Best selling!!
Dapatkan info terkini segera..
* Setiap testimoni yang tertulis dalam laman web ini adalah pengalaman dari pelanggan sendiri dan hasil dari setiap pelanggan mungkin berbeza antara satu sama lain. Namun ini tidak bermakna vitamin ini boleh mengubat atau menyembuhkan penyakit. Sila konsult dengan pengedar anda untuk lebih lanjut.

PERHATIAN : Konsultasi selepas pembelian produk dan jadual pengambilan adalah khas untuk pelanggan kami sahaja. Sila rujuk pengedar anda untuk jadual pengambilan & kosultasi selepas pembelian. Terima kasih.
Free Palestine, Pray 4 Syria
Tabung Kecemasan Gaza Aqsa Syarif di sini :
http://on.fb.me/1jlP2li
Akaun Maybank Islamic : 551575-004299
akaun Bank Islam : 1209-20100-34904
email : projects@aqsasyarif.org.my

Tabung Kasih Ummah Syria
Bank Islam Malaysia Berhad
120290 100 63512
(Pertubuhan IKRAM Malaysia)
email : i4syria315@gmail.com

Posts Tagged ‘susu ibu’

Bercerita tentang kebaikan Set Penyusuan Shaklee ni memang saya suka sebab saya bermula dengan Shaklee disebabkan oleh Set Penyusuan Shaklee. Namun, memang banyak salah faham yang berlaku dengan Set Penyusuan Shaklee ni. Set ini bukan ubat mahupun sesuai yang magik, ambil terus susu mencurah-curah macam air paip. Ia hanyalah supplemen biasa ataupun dalam kata lain makanan tambahan sama seperti madu, susu, kurma dan lain-lain makanan tambahan yang bukan makanan utama kita.

Untuk ibu-ibu yang benar-benar faham asas penyusuan, biasanya takkan timbul salah faham. Yang menjadi masalah bila mereka yang tidak faham terus mencari milk booster tanpa faham konsep supply and demand. Hari ni saya nak share kebaikan Set Penyusuan Shaklee yang saya sendiri dah rasa. (Best pula tulis dalam bentuk point form, mudah nak baca)

Kebaikan Set Penyusuan Shaklee

Kebaikan Set Penyusuan Shaklee

1. Susu lebih banyak & pekat

Ini yang paling utama saya rasa. Betul, memang tak tipu. Melimpah ruah susu bila ambil Set Penyusuan Shaklee ni. Antaranya adalah sebab adanya Alfalfa yang memang terkenal sebagai Milk Booster turun temurun, ditambah pula dengan ESP yang memang sangat membantu penghasilan susu ibu. Tapi sekali lagi, of course la kena konsisten pam/menyusu dan juga banyakkan minum air masak. Hasil pam juga menunjukkan susu lebih pekat dari sebelumnya.

Jom baca kisah saya di bawah:

Read the rest of this entry »

ESP sebagai milk booster

Assalamualaikum…

Bila sebut milk booster ni memang pelbagai isu yang timbul. Ramai yang marah bila kata ESP sebagai milk booster no 1. Ada yang mengatakan tiada milk booster di dunia ni.  Orang di Afrika pun masuk boleh menyusukan anak dengan kekurangan nutrisi. Benar, memang benar. Tidak salah sama sekali. Allah dah ciptakan manusia ni dengan sangat hebat.

Yang penting seseorang ibu tu perlu faham asas penyusuan iaitu semakin kerap susu dikeluarkan, semakin banyak susu yang terhasil. Atau dalam kata mudahnya disebut supply and demand. Untuk ibu bekerja, yang anak tidak sentiasa berada di depan mata dan tak boleh pam dengan kerap, memang lama-kelamaan masalah kurang susu akan berlaku. Macam saya sekarang, walaupun zilal dah 1 tahun 8 bulan, alhamdulillah masih menyusukan dia sepenuhnya dengan susu ibu. Cuma bila dah semakin besar, dah semakin banyak makan benda lain, demand semakin kurang. Dah tak kerap bengkak susu seperti dulu. Cuma kalau ada majlis dan dia sibuk bermain sampai terlupa susu, memang akan bengkak juga.

Tapi, saya bukan ambil supplemen semata-mata untuk banyakkan susu. Tetapi juga untuk membantu saya lebih cergas, lebih bertenaga dan lebih sihat. Memang letih bila anak kerap mengempeng, di samping sibuk menguruskan rumah. Jadi, bagi saya, supplemen memang banyak membantu saya.

Lagi satu, kena ingat penyusuan berkait rapat dengan perasaan ibu dan mempunyai proses yang kompleksProses itu dipengaruhi oleh hormon dan hormon adalah sejenis protein. Kalau diet ibu kurang protein?


Penyusuan juga dipengaruhi oleh emosi ibu. Ibu yang gembira & tenang akan menghasilkan susu yang banyak. Ramai tak tahu kekurangan vitamin tertentu boleh menyebabkan stress dan penat. Mungkin kekurangan nutrisi setiap ibu berbeza, sebab itu ada yang berjaya dengan longan kering, pucuk ubi, lobak putih dan ada yang tidak. (sumber)

Read the rest of this entry »

Assalamualaikum…

Anda berniat menyusukan anak sehingga 2 tahun, tapi malangnya baru habis pantang susu pun mulai kering?

