tenusu, terdapat pelbagai lagi jenis makanan yang mampu menyumbang kepada keperluan kalsium. Antaranya seperti:
a. Kekacang : Contoh yang terbaik adalah almond
b. Sayuran : Sayuran hijau seperti bayam, dan brokoli. (Selain menjadi sumber kalsium yang baik, sayuran ini juga mempunyai nilai kalori yang rendah)
c. Buah – buahan : Seperti oren dan kismis
d. Ikan : Seperti sardine dan salmon
Sekiranya anda keliru dalam nilai jumlah kalsium yang seharusnya di ambil dalam pola pemakanan anda, maka anda boleh mendapatkan nasihat dari doktor mahupun pakar pemakanan dalam membantu mengenai perkara ini.
Shaklee OsteMatrix (Kalsium-Magnesium)
Di Shaklee, makanan tambahan kalsium-magnesium (Cal-Mag) kami dikenali sebagai OsteMatrix. Pengambilan yang disyorkan ialah sebanyak 4 biji sehari, di mana akan membekalkan 1000 mg kalsium/400 mg magnesium. Ini bermakna, setiap sebiji pil Cal-Mag Shaklee boleh membekalkan 250 mg kalsium/ 100 mg magnesium.

Kepada anda yang mempunyai bayi yang demam kuning (jaundice) di dalam pantang, digalakkan untuk mengambil OsteMatrix ini agar khasiat Vitamin D dapat mengalir kepada bayi melalui susu ibu. Kita disuruh jemur bayi di waktu pagi adalah untuk dapatkan Vitamin D dari cahaya matahari pagi, bukan? Namun, anda pasti sedar tentang keburukan terdedah kepada cahaya matahari pada waktu yang lama.

“Kenapa Shaklee tak buat sebiji ‘gedabak’ terus macam Vita-Lea? Leceh laa nak kena makan 4 biji pulak.”

Inilah keunikan Shaklee. Anda boleh tentukan berapa jumlah kalsium-magnesium dan Vitamin D yang anda perlukan setiap hari. Andaikan, anda dah minum segelas susu penuh tinggi kalsium pada waktu pagi, tak perlulah anda makan sampai 4 biji. Anda kira sendiri, dan dapatkan baki jumlah kalsium & vitamin D harian yang anda perlukan melalui OsteMatrix. Kalau buat sebiji besar terus nanti, takkan anda mahu kerat 4 pula kan? Tak hygiene & accurate nanti. Maka, sebab itulah OsteMatrix didatangkan dalam sebiji pil yang comel, yang lengkap dengan khasiat Kalsium-Magnesium-Vitamin D dan banyak lagi yang mudah untuk anda ambil.

——-

Info terbaru saya belajar dari seorang doktor Homeophati yang turut menjadikan Shaklee supplement kepada pesakit beliau..beliau menyarankan pengambilan Kalsium bagi mengatasi masalah gastrik dan terutama mereka yang menjalani ibadah puasa. (sumber)
Selain itu, pengambilan Energizing Soy Protein(ESP) turut membantu memberi tenaga & membantu mereka yang mengalami gastrik di bulan puasa ini.
* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.

Berminat?

Hubungi saya di hanisamin@gmail.com atau SMS ke 010-4289601 (Hanis) untuk konsultasi mahupun maklumat lanjut.

Assalamualaikum..

Sebelum share kisah diri sendiri, jom baca testimonial di bawah :

Alhamdulillah, weekend lepas pun saya rasa sakit sangat pada tulang pinggul dan belakang. Kaki pula asyik kebas. agaknya sebab si Muadz ni suka sangat duduk atas riba. Lepas tu bila menyusu lama pula tu.

Bila check balik, rupanya saya terlupa makan ostematrix dah beberapa hari. Jadi, malam tadi saya makan 4 biji ostematrix sebelum tidur. Alhamdulillah, pagi ni badan segar, tiada sakit badan. Malah dapat membuang dengan lancar sekali. Alhamdulillah.

Ostematrix ni memang favourite saya. Sebotol kecil comel tu, mudah nak masuk handbag bawa ke mana-mana.

