Order sekarang!


atau SMS/WhatsApp/Telegram :

010-4289601 (Hanis)

Best selling!!
Dapatkan info terkini segera..

* Setiap testimoni yang tertulis dalam laman web ini adalah pengalaman dari pelanggan sendiri dan hasil dari setiap pelanggan mungkin berbeza antara satu sama lain. Namun ini tidak bermakna vitamin ini boleh mengubat atau menyembuhkan penyakit. Sila konsult dengan pengedar anda untuk lebih lanjut.

PERHATIAN : Konsultasi selepas pembelian produk dan jadual pengambilan adalah khas untuk pelanggan kami sahaja. Sila rujuk pengedar anda untuk jadual pengambilan & kosultasi selepas pembelian. Terima kasih.
Free Palestine, Pray 4 Syria
Tabung HUMANITARIAN CARE MALAYSIA BERHAD :
Maybank Islamic : 5515 7500 4299
Bank Islam : 1209 2010 0349 04
CIMB : 8602 135 592
Website: www.mycare.org.my

Posts Tagged ‘susu ibu’

Assalamualaikum…

Pengambilan supplemen untuk penyusuan bukan sahaja untuk meningkatkan hasil penyusuan tetapi yang lebih penting adalah untuk kesihatan ibu & bayi itu sendiri. Tentunya itu antara sebab ibu-ibu memilih untuk menyusukan sendiri bayi.

 

Apakah kegunaan supplemen-supplemen ini untuk penyusuan?

Protein – Bayi memerlukan protein yang banyak untuk tumbesaran yang berkekalan dan sempurna. Sumber protein yang baik seperti protein soya dalam diet penyusuan anda amat penting untuk pengeluaran susu. Protein membantu dalamm membina dan mengekalkan sel-sel yang menghubungkan setiap bahagian tubuh. Mereka disarankan untuk mengambil sekurang-kurangnya 3 hidangan protein berkhasiat sehari.

Multivitamin – Multivitamin menyediakan vitamin dan mineral penting untuk para ibu yang mana ianya tidak diperolehi daripada diet harian. Kadar vitamin yang mencukupi membantu penghasilan susu yang banyak dan berkhasiat di samping menggalakkan kesihatan ibu dan bayi secara menyeluruh.

Vitamin C – Dalam satu kajian terhadap para ibu yang menyusui bayi dan mengambil vitamin C menunjukkan khasiat vitamin C tersebut tertumpu pada bayi. Oleh itu, menyusui bayi secara ekskusif dapat melindungi bayi anda dari kekurangan vitamin C. Vitamin C penting bagi menguatkan sistem imun dan membina kulit, gigi dan gusi yang sihat.

Vitamin B kompleks – Vitamin B kompleks merupakan vitamin yang diperlukan oleh anda dan bayi anda setiap hari bagi menyokong sistem saraf dan metabolisma yang sihat. Vitamin B mempunyai pelbagai fungsi termasuk pengeluaran hormon, pembentukan sel-sel darah merah, penghasilan tenaga untuk sel, dan mengekalkan saraf serta kulit yang sihat. Ibu yang menyusui bayi perlu mendapatkan vitamin B kompleks untuk memberikan khasiatnya kepada bayi mereka melalui susu ibu.

Kalsium – 40% daripada susu ibu adalah kalsium. Kalsium diperlukan untuk membina tulang yang sihat dan pertumbuhan gigi pada bayi. Wanita yang menyusui bayi disarankan mengambil sebanyak 1300mg kalsium setiap hari.

Alfalfa – Alfalfa mengandungi banyak nutrien penting dan pelbagai vitamin seperti vitamin K, A, B1, B6, C, E, kalsium, zink dan zat besi. Semua bahan-bahan tersebut penting untuk pertumbuhan dan perkembangan yang sihat. Alfalfa juga digunakan secara tradisional untuk meningkatkan pengeluaran bekalan susu ibu.

Asid Lemak Omega 3 – Pengambilan dan tambahan Asid Lemak Omega-3 dalam tempoh penyusuan susu ibu dapat menggalakkan pengembangan otak dan mata anak. Ia telah dibuktikan secara saintifik bahawa neuron lebih mudah berubung apabila kandungan Omega 3 lebih banyak di dalam otak. Tambahan pula, tidak ramai kanak-kanak yang diberi susu ibu mempunyai masalah fungsi otak seperti gangguan hiperaktif dan masalah tumpuan(ADHD) atau autisme.

sumber : Majalah Shaklee Today

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.

Berminat?

 

Hubungi :

Hanis Amin (Shaklee ID : 837662)

♥ SMS | WhatsApp : 010-4289601
♥ Email : hanisamin@gmail.com
♥ FB Page : http://www.facebook.com/hanisaminstore

Assalamualaikum..

Ramai ibu-ibu yang mula berhenti atau kurangkan pam apabila hasil pam mula merudum. Ada juga yang mahu mengambil pelbagai produk penambah susu dan bila ada susu baru nak mula pam.