Dah cuba pelbagai Milk Booster tetapi masih tidak berhasil?

Ketahui rahsianya!!!

Rahsia Banyak Susu Terbongkar!!

Rahsia #1 (Rahsia Utama)

Pastikan pengambilan makanan waktu utama(sarapan, makan tengah hari, makan malam) adalah lengkap dan seimbang. Makanan inilah yang diperlukan oleh ibu untuk menghasilkan susu. Ada ibu-ibu yang sangat takut untuk mengambil makanan berat kerana risau gemuk, maka golongan ini akan kurang makan atau makan sekadarnya. Mereka yang mengambilan makanan harian tanpa mengambil kira zat yang diambil, kemudian mereka mula bertanya, Mengapa berat badan anak saya tidak naik ya??

Rahsia #2

Banyakkan minum air terutama air masak. Ianya tidak boleh dipandang remeh. Susu itu sendiri dalam bentuk cecair maka air sangat penting. Air sangat penting untuk menyahkan segala toksin dalam badan. Maka si ibu yang sihat akan menghasilkan susu yang berkualiti.

Rahsia #3

Pengambilan supplemen atau makanan tambahan sangat penting. Ya, sangat penting! Mengapa?

Kerana ia membantu agar tubuh menjalankan fungsinya dengan baik. Pengambilan supplemen membantu metabolisma badan yang seimbang.

Contohnya : Pengambilan B complex membantu sistem tubuh badan berada dalam keadaan tenang dan rehat. Susu ibu akan lebih mudah terhasil apabila ibu berada dalam keadaan tenang berbanding runsing dan keletihan. B complex juga berfungsi sebagai pemecah gula dalam sistem tubuh maka ia sangat penting untuk memastikan seseorang itu tidak gemuk dan tidak menghidap penyakit kencing manis.

Pengambilan Omega Guard pula membantu agar lemak yang diambil dari pemakanan seharian tidak mendatangkan mudarat. Ia membantu memecahkan lemak dalam tubuh dan sekaligus membantu membekalkan DHA dalam susu ibu.

Rahsia #4

Makan dengan gembira. Pernah dengar situasi seperti ini

“Bila saya minum air longan saya merasakan payudara saya bengkak dan hasil perahan lebih banyak. Seronoknya! Saya yakin dengan minum air logan setiap hari susu saya akan bertambah banyak. ” Maka ibu ini pun kongsikan tips ini dan ibu-ibu yang mengalami masalah susu merudum terus mencari air longan dengan segera. Namun pastinya ada yang merasakan ada perubahan, namun ada juga ibu-ibu yang tidak merasakan perubahan. Mengapa?

Hakikatnya ibu tersebut mendapat hasil yang lumayan kerana mereka menikmati makanan tersebut dengan sangat gembira. Apabila kita makan dengan rasa gembira, maka badan kita akan menghasilkan hormon yang memberikan ketenangan dalam tubuh kita seterusnya melonjakkan penghasilan susu dengan lebih baik.

Rahsia #5

Kerap pam susu secara konsisten. Ada ibu yang bila lihat susu sedikit mula culas dan malas untuk pam susu dan mengharapkan susu tersebut menjadi banyak dengan pelbagai milk booster. Ada ibu yang mula berhenti pam kerana sus keluar hanya 1-2 titik sahaja. Apabila kita teruskan pam dengan konsisten, otak akan menerima signal bahawa lebih banyak susu yang diperlukan, maka lama-kelamaan badan akan menghasilkan susu lebih banyak. Berbanding dengan mereka yang terus berhenti pam, badan akan menerima signal bahawa susu tidak diperlukan lagi. Maka walau sebanyak mana pun milk booster yang diambil, susu tetap tidak kembali banyak.

 

Maka dapat saya simpulkan bahawa pemakanan sangat penting dalam memperbanyakkan susu. Ada ibu yang mengadu dah ambil semua supplemen yang dicadangkan, namun hasil tetap kurang. Bila ditanya pemakanan tengah hari, dijawab saya memang tak makan tengah hari. Bolehkah sebatang tebu menghasilkan sejug air tebu? Walau secanggih mana pun mesin yang digunakan tentunya tidak dapat menghasilkan satu jug air tebu. 

Makanlah dengan penuh gembira tetapi berpada-pada dan jangan lupa untuk pam juga ya. Ada juga ibu bila ditanya jadual pam, menjawab saya tak pam sebab takde susu. tunggu bengkak baru saya pam. Aduhai teman-temanku sayang, bagaimana otak nak memberi arahan pada badan untuk menghasilkan susu kalau tiada permintaan?

Hakikatnya, supplemen sekadar membantu melengkapkan zat-zat yang kurang dalam badan dan memastikan susu ibu berkualiti serta membantu membakar lemak-lemak tepu dalam badan. Saya yakin ibu-ibu menyusu yang mengamalkan supplemen akan mendapati tubuh mereka lebih mudah kembali ke bentuk asal serta mendapat kulit yang cantik. Hanya dengan mengamalkan rahsia-rahsia ini.

Selamat mencuba!

kredit to AnakkuWiraku

Berminat?