Ni pula kata Hafsah

Oh ya, bulan ni ada tawaran istimewa untuk Ostematrix. Nak tahu? Hubungi kami sekarang!!

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.

 

Berminat?

 

Hubungi saya di hanisamin@gmail.com atau SMS ke 010-4289601 (Hanis) untuk konsultasi mahupun maklumat lanjut.

Assalamualaikum…

 

APABILA bercakap mengenai kepentingan kalsium, kebanyakan daripada kita sering kali merujuk zat itu hanya untuk kanak-kanak sebagai sumber tumbesaran tulang.Bagi orang tua pula, ia penting bagi mengelakkan pereputan tulang. Jarang sekali orang muda atau yang berada di usia pertengahan mengambil berat mengenai pengambilan kalsium dalam struktur diet harian mereka.Selain diperlukan golongan dewasa yang aktif, tahukah anda bahawa kalsium adalah zat yang amat penting bagi ibu-ibu hamil? Kekurangan pengambilan kalsium atau kealpaan dalam memberi tumpuan terhadap zat kalsium sebenarnya boleh menyebabkan komplikasi semasa meneran saat-saat melahirkan anak. Lebih buruk, kesannya akan berterusan sehingga usia tua.

“Saya terkejut apabila ada doktor yang tidak mempraktikkan pemberian pil kalsium kepada ibu-ibu mengandung ketika membuat pemeriksaan bulanan. Kalsium dilihat sebagai satu zat yang amat penting di samping zat besi, folik, potasium dan lain-lain,” kata pembuka Pakar Obstetrik dan Ginekologi Pusat Perubatan Sime Darby, Subang Jaya (PPSDSJ), Dr. Delilah Ahmad.

Beliau yang mahu semua ibu hamil tidak memandang remeh keperluan kalsium juga berharap agar golongan suami turut mengambil peranan mengingatkan pasangannya.Apabila berjumpa doktor dalam sesi pemeriksaan, pasangan dinasihatkan agar jangan segan untuk meminta pil kalsium di samping mengamalkan diet tinggi zat kalsium.“Sebanyak 75 peratus ibu-ibu hamil tidak mengambil keperluan kalsium yang mencukupi dan ketidaksedaran ini akan memberi kesan kepada mereka khususnya pada semester ketiga mereka mengandung dan saat-saat melahirkan anak,” kata beliau.

Jelas Delilah, ibu hamil lazimnya memerlukan 1,200 hingga 1,300 miligram kalsium sehari iaitu tambahan 300 hingga 500 miligram zat yang diperlukan orang dewasa.Ia bermakna seseorang itu perlu mengamal pengambilan susu segar sebanyak satu liter setiap hari. Delilah yakin, ibu-ibu sekarang kurang mengamalkan pengambilan susu, sama ada tidak meminatinya atau ada pula yang mempunyai masalah tidak boleh bertoleransi dengan laktosa.

“Jika ibu-ibu hamil ini tidak suka mengambil susu, saya percaya terdapat banyak susu berperisa di pasaran khas untuk mereka. Pengambilan keju, dadih dan makanan yang berkaitan dengan susu juga boleh diamalkan bagi menggantikan susu.

“Selain produk tenusu, ibu-ibu hamil boleh mengambil makanan pejal yang tinggi zat kalsium termasuk sayur-sayuran, buah-buahan dan ikan bilis, salah satu makanan yang mempunyai kandungan kalsium paling tinggi,” katanya.Kata Delilah, walaupun ibu-ibu itu dibekalkan dengan pil kalsium, mereka tetap perlu mengamalkan diet sumber asli seperti yang di senaraikan itu.

