Order sekarang!


atau SMS/WhatsApp/Telegram :

010-4289601 (Hanis)

Best selling!!
Dapatkan info terkini segera..

* Setiap testimoni yang tertulis dalam laman web ini adalah pengalaman dari pelanggan sendiri dan hasil dari setiap pelanggan mungkin berbeza antara satu sama lain. Namun ini tidak bermakna vitamin ini boleh mengubat atau menyembuhkan penyakit. Sila konsult dengan pengedar anda untuk lebih lanjut.

PERHATIAN : Konsultasi selepas pembelian produk dan jadual pengambilan adalah khas untuk pelanggan kami sahaja. Sila rujuk pengedar anda untuk jadual pengambilan & kosultasi selepas pembelian. Terima kasih.
Free Palestine, Pray 4 Syria
Tabung Kecemasan Gaza Aqsa Syarif di sini :
http://on.fb.me/1jlP2li
Akaun Maybank Islamic : 551575-004299
akaun Bank Islam : 1209-20100-34904
email : projects@aqsasyarif.org.my

Tabung Kasih Ummah Syria
Bank Islam Malaysia Berhad
120290 100 63512
(Pertubuhan IKRAM Malaysia)
email : i4syria315@gmail.com

Posts Tagged ‘puasa’

Menu berbuka Ramadhan

 

Assalamualaikum…

 

Ramai yang buat list menu berbuka Ramadhan dan share di Facebook. Ada yang cukup 30 menu, setiap hari hidangan yang berbeza. Tapi kebanyakan yang saya lihat, tak kena dengan selera kami sekeluarga. Ada juga yang agak leceh penyediaannya. Jadi pendapat saya, memang bagus buat list supaya kita tak membazir masa berfikir apa yang perlu dimasak. Dan juga boleh terus beli bahan makanan untuk seminggu.

Untuk kami sekeluarga, biasa saya akan masak lebih untuk sahur sekali. Cuma untuk berbuka tambah sedikit kuih-muih, pemanis mulut. Senarai yang saya buat juga tidaklah lengkap menu sebab mungkin ada lauk yang akan di’recycle’ semula. Sebabnya suami dan anak-anak agak memilih dalam makanan, tak semua jenis makanan mereka makan. Nanti kalau masak yang pelik-pelik membazir pula. Saya sendiri pun sepanjang mengandung ni ada beberapa menu yang saya tak boleh ambil contohnya sup. Seboleh mungkin saya akan elak ambil sup, kecuali sedikit kalau tiada lauk lain. Tapi memang dah lama tak masak atau beli sup.

Menu berbuka Ramadhan

 

Ini menu kami sekeluarga. Simple je. Semua yang biasa dibuat dan bahan-bahannya pun semua yang dah dibeli. Bila dah habis semua bahan-bahan yang dah dibeli, baru fikir lain nak masak apa pula. Tapi mungkin akan ulang semula je lauk sedia ada.

Jadi, saya sangat sarankan buat ibu-ibu semua untuk buat list makanan yang hendak dimasak untuk menu berbuka Ramadhan supaya dapat menjimatkan masa ketika memasak. Jadi, dapatkan tumpukan perhatian lebih untuk mengejar pahala ibadah di bulan puasa. Memasak untuk ahli keluarga pun memang dapat pahala, tapi kita cubalah sedaya upaya untuk kejar pahala yang lain juga ya.

Jadikan Ramadhan kali ini pesta ibadah untuk kita sekeluarga.

menu berbuka ramadhan

 

Dapatkan tips-tips tentang puasa di SINI

Kami ialah PENGEDAR SAH SHAKLEE anda di Bandar Saujana Putra! Sila SMS/ WhatsApp ke +6010-4289601 (Hanis) untuk self pick-up di Bandar Saujana Putra.

Your Shaklee Independent Distributor
Hanis Amin
♥ SMS | WhatssApp : 010-4289601
♥ Shaklee ID : 837662
♥ FB Page : http://www.facebook.com/HanisHealthyLife
♥ Email : hanisamin@gmail.com

Tips berpuasa untuk kanak-kanak

Alhamdulillah, dah pun masuk 2 Ramadhan. Ramai yang dah mula melatih anak-anak berpuasa. Tak salah mendidik dan melatih anak-anak berpuasa tapi jangan sampai memaksa ya! Saya kongsikan tips berpuasa untuk kanak-kanak yang diajar oleh seorang ustaz pada Ramadhan tahun lepas.