Hubungi saya sekarang!!
Your Shaklee Independent Distributor
Hanis Amin
♥ SMS | WhatssApp : 010-4289601
♥ Shaklee ID : 837662
♥ FB Page : http://www.facebook.com/HanisHealthyLife
♥ Email : hanisamin@gmail.com

Nak tahu tips menyusu di bulan Puasa (Ramadhan)?

Assaamualaikum..

Alhamdulillah, Ramadhan hampir tiba. Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan. Dah bersedia dari segi emosi, fizikal, mental, rohani?

Untuk ibu-ibu yang menyusu, risau susu tak cukup di bulan puasa?

Jom tukar ayat dari

“Bulan puasa ni tak boleh makan dan minum sesuka hati. Risau pula kalau susu kurang”

ke

“Bulan Ramadhan ni bulan yang barakah. Walaupun puasa tentu susu banyak”

Sentiasa berfikiran positif ya.

Di bawah ni saya bagi sedikit tips buat ibu-ibu yang menyusu

tips menyusu di bulan puasa

 

Jom perbanyakkan amalan di bulan Ramadhan.

Jom baca tips-tips puasa yang lain

Tips berpuasa tanpa mengganggu pengeluaran susu ibu

Persediaan puasa untuk ibu menyusu

Puasa tidak jejas susu ibu

Susu merundum ketika berpuasa?

Bulan puasa susu mencurah-curah!

Tips menyusukan anak ketika berpuasa

Perancangan awal untuk atasi masalah susu ibu di bulan puasa

dan lain-lain di http://healthy.babykawaiistore.com/category/puasa

Assalamualaikum

Susu merudum ketika haid?

Sesetengah wanita mengalami penurunan dalam penghasilan susu ibu sejak dari ovulasi (pertengahan kitaran) sehingga hari pertama atau dua tempoh haid datang. Tahap kalsium dalam darah wanita secara beransur-ansur berkurangan sepanjang tempoh masa ini, dan bagi sesetengah wanita penurunan kalsium dalam darah menyebabkan penurunan dalam bekalan susu. Bagi wanita yang mempunyai masalah ini, kalsium-magnesium tambahan boleh membantu. Amalan ini juga telah dilaporkan akan mengelakkan kekejangan rahim dan beberapa ketidakselesaan prahaid(PMS).

Dos kalsium tambahan yang disyorkan adalah antara 500 mg calcium/250 mg magnesium dan 1500 mg calcium/750 mg magnesium (dos yang lebih tinggi adalah umumnya lebih berkesan). Dos kalsium yang tinggi ini tidak boleh diambil secara solo, tetapi sebagai kombinasi kalsium dan magnesium. Jika tidak kalsium tidak dapat diserap ke dalam badan dengan baik. Jumlah pengambilan makanan tambahan(supplemen) bergantung kepada komposisi diet anda – lebih banyak pemakanan protein haiwan, lebih kalsium-magnesium yang diperlukan. Jika anda adalah seorang vegetarian, dos yang lebih rendah lebih baik.

sumber

SHAKLEE OSTEMATRIX Ostematrix kalsium-magnesium

Lebih daripada Sekadar Kalsium
OsteMatrixTM membekalkan nutrien-nutrien harian termasuk kalsium yang dapat membantu dalam pembentukan dan penjagaan tulang dan gigi.  Ia juga mengandungi magnesium, vitamin D dan mineral zink, tembaga dan manganese untuk membantu dalam memelihara kesihatan yang baik.  Kaplet yang bersaiz kecil dan disalut licin ini juga mudah ditelan. Tiada perasa tiruan, pemanis, pewarna atau bahan pengawet tambahan. Pengambilan yang disyorkan ialah sebanyak 4 biji sehari, di mana akan membekalkan 1000 mg kalsium/400 mg magnesium. Ini bermakna, setiap sebiji pil Cal-Mag Shaklee boleh membekalkan 250 mg kalsium/ 100 mg magnesium.

“Kenapa Shaklee tak buat sebiji ‘gedabak’ terus macam Vita-Lea? Leceh laa nak kena makan 4 biji pulak.”

Inilah keunikan Shaklee. Anda boleh tentukan berapa jumlah kalsium-magnesium dan Vitamin D yang anda perlukan setiap hari. Andaikan, anda dah minum segelas susu penuh tinggi kalsium pada waktu pagi, tak perlulah anda makan sampai 4 biji. Anda kira sendiri, dan dapatkan baki jumlah kalsium & vitamin D harian yang anda perlukan melalui OsteMatrix. Kalau buat sebiji besar terus nanti, takkan anda mahu kerat 4 pula kan? Tak hygiene & accurate nanti. Maka, sebab itulah OsteMatrix didatangkan dalam sebiji pil yang comel, yang lengkap dengan khasiat Kalsium-Magnesium-Vitamin D dan banyak lagi yang mudah untuk anda ambil.

*Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.

Berminat?

Hubungi saya sekarang!!
Your Shaklee Independent Distributor
Hanis Amin
♥ SMS | WhatssApp : 010-4289601
♥ Shaklee ID : 837662
♥ FB Page : http://www.facebook.com/HanisHealthyLife
♥ Email : hanisamin@gmail.com

Assalamualaikum..