Kalsium yang diambil itu amat berguna untuk kekuatan tulang khususnya bagi ibu-ibu yang memerlukan zat tersebut bagi kekuatan menanggung berat bayi secara fizikal.Selain itu, kalsium juga penting untuk pembekuan darah, menstabilkan transmisi impuls saraf dan untuk merehatkan otot sewaktu berlakunya kontraksi.“Banyak penyelidikan dan kajian, atau lebih tepat kira-kira 14 kajian yang disenarai dalam Jurnal Persatuan Perubatan Amerika mendapati kalsium yang tidak mencukupi meningkatkan risiko praeklampsia iaitu gejala tekanan darah tinggi,” terang Delilah.Keadaan itu dikatakan berlaku selepas 20 minggu kehamilan bersama dengan masalah lain. Difahamkan juga pra-eklampsia berpotensi membawa maut bagi ibu dan bayi akibat kenaikan tekanan darah tinggi

Secara amnya, kalsium yang sedia dimiliki ibu akan diserap oleh bayi semasa dia membesar terutamanya dalam proses pembentukan tulang. Kesan paling ketara adalah ibu hamil akan kekurangan kalsium pada jumlah yang besar khususnya di akhir tempoh kehamilan.

Kegagalan menggantikan kalsium yang diserap oleh bayi boleh menyebabkan ibu-ibu itu kehilangan gigi pada usia yang lebih muda daripada sepatutnya. Mereka juga berisiko tinggi menghidap osteoporosis.“Mereka yang mempunyai ketumpatan jisim tulang yang sangat rendah akibat kekurangan kalsium dan berat tulang yang kecil berpotensi besar mengidap osteoporosis dan pada kadar lebih cepat.Untuk mengesan jisim dan densiti tulang, mereka boleh membuat pemeriksaan di hampir semua klinik umum,” katanya yang turut mencadangkan agar pemeriksaan itu dilakukan sebagai langkah memahami lebih lanjut keadaan tulang badan.


Kehilangan kalsium dalam kalangan ibu hamil secara relatif lebih banyak iaitu sekitar tiga hingga 10 peratus berbanding wanita menopaus yang kehilangan satu hingga tiga peratus.“Itupun sudah dikira banyak. Bayangkan dengan kehilangan lebih tujuh peratus? Kehilangan ini berpunca daripada permintaan yang tinggi terhadap kalsium oleh bayi,” terang Delilah.Jika ada orang yang berpendapat pengambilan kalsium boleh dikurangkan selepas beranak, itu juga satu tindakan yang salah.

IKAN bilis adalah sumber kalsium paling utama, mudah didapatkan dan senang diintegrasi dalam sajian seharian.Sebenarnya, ibu-ibu khususnya yang menyusukan anak perlu terus mengekalkan pengambilan kalsium pada kadar yang sama. Kalsium diperlukan untuk mengiringi proses merehatkan otot rahim yang mengecut semula mahupun sewaktu kedatangan haid.

“Selian itu, pengambilan kalsium yang secukupnya didapati boleh mengelakkan masalah kekejangan sewaktu proses bersalin.“Kekurangan zat itu juga boleh mengakibatkan masalah kesejukan dan kekejangan pada bahagian kak. Kekejangan yang berlaku itu boleh mengganggu emosi ibu selain proses bersalin itu sendiri,” kata beliau merujuk kepada komplikasi yang paling digeruni ibu-ibu hamil.Oleh yang demikian, Delilah menasihati ibu-ibu yang merancang hamil, sedang hamil mahupun yang sudah melahirkan anak supaya mengekalkan mengambil kalsium sama ada berbentuk suplemen mahupun daripada sumber semula jadi.

 

Kalsium Shaklee diberi nama Ostematrix. Ianya lengkap dengan magnesium dan Vitamin D. Sebiji OsteMatrix membekalkan 250mg Kalsium dan 100IU Vitamin D. Maka, untuk mendapatkan 100% nilai harian Vitamin D dan Kalsium, anda perlu ambil sebanyak 4 biji OsteMatrix setiap hari..
Lagi tentang Ostematrix, klik sini.

sumber : Kak Cery

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.
Hubungi saya di hanisamin@gmail.com atau SMS ke 010-4289601 (Hanis) untuk konsultasi mahupun maklumat lanjut.


Assalamualaikum…

Protein adalah salah satu keperluan tubuh yang penting untuk imuniti. Protein penting untuk untuk pembentukan dan pembaikpulihan sel. Oleh itu, dalam melindungi dan menjaga tubuh dari jangkitan, protein memainkan peranan penting.