 

tips berpuasa untuk kanak-kanak

Tips mendidik anak berpuasa di bulan Ramadhan

Read the rest of this entry »

Nak tahu tips menyusu di bulan Puasa (Ramadhan)?

Assaamualaikum..

Alhamdulillah, Ramadhan hampir tiba. Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan. Dah bersedia dari segi emosi, fizikal, mental, rohani?

Untuk ibu-ibu yang menyusu, risau susu tak cukup di bulan puasa?

Jom tukar ayat dari

“Bulan puasa ni tak boleh makan dan minum sesuka hati. Risau pula kalau susu kurang”

ke

“Bulan Ramadhan ni bulan yang barakah. Walaupun puasa tentu susu banyak”

Sentiasa berfikiran positif ya.

Di bawah ni saya bagi sedikit tips buat ibu-ibu yang menyusu

tips menyusu di bulan puasa

 

Jom perbanyakkan amalan di bulan Ramadhan.

Jom baca tips-tips puasa yang lain

Tips berpuasa tanpa mengganggu pengeluaran susu ibu

Persediaan puasa untuk ibu menyusu

Puasa tidak jejas susu ibu

Susu merundum ketika berpuasa?

Bulan puasa susu mencurah-curah!

Tips menyusukan anak ketika berpuasa

Perancangan awal untuk atasi masalah susu ibu di bulan puasa

dan lain-lain di http://healthy.babykawaiistore.com/category/puasa

Supplemen wajib di bulan puasa

Assalamualaikum…

Bulan Ramadhan dah semakin hampir. Tentu ramai yang mula berpuasa sunat kan. Oh, ya belum habis ganti puasa, jangan lupa ganti ya.

Nak tahu supplemen wajib saya sepanjang bulan puasa, terutama semasa menyusu?

3gem

Inilah mighty 3 gem kegemaran saya. Gabungan Meal shakes, ESP dan Performance Drink.

 

»» Sering LETIH, LESU dan TIDAK BERTENAGA ketika PUASA?
»» Risau TIDAK BERMAYA ketika PUASA kerana anda MENGANDUNG atau MENYUSUKAN ANAK?

Jom dapatkan SET ini sebagai persediaan ketika PUASA nanti!

Jom kita tengok fungsi-fungsi SET PUASA ini…gandingan produk TERLARIS di bulan PUASA!!!

ESP ✿ – Bantu kekal bertenaga sepanjang hari. Pengambilan makanan berprotein tinggi di waktu sahur boleh membantu mengurangkan rasa lapar lebih lama kerana, kadar pencernaan & penyerapan protein adalah lebih lama berbanding makanan tinggi karbohidrat. Malah, sumber protein yang baik juga akan bantu menyerap kolesterol, mencantikkan kulit serta menganjalkan payudara. Tidakkah anda mahu tampil jelita di pagi AidilFitri nanti?

Performance Drink ✿ – Bantu mengelakkan dehidrasi, dan dalam masa yang sama mengawal paras cecair di dalam badan sepanjang berpuasa. Setelah berbuka pula, Performance Drink bantu anda untuk menambah semula tenaga. Pasti anda akan kekal ceria sepanjang puasa jika diamalkan sebelum tidur & sewaktu sahur. Rasa Oren yang menyegarkan!

Meal Shakes ✿ – Multivitamin & multimineral, yang dilengkapi dengan sedikit protein & fiber. Sesuai bagi anda yang berasa sukar untuk menelan pelbagai jenis vitamin/ suplemen di sepanjang bulan Ramadhan ini. Fiber membantu sistem penghadaman berfungsi dengan baik, serta membuatkan anda berasa kurang lapar lebih lama. Hanya bancuhkan dengan segelas susu rendah lemak, dan anda boleh kongsikan khasiatnya seisi keluarga!

#NOTE
Ibu-ibu menyusu & mengandung juga boleh mengambil ketiga-tiga produk ini dengan selamat.