 

Seringkali ibu-ibu merungut kenapa susu mereka cair?Atau anda pernah dengar susu belah kanan nasi, susu belah kiri air? Sebenarnya ini merujuk kepada foremilk dan hindmilk…

Apakah foremilk dan hindmilk?

foremilk dan hindmilk

Setiap production susu ibu mengandungi 2 peringakat iaitu foremilk (susu awal) dan hindmilk (susu akhir) yang mana kedua-duanya adalah penting dan diperlukan oleh setiap bayi.

1. Foremilk

Susu awal yang dihasilkan dan diterima bayi atau dalam kata lain susu yang mula mula keluar. Ia selalunya kelihatan kebiruan seperti air biasa dan agak cair. Foremilk mengandungi lebih banyak air, kurang lemak dan karbohidrat yang dapat menghilangkan dahaga bagi bayi.

2. Hindmilk
Selepas beberapa minit penyusuan, bayi akan mendapat susu akhir dimana ianya kelihatan agak pekat, lebih berkrim dan disukai ramai  . Selain itu, hindmilk mengandungi kalori yang tinggi, kaya dengan lemak, dan ia amat penting untuk tumbesaran bayi. Hindmilk boleh diibaratkan seperti makanan yang lengkap dan sempurna untuk bayi dan membantu bayi menambah berat badan. Apa yang saya tahu, kebaikan untuk ibu pula, jika ibu mengalami puting luka (sore nipple), ianya dapat sembuh dengan cepat kerana susu ini lebih moisturized serta dapat melegakan kesakitan pada nipple. (sumber)

Mana satu yang lebih penting antara foremilk (susu awal) dan hindmilk (susu akhir) ni?

Jawapannya kedua-duanya sangat penting. Foremilk, seperti saya tulis di atas sana, mengandungi protein, vitamin, karbohidrat dan juga laktosa yang penting untuk perkembangan otak bayi serta tenaganya. Foremilk jugalah yang menghilangkan haus bayi kita kerana kandungan air yang tinggi (oleh sebab itu bayi menyusu badan tak perlu air masak ya.. dalam susu dah cukup airnya). Manakala hindmilk pula mengandungi lemak yang penting untuk tumbesaran dan mengenyangkan bayi kita. Kalau bayi tak dapat cukup foremilk, bayi boleh dehydrate (kurang air dalam badan), kurang hindmilk pula, bayi tak kenyang dan tumbesaran tak berapa bagus.

Sebab itu amat penting untuk menyusukan anak sehingga payudara berasa ringan, yakni sehingga anak mendapat hindmilk. Dengan ini bayi akan merasa kenyang dan mendapat semua kebaikan foremilk.

Amatlah PENTING bagi seorang ibu untuk kerap mengosongkan payudaranya (dengan cara mengepam atau menyusukan secara direct feeding) kerana menurut teori, semakin ‘sedikit’ susu yang berada dalam payudara, semakin banyak hindmilk; maknanya ia semakin pekat (tidak hairan sesetengah ibu mendapati susu lebih pekat di bulan puasa atau semasa berpuasa). Ibu-ibu yang membiarkan payudaranya bengkak dan tunggu “susu penuh” akan mendapati susunya lebih kelihatan cair apabila dipam, dan ketidakseimbangan antara foremilk dan hindmilk = foremilk lebih banyak. Bila foremilk lebih banyak, bayi akan mendapat banyak ‘susu cair’ dan ini menyebabkan bayi tidak berasa kenyang (macam kita minum air semata, makan tidak).

Tanda2 anda mengalami ketidakseimbangan foremilk-hindmilk:

1.Bayi selalu meragam
2.Bayi kembung
3.Najis bayi menjadi kehijauan
4.Bayi tak kenyang
5.Berat badan bayi tidak meningkat seperti yang sepatutnya
6.Bayi kerap sangat berak

Jadi, kalau ibu dapati bayi ada benda2 di atas, kemungkinan penyebabnya ialah:

1.Susu ibu yang tidak seimbang antara foremilk dan hindmilk – foremilk lebih banyak.
2.Ibu cepat sangat menukar payudara semasa menyusu, tak sempat baby nak dapat hindmilk.
3.Susu ibu terlalu banyak (oversupply) hingga bayi tak sempat dapat hindmilk sebab dah ‘muak’.
4.Bayi yang hisap sikit, tertidur – tak sempat dapat hindmilk.

Jadi, apa yang ibu boleh buat?

1. Susukan bayi dengan sebelah payudara saja. Yang lagi sebelah lagi pam.
2. Ibu yang mengalami milk oversupply boleh mengepam secara rutin dan menyusukan bayi di antaranya.
3. Mengepam sedikit sebelum menyusukan bayi supaya bayi mendapat hindmilk.
4. Mengepam secara konsisten agar lebih kerap payudara dikosongkan- mengurangkan tindakbalas osmosis yang menjadikan susu lebih cair.
5. Mengambil makanan yang tinggi protein dan serat.

sumber

Jadi, untuk membolehkan bayi mendapat khasiat seimbang, ibu-ibu boleh menyusukan bayi sekurang-kurangnya 15 – 20 minit bagi sebelah breast sebelum menukarkan ke sebelah lagi breast. Sebaik-baiknya teruskan sehingga breast terasa kosong. Jika breast di sebelah (yang bayi tidak menyusu) teras berat dan penuh, ibu boleh mengepam sambil menyusu untuk membuat stok EBM.