Antibodi juga adalah terdiri dari jenis-jenis protein.

Mengikut Jurnal Nutrisi Klinikal Amerika, kekurangan protein di kalangan warga tua mendatangkan pelbagai jenis penyakit yang berkaitan dengan sistem imuniti.

Dari kajian yang dibuat terhadap wanita-wanita di China yang mengambil soya secara rutin, mereka yang mengambil lebih banyak hidangan soya didapati menghadapi risiko kanser payudara lebih rendah daripada wanita yang jarang makan soya.

Walaupun terdapat percanggahan dalam hal soya ini, yang mana sesetengah penyelidik berpendapat bahawa soya mengandungi phytoestrogen yang boleh menyebabkan kanser, namun pro-soya mengeluarkan kenyataan bahawa isoflavones (estrogen yang terdapat dalam soya) adalah lemah dan tidak memberi kesan kepada tubuh sebagaimana estrogen semulajadi dalam tubuh manusia iaitu estradiol. Malah, menurut pro-soya, isoflavones bila bertindakbalas dengan estradiol, ia menjadi sejenis bahan yang boleh mencegah kanser.

Kajian juga menunjukkan bahawa di dalam soya terkandung phytochemical yang boleh menurunkan paras kolesterol, membantutkan pembesaran sel kanser dan mencegah osteoporosis. Walau bagaimana pun, terdapat beberapa elemen di dalam soya yang masih belum dapat dipastikan kesannya terhadap hormon, maka pengambilan soya seharusnya dibataskan kepada amaun tertentu.

Oleh itu, pengambilan Soy Protein Shaklee dihadkan kepada 3 sudu sehari sahaja, bagi mengelakkan risiko pada masa hadapan
soy protein

Energizing Soy protein Shaklee adalah non-GMO soy, iaitu soya asli yang tidak menjalani proses yang mengubah kandungan genetik organismanya.

Apa yang membuatkan Soy Protein Shaklee berbeza dengan produk soya lain?

Kebanyakan produk soya diproses dengan alkohol. Cara ini bukan sahaja menghilangkan isoflavon yang bermanfaat, malah membentuk pencemaran bersilang dengan bahan-bahan kimia yang digunakan dalam pemprosesan. Soy Protein dicuci dengan air untuk mengekalkan isoflavon genistin dan daidzin yang kritikal demi membekalkan keseluruhan kebaikan soya.

Shaklee Menggunakan Protein Soya Bukan-GMO. Shaklee menggunakan proses pensijilan tersendiri yang dikenali Identity Preserved Program (IPP). Program ini memastikan kacang soya kita bebas daripada pendedahan perubahan genetik. Daripada benih sehingga penyimpanannya, Soy Protein Shaklee menggunakan ramuan-ramuan yang semulajadi dan berkualiti.

sumber : Shaklee Trial Pack

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.

Hubungi saya di hanisamin@gmail.com atau SMS ke 010-4289601 (Hanis) untuk konsultasi mahupun maklumat lanjut.


Kalsium sangat penting dalam kehidupan wanita, terutama ibu mengandung dan menyusu. Kekurangan kalsium pada wanita selalunya dikaitkan dengan penyakit Osteoporosis.

Apakah itu Osteoporosis?
Osteoporosis adalah keadaan di mana kepadatan tulang mula merosot, yang meningkatkan risiko osteoporosis. Risiko ini jauh lebih tinggi terhadap wanita kerana tulang-tulang wanita lebih tipis berbanding tulang-tulang lelaki.

Osteoporosis secara umumnya bermula sekitar umur 40 tahun, dan prosesnya semakin meningkat pada wanita pre menopause dan pasca menopause. Selain itu, perubahan produksi hormon pada wanita (penurunan hormon estrogen) turut menyebabkan deposit kalsium dalam tulang terganggu. Salah satu ancaman yang bakal di hadapi disebabkan osteoporosis ialah terjadinya patah tulang.