✔✔ Terlambat bangun sahur?
Jangan risau. Secawan bancuhan ESP+PD, ditambah dengan beberapa biji kurma akan membantu anda kekal bertenaga sepanjang hari, dan tidak mengganggu jadual “work-and-pump” anda seharian.

credit to RahsiaVitamin.com

order

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.

Berminat?

Hubungi saya sekarang!!
Your Shaklee Independent Distributor
Hanis Amin
♥ SMS | WhatssApp : 010-4289601
♥ Shaklee ID : 837662
♥ FB Page : http://www.facebook.com/HanisHealthyLife
♥ Email : hanisamin@gmail.com

Assalamualaikum..

Tahukah anda, komposisi utama susu ibu terdiri dari protein, kalsium dan vitamin-vitamin lain. Dengan protein dan kalsium serta mineral yang mencukupi anak membesar dengan sangat hebat terutama pada seawal usia 0-6 bulan ditambah pula metabolisme bayi masih rendah pada ketika itu. Namun pada selepas usia itu, protein masih memainkan peranan penting kerana protein perlu untuk meneruskan pertumbuhan si anak tadi sehingga dia berhenti menyusu susu ibu.

Walau bagaimanapun, pengambilan protein yang berkualiti sangat penting. Sebab itu ramai yag mencuba Shaklee ESP kerana mengandungi 7 ciri di bawah :

(1)   Ditanam secara organic
(2)   Tidak menjalani proses genetik (non-GMO:non-Genetically Modified Organism)
(3)   Mengandungi 9 asid amino penting
(4) Dalam proses pembuatan untuk menghasilkan soya yang mengasingkan, kepingan soya dihancurkan dan dibasuh dengan air, bukan alkohol
(5)   Bahan anti-thyroid/anti-pertumbuhan disingkirkan
(6)   Diproses tanpa dipanaskan
(7) Ditambah dengan kalsium (ketika minyak dikeluarkan, ia menjadi makanan berasid – dineutralkan bila kalsium ditambah)
Apa kata mereka yang mencuba?
Sedikit soal jawab tentang protein..
1. Setiap hari saya makan ikan dan ayam yang kaya dengan protien, tidakkah zat itu mencukupi?
Jawapan: Protien terbaik adalah bersumberkan tumbuh2an seperti soya terutamanya.

2. Saya kerap minum air soya dari kotak mahupun soya panas yang dijual di gerai2…tidakkah ia sudah memadai?

Jawapan: Tidak. Supplement soya mengandungi enzim dalam memastikan ia memberi kesan baik kepada tubuh. Enzim ini sangat sensitif. Ianya hidup pada suhu tidak BOLEH LEBIH daripada 36 darjah celcius.Kebanyakkan makanan dan minuman yang mengandungi protien akan di masak pada suhu melebih 100 darjah celcius. Yang tinggal adalah sisa makanan semata2….enzim juga mati pada takat didih.

3. Benarkah soya meningkatkan pengeluaran susuibu?

Jawapan: Kandungan tertinggi dalam susuibu ialah protien. Protien ialah sumber utama kepada pembentukkan sel. Apabila seseorang ibu itu mengambil soya maka si ibu itu tadi telah meningkatkan kandungan nutrisi susuibu dan kandungan protien di dalam susuibu. Dengan ini penghasilan susuibu berlaku dengan lebih cepat.
sumber : Anakkuwiraku
* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.

 

Berminat?

Hubungi saya di hanisamin@gmail.com atau SMS ke 010-4289601 (Hanis) untuk konsultasi mahupun maklumat lanjut.

Assalamualaikum..

Alhamdulillah, akhirnya kita bertemu dengan Ramadhan yang dirindui. Jom gunakan peluang ini untuk perbanyakkan amal dan ibadah.

Semoga Ramadhan kali ini lebih baik dari Ramdhan sebelumnya.

 

 

Jom print dan amalkan mutabaah amal ini..

klik untuk lebih besar

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.

 

Berminat?

Hubungi saya di hanisamin@gmail.com atau SMS/WhatsApp ke 010-4289601 (Hanis) untuk konsultasi mahupun maklumat lanjut.