Sebenarnya semakin kerap kita pam semakin banyak susu yang akan terhasil ya ibu-ibu. Manakala semakin kurang kita pam, semakin kurang la pula hasilnya walau ambil sebanyak mana  pun produk penambah susu. Bila susu mula merudum, cepat-cepatla buat power pumping supaya hasil penyusuan meningkat…

Apa itu Power Pumping?

Merupakan teknik mengepam yg boleh membantu meningkatkan penghasilan susu. Ia melibatkan teknik dan setup mengepam yg biasa tapi dlm cara yg lebih unik. Ideanya adalah utk meniru bayi menyusu secara x langsung meningkatkan bekalan susu ibu.

Siapa yang perlukan Power Pumping?

1. Ibu yang ingin menyusukan anak angkat – teknik ini digunakan untuk rangsang penghasilan susu
2. Ibu yg ingin relaktasi/ menyusukan semula si anak setelah berhenti menyusukan
3. Ibu yg kekurangan susu, berusaha untuk memperbanyakan semula susu – akibat drpd perubahan hormon, period, kurang mengepam etc.

Macam mana nak buat Power Pumping?

Untuk Single pump – pam kanan dulu 10 minit, kendian pam kiri plak 10 minit, tukar plak ke kanan 10 minit dan seterusnya, bertukar2 setiap 10 minit berterusan selama sejam.

Untuk Double Pump – Pam kedua2 belah serentak selama 10 minit, rehat/ stop pam 10 minit, sambung lagi pam 10 minit, rehat 10 minit dan seterusnya selama 1 jam.

Disarankan buat power pumping ni sekali sehari, seelok2 nya waktu tengah malam ke subuh, sbb hormon susu sgt tinggi waktu ni.

Berapa lama masa diambil untuk dapat hasilnya?

Kalian jgn igt sekali buat terus susu jadi banyak yer. Power pumping perlukan masa sekurang2nya 1 minggu! Walaupun pada hari pertama hasil pam setitik dua atau ‘pam angin’ semata2, teruskan misi sehingga dpt hasil yg dikehendaki. Jangan putus asa, usaha, doa dan tawakal, insyallah dipermudahkan olehNYA…amin.

 

Selamat mencuba!!

 

Berminat?

 

Hubungi :

Hanis Amin (Shaklee ID : 837662)

♥ SMS | WhatsApp : 010-4289601
♥ Email : hanisamin@gmail.com
♥ FB Page : http://www.facebook.com/hanisaminstore

Assalamualaikum…

MUSTAHIL untuk mendapat berat badan ideal? Sekadar angan-angan kosong bagi IBU MENYUSU?

Ramai yang kata dengan menyusu badan ibu akan lebih mudah menurunkan berat badan, atau, mendapat berat badan ideal (pre-pregnancy weight) kerana kalori yang dibakar sewaktu proses penyusuan tersebut.

Namun, tidak kurang juga ramai yang menyangkal dakwaan ini kerana masih gagal menurunkan berat badan. Apatah lagi proses penyusuan itu sendiri membuat si ibu berasa cepat lapar setiap kali selesai menyusu, ataupun selesai mengepam susu (mengosongkan payudara).
Hakikatnya, ibu-ibu menyusu akan membakar lebih kurang 200-500 kalori sehari melalui proses penyusuan. Fakta ini disokong dari laman kellymom.com :
Breastfeeding your baby, on average, burns 200-500 calories per day (above what you needed to maintain your pre-pregnancy weight) — so keep in mind that even without a weight loss program you are burning extra calories.
Namun, proses pembakaran kalori ini juga membuatkan si ibu cepat lapar. Jadi, sebaagian ibu-ibu menyusu menjadikan ini tiket untuk mereka makan banyak, adakala melebihi dari cadangan kalori arian.
Ibu-ibu menyusu disarankan untuk ambil sekurang-kurangnya 1500-1800 kalori setiap hari, tetapi ibu-ibu tetap perlu kawal pemakanan dengan elakkan makan terlalu banyak dan kurangkan makanan berlemak/berminyak/berkolesterol tinggi/makanan segera setiap kali perut berasa lapar!
Jadi, bagaimana ibu-ibu menyusu boleh membakar lebihan lemak dan kolesterol, di samping boleh mengekalkan pengeluaran susu ibu dan membantu si ibu berasa kenyang lebih lama?
5 TIPS PENGURUSAN BERAT BADAN BUAT IBU MENYUSU
  1. Jangan skip waktu makan utama(breakfast, lunch, dinner) terutama sarapan pagi.
  2. Ambil healthy snack(snek sihat) di antara waktu makan utama seperti buah-buahan.
  3. Banyakkan pengambilan air masak di antara waktu makan terutama bila terasa sedikit lapar. Pengambila segelas air masak 30 minit sebelum makan juga membantu anda untuk tidak makan terlalu banyak.
  4. Lakukan senaman ringan setiap hari. seminggu sekali/berkala. Paling minima, gunakan tangga sebagai alternatif kepada lif.
  5. Kerapkan penyusuan/mengepam susu untuk menggalakkan penghasilan susu ibu dengan lebih banyak disamping membakar 200-500 kalori sehari.
Adakah supplemen yang membantu penurunan berat badan secara sihat?
Ya, jika ada memilih supplemen Shaklee, kami mencadangkan 3 vitamin utama ini berasaskan konsep 3B = Bakar, Buang dan Bina, dalam masa yang sama tidak mengganggu penyusuan si manja anda. Malah, ia turut bertindak sebagai penggalak susu!
(1) Lecithin (bakar) – untuk membakar lemak & kolesterol. Sumber kolina dan pengemulsi lemak. Juga dicadangkan kepada ibu menyusu yang kerap mengalami duktus tersumbat (clogged duct) yang berulang.
(2) Alfalfa (buang) – sumber serat untuk menyerap pecahan lemak & kolesterol yang dipecahkan oleh lecithin dan mengangkut keluar dari badan. Melawaskan sistem penghadaman dan terkenal sebagai penggalak susu sejak dari zaman dahulu!
(3) ESP Soy Protein Isolate Powder(bina) – sumber protein untuk memelihara otot dalam proses penurunan berat badan. Protein juga terkenal sebagai penggalak susu selain memberi si ibu rasa kenyang lebih lama dan berpanjangan.
sumber : Genkimomma