Semakin kerap breast diransang, semakin banyak susu diproducekan

p/s – Mungkin orang dulu kerap susukan belah kanan dulu, kemudian bila diperah keluar tengok yang belah kanan lebih pekat, yang kiri cair je. Mungkin tu sebab keluar teori kanan nasi, kiri air. Ini sekadar pandangan saya. Kerana zaman sekarang tak macam dulu, sekarang dah ada banyak teknologi dan kajian-kajian yang dibuat oleh pakar dimana ianya telah terbukti benar
Your Shaklee Independent Distributor
Hanis Amin
♥ SMS | WhatssApp : 010-4289601
♥ Shaklee ID : 837662
♥ FB page : http://www.facebook.com/HanisHealthyLife
♥ Email : hanisamin@gmail.com

 

Assalamualaikum..

Persoalan Susu Ibu dan Vitamin

Saya kongsikan Q&A dari Kak N yang biasa ditanya oleh ibu-ibu…

Orang tanya, benarkah pengambilan vitamin Shaklee boleh buat susuibu pekat?
Memang benar kerana pengambilan vitamin sendiri akan meningkatkan kepekatan darah si ibu maka sebab itu la si ibu perlu mengamalkan pengambilan air kosong yang seimbang dan tidak kurang 3L sehari jika amalkan vitamin.

Mengapa bila susu pekat anak minum sedikit, adakah benar anak mudah kenyang?
Samakah bila kita minum milo pekat dengan milo cair? Pasti tidak …cuma nama minuman itu tetap milo. Jika baby terbiasa dengan susuibu yang sedikit cair dan bila tiba-tiba berubah menjadi pekat, anak hanya akan minum sedikit sahaja untuk membiasakan dengan rasa baru tersebut. Jika selepas minum anak tak mudah merengek atau nangis, insyaALLAH ia puas walaupun hanya dengan minum sedikit.

Benarkah susu pekat itu bermakna susu mengandungi banyak vitamin?
Tiada kajian yang saintifik dilakukan namun yang pasti apa jua si ibu makan akan disalurkan kepada si anak melalui susuibu. Hanya melalui pengalaman saya dan pemerhatian ke atas ibu2 yang mengamalkan pengambilan vitamin mendapati perubahan yang ketara kepada pertumbuhan si anak di mana 6 bulan pertama perkembangan sangat2 mengalakkan selain bayi dikatakan mempunyai tahap kesihatan yang baik berbanding sebelum si ibu itu mengamalkan pengambilan vitamin.

Apakah fungsi utama pengambilan vitamin sepanjang mengandung dan sepanjang penyusuan?
Ibu mengandung diwajibkan mengambil vitamin b, folic asid, obimin (multivitamin) serta tablet zat besi jika didapati kekurangan darah. Ini demi mengurangkan risiko kematian si ibu apabila melahirkan anaknya.

Namun selepas melahirkan si ibu itu mempunyai pilihan untuk menyusukan anaknya dengan susuibu atau susu formula. Maka kepentingan vitamin ini tidak dipentingkan seperti masa mengandung. Namun untuk ibu yang menyusukan anaknya dengan susuibu dan  bagi yang sedar tentang cara hidup yang terkejar2, masakan yang ringkas dan tidak mengikut panduan piramid makanan, faktor persekitaran yang sangat tercemar, pasti meneruskan pengambilan vitamin demi kesihatan diri. Vitamin ini hanya membantu agar si ibu itu sustained bertenaga, energetic, ceria dan bersemangat sepanjang hari. Bila si ibu itu sihat dan bersemangat, pasti matlamat penyusuan 2 tahun menjadi sasaran walau apapun dugaan yang datang.

Pengalaman sendiri menyusukan anak dengan vitamin?
Saya sendiri tidak tahu pada awalnya sepanjang menyusu bahawa vitamin akan disalurkan kepada bayi melalui susuibu. Namun apabila satu hari saya ke klinik Haizam untuk membuat check up bulanan untuk anak saya, doc mula menegur terutama apabila berat Addin yang berumur 5 bulan telah mencecah 10kg!

Masih ingat lagi Doc Haizam bertanya “Sihat baby ni! Dia ada makan apa ibu?”
Saya menjawab “Tak de lagi doc sebab belum 6 bulan kan? Saya hanya bagi dia susubadan sahaja”
Doc Haizam “Ibu ada makan vitamin apa2 ke?”
Saya menjawab “Ada, vitamin Shaklee”
Doc Haizam “Vitamin Shaklee bagus tapi mahal, but you pay for the quality off course”.
So bila time Nasa pun, Doc Haizam akan sebut, “Bagus minum susuibu, anak sihat”….masakan tidak, Nasa lahir 3.3kg, bulan pertama 5.3kg, bulan kedua 7.3kg dan bulan ketiga 8.9kg……so benarlah vitamin ibu makan disalurkan kepada mereka kan?

Satu kepuasan keluar dari bilik Doc. Abah pun tersenyum sebab satu pelaburan yang berbaloi apabila melihat anak sihat dan pertumbuhan yang sihat. Tapi mereka mula membesar seperti biasa apabila mereka mula aktif. Tiada istilah overweight jika anak minum susuibu sebab kandungan susuibu tidak seperti susu formula.