Tips berpuasa tanpa mengganggu pengeluaran susu ibu

Assalamualaikum…

Alhamdulillah, ramai yang dah mula berpuasa di bulan Sya’ban bagi meraikan kehadiran Ramadhan. Tak kurang juga ibu-ibu yang menyusu mula bertungkus-lumus menyediakan stok untuk bulan puasa.

 

Benarkah puasa boleh membuatkan pengeluaran susu berkurang?

Jawapannya TIDAK SAMA SEKALI terutama jika si ibu memastikan perkara berikut dilakukan. Tips berpuasa ini nampak mudah namun untuk dapatkan hasil pengeluaran yang berterusan si ibu perlu istiqamah.

a. Memastikan ibu minum sekurang-kurangnya 1-2 liter bermula dari jam 8 pm sehingga waktu sahur   [ hari sebelum berpuasa]

b. Memastikan bangun sahur dan mengambil makanan yang membantu ibu bertenaga sepanjang hari. Nasi berlauk, sayuran dan buah , kurma (sebaiknya ikut sunnah 7 biji atau nombor ganjil) dan air glukos jika ada.

c. Ibu tetap mengepam dengan konsisten di pejabat. Elakkan mempunyai sesi perahan yang lama iaitu melebihi 3 jam kerana ini akan menyebabkan hormon prolaktin menurun.

d. Amalkan berbuka dengan makanan yang seimbang, lengkap dengan sayur dan buah. Ibu perlukan makanan yang membantu membekalkan tenaga.

e. Memandangkan adakala kita makan sedikit sahaja ketika berbuka, maka pastikan selepas solat terawih, kita mendapatkan makanan yang seimbang pada ketika moreh.

f. Banyakkan berdoa dan solat sunat sepanjang berpuasa , semoga rezeki anak kita sentiasa melimpah dan dirahmatiNya. Sesungguhnya rezeki ini datang dari ALLAH jua.

Perlukah si ibu mengambil supplement?

Jawapannya, bergantung kepada si ibu sendiri. Tiada paksaan dan ianya bukan satu kewajipan sama sekali.

Jika si ibu mampu melaksanakan perkara yang disarankan di atas dan mendapati tubuhnya tetap bertenaga dan mampu melaksanakan tugas harian dengan baik, maka tidak perlu mengambil supplement.

Ibu yang memerlukan supplement ialah ibu yang mendapati dirinya lemah longlai, tidak bertenaga, mudah moody dan keletihan sehingga tidak dapat melaksanakan tugas sebagai ibu dan isteri di rumah. Namun ada juga golongan yang tetap mengambil supplement walau mempunyai kesihatan fizikal yang baik atas sebab mahukan stamina yang berterusan.

Bagi saya secara peribadi, jika nak amalkan supplement…ia adalah hak individu. Tiada siapa yang lebih memahami diri kita kecuali kita sendiri. Jika kita sihat dan tetap nak amalkan supplement, tidak salah kerana kita memegang pada prinsip dalam tawakal perlu ada usaha. Ia sebagai satu usaha agar badan kita bertahan terutama bagi ibu yang menyusu.

credit to AnakkuWiraku

Jom share 1 testimoni.

tips berpuasa bagi ibu menyusu

Sebaiknya bersahur dengan makanan berat dan berkhasiat ya. Tapi kalau dah tak sempat, InsyaAllah pengambilan Performance Drink dan Energizing Soy Protein dapat membantu untuk bertahan.

p/s- tips berpuasa yang diberikan istimewa untuk pelanggan Hanis Healthy Life sahaja.

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.

order

Kami ialah PENGEDAR SAH SHAKLEE anda di Bandar Saujana Putra! Sila SMS/ WhatsApp ke +6010-4289601 (Hanis) untuk self pick-up di Bandar Saujana Putra.

Your Shaklee Independent Distributor
Hanis Amin
♥ SMS | WhatssApp : 010-4289601
♥ Shaklee ID : 837662
♥ FB Page : http://www.facebook.com/HanisHealthyLife
♥ Email : hanisamin@gmail.com

Persediaan puasa bagi ibu menyusu

Assalamualaikum..

Tak sampai sebulan lagi Ramadhan akan menjelang. Untuk ibu-ibu menyusu ramai yang risau susu merudum semasa berpuasa. Apatah lagi yang tidak mempunyai stok susu, mahupun stok susu semakin berkurangan. Jom simpan tips ini yang saya dapatkan dari seorag rakan.