Wanita hanya akan menyedari terjadinya osteoporosis apabila sudah mengalaminya (retak tulang), terutamanya apabila telah menopause. Maka, tatkala itu, pesakit osteoporosis memerlukan kalsium yang cukup setiap hari, dan turut memerlukan sinar matahari dan vitamin D3, serta antioksidan seperti vitamin A, C, E dan selenium.

Apakah peranan Cal-Mag kepada ibu menyusu?
Kalsium sangat penting buat ibu menyusu kerana kalsium turut dialirkan kepada bayi melalui susu ibu. Selain itu, kalsium turut memainkan peranan besar kepada sesetengah ibu menyusu yang mendapati perahan susunya berkurangan tatkala sedang period (menses).

Kenapa hasil perahan susu ibu berkurangan apabila si ibu period?
Ini adalah kerana level kalsium dalam darah (blood calcium levels) turut berkurangan tatkala si ibu sedang period. Keadaan paling kritikal ialah dari permulaan hari ovulasi (hari ke-14 daripada hari pertama period yang terakhir) sehinggalah ke hari ke-2 atau ke-3 period.

Oleh itu, ibu menyusu digalakkan untuk mengambil makanan tambahan kalsium (calcium supplements) mengikut dos di antara 500 mg kalsium/ 250 mg magnesium sehingga 1500 mg kalsium/ 750 mg magnesium (lebih besar dos yang diambil, lebih efektif hasilnya). Jumlah dos makanan tambahan ini adalah bergantung kepada komposisi diet anda – lebih banyak protein daging (animal protein), lebih banyak Cal-mag yang diperlukan. Sekiranya anda adalah pemakan sayuran sahaja (vegetarian), dos yang lebih rendah sudah mencukupi.

Penting!!!
Perlu diingatkan bahawa kalsium tidak boleh diambil berasingan, perlu diambil dengan kombinasi magnesium (Contoh : Cal-Mag atau Cal-Mag-Zinc supplements). Jika tidak diambil secara kombinasi, dikhuatiri kalsium tidak akan dapat diserap dengan efisyen ke dalam badan kita.

Siapakah yang perlu mengambil Cal-Mag supplements?

  • Semua individu sihat, lelaki dan perempuan.
  • Ibu yang mengandung, ibu yang menyusukan anaknya dan wanita yang pernah melahirkan anak.
  • Mereka yang mempunyai masalah kekangan pengambilan bahan2 tenusu seperti susu.
  • Mereka yang selalu mengalami sakit2 kaki, sakit2 sendi, sakit di bahagian tulang belakang, sejuk2 badan, rasa bisa di tapak kaki, kebas atau terasa seperti kaki dicucuk2 dengan jarum.
  • Mereka yang mudah keletihan dan tidur yang kurang membuatkan golongan ini mudah letih dan sukar untuk bangun tidur.
  • Sakit kepala yang teruk dan berhari-hari.
  • Mereka yang sedang menjalani fisioterapi.
  • Mereka yang mempunyai masalah pecah2 di telapak kaki dan rekahan di tumit kaki.
  • Mereka yang mengalami PMS yang sangat teruk sehingga terpaksa mengambil pil penahan sakit setiap kali datang bulan.
  • Mereka yang mempunyai masalah kesihatan yang berkaitan dengan darah.

Adakah Shaklee mempunyai Cal-Mag supplements?
Di Shaklee, makanan tambahan kalsium-magnesium (Cal-Mag) kami dikenali sebagai OsteMatrix. Pengambilan yang disyorkan ialah sebanyak 4 biji sehari, di mana akan membekalkan 1000 mg kalsium/400 mg magnesium. Ini bermakna, setiap sebiji pil Cal-Mag Shaklee boleh membekalkan 250 mg kalsium/ 100 mg magnesium.

Kepada anda yang mempunyai bayi yang demam kuning (jaundice) di dalam pantang, digalakkan untuk mengambil OsteMatrix ini agar khasiat Vitamin D dapat mengalir kepada bayi melalui susu ibu. Kita disuruh jemur bayi di waktu pagi adalah untuk dapatkan Vitamin D dari cahaya matahari pagi, bukan? Namun, anda pasti sedar tentang keburukan terdedah kepada cahaya matahari pada waktu yang lama.