 

Apa kata mereka yang dah mencuba?

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.

Dapatkan promosi istimewa Alfalfa bulan ini!!

Berminat?

 

Hubungi saya di hanisamin@gmail.com atau SMS ke 010-4289601 (Hanis) untuk konsultasi mahupun maklumat lanjut.

Assalamualaikum..

Kebelakangan ni ramai yang mengadu tak cukup susu semasa berpantang ataupun baru 2 minggu bersalin tapi susu tak cukup. Bagaimana ini berlaku?

1. Sebab utama yang saya dapat kenal pasti adalah KURANG PENGETAHUAN PENYUSUAN

Ramai ibu kurang membaca ilmu penyusuan dan beranggapan susu akan mencurah2 sebaik sahaja bayi lahir. Untuk 2-3 hari pertama hanya kolostrum yang akan keluar dan ibu-ibu perlu meransang pengeluaran susu dengan kerapkan menyusu bayi. Pada hari ketiga baru susu akan keluar banyak sedikit tapi bukanlah terus mencurah2 sampai basah baju ye. Untuk seminggu/2 minggu pertama kalau pam pun mungkin dapat dalam 1-3oz sahaja(bergantung pada orang). Jadi penting untuk kerapkan penyusuan. Untuk 2 minggu pertama fokuskan pada direct feeding terlebih dahulu. Susukan bayi sekurang-kurangnya sejam- 2 jam sekali mengikut demand bayi.

2. KURANG MINUM AIR
Ramai yang masih terpengaruh dengan mitos lama bahawa berpantang tak boleh minum air. Akibatnya? Susu akan kurang kerana ibu sendiri kekurangan air. Pastikan minum sekurang-kurangnya 2-3 liter air masak. Walau bagaimanapun, minum air dengan banyak sekaligus mungkin akan menyebabkan ibu kerap ke tandas daan menyebabkan luka bersalin lambat sembuh. Jadi? Bagaimana caranya?

Minum sedikit-sedikit tetapi kerap supaya air dapat menyerap masuk ke dalam badan ibu dan tidak terus dibuang. Sebaiknya minum air panas dalam cawan. Bila anda minum air panas, anda akan hirup sedikit demi sedikit dan mengelakkan meneguk dengan banyak. Selain itu, minum air panas juga membantu mengembangkan salur darah dan dapat menghasilkan susu lebih cepat.

3. Cara lekapan yang kurang tepat

Cara lekapan atau posisi penyusuan yang kurang tepat menyebabkan kesukaran bayi untuk menyusu dan menyebabkan sebenarnya bayi tidak dapat menghisap dengan baik untuk meransang penghasilan susu. Selain itu, ia juga akan menyebabkan puting melecet dan luka.  Sekiranya puting terasa pedih, sapukan susu ibu pada puting selepas sesi penyusuan dan biarkan kering sekejap sebelum ditutup.

4. Kurang pengambilan makanan berkhasiat

Pastikan ibu-ibu mengambil makanan berkhasiat, berzat dan bernutrisi. Pelbagaikan menu berpantang anda dengan ikan yang boleh dimakan serta daging, ayam dan sayuran yang sesuai. Dapatkan tips pemakanan & resipi dalam pantang di sini.

Paling mudah ambil supplemen supaya anda mendapat nutrisi selengkapnya. Cuba juga ambil makanan penggalak susu seperti kurma, lobak putih, susu, peria dan sebagainya. Lain orang mungkin lain penggalak susunya.

(sumber asal)

Apakah Supplemen yang sesuai untuk ibu berpantang?

Ramai yang dah mencuba Euphoria Set C (Vita lea, B com, Vit C dan Zinc) + Ostematrix dan berpuas hati dengan hasilnya.