Benarkah hanya Shaklee yang memberi kesan yang baik pada penyusuan?
Tidak sama sekali. Bagi yang berkemampuan boleh mendapatkan vitamin yang berbayar seperti Shaklee dan berjenama seangkatan dengannya. Bagi yang kurang berkemampuan, boleh mendapatkan di klinik kerajaan. Ianya balik pada kemampuan masing-masing. Ada ibu yang suka melahirkan di klinik swasta dan ada di klinik kerajaan. Tiada masalah sama sekali. Cuma kalau si ibu mampu keluarkan duit beli handbag , handphone dan tudung berjenama mahal…tak salah keluarkan sedikit belanja untuk diri sendiri dan berikan hak di klinik kerajaan yang kita boleh amik free tu kepada yang lebih layak.

Pam susu
Masa zaman Addin ibu mula pam dan susuibu hanya tersimpan dalam peti beku. Namun sebab tak kerja, dan tiada banyak maklumat yang ibu belajar tentang susu beku, maka abah mencadangkan susu tersebut disiram sahaja pada pokok bunga. Masa tu tak de forum susuibu atau apa jua kumpulan sokongan macam sekarang.  Masa Nasa pula sama juga, pam juga masa pantang aje tapi lepas niat nak cuti tanpa gaji sebab nak susukan sepenuhnya dengan susuibu, ditambah Nasa tak nak minum guna botol….maka susu beku tu pun menjadi air siraman pokok buah aje ditepi rumah. Sebab itu ibu sangat bangga bila ada kawan penyusuan yang cekal dan kuat semangat yang tetap konsisten membuat perahan susu dikala mereka dipejabat demi memastikan si kecil mereka mendapat nikmat minum susuibu.

Dua tahun tu tak lama….satu kepuasan bila kita menjayakannya. Bagi yang belum pernah, teruskan usaha. Doa ibu sentiasa mengiringi kalian!

Ini pilihan saya..

Set Penyuan Set 3M

Anda bagaimana?

Jom baca pengalaman saya sebelum ini :

Shaklee menguruskan badan?

Testimonial : Susu bertambah dengan ESP

Benarkah susu saya tidak banyak?

Mengimbau kenangan….

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.

Berminat?

Hubungi saya di hanisamin@gmail.com atau SMS ke 010-4289601 (Hanis) untuk konsultasi mahupun maklumat lanjut.

Assalamualaikum..

Adakah makanan yang tidak boleh diambil oleh ibu menyusu?

Adakah pantang larang dalam pemakanan ibu menyusu?

pemakanan ibu menyusu

SERINGKASNYA, NO – TAK ADA APA
Makanlah apa yang ibu suka makan. Malah, jika anda makan makanan favourite dengan rasa gembira dan mengekalkan mood itu hingga waktu menyusu atau memerah, besar kemungkinan milk production anda akan turut meningkatkan secara semulajadi. Ini kerana, mood dan emosi mempengaruhi production ibu.

Tentunya susu anda susu yang berkualiti walau apapun yang anda makan, kerana susu dihasilkan bukan melalui diet anda. Tetapi ini bukanlah bermaksud ibu2 boleh makan apa sahaja makanan bergula, berkanji dan makanan yang “sedap tetapi tidak sihat”. Ini kerana makanan berkanji, bergula akan menghasilkan “empty calories” Dan dalam masa yang sama, kelenjar mamari (kelenjar utk menghasilkan susu) akan menggunakan semua vitamin, mineral dan protein dari kalori “kosong” tadi utk keperluan penghasilan susu. Anda akan hanya merasa letih dan “used up” tetapi berat tidak akan berkurangan dek penggunaan kalori tadi. Malah akan bertambah berat

Seorang ibu akan menghasilkan 600-1000 ml (20-35 oz) dalam masa 24 jam ~ bergantung kepada umur, saiz dan permintaan dari bayi. Dan setiap 1000 ml susu yang terhasil akan memerlukan 1000 kalori untuk tenaga dalam susu dan tenaga ini digunakan untuk menghasilkan susu. Ini belum dihitung kalori yang diperlukan utk tenaga oleh tubuh si ibu. Dan ingat ya, bukan semuanya di dapati dari diet si ibu, sesetengahnya di dapati dari simpanan lemak di dalam badan ibu semasa mengandung. :-)

Saya ingin tekankan sekali lagi bahawa amaun makanan dan apa jenis makanan yang di ambil oleh ibu tidak sesekali akan mempengaruhi kuantiti mahupun kualiti susu yang dihasilkan. Dalam erti kata lain “minum air banyak untuk hasilkan susu banyak atau harus makan banyak untuk banyakkan susu”. Tidak sesekali dan tiada kaitan. :-)

Semasa menyusu, badan ibu memerlukan lebih protein dan kalsium. Dengan mengambil makanan yang sihat dan baik adalah “hadiah” buat diri sendiri sebenarnya. :-) Mengambil makanan mengikut piramid makanan membantu anda mengetahui jenis2 makanan yang perlu di ambil dalam setiap hidangan.

Susu ibu walau bagaimanapun, tetap yang terbaik, bernutrisi dengan tahap imun yang tinggi walaupun anda tidak mengamalkan pemakanan yang sempurna. Apalagi jika anda mengamalkan pemakanan yang sempurna. Pengambilan vitamin dan supplemen adalah sokongan kepada pemakanan yang tidak seimbang dan membantu kesihatan ibu dan menyumbang pada peningkatan taraf hidup secara keseluruhan.