“Kenapa Shaklee tak buat sebiji ‘gedabak’ terus macam Vita-Lea? Leceh laa nak kena makan 4 biji pulak.”

Inilah keunikan Shaklee. Anda boleh tentukan berapa jumlah kalsium-magnesium dan Vitamin D yang anda perlukan setiap hari. Andaikan, anda dah minum segelas susu penuh tinggi kalsium pada waktu pagi, tak perlulah anda makan sampai 4 biji. Anda kira sendiri, dan dapatkan baki jumlah kalsium & vitamin D harian yang anda perlukan melalui OsteMatrix. Kalau buat sebiji besar terus nanti, takkan anda mahu kerat 4 pula kan? Tak hygiene & accurate nanti. Maka, sebab itulah OsteMatrix didatangkan dalam sebiji pil yang comel, yang lengkap dengan khasiat Kalsium-Magnesium-Vitamin D dan banyak lagi yang mudah untuk anda ambil.

Lagi tentang OsteMatrix di sini.

sumber : GenkiMomma

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.

Berminat?

Hubungi saya di hanisamin@gmail.com atau SMS ke 010-4289601 (Hanis) untuk konsultasi mahupun maklumat lanjut.


Assalamualaikum..

Sampai saat ini banyak yang beranggapan bahwa kalsium merupakan mineral yang sangat penting untuk pembentukan tulang dan mencegah terjadinya osteoporosis atau pengeroposan tulang. Tulang yang rapuh boleh mengakibatkan postur tubuh yang buruk, sakit di punggung, patah tulang panggul, dan masih banyak lagi masalah kesihatan lainnya.

Ketika level kalsium dalam darah menurun, makin banyak kalsium yang diambil dari tulang, ini yang menyebabkan seseorang menderita osteoporosis. Wanita memerlukan lebih banyak zat besi dan kalsium, karena mereka memiliki kitaran haid yang memungkinkan kalsium keluar bersama dengan darah yang keluar. Begitu juga wanita yang menyusu, memerlukan lebih kalsium dalam tubuh.

Sedikit tips untuk menambahkan kalsium dalam badan :

1. Jangan lupa minum susu
Semakin kita dewasa, kita sering terlupa untuk minum susu. Ini adalah kesalahan umum. Jika Anda tak memiliki permasalahan dengan susu (lactose intolerant), atau vegan, maka meminum susu sehari-hari adalah cara terbaik mengambil kalsium. Banyak yang salah mengartikan, bahwa dengan meminum susu seseorang bisa jadi tambah gemuk, karena lemaknya. Padahal, jika ini menjadi hambatan bagi Anda, Anda bisa memilih susu berkalsium tinggi yang non-fat atau low-fat. Yoghurt, keju, butter, dan ais krim juga bisa jadi sumber kalsium yang baik.

2. Camilan
Cuba cek kandungan kalsium yang terdapat dalam frozen yogurt yang sekarang banyak dijual di mal. Biasanya fro-yo mengandung kalsium antara 200-300 mg per gelasnya. Puding, cake, fudge, atau makanan pencuci mulut lainnya juga sering menggunakan susu (mengandung kalsium hingga 600 mg).

3. Makanan utama
Tambahan keju di dalam makanan utama juga boleh menjadi sumber kalsium. Contohnya, keju mozzarella, ricotta, dan parmesan, yang mudah ditambahkan pada makanan utama seperti pasta. Mulailah hari Anda dengan menambahkan keju di omelet atau telur orak-arik Anda.

4. Kalsium tambahan
Belakangan ini kalsium menjadi nutrisi tambahan yang amat penting, bahkan sudah banyak makanan instan yang sudah dilengkapi dengan kalsium. Contohnya, jus jeruk, sereal, susu kedelai, dan lainnya. Para produsen makanan tentunya berusaha membantu para konsumen dengan menciptakan produk yang kaya akan nutrisi, di antaranya kalsium.