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.
* Setiap testimoni yang tertulis dalam laman web ini adalah pengalaman dari pelanggan sendiri dan hasil dari setiap pelanggan mungkin berbeza antara satu sama lain. Sila konsult dengan pengedar anda untuk lebih lanjut.

 

Berminat?

 

Hubungi saya di hanisamin@gmail.com atau SMS ke 010-4289601 (Hanis) untuk maklumat lanjut.

Like FB kami : Hanis Amin Shaklee Store untuk maklumat terkini dan INFO PERCUMA

Assalamualaikum..

2 hari lepas, saya ada sharekan persediaan penyusuan ketika hamil. Hari ni saya nak sharekan tips dan soal jawab dalam majalah PAMA

S : Kini saya hamil anak kedua. Saya berazam mahu menyusukannya selama yang boleh. Apa panduan untuk saya ikuti sepanjang hamil, awal kelahiran dan selepas tempoh enam bulan melahirkan?

Nadia, Setapak, Kuala Lumpur

J : Penyusuan susu ibu adalah proses yang perlu dipelajari oleh ibu dan bayi juga. Persediaan penyusuan susu ibu yang paling penting ialah mendapatkan sebanyak mungkin ilmu sepanjang kehamilan ini. Berikut adalah panduan yang dapat membantu anda dalam menyusukan bayi.
1. Hadiri kelas persediaan penyusuan susu ibu atau kelas antenatal yang menyentuh tentang isu penyusuan susu ibu secara menyeluruh.
2. Mulakan penyusuan susu ibu sejurus selepas bayi dilahirkan, sebaik-baiknya dalam tempoh 1 jam. Kolostrum yang ada dalam beberapa hari pertama kaya dengan protein dan bahan lain yang dapat menghalang jangkitan kepada bayi.
3. Cuba posisi yang berlainan ketika menyusu. Elakkan bersandar kepada bayi. Sebaliknya, duduk dan halakan bayi ke paras payu dara. Gunakan bantal untuk sokongan. Pastikan juga bayi melekap dengan baik.
4. Menyusu mengikut permintaan berdasarkan isyarat kelaparan bayi (baby’s cues) tanpa sekatan. Perhatikan isyarat itu: Mulut bayi buka tutup (mouthing), rooting, meletakkan tangan di mulut dan menangis. Apa-apa pun, jangan tunggu sehingga dia menangis. Adalah penting untuk bayi disusukan mengikut permintaannya.
5. Pastikan payu dara dikosongkan sebaik mungkin setiap kali sesi penyusuan untuk memastikan proses penghasilan susu berjalan lancar. Lebih kerap payu dara dikosongkan (dengan efektif), lebih banyak susu akan dihasilkan!
6. Dapatkan penilaian teknik penyusuan anda daripada pihak profesional terlatih dalam tempoh 24 jam hingga 48 jam pertama selepas kelahiran. Sebaik-baiknya dapatkan panduan daripada perunding laktasi.
7. Susukan bayi sehingga dia puas. Kandungan lemak dalam susu ibu meningkat sewaktu sesi penghisapan. Biarkan bayi selesaikan penyusuan sebelum menawarkan payu dara yang sebelah lagi.
8. Elakkan puting kosong(pacifier).
9. Menyusu secara eksklusif sepanjang enam bulan pertama. Penyusuan susu ibu ideal untuk pertumbuhan dan perkembangan bayi anda.
10. Jangan beri suplemen (air, air glukos, susu formula, makanan bayi dan lain-lain) kepada bayi.
11. Pemakanan memainkan peranan penting dalam kesejahteraan dan kesihatan ANDA. Apabila anda sihat, bayi pun sihat juga. Diet yang berasaskan empat kumpulan asas adalah disarankan. Walau bagaimanapun, makanan yang anda ambil tidak akan memberi kesan kepada susu tetapi pada tahap kesihatan. Jadi, jaga diri anda.
12. Jika berkerjaya, pastikan anda membuatkan persediaan yang perlu.

sumber : http://pama.karangkraf.com/s-j/persediaan-ketika-hamil-1.14396

Amalkan pemakanan sihat sejak dari hamil, berpantang dan menyusukan.

Kami menyediakan set yang sesuai digunakan sejak dari hamil sehingga menyusukan.