Walau bagaimanapun, pengambilan vitamin sendiri akan meningkatkan kepekatan darah si ibu maka sebab itu la si ibu perlu mengamalkan pengambilan air kosong yang seimbang dan tidak kurang 3L sehari jika amalkan vitamin.

ALAHAN DAN BAYI
Dalam sedap-sedap ibu makan tu, kena juga perhatikan sama ada anak yang disusui ada  mengalami alergic terhadap makanan tersebut. Selalunya tidak. Namun, kalau dah setiap kali makan, memang anak tunjukkan tanda alahan seperti naik ruam, cirit birit dan sebagainya, jadi kenalah hindarkan makanan tersebut. Ikan yang biasanya mengadungi kandungan merkuri tinggi juga harus dielakkan sama ada ibu menyusu atau mengandung lagi. Samalah juga dengan makanan-makanan yang sejuk atau berangin. Ada sesetengah bayi akan cepat kembung selepas menyusu jika ibunya makan makanan berangin.

Protein mampu disalurkan pada bayi melalui susu ibu. Jadi, jika anak alah pada protein lembu, ibu pun perlu pantang protein lembu. Juga kekacang jika memang ada sejarah keluarga yang alah. Untuk mengetahui, boleh test sendiri dengan kadar yang sedikit atau jumpalah doktor. Pastikan anda catat keadaan anak supaya senang nak beritahu doktor dan elakkan makanan tersebut.

ADA KESAN TAK KALAU IBU MENYUSU AMBIL SUPPLEMEN?
Yang PASTI khasiat dan kecergasan dari pemakanan vitamin akan dapat dinikmati oleh ibu.

Vitamin B Complex dan Vitamin C adalah jenis larut air. Jadi, ia boleh meningkatkan kuantiti susu sehingga satu tahap. Namun, lepas tu, kalau kita up pun Vitamin C tu, tak adalah kuantiti susu akan turut bertambah. Kekerapan menyusu dengan betul dan efektif yang akan membantu meningkatkan pengeluaran susu ibu.

Vitamin larut lemak iaitu Vitamin E & A perlu dikawal dan mengikut sukatan yang betul. Ini kerana ia memberi kesan pada susu manusia dan boleh memudaratkan bayi jika berlebihan.

Kalau ibu tu tak ambil daging sebab vegeterian, sebaiknya tambah vitamin B 12 dalam diet.

Rujukan ini adalah dari www.kellymom.com

KOMPOSISI SUSU IBU
Jadi, memanglah pengambilan supplemen akan mempengaruhi komposisi susu ibu walaupun hanya minor. Namun, susu ibu tetap yang terbaik berbanding susu formula tidak kira ibu mengambil supplemen atau tidak dan tidak kira  ibu mengambil pemakanan yang seimbang atau tidak.

VITAMINS

The amount and types of vitamins in breast milk is directly related to the mother’s vitamin intake.  This is why it is essential that she gets adequate nutrition, including vitamins.  Fat-soluble vitamins, including vitamins A, D, E, and K, are all vital to the infant’s health.  Water-soluble vitamins such as vitamin C, riboflavin, niacin, and panthothenic acid are also essential.  Because of the need for these vitamins, many healthcare providers and lactation consultants will have nursing mothers continue on prenatal vitamins.

Rujukan ini adalah dari http://www.americanpregnancy.org

Jadi, jangan jadikan alasan untuk tidak menyusukan anak kita kerana kita tak sunggup berjauhan dengan makanan kegemaran kita atau tak mampu beli supplemen. Anda tetap dapat menikmati makanan kegemaran anda dan menyusukan bayi dengan gembira.

Supplemen pula membantu supaya kita boleh fokus, mengawal stress dan cergas sepanjang masa.  Jadi, tak adalah alasan tak nak pumping. Jangan cari alasan tapi carilah punca dan jalan penyelesaian pada setiap masalah kita.

sumber : MamaQaireen, Sarakids

Saya memilih untuk mengambil supplemen Shaklee. Anda bagaimana?

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.

 

Berminat?

 

Hubungi saya di hanisamin@gmail.com atau SMS ke 010-4289601 (Hanis) untuk konsultasi mahupun maklumat lanjut.

Assalamualaikum..

Adakah ada ibu yang tak cukup menghasilkan susu dan ada bayi yang tak cukup susu?

Ramai ibu yang baru melahirkan anak risau tentang anak kecilnya yang tidak cukup susu. Ada antara kawan-kawan yang tidak yakin susu ibu dapat memenuhi kantung perut dan mengenyangkan bayi mereka.

Ramai juga antara mereka tidak tahu, bahawa saiz perut si kecil yang baru lahir tidak lebih dari sebesar guli kecil ataupun sebiji kacang kuda (5-7ml).

Bayi tak cukup susu

Kurangnya kesedaran tentang saiz perut bayi baru lahir, maka ramai ibu yang tidak yakin untuk menyusukan anak mereka kerana menyangka susu yang mereka hasilkan tidak sebanyak susu formula dalam botol kecil yang mereka buat.

Menurut Puan Rita Rahayu, seorang pakar laktasi bertauliah, bayi kecil yang baru lahir tidak memerlukan kuantiti susu yang terlalu banyak kerana saiz perutnya yang sangat kecil.