Persediaan puasa bagi ibu menyusu

Sila klik untuk lebih besar

Jom baca tips-tips berpuasa yang lain di SINI

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.

Kami ialah PENGEDAR SAH SHAKLEE anda di Bandar Saujana Putra! Sila SMS/ WhatsApp ke +6010-4289601 (Hanis) untuk self pick-up di Bandar Saujana Putra.

Your Shaklee Independent Distributor
Hanis Amin
♥ SMS | WhatssApp : 010-4289601
♥ Shaklee ID : 837662
♥ FB Page : http://www.facebook.com/HanisHealthyLife
♥ Email : hanisamin@gmail.com

Puasa tidak jejas susu ibu

Assalamualaikum..

Oleh Nor Afzan Mohamad Yusof
afzan@bharian.com.my
2011/08/04

pix_gal0

Ibu perlu perbetul tanggapan salah

JIKA anda fikir puasa mengurangkan kualiti serta pengeluaran susu badan lantaran tidak makan dan minum, dari terbit fajar hingga terbenam mentari, tanggapan itu adalah meleset sama sekali.

Ini kerana ‘kerancakan’ pengeluaran susu sebenarnya berpunca daripada semangat, tanggapan serta minda positif untuk si ibu terus menyusukan bayi mereka.

Salah tanggapan berkenaan timbul lantaran kurang maklumat mengenai penyusuan. Ketua Pegawai Eksekutif dan Perunding Laktasi, Rita Rahayu Omar, berkata banyak kajian membuktikan puasa tidak menjejaskan komposisi susu ibu kerana tubuh wanita berkemampuan menghasilkan beberapa adaptasi metabolik, untuk memastikan pengeluaran susu tidak terjejas sungguhpun berpuasa.

“Tetapi jika berlaku dehidrasi yang kritikal, ia mungkin terjejas sedikit. Oleh itu, ibu perlu pastikan mengambil jumlah cecair mencukupi, di samping tahu menilai keadaan kesihatan sendiri. Jika ia memudaratkan kesihatan anda atau bayi anda, maka haruslah berbuka.

“Sebetulnya penghasilan susu tidak bergantung kepada amalan pemakanan atau ubat-ubatan. Ia bergantung kepada keupayaan ibu untuk mengosongkan payudara secara efektif dan penyusuan dengan kerap. Pengambilan sebarang ubat-ubatan hanya memberi kesan untuk sementara waktu jika ibu tidak melakukan perkara asas dalam penyusuan,” katanya.

Beliau berkata demikian mengenai penyusuan ketika Ramadan. Daripada pandangan Islam, wanita hamil dan menyusukan bayi diberikan kelonggaran untuk berbuka puasa terutama jika ibu bimbang berlaku kemudaratan kepada diri, bayi atau kedua-duanya.
Mengenai operasi memerah susu pula, Rita Rahayu berkata, waktu memerah susu seharusnya sama saja seperti hari biasa, cuma dalam bulan Ramadan ia boleh dimulakan awal pagi ketika bersahur kerana kuantiti susu biasanya lebih banyak ketika itu dan selepas berbuka.

Tiada persediaan khas yang diperlukan ibu. Yang penting si ibu perlu berfikiran positif, pasangkan niat untuk meneruskan penyusuan sepanjang bulan puasa yang mulia ini serta memastikan mengambil makanan yang menyihatkan.

Minum banyak air waktu berbuka bagi mengelakkan dehidrasi, pada masa sama, berdoa semoga Allah mempermudahkan segala urusan. Ketahuilah, berpuasa adalah ibadat dan seperti disebut dalam surah al-Baqarah 185, yang bermaksud `Allah menghendaki kamu beroleh kemudahan dan ia tidak menghendaki kamu menanggung kesukaran’,” katanya.

Segelintir wanita hari ini terlalu cepat mengalah untuk penyusuan dengan alasan ‘tidak ada susu’ sedangkan ia tidak begitu. Lima puluh peratus daripada wanita yang sedang menyusu melaporkan masalah kekurangan susu sepanjang tempoh penyusuan dan ia adalah antara sebab utama mengapa mereka bercerai susu awal.