Set Eu-Four Pack Plus

Vita-lea Iron formula : Dilengkapi dengan 12 vitamin, 7 galian dan zat besi. Mempunyai patented Sistem Penyerapan Bioaktif utk memastikan peningkatan penyerapan asid folid kritikal. Membantu meningkatkan Hb ke paras normal semasa hamil bagi ibu yang mempunyai darah rendah.
B complex : lengkap dengan 8 kumpulan B termasuk asid folik yang diperlukan oleh tubuh badan demi membantu tubuh badan bertenaga, otak lebih fokus, emosi lebih stabil. Sangat penting dalam membantu memetabolismekan karbohidrat, lemak & protein, Anti stress ,menukarkan makanan(glukos) kepada tenaga dan membantu ibu2 berfikiran positif sentiasa. Vitamin B juga dapat melahirkan wajah ibu yang cantik berseri dan tidak kusam.
Vitamin C : membantu meningkatkan sistem imunisasi badan. Penambilan bersama Vita-lea Iron Formula meningkatkan kadar penyerapan iron dalam tubuh
Ostematrix : kandungan kalsium yang mencukupi di dalam diet anda, lebih-lebih lagi semasa tempoh kehamilan akan dapat memastikan bayi yang bakal dilahirkan mempunyai tulang dan gigi yang sihat tanpa menggugat kandungan kalsiaum yang sedia ada di dalam tubuh anda. Kalsium juga membantu untuk menghalang kekejangan otot yang dialami dalam tempoh kehamilan dan kontraksi yang berlaku disaat melahirkan.
Pengambilan Kalsium turut membantu dalam pelawasan dan juga penyusuan susu ibu. Jika perasan ada sesetengah ibu yang apabila melalui menstrual (period) susunya akan merundum…ini disebabkan kekurangan kalsium yang kritikal di saat badan mengeluarkan darah kotor yang perlu disingkirkan.

ESP @ Energizing Soy Protein :
Kompisis vitamin utama dalam susu ibu ialah protein. Protein adalah makanan sel. Sel tak kenal nasi lemak, air soya atau tempe tetapi sel hanya perlukan protein iaitu khasiat dari makanan yang diambil. Protein berfungsi mengekalkan pertumbuhan normal dan pemeliharaan tisu. Mengawal atur keseimbangan bendalir dalam badan.Pembinaan hormon, enzim dan antibodi memerlukan protein. Selain itu protein dikatakan membantu mengawal keseimbangan asid bes untuk mengangkut nutrien dan sumber tenaga.

Protein sangat sensitif. Ianya wujud pada suhu badan kita dan mudah terhapus pada suhu yang tinggi. So apabila kita memasak sumber protein seperti ikan goreng pada suhu yang tinggi, hakikatnya banyak protein yang telah musnah semasa proses memasak itu sendiri.

Semoga berjaya!!

 

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.

 

Berminat?

 

Hubungi saya di hanisamin@gmail.com atau SMS ke 010-4289601 (Hanis) untuk konsultasi mahupun maklumat lanjut.

 

Assalamualaikum…

Ramai ibu yang bercita-cita ingin menyusukan bayi namun kurang persediaan dari segi fizikal, emosi dan ilmu. Sebaiknya persiapkan diri sejak dari mengandung. Tapi INGAT! Kita perlu bersedia bukan mengadakan susu lagi ya.

 

Jom kita lihat apa yang perlu dipersiapkan :

PERSEDIAAN ILMU

  1. Cari sebanyak mungkin ilmu tentang penyusuan. Paling penting faham konsep asas penyusuan iaitu semakin kerap payudara dikosongkan semakin banyak susu yang akan terhasil.
  2. Fahami konsep bahawa diawal kelahiran hanya kolostrum yang akan terhasil dan selepas itu, susu akan meningkat sedikit demi sedikit. Bukan terus tiba-tiba jadi banyak ya. Teruskan kekerapan menyusu.
  3. Hadiri kelas penyusuan susu ibu supaya boleh mendapat pelbagai info lengkap dan boleh bertanya secara direct.
  4. Ketahui masalah-masalah penyusuan pada awal kelahiran dan cara mengatasinya.
    Masalah puting pendek – Sama ada pendek atau panjang puting sepatutnya tidak menjadi masalah kerana puting serta bahagian areola perlu masuk dalam mulut bayi ketika proses penyusuan. Ini adalah sama seperti masalah puting tenggelam.
    Susu tidak keluar – Sentiasa yakin dan percaya bahawa susu itu ada, satu jam pertama kelahiran bayi adalah paling penting. Letakkan bayi pada payudara dan susukan sekerap mungkin. Rangsangan dari bayi penting untuk memastikan susu keluar. Jangan risau susu anda terlalu sedikit untuk bayi kerana pada awal kelahiran perut bayi adalah dikatakan hanya sebesar kacang, ia tidak memerlukan susu yang banyak untuk mengenyangkannya.
    Ketahui posisi yang sesuai untuk menyusukan sekiranya terpaksa bersalin dengan kaedah csect. Dapatkan bantal khas untuk menyusukan bayi sekiranya mempunyai lebihan budget. Bagaimana pun, bantal yang biasa juga sudah memadai.
    Puting sakit ketika menyusukan bayi – Sekiranya anda terasa sakit ketika menyusukan bayi, ia bermakna posisi penyusuan dan teknik pelekapan adalah salah kerana proses menyusukan bayi bukan satu proses yang menyakitkan.  (sumber)
  5. Pilih hospital breastfeeding friendly.
  6. Dapatkan no telefon Peer Counselor (PC) atau Lactation Counselor (LC) supaya mudah berbincang sekiranya ada masalah penyusuan.
  7. Sediakan peralatan untuk penyusuan seperti pam, bekas simpan susu dan lain-lain.