Mengetahui tentang itu, ‘badan ibu’ hanya menghasilkan antara 20-30 ml yang sebenarnya sangat banyak untuk seorang bayi. Ye la, cuba bayangkan saiz perut si kecil yang hanya 5-7ml kapasitinya dan kuantiti kolostrum yang 4 – 5 kali ganda banyaknya. Bukankah lebih dari cukup?

Jadi, soal susu tidak cukup untuk bayi baru lahir seharusnya tidak timbul. Badan ibu secara semulajadinya mengetahui apa yang diperlukan oleh bayinya. Kuantiti susu ibu yang diminum oleh anak secara susuan terus tidak semestinya sama dengan kuantiti susu yang diperah.

Jadi, jika anda mahu menyusukan anak secara eksklusif, tambahkan pengetahuan dengan menghadiri kursus penyusuan yang banyak dianjurkan oleh badan-badan swasta dan juga hospital kerajaan.

Lengkapkan diri dengan maklumat penyusuan dengan sebaiknya supaya azam untuk menyusukan anak secara eksklusif tidak terbantut di tengah jalan dek kekurangan ilmu. Ibu-ibu perlu ingat, menyusukan anak di waktu zaman sebegini perlu dilakukan dengan ilmu penuh di dada.

Ramai juga ibu yang merasakan susu tak cukup kerana bayi asyik terjaga dan tidak tidur lama. Susu ibu mudah dihadamkan oleh bayi, oleh itu bayi akan lebih kerap menyusu dalam masa sejam setengah atau 2 jam sekali. Berikan susu sekurag-kurangnya 8-10 kali sehari untuk bayi anda.

 

Selamat Menyusukan Anak Anda. Tiada yang lebih baik dari susu ibu…

 

sumber : http://www.iluvislam.com/keluarga/ibu-bapa/1471-saiz-perut-bayi.html

 

 

Assalamualaikum…

Jom cuba resipi ESP yang sihat semasa dalam pantang.

Resipi 1

Bahan-bahan :
1/2 inci halia muda
6-7 biji kurma – dibuang biji
1 setengah cawan air
1 sudu besar ESP

Cara-caranya :
1) Tumbuk halia dan kurma sehingga sedikit lumat
2) campurkan dengan 1 cawan air dan reneh dalam periuk guna api perlahan. Biarkan suam sedikit.
3) Masukkan 1/2 cawan air masak dalam cawan dan campurkan ESP. Kacau dengan kuat sehigga larut.
4) Tapis air rebusan halia dan kurma tadi dan tambahkan dalam cawan yang mengandungi ESP.
5) Kacau sebati dan sedia untuk diminum.

Air rebusan halia dan kurma boleh dibuat banyak dan diminum sepanjang hari.

Resipi 2

Dalam pantang sebaiknya minum air panas supaya darah mengalir dengan lebih baik dan badan sentiasa panas. Tapi ESP tak boleh dicampur air panas. Ini kerana ia akan merosakkan kandungan proteinnya. Tapi masih  boleh diminum suam-suam. Saya mulakan minum ESP 1 sudu besar sehari dulu. Bila rasa badan serasi dan bayi pun ok, bolehlah up kepada 2-3 kali sehari.

Apa kebaikan ESP yang saya dapat bila diambil dalam pantang?

  • Memberikan tenaga dan rasa sihat
  • Beri rasa kenyang berpanjangan
  • Luka lebih cepat baik
  • Strech mark dan kesan2 hitam pada badan kesan kehamilan mula hilang sedikit demi sedikit
  • Susu badan menjadi lebih pekat dan meriah (dengan syarat, kerap susukan bayi/pam)
ESP boleh diambil dari hamil sehinggalah menyusukan. Kalau tak menyusukan pun boleh ambil untuk kesihatan kulit, berat badan dan menyeluruh.
Jom cuba ESP hari ini!!

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.

Berminat?

 

Hubungi :

Hanis Amin (Shaklee ID : 837662)

♥ SMS | WhatsApp : 010-4289601
♥ Email : hanisamin@gmail.com
♥ FB Page : http://www.facebook.com/HanisHealthyLife
Translator
Translator Plugin
Ayat seribu dinar
Ahlan wasahlan…
Assalamualaikum & selamat sejahtera

Selamat datang ke Hanis Healthy Life. Hanis Amin adalah pengedar Shaklee yang sah, yang juga pengguna kepada produk Shaklee.

Untuk sebarang pertanyaan, hubungi kami di
email : hanisamin@gmail.com
sms/WhatsApp : +6010-4289601

Terima kasih.

Hazu Enterprise (SA0175455-W)

Set Istimewa untuk anda!

Breastfeeding Set
(Set Penyusuan)

Testimonial : KLIK SINI

==========================

Confinement Set
(Set Berpantang)

Testimonial : KLIK SINI

==========================

Skin Care Set
(Set Penjagaan Kulit)

Testimonial : KLIK SINI

==========================

Healthy Weight Set
(Set Berat Badan Sihat)

Testimonial : KLIK SINI

==========================

Baby & Children Health
(Kesihatan Bayi & Kanak-kanak)

Informasi


Sertai kami di Facebook!


Ada pertanyaan atau komen?