Kajian mendapati lebih 90 peratus adalah ‘falsely perceived’ bererti ia adalah disebabkan oleh asas dan amalan penyusuan yang tidak betul. Hanya lima peratus wanita yang tidak berupaya untuk menghasilkan susu secukupnya dan ia berpunca daripada masalah tifoid, prolactin, PCOS (infertility) dan Hypoplasia.

“Kesimpulannya, 95 peratus wanita normal dan mampu menyusukan anaknya. Perkara yang menyebabkan seseorang ibu mempunyai persepsi yang salah (kekurangan penghasilan susu) adalah kekurangan ilmu mengenai penyusuan; payu dara kelihatan lembik dan proses lonjakan tumbesaran yang menyebabkan bayi menyusu dengan lebih kerap.

“Selain itu, tidak dapat menghasilkan susu dalam kuantiti yang banyak serta kurang pengalaman mengenai pengeluaran susu atau ‘Milk Ejection Reflexs’ (MER) atau let-down, serta bayi sentiasa meragam,” katanya.

Jelasnya penyusuan susu ibu juga adalah cara yang paling baik untuk menangani tekanan. Ia berlaku kerana hormon penyusuan secara semula jadi akan bertindak balas dan bertanggungjawab untuk memastikan kesihatan mental seseorang wanita itu terpelihara.

“Hormon Prolaktin iaitu hormon yang menimbulkan perasaan keibuan dan menjadikan si ibu tenang. Hormon oksitoksin pula adalah hormon yang mencetuskan perasaan kasih sayang. Kesan psikologi ini berkekalan sepanjang si ibu mengamalkan penyusuan ibu. Di sinilah keunikan yang ada pada penyusuan ibu jika si ibu mengamalkannya dalam erti kata sebenar.

“Ibu bekerjaya harus memperbanyakkan amalan penyusuan secara terus pada setiap peluang yang ada dan jangan terlalu bergantung kepada pemberian susu perahan. Amalan lebih banyak memberi susu perahan saja inilah yang menyebabkan ramai ibu berkerjaya tidak mendapat manfaat menyusu. Menyusu adalah titik permulaan ikatan kasih sayang sesebuah institusi keluarga dan melahirkan keluarga yang penuh kasih sayang,” katanya.

INFO:

 

Persediaan puasa ibu menyusu

  • Melewatkan sahur
  • Berbuka di awal waktu dengan mengambil makanan sihat seimbang. Minum cukup air.
  • Moreh
  • Memerah susu di awal hari
  • Berdoa
  • Bertawakal

Kebaikan menyusu buat ibu

  • Membantu mengecutkan rahim selepas bersalin dan mengurangkan pendarahan
  • Menjarakkan kehamilan secara semula jadi
  • Mengurangkan risiko kanser payu dara dan ovari
  • Mengurangkan risiko penyakit osteoperosis
  • Membantu ibu kembali ke berat badan asal selepas melahirkan bayi
  • Mengeratkan kasih sayang antara ibu dan anak

Kebaikan susu ibu kepada bayi

  • Kolostrum adalah sumber imunisasi pertama bayi
  • Mengurangkan masalah alahan
  • Mengurangkan masalah sistem penghadaman
  • Membekalkan zat untuk tumbesaran optimum
  • Mengurangkan risiko obesiti dan juga diabetes untuk bayi apabila dewasa kelak
  • Kajian menunjukkan bayi yang menyusu badan mempunyai perkembangan daya intelek yang lebih baik (IQ yang lebih tinggi iaitu sebanyak lima mata berbanding dengan bayi yang menyusu susu formula)

Kebaikan ibu menyusu kepada keluarga dan masyarakat

  • Mengurangkan kos perbelanjaan kerana tidak perlu membeli susu formula
  • Mengurangkan kos perubatan kerana bayi kurang sakit
  • Merapatkan hubungan kekeluargaan
  • Mesra alam – mengurangkan pencemaran dan melindungi alam sekitar kerana tidak perlu menggunakan sebarang pemprosesan, pembungkusan dan pemasaran
  • Menjimatkan kos perbelanjaan perubatan sesebuah negara untuk merawat masalah seperti jangkitan telinga, cirit-birit dan masalah pernafasan yang sering berlaku kepada bayi dan kanak-kanak
  • Mengurangkan kos untuk mengimport susu formula dari luar negara.

sumber : Berita Harian

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.