PERSEDIAAN FIZIKAL

  1. Bersihkan puting susu setiap kali mandi. Gunakan tuala bersih dan air suam. Elakkan sabun bahagian puting.
  2. Tarik dan urut puting perlahan2 semasa mandi.
  3. Sapu minyak zaitun pada puting.
  4. Dapatkan tukang urut selepas bersalin yang tahu mengurut payudara untuk melancarkan peredaran darah bagi tujuan penyusuan.
  5. Makan makanan berkhasiat dan bernutrisi sejak hamil sehingga dalam proses penyusuan.
PERSEDIAAN EMOSI
  1. Sentiasa berfikiran positif bahawa susu anda cukup untuk keperluan anak dan anak dapat menyusu dengan baik.
  2. Kongsi keinginan anda untuk menyusu sepenuhnya dengan suami & ahli keluarga.
  3. Sertai komuniti / forum penyusuan susu ibu supaya dapat support dari rakan-rakan lain.
  4. Banyakkan berdoa supaya dipermudahkan perjalanan penyusuan anak anda.
  5. Elakkan membanding-bandingkan jumlah susu perahan kerana setiap anak mempunyai keperluan berbeza mengikut jantina, usia, berat dan lain-lain.
  6. Setkan niat, azam dan tujuan untuk menyusukan bayi.
Selamat menempuh pengalaman penyusuan.
Tak perlu berlumba-lumba nak dapatkan stok susu yang terlalu banyak. Yang penting anda tahu, anak anda cukup keperluan penyusuannya, sihat, mendapat nutrisi sepenuhnya dan dapat meneruskan penyusuan sehingga usia 2 tahun.

Berminat?

 

Hubungi saya di hanisamin@gmail.com atau SMS ke 010-4289601 (Hanis) untuk konsultasi mahupun maklumat lanjut.

Assalamualaikum..

Hari ni nak berkongsi testimonial dari pengguna lagi yang menggunakan set Eu-Four Pack.

Waahh.. bukan sahaja membantu penyusuan, malah juga kesihatan kulit dan juga pelawasan.  Set ini juga boleh diambil sejak dari hamil sehinggalah pantang dan diteruskan untuk penyusuan. Sangat jimat kan.

Apa yang terkandung dalam set ini?

Vita-lea Iron formula : Dilengkapi dengan 12 vitamin, 7 galian dan zat besi. Mempunyai patented Sistem Penyerapan Bioaktif utk memastikan peningkatan penyerapan asid folid kritikal. Membantu meningkatkan Hb ke paras normal semasa hamil bagi ibu yang mempunyai darah rendah.
B complex : lengkap dengan 8 kumpulan B termasuk asid folik yang diperlukan oleh tubuh badan demi membantu tubuh badan bertenaga, otak lebih fokus, emosi lebih stabil. Sangat penting dalam membantu memetabolismekan karbohidrat, lemak & protein, Anti stress ,menukarkan makanan(glukos) kepada tenaga dan membantu ibu2 berfikiran positif sentiasa. Vitamin B juga dapat melahirkan wajah ibu yang cantik berseri dan tidak kusam.
Vitamin C : membantu meningkatkan sistem imunisasi badan. Penambilan bersama Vita-lea Iron Formula meningkatkan kadar penyerapan iron dalam tubuh
Ostematrix : kandungan kalsium yang mencukupi di dalam diet anda, lebih-lebih lagi semasa tempoh kehamilan akan dapat memastikan bayi yang bakal dilahirkan mempunyai tulang dan gigi yang sihat tanpa menggugat kandungan kalsiaum yang sedia ada di dalam tubuh anda. Kalsium juga membantu untuk menghalang kekejangan otot yang dialami dalam tempoh kehamilan dan kontraksi yang berlaku disaat melahirkan.
Pengambilan Kalsium turut membantu dalam pelawasan dan juga penyusuan susu ibu. Jika perasan ada sesetengah ibu yang apabila melalui menstrual (period) susunya akan merundum…ini disebabkan kekurangan kalsium yang kritikal di saat badan mengeluarkan darah kotor yang perlu disingkirkan.
Walau bagaimanapun, konsep asas penyusuan WAJIB diambil berat iaitu kerap kosongkan payudara untuk menghasilkan susu lebih banyak. Selain itu, pastikan juga pengambilan air masak mencukupi dengan pengambilan supplemen dan tidak lupa juga banyakkan berdoa, berzikir dan mendekatkan diri dengan Allah. Sesungguhnya setiap punca rezeki itu dari Allah, kita cuma mampu berusaha dan bergantung harap padanya.
Setiap pembelian akan disertakan jadual pengambilan dan konsultasi KHAS untuk pembeli HANIS AMIN SHAKLEE STORE sahaja. Sila dapatkan konsultasi dan jadual dari pengedar anda masing-masing ya.
* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.

 

Berminat?

Hubungi saya di hanisamin@gmail.com atau SMS/WhatsApp ke 010-4289601 (Hanis) untuk konsultasi mahupun maklumat lanjut.

Assalamualaikum..

Jom baca artikel keluaran iSihat Ogos 2012 di bawah ni. Nak lebih jelas, boleh klik untuk besarkan ya.