5. Makanan hijau
Brokoli, lettuce, bok choy, sawi, dan sayuran berdaun hijau adalah sumber kalsium yang cukup baik. Masalahnya, kalsium pada sayuran tak terlalu mudah diserap tubuh dibandingkan susu. Anda bisa mencoba mengkombinasikan asupan sayuran Anda dengan menggabungkan bayam atau lettuce. Taburkan juga wijen atau kacang (yang juga merupakan sumber kalsium yang baik) dan keju.

6. Kombinasikan pil suplemen
Agar kalsium bisa diserap tubuh, diperlukan magnesium. Sebab jika kandungan kalsium tinggi sementara magnesiumnya rendah, kulit juga bisa kekurangan kepadatannya. Keseimbangan adalah kuncinya. Para ahli merekomendasikan perbandingan 2:1 antara kalsium dan magnesium. Jika Anda meminum suplemen 1.000 mg per hari, Anda akan butuh 500 mg magnesium. Tubuh kita hanya bisa menyerap 500 mg dalam sekali waktu, dan akan mengeluarkan sisanya. Jadi, sebaiknya Anda mengkonsumsi kalsium dalam dosis rendah setiap harinya. Kalsium karbonat harus dikonsumsi bersama makanan padat, sementara kalsium sitrat bisa dikonsumsi bersama atau tanpa makanan. (Mujur Ostematrix sudah pun mengandungi Kalsium dan magnesium yang mencukupi.)

7. Padukan dengan vitamin D
Vitamin D juga penting untuk kesehatan tulang, dan memiliki hubungan yang bersinergi dengan kalsium. Disarankan agar tubuh terkena paparan matahari selama 15 menit per hari. Namun, sinar matahari yang dimaksud adalah sinar yang sehat, di bawah pukul 09.00. Sinar matahari bisa membantu tubuh membangun vitamin D secara alami, namun biasanya tetap dibutuhkan suplemen terpisah untuk mencukupi kebutuhan tubuh. (Oh ya, Ostematrix juga dah mengandungi vitamin D di dalamnya.)

8. Kurangi kopi
Terlalu banyak konsumsi kafein mendorong pengeluaran kalsium dari dalam tubuh. Jika memang Anda harus mengkonsumsi kopi, coba tambahkan susu atau krim (tapi bukan non dairy creamer) ke dalam kopinya.

9. Hati-hati dengan diet tinggi protein
Ada beberapa diet yang membuat pasiennya harus makan makanan hewani saja. Padahal makanan hewani justru mencuri kalsium perlahan-lahan dari tulang. Karena daging hewan mengandung banyak protein yang dipecah menjadi komponen yang asam. Tubuh mencoba mengolah tersebut menggunakan kalsium. Jika Anda banyak mengkonsumsi daging merah dan telur, maka Anda perlu menambah asupan kalsium sehari-hari.

source : KOMPAS
edited by : Hanis Amin

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.

Berminat?

Hubungi saya di hanisamin@gmail.com atau SMS ke 010-4289601 (Hanis) untuk konsultasi mahupun maklumat lanjut.

Translator
Translator Plugin
Ayat seribu dinar
Ahlan wasahlan…
Assalamualaikum & selamat sejahtera

Selamat datang ke Hanis Healthy Life. Hanis Amin adalah pengedar Shaklee yang sah, yang juga pengguna kepada produk Shaklee.

Untuk sebarang pertanyaan, hubungi kami di
email : hanisamin@gmail.com
sms/WhatsApp : +6010-4289601

Terima kasih.

Hazu Enterprise (SA0175455-W)

Set Istimewa untuk anda!

Breastfeeding Set
(Set Penyusuan)

Testimonial : KLIK SINI

==========================

Confinement Set
(Set Berpantang)

Testimonial : KLIK SINI

==========================

Skin Care Set
(Set Penjagaan Kulit)

Testimonial : KLIK SINI

==========================

Healthy Weight Set
(Set Berat Badan Sihat)

Testimonial : KLIK SINI

==========================

Baby & Children Health
(Kesihatan Bayi & Kanak-kanak)

Informasi


Sertai kami di Facebook!


Ada pertanyaan atau komen?