 

Berminat?

 

Hubungi saya di hanisamin@gmail.com atau SMS ke 010-4289601 (Hanis) untuk konsultasi mahupun maklumat lanjut.

 

 

Assalamualaikum

Pejam celik, pejam celik lagi beberapa hari saja lagi kita akan menghadapi. Semoga Ramadhan kali ini disambut dengan penuh kesyukuran dan kegembiraan. Untuk ibu-ibu menyusu, jom kita semak semula apa yang patut dilakukan ketika berpuasa supaya dapat berpuasa dalam masa yang sama terus menyusukan bayi.

Mula-mula kena faham konsep penyusuan.

Semasa baby menyusu, saraf2 di permukaan payudara akan memberi rangsangan ke Hipotalamus (kelenjar pd otak) untuk menghasilkan hormon Prolaktin & Oksitosin.
Dalam breast kite, Prolaktin akan perintah sel2 dlm breast menghasilkan ASI.
Manakala Oksitosin plak akan menyebabkan otot2 breast mengecut & memancutkan ASI keluar dr nipple. Sikit @ banyak susu yg dihasilkan/dikeluarkan adalah bergantung pd hisapan baby.
Makin kerap baby bf, makin byk ASI dikeluarkan/dihasilkan.
Inilah yg dinamakan SUPPLY AND DEMAND. Jadi, walaupun puasa, jangan skip pam ya. Untuk pastikan kekal bertenaga,

  1. Disiplin makan 3x sehari
    Ibu yg bf memerlukan tambahan kalori kira2 700 kalori sehari, 500 kal diambil dr makanan ibu & 200 kal diambil dr lemak dlm tubuh ibu (sbb itu ibu bf bantu turunkan berat badan). Jadi, kena pastikan tetap makan 3 kali sehari w/pun bulan puasa iaitu sahur, berbuka & sebelum masuk tidur. Makan sikit2 tapi kerap, selagi buka mata tu mengunyah je la x henti2. Tapi jangan makan sampai overload pula ya.

 

  1. Wajib makan kurma 3-7 biji setiap kali sahur
    Kurma mengandungi glukosa yg mampu berikan tenaga segera kepada badan. Ia kaya dengan protein, serat, gula, vitamin A & C serta zat mineral seperti besi, kalsium, sodium dan potassium. Kandungan protein di dalam sebiji kurma adalah kira-kira 1.8 hingga 2.0%, serat 2.0 hingga 4.0% manakala kandungan gulanya adalah 50 hingga 57%. Lgpun makan kurma kan sunat, dpt pahala & amat sesuai untuk ibu menyusu sbb ibu menyusu perlukan extra kalori!

 

  1. Pengambilan pemakanan seimbang & Supplement
    50% karbohidrat, 30% protein, 10-20% lemak. cth ambil nasi/mee masa sahur & berbuka, roti/biskut/kuih muih sebelum tidur. Jangan lupa ambil multivitamin khas tuk ibu menyusu spt New Obimin, Calsium magnesium (cal-mag) yg bole dibeli kat farmasi. Vit B sgt bagus memberi tenaga untuk tubuh badan kite, otak lebih fokus & emosi lebih stabil. Cal-mag penting menggantikan kalsium dlm badan ibu yg digunakan untuk penghasilan susu. Ia juga elok diambil semasa period, aku kalu period mmg susu akan merudum, sbbnye kekurangan kalsium dlm darah apabila darah kotor disngkirkan dr tubuh badan. Tidak lupa juga pil alfalfa yg bantu percepatkan penghasilan susu & memekatkan susu ~ pesakit SLE x bole makan alfalfaApa kata cuba ambil Set 3M kami, lengkap dengan mulltivitamin, b complex, vitamin C, alfalfa, calsium-magnesium dan juga protein.