Jadi, ibu-ibu perlu ingat untuk jaga juga pemakanan supaya di kecil mendapat khasiat yang terbaik. Bila ibu makan makanan yang berkhasiat, si kecil pun bertambah sihat, insyaAllah.

Apa yang kami cadangkan supaya anda dan bayi dapat khasiat sepenuhnya?

Apa kepentingan setiap supplemen ini pula?

Vitalea@ Multivitamin dengan formula zat besi : untuk memastikan keperluan 12 vitamin dan 7 galian dipenuhi. Rata2 pengambilan makanan seharian kita tidak dapat memenuhi keperluan ini atas banyak sebab dan kekangan.Dan uniknya Vitalea @ multivitamin shaklee kerana ianya mengandungi iron formula yang sangat penting bagi tubuh.

B complex : lengkap dengan 8 kumpulan B termasuk asid folik yang diperlukan oleh tubuh badan demi membantu tubuh badan bertenaga, otak lebih fokus, emosi lebih stabil.Sangat penting dalam membantu memetabolismekan karbohidrat, lemak & protein, Anti stress ,menukarkan makanan(glukos) kepada tenaga dan membantu ibu2 berfikiran positif sentiasa. Vitamin B juga dapat melahirkan wajah ibu yang cantik berseri dan tidak kusam.

Vitamin C : membantu meningkatkan sistem imunisasi badan. Penambilan bersama Vita-lea Iron Formula meningkatkan kadar penyerapan iron dalam tubuh

Alfalfa : raja segala tumbuhan, membantu meningkatkan imunisasi, mengandungi kalsium dan bagi ibu-ibu yang menyusu ia sangat membantu MEMPERCEPATKAN PENGHASILAN SUSU IBU. Merupakan supplement penting utk boost penghasilan susu kerana mempunyai 1001 khasiat. Turut membantu dalam memekatkan susu dan menjadikan susu ibu lebih lemak berkrim. Namun pengambilan dan keberkesanan pada setiap ibu adalah berbeza. Ada yang hanya mengambil 2 biji sehari telah mempercepatkan proses penghasilan susu sehingga mengalami bengkak susu namun tidak kurang juga yang memerlukan 4 atau 6 biji sehari bagi membantu badan stimulate untuk menghasilkan susu dengan lebih cepat.Turut membantu perkumuhan (lebih lawas)dan membuang angin dalam badan…secara automatik kesan baik pd bby..susah nak kena kembung.

Kalsium@ Ostematrix : 
Kalsium penting untuk bina darah, bina tulang, gigi dan saraf dalam tubuh manusia. Bagi ibu yang menyusu, pengambilan kalsium tidak boleh dipandang remeh. Bagi ibu-ibu yang tidak menjaga dan mementingkan pengambilan kalsium dalam diet harian, maka kalsium untuk penghasilan susu ibu akan diserap dari yang sedia dalam tubuh ibu.

Jika perkara ini berlarutan dan si ibu tidak menggantikan semula kalsium ini maka si ibu tadi akan mengalami risiko osteoporosis, rasa sengal kaki dan tulang belakang, mudah letih dan lesu serta muka menampakkan garisan tua.
Sebab itu pengambilan sumber kalsium tidak boleh dipandang ringan sama sekali. Jika perasan ada sesetengah ibu yang apabila melalui menstrual (period) susunya akan merundum…ini disebabkan kekurangan kalsium yang kritikal di saat badan mengeluarkan darah kotor yang perlu disingkirkan.

ESP @ Energizing Soy Protein :
Kompisis vitamin utama dalam susu ibu ialah protein. Protein adalah makanan sel. Sel tak kenal nasi lemak, air soya atau tempe tetapi sel hanya perlukan protein iaitu khasiat dari makanan yang diambil. Protein berfungsi mengekalkan pertumbuhan normal dan pemeliharaan tisu. Mengawal atur keseimbangan bendalir dalam badan.Pembinaan hormon, enzim dan antibodi memerlukan protein. Selain itu protein dikatakan membantu mengawal keseimbangan asid bes untuk mengangkut nutrien dan sumber tenaga.

Protein sangat sensitif. Ianya wujud pada suhu badan kita dan mudah terhapus pada suhu yang tinggi. So apabila kita memasak sumber protein seperti ikan goreng pada suhu yang tinggi, hakikatnya banyak protein yang telah musnah semasa proses memasak itu sendiri.

 

Setiap pembelian akan disertakan dengan jadual pengambilan dan konsultasi berterusan KHAS untuk pelanggan HANIS AMIN SHAKLEE STORE SAHAJA untuk mendapatkan hasil yang optimum.

 

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.

 

Berminat?

 

Hubungi saya di hanisamin@gmail.com atau SMS ke 010-4289601 (Hanis) untuk konsultasi mahupun maklumat lanjut.

 

Assalamualaikum…

Di dalam satu penemuan utama, kajian klinikal terkini menunjukkan ramuan aktif Vivix berupaya mengaktifkan pengawalan utama genetik yang menolong melambatkan penuaan pada tahap sellular.

Di dalam kajian makmal, ramuan Vivix telah menunjukkan ia memberi impak kepada 4 mekanisme utama penuaan pada tahap sellular :

  • Melindungi dan membaiki sellular
  • Memberi impak positif kepada pengawalan genetik
  • Menggalakkan biogenesis ( pembentukan baru) mitochondria
  • Melambatkan pembentukan protin AGE (Advanced Glycation End products)
Ramai yang ingin mencuba Vivix dan menghadiahkan kepada ibu bapa tetapi merasakan harganya terlalu mahal. Jom rebut peluang ini!
Jom kongsi bersama rakan-rakan, Hadiahkan kepada ibu bapa dan adik-beradik. InsyaAllah berbaloi2. Hanya 1 sudu teh sehari.
Perhatian : Vivix tidak boleh diambil oleh ibu hamil dan ibu menyusu.
* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.

 

Berminat?

Hubungi saya di hanisamin@gmail.com atau SMS ke 010-4289601 (Hanis) untuk konsultasi mahupun maklumat lanjut.

Assalamualaikum..

Tahukah anda, komposisi utama susu ibu terdiri dari protein, kalsium dan vitamin-vitamin lain. Dengan protein dan kalsium serta mineral yang mencukupi anak membesar dengan sangat hebat terutama pada seawal usia 0-6 bulan ditambah pula metabolisme bayi masih rendah pada ketika itu. Namun pada selepas usia itu, protein masih memainkan peranan penting kerana protein perlu untuk meneruskan pertumbuhan si anak tadi sehingga dia berhenti menyusu susu ibu.

Walau bagaimanapun, pengambilan protein yang berkualiti sangat penting. Sebab itu ramai yag mencuba Shaklee ESP kerana mengandungi 7 ciri di bawah :

(1)   Ditanam secara organic
(2)   Tidak menjalani proses genetik (non-GMO:non-Genetically Modified Organism)
(3)   Mengandungi 9 asid amino penting
(4) Dalam proses pembuatan untuk menghasilkan soya yang mengasingkan, kepingan soya dihancurkan dan dibasuh dengan air, bukan alkohol
(5)   Bahan anti-thyroid/anti-pertumbuhan disingkirkan
(6)   Diproses tanpa dipanaskan
(7) Ditambah dengan kalsium (ketika minyak dikeluarkan, ia menjadi makanan berasid – dineutralkan bila kalsium ditambah)
Apa kata mereka yang mencuba?
Sedikit soal jawab tentang protein..
1. Setiap hari saya makan ikan dan ayam yang kaya dengan protien, tidakkah zat itu mencukupi?
Jawapan: Protien terbaik adalah bersumberkan tumbuh2an seperti soya terutamanya.

2. Saya kerap minum air soya dari kotak mahupun soya panas yang dijual di gerai2…tidakkah ia sudah memadai?

Jawapan: Tidak. Supplement soya mengandungi enzim dalam memastikan ia memberi kesan baik kepada tubuh. Enzim ini sangat sensitif. Ianya hidup pada suhu tidak BOLEH LEBIH daripada 36 darjah celcius.Kebanyakkan makanan dan minuman yang mengandungi protien akan di masak pada suhu melebih 100 darjah celcius. Yang tinggal adalah sisa makanan semata2….enzim juga mati pada takat didih.

3. Benarkah soya meningkatkan pengeluaran susuibu?

Jawapan: Kandungan tertinggi dalam susuibu ialah protien. Protien ialah sumber utama kepada pembentukkan sel. Apabila seseorang ibu itu mengambil soya maka si ibu itu tadi telah meningkatkan kandungan nutrisi susuibu dan kandungan protien di dalam susuibu. Dengan ini penghasilan susuibu berlaku dengan lebih cepat.
sumber : Anakkuwiraku
* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.

 

Berminat?

Hubungi saya di hanisamin@gmail.com atau SMS ke 010-4289601 (Hanis) untuk konsultasi mahupun maklumat lanjut.

Translator
Translator Plugin
Ayat seribu dinar
Ahlan wasahlan…
Assalamualaikum & selamat sejahtera

Selamat datang ke Hanis Healthy Life. Hanis Amin adalah pengedar Shaklee yang sah, yang juga pengguna kepada produk Shaklee.

Untuk sebarang pertanyaan, hubungi kami di
email : hanisamin@gmail.com
sms/WhatsApp : +6010-4289601

Terima kasih.

Hazu Enterprise (SA0175455-W)

Set Istimewa untuk anda!

Breastfeeding Set
(Set Penyusuan)

Testimonial : KLIK SINI

==========================

Confinement Set
(Set Berpantang)

Testimonial : KLIK SINI

==========================

Skin Care Set
(Set Penjagaan Kulit)

Testimonial : KLIK SINI

==========================

Healthy Weight Set
(Set Berat Badan Sihat)

Testimonial : KLIK SINI

==========================

Baby & Children Health
(Kesihatan Bayi & Kanak-kanak)

Informasi


Sertai kami di Facebook!


Ada pertanyaan atau komen?