 

  1. Bykkan pengambilan cecair
    2 liter sehari sgt perlu. Jadi bykkan minum air masak bermula waktu berbuka sehingga sahur & menjelang imsak. Letak botol air masak tepi katil, senang nak minum bila2 suka w/pun time tido. Tambahkan dgn minuman lain spt jus buah2an, minuman panas lain seperti horlick, milo, cereal & susu.
    Minum susu boleh mengurangkan anemia bg ibu menyusu/hamil serta memberi tenaga kpd ibu ketika berpuasa. Elakkan minum berais/ sejuk terutama waktu sahur/berbuka, sbb air sejuk bole wat kite cepat rase dahaga.
    Ambil minuman hangat sbb ia turut membantu melancarkan pengeluaran ASI. Minuman wajib aku ketika sahur susu annum+horlick+oat & susu segar tiap kali sebelum tidur & menjelang imsak. Dengan pengambilan supplemen sebaiknya minum 3 liter air sehari.Tambah pengambilan PD supaya badan kurang dehidrated dan lebih bertenaga.

 

  1. Tenang, rileks & percaya pd diri
    Yakin boleh meneruskan penyusuan, jgn risau ASI berkurangan/ x cukup untuk anak, sbb rasa risau itu akan menghalang kerja hormon Oksitosin mengeluarkan ASI, seolah2 susu ibu yg kurang. Fikiran yg tenang, badan yg relaks melancarkan pengeluaran susu.

 

  1. Elakkan melakukan aktiviti berat & lasak
    Apa2 saja aktiviti yg buat ibu lekas penat ~ kut kalu nak jogging ke, wall climbing ke tunggu ler lepas raya nnt yerk

 

  1. Kerap serta rajin menyusui & memerah
    Prinsip utama, makin kerap baby menyusu, makin byk susu terhasil. Jika kite kerap bf anak, susu ibu tetap ada tuk anak. Begitu juga bg ibu yg bekerja. Mengepam semasa bekerja dilakukan seperti biasa w/pun berpuasa. Rujuk balik prinsip DEMAND AND SUPPLY. Maknanya, semakin byk susu dikeluar/ semakin kerap breast dikosongkan maka semakin byk susu ibu yg akan dihasilkan. So, jika ibu stop pumping semasa bulan puasa atau kurang menyusukan anak atas sbb bimbang takut letih & kekeringan susu, maka susu ibu akan berkurangan sikit demi sikit. Kurangnye pengeluaran susu bukanlah disbbkan ibu berpuasa tapi sbb kurang stimulation samada direct bf atau pumping.

Berpuasa tetap wajib bg ibu mengandung dan menyusukan anak, tp kelonggaran diberi untuk tidak berpuasa berdasarkan keadaan ibu & baby, dan menggantikannya dgn berpuasa di lain waktu atau membayar fidyah atau memberi makan fakir miskin

Yakin pd diri, puasa atau tidak, ibu telah memberikan yg terbaik buat si anak. Ketahuilah ketika anak menyusu, si anak juga belajar mengembangkan naluri, merasakan kasih sayang & ikatan batin dgn si ibu, di mana ia adlah hak eksklusif yg x dpt dicari ganti!

sumber : Nurul Dhia

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.
Berminat?
Hubungi saya di hanisamin@gmail.com atau SMS ke 010-4289601 (Hanis) untuk konsultasi mahupun maklumat lanjut.


Translator
Translator Plugin
Ayat seribu dinar
Ahlan wasahlan…
Assalamualaikum & selamat sejahtera

Selamat datang ke Hanis Healthy Life. Hanis Amin adalah pengedar Shaklee yang sah, yang juga pengguna kepada produk Shaklee.

Untuk sebarang pertanyaan, hubungi kami di
email : hanisamin@gmail.com
sms/WhatsApp : +6010-4289601

Terima kasih.

Hazu Enterprise (SA0175455-W)

Set Istimewa untuk anda!

Breastfeeding Set
(Set Penyusuan)

Testimonial : KLIK SINI

==========================

Confinement Set
(Set Berpantang)

Testimonial : KLIK SINI

==========================

Skin Care Set
(Set Penjagaan Kulit)

Testimonial : KLIK SINI

==========================

Healthy Weight Set
(Set Berat Badan Sihat)

Testimonial : KLIK SINI

==========================

Baby & Children Health
(Kesihatan Bayi & Kanak-kanak)

Informasi


Sertai kami di Facebook!


Ada pertanyaan atau komen?